Post on 15-Oct-2015
description
ISI KANDUNGAN:
Muka surat
1.0. PENGENALAN
12.0UJIAN PSIKOMETRIK
22.1 Latar belakang
22.2 Definisi
22.3 Rasional
32.4 Komponen
2.4.1Ujian Aptitud
4
a. Ujian Aptitud Am
4
b. Ujian Aptitud Khusus
52.4.2 Ujian Personaliti
5
a. Inventori Tret Personaliti
6
b. Inventori Minat Kerjaya
73.0INSTRUMEN
3.1 Inventori Tret Personaliti (ITP)
9 3.2 Inventori Minat Kerjaya (IMK)
9 3.3 Kaedah Pentadbiran
9 3.4 Pengiraan dan Pentafsiran Skor
11
3.4.1 Inventori Tret Personaliti
11 a. Pengiraan Skor
11 b. Pentafsiran
113.4.2Inventori Minat Kerjaya
16a. Pengiraan Skor
16b. Pentafsiran
174.0 PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP)
4.1 Etika Kerahsiaan
194.2 Aspek Etika Kerahsiaan
194.3 Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik
4.3.1 Jenis Profil
194.3.2 Penyaluran Maklumat Profil
20 4.4 Penyimpanan Dokumen
20 4.5Dokumen Murid Pindah Masuk/ Keluar
21RUJUKAN
22PANEL PENGGUBAL
23LAMPIRAN
1.0. PENGENALAN
Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata. Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan bersepadu selaras dengan pandangan ahli psikologi Jean Piaget (1964);
Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Menyedari bahawa pencapaian akademik murid bukan satu-satunya aspek penting dalam pembangunan manusia, pengukuran satu konstruk atau dimensi lain iaitu tret psikologi telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk mengukur dimensi ini, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan.
2.0UJIAN PSIKOMETRIK
2.1Latar belakang
Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007 yang merupakan sebahagian daripada satu sistem pentaksiran yang holistik dinamakan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Menyedari bahawa pencapaian akademik pelajar bukan satu-satunya aspek utama dalam usaha membangunkan modal insan, pengukuran satu lagi dimensi iaitu tret personaliti pelajar boleh dilaksanakan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi pelajar melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap dan menyeluruh akan dapat membantu memperkembang potensi murid.
2.2DefinisiUjian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi. Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis & Crozier, 1999).
Dalam sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia, istilah pentaksiran psikometrik digunakan untuk menandakan kepelbagaian kaedah dan prosedur yang digunakan untuk mengutip data dan maklumat daripada murid. Pentaksiran psikometrik dalam konteks ini merujuk kepada aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, aptitud, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan. Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat semulajadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
Satu ciri ujian psikometrik yang digunakan dan perlu difahami ialah perkara yang diuji tidak merujuk kepada mana-mana kurikulum atau sukatan pelajaran. Ujian ini bukan bersifat akademik dan tidak diajar secara sistematik di sekolah. Tujuan ujian ini ialah untuk mengenal pasti ciri seseorang murid itu, dan bukan untuk melabel. Respon murid yang spontan tanpa bantuan intervensi daripada orang lain akan menghasilkan penilaian yang menggambarkan diri dan keupayaan murid yang sebenar. Oleh yang demikian, murid tidak perlu membuat persediaan dengan mengulangkaji atau membuat latih tubi semata-mata untuk menunjukkan prestasi yang baik.
Mekanisme peperiksaan adalah untuk mengukur kekuatan minda, ingatan dan fahaman terhadap ilmu dan kemahiran yang telah diajar. Mekanisme psikometrik boleh digunakan sebagai instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang. Ia perlu dilakukan dengan jujur, terbaik dan terancang.
Sidek Baba (2008)
2.3Rasional Pentaksiran Psikometrik
Sistem pendidikan Malaysia hari ini lebih memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, sedangkan pendidikan merupakan satu usaha berterusan untuk mewujudkan insan yang holistik bagi melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri unggul. Sehubungan itu, wujud keperluan transformasi pentaksiran, selain maklumat tentang pencapaian (achievement) murid, cakupan perkara ditaksir akan diperluaskan kepada pengumpulan maklumat tentang profil (profile), perkembangan (development) dan penyertaan (involvement). Singkatan diberikan kepada perkara yang ditaksir adalah PADI (Profile, Achievement, Development dan Involvement). Hal ini menggambarkan sistem pentaksiran berubah daripada bersifat ekadimensi (satu dimensi) kepada multidimensi.
Oleh itu, wujudnya keperluan pentaksiran psikometrik dilaksanakan dalam pendidikan negara kerana sehingga kini belum ada kaedah yang sistematik untuk mengenali murid dari aspek psikologi. Bagi meningkatkan motivasi murid, satu usaha yang terancang dan sistematik perlu dilakukan untuk mengenali murid dari segi potensi, minat dan personaliti. Maklumat pentaksiran psikometrik akan dapat mencetus minat murid terhadap pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan kesedaran membina laluan kerjaya. Justeru, langkah melaksanakan pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan Malaysia adalah suatu yang amat wajar.
2.4Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada rajah di bawah.
Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik
2.4.1Ujian Aptitud
Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat semulajadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu di masa akan datang. Ujian aptitud akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
a.Ujian Aptitud Am
Aptitud adalah kebolehan atau bakat semulajadi untuk belajar atau melakukan sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ianya kurang berkaitan dengan ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur prestasi keseluruhan murid melangkaui pelbagai jenis kebolehan mental. Ujian Aptitud Am juga termasuk item-item yang mengukur kebolehan yang lebih khusus seperti kemahiran dan verbal yang boleh meramal prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
b.Ujian Aptitud Khusus
Ujian Aptitud Khusus mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang untuk menceburi atau berjaya dalam sesuatu tugasan, bidang pembelajaran, aliran, pekerjaan atau situasi tertentu. Dalam konteks pemilihan pekerjaan, jenis ujian aptitud diambil bergantung kepada pekerjaan dan bidang berkaitan yang mahu diceburi. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti atau menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya. Ujian ini boleh memberi gambaran jenis bidang atau aliran yang sesuai dipelajari murid. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk mengenal pasti sama ada murid memiliki kepintaran berikut:
i.Verbal Linguistik (Pintar Perkataan)
ii. Visual Spatial (Pintar Visual dan Ruang)
iii.Logik Matematik (Pintar Nombor)
iv.Muzik (Pintar Muzik)
v. Naturalis (Pintar Alam Semulajadi)
vi. Kinestatik Jasmani (Pintar Jasmani)
vii.Interpersonal (Pintar Sosial)
viii.Intrapersonal (Pintar Kendiri)
ix.Existential (Pintar Kewujudan)
2.4.2Ujian Personaliti
Ujian Personaliti adalah untuk membantu guru mengenal pasti dan memahami personaliti murid dan mencari intervensi yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, pentadbiran inventori personaliti adalah untuk meneroka tret dan kebolehan murid ke arah proses mengenal diri. Justeru, ujian personaliti ini tidak mempunyai respon yang dianggap betul atau salah. Ujian ini ditadbir untuk membantu :
i. murid menyedari potensi diri
ii. murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti diri murid
iii. murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti diri
iv. guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.
a.Inventori Tret Personaliti (ITP)
Inventori Tret Personaliti (ITP) ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tret personaliti setiap murid. Inventori ini bersandarkan kepada teori Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Frank Parsons (1944). Matlamat akhir pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri peribadi individu selaras dengan keperluan bidang pekerjaan. Aspek ini penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja, pencapaian dan produktiviti. Justeru, keselarasan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaan perlu diberi penekanan dalam proses merancang kerjaya.
Menurut Parson (dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya secara saintifik memerlukan strategi yang sistematik, tepat dan berkesan. Strategi yang diutarakan ialah:
i. mengenalpasti tret personaliti individu daripada aspek potensi diri
ii. menganalisis maklumat berkaitan keperluan pekerjaan dan pendidikan
iii. memadan dan membuat perancangan pemilihan kerjaya berdasarkan potensi diri.
Parson (dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan :
i. Menolong individu mengenal pasti potensi diri dari aspek personaliti, minat, nilai dan pencapaian dengan menggunakan ujian psikometrik seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian pencapaian.
ii. Mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai sesuatu pekerjaan dan bidang pengajian seperti keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan.
iii. Membuat keputusan dalam memilih kerjaya selaras dengan tret personaliti untuk masa depan individu.
Konstruk yang ditaksir untuk Inventori Tret Personaliti (ITP) bersesuaian dengan budaya dan keperluan murid. Konstruk ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret dan Faktor (Frank Parsons, 1944), Big Five Personality Trait (Costa & McCrae, 1992) dan Narrow Personality Traits (Jenkins & Griffith, 2004). Lima belas konstruk yang diukur ialah:
1. Autonomi
2. Kreatif3. Agresif
4. Ekstrovert
5. Pencapaian
6. Kepelbagaian
7. Intelektual
8. Kepemimpinan
9. Struktur
10. Resilien
11. Menolong
12. Analitikal
13.Kritik diri
14. Wawasan
15. Ketelusan
Ujian ini dilaksanakan pada masa yang ditentukan dan mengikut keperluan. Instrumen ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Pelaporan ujian ini perlu disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan murid mengenali potensi diri, minat, nilai dan laluan kerjaya.
b. Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya adalah berasaskan kepada Teori Tipologi Kerjaya Holland (1985). Teori ini mempunyai tiga keperluan komponen utama iaitu individu, persekitaran dan keserasian antara individu dan persekitaran. Pemilihan kerjaya seseorang individu adalah berdasarkan personaliti dan beberapa angkubah lain yang terdapat pada latar belakang pekerjaan itu (Holland, 1973). Asas yang digunakan dalam teori ini ialah:
i. Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan
ii. Minat seseorang itu lahir daripada personalitinya
iii. Individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya
iv. Keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.
Teori Tipologi Kerjaya Holland (1996) mengutarakan empat andaian iaitu:
i. Semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R) , Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K). Setiap personaliti terhasil daripada ciri-ciri interaksi antara pelbagai kebudayaan, keturunan dan desakan individu termasuklah rakan sebaya, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Situasi yang demikian akan menimbulkan minat di kalangan indvidu.
ii. Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K). Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEK.
iii. Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai. Individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.
iv. Tingkahlaku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya. Sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak langsung kita akan dapat meramal beberapa perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kompetensi, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.
Menurut Holland (1985), kepuasan dalam pemilihan sesuatu pekerjaan adalah mengikut kesukaan orientasi peribadinya sendiri. Ini bermakna kepuasan dalam pekerjaan akan tercapai apabila individu memilih kerjaya selaras dengan personaliti dan persekitarannya. Kepuasan akan tercapai apabila seseorang individu itu mewujudkan satu orientasi pekerjaan yang kukuh. Sekiranya orientasi pekerjaan yang dibina berbelah-bahagi kemungkinan kepuasan yang dicapainya akan berkurangan. Pepatah Arab juga ada menyatakan tempatkanlah manusia sesuai dengan bidangnya.
3.0INSTRUMEN
3.1Inventori Tret Personaliti (ITP)
ITP telah diujisah ke atas 1000 murid Tingkatan 1 dan 1000 murid Tingkatan 2 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia dari 5 April 2012 hingga 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat nilai kebolehpercayaan dan kesahan item. Hanya item yang mempunyai kesahan konstruk yang tinggi iaitu yang mempunyai nilai factor loading > 0.7 yang dipilih untuk dijadikan instrumen ujian. Item-item ini juga mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach > 0.8. Ujian ITP mengandungi 15 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item.
3.2Inventori Minat Kerjaya (IMK)
IMK mempunyai dua komponen iaitu Inventori Kesukaan dan Inventori Pekerjaan. IMK telah diujisah ke atas 1000 murid Tingkatan 1 dan 1000 murid Tingkatan 2 dari 47 buah sekolah menengah di Malaysia dari 5 April 2012 hingga 26 April 2012. Data telah diproses untuk melihat nilai kebolehpercayaan dan kesahan item. Sama seperti dalam instrumen personaliti umum, nilai kebolehpercayaan IMK diuji ke atas item-item yang kekal selepas faktor analisis dengan merujuk kepada nilai Alpha Cronbach. Item ini mempunyai nilai factor loading > 0.7 dan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach > 0.8. Ujian IMK mengandungi 6 konstruk. Setiap konstruk mempunyai 10 item kesukaan dan 10 item pekerjaan.
3.3 Kaedah Pentadbiran
Ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Dicadangkan pentadbiran inventori ini dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Pengambilan ujian ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama.
CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK
- Masa : Bulan ke 3 sesi persekolahan
- Sasaran : ITP Tingkatan 1 dan 4
IMK Tingkatan 1,3, dan 5
Tempat : Sesuai dan kondusif
- Arahan menjawab mengikut keperluan
inventori
Penstrukturan: Etika kerahsiaan dan limitasi
Menjawab di atas borang jawapan
Kertas ujian tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan
- Masa : Inventori Tret Personaliti - 30 minit
Inventori Minat Kerjaya - 30 minit
- Murid mengira skor masing-masing dengan
bimbingan GBKSM
- Mengedar BPP kepada murid
- Murid memindahkan skor ke dalam borang profil
murid (BPP)
GBKSM akan memberikan pentafsiran skor
- Pengesahan/tandatangan GBKSM
- Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)
- Simpan mengikut urutan nama dalam kelas
- Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.4Pengiraan Dan Pentafsiran Skor
3.4.1Inventori Tret Personaliti (ITP)
a.Pengiraan
Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori boleh dibuat secara manual atau menggunakan program komputer yang khusus. Borang jawapan ITP mengandungi 15 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 15 konstruk iaitu empat belas (14) konstruk tret personaliti dan satu (1) konstruk skala ketelusan. Sementara 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret diwakili oleh 10 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;
i. Pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja mengikut baris 1 hingga 15
ii. Isikan jumlah jawapan Y di ruangan yang disediakan di bahagian atas borang jawapan
iii. Tukarkan jumlah skor kepada nilai peratus dan masukkan dalam Borang Profil Psikometrik (BPP).
b.Pentafsiran
BILKONSTRUKDEFINISI OPERASIONALINTERPRETASI SKOR
1AUTONOMIIndividu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.Rendah
1-30%Anda lebih suka menerima arahan orang lain, akur kepada peraturan dan mempunyai sifat kebergantungan yang tinggi.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai ciri-ciri autonomi pada tahap sederhana dari segi keakuran, kebebasan, berdikari dan mengawal aktiviti harian.
Tinggi
70-99%Anda suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan, sangat berdikari dan yakin dalam membuat keputusan.
2KREATIFIndividu berkebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan idea baru dan asli.Rendah
1-30%Anda lebih suka menggunakan daripada menghasilkan sesuatu. Anda kurang menggunakan daya imaginasi tetapi selesa menggunakan idea yang sedia ada.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai ciri-ciri kreatif pada tahap sederhana.
Tinggi
70-99%Anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi, banyak idea, boleh menghasilkan karya kreatif yang original dan tidak suka kerja yang berstruktur.
3AGRESIFIndividu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.Rendah
1-30%Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
Sederhana
40-60%Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain.
Tinggi
70-99%Anda seorang individu yang agresif. Anda berani dan suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
4EKSTROVERTIndividu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.Rendah
1-30%Anda seorang yang introvert; pemalu, suka bersendirian, kurang selesa berada dalam majlis keramaian dan bercakap di khalayak ramai.
Sederhana
40-60%Anda bersederhana dalam pergaulan sosial: berpada-pada dalam menjalin hubungan dengan persekitaran.
Biasanya, rakan-rakan anda sealiran dengan anda.
Tinggi
70-99%Anda seorang yang peramah, suka bergaul (out-going), bekerja dalam kumpulan, suka menghadiri majlis keramaian, yakin bercakap di hadapan orang ramai dan bersikap positif.
5PENCAPAIANIndividu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.Rendah
1-30%Anda kurang bermotivasi, tidak sukakan persaingan dan tidak mementingkan pencapaian.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai tahap motivasi dan pencapaian yang sederhana.
Tinggi
70-99%Anda seorang yang sangat bermotivasi, sukakan persaingan dan berorientasikan kecemerlangan.
6KEPELBAGAIANIndividu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan.Rendah
1-30%Anda sangat suka situasi yang tenang, stabil dan selamat. Suka dengan aktiviti yang rutin dan tidak sukakan perubahan.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai tahap kepelbagaian yang sederhana.
Anda seorang yang kurang fleksibel, sederhana anjal dan mengambil masa untuk melakukan perubahan.
Tinggi
70-99%Anda seorang yang suka kepada perubahan dan perkara-perkara baru. Kerja-kerja rutin sangat membosankan anda.
7INTELEKTUALIndividu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.Rendah
1-30%Anda berminat kepada aktiviti yang berstruktur, berkemahiran dan praktikal. Anda juga suka membaca bahan-bahan hiburan dan tidak ilmiah.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai tahap sederhana dari segi aktiviti yang mencabar minda, ilmu pengetahuan, akademik dan ilmiah.
Tinggi
70-99%Anda suka kepada aktiviti yang mencabar minda dan berbentuk keilmuan, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi.
8KEPEMIMPINANIndividu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.Rendah
1-30%Anda lebih suka menjadi pengikut daripada memimpin.
Sederhana
40-60%Anda mempunyai tahap kepimpinan yang sederhana.
Hanya boleh memimpin kumpulan-kumpulan kecil.
Tinggi
70-99%Anda mempunyai ciri kepemimpinan yang tinggi, tegas, bijak membuat keputusan dan suka menjadi ketua.
Anda juga mempunyai inisiatif, daya penggerak yang tinggi dan boleh mempengaruhi orang lain.
9STRUKTURIndividu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan.Rendah
1-30%Anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bersistematik dan tidak berulang-ulang. Anda tidak suka kepada peraturan yang rigid.
Sederhana
40-60%Ciri-ciri personaliti struktur anda berada di tahap sederhana.
Tinggi
70-99%Anda suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kekemasan, peraturan, ketelitian dan aktiviti yang berulang-berulang.
10RESILIENIndividu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.Rendah
1-30%Anda mempunyai daya ketahanan yang rendah dari aspek fizikal, mental dan emosi, mudah mengalah, cepat bosan dan menangguhkan kerja.
Sederhana
40-60%Ciri-ciri ketahanan diri anda adalah pada tahap sederhana.
(Ada sifat cuba jaya dan ikhtiar)
Tinggi
70-99%Anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi dari aspek fizikal, mental dan emosi serta akan menghabiskan semua tugas yang diberikan.
(Semangat juang yang tinggi, berjiwa kental, asertif tinggi, ikhtiar bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar)
11MENOLONGIndividu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain.Rendah
1-30%Anda kurang prihatin terhadap emosi dan keperluan orang lain. Lebih memfokus kepada diri sendiri.
(Tidak peduli, tidak kisah persekitaran, tidak sensitif)
Sederhana
40-60%Ciri-ciri menolong anda adalah di tahap sederhana.
(Simpati, dan penglibatan dalam aktiviti kebajikan di tahap sederhana)
Tinggi
70-99%Anda mempunyai sifat empati yang tinggi, prihatin, peka, dan mudah menghulurkan bantuan secara sukarela.
12ANALITIKALIndividu yang suka membuat pemerhatian dan menganalisis. sebelum membuat keputusan. Membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti.Rendah
1-30%Anda adalah individu yang praktikal (anda bukan orang yang berorientasi teoritikal), tidak suka menganalisis dan kurang peka terhadap persekitaran.
Sederhana
40-60 %Tahap kepekaan dan pemerhatian anda terhadap persekitaran adalah sederhana.
Anda seorang yang teoritikal dan praktikal.
Tinggi
70-99%Anda adalah seorang yang peka terhadap persekitaran, suka membuat pemerhatian dan menganalisis diri sendiri, orang lain, dan persekitaran.
(Perlu bukti sahih dan berasaskan fakta)
13KRITIK DIRIIndividu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.Rendah
1-30%Anda seorang yang sangat yakin. Adakalanya terlalu yakin dan berkecenderungan untuk menganggap diri anda selalu betul.
Sederhana
40-60%Anda seorang individu yang stabil dari aspek emosi dan psikologi.
Anda seorang yang suka muhasabah diri, kenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta mempertingkat kemajuan diri.
Tinggi
70-99%Anda sering berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah, resah dan cemas terhadap apa yang dilakukan.
Individu yang mendapat skor melebihi 80% dicadangkan berjumpa guru kaunseling.
14WAWASAN
(VISIONER)Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terfikir oleh orang lain, dan berkarisma.Rendah
1-30%Anda tidak mementingkan perancangan masa hadapan, hala tuju, visi dan misi.
(Biar masa tentukan saya)
Sederhana
40-60%Anda selesa dan berpuas hati dengan pencapaian dan keadaan semasa.
(Matlamat dan objektif setakat ada sahaja, tiada enthusiasm: anda individu berjaya)
Tinggi
70-99%Anda mempunyai daya imaginasi dan cita-cita yang tinggi, serta dapat menjangkau pandangan yang jauh. Anda mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas.
(Saya yang menentukan masa: anda individu yang cemerlang)
15KETELUSANIndividu menunjukkan ketelusan dalam memberi maklum balas terhadap item ujian ini.50-99%Anda tidak telus ketika memberi maklum balas terhadap item-item ujian.
Dapatan tret personaliti anda tidak menepati personaliti diri anda.
3.4.2Inventori Minat Kerjaya (IMK)
Ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Dicadangkan pentadbiran inventori ini dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Segala arahan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Pengambilan ujian ini boleh diulangi selepas enam bulan dari tarikh pengambilan yang pertama.
a.Pengiraan
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor dapatannya tepat. Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Konvensional. Sementara 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item. Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut;
i.Pada lajur pertama, pelajar dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61- 70. Jumlah skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R.
ii.Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam
Lajur 2- I
Lajur 3- A
Lajur 4- S
Lajur 5- E
Lajur 6- K
iii.Pilih 3 jumlah skor yang tertinggi dan masukkan ke dalam jadual di bahagian bawah borang jawapan.iv.Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil Psikometrik (BPP) untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya.
b.Pentafsiran
Bil.GagasanKeterangan mengenai bidang minat kerjaya
1.Realistik
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.
Contoh pekerjaan: Jurutera, Jurubina, Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli Perkebunan dan Pembuat Perabot. Ciri-ciri personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.
2.Investigatif
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Contoh pekerjaan: Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains dan Matematik. Ciri-ciri personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.
3.Artistik
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.
Contoh pekerjaan: Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis, Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek.Ciri-ciri personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.
4.Sosial
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.
Contoh pekerjaan: Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/ Pramugara dan Pemandu Pelancong.Ciri-ciri personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
5.Enterprising
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Contoh pekerjaan: Usahawan, Pengarah Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen Pelancongan.Ciri-ciri personaliti : ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.
6.Konvensional
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.
Contoh pekerjaan: Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-Kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Pegawai Bank, Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit, Juruwang dan Pegawai Perangkaan.Ciri-ciri personaliti: berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.
4.0PENYIMPANAN BORANG PROFIL PSIKOMETRIK (BPP)
4.1Etika Kerahsiaan
Ujian ini memberi penekanan tentang aspek nilai etika kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap personalia guru semasa mentadbir, mentafsir dan memberi maklumbalas hasil skor ujian kepada pelajar dan pihak-pihak yang signifikan. Sehubungan itu, nilai-nilai utama Etika Kerja Guru (Kementerian Pelajaran Malaysia) ialah amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, dan penyayang. Ini selaras dengan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih, dan Amanah.
4.2Aspek Etika Kerahsiaan:
i. guru tidak mendedahkan keputusan skor profil murid kepada individu lain
ii. guru perlu mentadbir ujian secara sistematik agar kerahsiaan terjaga
iii. dokumentasi skor ujian perlu dikawal dan disimpan dengan baik.
4.3Jenis Maklumat Skor Profil Psikometrik:
4.3.1Jenis Profil Psikometrik.a. Profil Individu : Profil Psikometrik Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya seorang pelajar (Borang Profil Psikometrik: BPP)
b. Profil Umum : Peratusan dapatan Ujian Psikometrik Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya semua murid
PENTING:
Skor Pentaksiran Psikometrik (PPsi) TIDAK TERMASUK dalam lain-lain komponen PBS. Skor tersebut akan dilaporkan secara berasingan.
4.3.2Penyaluran Maklumat Profil Psikometrik;
a. Profil Individu adalah SULIT (Borang Lampiran A),
hanya boleh diakses oleh;
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
Murid
b.Data Profil Umum (Borang Lampiran B) adalah TERHAD, hanya boleh
diketahui oleh;
Pentadbir sekolah
Ibu bapa murid
Guru kelas
Guru mata pelajaran
4.4Penyimpanan Dokumen
Penyimpanan dokumen bermaksud semua Borang Profil Psikometrik (BPP) iaitu Skor Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya diurus dan disimpan mengikut penetapan berikut;
4.4.1
Personalia yang bertanggunjawab : Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)
4.4.2Lokasi Penyimpanan : Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
4.4.3Penyimpanan Maklumat: BPP disimpan secara urutan abjad nama pelajar
mengikut tingkatan (Fail PBS - Pentaksiran Psikometrik).4.4.4Terdapat 2 jenis fail yang perlu disediakan oleh GBKSM:
a.Fail Sulit
Fail sulit mengandungi data utama dan Borang Profil Psikometrik beserta borang jawapan setiap murid.
b. Fail Terhad
Fail Terhad mengandungi kod data ITP dan IMK serta graf mengikut kelas/ tingkatan.
4.5 Dokumen Murid Pindah Masuk/ Keluar
Sekiranya terdapat murid yang berpindah masuk atau berpindah keluar sekolah, dokumen PBS Psikometrik perlu diurus seperti berikut :
4.5.1Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menghantar salinan borang pentaksiran
psikometrik (BPP) individu di dalam sampul surat yang berasingan dengan
bahan PBS yang lain.
4.5.2 Surat perlu dilakri dan dialamatkan kepada guru bimbingan dan kaunseling
sekolah berkenaan.4.5.3 Bagi murid yang berpindah masuk, pastikan maklumat pentaksiran diterima
dalam keadaan yang sempurna dan perlu disimpan didalam fail PBS Psikometrik didalam Unit Kaunseling.
PENTING:
Instrumen Psikometrik Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya adalah HAK CIPTA TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.
RUJUKANCreswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducing and evaluating quantitative and qualitative research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall.
Comrey, A.L., & Lee, H.B. (1999). A first course in factor analysis. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanizah Hamzah (2011). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanizah Hamzah (2011). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanizah Hamzah (2011). Pentaksiran holistik acuan Malaysia: PASSaK PADI 5 SERANGKAI. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Holland, J.L. (1996). Making vocational choices : A theory of vocational personality and work environment. Florida : Psychological Assessment resources Inc.
Holland, J.L. (1985). Making vocational choices: A theory of vocational personalities and work
environment. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Holland, J.L. (1973). Making vocational choices: A theory of careers. New Jersey: Prentice-Hall,
Inc.
Iran Herman (2004). Ujian, pengukuran dan taksiran dalam kaunseling. Kolukium Kebangsaan Pemantapan Program Kaunseling Di Malaysia. Anjuran: Jabatan Kaunseling & Psikologi, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia, UUM, Hotel City Bayview, Langkawi. 13-16 Disember.
Khodori Ahmad (2011). Berkenalan dan bercinta dengan ujian psikometrik. Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Parson,F. (1967). Choosing a Vocation. New York: Agathon Press. Edisi asal diterbitkan pada
tahun 1909
Piaget, J. (1964). Development and Learning. Ithaca. Cornell University, School of Education.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Sekaran, U. (2003). Research methods for business. Fourth Edition. New York. John Wiley &
Son.Inc.
PANEL PENGGUBAL:
1. Prof. Madya Dr. Sidek bin Mohd Noah
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
2. Prof. Madya Dr. Samsilah binti Roslan
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
3. Prof Madya Dr. Mohd Hassan Bin Abdullah
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI
4. Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab
Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Lembaga Peperiksaan, KPM
5. Dr. Rorlinda binti Yusof
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
6. Dr. Ramlan bin Hamzah
IPG Kampus Teknik, Kuala Lumpur
7. Dr. Mohd Sani bin Ismail
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
8. Dr. Mohd Ali bin Jaamat
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
9. Dr. Hassimah binti Ibrahim
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
10. Pn. Norliza binti Jaafar
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
11. Pn. Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar
SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Rembau, Negeri Sembilan
12. Pn. Zubaidah binti Mat @ Ahmad
SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
13. Pn. Najahah binti Shafie
SMK Perempuan Kapar, Klang, Selangor
14. Pn. Jow Sow Lee
SMJK Kwang Hwa, Klang, Selangor
15. Pn. Chandra Kanda a/p Anamalai
SMK Raja Mahadi, Klang, Selangor
The principle goal of education is to create men who are capable of doing new things, not simply of repeating what other generations have done - men who are creative, inventive and discoverers
Murid dikumpulkan
Penerangan
Murid menjawab
soalan
Pengiraan Skor
Pengisian Skor dalam Borang Profil Psikometrik (BPP)
Penyimpanan Fail BPP
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA
MANUAL PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Edaran kertas ujian dan borang jawapan
Pentafsiran Skor
8