Post on 19-Jul-2015
IPS
PANDUAN PENGGUNAAN
INSTRUMEN PEMASTIAN STANDARD
1. Pendahuluan
1.1 Subseksyen 117(a), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan
tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan
taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di
institusi pendidikan. Sehubungan itu, pada tahun 2001 Jemaah
Nazir Sekolah (JNS) telah menggubal satu mekanisme pemastian
standard yang dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan
Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP). Pada tahun
2003, SPPSTKP telah diolah semula dan dinamakan Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). SKPM bertujuan
memperihalkan secara eksplisit, maksud frasa taraf atau standard
pengajaran yang memuaskan seperti yang disebut dalam
subseksyen berkenaan. SKPM ini terpakai kepada semua jenis
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
1.2 Untuk melaksanakan SKPM, JNS telah menghasilkan tiga dokumen
berikut :
a. SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)
-Pernyataan Standard
b. SKPM2 : Standard Kualiti PendidikanMalaysia (Sekolah)
-Instrumen Pemastian Standard (IPS)
c. SKPM 3: Standard Kualiti PendidikanMalaysia (Sekolah) -
-Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
1.3 Instrumen Pemastian Standard (IPS) akan digunakan oleh Nazir
Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan di sekolah. Pihak
sekolah pula hendaklah menggunakan instrumen ini untuk
melakukan penarafan kendiri.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 1
1
IPS
1.4 Agensi lain di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian
(PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh
menggunakan instrumen ini ketika melaksanakan pemantauan dan
penyeliaan di sekolah.
1.5 Semua pengguna instrumen ini hendaklah membuat penilaian dan
menentukan skor bagi setiap item serta membuat pengiraan skor
bagi setiap aspek, elemen, dimensi dan seterusnya skor
keseluruhan, berasaskan data dan maklumat yang betul dan tepat.
2. Isi Kandungan
2.1Instrumen ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan
dalam empat dimensi seperti yang berikut:
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN
Elemen 1 : Visi dan Misi
Elemen 2 : Kepimpinan
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Elemen 4 : Perancangan
Elemen 5 : Iklim
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 2
2
IPS
DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah
Setiap elemen mempunyai sebilangan aspek yang berkaitan, manakala
setiap aspek diperihalkan melalui satu senarai item.
3. Format
3.1 Instrumen mengandungi lima lajur bagi setiap elemen seperti
ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2 :
a. Lajur pertama : No. Aspek
b. Lajur kedua : Aspek bagi elemen berkenaan
c. Lajur ketiga : No. Item
d. Lajur keempat : Item
e. Lajur kelima : Skor sekolah yang mengandungi sublajur skor
(0, 1, 2, 3, 4) atau
(0, 1, 2, 3, 4, Purata) – khusus bagi
Elemen Pengajaran dan Pembelajaran.
Jadual 1: Elemen SKPM dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4)
Dimensi :
Elemen :
(a)
No. Aspek
(b)
Aspek
(c)
No.
Item
(d)
Item
(e)
Skor Sekolah
0 1 2 3 4
Jadual 2: Elemen Pengajaran dan Pembelajaran
dengan Sublajur Skor (0, 1, 2, 3, 4, Purata)
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 3
3
IPS
Dimensi :
Elemen :
(a)
No. Aspek
(b)
Aspek
(c) No. Item
(d)
Item
(e)
Skor Sekolah
0 1 2 3 4 Purata
4. Penentuan Skor Item
4.1. Penentuan skor bagi setiap item dibuat dengan menandakan ( )
pada lajur berkenaan. Penentuan skor tidak dibuat bagi item yang
tidak berkenaan. Item begini ditandakan TB (tidak berkenaan).
4.2. Penentuan skor item dibuat berdasarkan pertimbangan profesional.
Untuk tujuan ini, panduan penentuan skor secara umum diberikan
dalam Jadual 3:
Jadual 3 : Panduan Penentuan Skor
Skor Deskripsi (Tahap Pelaksanaan)
0 Tiada (0%)
1 Sangat sedikit (lebih daripada 0% hingga 24%)
2 Sebahagian kecil (25% hingga 49%)
3 Kebanyakan (50% hingga 74%)
4 Sebahagian besar (75% hingga 100%)
4.3Bagi item yang mempunyai indikator dan julat prestasi, panduan
penentuan skor disediakan secara spesifik untuk item berkenaan.
Contoh item yang mempunyai indikator:
Penggubalan pernyataan visi dan misi sekolah:i. mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 4
4
IPS
ii. mengambil kira Wawasan 2020iii. mengambil kira perkembangan pendidikan semasaiv. mengambil kira analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancamanv. dibuat secara kolektifvi. dikaji semula jika perlu
Skor 4 : i, ii, dan mana-mana satu di atasSkor 3 : i dan ii sahajaSkor 2 : i atau iiSkor 1 : mana-mana satu daripada di atasSkor 0 : tiada pernyataan visi atau misi
Contoh item yang mempunyai julat prestasi:
Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam
semua mata pelajaran PKSR terkini
Skor 4 : 75.00 % dan lebih
Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 %
Skor 2 : 30.00 % hingga 49.99 %
Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 29.99 %
Skor 0 : 0.00 %
4.4Bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), jika lebih daripada
satu pelajaran diperhatikan, skor bagi setiap item hendaklah
dituliskan dalam bentuk kekerapan pada lajur berkenaan. Purata
skor bagi setiap item dikira. Jumlah purata ini digunakan untuk
menentukan skor bagi elemen P&P.
4.5Penentuan skor bagi item (dan seterusnya pengiraan skor bagi elemen)
dalam Elemen Kemenjadian Murid dalam Akademik, Kokurikulum
dan Sahsiah (Dimensi Kemenjadian Murid), hendaklah dibuat oleh
sekolah berasaskan maklumat yang terdapat di sekolah, melalui
rekod berkaitan pencapaian akademik, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah murid.
5. Pengiraan Skor Aspek, Elemen, Dimensi dan Keseluruhan
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 5
5
IPS
5.1 Skor Aspek
Pengiraan skor bagi sesuatu aspek dilakukan sekiranya pihak yang
menggunakan instrumen berminat untuk mendapat gambaran
tentang prestasi sekolah menurut aspek atau prestasi sesuatu
aspek secara khusus. Skor bagi sesuatu aspek diperoleh dengan
menjumlahkan skor semua item dalam aspek berkenaan.
Jumlah skor ini menggambarkan prestasi sekolah dalam sesuatu
aspek dan hendaklah ditafsirkan dalam konteks skor penuh bagi
aspek berkenaan (skor penuh aspek = bilangan item dalam aspek x
4). Sebutan skor aspek boleh juga ditukarkan ke bentuk peratus
menggunakan formula berikut:
A x 100%; di mana A = Skor diperoleh, B* = Skor penuh aspekB
* item yang tidak berkenan (TB) tidak diambil kira
5.2 Skor Elemen (dan Subelemen 12.1 hingga 12.7)
Skor sesuatu elemen diperoleh dengan menjumlahkan skor semua
item bagi elemen tersebut. Skor elemen juga boleh dikira
berdasarkan jumlah frekuensi bagi setiap skor dalam elemen
tersebut [(frekuensi skor 1 x 1) + (frekuensi skor 2 x 2) + (frekuensi
skor 3 x 3) + (frekuensi skor 4 x 4)]. Sebagai alternatif, skor sesuatu
elemen boleh juga diperoleh dengan menjumlahkan skor semua
aspek (yang belum ditukar ke bentuk peratus) dalam elemen
berkenaan.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 6
6
IPS
Sebutan skor elemen adalah dalam bentuk peratus dan diperoleh
menggunakan formula berikut:
C x 100%; di mana C = Skor diperolehi, D* = Skor penuh elemenD
* item yang tidak berkenaan (TB) tidak diambil kira
Khusus bagi Elemen 12 (Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah), skor elemen diperoleh dengan
menjumlahkan semua skor subelemen yang berkaitan menurut
wajaran yang ditetapkan.
5.3 Skor Dimensi
Skor sesuatu dimensi diperoleh dengan menjumlahkan skor semua
elemen dalam dimensi berkenaan, menurut wajaran yang ditetapkan
bagi setiap elemen. Wajaran menurut elemen diberikan dalam
Jadual 4.
Jadual 4: Wajaran Elemen Dan Dimensi
Elemen Wajaran (%)
DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN (10%)
1. Visi dan Misi 3
2. Kepimpinan 7
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI (30%)
3. Struktur Organisasi 6
4. Perancangan 6
5. Iklim 6
6. Pengurusan dan Pembangunan Sumber 6
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 7
7
IPS
7. Pengurusan Maklumat 6
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN (45%)
8. Pengurusan Program Kurikulum
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
15
9. Pengajaran dan Pembelajaran 20
10. Pembangunan Sahsiah Murid 5
11. Penilaian Pencapaian Murid 5
DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID (15%)
12. Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah
15
Jumlah 100
5.4 Skor Keseluruhan
Skor keseluruhan diperoleh dengan menjumlahkan skor keempat-
empat dimensi (atau kesemua 12 elemen). Skor ini
menggambarkan prestasi sekolah dalam memenuhi kriteria yang
ditetapkan dalam SKPM.
5.5 Semua pengiraan hendaklah dinyatakan betul kepada dua tempat
perpuluhan.
5.6 Contoh Pengiraan Skor bagi Aspek
Jadual 5: Pengiraan Skor bagi Aspek Perwatakan Guru dalam Elemen
Pengajaran dan Pembelajaran
(Jumlah Pelajaran Diperhatikan = 10).
DIMENSI 3 : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
No.
AspekAspek
No.
ItemItem
Skor Sekolah
0 1 2 3 4 Purata
9.13
Perwatakan
Guru
(a) Guru menyumbang kepada suasana
pembelajaran yang kondusif dengan :
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 8
8
IPS
i. berpakaian sesuai, kemas dan bersih
mematuhi arahan dan pekeliling yang
sedang berkuatkuasa 1 2 4 3 2.90
ii. bersifat mesra, mudah didekati dan
sedia membantu1 2 7 3.60
iii. mengenali semua murid dan prihatin
terhadap keperluan mereka2 2 6 3.40
iv. berinteraksi secara sopan 2 8 3.80v. menggunakan nada suara yang
sesuai 2 83.80
vi. mewujudkan suasana riang yang
merangsang pembelajaran2 3 5 3.30
vii. menepati masa 1 2 7 3.60
Jumlah Kekerapan dan Skor Aspek 9.13 0 1 8 17 44 24.40
Prestasi sekolah dalam aspek ini ditafsirkan dan difahami dalam konteks
skor diperoleh 24.40 berbanding dengan skor penuh 28 [bilangan item (7) x
4 = 28].
Dalam sebutan peratus, skor bagi aspek ini ialah = 24.40 x 100% 28
= 87.14%
5.7 Contoh Pengiraan Skor bagi Elemen
Jadual 6 : Contoh Pengiraan Skor Elemen Visi dan Misi
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 9
9
IPS
0 1 2 3 4
0 0 0 0
i. mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaanii. mengambil kira Waw asan 2020iii. mengambil kira perkembangan pendidikan iv. mengambil kira analisis kekuatan, kelemahan, v. dibuat secara kolektifvi. dikaji semula jika perlu
Skor 4 : i, ii, dan mana-mana satu di atasSkor 3 : i dan ii sahaja Skor 2 : i atau iiSkor 1 : mana-mana satu daripada di atas Skor 0 : tiada pernyataan visi atau misi
0 0 0 0
i. perancangan sekolahii. buku panduan guruiii. buku peraturan sekolah untuk muridiv. buku latihan muridv. brosur sekolahvi. surat makluman kepada ibu bapavii. majalah sekolah
Skor 4 : mana-mana empat di atasSkor 3 : mana-mana tiga di atasSkor 2 : mana-mana dua di atasSkor 1 : mana-mana satu daripada di atas Skor 0 : tidak didokumentasikan
0 0 0 0
i. perhimpunan mingguan sekolahii. program-program sekolahiii. mesyuarat guruiv. mesyuarat staf sokonganv. mesyuarat PIBGvi. mesyuarat Jaw atankuasa Permuafakatan
Skor 4 : mana-mana empat di atasSkor 3 : mana-mana tiga di atasSkor 2 : mana-mana dua di atasSkor 1 : mana-mana satu daripada di atas Skor 0 : tidak dihebahkan dan tidak
0 0 0 0 i. bilik gerakan sekolahii. papan kenyataan umumiii. bilik guruiv. bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas v. pejabat sekolahvi. dinding utama yang strategik
Skor 4 : mana-mana empat di atasSkor 3 : mana-mana tiga di atasSkor 2 : mana-mana dua di atasSkor 1 : mana-mana satu daripada di atas Skor 0 : tidak dipamerkan
Jumlah Kekerapan 0 0 2 1 1
Skor 0 0 4 3 4
Jumlah Skor Elemen 1
(a)
11
Visi dan misi sekolah didokumentasikan dalam :
Visi dan misi sekolah dihebahkan dan diperjelas dalam :
No. Aspek
AspekNo. Item
Item
1.1 Penggubalan Visi dan Misi
(c)
(b)
1.2
DIMENSI 1 : HALA TUJU KEPIMPINAN
ELEMEN 1 : VISI DAN MISI Skor Sekolah
(a) Penggubalan pernyataan visi dan misi sekolah:
Visi dan misi sekolah dipamerkan di tempat strategik
Penyebaran Visi dan Misi
Prestasi sekolah dalam elemen ini ditafsirkan dan difahami dalam konteks
skor diperoleh, 11 berbanding dengan skor penuh, 16 [bilangan item (4) x 4
= 16]. Skor elemen dinyatakan dalam sebutan peratus, iaitu 68.75%
( 11 x 100% = 68.75%) 16
Wajaran yang ditetapkan bagi Elemen Hala Tuju Kepimpinan ini, bagi
tujuan pengiraan skor dimensi dan seterusnya skor keseluruhan ialah 3%.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 10
10
IPS
Dengan demikian, bagi contoh ini, skor elemen menurut wajaran dalam
menentukan skor dimensi dan skor keseluruhan ialah 2.06 %
( 68.75 x 3 % = 2.06 %) 100
6. Penentuan Skor bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran
(Elemen 9)
Skor bagi Elemen Pengajaran dan Pembelajaran perlulah berdasarkan
pemerhatian terhadap guru atau pelajaran yang jumlahnya signifikan.
Dalam hubungan ini, bagi pemeriksaan oleh pasukan Nazir, jumlah
minimum pemerhatian seboleh-bolehnya hendaklah menurut formula
berikut: dua pemerhatian oleh setiap Nazir setiap hari. Sekiranya
jumlah guru di sesebuah sekolah kurang daripada jumlah pengiraan
menurut formula tersebut, seboleh-bolehnya semua guru hendaklah
diperhatikan.
Sebagai contohnya, satu pasukan tiga orang Nazir memeriksa sebuah
sekolah selama tiga hari. Sedapat mungkin pasukan ini hendaklah
membuat sekurang-kurangnya lapan belas pemerhatian (2 x 3 x 3 = 18)
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi pihak sekolah pula, yang menggunakan instrumen ini untuk tujuan
penarafan kendiri hendaklah melaksanakannya seperti yang berikut:
• bagi sekolah yang jumlah gurunya 20 orang atau kurang, skor bagi
elemen berkenaan hendaklah berdasarkan pemerhatian terhadap
semua guru
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 11
11
IPS
• bagi sekolah yang jumlah gurunya lebih daripada 20 orang, skor
bagi elemen berkenaan hendaklah berdasarkan pemerhatian
terhadap sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah guru di sekolah
berkenaan atau jumlah minimum 20 orang, yang mana lebih besar.
7. Penentuan Skor Item bagi Gred Purata Sekolah dalam Akademik
(Subelemen 12.2, 12.3, 12.4 dan 12.5)
Penentuan skor bagi item-item tertentu dalam Elemen Kemenjadian Murid
dalam Akademik memerlukan pengiraan Gred Purata Sekolah (GPS).
GPS dikira seperti berikut:
7.1 Setiap gred diberi nilai gred mata pelajaran (NGMP):
a. Bagi PKSR, UPSR, PKSM (Peralihan hingga Tingkatan 3) dan
PMR, NGMP adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 7A.
Jadual 7A : NGMP PKSR, UPSR, PKSM
(Peralihan hingga Tingkatan 3) dan PMR
b. Bagi PKSM Tingkatan 4 dan 5, dan SPM, NGMP adalah
seperti dalam Jadual 7B:
Jadual 7B: NGMP PKSM Tingkatan 4, 5 dan SPM
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS
Gred NGMP
A 1
B 2
C 3
D 4
E 5
12
12
IPS
Gred NGMP
1A 1
2A 2
3B 3
4B 4
5C 5
6C 6
7D 7
8E 8
9G 9
c. Bagi PKSM Tingkatan 6, STPM dan STAM NGMP adalah seperti
dalam Jadual 7C:
Jadual 7C : NGMP PKSM Tingkatan 6, STPM dan STAM
Gred NGMP
A 4.00
A - 3.67
B + 3.33
B 3.00
B - 2.67
C + 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00
7.2 Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran
didapati dengan mengambil kira bilangan murid yang memperoleh
setiap gred, seperti contoh Jadual 8A.
7.3 Gred Purata sesuatu tahun atau tingkatan (GPT) ditentukan dengan
membahagikan jumlah GPMP mata pelajaran (contoh: Jadual 8A)
dengan jumlah mata pelajaran seperti contoh dalam Jadual 8B.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 13
13
IPS
7.4 GPS diperoleh dengan membahagikan jumlah GPT (contoh: Jadual
8B) dengan jumlah bilangan tahun atau tingkatan seperti dalam
contoh Jadual 8C.
7.5 Skor bagi item yang berkaitan dengan GPS ditentukan dengan
merujuk panduan yang disediakan bagi item berkaitan.
8. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Sekolah Kebangsaan
Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSR sebuah sekolah
kebangsaan.
8.1 Langkah 1
Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.
Berikut dikemukakan suatu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
(Penulisan) PKSR Tahun 6. Dalam kes ini, bilangan murid tahun 6
adalah seramai 80 orang.
Jadual 8A: GPMP Bahasa Melayu (Penulisan) Tahun 6 PKSR
Gred NGMP (X)
Bil.Murid
(Y)
Bil. Murid x NGMP (XY) GPMP
A 1 20 20 GPMP B.Melayu Tahun 6
= Jumlah XY
Jumlah Murid Tahun 6
= 194
80
= 2.43
B 2 26 52
C 3 18 54
D 4 12 48
E 5 4 20
Jumlah 80 194
GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSR Tahun 6 dikira dengan
cara yang sama.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 14
14
IPS
8.2 Langkah 2
Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.
Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 8B.
Jadual 8B : GPT Tahun 6 dalam PKSR
Bil. Mata Pelajaran
Bil. Murid
Bilangan Murid Mengikut Gred
GPMP A B C D E
1. Bahasa Melayu (Penulisan) 80 20 26 18 12 4 2.43
2. Bahasa Melayu (Pemahaman) 80 30 10 24 14 2 2.35
3. Bahasa Inggeris 80 8 28 19 4 21 3.03
4. Matematik 80 42 13 17 2 6 1.96
5. Sains 80 15 35 20 7 3 2.35
6. Kajian Tempatan 80 10 27 9 21 13 3.00
7. Pendidikan Agama Islam 60 20 15 23 2 0 2.11
8. Pendidikan Seni 80 15 35 30 0 0 2.19
9. Pendidikan Moral 20 12 7 1 0 0 1.45
10. PJK 80 35 24 21 0 0 1.83
11. Pendidikan Muzik 80 15 39 26 0 0 2.14
12 Kemahiran Hidup 80 12 42 26 3 0 2.18
Jumlah 27.03
GPT Tahun 6 = Jumlah GPMP Tahun 6
Jumlah Mata Pelajaran Tahun 6
= 27.03
12
= 2.25
8.3 Langkah 3
Rumuskan GPT untuk semua tahun bagi mengira GPS.
Katakan GPT bagi semua tahun adalah seperti dalam Jadual 8C.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 15
15
IPS
Jadual 8C : GPS dalam PKSR
Tahun GPT
6 2.25
5 2.24
4 2.62
3 1.85
2 1.74
1 1.46
Jumlah 12.16
GPS dalam PKSR
= Jumlah Gred Purata Tahun
Jumlah Tahun
= 12.16
6
= 2.03
8.4 Langkah 4
Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan
tersebut.
Skor untuk GPS dalam PKSR ditentukan berdasarkan panduan
berikut :
Jadual 8D : Skor untuk GPS dalam PKSR
Gred Purata Sekolah (GPS) dalam PKSR Terkini
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 16
16
IPS
Ini bermakna skor bagi GPS dalam PKSR bagi contoh yang diberikan ialah 3.
9. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Tingkatan 4 dan 5
Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSM:
9.1 Langkah 1
Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.
Berikut dikemukakan satu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
PKSM Tingkatan 4 dengan jumlah murid seramai 217 orang.
Jadual 9A : GPMP Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 4
Gred NGMP
( X )
Bil. Murid
( Y )
Bil. Murid x NGMP (XY) GPMP
1A 1 10 10
Jumlah XY
Jumlah Murid
= 1082
217
= 4.986
= 4.99
2A 2 22 44
3B 3 41 123
4B 4 25 100
5C 5 27 135
6C 6 23 138
7D 7 36 252
8E 8 17 136
9G 9 16 144
Jumlah 217 1082
GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSM dikira dengan cara
yang sama.
9.2 Langkah 2
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 17
17
IPS
Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.
Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 9B.
Jadual 9B : GPT Tingkatan 4 dalam PKSM
Bil. Mata Pelajaran PKSM Tingkatan 4
Bil Murid
Bilangan Murid Mengikut Gred
GPMP1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
1. Bahasa Melayu 217 10 22 41 25 27 23 36 17 16 4.99
2. Bahasa Inggeris 217 8 8 16 30 32 44 35 42 2 5.60
3. Sains 144 6 15 8 18 19 22 31 22 3 5.41
4. Matematik 217 20 9 7 14 7 19 27 54 60 6.57
5. Ekonomi Asas 142 5 6 3 9 6 24 30 56 3 6.49
6. Mat.Tambahan 127 8 8 14 10 14 21 19 22 11 5.59
7. Biologi 71 9 7 10 16 9 14 3 1 2 4.13
8. Fizik 73 5 8 13 11 14 12 1 0 9 4.58
9. Kimia 73 8 9 4 9 8 22 7 1 5 4.77
Jumlah 48.13
GPT Tingkatan 4 = Jumlah GPMP Tingkatan 4
Jumlah Mata Pelajaran Tingkatan 4
= 48.13
9
= 5.35
9.3 Langkah 3
Rumuskan GPT untuk semua tingkatan bagi mengira GPS.
Katakan GPT bagi semua tingkatan adalah seperti dalam Jadual 9C.
Jadual 9C : GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5
Tingkatan Gred Purata PKSM
4 5.35
5 4.82
Jumlah 10.17
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 18
18
IPS
GPS dalam PKSM
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
= 10.17
2
= 5.09
9.4 Langkah 4
Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan
tersebut.
Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 ditentukan
berdasarkan panduan berikut:
Jadual 9D : Panduan Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5
GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Skor 4 : GPS 1.0 hingga 3.0
Skor 3 : GPS 3.1 hingga 6.0
Skor 2 : GPS 6.1 hingga 7.5
Skor 1 : GPS 7.6 hingga 9.0
Ini bermakna skor bagi GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 bagi contoh
yang diberikan ialah ialah 3.
10. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Akademik Tingkatan 6
Berikut adalah contoh pengiraan GPS bagi PKSM Tingkatan 6.
10.1 Langkah 1
Kirakan GPMP bagi setiap mata pelajaran.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 19
19
IPS
Berikut dikemukakan satu kes bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
PKSM Tingkatan 6 Atas dengan jumlah murid seramai 97 orang.
Jadual 10A : GPMP Bahasa Melayu PKSM Tingkatan 6 Atas
Gred NGMP (X)
Bil. Murid (Y)
Bil. Murid x
NGMP (XY)
GPMP
A 4.00 7 28.00
= Jumlah XY
Jumlah Murid
= 224.06
97
= 2.315
= 2.32 (2 T.P)
A - 3.67 6 22.02
B + 3.33 4 13.32
B 3.00 6 18.00
B - 2.67 8 21.36
C + 2.33 13 30.29
C 2.00 21 42.00
C - 1.67 25 41.75
D + 1.33 4 5.32
D 1.00 2 2.00
F 0.00 1 0.00
Jumlah 97 224.06
GPMP bagi mata pelajaran lain dalam PKSM dikira dengan cara
yang sama.
10.2 Langkah 2
Rumuskan GPMP bagi semua mata pelajaran untuk mengira GPT.
Katakan rumusan GPMP berkenaan adalah seperti dalam Jadual 10B.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 20
20
IPS
Jadual 10B : Gred Purata Tingkatan 6 Atas dalam PKSM
Bil Mata Pelajaran Bil Murid
Bilangan Murid Mengikut Gred
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F GPMP
1. Bahasa Melayu 97 7 6 4 6 8 13 21 25 4 2 1 2.32
2 Pengajian Am 143 2 1 5 21 14 18 46 10 12 9 5 2.13
3 Ekonomi 51 1 2 4 13 6 5 8 3 5 1 3 2.35
4 Sejarah 143 11 20 31 35 13 18 7 2 3 2 1 2.98
Jumlah 9.78
GPT Tingkatan 6 Atas = Jumlah GPMP Tingkatan 6 Atas
Jumlah Mata Pelajaran Tingkatan 6 Atas
= 9.78
4
= 2.45
10.3 Langkah 3
Rumuskan GPT untuk semua tingkatan untuk mengira GPS.
Katakan GPT bagi semua tingkatan adalah seperti dalam Jadual 10C.
Jadual 10C : GPS dalam PKSM Tingkatan 6
Tingkatan GPT
6 Atas 2.45
6 Bawah 2.58
Jumlah 5.03
GPS dalam PKSM Tingkatan 6 Yang Terkini
= 5.03
2
= 2.515
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 21
21
IPS
= 2.52
10.4 Langkah 4
Rujuk panduan skor dan tentukan skor berdasarkan panduan
tersebut.
Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 4 dan 5 ditentukan
berdasarkan panduan berikut:
Jadual 10D : Skor untuk GPS dalam PKSM Tingkatan 6
Ini bermakna skor bagi GPS dalam PKSM Tingkatan 6 bagi contoh yang
diberikan ialah ialah 3.
11. Penentuan Skor Item bagi Penglibatan Murid dalam Aktiviti
Kokurikulum
(Aspek 12.6.1)
Semua penyertaan murid dalam aktiviti di semua peringkat penyertaan
iaitu antarabangsa, kebangsaan, negeri, bahagian, daerah dan zon diambil
kira. Skor untuk aspek ini ditentukan berdasarkan peratus murid yang
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS
GPS dalam PKSM Tingkatan 6
Skor 4: GPS 3.00 hingga 4.00
Skor 3: GPS 2.00 hingga 2.99
Skor 2: GPS 1.00 hingga 1.99
Skor 1: GPS kurang daripada 1.00
22
22
IPS
menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat yang berkenaan (diperolehi
berdasarkan bilangan murid yang menyertai berbanding dengan bilangan
keseluruhan murid).
12. Penentuan Skor Item untuk Gred Purata Sekolah bagi Bidang
Kokurikulum Sekolah Menengah (Aspek 12.6.2, 12.6.3, 12.6.4 dan 12.6.5)
Nilai gred bagi pencapaian setiap bidang dan pencapaian keseluruhan
aktiviti kokurikulum ditentukan seperti Jadual 11 berikut:
Jadual 11: Panduan Penentuan Nilai Gred
Gred Markah Nilai Gred
A 80% hingga 100% 1
B 60% hingga 79% 2
C 40% hingga 59% 3
D 20% hingga 39% 4
E 11% ke bawah 5
13. Contoh Pengiraan GPS bagi Bidang Kokurikulum:
13.1 Langkah 1
Dapatkan gred yang dicapai oleh setiap murid dalam setiap bidang
dan pencapaian keseluruhan daripada buku Penilaian Kokurikulum
bagi tahun sebelumnya.
Jadual 12 : Contoh Pengiraan Gred Pencapaian Kokurikulum Seorang Murid:
Nama: ____________________No. Kad Pengenalan: __________
Tingkatan: _________________ Jantina: _____________
Aspek dinilai Agihan Markah
Badan Beruniform
Kelab & Persatuan
Sukan & Permainan
Kehadiran 50 50 45 50Penglibatan 20 15 15 13Pencapaian 20 10 5 15Jawatan Disandang 10 3 5 10Jumlah Markah 100 78 70 88
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 23
23
IPS
Gred B B A
Purata markah = 78 + 70 + 88 = 78.67 3
Jawatan bidang bukan Kokurikulum : Ketua Murid
Markah Bonus : 10
Purata Markah + Markah Bonus = 78.67 + 10
= 88.67
Gred Keseluruhan : A
Catatan:
Panduan memberi markah adalah seperti yang diperincikan dalam
Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah
terbitan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, 1998.
13.2 Langkah 2
Rumuskan pencapaian semua murid seperti contoh di bawah.
Jadual 13: Pencapaian Semua Murid dalam Kokurikulum
Bilangan murid = 2,000 orang
Bidang Bilangan Murid Mengikut Gred Gred
PurataA B C D E
Kelab dan Persatuan 150 600 950 250 50 2.73Badan Beruniform 90 120 80 1680 30 3.72Sukan dan Permainan 200 910 760 130 0 2.41Keseluruhan 80 650 1050 200 20 2.72
Contoh pengiraan gred purata untuk kelab dan persatuan:
Jadual 14: Pengiraan Gred Purata Kelab dan Persatuan
Gred Nilai Gred (x)
Bil. Murid
(y)Bil. Murid x Nilai
Gred
(xy)
Gred Purata Sekolah bagi Kelab dan Persatuan
A 1 150 150 Jumlah xy Jumlah Murid= 5450 2000
B 2 600 1200
C 3 950 2850
D 4 250 1000
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 24
24
IPS
= 2.725= 2.73
E 5 50 250
JUMLAH 2000 5450
Cara yang sama digunakan untuk mengira GPS bagi badan beruniform,
sukan dan permainan, dan keseluruhan.
Skor untuk setiap bidang diperoleh berdasarkan panduan penentuan skor
seperti berikut:
Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00
Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00
Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00
Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00
[Rujuk item 12.6.2(c), 12.6.3(c), 12.6.4(c) dan 12.6.5(c)]
Bagi contoh seperti dalam Jadual 14 di atas, skor yang diperoleh oleh
sekolah adalah seperti berikut:
Kelab dan Persatuan: skor 3
Badan beruniform: skor 2
Sukan dan Permainan: skor 3
Keseluruhan: skor 3
14. Penentuan Skor Item bagi Kemenjadian Sahsiah Murid
(Aspek 12.7.1 dan 12.7.2)
Penentuan skor untuk pembangunan sahsiah murid adalah berdasarkan
rekod dan laporan yang terdapat di sekolah, contohnya:
a. Rekod Salah Laku Murid;
b. Laporan Lembaga Disiplin;
c. Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling;
d. Laporan Guru Penasihat Persatuan;
e. Laporan Merit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan);
f. Laporan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan);
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 25
25
IPS
g. Laporan Merit dan Demerit Murid (bagi sekolah yang mengamalkan);
dan
h. Kad 001/002.
15. Rumusan Skor
Kesemua skor yang diperoleh bagi setiap elemen dan dimensi dirumuskan
dalam Borang Rumusan Skor menurut format seperti Jadual 15.
Contoh rumusan skor dalam Jadual 15 adalah bagi sekolah rendah yang
tiada prasekolah.
Jadual 15 : Rumusan Skor
Dimensi ElemenSkor
Penuh (Tidak
mengambil kira item
tidak berkenaan)
Skor Diper-oleh
Peratus Pencapaian
Wajaran Elemen
Skor Elemen Dengan Wajaran
Skor Dimensi Dengan Wajaran
DIMENSI I:
Hala Tuju Kepimpinan
(Wajaran 10%)
E01: Visi dan Misi(Wajaran 3%)
16 11 11 x 100 16
= 68.75 %
3 % 11 x 3 %16
= 2.06 % 6.64 %
E02: Kepimpinan (Wajaran 7%)
156 102102 x 100156
= 65.38 %
7 % 102 x 7 %156
= 4.58 %
DIMENSI II:
Pengurusan Organisasi
(Wajaran 30%)
E03:Struktur Organisasi (Wajaran 6%)
24 19 19 x 100 24
= 79.17 %
6 %19 x 6 %24
= 4.75 %
21.75 %
E04: Perancangan (Wajaran 6%)
136 91 91 x 100136
= 66.91 %
6 % 91 x 6 %136
= 4.01 %
E05 : Iklim (Wajaran 6%)
104 81 81 x 100104
= 77.88 %
6 % 81 x 6 % 104
= 4.67 %
E06 : Pengurusan Sumber(Wajaran 6%)
360 242 242 x 100 360
= 67.22 %
6 % 242 x 6 % 360
= 4.03 %
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 26
26
IPS
E07 : Pengurusan Maklumat(Wajaran 6%)
112 80 80 x 100112
= 71.43 %
6 % 80 x 6 %112
= 4.29 %
Dimensi ElemenSkor
Penuh (Tidak
mengambil kira item tidak
berkenaan)
Skor Diper-oleh
Peratus Pencapaian
Wajaran Elemen
Skor Elemen Dengan Wajaran
Skor Dimensi Dengan Wajaran
DIMENSI III:
Pengurusan Program Pendidikan
(Wajaran 45%)
E08 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (Wajaran 15%)
696 480 480 x 100 696
= 68.97 %15
480 x 15 %696
= 10.34 %
31.80 %
E09: Pengajaran Pembelajaran(Wajaran 20%)
284 209.81209.81 x 100 284
= 73.88 %
20209.81x 20% 284
= 14.78 %
E10: Pembangunan Sahsiah Murid(Wajaran 5%)
84 48 48 x 100 84
= 57.14 %
5 48 x 5 % 84
= 2.86 %
E11:Penilaian Pencapaian Murid(Wajaran 5%)
76 58 58 x 100 76
= 76.32 %
5 58 x 5 % 76
= 3.82 %
Pengiraan skor Dimensi 4: Kemenjadian Murid hendaklah mengambil kira perkara
berikut:
a. Wajaran bagi dimensi berkenaan ialah 15% iaitu sama dengan
wajaran bagi Elemen 12 (Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kurikulum
dan Sahsiah).
b. Skor bagi Subelemen yang tidak berkenaan (TB) tidak diambil kira
semasa menentukan skor keseluruhan bagi Elemen 12.
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 27
27
IPS
DimensiElemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah
Skor Penuh
(Tidak mengambil
kira item tidak berkenaan)
Skor Diper-oleh
Peratus Pencapaian
Wajaran Sub-
elemen
Skor Sub elemen Dengan Wajaran
Skor Dimensi Dengan Wajaran
DIMENSI IV:
KemenjadianMurid
(Wajaran 15%)
Subelemen 12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah (Wajaran 2%)
492(SK)528 (SJKC/T) (TB)
TBTB x 100 492*
= %2 TB
9.60 x 15% 13
= 11.08 %
Subelemen 12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah (Wajaran 5%)
24 20 20 x 100 24
= 83.33 %5
20 x 5 % 24= 4.17 %
Subelemen 12.3 : Pencapaian Akademik Murid Peralihan hingga Tingkatan 3 (Wajaran 3%)
24(TB) TB
TB x 100 24
= %3 TB
Subelemen 12.4 : Pencapaian Akademik Murid Tingkatan 4 & 5 (Wajaran 2%)
32(TB) TB
TB x 100 32
= %2 TB
Subelemen 12.5 : Pencapaian Akademik Murid Tingkatan 6 (Wajaran 2%)
36(TB) TB
TB x 100 36
= %2 TB
Subelemen 12.6 : Pencapaian Murid Dalam Kokurikulum (Wajaran 4%)
72 51 51 x 100 72
= 70.83 %
4 51 x 4 %72= 2.83 %
Subelemen 12.7 : Kemenjadian Sahsiah Murid(Wajaran 4%)
60 39 39 x 100 60
= 65.00 %4
39 x 4 % 60= 2.60 %
Jumlah Besar
71.27 %= 71 %(2 T.P)
Catatan Skor Dimensi 4
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 28
28
IPS
Jumlah Skor Subelemen Dengan Wajaran : (4.17% + 2.83 % + 2.60 %) = 9.60 %
Jumlah wajaran Subelemen : 5 + 4 + 4 = 13 %
Wajaran dimensi : 15 %
Skor Dimensi Dengan Wajaran = 9.60 x 15 % = 11.08 % 13
16. Penarafan Sekolah
Penarafan sekolah dibuat dengan merujuk kepada Panduan Penarafan
Sekolah seperti Jadual 16 berikut :
Jadual 17: Panduan Penarafan Sekolah
Peratus Pencapaian Tahap Taraf Sekolah
90% - 100% 7 Sekolah Gemilang
80% - 89% 6 Sekolah Cemerlang
70% - 79% 5 Sekolah Harapan
50% - 69% 4 Sekolah Sederhana
35% - 49% 3 Sekolah Lemah
25% - 34% 2 Sekolah Sangat Lemah
0% - 24% 1 Sekolah Lampau Lemah
Ini bermakna, sekolah dalam contoh yang diberikan (Skor keseluruhan
71.27 %, dibundarkan menjadi 71%) berada pada Tahap 5 (Taraf Sekolah
Harapan).
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 29
29
IPS
PANDUAN MENGGUNAKAN IPS 30
30