Post on 18-Jul-2015
HHHC9301 SET 40 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NAMA
HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN
NO. MATRIK
A143710
KURSUS PENGAJIAN
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (FPER)
TAHUN PENGAJIAN
TAHUN 2 SESI 2013/2014
NAMA PENSYARAH PENILAI PROJEK
DR ELDA SURHAIDA BINTI LATIF
2
NAMA PROJEK: Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri
PENGANJUR: Pelajar Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
KOD KELULUSAN PROJEK: Permohonan sudah dibuat dan masih di dalam proses
menunggu jawapan
JAWATAN YANG DISANDANG: AJK Pengangkutan
TARIKH: 6 Mei 2014
TEMPAT: Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
3
DEFINISI
Pengurusan maklumat dalam konteks pembangunan insaniah merentas pelbagai dimensi
yang bermula dengan dimensi diri, keluargadan masyarakat keseluruhannya. Bagi melaksanakan
tanggungjawab dalam kehidupan seharian, pelajar perlu mampu merancang strategi untuk
menguasai dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan yang sedia dimiliki supaya dapat
menyesuaikan diri mengikut situasi dan keadaan semasa. Pelajar perlu berkeupayaan menyaring
maklumat secara kendiri disamping memastikan dirinya terkehadapan ataupun seiring dengan
ledakan perubahan teknologi maklumat di persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran
sepanjang hayat merupakan suatu konsep di mana pelajar menunjukkan semangat terkehadapan
ataupun seiring dengan seiring dengan ledakan perubahan teknologi maklumat di
persekitarannya. Dalam pada itu, pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu konsep di
mana pelajar menunjukkan semangat dan kemampuan untuk belajar sesuatu yang baru secara
sistematik samada melalui pengalaman pembelajaran yang formal mahupun informal. Justeru,
kedua-dua kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat saling lengkap
melengkapi dalam menyediakan pelajar menghadapi persaingan semasa. Di akhir kursus ini,
pelajar perlu memanisfestasikan keupayaan untuk menetapkan matlamat, mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, menguruskan pembelajaran sendiri, berkemahiran
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan serta boleh mengadaptasikan pembelajaran
dalam pelbagai situasi.
4
PENGENALAN
Pada 6 Mei 2014 Kumpulan Satu Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian
telah memilih melaksanakan program berbentuk Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap
Penjagaan Kebersihan Diri di Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras Kuala
Lumpur.
Kami yang terdiri seramai lapan orang mahasiswi mengambil kata sepakat untuk
melaksanakan Kempen Kebersihan Diri kerana menyedari betapa pentingnya kesedaran menjaga
kebersihan diri dipupuk semenjak kecil bagi menjamin kesihatan yang optimum.
Kempen Kebersihan Diri yang kami jalankan lebih menekankan kepada cara mencuci
tangan dengan betul dan teknik menggosok gigi dengan betul. Kumpulan sasaran kami adalah
kanak – kanak tadika yang berusia di dalam lingkungan umur 4 tahun sehingga 6 tahun.
Penerapan nilai-nilai murni semenjak kecil sangat penting kerana kanak-kanak adalah
bakal pemimpin negara di masa hadapan. Kebersihan juga cermin keimanan yang mana agama
Islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
Tangan adalah satu medium yang membawa banyak mikroorganisma yang tidak dapat
dilihat di bawah mata kasar. Kecuaian dalam menjaga kebersihan tangan boleh membawa
kepada pelbagai penyakit contohnya jangkitan akut cirit- birit, jangkitan cacing, demam
selesema atau lebih teruk taun yang boleh membawa maut. Di sinilah pentingnya penekanan
kebersihan diri terutamanya cara cucian tangan yang betul bagi memastikan tangan kita bebas
dari bakteria dan virus.
Teknik menggosok gigi dengan betul juga diajar kepada kanak-kanak kerana senyuman
yang manis bermula dari gigi yang sihat. Kerosakan gigi terutamanya karies gigi kerap berlaku
dikalangan kanak-kanak kerana teknik menggosok gigi yang betul tidak diamalkan.Penjagaan
gigi bermula dari teknik menggosok gigi, kekerapan memberus gigi iaitu 3 kali sehari dan
kekerapan berjumpa doktor gigi selama 6 bulan sekali dan apabila gigi sakit diberitahu supaya
maklumat yang jelas dan tepat dapat disampaikan kepada kanak-kanak
Sebagai kesimpulan, Kempen Kebersihan Diri ini membawa banyak manfaat kepada
kanak-kanak dan ahli kumpulan sendiri kerana banyak pengalaman yang ditimba sepanjang
5
program ini dijalankan..Penglibatan dalam program ini telah mengajar saya banyak benda yang
tidak akan saya perolehi di dalam kelas mahupun kuliah khususnya berkenaan dengan
kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisma. Jadi wajarlah kursus ini diteruskan untuk
generasi akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan bukan sahaja dari segi
intelektual yang mempunyai minda kelas pertama tetapi merangkumi pembangunan sahsiah diri
yang tinggi dan murni.
Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika
6
Lawatan ke Smart Soleh Pre Integrated School dan meninjau bilik darjah tadika
Perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari sebelum memulakan pembelajaran
7
SINOPSIS, PERNYATAAN MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN
Saya telah diamanahkan oleh Ketua Projek bagi Program Kempen Kebersihan Diri untuk
memegang tugas sebagai AJK Pengangkutan. Melalui jawatan yang disandang, saya telah
mempelajari banyak perkara yang tidak dapat dipelajari di dalam kelas terutamanya kemahiran
mengurus maklumat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah.
Buat makluman pihak Doktor Elda, sebenarnya kumpulan kami terdiri dari 8 orang
mahasiswi di mana 5 orang mahasisiwi adalah budak tahun 1 manakala kami 3 orang adalah
mahasiswi tahun 2 ( kemasukan ‘direct entry’ kerana kami telah mempunyai pengalaman kerja
selama 5 tahun sebagai jururawat di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ) Semasa
pertemuan dengan Guru Besar ini dijalankan 5 orang ahli kumpulan kami iaitu mahasiswi tahun
1 terlibat dengan minggu klinikal di wad PPUKM dan tidak dapat menyertai kami. Sedangkan
kami bertiga dikecualikan dari mengikuti minggu klinikal untuk pusingan pertama ( 7.4.14 -
2.5.14) dan hanya memasuki minggu klinikal pada pusingan kedua iaitu pada 2.6.14 –
27.6.14.Walaubagaimanapun, kami masih perlu mengikuti kuliah untuk kursus tahun 2 bersama-
sama mahasiswi tahun 2 sepanjang tempoh mahasiswi tahun 1 mengikuti minggu klinikal.
Peluang ketiadaan kuliah kami gunakan untuk mengadakan lawatan ke sekolah bagi keizinan
menjalankan program ini di sekolah berkenaan.
Pada peringkat awal perbincangan, Kempen Kebersihan Diri ini sebenarnya ingin
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 Bandar Tun Razak dengan mensasarkan
pelajar tahun satu seramai 100 orang. Saya bersama Ketua Projek pergi membuat lawatan ke
sekolah berkenaan pada 22/4/2014 dengan menaiki kereta saya sendiri untuk mempercepatkan
proses perjalanan program. Pertemuan pertama dilakukan dengan PK HEM sekolah berkenaan
berikutan ketiadaan Guru Besar kerana beliau menghadiri kursus. Segala surat rasmi telah kami
sediakan dan kepilkan sekali kepada PK HEM tersebut iaitu En.Shanmugam A/L Arumugam.
Perbincangan kami diterima dan PK HEM menyuruh kami membuat pertemuan semula dangan
Guru Besar iaitu Tuan Hisyam bin Badrul pada 29/4/14 untuk kelulusan masuk sekolah dan
keizinan mengadakan kempen kebersihan ini. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran
merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan mengumpul maklumat.
8
Pada 29/4/14 saya ditemani oleh Ketua Projek dan AJK Program pergi menemui Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai
kelulusan mengadakan Kempen Kebersihan Diri di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut
baik oleh Tuan Hisyam bin Badrul. Dokumen seperti surat rasmi UKM , surat permohonan
untuk mengadakan Kempen Kebersihan Diri kepada pihak sekolah dan Kajian Literasi @
Questionaire telah kami kepilkan sekali kepada Guru Besar.
Setelah meneliti surat- surat tersebut, Guru Besar memberitahu kami sebenarnya pihak
sekolah tiada masalah di dalam memberi keizinan pada kami tetapi disebabkan isu kajian literasi
yang pernah hangat diperkatakan dahulu di media massa iaitu kes kajian literasi yang berbaur
soalan seks diajukan pada murid sekolah oleh sesetengah pihak menyebabkan Kementerian
Pendidikan telah mengetatkan prosedur untuk sebarang program yang akan diadakan di sekolah.
Memang kajian literasi kami tidak mempunyai sebarang masalah hanya soalan berkisar
penjagaan cucian tangan dan kekerapan menggosok gigi namun Guru Besar menyarankan kami
memohon kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah, Unit Perhubungan Sekolah dan
Pendaftaran. Setelah kelulusan dari Jabatan Pendidikan Wilayah diberi kami hendaklah
memohon kelulusan daripada pihak Kementerian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
dan Unit Perhubungan. Setelah mendapat semua kelulusan daripada Jabatan berkenaan barulah
kami dibenarkan masuk ke sekolah dan mengadakan program.
Urusan kelulusan tersebut biasanya mengambil masa sebulan atau lebih bergantung pada
keadaan. Guru Besar menasihatkan kami supaya menukar program kempen kebersihan kami ke
sekolah swasta atau tadika swasta yang tidak melibatkan kerenah birokrasi. Idea dan maklumat
yang diberi oleh Guru Besar amat kami hargai kerana pandangan yang diberi beliau sedikit
sebanyak membantu kami dalam kemahiran mengurus maklumat untuk membuat keputusan
dalam menyelesaikan masalah.
Kami bertiga telah menghubungi ahli kumpulan 5 orang tersebut untuk memberitahu
masalah yang dihadapi dan penyelesaian yang akan diambil tetapi panggilan tidak dijawab.
Kami faham mungkin mereka tengah sibuk melakukan prosedur di wad dan panggilan tidak
dapat dijawab kerana kami juga seorang jururawat dan pernah mengalami benda yang sama.
9
Berdasarkan keputusan bertiga kami sepakat memilih sekolah swasta iaitu Smart Soleh
Integrated Pre School Taman Midah untuk pemilihan lokasi bagi tujuan kempen Kebersihan
Diri. Di sini kami dapat aplikasikan cara menyelesaikan masalah secara kendiri dan kemahiran
sikap yang bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberi walaupun berhadapan
dengan pelbagai masalah.
Pertemuan dengan Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah Cheras
iaitu Puan Rohati pada 29/4/14 membuahkan kejayaan apabila permohonan kami untuk
mengadakan Kempen Kesedaran Pelajar Terhadap Penjagaan Kebersihan Diri disambut baik
oleh beliau. Kami bertiga telah menunjukkan tingkahlaku yang profesional dalam etika ini bagi
meyakinkan Puan Rohati bahawa kempen yang bakal diadakan membawa manfaat yang besar
kepada kanak-kanak di tadika beliau.
Perbincangan telah dibuat dan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kempen tersebut
dipersetujui oleh Pengetua Smart Soleh iaitu pada 6/5/14 bermula jam 8 pagi -10.30pagi.
Setelah sampai ke UKM, kami telah memaklumkan pada rakan seperjuangan kami iaitu
5 orang mahasisiwi yang tidak dapat menyertai kami berikutan praktikal. Perjumpaan dengan
semua ahli jawatankuasa yang terlibat di dalam program ini diadakan pada sebelah malam jam
8.30 malam dan pembahagian tugas diadakan. Bagi AJK Program tidak mempunyai masalah
kerana mereka hanya perlu merancang bentuk program yang bakal dijalankan pada 6/5/14
seperti demonstrasi cara cucian tangan yang betul dan teknik menggosok gigi yang betul.
Namun berlaku masalah pada AJK Logistik & Perhubungan dan Bendahari kerana
mereka tidak dapat keluar membeli barang-barang seperti cenderamata dan hadiah pada kanak-
kanak berikutan terikat dengan jadual praktikal yang padat dan kekangan masa. Di sini saya
telah menawarkan diri secara sukarela dengan Pengarah Projek untuk keluar membeli barang –
barang cenderamata dan hadiah tersebut. Di sini saya telah mengaplikasikan kemahiran
menyelesaikan masalah secara kendiri tanpa mengharapkan orang lain.
Saya bersama dengan Pengarah Projek keluar membeli barang-barang yang diperlukan
dengan menggunakan kereta saya sendiri tanpa mengambilkira soal minyak kereta dan
sebagainya kerana pada hemat saya tidak salah berkorban dan tolong – menolong dalam hal
10
sebegini. Apa yang penting adalah semangat setiakawan dan mengamalkan nilai – nilai murni
dalam sesebuah perhubungan.
Hadiah yang berupa makanan yang dibeli untuk diberikan kepada kanak-kanak tadika
Smart Soleh
Proses membalut hadiah kepada kanak-kanak dan cenderamata berupa hamper dilakukan
beramai-ramai di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) pada sebelah malamnya. Komitmen yang
diberikan oleh setiap ahli kumpulan sangat memberangsangkan.
Pada 30/4/14 saya telah menempah van UKM untuk tujuan program Kebersihan Diri di
pejabat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), namun malangnya permohonan saya ditolak kerana
program yang kami jalankan bukan di bawah program kolej tetapi program fakulti.
Saya membuat permohonan di fakulti untuk tujuan menempah van bagi membawa
seramai 8 orang ahli sekaligus ke Smart Soleh Integrated Pre School pada 6/5/14. Sekali lagi
saya diuji kerana permohonan ditolak oleh pihak fakulti kerana bilangan 8 orang mahasiswi
11
terlalu sedikit dan mereka hanya menimbang jika jumlah mahasiswi yang ramai dan hanya
kenderaan seperti bas boleh ditempah. Jarak Smart Soleh Integrated Pre School Taman Midah
yang berdekatan dengan PPUKM juga merupakan faktor pihak fakulti menolak permohonan
tempahan van yang dibuat.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengangkut 8 orang ahli jawatankuasa
dengan menggunakan kereta saya sendiri dengan melakukan 2 trip perjalanan. Pada hari yang
telah dirancang iaitu 6/5/14 saya memulakan perjalanan ke Smart Soleh Integrated Pre School
dengan menaiki kereta myvi saya iaitu dengan membawa 4 orang AJK ke sana terlebih dahulu
seperti Pengarah Projek dan AJK Program. Alhamdulillah perjalanan walaupun mengambil 2
trip perjalanan berulang alik tidak membawa sebarang masalah dan keadaan trafik juga berjalan
lancar.
Sepanjang program berlangsung, AJK Program yang terdiri dari 2 orang menunjukkan
tahap profesional yang membanggakan dalam penyampaian ceramah dan demontrasi berkaitan
teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.Saya dan semua ahli kumpulan yang
lain turut sama membantu mengajar kanak-kanak bagi memastikan kanak- kanak mendapat info
yang betul dan tepat.Keseronokan jelas terpancar di wajah kanak – kanak dan ini adalah
kepuasan kami semua. Kajian Literasi @ Questionaire yang diadakan sebelum kempen bermula
dan selepas kempen tamat ( pre & post Questionaire ) menunjukkan kanak – kanak faham
dengan lebih jelas mengenai kempen yang kami adakan. Pengetahuan kanak – kanak juga
bertambah selepas kempen diadakan iaitu mengenai cara penjagaan kebersihan diri yang kami
fokuskan pada teknik mencuci tangan dan menggosok gigi dengan betul.
12
Demonstrasi teknik mencuci tangan dan memberus gigi yang betul diajar kepada kanak –
kanak tadika:
13
Program kami berakhir pada pukul 10.30 pagi dengan disudahi dengan pemberian hadiah
kecil kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen yang mereka berikan. Pengarah Projek turut
memberikan cenderamata berupa hamper kepada Pengetua Smart Soleh Integrated Pre School di
atas kesudian beliau memberi keizinan kepada kami menjalankan kempen di tadika beliau.
Bergambar kenang – kenangan bersama Pengetua Smart Soleh dan semua ahli
jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan projek ini
14
Hadiah kecil diberi kepada kanak – kanak tadika di atas komitmen dan kerjasama
yang diberikan
Pengalaman yang saya dan kawan-kawan perolehi amat berharga dan ilmu ini tidak
dapat diperolehi di dalam kelas. Kami dapat mengaplikasikan banyak kemahiran seperti
komunikasi yang berkesan, mengurus maklumat secara sistematik dan meneroka isu atau
masalah yang memerlukan penyelesaian masalah kendiri serta memupuk pembelajaran kendiri
ke arah pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.
15
Kesimpulannya, setelah melakukan projek ini, saya mendapati bahawa Kemahiran
Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah berkait rapat antara satu sama
lain. Melalui projek ini juga, saya mendapati bahawa kemahiran ini boleh dipupuk untuk
bekalan masa depan apabila berada di alam pekerjaan kelak dengan penglibatan secara aktif
dalam aktiviti di luar kelas. Kemahiran yang efektif hanya berlaku sekiranya seorang individu
mempunyai rangka minda yang positif serta motivasi diri yang yang tinggi. Justeru , setiap
individu perlu melengkapkan diri dengan prasyarat tersebut untuk membolehkan mereka
menguasai maklumat serta membentuk jati diri yang unggul dalam melahirkan masyarakat yang
bertamadun tinggi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
16
LAMPIRAN PEMBUKTIAN PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN
Demonstrasi diajar lagi sekali semasa praktikal memberus gigi dijalankan:
18
Semua kanak – kanak tidak ketinggalan mengikuti praktikal walaupun terpaksa
menunggu giliran akibat tempat yang tidak mencukupi untuk memberus gigi
serentak:
20
Kanak-kanak mendengar dengan khusyuk penerangan yang diberi mengenai
teknik mencuci tangan yang betul: