Post on 25-Jan-2015
description
6 Tabung Pengurusan
Wang Bijak
“Formula Bagaimana Menyimpan Dengan Berkesan”
Penulis: Mohd Kaizan Bin Nazlan
Trainer & Financial Consultant
Pengenalan
Bila bercakap mengenai duit ini, ramai sangat yang terus berminat bagaimana membuat
duit & pelaburan duit, sehingga terlebih excited, sehinggakan hilanglah pertimbangan
mereka untuk menilai sesuatu itu secara bijak. Sedangkan kalau kita betul-betul faham
mengenai prinsip keewangan, isu pokoknya adalah mengenai bab pengurusan duit yang
kita perolehi, dan bukan berapa banyak duit yang masuk dalam poket kita.
“6 Tabung Pengurusan Wang Bijak” Merupakan ebook yang saya hasilkan untuk
membantu anda mengurus pengagihan pembelanjaan bulanan anda. Ebook ini ditulis,
khusus untuk berkongsi ilmu berkenaan konsep yang sangat simple, iaitu menabung.
Selamat membaca.
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan
Assalammualaikum, hai nama saya Mohd Kaizan Bin Nazlan.
Saudara/i boleh panggil saya “Kaizan”. Kepakaran saya adalah
dalam membantu menjadikan kehidupan setiap insan lebih
bermakna dengan membantu mengurus kewangan dan
mempertingkatkan motivasi modal insan dengan modul-modul
yang direka khas.
Pertama sekali, sebelum saya mulakan topik perbincangan ebook ini, saya ingin
berkongsi serba sedikit pengalaman saya.
Jujur saya katakan, dulu saya tidak seperti sekarang ini. Banyak perkara yang perlu
saya dan keluarga saya lalui dalam hidup ini untuk mencapai ke tahap sekarang. Saya
berpengalaman hidup susah, sehinggakan kereta keluarga saya pernah ditarik oleh
penguat kuasa ketika sedang membeli barang dapur dan sampai ketahap harta benda
terpaksa digadai untuk menapung kos hidup masa itu.
Hajat saya untuk berhenti belajar dan mula berkerja itu sentiasa bermain di fikiran saya,
malah turut juga saya bincangkan perkara ini dengan kedua ayah dan ibu saya. Namun,
mereka tidak setuju, dan mereka meminta saya untuk sabar, bertahan dan terus belajar
hingga habis pengajian saya di peringkat diploma dan degree. ALLAH bantu keluarga
kami dan Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang, insyaallah…
Disebabkan pengalaman seperti ini yang sangat berkait dengan pengurusan kewangan.
Saya nekad untuk menjadi seorang pakar pengurusan kewangan, bagi membantu dan
menambah nilai hidup orang lain. Saya tidak mahu orang disekeliling saya merana
akibat dari pengurusan kewangan yang tidak teratur. Tidak perlulah anda semua
menempuhi pengalaman itu, Cuma pastikan anda mempunyai ilmu.
Baik!, mari kita mulakan….bismillah
6 Tabung Pembelanjaan Berkesan
10%
55% 5%
10%
10%
10%
Sales
FFA NA CA FA LTSSA EA
Financial Freedom Account (FFA)
FFA merupakan tabung pelaburan. Simpan
10% pendapatan anda kedalam FFA. FFA
berfungsi bagi mengumpul dan menjana
pendapatan pasif anda di masa akan datang.
FFA adalah tabung pelaburan anda untuk
mencapai “financial freedom”, anda boleh
melaburkan wang anda ke dalam pelaburan
saham, pelaburan hartanah, pelaburan emas,
dan juga pelaburan unit trust. Pelaburan
sangat penting untuk mencapai “Financil
Freedom”, tanpa pelaburan yang betul, ia
akan mencacatkan pendapatan anda 7 tahun
akan datang. Pastikan anda tidak terjebak
dengan skim cepat miskin.
*Pendapatan Pasif: Pendapatan yang
diperolehi tanpa anda perlu bekerja.
Necessity Account (NA)
Necessity Account merupakan tabung bagi
tujuan pembelanjaan bulanan anda. Apa-apa
saja pembelanjaan yang wajib bagi setiap
bulan. Contohnya bill elektrik, air, hutang
kereta dan rumah, barang dapur, sewa dan
sebagainya. Saya mencadangkan anda untuk
menggunakan 55% dari pendapatan bulanan
anda bagi tujuan ini.
Gunakan monthly Financial statement untuk
record aliran keluar masuk wang anda.
Pastikan anda berbelanja mengikut
kemampuan. Jika terlebih, langkah yang anda
patut lakukan adalah membuat check list dan
mula memotong pembelanjaan yang kurang
penting. Belajar untuk berjimat.
Charity Account (CA) Charity Account merupakan tabung untuk anda
derma dan memberi pada orang yang selayaknya.
Gunakan 5% dari pendapatan anda bagi tujuan ini.
Dari tabung CA ini, gunakan ia untuk “add value”
pada orang lain, contohnya sedekah pada orang-
orang susah, anak-anak yatim, mualaf dan
sebagainya. Tidak lupa juga pada ibu dan ayah kita,
setiap bulan, berilah mereka wang, ikut kemampuan
kita, sebagai tanda bahawa kita ingat pada mereka.
Inilah kunci utama kekayaan.
“The More You Give the More You Get” Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Surah Al Baqarah ayat 245
Fun Account (FA)
Berikan hak pada diri anda dengan tabung ini. FA
merupakan tabung untuk reward diri anda.
Gunakan 10% daripada pendapatan bulanan anda
untuk berseronok bersama keluarga dan rakan-
rakan anda.
Ambil kesempatan ini untuk menggembirakan
orang-orang tersayang. Bawalah mak dan ayah
anda ke restoran kegemaran mereka dan belanja
mereka. Keluarlah bersama sahabat-sahabat anda,
usrah, melancong, berkelah dan sebagainya.
FA sangat penting bagi diri anda, kerana ia adalah
untuk memotivasikan diri anda untuk mencapai
matlamat anda.
Long Term Saving For Spending
(LTSS)
LTSS adalah tabung simpanan jangka masa
panjang anda. Ia berfungsi sebagai modal
pembelanjaan besar besar. Gunakan 10% dari
pendapatan anda bagi tujuan ini. Gunakan ia
untuk tujuan pernikahan woho!, beli kereta,
rumah, dan sebagainya.
Dan sebelum anda berbelanja menggunakan
tabung ini, anda perlu kenal dahulu perbezaan
antara Asset dan Liabiliti. Sebabnya, jika anda
gagal membezakan, pembelanjaan anda ini
mungkin akan membuat usaha anda mencapai
financial freedom semakin sukar, dan
menyebabkan anda dibelenggu masalah
kewangan lagi.
Education Account (EA)
EA merupakan tabung simpanan anda
untuk menambah ilmu. Gunakan 10%
dari pendapatan anda bagi menambah
ilmu anda. Ingat, “ilmu itu cahaya”. Apa
yang saya syorkan anda lakukan ialah,
gunakan duit dari tabung ini untuk pergi
ke seminar kewangan, perniagaan,
bengkel pengurusan wang, bengkel
menjana pendapatan, membeli buku dan
lain-lain.
Pesan pakar kewangan, “the greates asset
is your mind”. Kerana duit dijana dengan
idea. Asar IQ kewangan anda, tajamkan
lagi skill business anda, dan mula ambil
tindakan untuk mengubah hidup anda.
Habits
Ramai yang merunggut, “saya mana ada duit, macam mana saya nak urus duit saya, gaji
bulan pun tak cukup”. Jika anda seperti ini, maka lagi penting bagi anda untuk urus
kewangan anda. Sebenarnya ia tak penting berapa banyak jumlah wang yang anda letak
dalam tabung anda, yang penting adalah pembinaan habits menabung itu sendiri. Mulakan
langkah hari ini dengan mencari 6 tabung (buat sendiri juga boleh), dan mula menabung.
Anda akan terperanjat melihat hasilnya dalam masa setahun. Percayalah.
“It is not how much you can earn, it is about how much you can save” Quote dari Robert
Kiyosaki. Tiada gunanya jika pendapatan anda RM10,000, jika pembelanjaan anda
RM12,000. Belajar dan berdisiplin untuk menabung. Jadikan menabung sebagai habits
anda. Kerana Habits yang baik akan menjadikan diri anda luar biasa. Habits inilah yang
akan memabntu anda mencapai financial freedom.
Alhamdulillah, kita telah habis membincangkan topik berkenaan “6 Tabung Pengurusan Wang yang Bijak”. Baik, ramai pasti tertanya-tanya berkenaan pembahagian peratus tabung tersebut adalah tetap atau ia adalah flexible. Jawapannya ialah flexible, ia bergantung pada keadaan semasa. Anda boleh naikkan peratus untuk tabung Necessity Account (NA), jika anda merasakan 55% itu tidak mengcukupi, atau anda ingin ubah peratus tabung lain. Mengubah peratus mana-mana tabung dibolehkan, apa yang penting adalah adjust mengikut kesesuaian semasa. Apa yang saya syorkan, perubahan yang anda buat itu tidak jauh bezanya dari peratus pengagihan asal. Kesimpulannya; Financial Freedom Account (FFA): Tujuannya adalah untuk membina passif income dan mencapai financial freedom. Charity Account (CA): Tujuannya adalah untuk membersihkan hati dan harta kita. Education Account (EA): Tujuannya adalah untuk menambah ilmu dan nilai pada diri. Necessity Account (NA): Tujuannya adalah untuk membelanjakan pada kos keperluan hidup. Fun Account (FA): Fun account adalah untuk kita reward diri kita, dan memberi motivasi pada diri Long Term Saving For Spending (LTSS): Tujuannya adalah untuk anda membeli sesuatu bagi menambah nilai dalam hidup.
Kata Akhir Penulis Terima kasih kerana sudi membaca ebook yang serba kurang dan ringkas ini. Saya
mengharapkan anda belajar sesuatu daripada penulisan ini, dan anda dapat amalkan
ilmu di dalam ebook ini. Satu fakta yang menarik yang ingin saya kongsikan sebagai
penutup dalam ebook ini;
Bangsa Yahudi mula mendidik anak-anak mereka berkenaan kewangan sejak umur
mereka masih kecil, ia adalah untuk dijadikan habits dalam diri mereka. Tidak
hairanlah mengapa mereka pandai dan mampu mengusai ekonomi dunia, sehinggakan
banyak syarikat-syarikat besar dan billionaire dunia tergolong dari bangsa mereka.
Kita bagaimana?
Akhir kata, jadikan diri anda bijak mengurus wang, dan pastikan kita mengajar
generasi-generasi muda kita untuk bijak mengurus wang. Apa yang kita lakukan ini,
adalah untuk kebaikan diri kita di masa hadapan dan generasi akan datang. Segala
yang kurang itu, semuanya datang dari diri saya sendiri, dan segala yang baik itu
datangnya daripada ALLAH S.W.T. “You Are An Excellent Money Manager”
Salam Ukhuwah
Kaizan Nazlan