Post on 07-Dec-2014
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
UNIT 1 STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.
1.0. Sinopsis
Bab ini memaparkan strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih strategi dan kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Justeru itu guru harus memilih kesesuaian tajuk dengan strategi dan pendekatan.
Unit ini mengandungi:
1. Analisis Strategi dan Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
1.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Membanding beza di antara strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
2. Membanding beza di antara strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.
3. Membanding beza di antara pendekatan bersepadu, induktif, deduktif, elektif, berpusatkan murid, tematik dan qudwah hasanah.
4. Mengaplikasi pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang
diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.
1
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
1.2. Kerangka Tajuk
Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Islam
2
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 2 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam
Nota :
1.3. STRATEGI
1.3.1 Definisi Strategi
Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan
pelaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini
termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa
yang digunakan .
1.3.2 Jenis Strategi
Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam ialah :
Strategi berpusatkan guru
Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan bahan
1.3.2.1 Strategi berpusatkan guru
3
PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN
ISLAM
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas,
memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.
Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan
penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai
murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah
pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik
pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz.
Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka
menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Demontrasi.
Syarahan/ Kuliah.
Bercerita.
Penerangan.
1.3.2.2 Strategi berpusatkan murid
4
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru
hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti
sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi
kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan
kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Kumpulan.
Inkuiri penemuan.
Perbincangan.
Penyelesaian masalah.
Bermain.
Simulasi.
Sumbangsaran.
Projek.
Main peranan.
Penyoalan.
5
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan
dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid.
Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif
serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
1.3.2.3 Strategi berpusatkan bahan
Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset,
radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan
BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia
bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga
dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM
yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan
lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran
dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara
6
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang
digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
Ketepatan
Kejelasan
Keluasan
Kepelbagaian
Strategi yang dirancang perlulah:
Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras
kebolehan
Berpusatkan murid.
Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan
inovatif.
Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Audio-visual.
Pengajaran terancang.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Modul.
Penggunaan buku teks dan rujukan.
7
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
1.4. PENDEKATAN
1.4.1 Definisi Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif
jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya
mengandungi strategi, kaedah dan teknik.
Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan
apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut :
Memberi ilmu - kognitif
Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
Menyepadukan faktor dan nilai
Merentas kurikulum
Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
Memotivasikan murid dalam pembelajaran
1.4.2 Jenis-jenis Pendekatan
Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam.
8
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam
1.4.2.1 Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di
dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara
saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep
kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan
penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
9
PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN
ISLAM
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 4 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Melalui Pendekatan Bersepadu
1.4.2.2 Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan
bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau
umum. Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air
yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula
mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air
paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air
mutlak dan hukumnya.
10
Pelaksanaan Konsep Bersepadu Dalam P&P
Pendidikan Islam
Kecintaan terhadap
ilmu
Gabungjalin
Perentasan
PenerapanNilai
KurikulumDengan
KokurikulumMengaitkan
Dengan Masyarakat
Kesinambungan Di Peringkat
Rendah
KepelbagaianAktiviti BBMK
PerkembanganPotensi
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif
Ciri-ciri pendekatan induktif:
1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai
sesuatu kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
1.4.2.3 Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan
dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah,
azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau
huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
11
Contoh-contohkhusus
Memerhati,mengkaji,
mengenalpasti,mentafsir.
Membuatgeneralisasi
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan
Deduktif
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal
1.4.2.4 Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua
pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan
pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan
pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan
mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan
konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan.
Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang
mempunyai ragam belajar yang berbeza.
12
Memperkenalteori/rumus,
prinsip,hukumatau
peraturanbarui
Gunakan contoh-contoh
berkaitan
Murid mengukuhkanpemahaman
tentangkonsep
Pilihteori/rumus,
prinsip,hukumatau
peraturanyang telah diketahui
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
1.4.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid
Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses
pengajaran–pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran.
Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan
sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini,
pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.
1.4.2.6 Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui
ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang
berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan
kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi
topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal
pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi
suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan
peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu
menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema
tersebut.
1.4.2.7 Qudwah hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar
dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan
model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru
yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan
sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting
bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah
sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
13
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
1.5 RUMUSAN
14
Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran berdasarkan objektif
Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
Mengambil kira segala aspek pembelajaran
Cara mengajar berdasarkan
objektif
berlandaskan teori, prinsip atau
model tertentu
Kenyataannya dianggap benar
tanpa memerlukan bukti dan alasan
Mendokong sesuatu teori
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
LATIHAN
Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil
pembelajaran. Berdasarkan kefahaman anda mengenai strategi dan
pendekatan, jelaskan:
1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai
dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan
pendekatan tersebut.
Aktiviti Pembelajaran :
1. Berpandukan gambar-gambar di atas, cuba anda jelaskan apa yang
dimaksudkan dengan pendekatan deduktif.
15
Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik?
Gu
ru hend
aklah sentia
sa m
enga
malka
n kebersih
an
Sebagai ‘role model’ perlakuan begini amat tidak sesuai dilakukan oleh guru
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
2. Perhatikan gambar di bawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan
Qudwah hasanah.
Perlakuan guru sering menjadi ikutan murid-murid
16
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
UNIT 2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN :
AYAT BACAAN AYAT HAFAZAN AYAT KEFAHAMAN
2.0. SinopsisBab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Unit ini mengandungi:
Analisis kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran.
2.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Membanding beza di antara kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
2. Membanding beza di antara kaedah-kaedah yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilwah al-Quran seperti talaqqi, musyafahah, tasmik, gerak kerja, sambung bacaan, cuba jaya dan lain-lain.
3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.
17
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana- mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
2.2. Kerangka Tajuk
Nota
Anda pernah mendengar perkataan kaedah dan teknik? Tahukah anda dengan
kebijaksanaan guru membuat pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan
membawa kepada pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Dapatkah
anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik?
2.3. Definisi
18
KAEDAHP&P
AYAT HAFAZAN
KAEDAHP&P
AYAT BACAAN
KAEDAHP&P
AYAT KEFAHAMAN
KAEDAH DAN
TEKNIK P&P ASUHAN TILAWAH
AL-QURRAN
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
2.3.1 Definisi Kaedah
Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-
peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Dalam menerangkan sesuatu prosedur
pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai
terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan
prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut:
Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.
Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.
Susun langkah secara berperingkat
2.3.2 Definisi Teknik
Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah
atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi
aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia
juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara
menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan
bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang
langkah-langkah pengajaran.
Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh
dijadikan panduan:
Melibatkan murid secara aktif.
19
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Menggalakkan pengalaman secara langsung.
Menekankan amalan dan penghayatan.
Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.
Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu
2.4. Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman
2.4.1 Ayat Bacaan
Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat bacaan dal;am bidang Asuhan
Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu
ayat atau surah al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid.
2.4.2 Ayat Hafazan
Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan pula ialah supaya murid
dapat menghafaz surah-surah tertentu/ ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan
bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian.
2.4.3 Ayat Kefahaman
Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman ialah supaya murid dapat
memahami maksud beberapa ayat-ayat atau surah terpilih dengan
menghayatipengajarannya sebagai rujukan petunjuk Allah.
Objektif pengajaran dan pembelajran Asuhan Tilawah al-Quran adalah bertujuan
secara umumnya supaya murid dapat mengetahui adab membaca al-Quran dan
mengamalkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan seharian
2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan)
20
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di antaranya seperti yang
ditunjukkan dalam grafik berikut:
Rajah 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Tilawah/Bacaan
2.5.1 Talaqqi
Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar
pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian
secara beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti
oleh guru sehingga guru berpuas hati.
21
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Tilawah/ Bacaan
TALAQQI MUSYAFAHAHTIKRAR
HALAQAH/TADARUS
TATBIQI
GERAK KERJAKUMPULAN
TASMIK
GERAK KERJAINDIVIDU
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
2.5.2 Musyafahah
Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada
seorang murid, kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru
membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.
2.5.3 Tikrar
Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan
bacaan kepada murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan
dan bacaan guru dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan
bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati
dengan sebutan dan bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara;
1. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.
2. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca,
murid-murid lain ikut.
3. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain
mendengar sahaja.
4. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja.
Peringatan:
Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling
praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan
peristiwa Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi
Muhammad SAW. mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS. secara
talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar
oleh Nabi Muhammad SAW. Kemudian Nabi Muhammad SAW. membacanya
dengan didengari oleh malaikat Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril a.s.
22
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Aktiviti :
Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru Pendidikan Islam di
sekolah. Jelaskan secara terperinci langkah-langkah bagaimana melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah) dengan
menggunakan kaedah-kaedah tersebut di atas.
2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-
Qur’an (Ayat Hafazan)
Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an
yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduan-
panduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau
tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut:
- ikhlas dalam niat dan amalan,
- menggunakan satu mushaf,
- memahami apa yang dihafaz,
- meninggalkan maksiat,
- hafaz secara berperingkat-peringkat,
- kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan
- kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang
berkemahiran.
Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini. Di antaranya seperti yang
ditunjukkan dalam grafik berikut:
23
CUBA JAYASAMBUNGBACAANTIKRAR
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 8 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Hafazan
2.6.1 Cuba Jaya
Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad
(10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu,
murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum
hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini
boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.
2.6.2 Sambung Bacaan
Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan
meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat
pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz,
kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah
seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa
kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat
pertama dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua
secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan
dalam kalangan murid.
2.6.3 Tasmik
24
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Hafazan
GERAK KERJAKUMPULAN
GERAK KERJAINDIVIDU
TASMIK
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu
di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca
ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan
murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala
murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi.
Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik
menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang
diharapkan.
Teknik menghafaz al-Qur’an:
- Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan
(tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan
berpandukan mashaf]
- Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
- Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
- Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir
- Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau
tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara
hafazan.
- Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya
mengikut langkah-langkah di atas.
- Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat
pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah
merujuk sekejap kepada mushaf.
- Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk
mushaf.
- Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat.
Peringatan:
25
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan
secara maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya
pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam
keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan
semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid.
Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah
boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan
kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai
keperibadian yang luhur.
Aktiviti Pembelajaran:
Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun
langkah-langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar mana-
mana ayat dari ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.
2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah
Al-Qur’an (Ayat Kefahaman)
Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat kefahaman ini). Antaranya seperti yang
ditunjukkan dalam grafik berikut:
26
HURAIANPERBINCANGAN
KELASTERJEMAH
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 9 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Kefahaman
2.7.1 Terjemahan
Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang
telah ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di
dalam ayat tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah
itu, guru meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir.
2.7.2 Huraian
Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang
murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini
telah diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku
rujukan. Pada hari pengajaran dan pembelajaran, murid yang beri tugas
menghuraikan maksud ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut hendaklah
disokong dengan ayat al-Quran, hadith, pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah
dan lainnya.
2.7.3 Perbincangan
27
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Kefahamaan
GERAK KERJAKUMPULAN
GERAK KERJAINDIVIDU
PERBINCANGAN KUMPULAN
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang
mengenai intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari
maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas
atau kumpulan kecil.
Aktiviti:
Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang sesuai untuk
kesemua kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan ayat-ayat
kefahaman sekolah rendah.
2.8 RUMUSAN
28
Merupakan usaha keseluruhan terdiri
daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan
yang dipilih
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
LATIHAN
Pemilihan kaedah dan teknik adalah untuk mencapai hasil pengajaran yang
paling maksima. Ianya hendaklah sesuai dengan tajuk, tahap kebolehan murid
dan situasi bilik darjah. Berdasarkan kefahaman anda mengenai kaedah-kaedah
dan teknik yang telah dijelaskan.
1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah tikrar.
2. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman bagi tahun satu hingga tahun
enam menggunakan kaedah yang disarankan.
29
Merujuk kemahiran guru melaksanakan
kaedah mengajar yang dilaksanakan
berdasarkan objektif
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
UNIT 3 3- Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran ( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi )
3.0.Sinopsis
Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi.
Unit ini mengandungi:
1.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah (Ibadah,Aqidah dan Sirah) 2.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah3.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Pelajaran Jawi
3.1.Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi
2. Merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi
3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap bidang
Arahan
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:1.Baca dan fahami objektif modul.2.Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3.Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4.Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.
30
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
5.Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.6.Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.7.Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
3.2. Kerangka Tajuk
31
Peringatan:
Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
KAEDAHPENGAJARAN
ADAB DAN AKHLAK
AKIDAHKAEDAH
PENGAJARANULUM SYAR’YYAH
KAEDAHPENGAJARAN
ADAB DAN AKHLAK
IBADAT
SIRAH
KAEDAH DAN
TEKNIK
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Nota
3.3. Kaedah dan Teknik
Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak
kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan
kaedah?
Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan
sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran
yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu
objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu
langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat
memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru
kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru
menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin
disampaikan kepada murid.
Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran
Jawi ialah;
Tunjukcara / demonstrasi
Simulasi
Syarahan / kuliah
Projek
Bermain
Bercerita
Perbincangan
Latihtubi
32
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Kuiz
Soal jawab
Dialog
Lawatan
Ulangan
Lakonan
3.4. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS ULUM SYAR’YYAH
3.4.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH
Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas
kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi
pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran
tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama
pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif
utama pengajaran akidah ialah:
1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar
2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam
3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar
4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah
33
KAEDAHPENGAJARAN
ULUM SYAR’YYAH
PENGAJARANAKIDAH
PENGAJARAN IBADAT
PENGAJARANSIRAH
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
3.4.1.2 Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran
akidah;
Soal jawab
Perbincangan
Kuliah
Bercerita
Sumbangsaran
Anologi
Kajian Perpustakaan
Akhbar dalam darjah (ADD)
Projek
Menulis rencana
Forum
Lawatan
a.Kaedah soal jawab
Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan ,
manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya
berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta
fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran
dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah
perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di
samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat
menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan
kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala
yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada
kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada
pelajar.
34
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
b.Kaedah Perbincangan
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar
fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan
mencari penyelesaian.
Tujuan Perbincangan
Menggalakkan perkembangan mental.
Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
Menggalakkan perkongsian pendapat.
Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang
lain.
Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan
dalam kumpulan.
Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
Perlaksanaan Sesi Perbincangan
Sebelum
Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
Agih tugas kepada ahli kumpulan
Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat
Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
35
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Semasa
Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
Bantu murid beri idea
Betulkan kesilapan
Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian
Selepas
Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai
bahan yang mencukupi
Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan
kepada semua murid
Beri ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan
Tajuk yang sesuai
Maklumkan tujuan perbincangan
Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
Guru sebagai fasilitator
Penglibatan pelajar perlu aktif
Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan
Adakan rumusan akhir
Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
Beri pujian dan galakan
Jenis-jenis Perbincangan
sesi buzz,
sumbangsaran
seminar
forum
Perbahasan
36
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
c. Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak
melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada
pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan
mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai
kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak
langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Tujuan kaedah syarahan untuk :
a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c) membuat penelitian dan ulangkaji
d) mengembangkan isi pelajaran
e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap
kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan
mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas
dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.
Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:
a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak
mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru.
b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas
c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara
yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas
d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman
dan tumpuan pelajar
37
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti
soaljawab, perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik
dan tidak membosankan.
Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa
mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan.
Baginda juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda
termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda
menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi
dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil orang-orang Quraisy ke
Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.
Rumusan
Kaedah P&P akidah merupakan satu cara atau jalan dalam menyampaikan
pendidikan akidah kepada murid. Kaedah yang digunakan berdasarkan kepada
method yang digunakan oleh Rasulullah ketika mengajar para sahabat mengenai
akidah. Selain itu terdapat juga kaedah baru yang boleh digunakan. Kaedah ini
dikenal pasti dapat memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih
mendalam terhadap pelajaran yang disampaikan.\Kaedah P&P akidah ini tidak
terhad kepada apa yang dibincangkan.
Terdapat perbagai kaedah yang boleh didedahkan kepada murid mengikut
kesesuaian di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri. Namun dengan
perbincangan dalam unit ini sudah mencukupi sekadar memberi panduan
kepada guru Pendidikan Islam.
38
Latihan 2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah soal jawab?2. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda fahami
berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s.
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
3.4.2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH
Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk
menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan
kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji,
sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan
memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara
objektif utama pengajaran ibadah ialah:
1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam
2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu
hukum
3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt
4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam
5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan
amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran
tersebut menarik dan berkesan.
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:
Tunjuk cara atau demonstrasi
Simulasi
Amali
Soal jawab
Latih tubi
Kuliah atau penerangan
Bercerita
Projek
Pengurusan Grafik
39
Tahukan anda apa yang dimaksudkan kaedah tunjukcara?
Perlakuan solat boleh dilakukan tunjukcara oleh guru
Guru boleh menunjukcara bagaimana kedudukan saf dalam solat berjamaah
Perkataan tunjukcara membawa maksud ‘menunjukkancara bagaimana sesuatu perlakuan itu seharusnya dilakukan’. Kaedah tunjukcara merujuk kepada seorang guru/individu melakukan sesuatu perbuatan /perlakuan /prinsip di hadapan murid-muridnya untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan/ perlakuan / prinsip itu seharusnya dilakukan. Proses ini mempunyai prosedur dan memerlukan emahiran guru untuk melaksanakannya, mendemonstrasikan cara atau langkah –langkahnya dihadapan murid-murid.
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
a.Kaedah Tunjuk Cara
Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan
langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti
penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan,
amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari
murid terhadap sesuatu proses. Sebenarnya kaedah ini memberi peluang
kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran
yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.
40
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia
melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah
tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah
tunjuk cara ialah:
1. Cara menyucikan najis
2. Jenis solat
3. Tayammum
4. Haji
5. Mandi Wajib
6. Wudhu’
Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw
ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini
dilaksanakan ialah:
- Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku
- Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah
- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah
Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara
Sebelum Sesi Pengajaran
Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah
tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
41
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Semasa sesi Pengajaran
Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia
Perhatikan tindak balas pelajar
Galakkan penyertaan murid
Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah
Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar
Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut
Selepas sesi Tunjuk cara
Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman
Berikan mereka aktiviti susulan
b.Kaedah simulasi
Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar
Tujuan kaedah simulasi
Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam
menjalankan latihan menyelesaikan maslah.
Menilai pendapat atau pandangan orang lain
Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan
masalah
Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi
kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak
memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi
pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai
untuk kaedah ini ialah:
42
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Ibadah Haji
Sembelihan dan aqiqah
Peranan Hakim menjatuhkan hukuman
Perkahwinan
Jenis-jenis solat
Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama
dengan yang sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang
sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Contohnya masalah
disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang berlaku
samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya.
Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara
berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan murid-murid dapat
menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.
Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai
Kemahiran komunikasi dan bersosial
Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)
Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi
Sebelum sesi pengajaran
Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
43
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah
tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa Sesi Pengajaran
Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka
Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan
peranan mereka dalam simulasi tersebut
Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka
Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian
Selepas sesi Pengajaran
Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman
Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan
Berikan mereka aktiviti susulan
Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak
c.Kaedah Amali
Menyediakan bahan pembelaajaran secara langsung melalui proses atau cara
melakukan sesuatu. Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah
merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran, murid
berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran, pengalaman
secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai
dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja.
44
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali
Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk
Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara
Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori
Rumusan
Pelbagai kaedah dan teknik boelh diaplikasikan dalam proses p&p berkaitan
ibadah supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai sama ada dalam
jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Perkara ini perlu dilaksanakan
kerana Islam amat menitikberatkan Pendidikan Islam supaya dengan itu murid
dapat merealisasi dan menghayatinya dalam kehidupan mereka seharian.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan ibadah ini, guru perlu
bijak memilih dan merancang dalam menentukan pendekatan, kaedah ,teknik
dan aktiviti yang hendak digunakan dalam sesuatu pengajaranun tuk mencapai
objektif yang ditetapkan.
45
Latihan:
1. Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah
2. Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam P&P3. Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk
pengajaran berkesan.
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
3.4.3. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN SIRAH
Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh
kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai
bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan
pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran
dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama
pengajaran sirah ialah:
1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam
menegakkan agama Islam
2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat
dahulu
3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik
4. Menanam semangat cintakan agama
Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh
guru untuk pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam
pengaajaran sirah antaranya ialah:
Bercerita
Projek
Lawatan
Latih tubi
Perbincangan kumpulan
Kuliah atau penerangan
Simulasi
Pengurusan grafik
Forum
Soal jawab
Sumbang saran
46
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
a.Kaedah Bercerita
Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan
isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan.
Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan
murid yang mendengar cerita tersebut.
Antara prinsip bercerita ialah:
Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan
ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan
bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai
unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan,
seks,karut dan khurafat.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Sediakan senarai tajuk yang sesuai Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual
atau pemerhatian
47
1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang
dan pengalaman murid
2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas
3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya
4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood
cerita seperti riang, sedih atau marah
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu
merangka langkah-langkah bercerita iaitu:
1. Sebelum sesi bercerita
Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi
cerita
Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita
Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
2. Permulaan Pengajaran
Gunakan set induksi yang sesuai
Kemukakan beberapa soalan
Tunjukkan gambar, rajah dan peta.
Membuat kuiz dan teka teki
3. Semasa sesi bercerita
Gaya dan nada suara yang sesuai
Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita
4. Selepas sesi bercerita
Beri peluang murid bertanya soalan
Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita
Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan
48
Projek gotongroyong bersih kawasan
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
b. Kaedah Projek
Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan
dalam situasi yang sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang
terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh murid secara individu atau
berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya projek gotong royong
membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah keluarga
dan lain-lain.
Ciri-ciri ;
Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan
diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan
terlebih dahulu
Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong
Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek
49
Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar
dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai
melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Murid-
murid mendapat pengetahuan yang baharu dan
dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada
situasi kehidupan seharian,
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
c. Kaedah Lawatan
Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau
lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang
jelas dengan apa yang dilihat dan dialami. Melalui kaedah lawatan boleh
menimbulkan minat murid untuk mengetahui denganlebih lanjut lagi mengenai
sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan kjelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
Ciri-ciri
Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik
darjah
Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang
memerlukan kajian
Mendapat gambaran yangsebenar tentang amalan dan tindakan operasi
kerja secara realistik
Menghubungkan teori dengan praktikal
Langkah-langkah
Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai
Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan
Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan
Pastikan murid membuat laporan /menghantar tugasan selepas lawatan
Rumusan
Dalam pengajaran dan pembelajaran sirah beberapa kaedah pengajaran dikenal
pasti dapat menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitukeberkesanan ini banyak bergantung kepada
keupayaan guru dalam melaksanakannya. Setiap kaaedah yang digunakan
50
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Justeru,
diharapkan guru dapat mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan dalamunit ini
bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di
sekolah masing-masing.
3.5. KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ADAB DAN AKHLAK
ISLAMIAH
Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaan-
kebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri)
dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan
kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran.
Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun.
Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan
al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh
Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-
Qur’an.
51
Latihan:
1. Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran?
2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah bercerita
3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau
menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-
murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga
perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya
pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada
pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia
dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan
sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan
Islam.
3.5.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran adab dan akhlak;
Perbincangan
Lakonan
Simulasi
Soal jawab
Kuliah
Penerangan
Tunjuk cara atau demonstrasi
Latih tubi
Bercerita
Sumbang saran
Simulasi
Akhbar dalam darjah (ADD)
Menulis rencana
Projek
Uswah Hasanah
Seminar
52
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
a. Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti
perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling
berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk
mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran
idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara
langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru
dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah
perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu:
1. Perbincangan formal
2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan
sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:
Penentuan penglibatan pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian
seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan.
Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi,
pencatat dan penjaga masa.
Masa yang mencukupi
Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat
khabar, majalah, internet dan sebagainya
Penglibatan keseluruhan pelajar
Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya
mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat
53
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih
berkesan
Aktiviti susulan
Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam
pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau
esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka
terhadap perkara itu
Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan
pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek
ulasan guru.
Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi
formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:
Guru selaku pengerusi
Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua
murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru
tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja
dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan
Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya
murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru
perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.
Pembahagian Kumpulan
54
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-
kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka
diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.
Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar
bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain.
Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat
orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu
sebelum membuat keputusan.
Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan
1. Permulaan Pengajaran
Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat
berpunca dari akhlak
Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk
yang akan dibincangkan.
2. Sesi Perbincangan
Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
Fokus perbincangan kepada tajuk
Kemukakan persoalan perbincangan
Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
Membuat rumusan idea-idea perbincangan
3. Penutup
Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman
murid
55
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi
mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.
b. Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau
sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan
peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh
dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali
dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan.
Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang
merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada
akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti
kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta
kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
1. Peristiwa yang sesuai
2. Pelakon hendaklah memahami situasi
3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan
nanti
4. Pelakon yang sesuai
5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
56
Guru mewujudkan satu situasi bermasalah – sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika
mengembara menuntut ilmu
Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan
Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan
Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut
Guru membimbing pelajar membuat rumusan
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami
peristiwa yang mereka pelajari.
Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak
c. Kaedah simulasi
Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti tersebut.
Ciri-ciri
Tajuk ditentukan terlebih dahulu Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan
pengetahuan pelajar Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang Di bawah pengawasan dan bimbingan guru Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran
Langkah-langkah :
57
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran Menentukan tempat yang sesuai Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan Memberi masa murid melakukan simulasi Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan Membuat rumusan secara lisan atau bertulis
Rumusan
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah.
Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian
tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan
murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan
oleh guru. Pembelajaran akan berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran
dapat mencapai objektifnya dan murid-murid mengubah tingkah laku
berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di
dalam kehidupan seharian .
58
Latihan :1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan?2. Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal.3. Bandingbezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam
Pendidikan Akhlak Islamiah.
KAEDAH
Kaedah Huruf
Kaedah bunyi
Kaedah pandang sebut Kaedah Mengeja
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
3.6. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN JAWI
Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan
pelajaran ini sama dengan mata pelajaran yang lain . Guru perlu berusaha untuk
memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping
mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan
teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik
mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
3.6.1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi
a. Kaedah Huruf
Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama
dan bunyi huruf.
Aktiviti yang boleh dijalankan:
Menunjukkan huruf , ت, ب dan sebagainya dengan bahan bantu ا
seperti manila kad atau flash kad
59
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara
individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas
Guru memperkenalkan huruf vokal dan menggabungkannya dengan
huruf-huruf tersebut iaitu , ,بو بي .dan sebagainya با
Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan
rangkaikata
Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi
Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
b. Kaedah Mengeja
Kaedah ini menghendaki murid-murid menyebut huruf dan mengeja serta
membina suku kata tersebut. Selain itu, murid-murid juga boleh mengeja terus
sesuatu perkataan.
Aktiviti yang dicadangkan:
Guru menunjukkan huruf-huruf seperti , , و, ج ا .ب
Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara
individu, kumpulan dan kelas
Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan
dan meminta murid mengejanya seperti + جو باجو = با Guru meminta menulis perkataan yang dibentuk
Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut , , و , ج ا =ب
باجو
60
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
c. Kaedah Bunyi
Kaedah yang membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku
kata lain.
Aktiviti yang dicadangkan ialah;
Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid
membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja
Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara
individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.
Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan
suku kata tersebut
Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan
meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan
membentuk perkataan
Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk
peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yang sama bunyinya
kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah;
باب��ا , بوب��و, تي��تي,
.خوخوDari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang
berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;
= خوتي ، خو + با = تيبا ، خو + تي =تي+ با
بوخو=خوبا ، بو + خو
61
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja
terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran
membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.
d. Kaedah Pandang Sebut
Pelaksanaan kaedah ini sangat bergantung kepada bahan bantu seperti kad
gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan
perkataan atau rangkaikata melalui gambar atau membunyikan ayat melalui
gambar yang ada cerita.
Cadangan aktiviti:
Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar
Guru meminta murid menyebut gambar-gambar tersebut
Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan
meminta murid menyebutnya
Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya
berulangkali
Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar
e. Kaedah Bermain
62
Latihan :
Berpandukan kaedah penulisan jawi, senaraikan beberapa bentuk perkataan yang sama bunyi dari suku kata terbuka atau tertutup serta bina seberapa banyak perkataan lain dari suku kata atau perkataan tersebut.
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk
melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah
lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran
yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan
minat, tujuan dan berfaedah kepada mereka.
Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka
silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan,
membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman
gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.
RUMUSAN
Matlamat pengajaran jawi adalah melahirkan murid yang dapat mengenal,
membaca dan menulis jawi dengan baik. Tujuan ini dapat dicapai sekiranya guru
berjaya memainkan peranan mereka secara berkesan. Oleh itu, guru perlu
menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan tepat. Apabaila murid dapat
menguasai jawi pada peringkat permulaan maka sudah tentu mereka akan
mencintai tulisan jawi serta menghayatinya. Secara tidak langsung akan lahirlah
generasi yang akan terus memperjuangkan tulisan jawi. Justru, warisan bangsa
yang unik ini akan terus diperkasakan dan tidak mungkin akan luput ditelan
zaman.
63
Latihan :
Cuba anda senaraikan jenis-jenis permainan yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran jawi
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
UNIT 4 PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM.
4.0. SinopsisBab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam. Kebijaksanaan guru memilih prinsip dalam menyampaikan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid.
Unit ini mengandungi:Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam.
4.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1.Menghuraikan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam . 2.Membanding beza antara prinsip mudah kepada susah, diketahui kepada belum diketahui, maujud kepada mujarrad, , khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.3.Mengaplikasi prinsip-prinsip tersebut dalam semua bidang Pendidikan Islam. 4.Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip perkembangan isi pelajaran yang betul.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.
64
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.
6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.
7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
4.2. Kerangka Tajuk
65
Peringatan:
Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN
Dari mudah kepada susah
khusus kepada umum
Dekat kepada jauh
maujud kepada mujarrad
perkara diketahui kepada
yang belum diketahui
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 10 : Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran Pendidikan Islam.
Nota :
Dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang
digunakan, prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran berikut perlulah kita ikuti
:
i. Dari mudah kepada susah – mengajar konsep yang mudah
terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih
susah.
ii. Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum
diketahui dengan memanipulasi pengetahuan sedia ada murid
untuk dikaitkan dengan ilmu baru.
iii. Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang
mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.
iv. Dari khusus kepada umum – memberi beberapa contoh untuk
dibuat generalisasi.
v. Dari dekat kepada jauh – memberi contoh-contoh yang hampir
dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama
dengan contoh yang diberi.
4.3. Definisi isi pelajaran
Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan
pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua
dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia
66
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal,
mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang
berilmu, beriman daan beramal.
Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru
supaya guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak
sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Seterusnya isi kandungan pelajaran ini
dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja murid. Guru berperanan
melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran
tersebut.
4.4. Cara Menyusun Isi Pelajaran
Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;
Objektif pelajaran
Sukatan pelajaran mengikut tajuk
Peruntukan masa
Urutan bagi mencapai objektif
Minat dan kebolehan murid
Kefahaman murid
Aras yang dirancang
67
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
4.5. Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran
68
Pemilihan Isi Pelajaran
Objektif yangditentukan
Pengetahuansedia ada
Murid berpeluang melibatkan diri
Bersifat mencabar
Bersepadu
Tahap pencapaian murid
Murid berpeluang menggunakan pengalaman
mereka
Mengambil kira kemahiran yang
berkaitan
Berdasarkan fakta yang sahih
Daripada bahan yang pelbagai
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 11 : Kriteria pemilihan isi pelajaran
4.6. Prinsip-prinsip Perkembangan Isi Pelajaran dalam Pendidikan Islam
Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam
merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid
serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah
kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui,
maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.
4.6.1 Mudah kepada susah
Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada
konsep yang lebih susah.
Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran
Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul
kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.
Contoh 2: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah
Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada
perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara
menyuci najis.
4.6.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui
Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu
baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan
sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung
kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid,
guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat
dengan pengetahuan yang baharu.
69
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Contoh 1: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.
Murid telah pun tahu apakah erti wudhu’ atau cara
berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru
memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta
sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil
wudhu’ yang betul.
4.6.3 maujud kepada mujarrad
Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda
yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan
dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk
mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang
dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid.
Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Akidah.
Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah
ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada
ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga
dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran
dapat berjalan dengan berkesan dan baik.
4.6.4 Dari khusus kepada umum
Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.
Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu
yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun
dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.
Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah.
70
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah
menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar
sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah
diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui
perkembangan isi.
4.6.5 Dari dekat kepada jauh
Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan
perkara-perkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi.
Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah.
Adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada pemimpin
RUMUSAN
Pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam akan memperkembangkan proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun. Dengan ini
perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil
kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam
ingatan dan penghayatan murid secara berterusan. Prinsip-prinsip
perkembangan isi pelajaran tersebut dapat dirumuskan melalui rajah dibawah
71
Prinsip-prinsip Perkembangan
isi pelajaran
Dari mudah kepada susah
Dekat kepada jauh
perkara diketahui kepada yang
belum diketahui
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
72
khusus kepada umum
maujud kepada mujarrad
Latihan :
1. Pilih satu tajuk bagi setiap bidang Pendidikan Islam dan
jelaskan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran yang sesuai
beserta contoh
a. Asuhan Tilawah al-Quran
b. Ulum Syar’yyah
c. Adab dan akhlak Islamiah
d. Pelajaran Jawi
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
UNIT 5 PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG
5.0. Sinopsis
Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuat perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang.
Unit ini mengandungi:1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran
5.1. Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat:
1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguan dan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah dirancang3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduan yang betul.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Arahan
1. Baca dan fahami objektif modul.2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada.3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan.
73
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya.7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana- mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
5.2. Kerangka Tajuk
+ +
Nota :
Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar
sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga
peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian .
74
P&P Berkesan
Perancangan Pelaksanaan Penilaian
Peringatan:
Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.
Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
5.3. PERANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu
tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran
adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di
samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
Apakah pengajaran?
ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata pelajaran
KEMAHIRAN :penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan
isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.
SIKAP : Perubahan tingkahlaku
75
PENGAJARANPROSES PENYAMPAIAN
ILMUPENGETAHUAN
KEMAAHIRAN
SIKAP
Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran
NILAI
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
NILAI : Nilai murni
Apakah pembelajaran?
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada
Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu
membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya.
Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam
apa yang hendak disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan
kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan
murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen
76
PEMBELAJARAN
Proses perubahan tingkahlaku yang agak tetap
dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang
diteguhkan
Rajah 14 : Proses pembelajaran
PENGAJARAN + PEMBELAJARAN
BERKAIT RAPAT DENGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH
DAN TEKNIK
Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
(1998) pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang
mereka hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut
dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar nya.
5.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester
Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran
mengikut tahun atau semester.
5رانخغن سيميستر فنديديقن اسالم تاهون
خاتتن
سومبر فغاجرن
دانفمبالجر
ن
خادغ ن
فغال منفغاجرن
نيالي
حاصي ل
فمبالجرن
تاجوق /ايسي
كاندوغنبيدغ ميغض
و
سورةالبلد
( 5-1اية )
تالوةالقرءا
ن(
ءباخا
(ن
1
سورةالعلق
تالوةالقرءا
ن
عبادة
77
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
اخالق
جاوي
5.3.2 Rancangan Mingguan
Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.
رانخغن ميغضوان
دري 09/09/2011 هيغض 05/09/2011
خاتتن تاجوق مات فالجرن )بيدغ( تاهون
ماس
تاريخ/هاري
05/09/2011
اثنين
06/09/2011
ثالث
07/09/2011
رابو
08/09/2011
خميس
09/09/2011
78
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
جمعة
5.3.3 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan mengajar untuk satu-satu masa/ setiap hari persekolahan.
Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia
merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan
oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan
bahan dan peralatan yang sesuai.
Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa
yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu
pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan
strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid
yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.
Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut:
• Apakah perkara yang perlu dipelajari murid?
• Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
• Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif
tercapai dengan berkesan?
• Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?
Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:
79
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
i. Objektif
ii. Isi pelajaran
iii. Aktiviti murid dan guru.
80
Butiran am Pengetahuan lepas Kemahiran Hasil Pembelajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai Sumber P&P
Set induksi Perkembangan isi
pelajaran Kemahiran Strategi pengajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai PenggunaanSumber P&P
Aktiviti susulan Penilaian hasil
pembelajaran Rumusan / kesimpulan Pengubahsuaian
Perancangan
Penyampaian
Penutup
Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran :
Tahun / Kelas :
Tarikh :
Masa :
Bilangan Pelajar :
Bidang :
Tajuk :
Kemahiran :
Pengetahuan Sedia Ada :
Hasil pembelajaran :
Aras 1:
Aras 2:
Aras 3:
Kemahiran berfikir :
Penerapan Nilai :
Gabungjalin :
Penyerapan / rentasan :
81
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Bahan Bantu Mengajar :
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Muqaddimah(1 minit)
DoaSyahadatain
MuridGuru
Set Induksi(3-5 minit)
IsiSoalanTajuk
GuruMuridGuru
Langkah 1(5-7 minit)
IsiSoalan
Guru
GJPenyeraranNilaiBBM
Langkah 2(10 -15 minit)
IsiGabungjalinPenyerapanSoalan
GuruMurid
GJPenyeraranNilaiBBM
Langkah 3(12-15 minit)
Soalan MuridGuru
KBGJPenyerapanNilaiBBM
Penutup(5 minit)
IsiKerja lanjutan
GuruMurid
82
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Catatan Refleksi
5.4 PELAKSANAAN PENGAJARAN
Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu;
pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat
ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.
5.4.1 Set Induksi
Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik
atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan
(kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi memainkan
peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya
mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau
menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana
guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah,
biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti
pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran
dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan
pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang
berkaitan.
5.4.2 Penyampaian
83
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan
untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran
sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan
segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan
tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu
melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka,
selaras dengan objektif pengajaran.
5.4.3 Penutup Pengajaran
Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan
terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai
prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep,
prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan
kembali.
Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:
Penutup KognitifMerumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah:
pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya.
Penutup SosialMenimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah
peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya.
5.5. PENILAIAN
Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya
dengan cara yang lebih berkesan.
84
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
5.5.1 Tujuan Penilaian
Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan
pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru.
Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan
membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid.
5.5.2 Kaedah penilaian
1. Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan
menggunakan kaedah:
pemerhatian lisan penulisan
2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan untuk :
Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus
Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran
kerja, ujian bertulis
Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada
akhir program
- perlu dirancang secara teratur
85
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian
bertulis dan ujian lisan
A. Penilaian secara pemerhatian
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui
kaedah lisan dan penulisan seperti:
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku
skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap
serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru
melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang
diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala
kadar.
B. Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
86
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran
mendengar dan bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan
kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan
menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta.
87
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan
aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam
menyediakan instrumen guru perlu dipastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan
mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah
digunakan untuk merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
C. Penilaian secara penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan
intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut
mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
88
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan
ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat
rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai
peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu
dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi
yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah
dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.
5.6 Refleksi Kendiri
Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian
kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii
menjana amalan pengajaran guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai
inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan
pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara.
Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii
penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.
89
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
90
Memahami masalah melalui pemikiran kognitif
Mengesan masalah
Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis
Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah
Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif
Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan
atau menetap tindakan
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
5.7 RUMUSAN
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkesan
merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru
Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat
sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan
berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi &
Ab.Halim Tamuri, 2007)
Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya;
5.7.1 Tercapainya objektif pembelajaran
a. Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran.
b. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan
disusun mengikut urutan.
5.7.2 Penyampaian isi secara sistematik dan lancar
a. Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang
asas.
b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran.
c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat
permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup.
91
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
5.7.3 Menggunakan bahasa yang berkesan
a. Menggunakan bahasa persuratan.
b. Bertutur dengan lancar dan fasih.
c. Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid
5.7.4 Penggunaan bahan bantu mengajar
a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru
menyampaikan isi pelajaran secara berkesan.
b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid
memahami penyampaian guru.
c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini
5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif
Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan
di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh
dibahagikan kepada beberapa suasana:
a. Interaktif antara guru dengan murid
b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran
c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran
d. Interaktif murid dengan murid
5.7.6. Penguasaan Ilmu
92
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan
ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik
pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik
dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari
dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan
kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.
PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(1) PERANCANGAN
(2) PELAKSANAAN
(3) AMALAN REFLEKSI
(4) SIKAP & SAHSIAH
Hasil Pembelajaran
Isi Pelajaran
Perancangan Strategi P & P
Sumber P&P
Penerapan nilai (nilai murni/nilai PAS)
Unsur Kemahiran Berfikir
Permulaan
Perkembangan Pengajaran
Pengurusan Bilik Darjah
Pelaksanaan Komunikasi
Kualiti Pembelajaran
Penutup
93
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
Pencapaian Hasil Pembelajaran
Aplikasi Nilai
Amalan Refleksi Pemikiran Reflektif
Penampilan Diri
Sikap & Sahsiah Keprihatinan
Pekerti
Sifat Profesional
Latihan
1. Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda.
2. Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan.
94
(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)
95