Post on 19-Oct-2015
description
KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PINGGIR LAUT MALYSIA
PANTAI BERPASIRKawasan pelancongan dan perkelahanKawasan pnanaman kelapaContoh: Port Dickson, Pantai Batu Ferringhi, Pantai Cahaya Bulan
PANTAI BERLUMPURMembekalkan sumber kayu bakauTempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikanContoh: sekitar muara Sungai Perak, muara Sungai Rajang
PULAUKawasan pelancongan Pelabuhan perikananPelabuhan antarabangsaContoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Gaya
TANJUNGKawasan rekreasi dan pelancongan
Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai, Tanjung Datu
TELUKPetempatan nelayan Tapak pelabuhanKawasan perikananKawasan perkelahanContoh: Teluk Kemang, Teluk Ramunia, Teluk Kimanis, Teluk Darvel, TelukMahkota
TEBING TINGGIKawasan rekreasi dan pelanconganTapak rumah apiContoh: Tebing Tinggi Kudat, Tanjung Bungah
PENTAS BENUAKawasan perikananKawasan perlombongan petroleum dan gas asliContoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi Laut China Selatan
Saliran dan Kepentingannya Sungai mengalir dari kawasan tanah tinggi ke kawasan tanah rendah dan terus ke laut
Sumber Pengairan dan PerikananPetani dapat menanam padi apabila mendapat bekalan air yang diempang dari sungai. Contohnya, Sungai Muda di Kedah diempang untuk mengairi kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
Ada sungai dan tasik yang dijadikan kawasan ternakan ikan. Contohnya, penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang. Tasik juga dijadikan kawasan ternakan seperti di Tasik Timah Tasoh, Perlis.
Sumber airAir sungai diempang dan disalurkan ke loji rawatan untuk dibersihkan. Contohnya, air Sungai Kelang diempang dan dibersihkan di Empangan Klang Gate. Selepas itu, air dibekalkan untuk pelbagai kegunaan penduduk di Lembah Kelang.
Jalan PerhubunganSungai Rajang di Sarawak menjadi jalan perhubungan dan pengangkutan. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang untuk diproses. Sungai Tembeling di Pahang pula menjadi laluan masuk pelancong ke Taman Negara di Pahang.