1 Malaysia

Post on 10-Feb-2016

41 views 8 download

description

1 Malaysia

Transcript of 1 Malaysia

Pendekatan Dialog dalam Konsep 1 Malaysia

“1 Malaysia .Rakyat didahulukan

pencapaian diutamakan” (ucapan YAB Perdana

Menteri Malaysia ,3 April 2009).

1 Malaysia satu sorotan ringkas

Orang Melayu – bangsa peribumi sejak dulu.

Amat kaya dengan nilai-nilai ketamadunan .

Menerima ajaran Islam sebagai agama Universal yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil’alamin)

Kedatangan Islam diterima baik oleh bangsa Melayu.

Terkenal dengan bangsa yang berhemah,bertoleransi, dan beradab sopan.

• Kedatangan kaum imperalis telah membawa masuk buruh asing dari negara Cina dan India untuk bekerja di sektor perladangan dan perlombongan.

• Pendatang tidak dipaksa untuk mengikut tradisi Melayu dan mereka bebas beragama.

• Diberi taraf kerakyatan dan bersama-sama membangunkan negara.

• Perpaduan kaum perlu dipelihara untuk mencapai kemerdekaan.

• Kemerdekaan dicapai telah mencorakkan negara ini dalam sifatnya yang telah disebutkan .Sabah dan Sarawak turut sertai Malaysia dan menambah bilangan kaum sedia ada.

•Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.• Konsep 1 Malaysia telah diutarakan oleh YAB

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.• 1 Malaysia membawa apirasi ke arah memperbaiki

hubungan antara kaum. •Menerapkan perasaan saling menghormati, sifat tulus

ikhlas dan saling mempercayai antara kaum.

• “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan –memaparkan hasrat sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat.

• Memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.

• Sifat jujur,tulus,amanah ,telus dan ikhlas amat penting .

• Pemimpin yang cemerlang dan komited perlu memiliki kebolehan yang tinggi dalam mengatur perancangan .

• Pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa,tenaga, dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi Malaysia amat diperlukan supaya sentiasa dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

DEFINISI

Berteraskan :1. Masyarakat majmuk sebagai aset negara.2. Berpaksikan perlembagaan negara.3. Keadilan sosial kepada semua kaum.

• YAB Perdana Menteri : “Kita berdiri,berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia .One people”

• Menuntut rakyat agar berfikir melepasi batas sempadan kaum masing-masing.

• Dituntut melahirkan tindakan melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

• Melebarkan jaringan khidmat mereka kepada kaum yang ada di negara ini .

MATLAMAT

• Mengekalkan dan meningkatkan elemen perpaduan dalam kepelbagaian kaum

• Mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat

SATU NEGARA PELBAGAI KAUM

•Mengutamakan kesetiaan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri

• Semua kaum menganggap bahawa mereka ialah bangsa Malaysia yang menikmati kehidupan bernegara bersama-sama

PEMBAHARUAN IDEA

• Konsep 1Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah kesinambungan daripada konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang terdahulu.

NILAI-NILAI 1MALAYSIA

• Budaya kecemerlangan

• Ketabahan • Rendah hati• Penerimaan • Kesetiaan• Meritokrasi• Pendidikan• Integriti

Budaya Kecemerlangan

• Perlu dilaksanakan secara berterusan sama ada dalam kalangan pemimpin ataupun rakyat

• Budaya kerja cemerlang dan mengutamakan pelanggan dilaksanajkan denganpenuh berhemah dan jujur

• Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran demi kejayaan diri masyarakat dan negara

• Sifat tabah hati perlu dijadikan wadah dalam usaha memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara yang terdahulu

Ketabahan

Rendah Hati

• Segala kemampuan yang dimiliki tidak perlu ditunjukkan kepada orang lain dan dibanggakan dangan cara yang tidak disukai oleh orang lain.

• Perlu bersesuaian dengan tempat,masa dan keadaan di mana kita berada.

Penerimaan

• Penerimaan merupakan nilai penting dalam mencapai gagasan 1 Malaysia.

• Konsep ini berbeza dengan toleransi kerana penerimaan merupakan perlakuan positif yang menerima sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas serta tanpa ada unsur keterpaksaan.

Kesetiaan

• Prinsip ini boleh diwujudkan dalam hubungan dan ikatan yang kukuh disulami dengan sifat jujur dan ikhlas kepada semua peringkat masyarakat.

Meritokrasi

• Merupakan satu hala tuju yang diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan kelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk memacu pembangunan negara.

Pendidikan

• Pendidikan dan pengetahuan merupakan prasyarat penting untuk sesebuah negara mencapai kejayaan.

• Usaha ini adalah untuk membentuk masyarakat negara yang cintakan ilmu pengetahuan .

Integriti

•Masyarakat yang memiliki integriti yang tinggi mampu mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala perlakuan dan tindakannya.

1 Malaysia dalam Neraca

• Lapan nilai murni dalam konsep 1 Malaysia wajar ditafsirkan menurut Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

• Meminggirkan Islam daripada tafsiran lapan nilai dalam 1 Malaysia boleh mengundang kegagalan.

Kesimpulan…• Tamadun manusia mempunyai hubungan

yang sangat rapat dengan agama.

• Agama adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh manusia untuk menghasilkan ciri kemanusiaan untuk dalam tamadun.

• Kefahaman terhadap cabaran dan realiti pada masa kini berteraskan Islam adalah satu keperluan dalam membina masa depan.

SEKIAN, TERIMA KASIH