Post on 13-Dec-2015
description
Modul Latih Tubi SPM 2006 (Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 4)
13
PELAJARAN 22 : IMAM ABU HANIFAH R.H.
BAHAGIAN A (OBJEKTIF)
ANEKA PILIHAN 1
Karya Imam Abu Hanifah r.h. yang terkenal dalam membicarakan harta pusaka ialah
A Al-Faraid B Masail Usul C Masail al-Nawadir D Al-Alim Wal Muta’allim 2 Selain terkenal sebagai seorang ilmuan, Imam Abu Hanifah r.h. juga adalah ahli
A perundangan B perusahaan C sejarah D perniagaan 3 Mengapakah Imam Abu Hanifah r.h.dikatakan pakar dalam bidang ilmu hadis?
A Dapat membezakan antara hadis sahih dengan yang tidak sahih B Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasullullah s.a.w. C Menulis kitab Fiqh al Akbar D Berfikir secara kritis 4 Berikut adalah akhlak mulia yang dimiliki oleh Imam Abu Hanifah r.h. kecuali
A seorang yang ikhlas B seorang yang pemurah C seorang yang suka memberi nasihat D seorang yang sukar menerima pendapat orang lain 5 Manakah yang berikut merupakan ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah r.h.?
I Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 kali II Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam III Dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad IV Menentang pendapat gabenor yang bertentangan dengan fatwanya A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV
Modul Latih Tubi SPM 2006 (Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 4)
14
ISI TEMPAT KOSONG 1 Imam Abu Hanifah r.h. dilahirkan di ___________ 2 Imam Abu Hanifah r.h. pernah berguru dengan ulama fiqh terkenal bernama
__________ selama 18 tahun 3 Imam Abu Hanifah r.h. pernah dihukum penjara dan disebat 100 kali oleh khalifah
kerana menolak jawatan___________ di Kufah Lengkapkan carta mengenai kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah r.h.
dalam menentukan hukum.
BAHAGIAN B 1 (a) Imam Abu Hanifah r.h. adalah salah seorang tokoh ilmuan terkenal.
(i) Terangkan riwayat hidup beliau dengan ringkas. [4 markah] (ii) Jelaskan dua sebab beliau digelar Abu Hanifah r.h. [4 markah] (b) Sebagai ilmuan terkenal beliau banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan
ilmu
(i) Tuliskan dua karya peninggalan beliau. [2 markah] (ii) Terangkan dua jasa beliau terhadap perkembangan ilmu pada zamannya. [4 markah] (c) Terangkan tiga usaha Imam Abu Hanifah r.h. bagi mengukuhkan ilmu fekah dan
perkembangannya. [6 markah]
Kaedah menetukan hukum
Al-Quran
Al-Sunnah
Al-Qias
4 ________________
Al-Uruf
5 _________________