6. PENDAHULUAN

Post on 04-Oct-2015

23 views 0 download

description

MORAL

Transcript of 6. PENDAHULUAN

2.0 PENDAHULUANPendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang dipelajari di sekolah dengan hasrat untuk melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, guru Pendidikan Moral memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar. Sehubungan ini, tugasan ini akan membincangkan tentang tanggungjawab dan peranan guru panitia dan guru Pendidikan Moral. Perbandingan tanggungjawab dan peranan antara kedua-dua pihak ini juga akan dijelaskan. Sepatutnya, guru panitia dan guru Pendidikan Moral perlu bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran subjek ini masa ke semasa.Untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan bagi penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P), 4 aspek iaitu pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran akan dibincangkan. Hubungan serta bandingbeza antara keempat-empat aspek ini telah dipersembahkan dalam bentuk grafik. Ahkirnya adalah mengenai pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Ia berkaitan dengan aras Taksonomi Bloom. Terdapat 6 aras dalam Taksonomi Bloom yang terbaru iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Setiap aras tersebut akan disertai dengan dua contoh soalan objektif dan dua soalan subjektif.