Post on 14-Jun-2015
PENGH ARG AAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan portfolio Bina Insan Guru (BIG) ini .
ribuan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Mohd Nasir bin
Abdullah diatas segala nasihat dan bimbingan dari beliau. Dengan tunjuk ajar
daripada beliau, saya telah mendapat gambaran yang jelas untuk menghasilkan
portfolio ini.
Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-ahli
kumpulan BIG yang memberi bantuan dan dorongan dalam menjayakan program
ini mahupun rakan-rakan sekelas yang membantu ketika proses penyiapan
portfolio ini berlangsung. Segala komitmen mereka amat dihargai.
Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah yang
telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna kepada saya
terutamanya pihak pengurusan, ketua jurulatih iaitu En.Shuib bin Abdullah, para
jurulatih iaitu jurulatih-jurulatih air, jurulatih-jurulatih darat, pihak kebajikan dan
keselamatan, fasilitator-fasilitator, jurulatih kerohanian dan moral seta pengurus
makanan. Kerjasama dari semua pihak menjadikan program BIG siri 5/2010 ini
dapat berjalan dengan lancar.
Terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan saya
untuk menyertai program ini dan telah banyak memberi semangat dan dorongan
yang amat bermakna untuk saya terus berusaha.
Akhir sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang terlibat secara tidak
langsung bagi menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa kalian amat saya
hargai.
Sekian, terima kasih.
PENGEN AL AN
Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
semua guru pelatih diwajibkan menyertakan diri dalam Program Bina Insan
Guru. Program ini telah dirangka untuk membina daya tahan mental dan fizikal
serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program ini Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) berhasrat dapat membina insan guru yang mempunyai
ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai
dengan cabaran profession perguruan masa kini.
Program Bina Insan Guru ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri
dalam membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa,
menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai
seorang guru. Beberapa matlamat telah digariskan agar para peserta dapat
menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman praktikal asas tentang persediaan
dan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah. Saya telah mengikuti Program Bina
Insan Guru buat kali yang pertama pada semester ini. Program ini telah
berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada tarikh 12 April sehingga 15
April 2010. Banyak pengalaman dan penilaian yang saya telah milki untuk
memenuhi tuntutan profesyen keguruan pada zaman kini.
Antara objektif yang hendak dicapai melalui program Bina Insan Guru ini
ialah para peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi dalam
menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi
penambahbaikan secara berterusan sekaligus meningkatkan sifat kepimpinan
dengan kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu program dengan
baik. Program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu melahirkan individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan
kekuatan individu dari aspek fizikal,mental, emosi, rohani dan sosial. Oleh itu,
program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap dari
aspek kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan norma-
norma kehidupan.
OBJ EKTIF PROGR AM BIN A I NS AN GU RU
Melalui Program Bina Insan Guru ini guru pelatih dapat :
1. Menunjukkan ciri-ciri yang positif kepada masyarakat seperti berakhlak
mulia dan patuh kepada ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan daya ketahanan mental dan fizilkal.
4. Meningj=katkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan
interpersonal serta perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan.
6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek
kehidupan seharian.
FUNGS I BIN A I NS AN GURU
Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :
1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi program pra perkhidmatan di
Institut Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT)
2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang
tinggi.
3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta
dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Pendaftaran/Pembentukan Kumpulan/Takllimat Arahan
Tetap
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pada 12 April 2010, guru-guru pelatih daripada PISMP Pengajian Cina,
Pengajian Tamil dan Pengajian Sains ambilan 2010 telah menjalankan program
Bina Insan Guru Siri 5. Program ini telah melibatkan 63 orang guru pelatih dan
beberapa orang tutor dan pensyarah. Pengerusi bagi program BIG ini ialah Mohd
Syafiq bin Azzmi dan penghuluwati bagi program ini ialah Manjula A/P
Manickam.
Semua guru pelatih yang terlibat dalam program ini telah berkumpul di
Pulako Tunku Putera, IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Guru pelatih diberi
taklimat awal mengenai peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi sepanjang
program BIG oleh En. Mohd Nadri bin Mat Daud.
Dalam program ini, guru-guru pelatih telah dibahagikan kepada enam
kumpulan yang terdiri daripada 10 – 11 orang ahli. Setiap kumpulan tersebut
mempunyai 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap guru pelatih diberi kad
nombor masing-masing bagi membahagikan tugas seperti ketua kumpulan,
setiausaha, tukang masak, dan sebagainya. Jawataan tersebut akan bertukar-
tukar setiap 8 jam bagi memastikan setiap guru pelatih menjalankan tugas
masing-masing.
Hasil daripada aktiviti ini :
Guru-guru pelatih dapat memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama di
samping memupuk perpaduan antara kaaum. Kerjasama amat penting bagi
memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Mendirikan Khemah
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pada 12 April 2010, guru-guru pelatih telah dibahagikan kepada 5 hingga
6 orang ahli dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan mendirikan khemah
masing-masing. Program BIG siri 5 ini telah menggunakan 13 buah khemah
yang terdiri daripada 3 buah khemah guru pelatih lelaki dan 10 buah khemah
guru pelatih perempuan.
Aktiviti mendirikan khemah ini telah dibimbing oleh En. Sajahan bin Abd.
Majid, En. Ahmad Nadri bin Mat Daud, En. Zulkifli bin Mohd Yusof dan Pn. Lim
Chin Li. Pensyarah telah menbahagikan tempat-tempat untuk mendirikan
khemah. Hal ini memastikan khemah dibina dengan khemas dan teratur.
Sebelum mendirikan khemah, seorang wakil daripada setiap kumpulan
ditugaskan untuk mencatat bilangan barang-barang yang terdapat dalam beg
khemah. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyemakan barang-barang
khemah selepas khemah diruntuhkan pada hari terakhir.
Dalam aktiviti ini, En. Ahmad Nadri bin Mat Daud dengan beberapa orang
guru pelatih telah mendirikan sebuah khemah sebagai panduan kepada guru-
guru pelatih yang lain yang belum mahir tentang mendirikan khemah. Guru
pelatih yang telah siap mendirikan khemah bagi kumpulannya akan membantu
guru pelatih yang lain mendirikan khemah. Kerjasama yang diberikan
menjadikan kerja-kerja pemasangan khemah berjalan dengan lancar dan cepat.
Selepas mendirikan khemah, setiap kumpulan akan dibekalkan dengan
sebungkus sulphur untuk ditabur di sekeliling khemah masing-masing bagi
mengelakkan binatang yang berbisa dan berbahaya datang ke khemah. Selepas
itu, guru pelatih mula mengukur perimeter khemah dan menyerahkannya kepada
penghulu dan penghuluwati.
Hasil daripada aktiviti ini :
Guru-guru pelatih dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dengan
betul. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama daan tolong
menolong dapat dipupuk.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Panduan Kecemasan/Ikatan dan Asas Bantu Mula
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Sekitar kawasan Pulako Tunku Putra
Pada 12 April 2010, setiap kumpulan A, B, C, D , E dan F yang telah
dibahagikan lagi kepada 12 kumpulan. Aktiviti panduan kecemasan, ikatan dan
asas bantu mula dibahagikan kepada 12 station. Setiap station mempunyai
aktiviti yang berbeza dan dibimbing oleh seorang pensyarah. Setiap station
diberikan masa selama 20 minit. Selepas 20 minit, setiap kumpulan akan
bertukar ke station seterusnya. Antara aktiviti ikatan yang dilakukan ialah ikatan
buku sila dan sebagainya. Aktiviti kecemasan seperti balut tangan, balut kepala
juga diadakan.
Pada pukul 12.30 p.m semua kumpulan menyiapkan semua station dan
berkumpul di lapang pulako. Pada ketika ini, pertandingan mengenai aktiviti
panduan kecemasan, ikatan dan asas bantu mula dijalahkan. Tujuannya adalah
untuk menguji tahap pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh oleh
guru-guru pelatih mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Pertandingan ini
telah dimenangi oleh kumpulan B.
Hasil daripada aktiviti ini :
Guru pelatih mendapat ilmu dan kemahiran mengenai panduan kecemasan dan
ikatan dan asas baantu mula. Kemahiran ini dapat digunakan oleh gru-guru
pelatih dalam membantu orang yang mengalami kecederaan dalam waktu
kecemasan.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : LDK 1 - Guru Idaman
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Dewan Budi Pulako
Pada 12 April 2010, guru-guru pelatih telah menjalankan aktiviti guru
idaman. Dalam aktiviti ini beberapa orang guru pelatih dikehendaki menceritakan
guru idola mereka semasa zaman persekolahan.
Seorang guru pelatih bangsa cina menceritakan tentang guru idamannya
iaitu Yeoh Siew Bee telah menceritakan serba sedikit mengenai guru idamannya.
Dia menceritakan bahawa gurunya merupakan seorang guru yang tegas dan
sangat adil dalam memberikan hukuman kepada pelajar. Dia juga menceritakan
bahawa puan Yeoh Siew Bee akan memberi hadiah kepada pelajar yang
mendapat 100 markah dalam ujian ejaan bagi menggalakkan anak muridnya
menghafal semua kosa kata.
Seorang guru pelatih lagi menceritakan guru idamannya mahir di dalam
subjek yang diajarnya dan juga mahir dalam bidang sukan. Dia menceritakan
bahawa gurunya itu tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada anak-anak muridnya.
Selain itu, terdapat seorang guru pelatih berbangsa india menceritakan
guru idamannya sebagai seorang yang penyayang dan melayan anak-anak
muridnya seperti anaknya sendiri. Guru pelatih ini memberitahu bahawa pada
setiap hari Sabtu dan Ahad, dia akan pergi ke rumah gurunya itu dan menerima
tuisyen secara percuma. Gurunya itu juga pernah membelikannya buku rujukan.
Semua guru pelatih berasa terharu mendengar cerita guru idaman dari
beberapa orang guru pelatih. Sesungguhya jasa dan pengorbanan seorang guru
itu sangat besar dan akan diingati sepanjang hayat.
Selepas itu, setiap kumpulan diberi sehelai kertas mahjong untuk menulis
ciri-ciri guru idaman. Ciri-ciri guru idaman seperti bertanggungjawab, berkhemah
tinggi, sabar, sanggup berkorban dan sebagainya. Ada juga kumpulan yang
kreatif menulis guru-guru idaman mereka dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa
Melayu, bahasa Cina dan bahasa India.
Setelah selesai menulis ciri-ciri guru idaman masing-masing, setiap
kumpulan dikehendaki menampal hasil kerja mereka di papan kenyataan.
Kumpulan D telah dipuji kerana telah menulis 21 ciri-ciri guru idaman.
Hasil daripada aktiviti ini :
Semua guru pelatih mulai sedar tentang tanggungjawab sebagai seorang guru.
Untuk menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Guru berperanan
dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mendidik
anak-anak muridnya menjadi orang yang berjaya. Semua guru pelatih hendaklah
muhasabah diri dan mencintai kerjayanya sebagai seorang guru.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Kawad Kaki/Riadah
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Dataran Pulako Tunku Putra
Pada 12 April 2010 jam 4.30 petang semua guru pelatih dikehendaki
berkumpul di kawasan padang Pulako Tunku Putra. Sebelum mengadakan
latihan kawad kaki, setiap guru pelatih akan memilih seorang wakil daripada
kumpulan mereka bagi mengetuai latihan kawad kaki. Wakil daripada setiap
kumpulan masing-masing hendaklah mahir dalam latihan kawad kaki agar dapat
mengajar guru pelatih yang lain mengadakan latihan kawad. Suara leader juga
hendaklah jelas dan lantang supaya dapat didengari oleh setiap ahli kumpulan.
Selepas menerima taklimat daripada penghulu, setiap kumpulan mencari
kawasan lapang bagi mangadakan latihan kawad. Semasa mengadakan latihan
kawad, setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir menjadi leader kawad. Setiap
kumpulan mendapat bimbingan daripada tutor. Tutor akan menerangkan kepada
setiap kumpulan tentang latihan kawad dan akan membetulkan guru pelatih yang
salah ketika mengadakan latihan kawad kaki. Pada mulanya, tidak semua guru
pelatih tahu cara berkawad dengan betul dan memberi command seperti
‘Hentakkan kaki’ , ‘Buka Barisan’, ‘Luruskan barisan’ dan ‘Pusing kanan serta
pusing kiri’ tetapi setelah mendapat panduan dan bimbingan dari pensyarah,
semua guru pelatih dapat membuat latihan dengan baik.
Hasil daripada aktiviti ini :
Setiap ahli kumpulan mempunyai peluang untuk membimbing kumpulannya
berkawad. Walaupun ada kesilapan yang dilakukan semasa memberi command,
tetapi setiap ahli akan bekerjasama dan tolong menolong membaiki kelemahan
itu.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Solat/Tazkirah/Moral/Makan Malam
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 6.00 petang – 9.00 malam
Tempat : Pulako Tunku Putra
Bagi peserta yang beragama Islam, mereka menunaikan solat Asar, solat
Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah. Aktiviti tazkirah turut diadakan
selepas waktu solat Magrib bagi menunggu masuknya waktu solat Isyak. Pada
waktu ini, beberapa orang guru pelatih akan memberikan tazkirah kepada guru
pelatih yang lain. Sementara itu, bagi pelajar yang bukan Islam, mereka
mengadakan aktiviti moral yang dikendalikan oleh Pn. Lim Chin Li. Peserta
mengambil makan malam sebelum memulakan LDK 2.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : LDK 2 - Mengenal Potensi Diri
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 9 malam – 11 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Pada pukul 9 p.m 12 April 2010, semua guru pelatih memulakan aktiviti
latihan dalam kumpulan kedua. Kami telah mengeluarkan kertas yang diberi
sebelum datang ke program BIG. Aktiviti ini telah disediakan oleh Unit
Perkhidmatan Kaunseling Pentadbiran IPG Kampus Sultan Abdul Halim iaitu
Pakej Instrumen Penilaian Psikologikal bagi Inventori Personaliti dan Kaunseling.
Kertas yang diberi ialah inventori personality sidek. Inventori ini
mengandungi 160 item. Semua guru pelatih dikehendaki menjawab semua item
tersebut. Soalan hendaklah dijawab di dalam petak jawapan yang disediakan.
Masa yang diberi untuk menjawab soalan tersebut ialah selama 20 minit.
Selepas selesai menjawab soalan, sesi perbincangan bersama pensyarah
diadakan. Pensyarah menerangkan personality guru-guru pelatih bersdasarkan
jawapan mereka. Personality yang dikaji ialah agresif, analitikal, autonomi,
bergantung, ekstrovet, intelektual, introvert, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri,
mengawal, menolong, sokongan, struktur, pencapaian dan penipuan. Penyarah
memberitahu bahawa inventori itu akan dibuat semula pada masa akan datang.
Tujuannya ialah ingin melihat perubahan personaliti guru pelatih.
Hasil daripada aktiviti ini :
Setiap guru pelatih dapat memahami personaliti masing-masing dan dapat
berusaha menjadi individu yang lebih baik.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Taklimat Malam
Tarikh : 12 April 2010
Masa : 11.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Guru pelatih diberi taklimat mengenai aktiviti kembara yang bakal
diadakan pada esok hari. Pensyarah memberikan taklimat mengenai barang-
barang keperluan yang diperlukan untuk aktiviti kembara, pakaian yang sesuai
dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa aktiviti kembara
dijalankan.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Solat/Tazkirah/Moral, KSAH Cergas/Perhimpunan Pagi, Sarapan
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 6.00 pagi – 8.00 pagi
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pada pukul 6 pagi, bagi guru pelatih beragama Islam mengadakan solat
subuh secara berjemaah dan kuliah subuh. Sementara itu, bagi guru pelatih
bukan beragama Islam mengadakan aktiviti moral. Setelah selesai solat subuh
dan aktiviti moral, semua guru pelatih mengadakan aktiviti senamrobik. Dalam
sesi ini, guru pelatih telah membuat latihan ‘Chicken Dance’. Aktiviti ini sangat
menyeronokkan. Selain itu, tarian poco-poco juga diadakan. Beberapa orang
guru pelatih diminta member tunjuk ajar di hadapan supaya dapat diikuti oleh
guru-guru pelatih yang lain. Setelah selesai aktiviti ini, kesemua peserta
menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti Kembara.
Hasil daripada aktiviti ini:
Semua guru pelatih berasa terhibur dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
Semua guru pelatih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Taklimat/Perjalanan/Kembara/Aktiviti Darat/Orienteering
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pensyarah memberikan taklimat berkenaan aktiviti kembara yang akan
diadakan sebelum memulakan aktiviti tersebut. Semua guru pelatih dibahgikan
kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 20 – 21 orang ahli.
pensyarah menggabungkan kumpulan A dan B, C dan D dan E dan F. Guru
pelatih diajar cara membaca bearing kompas terlebih dahulu sebelum membuat
aktiviti kembara. Masing-masing membahagikan kerja dalam membawa barang-
barang keperluan untuk kembara. Setiap kumpulan disediakan dengan 2
kompas. Setiap guru pelatih mula mencari tempat yang hendak dituju setelah
mendengar taklimat. Setiap kumpulan perlu mencari petunjuk mesing-masing
mengikut bearing yang telah ditetapkan supaya dapat menuju ke destinasi yang
seterusnya. Akhirnya, semua kumpulan tiba di dalam sebuah hutan. Di situ, guru
pelatih bekerjasama dalam memasak. Setelah selesai makan, aktiviti kembara
diteruskan untuk balik ke maktab.
Hasil daripada aktiviti ini :
Semangat berpasukan dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih. Sikap
bekerjasama dalam mencari jalan keluar dari hutan, memasak di dalam hutan,
menggangkat barang dan sebagainya juga dapat diterapkan dalam jiwa setiap
guru pelatih. Sesungguhnya kerjasama daripada setiah ahli kumpulan sangat
penting dalam memastikan aktiviti berjalan lancar dan bermanfaat.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : LDK 3 - Motivasi Kepuasan Kerja
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Tempat : Dewan Budi Pulako
Slot ini dikendalikan oleh En.Aznan bin Mat Akhir. Setiap guru pelatih
perlu menjawab semua soalan di dalam Self-Directed Research (SDS) yang
telah beliau sediakan (rujuk Lampiran 4).. Masa yang diperuntukkan untuk
menjawab soalan tersebut ialah selama 45 minit. Setelah selesai menjawab,
semua guru pelatih dikehendaki duduk dalam kumpulan mengikut kriteria-kriteria
yang mereka perolehi melalui slot itu. Seterusnya, setiap kumpulan dikehendaki
membuat satu peta minda untuk mempamerkan sifat-sifat setiap kumpulan
tersebut.
Hasil daripada aktiviti ini :
Semua guru pelatih dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih baik. Peta
minda yang dihasilkan amat menarik dan dapat membantu mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Solat/Tazkirah/Moral/Makan Malam
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 6.00 petang – 9.00 malam
Tempat : Pulako Tunku Putra
Bagi peserta yang beragama Islam, mereka menunaikan solat Asar, solat
Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah. Aktiviti tazkirah turut diadakan
selepas waktu solat Magrib bagi menunggu masuknya waktu solat Isyak. Pada
waktu ini, beberapa orang guru pelatih akan memberikan tazkirah kepada guru
pelatih yang lain. Sementara itu, bagi pelajar yang bukan Islam, mereka
mengadakan aktiviti moral yang dikendalikan oleh Pn. Lim Chin Li. Mereka
membuat perbincangan mengenai kawan baik.
Hasil daripada aktiviti ini :
Hasil tazkirah yang diadakan dapat memuhasabah diri setiap guru pelatih
dan dapat belajar sedikit sebanyak di samping berbincang tentang agama Islam.
Penghayatan Islam dapat menerapkan sifat tawaduk dan bersyukur di dalam diri
masing-masing.
Bagi pelajar bukan Islam, mereka dapat mengenali kawan yang berlainan
bangsa dengan lebih baik. Hasrat 1 Malaysia akan tercapai melalui aktiviti ini.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : LDK 4 - Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 9.00 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Dalam slot ini, guru pelatih diberi peluang untuk berbahas di hadapan
pensyarah dan guru pelatih yang lain. Terdapat 6 orang wakil pelatih bagi aktiviti
ini iaitu, Thavamani, Teoh Kuan Peng dan Nur Razan yang mewakili pihak
pencadang dan Mohd Asyraf, Vinesh dan Yeap Wai Kit mewakili pihak
pembangkang. Tajuk perbahasan ialah ‘Guru Dahulu Lebih Baik Daripada Guru
Sekarang’ . perbahasan ini sangat menarik. Setelah selesai mengadakan
perbahasan ini, mereka seterusnya berbahas bagi perbahasan tajuk kedua iaitu
‘Guru Wanita Lebih Baik Daripada Guru Lelaki’. Selepas perbahasan ini selesai,
tiba-tiba kami menerima satu kejutan bahawa Helmi akan dihadapkan ke
makhamah BIG. Sebenarnya, kejutan ini hanya diadakan untuk menyambut hari
lahirnya. Peristiwa ini amat bermakna bagi kami semua.
Hasil daripada aktiviti ini.:
Melalui aktiviti perbahasan yang dijalankan, guru pelatih dapat membuat
perbandingan etika guru zaman sekarang dan guru zaman dahulu. Di sini, guru-
guru pelatih dapat menghayati sikap yang perlu ada bagi seorang guru.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Taklimat Malam
Tarikh : 13 April 2010
Masa : 11.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Guru pelatih diberi taklimat mengenai aktiviti air yang bakal diadakan pada
esok hari. Pensyarah memberikan taklimat mengenia barang-barang keperluan
untuk aktiviti air, pakaian yang sesuai dan perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian semasa aktiviti air dijalankan.
Hasil daripada aktiviti ini :
Taklimat malam membantu guru pelatih membuat persediaan awal untuk aktiviti
air. Selain iti, guru pelatih dapat merancang masa supaya dapat diurus dengan
baik.
.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Solat/Tazkirah/Moral, Perhimpunan Pagi, Sarapan
Tarikh : 14 April 2010
Masa : 6.00 pagi – 8.00 pagi
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pada jam 6 pagi, bagi guru pelatih yang beragama Islam solat subuh
dijalankan secara berjemaah dan diikuti dengan kuliah Subuh. Sementara itu,
bagi guru pelatih yang bukan beragama Islam, mereka mengadakan aktiviti
moral. Setelah selesai solat subuh dan aktiviti moral, kesemua guru pelatih
diarahkan untuk mengambil sarapan pagi lebih awal daripada biasa kerana
perjalanan ke Tasik Beris memakan masa selama 1 jam 30 minit. Bagi
mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, pengurusan masa amatlah
dititikberatkan.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Aktiviti Air
Tarikh : 14 April 2010
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Tasik Beris, Sik, Kedah
Pada 14 April, guru pelatih menjalankan aktiviti air di Tasik Beris, Sik,
Kedah. Sebelum bertolak ke Tasik Beris, guru pelatih diberi taklimat terlebih
dahulu. Kami telah membilang PFD yang akan dibawa. Kami juga menyediakan
air dan makanan. Tali-tali, tong-tong, pelampung, peti kecemasan, grounsheet
dan khemah juga disediakan untuk dibawa ke Tasik Beris. Sebelum bertolak,
kami membuat senaman memanaskan badan.
Kami bertolak ke Tasik Beris pada pukul 8 pagi setelah persiapan selesai
dibuat. Dua bas telah digunakan untuk menghantar guru-guru pelatih ke Tasik
Beris. Perjalanan menuju ke Tasik Beris mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Setelah tiba di Tasik Beris, kami telah mengangkut barang-barang yang
telah dibawa. Kami bekerjasama menjalankan kerja. Ada yang mendirikan
khemah, ada yang mengikat tali untuk kegunaan aktiviti air nanti, ada yang
mengangkut barang dan sebagainya. Kami mendirikan dua khemah di tepi tasik.
Barang-barang yang dibawa diletakkan di bawah khemah yang telah didirikan.
Selepas itu, kami memulakan aktiviti air. Aktiviti air yang pertama ialah
water confident.kami diberi taklimat sebelum turun ke dalam air. Kami telah
diterangkan perkara yang harus diberi perhatian semasa menjalankan aktiviti
water confident. Kami diwajibkan untuk memakai PFD semasa menjalankanaktiviti air. Cara pemakaian PFD juga telah diajar. Selepas taklimat diberikan,
kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu yang takut air, yang sederhana
dan yang berani. Tiga kumpulan ini masing-masing diberi seorang fasilitator.
Semasa di air, kami diajar cara untuk mengapungkan diri dan cara untuk
berenang.
Aktiviti yang kedua ialah water safety. Seperti aktivit yang pertama, kami
telah diberi taklimat mengenai cara untuk menyelamatkan orang di dalam air.
Kami juga dibahgikan kepada tiga kumpulan. Kami telah mengadakan latihan
menyelamatkan orang dengan cara-cara yang berbeza iaitu dengan
menggunakan tali, tong dan juga pelampung. Ada yang akan berlakon menjadi
mangsa dan ada yang berlakon sebagai penyelamat. Kami telah bergilir-gilir
mengadakan aktiviti tersebut.
Aktiviti air diteruskan selepas makan tengah hari. Setelah taklimat, kami
telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan menjalankan
aktiviti berakit dan satu lagi akan menjalankan aktiviti river crossing. Dalam
aktiviti berakit, perserta-perserta perlu membina rakit dengan buluh dan
pelampung terlebih dahulu. Semua peserta berkerjasama membina rakit dengan
bersungguh-sungguh. Ikatan yang telah dipelajari pada hari pertama BIG telah
diaplikasikan dalam proses membina rakit. Setelah membina rakit, peserta-
peserta berakit di tasik. Pertandingan telah diadakan. Kumpulan yang paling
pantas sampai ke darat dikira menang. Bagi aktiviti river crossing pula, peserta
diminta berenang satu demi satu ke tengah tasik dan patah balik dengan
memegang tali yang telah siap diikat. Setelah selesai aktiviti itu, kedua dua
kumpulan bertukar.kumpulan yang sebelumnya berakit akan menjalankan aktiviti
river crossing manakala kumpulan yang telah menjalankan aktiviti river crossing
akan menjalankan aktiviti berakit pula.
Setelah selesai aktiviti ini, kami diberi masa untuk membersihkan diri.
Selepas itu, kami bekerjasama mengemaskan dan menyimpan barang. Barang-
barang yang hendak dibawa pulang ke sekolah telah diangkut dan diletakkan di
dalam bas. Kami bertolak pulang ke maktab setelah siap mengemas barang.
Kami selamat tiba di maktab kira-kira pukul 6 petang.
Hasil daripada aktiviti ini:
Guru pelatih dapat menambah keyakinan diri dalam air. Selain itu, sikap
kerjasama menjadikan kerja-kerja membuat rakit menjadi mudah. Di samping itu,
kecemasan asas yang dipelajari pada hari pertama dapat membantu guru pelatih
yang pengsan dalam aktiviti ini.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Persiapan Malam Kebudayaan
Tarikh : 14 April 2010
Masa : 6.00 petang – 9.00 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Para peserta bertungkus lumus menyiapkan backdrop serta perhiasan
bagi menjayakan aktiviti malam kebudayaan. Pelbagai idea yang kreatif telah
dihasilkan oleh peserta dan mereka berjaya menyiapkannya mengikut waktu
yang ditetapkan. Kerjasama serta perpaduan sesama peserta yang berbilang
bangsa serta agama amat membanggakan semua pihak. Tidak ada berlakunya
selisih faham antara peserta kerana tanggungjawab yang diberikan kepada
mereka telah dijalankan dengan professional dan matang.
L A PO R A N/ C A T A T AN P ROG R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Malam Kebudayaan
Tarikh : 14 April 2010
Masa : 9.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Pada 14 April 2010, kami telah mengadakan aktiviti malam kebudayaan.
Dewan Budi Pulako telah dihias dengan cantik sebelum malam kebudayaan hari
ini bermula. Malam kebudayaan ini bermula pada pukul 9 malam. Beberapa
orang tetamu telah datang menyaksikan persembahan kami malam itu.
Antaranya termasuklah Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan
isterinya, En. Shuid bin Abdul Kadir, En. Sajahan b. Abd. Majid dan keluarganya
serta ramaai lagi.
Setiap kumpulan peserta telah membuat persembahan yang menarik
pada malam kebudayaan itu. Kumpulan A telah membuat persembahan yang
bertemakaan aktiviti kembara. Mereka telah mempersembahkan wayaang kulit
hidup dan can mali can. Kumpulaan B mempersembahkan boria tentaang
program BIG dan suriram. Kumpulan C pulan membuat persembahan pentoman
yang bertemakan aktiviti air dan jong-jong inai. Persembahan yang
dipersembahkan oleh kumpulan D ialah wayang kuli hidup dan rasa sayang.
Persembahan mereka juga adalah betemakan aktiviti air. Kumpulan E pula
mempersembahkan sketsa dan juga anak itik tok wi dan aktiviti kembara.
Manakala kumpulan terakhir iaitu kumpulan F membuat persembahan lakonan
dan dikir barat mengenai LDK yang dijalankan dalam BIG.
Selepas semua kumpulan membuat persembahan mereka masing-
masing, En Sajahan dan En. Nadri telah dijemput untuk member komen tentang
persembahan malam kebudayaan yang telah dipersembahkan. Malam
kebudayaan ini berakhir pada pukul 11 malam.
L A PO R A N/ C A T A T AN P RO G R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Taklimat Malam
Tarikh : 14 April 2010
Masa : 11.00 malam – 11.30 malam
Tempat : Dewan Budi Pulako
Guru pelatih diberi taklimat mengenai majlis perasmian penutup yang
bakal diadakan pada esok hari. Pensyarah memberikan taklimat mengenai
jadual perjalanan majlis tersebut. Seorang pengacara majlis telah dilantik dalam
kalangan peserta iaitu Nur Razan binti Mansor, peserta dari Kumpulan C.
Peserta diminta untuk mengemas barang-barang peribadi masing-masing
sebelum tidur bagi memudahkan urusan keesokannya.
L A PO R A N/ C A T A T AN P RO G R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Solat/Tazkirah/Moral, Perhimpunan Pagi, Sarapan
Tarikh : 15 April 2010
Masa : 6.00 a.m – 10.00 a.m
Tempat : Pulako Tunku Putra
Pada jam 6 pagi, bagi guru pelatih yang beragama Islam solat subuh
dijalankan secara berjemaah dan diikuti dengan kuliah Subuh. Sementara itu,
bagi guru pelatih yang bukan beragama Islam, mereka mengadakan aktiviti
moral.
Setelah selesai solat subuh dan aktiviti moral, kesemua peserta
menghadiri perhimpunan pagi. Peserta diarahkan untuk meruntuhkan khemah
dan menjemur khemah di kawasan dataran Pulako sebelum menyimpannya
kembali. Semua peralatan yang digunakan telah dikumpulkan di satu tempat
bagi memudahkan urusan penyemakan dan penyimpanan di dalam stor.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, peserta mengambil sarapan pagi.
L A PO R A N/ C A T A T AN P RO G R A M BI N A I N S A N GURU ( BIG)
PI S M P S IRI 5 / 20 1 0
Aktiviti : Pengurusan Tapak Kem/Refleksi & Penilaian/Perasmian Penutup
Tarikh : 15 April 2010
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Budi Pulako
Pada 15 April 2010 merupakan hari terakhir program BIG siri 5. kami telah
mengadakan sebuah majlis penutup. Sebelum hari ini, En. Ahmad Nadri bin Mat
Daud telah melantik seorang guru pelatih sebagai pengacara majlis. Selepas itu,
kami membuat persediaan bagi majlis tersebut.
En. Ahmad Nadri bin Mat Daud telah membimbing dan mengajar kami
cara menganjurkan satu majlis perasmian penutup seperti cara penghulu
member ucapan dan sebagainya. Selepas itu, En. Ahmad Nadri bin Mat Daud
memberi tunjuk ajar mengenai protokol majlis.
Pada waktu pagi, guru-guru pelatih telah menghiasi majlis perasmian.
Selepas itu, kami menunggu ketibaan Timbalan Pengarah Tuan Haji Hussein bin
Mohd. Yusuf, Tn. Hj Mohd Sobri bin Hj Hanafi dan En.Shuid bin Abdul Kadir.
Dengan ketibaan beliau maka bermulalah majlis penutupan kami.
Penghulu dan Timbalan Pengarah dan En. Shuid bin Abdul Kadir telah
memberikan ucapan. Selepas itu, penghulu mewakili semua guru pelatih
menghadiahi cenderamata kepada Timbalan Pengarah kerana sudi meluangkan
masa untuk datang ke Majlis Penutupan kami. Selepas itu, setiap kumpulan
diberi hadiah. Selepas itu, sesi bergambar kumpulan masing-masing diadakan
bersama tutor masing-masing.
Setelah semua aktiviti selesai, peserta dikumpulkan di hadapan stor BIG
bagi mendengar taklimat akhir. En.Ahmad Nadri mengumumkan bahawa
kesemua peserta telah lulus dengan jayanya. Kami bersorak kegembiraan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 5 berakhir dengan acara melambung topi
sebagai tanda berakhirnya sesi BIG ini. Sesi bersalaman dengan kesemua
peserta dan para pelatih merupakan acara kemuncakk sebelum majlis bersurai
pada jam 12.00 tengah hari. Walaupun terpancar wajah-wajah keletihan, namun
kami semua berasa amat bertuah kerana berpeluang menimba pelbagai ilmu
baru melalui program ini.
Hasil daripada aktiviti ini :
Kami dapat belajar mengendalikan sebuah majlis mengikut protokol yang betul.
Guru pelatih bekerjasama menghiasi dewan. Kemajuan sebagai guru pelatih
dapat dilihat dengan perbezaan pada hari pertama.
J URN AL REFLEKS I KENDIRI
Slot :
Tarikh/Hari :
Masa :
Aktiviti :
1. Apa yang berlaku/saya fokuskan? (Fokuskan kepada pengalaman/aktiviti
yang penting)
2. Mengapa berlaku/saya lakukan?
3. Apakah hubungannya dengan saya? (perasaan,pemikiran,kepercayaan)
4. Apakah yang saya pelajari? (pembelajaran baru, kesedaran baru, pemikiran
baru, falsafah baru)
5. Apakah yang akan saya lakukan? (peningkatan kendiri, penamabahbaikan)
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Mendirikan khemah
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Pelajar dapat mendirikan khemah dengan cara yang betul.
Pelajar tahu tugas masing-masing
menyemai semangat bekerjasama
menyemai perasaan cintakan kebersihan
2.2 Kelemahan :
Terdapat segelintir pelajar yang tidak bersungguh-sungguh
menjalankan tugas
- masih ada kawasan yang tidak dibersihkan dengan baik.
Peralatan yang tidak mencukupi untuk membersihkan kawasan
- menyebabkan wujudnya pelajar yang tidak mengambil bahagian.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Ketua komandan perlu memantau kawasan-kawasan yang telah
ditetapkan.
Pihak pengurusan harus menyediakan barang-barang keperluan
yang mencukupi pada masa akan datang.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Panduan Kecemasan/Ikatan Dan Asas Bantu Mula
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Fasilitator mahir tentang aktiviti panduan kecemasan dan ikatan
asas bantu mula.
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat sesama ahli kumpulan
dan fasilitator
Merapatkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
2.2 Kelemahan :
Terdapat beberapa peserta yang tidak memberikan kerjasama dan
lebih suka bersikap individualistik.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Mengadakan sesi refleksi dengan lebih lama agar ramai peserta dapat
berkongsi lebih banyak pengalaman.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 1 - Guru Idaman
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat antara peserta
Dapat memahami kemuliaan tugas sebagai seorang guru.
Peserta dapat memahami peranan dan tanggunjawab guru.
Peserta dapat muhasabah diri tentang nilai keguruan yang perlu ada
dalam diri mereka.
2.2 Kelemahan :
Peserta agak pasif pada permulaan program.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Menyediakan bahan-bahan yang boleh menarik minat peserta untuk
mengambil bahagian.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Kawad Kaki/Riadah
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Peserta berpeluang mendapat ilmu baru
Peserta dilihat berminat untuk menjalankan aktiviti ini
2.2 Kelemahan :
Latihan perlu diperbanyakkan keran masih ramai peserta yang
kurang mahir untuk berkawad.
Cuaca terlalu terik dan panas
Terdapat peserta yang malu untuk menjadi ketua (leader)
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Memilih kawasan yang lebih sesuai untuk aktiviti kawad kerana cuaca
pada petang tersebut menyebabkan ada peserta menjadi kurang sihat.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 2 - Mengenal potensi diri
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Setiap guru pelatih dapat mengenali diri sendiri dan memahami personaliti
dan dapat membaiki kelemahan diri masing-masing
2.2 Kelemahan :
Peserta kurang memberikan focus di akhir aktiviti.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan menggalakkan hubungan
dua hala agar tidak ada peserta yang pasif.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
KSAH Cergas
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Penglibatan yang aktif dan menggalakkan daripadah semua peserta.
Secara tidak langsung, dapat membentuk guru yang sihat dari segi fizikal,
mental dan rohani.
2.2 Kelemahan :
Muzik senamrobik yang kurang kuat kerana berlakunya masalah
teknikal
Kawasan aktiviti yang kecil
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Menggunakan kawasan yang lebih luas agar peserta lebih bersemangat
menjalankan aktiviti ini
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Kembara
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Semangat berpasukan dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih.
Sikap bekerjasama dalam mencari jalan keluar dari hutan, memasak di
dalam hutan, menggangkat barang dan sebagainya juga dapat
diterapkan dalam jiwa setiap guru pelatih.
2.2 Kelemahan :
Ada peserta yang curi tulang kerana kepenatan.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Kerjasama daripada setiap ahli kumpulan sangat penting dalam
memastikan aktiviti berjalan lancar dan bermanfaat.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 3 - Motivasi Kepuasan Kerja
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Semua guru pelatih dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih
baik.
Peta minda yang dihasilkan amat menarik dan dapat membantu mereka
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
2.2 Kelemahan :
Kurang kerjasama antara ahli kumpulan kerana ada yang mengambil
sikap untuk lepas tangan.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Lebih banyak pemantauan dilakukan bagi setiap kumpulan untuk
memastikan setiap peserta melibatkan diri secara aktif.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 4 - Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat antara peserta
2.2 Kelemahan :
Tiada
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Mempelbagaikan aktiviti
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Aktiviti Air
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Menambahkan pengalaman baru kepada peserta
Kerjasama yang kuat sesama ahli kumpulan
2.2 Kelemahan :
Pengurusan di akhir aktiviti tidak berjalan dengan baik kerana
peserta tidak mengikut arahan jurulatih.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
AJK Peralatan perlu bertindak dengan lebih tegas dan cekap sewaktu
mengendalikan pengurusan alatan
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Malam Kebudayaan
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Peserta berpeluang menghiburkan diri setelah penat menjalankan
aktiviti
Peserta dapat menunjukkan bakat yang terpendam.
2.2 Kelemahan :
Peserta kebanyakkannya agak letih kerana pada waktu siang hari
telah menjalankan aktiviti air.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Memilih waktu yang lebih sesuai agar peserta lebih bersedia dan tidak
terlalu penat.
ANALISIS SWOT
1. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Pengurusan Tapak Kem
2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
2.1 Kekuatan :
Kerjasama yang kuat sesama peserta mempercepatkan lagi pengurusan
akhir tapak kem
2.2 Kelemahan :
Pembahagian tugas yang kurang berkesan.
Ada kumpulan yang terlalu ramai ahli namun tugas yang diberi mudah dan
ringan. Terdapat juga kumpulan yang ahlinya kurang namun tugasan
kumpulan agak berat.
3. Cadangan dan penambahbaikan:
Membuat pembahagian kumpulan dengan lebih teratur
REFLEKSI AKTIVI TI I K AT AN D AN AS AS B ANT U MUL A
Aktiviti ini telah dijalankan pada sesi pagi pada hari pertama di sekitar
kawasan Pulako Tunku Putra. Peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan di
mana setiap kumpulan A, B, C, D, E dan F masing-masing dipecahkan lagi
kepada 2 kumpulan yang kecil. Tunjuk ajar yang diberikan oleh kesemua
jurulatih amat membantu saya dan rakan-rakan yang lain. Melalui aktiviti ini saya
dapat mempelajari pelbagai jenis ikatan seperti ikatan bunga geti, ikatan manuk,
ikatan buku sila, ikatan pengail, ikatan tindih kasih dan ikatan simpul kerusi.
REFLEKSI SEN AM AN P AGI
Aktiviti senaman pagi diadakan pada setiap pagi. Tujuannya adalah untuk
mencergaskan peserta agar dapat memberikan komitmen yang baik dalam
setiap aktiviti. Secara tidak langsung, peserta dapat mempelajari pelbagai cara
senaman badan yang kreatif dan menyeronokkan. Melalui aktiviti ini, saya dapat
mempraktikkan senaman ini dalam pengajaran subjek pendidikan jasmani dan
kesihatan di sekolah nanti. Saya juga turut mempelajari satu senaman yang
mengaplikasikan tarian dan nyanyian iaitu lagu ‘Chicken Dance’ yang
dinyanyikan sambil menari. Sesungguhnya aktiviti ini sangat menyeronokkan.
REFLEKSI AKTIVI TI D AR AT
Dalam aktiviti kembara yang dijalankan semasa Program Bina Insan
Guru, kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan di mana kumpulan A dan B, C
dan D serta E dan F masing masing digabungkan. Aktiviti kembara ini agak
mencabar di mana kami dikehendaki mencari checkpoint yang ditetapkan
dengan berpandukaan bearing yang diberi. Ketua kumpulan telah diamanahkan
untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya. Sesungguhnya
kerjasama daripada semua ahli sangat penting. Setiap ahli kumpulan saya
menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada ketua kumpulan saya. dalam
mencari arah yang hendak dituju kami sentiasa berbincang bagi mencapai kata
sepakat.
Semasa menjalankan aktiviti kembara, kami juga telah tersesat. Tetapi
hasil kerjasama dan panduan daripada pensyarah penasihat, akhirnya kami
dapat sampai ke tempat yang hendak dituju. Sememangnya kesabaran yang
tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing. Kerjasama yang diberikan oleh
kumpulan saya memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar. Kami bekerjasama
untuk membawa barang-barang ke hutan dan juga ketika aktiviti memasak di
hutan.
Ketika meredah hutan, saya juga tidak melepaaskan peluang menikmati
keindahan alam ciptaan Ilahi. Flora dan fauna sememangnya satu ciptaan Tuhan
yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan
yang kami lalui. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan
cantik, di tambah dengan bunyi unggas merupakan satu tarikan yang amat
menarik.
Sepanjang perjalanan, banyak halangan yang kami tempuhi. Suka dan
duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan .Saya berasa sangat
bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan
kami dengan jayanya.Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan
oleh semua peserta, akhirnya kami telah berjaya menamatkan jungle trekking
kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan pada jam 4.00 petang.
REFLEKSI AKTIVI TI KE Y AKIN AN D AN KE SEL AM AT AN DI AI R
Dalam program Bina Insan Guru, setiap guru pelatih juga diwajibkan
melibatkan diri dalam aktiviti air. Aktiviti ini telah diadakan pada hari ketiga saya
menjalankan Program Bina Insan Guru. Aktiviti ini telah diadakan di Tasik Beris,
Sik, Kedah. Dalam aktiviti ini, saya telah diajar berenang. Sesungguhnya
pengalaman belajar berenang adalah menyeronokkan. Saya dapat mempelajari
cara mengapungkan diri ketika di dalam air. Pada mulanya saya berasa takot
kerana tidak tahu berenang tetapi setelah belajar kaedah berenang yang betul
saya mulai yakin dan berani.
Semasa melakukan aktiviti water confident, saya telah dibawa berjalan
hingga ke tengah tasik dengan paras air mencapai dada. Setibanya di satu
kawasan, jurulatih meminta kami mengapungkan diri dan memusingkan badan di
dalam air. Saya masih lagi boleh bertahan dan biasa dengan keadaan ini. pada
mulanya saya berasa takot dan terasa seperti hendak lemas. Saya memanggil
jurulatih air. Tetapi selepas ini saya mula berasa berani.
Setelah membuat aktiviti water confident, saya dikehendaki membuat
aktiviti water crossing. Saya dikehendaki berenang ke tengah tasik sambil
memegang tali yang telah disediakan agar tidak tersasar daripada tempat yang
dituju. Saya berasa amat bersyukur kerana berjaya sampai ke tengah tasik.
Aktiviti agak meletihkan tetapi menyeronokkan. Semasa membuat river crossing
saya dapat merasakan betapa besarnya ciptaan Ilahi.
Selepas iti, aktiviti diteruskan dengan aktiviti berakit. Kami telah dibahagi
kepada tiga kumpulan. Kerjasama mendayung rakit adalah sangat penting dalam
aktiviti ini. Alhamdulillah, saya dapat mengharungi aktiviti ini dengan baik. Paling
menyeronokkan kumpulan saya telah berjaya sampai paling awal daripada 2
kumpulan lagi.
Sesungguhnya ini merupakan pengalaman pertama saya membuat aktiviti
seperti ini. aktiviti ini mengajar saya erti ketabahan. Saya berasa amat seronok
membuat aktiviti ini. Di samping mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga
turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan
yang melibatkan air. Pengalaman ini amat berguna kepada saya.
REFLEKSI AKTIVI TI L ATIH AN D AL AM KU MPUL AN (LDK )
Kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali
potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan
sikap. Banyak perkara yang baru saya pelajari melalui aktiviti ini sepanjang
program Bina Insan Guru kali pertama ini.
Bagi sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami dikehendaki
membuat ujian. Melalui keputusan daripada ujian tersebut, kami dapat menilai
potensi diri kami masing-masing. Sesungguhnya setiap individu dianugerahkan
potensi masing-masing. Sebagai insane, kita seharusnya bersyukur di atas
semua anuagerah yang dikurniakannya. Kita haruslah memanfaatkan dan
menggunakan potensi yang dianugerahkan dengan perkara-perkara yang baik.
Sebagai seorang guru hendaklah mempunyai potensi dalam berinteraksi
dengan baik. Kemahiran komunikasi haruslah dikuasai dengan baik kerana ini
merupakan asset yang paling besar bagi diri insan yang bergelar guru. Tidak
semua individu mempunyai bakat dalam komunikasi tetapi tahap komunikasi
dapat ditingkatkan melalui beberapa jenis aktiviti. Guru pelatih boleh
menjalankan beberapa aktiviti di Institut Pendidikan Guru sebagai latihan bagi
meningkatkan tahap komunikasi mereka.
Sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya. Dalam aktiviti ini,
kami telah diberikan satu senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya
mengikut keutamaan sebab itu. Tujuan sesi ini dijalankan adalah untuk
meningkatkan motivasi diri seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya. setiap
individu pasti mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kerjaya masing-
masing. Faktor-faktor inilah yang menjadi pendorong atau motivasi kepada diri
seseorang untuk melakukan yang terbaik dalam kerjayanya. Biasanya faktor ini
bersangkutan dengan minat individu tersebut.
Melalui ujian ini, kami dapat melakar satu graf yang member maksud
kepada hubungan kita dengan persekitaran dan rakaan sekerja. Dengan ini, kita
dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri kita
sekaligus membaiki kelemahan yang ada.
REFLEKSI KES ELURUH AN
Saya telah mengikuti Program Bina Insan Guru sesi pertama bermula 12
April sehingga 15 April 2010. Program ini telah berlangsung selama 4 hari.
Peserta yang terlibat dalam Program ini terdiri daripada guru-guru pelatih
pengajian Sains, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sesungguhnya banyak
pengalaman dan input yang berguna yang saya perolehi sepanjang kursus
tersebut. Input dan pengalaman ini adalah penting untuk diaplikasikan semasa
saya bertugas sebagai seorang guru nanti.
Program ini mendedahkan saya tentang alam perkhemahan. Ini
merupakan pengalaman pertama saya dalam aktiviti perkhemahan. Di sini saya
dapat mempelajari kaedah mendirikan khemah dengan cara yang betul.
Suasana hidup di dalam khemah mengajar saya erti ketabahan, kerjasama,
bertoleransi dan berani. Tanpa pengalaman tersebut sudah pasti saya akan
kelam kabut apabila terlibat dalam aktiviti perkhemahan di sekolah nanti.
Selain itu, perkhemahan BIG ini turut mengajar saya bagaimana
mengurus diri dan masa dengan baik. Aktiviti perkhemahan ini member
kesedaran kepada saya bahawa masa itu emas dan harus dimanfaatkan sebaik
mungkin. Suasana panas sepanjang program tersebut menjadikan saya kurang
selesa untuk menjalankan aktiviti. Tetapi berkat kesedaran saya terhadap
tanggungjawab dan amanah yang diberikan, maka saya berusaha menjalankan
aktiviti sebaik mungkin. Kerjasama antara semua ahli juga menjadikan aktiviti
menjadi mudah dan dapat berjalan dengan lancar. Suasana menjadi agak kelam
kabut kerana masa yang diperuntukkan untuk menguruskan diri dan
menjalankan aktiviti amat terhad. Di sini kami telah bergilir-gilir ketika memasak
dan menguruskan diri. Hal ini bagi memastikan semua aktiviti dapat dijalankan
mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Melalui program ini juga mengajar saya cara menyesuaikan diri dengan
rakan sebaya dan pensyarah. Saya belajar berkomunikasi dengan rakan dan
pensyarah dengan baik. Hal ini adalah sangat penting supaya saya tidak kekok
apabila berhadapan dengan rakan sekerja yang terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dan juga berhadapan dengan ibu bapa serta masyarakat ketika saya
bertugas sebagai guru nanti. Kerjasama dengan ahli kumpulan adalah amat
penting. Sikapa mementingkan diri hendaklah dihapuskan bagi membentuk
hubungan yang baik antara ahli kumpulan. Kerjasama juga amat penting dan
perlu ditekankan dalam aktiviti berkumpulan. Dengan kerjasama, kerja yang
berat pun akan menjadi mudah.
Semasa mengikuti aktiviti LDK saya menyedari bahawa kita harus
mempunyai keberanian dalam mengutarakan pendapat atau pandangan. Kita
juga harus menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Perbincangan
adalah penting bagi mencapai kata sepakat. Sebagai seorang guru kita
hendaklah berfikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini penting bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan semua
pelajar dapat menerima apa yang diaajar. Sementara iti perbincangan penting
dalam mebuat keputusan.
Pengalaman saya ketika menjalankan aktiviti kembara member analogi
yang cukup berguna kepada saya. kesusahan dan cabaran yang dihadapi
sepanjang menjalankan aktiviti kembara mendidik diri saya menjadi seorang
yang sabar dan tabah dalam apa juga situasi. Kehidupan sebagai seorang guru
adalah amat mencabar tambahan pula dalam keadaan dunia yang pesat
membangun dalam era kemodenan. Kesabaran mendidika anak bangsa penting
bagi melahirkan individu yang berwibawa pada masa akan datang.
Di samping itu, saya juga mempelajari nilai kepercayaan terhadap ketua.
Sebagai anak buah, kita sewajarnya menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap
kebolehan ketua. Nilai kepercayaan dan kefahaman juga penting untuk
dipraktikkan agar semua tugas dapat dijalankan dengan mudah. Sesungguhnya
kerjasama daripada setiapa ahli kumpulan adalah amat penting dan harus
diamalkan dalam kehidupan seharian. Setiap individu haruslah amanah terhadap
tugas yang diberikan.
Keyakinan juga merupakan salah satu nilai yang perlua dalam diri setiap
individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan tidakj mudah
mengalah dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Aktiviti berakit ketika
menjalankan aktiviti air berjaya meningkatkan keyakinan dalam diri saya. Saya
mulai sedar bahawa setiap pekerjaan haruslah dijalankan dengan bersungguh-
sungguh dalam mencapai matlamatnya.
Program Bina Insan Guru ini juga menanam semangat inkuiri yang tinggi
dalam diri saya. saya mula mengambil serius tentang kepentingan mencari ilmu
baru. Sebagai seorang bakal guru sudah tentu saya harus membekalkan diri
saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar tidak ketinggalan seperti katak di
bawah tempurung kelak.
Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru ini telah banyak
mendedahkan saya kepada ilmu pengetahuan baru. Di sini saya berpeluang
memuhasabah diri bagi membaiki kelemahan yang ada pada saya. Perkara ini
adalah amat penting sebagai persediaan saya menghadapi kehidupan sebagai
seorang guru pada suatu hari nanti.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Mendirikan khemah
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Pelajar dapat mendirikan khemah dengan cara yang betul.
Pelajar tahu tugas masing-masing
menyemai semangat bekerjasama
menyemai perasaan cintakan kebersihan
5.2 Kelemahan :
Tidak semua pelajar bersungguh-sungguh menjalankan tugas
- masih ada kawasan yang tidak dibersihkan dengan baik.
Peralatan yang tidak mencukupi untuk membersihkan kawasan
- menyebabkan wujudnya pelajar yang tidak mengambil bahagian.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Ketua komandan memantau kawasan-kawasan yang telah
ditetapkan.
Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang
mencukupi pada masa akan datang.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Panduan Kecemasan/Ikatan Dan Asas Bantu Mula
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat sesama ahli kumpulan
dan fasilitator
Merapatkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
5.2 Kelemahan :
Terdapat beberapa peserta yang tidak memberikan kerjasama dan
lebih suka bersikap individualistik.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Mengadakan sesi refleksi dengan lebih lama agar ramai peserta dapat
berkongsi lebih banyak pengalaman.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 1 - Guru Idaman
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat antara peserta
Dapat memahami kemuliaan tugas sebagai seorang guru.
5.2 Kelemahan :
Peserta agak pasif pada permulaan progam.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Menyediakan bahan-bahan yang boleh menarik minat peserta untuk
mengambil bahagian.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Kawad Kaki/Riadah
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Peserta berpeluang mendapat ilmu baru
Peserta dilihat berminat untuk menjalankan aktiviti ini
5.2 Kelemahan :
Latihan perlu diperbanyakkan keran masih ramai peserta yang
kurang mahir untuk berkawad.
Cuaca terlalu terik dan panas
Terdapat peserta yang malu untuk menjadi ketua (leader)
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Memilih kawasan yang lebih sesuai untuk aktiviti kawad kerana cuaca
pada petang tersebut menyebabkan ada peserta menjadi kurang sihat.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 2 - Mengenal potensi diri
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Setiap guru pelatih dapat memahami personaliti masing-masing dan dapat
berusaha menjadi individu yang lebih baik.
5.2 Kelemahan :
Di akhir aktiviti, peserta kurang memberikan fokus.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan menggalakkan hubungan
dua hala agar tidak ada peserta yang pasif.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
KSAH Cergas
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Kesemua guru pelatih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.
Secara tidak langsung, dapat membentuk guru yang sihat dari segi fizikal, mental
dan rohani.
5.2 Kelemahan :
Muzik senamrobik yang kurang kuat kerana berlakunya masalah
teknikal
Kawasan aktiviti yang kecil
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Menggunakan kawasan yang lebih luas agar peserta lebih bersemangat
menjalankan aktiviti ini
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Kembara
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Semangat berpasukan dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih. Sikap
bekerjasama dalam mencari jalan keluar dari hutan, memasak di dalam hutan,
menggangkat barang dan sebagainya juga dapat diterapkan dalam jiwa setiap
guru pelatih.
5.2 Kelemahan :
Disebabkan letih, ada peserta yang membuat kerja secara lepas
tangan.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Sesungguhnya kerjasama daripada setiah ahli kumpulan sangat penting dalam
memastikan aktiviti berjalan lancar dan bermanfaat.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 3 - Motivasi Kepuasan Kerja
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Semua guru pelatih dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih baik.
Peta minda yang dihasilkan amat menarik dan dapat membantu mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
5.2 Kelemahan :
Kurang kerjasama antara ahli kumpulan kerana ada yang mengambil
sikap untuk lepas tangan.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Lebih banyak pemantauan dilakukan bagi setiap kumpulan untuk
memastikan setiap peserta melibatkan diri secara aktif.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
LDK 4 - Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Berkongsi pengalaman, bertukar pendapat antara peserta
5.2 Kelemahan :
Tiada
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Mempelbagaikan aktiviti
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Aktiviti Air
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Menambahkan pengalaman baru kepada peserta
Kerjasama yang kuat sesama ahli kumpulan
5.2 Kelemahan :
Pengurusan di akhir aktiviti tidak berjalan dengan baik kerana
peserta tidak mengikut arahan jurulatih.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
AJK Peralatan perlu bertindak dengan lebih tegas dan cekap sewaktu
mengendalikan pengurusan alatan
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Malam Kebudayaan
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Peserta berpeluang menghiburkan diri setelah penat menjalankan
aktiviti
Peserta dapat menunjukkan bakat yang terpendam.
5.2 Kelemahan :
Peserta kebanyakkannya agak letih kerana pada waktu siang hari
telah menjalankan aktiviti air.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Memilih waktu yang lebih sesuai agar peserta lebih bersedia dan tidak
terlalu penat.
ANALISIS SWOT
4. Isu/ Perkara yang difokuskan:
Pengurusan Tapak Kem
5. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:
5.1 Kekuatan :
Kerjasama yang kuat sesama peserta mempercepatkan lagi pengurusan
akhir tapak kem
5.2 Kelemahan :
Pembahagian tugas yang kurang berkesan.
Ada kumpulan yang terlalu ramai ahli namun tugas yang diberi mudah dan
ringan. Terdapat juga kumpulan yang ahlinya kurang namun tugasan
kumpulan agak berat.
6. Cadangan dan penambahbaikan:
Membuat pembahagian kumpulan dengan lebih teratur
REFLEKS I A KTIVITI IKATAN D AN ASAS BANTU MULA
Aktiviti ini telah dijalankan pada sesi pagi pada hari pertama di sekitar kawasan Pulako
Tunku Putra. Kami telah dibahagikan kepada 12 kumpulan. Ketika di bangku sekolah
dulu saya pernah menjadi seorang ahli PBSM dan berpengalaman di dalam aktiviti
ikatan, namun setelah agak lama meninggalkan sekolah dan tidak dipraktikkan, saya
mulai lupa tentang asas ikatan dan cara untuk melakukannya.
Tunjuk ajar yang diberikan oleh kesemua jurulatih amat membantu saya dan rakan-rakan
yang lain. Secara tidak langsung, saya berpeluang mengingat kembali bagaimana cara
untuk menghasilkan ikatan-ikatan yang tertentu. Asas bantu mula juga banyak memberi
pengalaman baru kepada saya tentang bagaimana cara yang betul untuk menyelamatkan
orang dan mangajar saya tentang tindakan dan langkah keselamatan yang patut diambil
sewaktu kecemasan.
REFLEKS I S ENAMA N PAGI
Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Selain menyihatkan badan,
secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang kreatif dan
menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, cara senaman yang pelbagai
amat sesuai kerana murid-murid pada peringkat umur mereka sangat suka mencuba
sesuatu yang baru. Sekiranya kita melakukan sesuatu senaman yang sama, ini akan
menyebabkan mereka berasa bosan dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berlaku secara efektif lagi. Saya juga turut mempelajari satu senaman yang
mengaplikasikan tarian dan nyanyian iaitu lagu ‘Chicken Dance’ yang dinyanyikan
sambil menari. Semua orang akan merasa teruja dan gembira apabila menyanyikan lagu
tersebut. Ini menyedarkan saya bahawa seorang guru yang kreatif akan dapat menarik
perhatian pelajar untuk belajar. Jika pelatih seusia saya berasa seronok untuk melakukan
gerakan tersebut, apatah lagi murid yang berada pada peringkat sekolah rendah. Semasa
mengajar, kepelbagaian cara mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar
untuk belajar. Sepanjang program Bina Insan Guru ini dijalankan, saya sangat berasa
sangat seronok ketika bersenam pagi.
REFLEKS I A KTIVITI DARAT
Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking semasa Program Bina
Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui
pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman
yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu. Flora
dan fauna sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan
fauna yang terdapat dalam hutan yang kami lalui. Udara amat segar dan nyaman. Hutan
yang menghijau dan cantik, di tambah dengan bunyi unggas merupakan satu tarikan yang
amat menarik.
Semasa jungle trekking ini, kami berjalan berpandukan arah kompas. Ketua kumpulan
telah diamanahkan untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya. Ini
bermakna ketua kumpulan memegang amanah yang sangat besar. Kerjasama daripada
ahli-ahli yang lain amatlah penting. Setiap ahli kumpulan saya menaruh kepercayaan
sepenuhnya kepada ketua umpulan saya. Walau kemanapun dia membawa kami berjalan,
kami tetap menghormati dan menuruti arahannya. Dalam situasi ini, adalah amat sukar
jika wujud lebih daripada seorang ketua dalam satu kumpulan. Dalam situasi kehidupan
sebenar pun, kita tidak boleh mempunyai lebih daripada satu ketua. Kita mesti memberi
kerjasama kepada seorang ketua sahaja. Malah dalam agama mengatakan, kita tidak
boleh bertuan dua kerana kita pasti akan menyanjung seorang salah seorang, dan tidak
mengindahkan seorang lagi.
Walaupun kumpulan saya telah tersesat, namun kami saya tidak mempersoalkan
kebolehan ketua kumpulan kami, jauh sekali mempersalahkannya. Bagi saya, dia telah
melakukan yang terbaik untuk memimpin kumpulannya. Cuma, setiap apa yang kita
lakukan tidak semestinya sempurna dan berjaya. Saya mengagumi kewibawaan ketua
kumpulan saya. Pengalaman tersesat ini bukanlah satu pengalaman yang memalukan atau
mengecewakan, namun ia merupakan satu pengalaman yang amat bernilai yang tidak
berpeluang dirasai oleh kumpulan yang lain. Sememangnya kesabaran tergugat sedikit
lantaran sudah penat berjalan, namun semangat berkumpulan menjadikan saya kuat.
Melihat kawan-kawan yang ceria walaupun tersesat, hati saya turut merasa gembira. Saya
berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik.
Kami saling tolong menolong untuk mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia
sekarang, kita akan mula mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan
kesusahan.
Apabila kita gembira perasaan tamak menguasai diri kita dan kita mula melupakan orang
disekeliling kita. Apabila kita berada dalam kesusahan atau keletihan, kita juga akan mula
memikirkan tentang cara untuk membebaskan diri kita daripada kesusahan atau keletihan
tersebut. Saya sangat kagum dengan sikap kawan-kawan lelaki dalam kumpulan kami
atas kesanggupan mereka mengangkat barangan yang berat. Mereka tidak mengeluh
walaupun keletihan. Mereka langsung tidak mementingkan diri mereka sahaja. Sikap ini
mengajar saya agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya melihat juga kesusahan
orang lain. Kita mesti saling menolong antara satu sama lain selagi kita bernafas di dunia
ini.
Sepanjang perjalanan, banyak halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi
bersama sebagai satu kumpulan .Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami
semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya.
Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya
kami telah berjaya menamatkan jungle trekking kami dan sampai semula ke pusat
perkhemahan pada jam 4.00 petang.
REFLEKS I A KTIVITI KEYA KINAN DAN KES ELAMATAN DI AIR
Aktiviti keyakinan dan keselamatan di air dijalankan pada hari ketiga program BIG.
Pertama kali sampai di Tasik Beris untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan
ciptaan Tuhan yang terbentang luas di hadapan saya. Saya tidak pandai berenang, ini
menambahkan lagi kegerunan saya untuk berhadapan dengan aktiviti ini. Adalaka saya
mampu untuk mengatasinya namun adakalanya saya tidak mampu berdepan dengan
situasi tersebut.
Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, kami telah dibawa
berjalan hingga ke tengah tasik dengan paras air mencapai dada. Setibanya di satu
kawasan, jurulatih meminta kami mengapungkan diri dan memusingkan badan di dalam
air. Saya masih lagi boleh bertahan dan biasa dengan keadaan ini. Saya amat bersyukur
kerana dikurniakan sikap yang tabah dan dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan,
tidak seperti segelintir rakan saya yang takut-takut untuk mencuba dan menjalankan
aktiviti yang diarahkan biarpun air ketika itu agak tenang. Beginilah keadaan dalam
kehidupan seharian dan senario seorang guru iaitu, perlunya kita bersikap tabah dan sabar
dalam menghadapi cabaran dan kerenah orang disekeliling kita. walau sebesar atau
sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari
daripada masalah tersebut.
Aktiviti air diteruskan lagi dengan River Crossing. Di sini, peserta harus berenang ke
tengah tasik sambil memegang tali yang disediakan agar tidak tersasar daripada tempat
yang dituju. Saya berasa amat bersyukur kerana berjaya sampai ke tengah tasik. Saya
berasa kagum dengan keberanian diri saya dan saya juga berpeluang memandang alam
sekeliling saya dari tengah-tengah tasik. Betapa besarnya ciptaan Allah SWT yang Maha
Esa.
Seterusnya ialah aktiviti berakit. Semasa kami mula berakit, saya berasa sangat teruja
untuk mencuba. Jurulatih meminta kami membentuk tiga kumpulan. Saya amat berharap,
saya dapat mengharungi aktiviti ini baik. Kerjasama sewaktu mendayung rakit memberi
sejuta pengalaman baru kepada saya. Di awal aktiviti, rakit kami hampir karam, tetapi
berkat usaha dan penat lelah, akhirnya berjaya juga saya dan rakan-rakan menamatkan
aktiviti berakit ini. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha.
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun, kadang-kadang kita
karam seperti menaiki rakit tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula. Jika kita
tersilap mengemudikan rakit, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya
jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikannya pada
percubaan yang akan datang. Begitu juga di dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana
kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak
mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang.
Walaupun terasa amat letih, namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berakit
ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-
kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara
untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman
ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya
apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.
REFLEKS I A KTIVITI L ATIH AN DALAM KUM PULAN (LD K)
Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti
latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan
penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru
melalui LDK tersebut. Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah
diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia dianugerahkan
potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Cuma manusia tidak
menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita
sering melihat dan membandingkan bahawa potensi orang lain lebih baik daripada
potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita,
barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri
orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk
manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita
itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita
pelajari. Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik
bersama pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan
potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat
dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Oleh sebab itulah
wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan Perguruan.
Dalam sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya, kami telah diberikan satu
senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya mengikut keutamaan sebab itu. Sesi ini
dijalankan bagi meningkatkan motivasi diri seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya.
Setiap orang memilih kerjaya berdasarkan Faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor inilah
yang menjadi pendorong atau motivasi kepada diri seseorang untuk melakukan yang
terbaik dalam kerjayanya. Faktor-faktor ini biasanya dibuat berdasarkan kepentingan,
kecenderungan dan minat seseorang itu.
Daripada aktiviti ini, kami ditunjukkan dengan graf tentang hasil kerja dan hubungan kita
dengan persekitaran dan rakan sekerja. Oleh itu, kita mampu mengenal diri dan cuba
membaiki diri pada pada yang lemah dan kurang agar kita mampu diterima dengan baik
dan dapat melaksanakan tugasasn dengan selesa bersama dengan orang lain. Ini kerana,
sebagai seorang guru, kita bakal berinteraksi dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat.
Betapa perlunya kita bijak mengawal keadaan dan bersedia untuk dicampakkan kemana
sahaja. Sesi terakhir adalah penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Kami diminta
untuk meluahkan apa yang kami rasai dan cuba menghargai orang yang telah bersma-
sama dengan kami sepanjang perkhemahan ini. Kita haruslah menerima diri kita
seadanya. Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada
diri kita sendiri. Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan
mantap. Oleh itu, kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita.
Tidak dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar untuk
diubah. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun
berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-
mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling
kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang
menghalang perubahan sikap mereka. Orang disekeliling memainkan peranan penting
untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru,
apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut
bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian
pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk
berubah.
REFLEKS I KES ELURUHAN
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat
bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input
yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama
semasa bergelar seorang pendidik kelak.
Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan. Ini
kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala
persiapan perkhemahan. Daripada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga
kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya diatur oleh para pelatih sendiri.
Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar-
pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti
ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di
sekolah nanti.
Yang kedua, perkhemahan BIG ini mengajar saya cara menguruskan diri dalam
keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang terlalu panas,
aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami
berjaya mengatasi masalah tersebut. Dengan pengurusan masa yang agak
terhad, saya belajar bagaimana menguruskan diri saya sendiri. Contohnya,
menguruskan masa untuk membersihkan diri (mandi) sendiri tanpa memberi
bebanan atau gangguan kepada orang lain. Maksudnya, tidak mementingkan diri
sendiri dengan membiarkan orang lain sahaja menguruskan tugasan kumpulan
sedangkan saya bersenang lenang mandi.
Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar
untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam
jadual. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya.
Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu
dalam masa yang telah ditetapkan. Apa yang saya tahu, yang paling penting
adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa dari
pukul 6 pagi hingga 8 pagi untuk berehat, membersihkan diri, memasak dan
makan. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya dalam masa 2 jam
yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa. Namun, sekiranya kita tidak
dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulan dengan baik, kita juga
tidak mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi dalam masa 2 jam tersebut.
Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala
cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama
mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah
semangat setiakawan dan kerjasama. Nilai ini dapat saya hayati semasa
pembahagian alatan di maktab lagi. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk
mendapatkan alatan yang mencukupi. Kemudian, semasa memunggah
barangan dari bas ke dalam kem, semuanya berjaya dilakukan kerana
kerjasama yang kukuh antara pelatih. Selain itu, saya dapat melihat nilai
toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar.
Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan
nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi,
maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap
mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu.
Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan
sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai
persepakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita
mendidik pelajar-pelajar kita menjadi mudah.
Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada aktiviti LDK iaitu kita harus berbeza
daripada orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identity yang tidak ada
pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa
mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat
mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain
sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang
disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.
Keenam, semasa memasuki hutan saya belajar satu analogi yang cukup
berguna. Saya melambangkan pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat
dalam hutan tersebut sebagai sikap manusia yang bakal saya hadapi kelak.
Saya melalui banyak jenis jalan seperti jalan rata, curam, berbatu-batu, berair
dan sebagainya. Ini ibarat kehidupan seorang guru yang kadang-kadang
gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya. Namun,
ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa.
Ketujuh, saya mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk
mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahli-
ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya
sebagi seorang ketua. Semasa kami berada di dalam hutan, kami telah tersesat.
Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami sebaliknya mempercayai
kebolehannya. Sekiranya kami mula mempersalahkannya dan tidak
mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak
bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami
telah mengembalikan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk
mencari jalan keluar.
Kelapan, saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan
mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti berakit. Pada
mulanya, saya kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri setelah melihat rakit
rakan-rakan hampir karam. Namun, saya tidak mudah mengalah dan telah
mencuba. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa keyakinan diri adalah
sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya menganalogikan
kesukaran tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang gigih
dan keyakinan pada kebolehan kita, maka kita tetap akan dapat mengatasi
kedegilan mereka itu.
Kesembilan,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang
sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita
merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun
semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi
tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu
sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga.
Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam
dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu
yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari
semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan
mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu
yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.
Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk
memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan
kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya
sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti
yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk
memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu
pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa
kental, tidak mudah mengalah dan lasak.
J ENI S - J EN I S S IMPU L A N D A N I K A T A N Y A NG BOL E H DIGU N A K A N
SEM AS A AKTIVI TI P ERKHEM AH AN
S IMPUL M ANU K
Seni ikatan yang diaplikasikan pada permulaan sesuatu ikatan pada kayu.
Biasanya, simpul ini digunakan dalam membuat gajet seperti tempat tidur.
Kelebihan simpulan ini ialah tidak mudah terbuka dan kayu dapat ditarik atau
diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Simpulan ini telah digunakan oleh peserta kursus dalam proses pemasangan
tiang khemah bagi mengukuhkan tiang khemah
S IMPUL B UN GA GETI
Digunakan untuk menyambung 2 tali yang sama saiz atau yang berlainan saiz.
Simpul ini juga digunakan untuk menyambung penjuru kain dengan tali seperti
mengikat bendera pada tali.
Kelebihan simpul ini ialah ia dapat mengunci kemas tali yang licin tanpa
terburai.
S IMPUL KERUS I
Digunakan dalam operasi menyelamat kerana lilitan ini direka khusus bagi
menurunkan seseorang atau mangsa sesuatu insiden daripada bangunan atau
juram.
Simpul ini diikat dengan cara tajul yang kecil pada keliling dada dan tajul yang
besar pada keliling kaki.
S I M P UL B U K U SI L A
Digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh dan digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan..
Simpul ini dibuat dengan menyambung tali yang sama besar saiz.
Simpulan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.
I K ATAN P E N G AIL
Digunakan untuk menyambung 2 utas tali yang licin atau menyambung tali pada
mata kail.
Jenis simpul ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana
gegelung yang dibuat tidak mudah menggelongsor.
IKATAN TINDIH KASIH
Ikatan jenis ini dibuat untuk menghasilkan gegelung tali yang tidak mudah
terjerut dan boleh diubahsuai saiz gegelung tersebut.
Ikatan ini kerap kali digunakan bagi mengikat leher haiwan atau digunakan pada
saat kecemasan terutamanya ketika menyelamat mangsa banjir.
Bagi kegunaan manusia, gegelung dililit pada keliling dada individu terlibat dan
saiz gegelung ditentukan mengikut ukuran dada agar ikatan tersebut tidak
menjerut dan selesa pada individu tersebut.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2010
BINA INSAN GURU [BIG] SIRI 5/2010
12/04/2010 – 15/04/2010
PULAKO TUNKU PUTRA
NAMA PELAJAR : NASUHA BINTI ABDUL TALIB
NAMA AHLI KUMPULAN :
AHMAD SHAUQIBIN MAKHTAR, NUR RAZAN BINTI MANSOR,
NADIATUL AKMAR BINTI ZULKIFLI, HO JOO CEL, LEE CHIA SHIN,
LEE EE LING, NITYA SREE A/P DORAISINGAM, VINESH RAJ A/L
SELVARAJ, NIRMALA A/P PARAMASIVAN.
NAMA TUTOR : TN.HJ MOHD NASIR BIN ABDULLAH