Post on 03-Oct-2015
Document
Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,
audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian
daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif
menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang
tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan
berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiap
teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.
Teks
Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah
lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian,
penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu
yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen
media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai
salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk
satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks
juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai
jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa
dahulu dan juga masa kini.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang
penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat
penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada
pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal
menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan
menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia
yang
lain dan gabungan penggunaan
media ini menjanjikan penyampaian
maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.
Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan
Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagi menyampaikan
sesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkan sesuatu
maklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseorang hanya
diberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatu sesi
persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan.
Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberi
perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunan sesebuah
aplikasi multimedia.
Teknologi Multimedia dalam
Pendidikan (M/S 1-6).
Pengenalan Dan Definasi Multimedia (M/S 7-12)DARI : USTAZ MUSA (PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN : (PKG KULIM )
2
ringkas tetapi padat
gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
pastikan teks tersebut boleh dibaca
pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian
kawal pemilihan fon serta konsisten
pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain
Grafik
Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang
tidak bergerak seperti
gambar,
lukisan, lakaran,
gambarfoto, ilustrasi
dan
sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi
memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan
grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas
dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.
Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu
maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya
mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah
syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-
mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian
maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap
maklumat yang ingin disampaikan.
Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan
Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanya ialah
bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik
perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yang
digunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dan tidak
mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancang
dengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanya hanya
mengundang masalah yang berlarutan.
Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perlu
diberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuah
aplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang
pendidikan :
pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama
pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi
gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem
berkeupayaan rendah
Audio
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan
untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh
merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas
audio dan sebagainya.
3
Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan
bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan
para pengguna
agar
lebih berminat
mengikuti
suatu
proses penyampaian
maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan
suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap
apa yang ingin dipersembahkan.
Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau
Laman Web Pendidikan
Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan
multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang
dengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan
yang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun
digunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan.
Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audio dapat
digunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasi multimedia :
Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan
aplikasi atau program.
Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional
mengapa ianya digunakan.
Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan
terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian
audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam
sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar
mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio
yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru.
Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesan audio
yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasuki skrin
baru.
Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan
rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail
audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam
sesebuah aplikasi multimedia.
Elakkan daripada
menggunakan audio sekiranya
ia didapati boleh
mengganggu persembahan.
Video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
juga realistik berbanding
elemen-elemen yang lain.
Ianya juga dikatakan
merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya)
di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses
penyampaian maklumat berupaya
untuk mempengaruhi
motivasi seseorang
terhadap
proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu
membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara
tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya
dengan lebih nyata.
4
Penggunaan Video Digital dalam Pendidikan
Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada
apabila ianya digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan
bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan.
Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam
aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Maklumat Lebih Realistik
Seperti
mana yang telah diterangkan sebelum ini,
video
mampu
mempersembahan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai
keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan
seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
Mampu Merangsang Pelbagai Deria
Video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain
(seperti
audio, grafik dan sebagainya). Ini secara
tidak langsung mampu
meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media
yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang
pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.
Memudahkan Proses Pengulangan
Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan
mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya
dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga
boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih
mendalam apabila diperlukan.
Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh
mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar
sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar
disamping mereka sepanjang masa.
Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap
Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih
emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media
lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan mesej
mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan
mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi
kesan kepada emosi
penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak
langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.
Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar
Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya mampu
dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para pelajar
boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip
video digital yang disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing-
masing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran
dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya
mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.
5
Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan
Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan
perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan
peralatan dan sebagainya, demonstrasi atau tunjuk ajar secara langsung amat
diperlukan. Ini bagi membantu
proses membina kefahaman dan seterusnya
membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan
bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan
berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut
keperluan dan tahap kefahaman masing-masing.
Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan
Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau
perisian khas yang agak mahal harganya. Namun demikian dari segi jangka
panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu
menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan juga kos perbelanjaan. Masa
persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh
diringkaskan
kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah
disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih
pantas dan mudah menerusi
penggunaan
video digital yang ditayangkan.
Penerangan yang panjang lebar serta sesi demonstrasi yang meleret-leret juga tidak
diperlukan lagi. Ini
adalah kerana proses penerangan
menerusi
video
yang
menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu
memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.
Animasi
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta
mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi
manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk
diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan
dengan lebih mudah dan
berkesan.
Penggunaan
animasi dalam
sesuatu
persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga
membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup
atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi
juga mampu memberi
penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi
membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang
ingin disampaikan.
Kepentingan Animasi dalam Pendidikan
Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal.
Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih
positif.
Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan
bagi
menghasilkan
persekitaran pembelajaran
yang
merangsang
dan
menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu
masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan
yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan
Pengenalan Kepada Multimedia
, Kuala
Lumpur : Venton Publishing.
6
sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan pergerakan
planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu
menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding
paparan imej planet-planet yang bersifat statik.
Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam
bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau
kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan :
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual
dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau
perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah
untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam
proses pemahaman.
Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga
mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding
penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang
lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang
bersifat statik.
Animasi
digital juga
boleh digunakan bagi
membantu
menyediakan
persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani
keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu
persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu
menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran
pelajar dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses
mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran
atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik.
Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi
animasi
mampu memudahkan
proses penerangan
konsep
atau pun
demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar
memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini
secara
tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta
mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di
dalam ingatan.
Rujukan Asal
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003),
Multimedia dalam Pendidikan
, PTS
Publications: Bentong
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000).
Pengenalan Dan Definasi Multimedia1.1Definisi Multimedia-
Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu:
-
Multi:
Banyak (many), Pelbagai (Multiple)
-
Medium:
Alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu
bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.(Dewan
bahasa dan pustaka). (Dirujuk juga sebagai definisi media secara umum).
Apabila dikaitkan dengan pemprosesan komputer, medium dianggap sengai alat
pengagihan dan persembahan maklumat seperti teks, imej, grafik, suara, muzik dan
sebagainya. (Dirujuk juga sebagai definisi media pada paparan komputer)
1.2Apakah Sistem Multimedia ?-
Ia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti
teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan
dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.
-
Penyataan daripada F. Hofstetter, Multimedia Literacy (1995) ialah :
Multimedia is the use of a computer to present and combine text, graphics, audio andvideo with links and tools that let the user navigate, interact, create and communicate.-
Gabungan sistem ini boleh digambarkan seperti di dalam gambarajah di bawah: Pengkomputeran
Interaktif
Sistem
Multimedia
Video
Audio
Teks
Grafik
Animasi
Rajah 1.1 : Komponen Multimedia
1
1.3Ciri-ciri umum Sistem Komputer Multimedia-
Ia mestilah berkemampuan untuk menukarkan sebarang maklumat dalam keadaan analog
seperti suara, muzik dan video ke bentuk digital dan sebaliknya.
-
Ia seharusnya boleh mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang
pengaturcara.
-
Ia mestilah berciri interaktif iaitu pengguna boleh melakukan capaian secara rawak ke atas
data-data multimedi. Di mana:
Ciri ini akan membezakan antara video dan televisyen yang juga mengandungi
gabungan teks, suara, animasi, muzik dan klip video.
Ciri ini amat berfaedah dalam beberapa aplikasi multimedia seperti persembahan
iaitu
interaktiviti akan dapat terus bertindakbalas dengan
persoalan
yang
dikemukakan oleh peserta.
1.44 sifat penting produk multimedia-
Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar,
boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia
dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media-
Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia
terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku
teks dan sebagainya.
-
Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna
bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan
dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai
persembahan maklumat di dalam sebuah buku.
-
Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi
merupakan sebarang ikon, butang, hot spot atau peralatan yang aktif. Aktif di sini
bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam
produk multimedia tersebut(contoh halaman web).-
Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan
mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan
tanpa interaksi seperti TV.
1.5Sejarah perkembangan multimedia-
Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu
pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan
pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga
membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna.
Rajah 1.2 menunjukkan evolusi dan perkembangan penciptaan teknologi komputer
multimedia yang bermula dari lewat tahun 70-an.
2
Digital Audio and VideoWorld Wide Web32 bitFuture1990Lewat 1970-an19808 bit processorCD-ROMLocal and Wide Area Networking16 bit processorsDesktop Computer-
Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.
Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk
mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan
menguruskan maklumat.
Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah
digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja
pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik
sehingga
mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama,
perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :
(a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan
pemproses yang lebih laju
(b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer
(c)
Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu
keras (hardisk) dan CD-ROMs
(d) Audio dan video digital
(e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan
penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus.
Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan
pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih
mudah.
(f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna
berhubung dengan seluruh dunia.
3
Graphical Operating Systems
1.6Multimedia dan kesannya kepada Industri.-
Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri,
iaitu :-
Industri komputer (computing)
Industri telekomunikasi (telecommunication) dan
Industri penyiaran (broadcasing)
-
Kesannya Kepada Industri Komputer.
Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga
melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
Sistem
komputer multimedia telah
banyak
berubah
untuk
memastikan
ia
berkemampuan menukar sebarang makluamt dalam keadaan analog seperti suara,
muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang
berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia
disimpan.
Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem
multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau
pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat
melaksanakan sesuatu tugas.
Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin
komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam
terus keperanti video.
-
Kesannya Kepada Industri Telekomunikasi.
Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran
tanpa wayar (satelit).
Oleh kerana maklumat multimeida selalunya bersaiz besar dan dalam keadaan
berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini
mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian
yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan
lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan
lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya diMSC).
-
Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman
dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan
tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk
pengeditan movie secara digital.
Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada
seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran
ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui
rangkaian komputer.
4
1.7Bidang Penggunaan Multimedia. Perniagaan Pendidikan Penyiaran Hiburan
Pentadbiran
PenggunaanMultimedia-
Teknologi Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut
adalah :-
Perniagaan
Pentadbiran
Pendidikan
Penyiaran
Hiburan.
-
Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Perniagaan.
Perniagaan memerlukan komunikasi, secara tradisinya dalam perniagaan boleh
dilakukan secara :-
(a) Verbal
(b) Dari seorang ke seorang
(c) Dalam bentuk cetakan
(d) Menggunakan slide show
(e) Menggunakan video
Multimedia berupaya untuk meniru setiap cara komunikasi yang disenaraikan tadi
serta dapat menggabungkannya supaya menjadi satu tarikan yang lebih menarik.
Aplikasi multimedia yang terlibat dalam bidang perniagaan ini termasuk
(a) Persembahan jualan (sales/market prsentations).
(b) Trade-show production(c) Sistem latihan pekerja.
(d) Direct marketing(e) Retail vending(f) Point-of-sale information-
Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pentadbiran
Teknologi multimedia boleh dimanfaatkan dalam bidangpentadbiran kerajaan seperti
Kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office)
5
Keperluan pertahanan negara
Penyebaran maklumat kepada rakyat
-
Penggunaan Multimedia Dalam Bidang Pendidikan.
Bidang pendidikan dilihat sebagai suatu bidang yangpaling layak untuk
menggunakan teknologi multimeida.
Komputer multimedia boleh menggabungkan animasi, video dan audio bersama-
sama teks dan grafik, serta berkeupayaan untuk melaksanakan interaktiviti yang
membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan dengan lebih berkesan.
Dengan sistem multimedia, pihak pengajar boleh menegsan prestasi pelajar dengan
memperolehi laporan setiap kali pelajar menggunakan bahan tersebut.
Pendidikan juga boleh berlaku dirumah.
Program pendidikan jarak jauh juga boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi
pengajian tinggi Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mempunyai
ijazah diperingkat lebih tinggi.
-
Penggunaan Multimeida Dalam Bidang Penyiaran
Teknologi multimeida juga boleh dimanfaatkan dalam bidang penyiaran seperti :-
(a) Pengiklanan
(b)
Pembikinan serita-cerita animasi dan stunt
(c) Peralatan audio dan video
-
Penggunaan Multimedia Dalam Hiburan
Teknologi multimedia juga banyak digunakan dalam bidang hiburan.
Banyak permainan kini terdapat dalam bentuk CDROM danmengandungi elemen-
elemen grafik, animasi, audio dan video. Namun pada pendapat
saya
bentukpermainan yang ganas dan tidak berfaedah perlu dibendung.
Kini terdapat juga permainan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan. Perkataan
edutaiment dirujuk sebagai education dan entertaiment. Permainan serupa ini
mengajar kita supaya membuat perancangan dengan teliti dan mengasah orak
mengira dengan betul, sambil berhibur.
Video-on-demand
merupakan
satu
lagi aplikasi multimeida berupa
hiburan.
Pengguna boleh memilih mana-mana rancangan yang terdapat dalam perpustakaan
rancangan-rancangan dan boleh menontonnya pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Pelanggan boleh mendapatkan apap-apa bahan mengikut cita rasa masing-masing
asalakan ia terdapat didalam server.
6