Post on 16-Mar-2019
1
AKTA PENTADBIRAN HUKUM ISLAM
(BAB 3, BAHAGIAN 32)
FATWA YANG DIKELUARKAN
OLEH
JAWATANKUASA FATWA, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
Jawatankuasa Fatwa 2013-2016 telah membincangkan soalan berkenaan batasan aurat
antara anak angkat dengan keluarga angkat pada mesyuarat yang ke 2 bertarikh 12
Disember 2013 dan mesyuarat ke-3 bertarikh 13 Mac 2014.
FATWA
الرحيم الرحمن هللا بسم
آله وعلى محمد نبينا المتقين وإمام المرسلين سيد على والسالم والصالة ، العالمين رب هلل الحمد
.وبعد اجتنابه، وارزقنا باطال الباطل وأرنا اتباعه، وارزقنا حقا الحق أرنا اللهم. أجمعين وأصحابه
Latarbelakang
1. Jawatankuasa Fatwa Muis menerima pertanyaan daripada Akademi Peningkatan
Keluarga Islam (APKIM) melalui suratnya yang bertarikh 14 Januari 2011,
melaporkan kesulitan yang dihadapinya berkaitan pengambilan anak angkat oleh
keluarga Islam. Kesulitan ini disebabkan oleh kekhuatiran keluarga-keluarga tersebut
berkenaan batasan aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya.
2. Oleh kerana itu, pihak APKIM telah mengajukan soalan berikut kepada Jawatankuasa
Fatwa Muis: Apakah hukum berkaitan batasan aurat antara anak angkat dengan
keluarga angkatnya?
Penjagaan anak di dalam Islam
3. Anak ialah amanah daripada Allah s.w.t. oleh itu setiap bayi yang lahir wajib
dilindungi dan diberikan hak-haknya. Islam menganggap setiap bayi itu dilahirkan
dalam keadaan bersih fitrahnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
الفطرة كل مولود يولد علىYang bermaksud: “Semua anak yang dilahirkan berada dalam keadaan suci dan
bersih”. (Hadith riwayat Imam Muslim, no. 4803).
2
4. Selain daripada penjagaan anak kandung oleh keluarganya sendiri, Islam juga
menitikberatkan penjagaan anak yatim dan anak yang terbiar/terbuang
(Manbuz/Laqith)1. Terdapat beberapa ayat suci Al-Quran dan hadith Nabi s.a.w. yang
menegaskan kepentingan dan kemuliaan menjaga anak yatim. Antaranya firman Allah
s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 220:
Yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu berkaitan anak yatim.
Katakanlah: Berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kamu bergaul
dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudaramu”
5. Berdasarkan kajian sains sosial/sains kemanusiaan, anak angkat yang dijaga dalam
sekitaran keluarga angkat, akan membesar dengan lebih sempurna berbanding anak
angkat yang membesar di rumah kebajikan dan tumpangan.2
6. Di dalam pengambilan anak angkat ini terdapat beberapa garispandu yang perlu diberi
perhatian. Di antaranya, Islam melarang segala jenis perselindungan dalam proses
pengambilan anak angkat3. Islam juga menitikberatkan keadilan dan rahmah dalam
penjagaan anak angkat 4 . Selain daripada itu, perlu diusahakan agar anak angkat
Muslim dijaga dan dipelihara oleh keluarga Muslim. Garispandu ini selari dengan
1 Manbuz bererti terbuang, dan Laqith bererti anak yang dikutip. Antara sebab utama mengapa seorang anak
itu diabaikan, mungkin disebabkan anak itu merupakan anak tidak sah taraf, yakni dilahirkan dari hubungan
perzinaan. Oleh kerana ingin menutup keaiban dosa yang telah dilakukan, maka zuriat yang dilahirkan dari
hubungan yang haram itu telah diabaikannya. Isu ini telah dibahaskan dengan terperinci oleh para fuqaha’. Sila
lihat: Bidayah Al-Mujtahid 2/309, Qalyubi Umairah 3/123, AlMughni 6/374, As-Syarah As-Saghir 4/178. 2 Johnson, Dana E. (2002), Adoption and the Effect on Children’s Development, Early Human Development
38, pp. 39-54; and Marinus H. van IJzendoorn, Femmie Juffer, and Caroline W. Klein Poelhuis (2005),
Adoption and Cognitive Development: A Meta-Analytic Comparison of Adopted and Nonadopted
Children’s IQ and School Performance, Psychological Bulletin, 131:2, pp. 301-316. 3 Perkara ini jelas melalui perintah Allah s.w.t. untuk tidak mem”bin”kan anak itu kepada selain ayahnya. Allah
berfirman yang bererti: Panggilah mereka (anak-anak angkat) menurut (nama) bapanya, hal itu lebih adil di
sisi Allah s.w.t. (Surah Al-Ahzab: 5). 4 Terdapat pelbagai ayat suci Al-Quran yang menitikberatkan aspek keadilan bagi mereka yang menjaga
kebajikan anak yatim, antaranya firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan berikan kepada anak yatim itu harta
mereka, dan jangan kamu menukar [hartamu] yang buruk dengan [harta mereka] yang baik, dan jangan kamu
memakan harta mereka melalui hartamu, sesungguhnya ia merupakan suatu dosa yang besar. (Surah Al-
Nisaa’: ayat 2).
3
Maqasid Syariah (objektif Syarak)5 yang merangkumi pemeliharaan keimanan dan
agamanya.
Aurat keluarga dengan anak angkat.
7. Bagi memenuhi tuntutan agama agar kebajikan dan akidah anak-anak tersebut
terpelihara, segala kesulitan yang boleh menjadi hambatan perlu diatasi. Ini termasuk
kesulitan dari segi hukum sekiranya ada.
8. Jawatankuasa Fatwa akur bahawa Islam menetapkan peraturan tertentu berkaitan
kewajipan memelihara aurat. Namun dalam isu yang ditimbulkan oleh APKIM
sebagai pihak yang bertanya, kekhuatiran tentang hukum aurat ini ternyata menjadi
faktor yang menghambat ramai keluarga Muslim daripada mengambil anak angkat
Muslim. Ini menimbulkan keburukan agama yang serius, di mana akidah anak-anak
tersebut tidak dapat dipelihara.
9. Syarak menetapkan bahawa perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan
bencana perlu dihilangkan. Dinyatakan dalam kaedah Fiqhiyah:
الضرر ي زال.
Yang bermaksud: Segala kemudaratan perlu dihilangkan.6
10. Juga berdasarkan kaedah Fiqhiyah yang menetapkan bahawa apabila terdapat
kesukaran, maka Syarak berusaha untuk mendatangkan dengan jalan keluar yang
membawa kepada kesenangan. Seperti berikut:
املشقة جتلب التيسري
Yang bermaksud: Kesusahan itu membuka jalan kepada kemudahan.7
5 Segala hukum-hakam Islam bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Kemaslahatan tersebut
terpelihara melalui penjagaan lima perkara, iaitu melalui penjagaan kesejahteraan agama, akal, nyawa,
keturunan dan harta. Pemeliharaan lima perkara ini dikenali sebagai Maqasid Syariah, yang bererti: Objektif
yang ingin dicapai Syarak. Menurut Imam al-Syathibi: Tujuan utama Allah menurunkan syari’at (aturan hukum)
adalah untuk meraih kemaslahatan dan menghindari kemudaratan. Sila lihat: Al-Syatibi, Al-Muwaafaqaat,
Beirut, Dar Al-Kutub Al’Ilmiyah, cetakan pertama, 1425H-2004, hlmn 220. 6 Al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Naza’ir, Beirut, Maktabah Al-‘Asriah, 2003/1424H, hlm 114. 7 Ibid, hlmn 106.
4
11. Atas dasar ini, juga bersandarkan kaedah Sadd al-Zara’i’ 8 Jawatankuasa Fatwa
berpendapat bahawa salah satu di antara dua pendekatan berikut boleh
dipertimbangkan sebagai jalan keluar bagi isu penjagaan aurat antara anak angkat
dengan keluarga angkatnya.
Pendekatan Pertama: Penyusuan anak angkat oleh ibu angkat
12. Seorang wanita yang ingin mengambil anak angkat boleh berusaha untuk menjadikan
anak tersebut sebagai anak susuan. Penyusuan tadi menyebabkan hubungan mahram
itu terhasil antara ibu susuan dengan anaknya, dan suami wanita itu juga menjadi
mahram anak tersebut. Sama ada penyusuan itu dilakukan secara langsung dari
payudara, ataupun secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan
sebagainya.
13. Jawatankuasa Fatwa juga tiada halangan jika wanita tersebut ingin mengambil
perubatan tertentu seperti pil hormon untuk menghasilkan susu (Induced Lactation).
14. Jawatankuasa Fatwa juga bersetuju dengan pandangan jumhur fuqaha’ bahawa
seorang wanita dibenarkan untuk menyusukan anak, sama ada dia sudah
berumahtangga ataupun belum. Pandangan Mazhab Maliki, Al-Syafie dan Hanafi9
menyatakan bahawa seorang wanita yang hendak menyusukan seorang anak, tidak
disyaratkan mempunyai suami.
15. Sekiranya anak tersebut berjaya dijadikan anak susuan, maka menurut penetapan
fuqaha’ anak susuan itu menjadi mahram kepada individu yang berikut:
a. Ibu susuannya;
b. anak-anak kepada ibu susuannya, samada anak kandung atau anak susuan
yang lain;
c. suami kepada ibu susuan;
d. dan anggota-anggota keluarga yang lain seperti yang telah dijelaskan oleh para
fuqaha’.
8 Konsep al-Zara’i’: Bererti menutup ruang. Ianya adalah satu kaedah pencegahan awal dari berlakunya perkara
yang diharamkan atau dilarang syarak. 9 Sila lihat: Al-Khatieb Al-Shirbiiniy, Al-Mughni, Juz 3, hlmn 420. Sila lihat: Ibn Rushd Al-Maaliki, Al-Bayaan
wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. Sila lihat: Fataawa Al-Hindiyah, Juz 1, hlmn 343.
5
16. Saiduna Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
.النسب ن الرضاع ما يرم م ن يرم م
Yang bermaksud: Menjadi mahram melalui penyusuan, apa yang menjadi mahram
melalui nasab. (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).
17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para
ulama telah menetapkan beberapa syarat agar penyusuan itu dianggap sebagai
penyusuan yang sah di sisi syarak serta boleh menyebabkan mahramiyah, seperti
berikut:
a. Bilangan susuan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya lima kali
penyusuan yang mengenyangkan10;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi11; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah12.
Pendekatan Kedua: Mengambil kira beberapa pengecualian berkaitan aurat antara
bukan mahram
18. Selain daripada pendekatan penyusuan anak angkat, ibu bapa angkat juga boleh
mempertimbangkan pilihan kedua ini bagi isu batasan aurat antara keluarga angkat
dan anak angkat.
19. Pendekatan ini mengambil kira hukum-hakam syarak yang memberi beberapa
pengecualian berkaitan aurat seorang wanita dengan yang bukan mahramnya.
Jawatankuasa Fatwa juga telah meneliti punca dan motif disebalik setiap hukum (illah
10 Dari ‘Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh isteri Abu Hudzaifah (supaya menyusui
Salim) sebanyak lima kali susuan. Dan Salim bebas untuk memasuki rumahnya sebab penyusuan tersebut.
[Hadith riwayat Ahmad]. 11 Nabi s.a.w. bersabda: Perhatikanlah saudara lelaki kamu dari penyusuan. Karena penyusuan yang sah
adalah ketika susu itu dapat mengenyangkan dari rasa kelaparan. (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 5102 dan
Muslim no. 1455) 12 Firman Allah s.w.t.: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi mereka yang
ingin menyempurnakan penyusuan. (Surah Al-Baqarah: 233).
6
hukum13) dan mengaplikasikan motif hukum tersebut pada konteks aurat anak angkat
dengan keluarga angkatnya.
20. Syariah menetapkan bahawa tidak semua yang bukan mahram itu memiliki hukum
yang sama. Ada keringanan (rukhsah) yang diberi bagi sebahagian situasi untuk
menjaga kemaslahatan dan keperluan. Antara permasalahan yang telah dikenalpasti di
mana pengecualian hukum diberi bagi seorang wanita untuk tidak berhijab adalah
seperti berikut:
a. Aurat seorang wanita dengan hamba lelakinya.
b. Hamba wanita dengan tuan lelaki.
c. Lelaki yang tiada syahwat serta keinginan terhadap wanita.
d. Anak lelaki kecil yang belum ada keinginan terhadap wanita.
e. Wanita yang telah putus haid.
Pertama: Keringanan disebabkan urusan seharian
21. Di dalam perundangan Islam seorang wanita dibenarkan untuk tidak berhijab
disebabkan beberapa urusan seharian yang perlu dikendalikannya, seperti berikut:
Dalam situasi keperluannya (hajat) untuk menjalankan urusan seharian samada
bersama hamba lelaki yang dimilkinya, ataupun bersama anak kecil yang belum
baligh. Begitu juga keadaannya bagi seorang lelaki dengan hamba wanitanya.14
13 Illah hukum: Ia bermaksud penyebab ataupun motif disebalik penetapan hukum. Para ulama berusaha untuk
mengenalpasti motif/penyebab disebalik sesuatu hukum bagi sesuatu permasaalahan. Tujuannya adalah apabila
motif hukum dikenalpasti bagi isu tersebut, maka hukum syariat yang sama dapat diterapkan pada isu-isu terkini
dan yang terbaru yang memiliki persamaan dengannya, sedangkan hukumnya tidak dinyatakan dalam Al-Quran
mahupun Sunnah. Imam Al-Shatibi antara mereka yang bertanggapan bahawa tiada bezanya antara illah (motif)
sesuatu hukum dengan hikmah disebalik hukum. Kedua-duanya dianggap sebagai penyebab sesuatu hukum.
Adapun sebahagian ulama Usul Fiqh membezakan antara illah (motif) sesuatu hukum dengan hikmah
disebaliknya. Sila lihat: Al-Shatibi, Al-Muwafaqaat, hlmn 160. 14 Menurut Mazhab As-Syafie diperbolehkan bagi seorang wanita yang memiliki hamba sahaya lelaki untuk
melepaskan hijabnya ketika berurusan dengan hamba tersebut, berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah An-
Nur ayat 31:
أو نسائهن أو ما هنن أو بىن أخواهتنأو بىن إخوا وال يبدين زينتهن إال لبعولتهن أو آابئهن أو آابء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخواهنن...﴿ ﴾ اهننملكت أمي
Yang bermaksud:…dan jangan mereka (yakni kaum Muslimah) menzahirkan (tempat) perhiasan mereka
melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau
anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau
anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba sahaya lelaki yang mereka
miliki.
7
22. Motif hukum (illah) disebalik keringanan yang diberi ini adalah di atas dasar
kesukaran yang dihadapi oleh seorang hamba yang sering berurusan di dalam rumah
tuannya.
23. Allah s.w.t. menjelaskan melalui firmanNya dalam Surah An-Nur ayat 58, berkaitan
motif hukum (illah) disebalik keringanan hukum yang diberi bagi isu aurat antara
hamba sahaya dengan tuannya. FirmanNya yang berbunyi:
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu
dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepadamu
(sebelum masuk ke tempatmu), pada tiga masa; (iaitu) sebelum solat subuh, dan
ketika kamu membuka pakaian di tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah
tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat). Kamu dan mereka tidaklah
dipersalahkan setelah tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu
keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat
antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-
ayatNya (yang menjelaskan hukum-hakamNya); dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
24. Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa antara sebab utama mengapa keringanan
hukum itu diberi bagi isu aurat antara hamba dengan tuannya, juga bagi kanak-kanak
yang belum baligh, adalah kerana hamba dan anak kecil tersebut sering berurusan di
8
dalam rumah tuannya. Ia dibenarkan walaupun tiada hubungan mahram antara
mereka. Imam Ibn Kathir menjelaskan dalam tafsirnya:
. غريهمتفر يفغ ي تفر يف الطوافني ما ال غ وألهنم } طوافون { عليكم، أي: يف اخلدمة وغري ذلك، وي
Yang bermaksud: Kerana mereka sering berlegar (tawwaf) antara mu, yakni tatkala
melaksanakan khidmat untuk mu dan sebagainya. Dan diberi kemaafan
(kelonggaran) bagi mereka yang sering berlegar (taawafin) di mana kemaafan
tersebut tidak diberikan kepada yang selain dari mereka.15
25. Nabi s.a.w. pernah menziarahi anaknya Fatimah r.a. di rumahnya. Dan Fatimah r.a.
pada waktu tersebut didapati tidak menutupi aurat secara sempurna, Nabi bersabda:
.إنه ليس عليك أبس إمنا هو أبوك وغالمك
Yang bermaksud: Tiada apa-apa, ini hanyalah bapa kamu dan hamba lelaki kamu
sahaja. (Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Al-Baihaqi).
26. Pada konteks zaman dahulu, hukum yang sama juga diamati berkaitan aurat seorang
hamba wanita dengan tuannya. Walaupun tuan tersebut bukanlah mahramnya ataupun
suaminya, tetap diizinkan bagi seorang hamba wanita untuk tidak menggunakan hijab
dalam mengendalikan urusan seharian bersama tuannya.
27. Berdasarkan motif hukum (illah hukum) yang telah dikenal pasti, Jawatankuasa Fatwa
berpendapat bahawa motif yang sama juga boleh diaplikasikan dalam isu anak angkat
dengan keluarga angkatnya. Ini adalah kerana mereka terdiri dari golongan yang
sering berurusan dan berhubungan dengan ahli keluarga angkat, dan terdapat
kesukaran bagi ahli keluarga untuk menjaga aurat rumah bersama anak angkat
tersebut, lebih-lebih lagi ia telah dipelihara sejak kecil lagi.
Kedua: Keringanan diberi disebabkan tiada nafsu syahwat
28. Jawatankuasa Fatwa juga mendapati bahawa syarak telah menetapkan dalam isu yang
lain, illah (motif) di sebalik keringanan berhijab disebabkan ketiadaan syahwat. Sama
ada wanita itu berurusan dengan golongan yang tiada syahwat, seperti anak kecil yang
15 Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Riyadh, Dar Taibah, cetakan kedua, 1999-1420H, juz 6, hlmn 82.
9
belum baligh dan lelaki yang tiada syahwat terhadap wanita; ataupun wanita itu
sendiri tiada lagi keinginan untuk bernikah disebabkan beliau telah mencapai umur
lanjut. Ini jelas melalui firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 31:
Yang bermaksud: “…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali apa yang terzahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau wanita-wanita Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada wanita, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat wanita.”
29. Islam amat menitikberatkan penjagaan aurat bagi seorang muslimah. Kerana itu, ayat
tersebut menjelaskan bahawa seorang wanita seharusnya sentiasa menjaga auratnya,
melainkan ketika berurusan dengan golongan yang mahram dengannya seperti
ayahnya, ayah mertua dan sebagainya. Diwaktu yang sama, ayat ini juga menjelaskan
bahawa bagi golongan tertentu, yang mana terdapat kemungkinan mereka tidak
memiliki nafsu sepertimana hal keadaan yang biasa, maka kelonggaran hukum
menjaga aurat diberikan kepada mereka dan bagi orang yang berurusan dengan
mereka.
10
30. Penetapan hukum ini serupa dengan situasi anak angkat dengan keluarga angkatnya.
Dimana anak tersebut telah dijaga oleh keluarga angkatnya dari kecil lagi, dan seluruh
keluarga telah melayaninya seperti anak kandung mereka sendiri. Maka seorang anak
angkat boleh dianggap sebagai golongan yang diberikan syarak kelonggaran hukum
menjaga aurat antara ahli keluarga, sepertimana yang nyatakan dalam ayat Al-Quran
tersebut.
Keputusan Fatwa
31. Jawatankuasa Fatwa berpandangan bahawa mengambil anak angkat oleh keluarga
yang berkemampuan dan bersedia adalah satu keperluan. Ia merupakan amanah dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh masyarakat Islam. Apabila kebajikan anak
angkat Muslim dijaga oleh keluarga Muslim, kebajikan dan kemaslahatan agama anak
tersebut akan terus terpelihara dan tidak terabai.
32. Oleh yang demikian, isu berkaitan hukum aurat tidak sewajarnya menjadi penghalang
untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Jika terdapat keterbatasan hukum
mengenainya, ada jalan keluar yang perlu diambil kira melalui keringanan hukum
(rukhsah) seperti yang dinyatakan di atas, iaitu samada melalui pendekatan
penyusuan, atau melalui aplikasi kaedah menghilangkan kesukaran (Raf’ Al-Haraj)
berdasarkan keringanan yang diberi syarak bagi golongan yang sering berlegar-legar
dan berhubungan dengan ahli keluarga. Juga mengambilkira keringanan yang diberi
berkaitan aurat antara hamba dengan tuannya, seorang anak kecil dan bagi golongan
yang tiada syahwat.
.وسلم وصحبه آله وعلى حممد سيدان على هللا وصلى ، التوفيق وابهلل ، أعلم هللا
DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI NEGARA SINGAPURA
PENGERUSI, JAWATANKUASA FATWA
MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA