Post on 31-Jan-2018
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
102
KETIDAKSERAGAMAN PERUNTUKAN BERKAITAN KESALAHAN MORAL
DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH
DI MALAYSIA: SATU ANALISIS AZIZAH BINTI MAT RASHID
azizahrashid@kuis.edu.my
NOR 'ADHA BINTI ABDUL HAMID,
MAFFUZA BINTI SALLEH,
NOOR SYAHIDA BINTI ABD RAHMAN
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Kesalahan moral dapat difahami sebagai kesalahan berkaitan akhlak yang jelas bertentangan dengan syariat
Islam. Kesalahan ini ada diperuntukkan dalam semua enakmen dan akta jenayah syariah negeri-negeri di
Malaysia. Walaubagaimanapun, peruntukan-peruntuan kesalahan berkaitan moral tersebut tidak selaras
antara negeri-negeri di Malaysia di mana sesetengah negeri mempunyai peruntukan tertentu dan sesetengah
negeri lain pula tidak mempunyai peruntukan tersebut. Apa yang lebih mengecewakan, sesetengah negeri
mempunyai satu peruntukan kesalahan yang sangat penting dan signifikan dalam menangani masalah
berkaitan moral, tetapi peruntukan seumpama itu tidak wujud dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri
lain. Walaupun, negeri mempunyai bidangkuasa dan bebas mempunyai peruntukan undang-undang mengikut
acuan sendiri, namun perbezaan dan ketidakseragaman ini dilihat memberi kesan kepada masyarakat dan
pihak penguatkuasa khususnya dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap kesalahan berkaitan akhlak
dan moral. Bertitik tolak dari permasalahan ini, maka artikel ini ditulis bagi menjawab beberapa soalan
kajian iaitu apakah bentuk ketidakseragaman yang wujud dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di
Malaysia berkaitan kesalahan moral, apakah implikasi kedidakseragaman kepada proses penguatkuasaan dan
negeri manakah mempunyai peruntukan yang paling komprehensif serta menepati keperluan semasa.
Berdasarkan tiga persoalan ini, maka penulisan ini bertujuan mengenalpasti apakah bentuk ketidakseragaman
yang wujud dalam peruntukan-peruntukan kesalahan moral sedia ada bagi negeri-negeri di Malaysia,
mengkaji kesan dan implikasi ketidakseragaman kepada proses penguatkuasaan dan menganalisis peruntukan
undang-undang berkaitan kesalahan moral negeri manakah yang paling menepati keperluan semasa. Dalam
menghasilkan penulisan ini, penulis menggunakan metod kualitatif menggunakan kaedah dokumentasi. Metod
komparatif digunakan bagi membandingkan peruntukan negeri-negeri di Malaysia.
Kata kunci: Kesalahan jenayah, moral, ketidakseragaman, penguatkuasaan, bidang kuasa.
PENGENALAN
Kewujudan peruntukan undang-undang yang lengkap dan menepati keperluan semasa adalah
penting bagi memastikan proses penguatkuasaan berjalan lancar. Sesuatu peruntukan undang-
undang yang tidak lengkap dan tidak dikemaskini bagi menepati keperluan semasa
berkemungkinan sukar untuk dikuatkuasakan. Ia akan memberi kesan kepada proses
1011
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
103
penguatkuasaan di mana akhirnya akan menyebabkan sesuatu kes tersebut tidak dapat didakwa
di mahkamah walaupun secara umumnya kesalahan tersebut telah berlaku. Hal ini akan
menampakkan kelemahan undang-undang seolah-olah peruntukan tersebut tidak berfungsi dan
kewujudannya tidak memberi apa-apa makna.
Artikel ini akan menjelaskan tentang punca perbezaan dan ketidakseragaman undang-undang
jenayah syariah di Malaysia dengan memberi fokus kepada kuasa yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Meskipun negeri-negeri mempunyai bidangkuasa
tersendiri dalam pentadbiran undang-undang Islam termasuk perundangan jenayah syariah,
namun usaha bagi memastikan penyelarasan dan penyeragaman undang-undang Islam dapat
dilihat melalui fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebuah agensi utama
pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang mana antaranya bertanggungjawab dalam
penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak. Bagi menjalankan fungsi tersebut,
JAKIM bertanggungjawab melaksanakan urusan-urusan berikut:
(i) Menyelaraskan dan melaksanakan arahan Majlis Raja-Raja mengenai urusan agama
Islam melalui (MKI);
(ii) Menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia;
(iii) Menggubal akta dan undang- undang Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan;
(iv) Menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang syarak negeri-negeri;
(v) Menyelaraskan fatwa dan pematuhan pelaksanaannya.
Melihat kepada fungsi yang dijelaskan di atas, adalah dirumuskan bahawa usaha menyelaraskan
dan menyeragamkan undang-undang jenayah syariah yang bersifat kenegerian adalah relevan
dan perlu dilakukan bagi merealisasikan usaha menyelaras undang-undang Islam dan
penguatkuasaan undang-undang syarak negeri-negeri di Malaysia. Daripada penelitian terhadap
peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan moral sedia ada ini, didapati terdapat lakuna dan
ketidakseragaman dalam perundangan jenayah syariah di negeri yang memrlukan kepada
penelitian semula.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
104
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metod kualitatif. Data dan maklumat dikumpul
berdasarkan kaedah dokumentasi dan temubual. Rujukan terhadap penulisan-penulisan ilmiah
seperti jurnal, makalah, buku-buku, laporan akhbar serta dokumen-dokumen dari jabatan tertentu
telah dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Metod temubual turut
dilakukan bagi mengesahkan maklumat-maklumat sekunder yang telah diperolehi. Kesemua
rujukan yang dirujuk adalah berautoriti walaupun terdapat banyak rujukan yang bersifat
sekunder. Bahan berkenaan dianalisis secara historis, induktif dan deduktif.
PUNCA KETIDAKSERAGAMAN
Undang-undang mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah dan
perilaku masyarakat. Atas kesedaran tersebut, maka didapati semua enakmen jenayah syariah
bagi negeri-negeri di Malaysia mempunyai peruntukan yang khusus berkaitan moral. Walau
bagaimanapun, peruntukan bagi kesalahan-kesalahan tersebut dilihat tidak seragam dan berbeza-
beza antara negeri-negeri. Anita abd Rahim dan Wafaa’ Yusof (2012) dalam membincangkan
tentang ketidakseragaman undang-undang berkaitan kesalahan melibatkan kanak-kanak
menyimpulkan bahawa ketidakselarasan undang-undang hakikatnya boleh membawa kepada
ketidakadilan kepada semua pihak sama ada pesalah, mangsa jenayah atau masyarakat
umumnya. Hal ini juga membuka ruang kepada kuasa pertimbangan para hakim dan
penguatkuasa agama yang mungkin menyebabkan ketidakadilan. Tanpa menafikan ijtihad dan
kuasa budi bicara yang ada pada para hakim dalam memutuskan hukuman, demi keadilan semua
pihak, maka tidak salah untuk berpegang pada satu pendapat dan menetapkan satu peruntukan
yang selaras dan seragam.
Walaupun negara kita sudah lama mencapai kemerdekaan, tetapi sehingga kini masih terdapat
ketidakseragaman dan perbezaan undang-undang syariah antara negeri di Malaysia. Oleh itu, isu
penyelarasan undang-undang syariah bagi negeri seluruh Malaysia bukannya merupakan perkara
baru dan hakikatnya, banyak usaha telah dilaksanakan untuk menyeragamkan undang-undang
syariah, namun sehingga kini ia masih belum dapat mencapai matlamatnya.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
105
Sebagaimana dalam Anita Abdul Rahim dan Wafaa’ Yusof (2012), perundangan jenayah dan
tatacara jenayah syariah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri tidak mempunyai bidang
kuasa mengenai kesalahan, kecuali setakat yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam
Jadual Kesembilan, Senarai II. Penyeragaman undang-undang ini agak sukar untuk
direalisasikan kerana di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan secara ekspresif memperuntukkan
bidang kuasa negeri terhadap pentadbiran Undang-undang Syariah melalui Senarai II Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang berikut:
“ Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak
dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum
Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian,mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan,alang,
pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat
dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma
kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi
keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama
Islam yang seumpamanya; masjid atau manamana tempat sembahyang awam untuk orang
Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut
agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk
dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tata cara mahkamah Syariah, yang
hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan
hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh
undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan
orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak
dan adat Melayu.”
Meskipun ia diletakkan di bawah bidangkuasa negeri, namun usaha ke arah penyelarasan dan
penyeragaman bukan bermaksud mencampuri bidangkuasa negeri yang telah diperuntukkan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
106
namun ia perlu dilihat secara positif k earah menambahbaik dan memartabatkan pentadbiran
undang-undang syariah di Malaysia.
KETIDAKSERAGAMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BERKAITAN MORAL
DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI
Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan moral sebagai ajaran atau pegangan tentang buruk
baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi baik
buruk sesuatu akhlak manakala akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan atau tabiat.
Bagi menganalisis kesalahan berkaitan moral dalam enakmen kesalahan jenayah syariah, penulis
telah merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang telah diklasifikasikan di bawah kesalahan
tatasusila kerana ia telah ditaktifkan sebagai adat sopan santun dan budi pekerti yang baik. Jelas,
ketiga-ketiga istilah ini saling menpunyai pengertian yang berkait dan merujuk kepada maksud
yang sama. Berdasarkan kepada takrifan yang diberikan terhadap istilah-istilah ini, maka, adalah
dirumuskan bahawa kesalahan berhubungan tatasusila dilihat amat bertepatan untuk dirujuk
sebagai kesalahan berkaitan moral atau akhlak.
Selain melihat kepentingan moral yang mendasari prinsip rukun Negara, dalam membuat sorotan
terhadap konsep kesusilaan di Malaysia menurut perspektif perundangan, Mohd Azhar Abdullah
(2015) mencatatkan undang-undang yang mengawal kesalahan moral kesusilaan amat penting
dalam memelihara kelansungan nilai-nilai murni. Ia dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
perundangan meliputi akta, undang–undang kecil, peraturan dan syarat-syarat menurut tahap
bidangkuasa pihak berkenaan. Hal ini bukan sahaja disebabkan konsep kesusilaan bertunjang
dari fitrah keluhuran tingkah laku yang dipersetujui bersama oleh masyarakat negara Malaysia,
tetapi juga kerana prinsip moral kesusilaan itu sendiri mempunyai kedudukan dalam roh
Perlembagaan. Daripada penelitian yang dilakukan, perkataan "susila" atau "kesusilaan" tidak
termaktub dalam Perlembagaan secara harfiah, namun prinsip roh dan semangat kesusilaan itu
dapat dijiwai melalui peruntukan-peruntukan moral dalam Perlembangaan. Dijelaskan bahawa
Perkara 10(2) dan 11(5) Perlembagaan Persekutuan secara jelas meletakkan prinsip moral
sebagai suatu prinsip yang dijadikan pertimbangan dan ukuran tingkah laku seseorang; benar
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
107
atau salah atau boleh dilakukan atau tidak dilakukan dalam negara ini. Perkara 10(2)
memberikan kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang yang boleh melucutkan hak
kebebasan individu sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh memberi kesan kepada moral
masyarakat umum. Ini menunjukkan bahawa Perlembagaan telah meletakkan prinsip moral
sebagai dasar memelihara kepentingan awam. Dengan maksud yang lain, seluruh tingkah laku
dan kegiatan manusia dalam negara ini hendaklah berdasarkan pertimbangan dan keluhuran
moral. Dalam perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bercakap,
berfikir, mengeluarkan pandangan, berhimpun secara aman dan tidak bersenjata dan
menubuhkan persatuan kepada setiap warga negara, namun kebebasan tersebut adalah terbatas
dalam ruang yang tidak menjejaskan kepentingan Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
ketenteraman awam atau moral.
Kesalahan jenayah syariah berkaitan moral atau akhlak jelas diperuntukkan dalam enakmen
jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Walau bagaimanapun, peruntukan kesalahan tersebut
dilihat tidak selari dan seragam antara negeri-negeri di Malaysia. Bagi kebanyakan negeri,
kesalahan tersebut diperuntukkan di bawah klasifikasi kesalahan tatasusila atau berhubung
kesusilaan dan kesalahan pelbagai. Sesetengah negeri pula menyenaraikan kesemua kesalahan
tersebut di bawah senarai kesalahan-kesalahan dan ada juga yang memperuntukkannya di bawah
kategori kesalahan berkaitan maruah diri.
Bagi menjelaskan persamaan dan perbezaan tersebut, berikut adalah kesalahan moral yang
diperuntukan di bawah kesalahan negeri-negeri di Malaysia.
Enakmen/Akta
Negeri-Negeri
Klasifikasi
Kesalahan
Peruntukan Kesalahan
Selangor
Enakmen
Jenayah Syariah
Negeri Selangor
1995
Bahagian IV -
Kesalahan Yang
Berhubungan
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 22. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 23. Pelacuran.
Seksyen 24. Muncikari.
Seksyen 25. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama
jantina.
Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan
hukum tabii.
Seksyen 29. Khalwat.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
108
Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 31. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah
bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya
bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Seksyen 35. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Wilayah
Persekutuan
Akta Kesalahan
Jenayah Syariah
(Wilayah-
Wilayah
Persekutuan)
1997
Bahagian IV -
Kesalahan Yang
Berhubungan
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Seksyen 22. Muncikari.
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 25. Liwat.
Seksyen 26. Musahaqah.
Seksyen 27. Khalwat.
Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 40. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Negeri Sembilan
Enakmen
Jenayah Syariah
Negeri Sembilan
2004
Darihal
kesalahan
mengenai
kehormatan diri
Seksyen 60. Persetubuhan haram.
Seksyen 61. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 67. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 69. Melacurkan diri.
Seksyen 70. Muncikari.
Seksyen 71. Orang-orang yang hidup atas atau
memperdagangkan pelacuran.
Seksyen 72. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 73. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 74. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri.
Seksyen 75. Hamil luar nikah.
Seksyen 76. Memikat atau membawa pergi
perempuan bersuami atau anak dara.
Seksyen 77. Memikat atau membawa pergi atau
menahan dengan niat jahat perempuan bersuami atau
anak dara.
Melaka
Enakmen
Bahagian IV -
Kesalahan-
Seksyen 52. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 53. Bersekediaman.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
109
Kesalahan
Syariah (Negeri
Melaka) 1991
Kesalahan Lain
Seksyen 54. Hamil di luar nikah.
Seksyen 55. Bersubahat melakukan kesalahan
persetubuhan haram.
Seksyen 56. Liwat.
Seksyen 57. Percubaan liwat.
Seksyen 58. Perhubungan jenis luar tabii.
Seksyen 59. Musahaqah.
Seksyen 71. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 72. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 73. Melarikan isteri atau anak dara orang
lain.
Seksyen 74. Melacurkan isteri dan anak.
Seksyen 75. Melacurkan diri.
Seksyen 76. Menjual anak.
Seksyen 77. Muncikari.
Kelantan
Enakmen Kanun
Jenayah Shariah
Negeri Kelantan
1985
Bahagian II -
Kesalahan-
Kesalahan
Seksyen 5. Perbualan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Seksyen 7. Pondan.
Seksyen 8. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri supaya bercerai atau mengengkari
kewajipan dan tanggungjawab.
Seksyen 9. Khalwat.
Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
Seksyen 11. Zina.
Seksyen 12. Mukadimah zina.
Seksyen 13. Bersubahat melakukan kesalahan zina.
Seksyen 14. Liwat.
Seksyen 15. Musahakah.
Seksyen 16. Hamil luar nikah.
Seksyen 17. Melarikan isteri orang.
Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 19. Melacurkan diri.
Seksyen 20. Melarikan perempuan.
Seksyen 21. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 22. Menjadi muncikari.
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Terengganu
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
(Takzir)
(Terengganu)
2001
Bahagian IV -
Kesalahan Yang
Berhubungan
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 25. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melacurkan diri.
Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam
peliharaannya.
Seksyen 27. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 28. Muncikari.
Seksyen 29. Perbuatan sebagai persediaan untuk
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
110
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 30. Musahaqah.
Seksyen 31. Khalwat.
Seksyen 32. Persetubuhan dengan bukan manusia.
Seksyen 33. Orang lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 34. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 35. Mendedahkan tubuh di tempat awam.
Seksyen 36. Mewatie.
Bahagian V -
Kesalahan Yang
Berhubung
Dengan
Keadilan Dan
Ketenteraman
Awam
Seksyen 42. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 43. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 46. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 47. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Seksyen 48. Anak dara lari daripada jagaan.
Seksyen 53. Mengganggu perempuan di tempat
awam.
Pulau Pinang
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
(Negeri Pulau
Pinang) 1996
Bahagian IV -
Kesalahan Yang
Berhubung
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Seksyen 22. Muncikari.
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 25. Liwat.
Seksyen 26. Musahaqah.
Seksyen 27. Khalwat.
Seksyen 28. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam
Bahagian V -
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 40. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Kedah –
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
(Kedah Darul
Aman) 2014
Bahagian II -
Kesalahan-
Kesalahan
Seksyen 5. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Seksyen 7. Pondan.
Seksyen 8. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri supaya bercerai atau mengingkari
kewajipan dan tanggungjawab.
Seksyen 9. Khalwat.
Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
Seksyen 11. Zina.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
111
Seksyen 12. Muqaddimah zina.
Seksyen 13. Bersubahat melakukan kesalahan zina.
Seksyen 14. Liwat.
Seksyen 15. Musahaqah.
Seksyen 16. Hamil luar nikah.
Seksyen 17. Melarikan isteri orang dan menghalang
suami isteri duduk bersama.
Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 19. Melacurkan diri.
Seksyen 20. Melarikan perempuan.
Seksyen 21. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 22. Menjadi munsyikari.
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Perlis
Enakmen
Jenayah Dalam
Syarak 1991
Bahagian II -
Kesalahan-
Kesalahan
Seksyen 5. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Seksyen 7. Pondan.
Seksyen 8. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri supaya bercerai atau mengingkari
kewajipan dan tanggungjawab.
Seksyen 9. Khalwat.
Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
Seksyen 11. Muqaddimah zina.
Seksyen 12. Bersubahat melakukan kesalahan
muqaddimah zina.
Seksyen 13. Liwat.
Seksyen 14. Musahaqah.
Seksyen 15. Hamil luar nikah.
Seksyen 16. Melarikan isteri orang dan menghalang
suami isteri duduk bersama.
Seksyen 17. Melacur isteri atau anak.
Seksyen 18. Melacurkan diri.
Seksyen 19. Melarikan perempuan.
Seksyen 20. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 21. Menjadi munsyikari.
Seksyen 22. Galakan maksiat.
Negeri Perak –
Enakmen
Jenayah (Syariah)
1992
Kesalahan
Berhubungan
Dengan Maruah
Diri
Seksyen 45. Perhubungan muabbad dan ghairu
muabbad.
Seksyen 46. Melacurkan diri.
Seksyen 47. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 48. Persetubuhan haram.
Seksyen 49. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 50. Hamil luar nikah.
Seksyen 51. Bersekedudukan.
Seksyen 52. Qazaf.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
112
Seksyen 53. Musahaqah.
Seksyen 54. Khalwat.
Seksyen 55. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 56. Mendedahkan tubuh, di tempat awam.
Seksyen 57. Perbuatan tak sopan.
Seksyen 58. Mengacau.
Seksyen 59. Minuman yang memabukkan.
Seksyen 60. Membuat, menjual dsb., minuman yang
memabukkan.
Bahagian V -
Pelbagai
Kesalahan
Berhubungan
Dengan
Keadilan Dan
Ketenteraman
Awam
Seksyen 29. Menggalak maksiat.
Seksyen 30. Melarikan perempuan bersuami atau
menghalang suami isteri daripada duduk bersama.
Seksyen 32. Melarikan perempuan.
Seksyen 33. Menjual atau memberi anak.
Seksyen 34. Anak dara lari daripada jagaan.
Johor
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
1997
BAHAGIAN IV
Kesalahan yang
Berhubungan
dengan
Kesusilaan
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Seksyen 22. Muncikari.
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 25. Liwat.
Seksyen 26. Musahaqah.
Seksyen 27. Khalwat.
Seksyen 28. Orang lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Bahagian V -
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 40. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Pahang
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
(Pahang) 2013
Bahagian IV -
Kesalahan
Berhubungan
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 28. Muncikari
Seksyen 29. Persetubuhan luar nikah
Seksyen 30. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah
Seksyen 31. Hamil atau melahirkan anak luar nikah
Seksyen 32. Khalwat
Seksyen 35. Perbuatan atau percakapan tidak sopan di
tempat awam
Bahagian V – Seksyen 42. Menggalakkan maksiat
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
113
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 44. Melarikan isteri orang
Seksyen 47. Melarikan perempuan
Seksyen 48. Perempuan yang belum berkahwin lari
dari dalam jagaan
Seksyen 49. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan
Islam
Seksyen 53. Berpakaian tidak sopan di tempat awam
Sabah
Enakmen
Kesalahan
Jenayah Syariah
1995
Bahagian IV -
Kesalahan
Seksyen 70. Muncikari.
Seksyen 71. Melacurkan isteri dan anak.
Seksyen 72. Melacurkan diri.
Seksyen 73. Bersekedudukan suami isteri berlainan
agama.
Seksyen 74. Menyembunyikan kehamilan.
Seksyen 75. Muhallil dan muhallalah.
Seksyen 76. Persetubuhan luar tabii.
Seksyen 77. Musahaqah.
Seksyen 78. Perbuatan sumbang.
Seksyen 79. Hamil luar nikah.
Seksyen 80. Persetubuhan haram.
Seksyen 81. Taqarrub zina.
Seksyen 81A. Qazaf.
Seksyen 82. Liwat.
Seksyen 83. Perbuatan tidak sopan dikhalayak ramai.
Seksyen 84. Khalwat.
Seksyen 85. Menggugurkan atau membunuh
kandungan.
Seksyen 86. Melarikan isteri orang.
Seksyen 87. Melarikan anak perempuan.
Seksyen 88. Anak dara lari dari jagaan.
Seksyen 89. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 91. Pertandingan ratu cantik.
Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau
sebaliknya.
Seksyen 100. Mengacau.
Sarawak
Ordinan
Kesalahan
Jenayah Syariah
2001
Bahagian IV -
Kesalahan Yang
Berhubung
Dengan
Kesusilaan
Seksyen 17. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 18. Pelacuran.
Seksyen 19. Muncikari.
Seksyen 20. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 21. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 22. Liwat.
Seksyen 23. Musahaqah.
Seksyen 24. Khalwat.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
114
Seksyen 25. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 26. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Bahagian V -
Kesalahan
Pelbagai
Seksyen 32. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 33. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan.
Seksyen 37. Menjual atau memberikan anak kepada
orang bukan Islam.
Berdasarkan jadual yang ditunjukkan, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul
Aman) 2014 merupakan enakmen jenayah syariah yang terbaharu dan terkini iaitu tahun 2014
selepas Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013. Enakmen-enakmen kesalahan
jenayah syariah lain yang turut menerima pindaan selepas tahun 2000 ialah Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Sembilan 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu)
2001dan Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001. Hal ini menunjukkan bahawa enakmen-
enakmen sedia ada tidak melalui proses semakan dan pindaan sejak sekian lama.Penulis
mencadangkan agar semakan semula dilakukan bagi memasikan peruntukan yang ada sesuai dan
bersifat boleh dikuatkuasakan.
Analisis awal mendapati hampir keseluruhan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri
mempunyai peruntukan berkaitan persetubuhan haram, persediaan melakukan persetubuhan
haram, muncikari, khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, pelacuran, menjual atau
memberi anak kepada orang bukan Islam, hamil luar nikah, lelaki berlagak seperti perempuan,
berkelakuan sumbang, liwat musahaqah, menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam
dan galakan maksiat. Namun sejauh mana penguatkuasaan terhadap peruntukan tersebut
dilakukan memerlukan kajian lanjut.
Penelitian terhadap peruntukan undang-undang jenayah syariah juga mendapati sesetengah
negeri mempunyai peruntukan berkaitan kesalahan yang dilihat sangat signifikan untuk
menangani permasalahan sosial seperti kesalahan menyembunyikan kelahiran dan
menggugurkan atau membunuh kandungan. Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut hanya
terdapat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah bagi negeri sabah. Penulis berpandangan
peruntukan seumpama ini perlu ada dalam setiap enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
115
negerin memandangkan kes buang bayi yang berlaku di Negara kita sangat membimbangkan. Ia
mampu mengekang masalah kehamilan anak tak sah taraf yang berkemungkinan berakhir dengan
pembuangan bayi apabila dilahirkan.
Penulis turut tertarik dengan peruntukan kesalahan yang dinyatakan secara jelas dalam enakmen
kesalahan jenayah syariah iaitu berpakaian tidak sopan dalam enakmen kesalahan jenayah
syariah Negeri Pahang dan kesalahan mendedahkan tubuh di tempat awam yang terdapat dalam
enakmen kesalahan jenayah syariah Negeri Perak dan Sabah. Bagi kebanyakan negeri yang
menggunapakai arahan amalan Jabatan Kehakiman syarie Malaysia, berpakaian sedemikian
boleh dikategorikan sebagai kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam sebagaimana
tafsiran yang diberikan dalam arahan amalan no. 8 tahun 2005, iaitu meliputi berpakaian yang
mengghairahkan.
Selain itu, kesalahan mengacau atau mengganggu perempuan di tempat awam sangat penting dan
berupaya memberi amaran kepada lelaki-lelaki yang cuba mengganggu perempuan di tempat
awam. Peruntukan ini terdapat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri Perak,
Terengganu dan Sabah. Enakmen Kesalahan jenayah syariah Perak juga merupakan satu-satunya
enakmen yang memperuntukkan kesalahan bersekedudukan antara lelaki dan perempuan dalam
satu rumah sebagai satu kesalahan. Perbuatan ini perlu diberi perhatian serius dan semua negeri
perlu mempunyai peruntukan sedemikian memandangkan ramai pasangan yang belum
berkahwin dilihat telah memandang enteng dan sanggup mengetepikan larangan agama untuk
tinggal serumah dengan pasangan tanpa sebarang ikatan yang sah.
Seiring dengan usaha menangani masalah sosial yang kian kompleks dalam masyarakat,
peruntukan kesalahan bagi kes lari dari rumah atau dari jagaan yang terdapat dalam enakmen
kesalahan jenyah syariah negeri Perak, Terengganu dan Sabah juga wajar dicontohi dan
dikuatkuasakan secara menyeluruh agar ia dipandang sebagai satu permasalahan yang serius oleh
masyarakat khusunya golongan remaja berstatus anak dara atau perempuan belum berkahwin.
Kewujudan peruntukan kesalahan ini membuktikan keseriusan pihak bertanggungjawab untuk
menangani masalah sosial seperti kes remaja lari dari rumah. Namun persoalannya, sejauh mana
ia dikuatkuasakan dan memberi kesan kepada kes tersebut? Pelaksanaan proses peguatkuasaan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
116
terhadap peruntukan ini amat menarik untuk dikaji secara mendalam bagi melihat sejauh mana ia
berupaya menangani masalah remaja lari dari rumah yang berlaku dalam masyarakat.
Peruntukan berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah dan hamil luar nikah mempunyai
perkaitan yang sangat rapat. Berdasarkan penelitian terhadap keseluruhan peruntukan kesalahan
jenayah syariah di Malaysia, didapati kebanyakan negeri yang mempunyai peruntukan berkaitan
kesalahan persetubuhan luar nikah seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sabah
masih mempunyai peruntukan kesalahan hamil luar nikah. Berbanding Perlis dan Melaka yang
hanya mempunyai peruntukan hamil luar nikah tanpa mempunyai peruntukan berkaitan
persetubuhan luar nikah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan,
Johor, Terengganu dan Sarawak hanya mempunyai peruntukan berkaitan kesalahan
persetubuhan haram atau zina tanpa mempunyai peruntukan hamil luar nikah. Penulis
berpandangan ketidak seragaman ini memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat dan
satu ketetapan dan keseragaman perlu dilakukan bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat
terhadap perundangan syariah.
Jika diteliti peruntukan enakmen kesalahan jenayah syariah, masih terdapat banyak peruntukan
kesalahan jenayah syariah yang masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Hakikatnya, hanya
beberapa peruntukan sahaja yang lebih kerap digunakan seperti kesalahan khalwat dan
persetubuhan haram berbanding kesalahan-kesalahan lain. Kewujudan undang-undang tanpa
penguatkuasaan boleh membawa kepada tafsiran undang-undang tersebut sebagai lemah dan
tidak mempunyai apa-apa fungsi. Perkara sebegini seharusnya dielakkan agar masyarakat tidak
hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap fungsi perundangan syariah.
IMPLIKASI KETIDAKSERAGAMAN
Analisis awal terhadap beberapa peruntukan berkaitan kesalahan moral di atas secara jelas
menunjukkan terdapat perbezaan dan ketidakseragaman peruntukan berkaitan kesalahan moral
melibatkan orang Islam. Sugguhpun ketidakseragaman ini berpunca dari kuasa pentadbiran
negeri-negeri yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap undang-
udang syariah, namum ketidakseragaman dalam beberapa kesalahan boleh menimbulkan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
117
persepsi negatif dan mendatangkan masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, negeri Perak dan
Melaka mempunyai peruntukan berkaitan bersekedudukan manakala negeri-negeri lain tidak
mempunyai peruntukan tersebut. Ketidakseragaman ini sudah tentu sedikit sebanyak memberi
impak kepada pelaksanaan peruntukan tersebut di negeri-negeri yang berkaitan kerana
masyarakat mungkin mempersoalkan dan membandingkan kedudukan undang-undang tersebut
dengan negeri lain. Begitu juga dengan kes lari dari rumah atau menyembunyikan kehamilan luar
nikah yang tidak terdapat di kebanyakan negeri-negeri lain, kecuali yang terdapat dalam
enakmen jenayah syariah bagi negeri-negeri yang telah dijelaskan. Ia boleh menimbulkan salah
tanggapan atau salah faham masyarakat terhadap sesuatu peruntukan kesalahan.
Ketidakseragaman peruntukan undang-undang juga boleh memberi kesan kepada usaha
memartabatkan undang-undang jenayah syariah sebagaimana disebut oleh Zainul Rijal (2015)
yang merupakan presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia bahawa Undang-undang
berlainan antara negeri, sistem penguatkuasaan dan pendakwaan tidak seragam serta kekurangan
kakitangan sering menjadi topik perbualan untuk memartabatkan undang-undang jenayah
syariah. Isu ketidakseragaman undang-undang ini perlu dilihat secara serius dan usaha
menyelaraskan undang-undang syariah merupakan antara agenda penting pihak kerajaan. Ini
dibuktikan melalui usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan Jawatankuasa
Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil bagi membantu, meneliti dan menyemak model
undang-undang Islam yang disediakan bagi tujuan penyeragaman dan penyelarasan. Walaupun
banyak kejayaan telah dicapai oleh JAKIM dalam aspek perkembangan undang-undang syariah
di Malaysia, namun isu ketidakseragaman masih tidak mampu ditangani. Namun, JAKIM dilihat
terus komited sebagaimana petikan dari laman sesawang rasmi JAKIM bahawa antara strategi-
strategi yang dirangka bagi memperkasa penyelarasan dan penguatkuasaan Undang-undang
Syariah menjelang tahun 2020 ialah mempertingkat usaha penyeragaman dan penyelarasan
undang-undang syariah dan fatwa, mengenalpasti isu konflik undang-undang dan mengkaji
kaedah dan memperkasa penyelidikan dan pembangunan dalam undang-undang syariah.
Perancangan ini dilihat selari ke arah menyelaras dan menyeragamkan undang-undang syariah di
Malaysia.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
118
Siti Zubaidah (2008) dalam kajiannya mendedahkan bahawa pihak berkuasa berhadapan dengan
pelbagai kerenah dan cabaran yang tersendiri. Bagi kesalahan berkaitan moral atau tatasusila
misalnya, terdapat langkah-langkah menangani suspek di tempat kejadian yang kadang- kadang
dilihat sebagai tidak sesuai sehingga tidak menyenangkan mereka yang terlibat. Terdapat
segelintir masyarakat yang menuduh pihak penguatkuasa agama mencampuri urusan peribadi
dan kebebasan mereka apabila menangkap dan menyiasat golongan yang disyaki terlibat dengan
kesalahan moral.
Cabaran pihak penguatkuasa ini dapat juga dilihat dalam peristiwa terbaru seperti dalam laporan
mengenai serbuan pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke
atas majlis makan malam anjuran kumpulan mak nyah yang turut mempersembahkan acara
pertandingan ratu cantik.
Menurut Zainul Rijal (2015), pengukuhan undang-undang jenayah syariah dilihat mampu
menjadi agen pencegah dan pemangkin berkesan dalam menangani peningkatan jenayah syariah
di Malaysia. Krisis akhlak yang begitu meruncing kini boleh dikekang dengan pelaksanaan
undang-undang jenayah syariah lebih komprehensif. Penulis berpandangan, usaha berterusan
perlu dilakukan bagi memastikan undang jenayah syariah lebih komprehensif dan antara usaha
yang boleh dilakukan adalah menyelaraskan undang-undang jenayah syariah agar ia dilihat selari
dan tidak berbeza-beza.
Usaha mengemaskini undang-undang syariah perlu dilakukan secara berterusan tanpa jemu
kerana menurut Siti Zubaidah (2014), kewujudan undang-undang jenayah syariah di negara ini
dalam bentuknya yang seperti sekarang iaitu di bawah enakmennya yang tersendiri, belum boleh
dikatakan sempurna biarpun sudah berusia melebihi 30 tahun. Selain enakmen kesalahan jenayah
syariah, enakmen tatacara jenayah syariah dan enakmen keterangan Mahkamah Syariah pula
melengkapkan sistem pelaksanaan keadilan serta pelaksanaan undang-undang jenayah syariah.
Pindaan undang-undang merupakan sesuatu yang lumrah dan perlu dilakukan bagi memenuhi
kehendak semasa dan menangani perubahan zaman kerana hakikatnya tiada undang-undang
jenayah yang sempurna.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
119
Di Malaysia, undang-undang syariah melalui proses di mana undang-undang perlu melalui
pindaan yang membawa kepada perkembangan dan penambahbaikan. Seperti disebut Ibrahim
Deris (2015), proses ini dilihat sebagai satu fasa yang sangat penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kualiti “output” dan pelaksanaan undang-undang yang sekali gus dapat
memperbaik imej institusi syariah. Memandangkan pindaan dilihat sebagai satu proses ke arah
perkembangan dan penambahbaikan, maka penulis mencadangkan peruntulan berkaitan
kesalahan moral dalam enakmen kesalahan jenayah syariah di Malaysia dinilai semula agar
ketidakseragamanperuntukannya tidak dilihat sebagi satu kelemahan yang boleh melancarkan
proses pelaksanaan penguatkuasaannya.
PENUTUP
Moral atau akhlak merupakan aspek penting dalam kehidupan dan menjadi indikator utama
dalam menilai kemuliaan pekerti seseorang. Kepentingan nilai moral ini dapat dilihat melalui
penekanan yang diberikan terhadap kesopanan dan kesusilaan sebagai salah satu daripada prinsip
yang mendasari rukun Negara. Selain itu, kepentingan moral turut mempunyai kedudukannya
tersendiri dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang telah disebutkan. Berdasarkan
kepada penjelasan di atas, adalah dirumuskan bahawa ketidakseragaman dan perbezaan undang-
undang jenayah syariah bukanlah merupakah isu baharu yang ingin dibincangkan, namun apa
yang diberi perhatian dalam penulisan ini ialah perbezaan peruntukan undang-undang berkaitan
kesalahan moral dalam enakmen kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Analisis terhadap
peruntukan kesalahan tersebut mendapati terdapat perbezaan yang sangat jelas antara beberapa
negeri dan berdasarkan penelitian penulis, didapati ada di antara perbezaan tersebut memberi
kesan yang sangat signifikan kepada isu sosial dalam masyarakat seperti wujudnya kesalahan
menyembunyikan kelahiran dan menggugurkan atau membunuh kandungan yang mana hanya
terdapat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah bagi negeri sabah. Meskipun perbuatan ini
dilihat sebagai satu kesalahan di negeri Sabah, namun ia tidak disifatkan sebagai satu kesalahan
di negeri-negeri lain. Begitu juga dengan peruntukan kesalahan remaja perempuan lari dari
rumah yang terdapat dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri Perak, Terengganu dan
Sabah dilihat sangat penting dan perlu wujud dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri lain.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
120
Penulis juga ingin merumuskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang
Syarak dan Sivil di peringkat kebangsaan menunjukkan bahawa pihak kerajaan di peringkat
persekutuan komited membantu meningkatkan martabat dan kedudukan undang-undang syariah
agar ia tidak dilihat sebagai satu undang-undang yang kelemahan dan menjadi bahan kritikan.
Oleh yang demikian, penulis menyarankan supaya usaha menambahbaik perundangan syariah
khususnya penyeragaman undang-undang jenayah syariah perlu dilakukan secara berterusan
dengan memberi perhatian kepada pelbagai sudut agar matlamat pemerkasaan undang-undang
jenayah syariah dapat dicapai.
RUJUKAN
Anita Abdul Rahim Dan Wafaa’ Yusof. 2012. Umur Pesalah Kana-kanak: Ketidakseragaman
Dalam Enakmen Jenayah Syariah Dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Di Malaysia. 24
Kanun (1). 1-23.
Abdul Monir Yaacob. Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilai Jurnal
Syariah, Jurnal Fiqh, No. 6 (2009) 1-20
Ahmad ‘Azam Mohd Shariff. 2011. Prosedur Pendakwaan Jenayah Syariah: Analisis ke atas
Peruntukan Undang-undang di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah
Persekutuan) 1997. (2011) 15 JUUM 1-18
Ibrahim Deris dan Hanifah Haydar Ali Tajuddin. 2015. penggunaan garis panduan dan etika
dalam penambahbaikan perjalanan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan syariah. 27
Kanun Januari 102-121.
Mohd Azhar Bin Abdullah. Konseptual Kesusilaan Di Malaysia: Satu Sorotan Menurut
Perspektif Perundangan. Journal Of Asian Islamic Higher Institutions (Jaihi). Volume 1,
Issue 1 (2015)
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
121
Musa Awang. 2015. Kanun. Dimanakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah
Syariah?
Nasimah Hussin et al. 2007. Undang-undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur.Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Siti Zubaidah Ismail. 2008. Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di
Malaysia: Satu Analisis. Shariah Journal, Vol. 16, Special Edition (2008) 537-554
Siti Zubaidah Ismail. 2014. Hudud Dan Undang-Undang Jenayah Syariah Dalam Kerangka
Perlembagaan Dan Sistem Perundangan “Dualisme”: Komitmen Pelaksanaan Ke Arah
Membendung Jenayah Di Malaysia Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 2 (2014) 193-212
Rujukan lain
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 19841
Arahan Tetap S.S Pengarah JAIS 2015
Arahan Amalan No. 8 Tahun 2005
Enakmen tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Kamus Dewan Edisi Keempat
Perlembagaan Persekutuan
http://www.islam.gov.my/wacana-perancangan-strategik-jakim-2015-2019
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
122
http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/membangun-undang-undang-syariah-
1.481836 dicapai pada 31/3/2016
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/jawi-serbu-acara-ratu-cantik-mak-
nyah-penganjur-ditahan