4.4 struktur & fungsi hidung, tekak

Post on 08-Jul-2015

511 views 0 download

Transcript of 4.4 struktur & fungsi hidung, tekak

Begeli LinggangProgram Pembantu Perubatan

KSKB Kuching

Struktur HidungStruktur hidung mempunyai kaviti-kaviti nasal yang besar. naris depan naris belakang sinus duktus nasolakrimal

Kaviti terbahagi kepada 2 bahagian yang dipisahkan oleh septum.

Bahagian posterior dibentuk oleh: etmoid vomer.

Bahagian anterior dibentuk oleh rawan hialin

Bumbung hidung dibentuk oleh 5 tulang: plat kribriform etmoid spenoid frontal nasal

Lantai hidung dibentuk oleh bumbung mulut yang terdiri:-

✾ lelangit keras di depan✾ Lelangit lembut di belakang

Dinding tengah dibentuk oleh septum dan dinding sisi dibentuk oleh: Tulang maxilla. Tulang etmoid. Konka bawah.

Jenis tisu yang melapisi hidung☞ epitelium kolumna bersilium - mengandungi sel-sel goblet yang merembes mukus

STRUKTUR TEKAK Bahagian atasnya paling lebar. Menjadi sebahagian dari trek alimentari. Panjangnya ialah 12 - 14 sm. Bermula dari dasar tengkorak hingga ke vertebra servikal ke 4

Terdapat 3 bahagian anatomikal: nasofarink orofarink laringofarink

Lokasi - terletak di belakang hidung, mulut dan larink

Struktur BinaanDilapisi oleh 3 tisu: membran mukus bahagian nasal terdiri dari epitelium bersilium kolumna. bahagian oral dan laringeal terdiri dari epitelium skuamus berstratum.

Tisu berserat. - Menjadi lapisan tengah. - Tebal di bahagian nasal.

Tisu Otot. - terdiri dari beberapa otot konstriktor involuntari.

Struktur yang berkaitan dengan farink Bahagian Atas ☞ dasar permukaan bawah tengkorak

Bahagian Bawah ☞ bersambung dengan esofagus.

Bahagian Depan ☞ dinding yg tidak sempurna kerana ada pembukaan hidung, mulut dan larink.

Bahagian Belakang ☞ terdapat tisu areolar, otot involuntari dan keenam-enam vertebra servikal.

Bekalan Darah✾ Dibekalkan oleh arteri fasial.✾ Aliran venanya ialah vena fasial dan vena jugular internal.

Bekalan Saraf Jenis Simpatetik dan Parasimpatetik.

Bekalan saraf simpatetik ialah dari ganglia servikal superior.

Bekalan saraf parasimpatetik ialah oleh saraf Vagus dan Glosofaringeal.