Post on 18-Jan-2016
description
Dr. Mohamed Nor Azhari bin Azman
Pengulir luar : untuk mengulir bahagian luar
paip BG untuk tujuan penyambungan.
Perengkuh paip : untuk mengetatkan
dan melonggarkan paip BG.
Berus besi : untuk membuang dan
membersihkan habuk besi selepas kerja
mengulir dan memotong.
Ragum paip yoke : memegang paip BG
bagi kerja mengulir dan memotong.
Kegunaan: Membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG.
http://www.youtube.com/watch?v=drIsEN7t-Nk
• Merupakan alat utama dalam kerja membaiki paip.
• Saiznya ditentukan oleh panjang
keseluruhan dan saiz yang lazim digunakan ialah 25cm.
• Bukaan rahangnya boleh dilaraskan.
Rahangnya bergigi dan tidak boleh digunakan pada nat pili. Ia mempunyai 2 rahang bergigi dan 1 daripadanya boleh dilaraskan dengan nat pelaras.
Kegunaannya:
Mencengkam dan memutar batang paip ketika membuat
kerja-kerja penyambungan dan pemasangan.
Memegang objek-objek logam yang berbentuk bulat.
Cara menggunakannya:
Menyelaraskan rahang untuk mendapatkan saiz yang sesuai.
Rahang itu mengetatkan cengkamannya apabila tekanan
dikenakan pada pemegangnya
Memastikan perengkuh tidak menggelincir pada paip.
Memutarkan sepana mengikut arah jam untuk membuka dan
mengikut arah lawan jam untuk mengetatkan batang paip.
Biasanya dua pasang perengkuh digunakan, satu perengkuh
pada paip dan satu lagi pada pasangan.
Perengkuh besar sama seperti perengkuh paip kecuali berahang licin dan tidak mudah dicalarkan pasangan krom. Saiz yang mudah di pegang untuk kegunaan rumah mempunyai pemegang berukuran 10 tau 12 inci.
LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN
PERENGKUH • Perengkuh paip tidak harus
digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan bolt dan nat
• Perengkuh paip juga tidak
digunakan untuk memegang peralatan perpaipan PVC kerana rahang bergigi meninggalkan kesan gigi pada peralatan tersebut.
Kegunaan:
Mengetatkan dan melonggarkan nat pelbagai saiz kerana bukaan rahangnya boleh di laraskan mengikut keperluan.
Mengetatkan dan membuka kepala pili dan plag buangan. http://panitia-kh-tigs.blogspot.com/2012/04/nota-khb-tingkatan-1-kerja-paip.html
Mengetatkan dan membuka bol nat yang pelbagai saiz.
Cara menggunakannya
Memegang hulu dengan tangan kanan.
Melaraskan saiz bukaan sepana mengikut benda kerja.
Meletakkan sepana pada benda kerja dan memutarkannya.
Memutarkan sepana mengikut arah jam untuk membuka nat dan mengikut arah lawan jam untuk mengetatkan nat.
Kegunaan: Membuka kepala pili Saiz sepana hujung terbuka ditentukan oleh
bukaan hujung dan dikira dalam ukuran milimeter. Menanggal dan mengetatkan nat penyedal. Membuka dan mengikat kelengkapan di tempat
yang lapang. Cara menggunakannya: Pastikan sepana itu betul saiznya. Sepana hendaklah ditarik ke arah pengguna, bukan
menolaknya. Jangan mengunakan sepana seperti tukul untuk
mengetuk.
Kegunaan:
Memegang objek silinder.
Memotong wayar dan
Memutar nat kecil
Saiznya ditentukan mengikut panjangnya.
Dibuat dalam pelbagai bentuk untuk menyisipkan tempat yang terbatas.
Kegunaan:
Memegang memasukkan, atau mengeluarkan benda kerja pada ruang pili ( contoh; mengeluarkan pelompat atau sesendal pada pili).
Mata pemotong digunakan memotong dawai.
Memegang dan membentuk.
Saiz ditentukan oleh jarak di antara hujung & bahu.
Saiz yang lazim digunakan ialah daripada 100mm –
350mm.
Kegunaannya:
Mengikir & membesarkan lubang di kawasan bulat &
bahagian lengkung.
Membuang gerigis & tepi tajam pada lubang paip
(bahagian dalam) selepas batang paip dipotong dengan
gergaji besi @ pemotong paip beroda.
Saiz panjang kikir rata yang biasa digunakan ialah daripada 100mm – 350mm.
Mempunyai keratan berbentuk segiempat tepat.
Kegunaan:
Membuang gerigis pada bahagian luar batang paip setelah kerja-kerja memotong dilakukan.
PITA PENGUKUR
Saiz yang biasa digunakan ialah
yang berukuran antara 3 meter – 6
meter.
Mempunyai senggatan metrik.
Digunakan untuk mengukur jarak
dan panjang batang paip dalam
kerja perpaipan sebelum dan
ketika memotong, membenang,
dan memasang.
GERGAJI BESI
Kegunaannya : (a) memotong plat keluli. (b) memotong paip besi bergalvani. (c) memotong paip plastik. Saiz yang selalu digunakan di bengkel ialah 250mm dan
300mm. Saiz mata gergaji ditentukan oleh panjang mata &
bilangan gigi bagi setiap inci. Dalam setiap 1cm terdapat 5,7,9 @ 12 gigi mata
gergaji. Bilah gergaji biasanya dibuat daripada keluli tahan
lasak Ada 2 jenis a) gergaji besi bingkai tetap - tidak boleh dipanjangkan @ dipendekkan. b) gergaji besi bingkai boleh laras - boleh dipanjangkan @ dipendekkan.
Memasang mata gergaji pada bingkai dengan
mata menghala ke luar pemegang.
Memegang gergaji besi dengan kedua belah
tangan.
Benda kerja dipasang serendah-rendahnya
pada ragum untuk mengelakkan benda kerja
daripada bergetar dan berbunyi bising.
Letakkan gergaji bersudut tepat pada benda
kerja.
Menolak dan menarik dengan tekanan yang
sama
Pemotong Paip Beroda
Mempunyai 3 bahagian utama: bingkai rota pandu & pengolek mata pemotong Kegunaannya: memotong batang paip besi
bergalvani dengan tepat dan cepat.
memotong objek-objek bulat. memotong paip plastik
dengan tepat & cepat
Cara menggunaannya:
mengapit batang paip pada ragum paip yoke.
mengenakan roda pemotong pada tanda yang akan dipotong.
memusing tangkai pemulas sehingga roda-roda pemandu mencengkam batang paip.
memusing bingkai pemotong berkali-kali & pada masa yang sama, pusingkan tangkai
pemulas supaya roda pemotong dapat memotong lebih dalam.
http://www.youtube.com/watch?v=4b-_SGSwY0g
Digunakan untuk memotong paip
PVC atau poli.
Matanya yang tajam dan rahang yang berbentuk bulat membolehkan paip dipotong dengan mudah.
Kegunaan: Mencengkam batang paip
dengan kukuh.
Ragum Paip Yoke
Terdiri daripada: Pemegang Bingkai Rahang bergerak Rahang tetap Cara menggunaannya: memegang & mengapit paip
supaya tidak berpusing ketika membuat kerja membenang.
mengapit paip semasa menyambung & memasang paip dengan bahan-bahan pemasangan.
Perengkuh besen ialah alat yang berguna untuk
membolehkan anda sampai ke nat yang sukar
dicapai yang terlindung di bawah bilik air dan
singki dapur, Kepalanya berpusing dan
membolehkan perengkuh melakukan kerja pada
semua sudut.
• Digunakan untuk memotong pelbagai bahan ketika kerja perpaipan dilakukan.
• Mempunyai mata yang tajam digunakan untuk merapikan hujung paip pvc yang dipotong.
Playar kunci memberikan cengkaman seperti ragum yang boleh laras yang apabila berada pada tempatnya akan tercengkam sendiri.
PEMUTAR SKRU
2 jenis pemutar skru iaitu: (a) Pemutar skru rata (b) Pemutar skru Philips Pemutar skru rata digunakan untuk
mengetatkan melonggarkan skru kepala rata atau berlurah. Pemutar skru Philips digunakan untuk
mengetatkan melonggarkan skru palang atau Philips.
Gunakan pemutar skru yang hujung matanya sama saiz dengan alur kepala skru.
Gerimit tandas atau
jamban boleh digunakan
jika pelocok gagal
melegakan tandas yang
tersumbat.
Gerimit berukuran 3
hingga 6 kaki panjang
dengan pemegang
engkol dan direka
bentuk untuk
disesuaikan dengan
besen porselin.
http://www.youtube.com/
watch?v=fa5spW7Kyvc
Digunakan untuk membersihkan kotoran yang terdapat dalam saliran paip.
Cabel yang panjang dan fleksibel disimpan didalam ruang berbentuk bulat.
- Gerimit salir dan perangkap (ular tukang paip) mempunyai pemegang kunci yang boleh bergerak masuk jauh ke dalam salir untuk membuangkan bahan sumbat.
- http://www.youtube.com/watch?v=QbS6Akn2E4k
Digunakan untuk mengikis bendasing yang
terdapat pada permukaan benda kerja.
Digunakan untuk memerhatikan keadaan paip dan
kebocoran pada paip di persekitaran yang gelap.