Post on 14-Dec-2015
description
PENGGUNAAN TEKNIK PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN
PEMAHAMAN MURID TAHUN EMPAT DALAM MATA PELAJARAN
SAINS TAJUK PROSES HIDUP MANUSIA, HAIWAN DAN TUMBUHAN.
SHARIF BIN SYLVIA
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sains Sekolah Rendah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJANG
JANUARI 2015
i
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sains Sekolah Rendah dengan
Kepujian”
Tandatangan : .......................................................
Nama Penyelia : ENCIK GEORGE ANAK BERUNDANG
Tarikh : .......................................................
i
PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...........................................................
Nama Penulis : SHARIF BIN SYLVIA
Tarikh :..............................................................
ii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayah dan ibu yang disayangi,
Sylvia Bin Amit dan Norsa’ah Binti Jemi
Buat isteri dan anak-anak yang dicintai,
Salinawati Binti Waini, Muhammad Arif Azhar, Muhammad Arif Nasri dan
Muhammad Arif Ziqri
Buat Pensyarah Pembimbing yang dihormati,
Encik George Anak Berundang
Buat para pensyarah di Jabatan Sains Dan Matematik yang dihormati
Buat rakan-rakan sepengajian yang dikasihi,
PPG Kohort 1 Pengajian Sains Sekolah Rendah 2011
Terima Kasih atas budi dan jasa kalian semua yang telah mengajar, mendewasakan, mematangkan diri, akal, hati, dan jiwa ini
iii
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah
pembimbing saya, Encik George Anak Berundang atas kesabaran beliau dalam
memberi bimbingan, nasihat dan sokongan moral sepanjang tempoh saya
menyiapkan kajian tindakan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar Sek. Keb. Kpg. Penibong
Daro Encik Mohamad Ali @ Matali Bin Amit kerana menyokong dan memberi
saranan dan bimbingan yang tulus ikhlas kepada saya dalam menyiapkan kajian
tindakan ini. Buat ibu dan ayah, Encik Sylvia Bin Amit dan Puan Norsa’ah Binti
Jemi serta isteri tercinta Puan Salinawati Bintai Waini kerana sentiasa memahami,
memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada saya dalam proses menjalankan
kajian ini.
Penghargaan istimewa juga saya tujukan khas kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Rajang kerana telah menyediakan ruang yang selesa dan kemudahan
yang mencukupi bagi saya untuk menuntut ilmu perguruan di sini. Tidak lupa jutaan
terima kasih kepada rakan seperjuangan PPG Kohort 1 Pengajian Sains Sekolah
Rendah 2011 yang sudi berkongsi ilmu dan memberi nasihat dalam menyiapkan
kajian tindakan ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam pengumpulan maklumat bagi memudahkan penulisan
kajian tindakan ini.
iv
ABSTRAK
Penyelidikan Tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman murid dalam mata pelajaran Sains dalam tiga unit tajuk yang pertama dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Tahun Empat iaitu Proses Hidup Manusia, Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan. Kajian ini melibatkan sepuluh orang responden dari kelas Tahun Empat, Sekolah Kebangsaan Kampung Penibong, Daro, Sarawak. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid adalah melalui pemerhatian di dalam kelas, soalan kaji selidik, ujian pra dan pos dan pencapaian semasa murid dalam mata pelajaran Sains.Satu ujian pra telah dijalankan untuk mengukur tahap kefahaman murid mengenai tajuk ini sebelum kajian ini dijalankan. Teknik ini adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan, menarikdan sekaligus mengajar murid-murid bagaimana untuk membina nota yang menarik dan lebih efektif. Setelah itu, dua ujian pos telah dilaksanakan untuk mengukur keberkesanan teknik peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains yang dijalankan. Pemilihan teknik peta minda ini dipilih berdasarkan Teori Behavioristik dan kognitif. Manakala cara menyemak data pula adalah menggunakan analisis data, ujian sebelum dan selepas dan triangulasi data. Data dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil daripada kajian, Data menunjukkan prestasi murid dalam ujian tersebut semakin meningkat. Selain itu, sikap murid di dalam kelas Sains juga telah berubah ke arah yang lebih positif iaitu menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Sains dan minat untuk belajar. Justeru itu, teknik ini adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman murid, prestasi dan minat untuk mempelajari mata pelajaran Sains.
v
ABSTRACT
Action research is conducted to enhance student understanding in science subjects first three titles in the unit Standard Curriculum Assessment Document (DSKP) Year Four in Malaysian Primary school of Human Life Processes, Animal Life Process and Plant life Process. The study involved ten respondents from Year Four classes, Sek. Keb. Kpg. Penibong, Daro, Sarawak. The instrument used to obtain information is through observation of pupils in the class, a questionnaire, pre and post test and student achievement while in Science subjects. A pre-test was conducted to gauge the level of understanding of students about this topic before this study. This technique is to make the learning process more meaningful, effective, attractive and at the same time teaching students how to build interesting notes and more effective. After that, two post-test was performed to measure the effectiveness of the technique of mind mapping in science teaching and learning sessions conducted. Selection of mind mapping techniques have been based on behavioristic and cognitive theory. While the other hand is a way to check data using data analysis, before and after the test and data triangulation. Data were analyzed using content analysis. Results of the study, data show student achievement in these exams is increasing. In addition, the attitude of pupils in science classes has also changed to a more positive direction, namely to show interest in science subjects and enthusiasm for learning. Therefore, this technique is effective for improving student understanding, performance and interest in learning science subjects.
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-viii
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi
1. 0 PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan 11.2. Refleksi Pembelajaran dan Pembelajaran 31.3. Refleksi Nilai Pendidikan 5
2. FOKUS KAJIAN
2.1. Isu Kajian 72.2. Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian 9
vii
3. OBJEKTIF
3.1. Objektif kajian 133.2. Soalan kajian 14
4. KUMPULAN SASARAN 15
5. PELAN TINDAKAN
5.1. Prosedur Tindakan 185.2. Langkah Perlaksanaan 19
6. CARA PENGUMPULAN DATA
6.1. Pemerhatian 226.2. Soal Selidik 236.3. Ujian 23
7. ANALISIS DAN HURAIAN DATA
7.1. Soal Selidik 247.2. Ujian Pra Dan Pos 307.3. Pemerhatian 33
8. RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN 41
9. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 44
10. RUJUKAN 47
11. LAMPIRAN 49
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
1 Analisis Pencapaian Semasa Murid Dalam Mata
Pelajaran Sains
15
2 Analisis Ciri-ciri Murid Di Dalam Kelas 16
3 Latar Belakang Keluarga Murid 17
4 Analisis Jawapan Murid Terhadap Soalan Kaji selidik
Sebelum Kajian Dijalankan
25
5 Analisis Jawapan Murid Terhadap Soalan Kaji Selidik
Selepas Kajian Dijalankan
26
6 Keputusan Ujian Pra 31
7 Keputusan Ujian Pos 31
8 Keputusan Ujian Pos Kedua 32
9
10
11
Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Murid Semasa sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Dalam Kelas
Sebelum Kaedah Kajian Dijalankan
Ciri-ciri Murid selepas Pemerhatian Dijalankan
Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Murid Semasa sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains di Dalam kelas
selepas Kajian Dijalankan
34
36
37
ix
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1 Contoh Peta Minda Kosong Pertama Yang Diedarkan 20
2 Contoh Peta Minda Kosong Kedua Yang Diedarkan 21
3 Graf Pencapaian Murid Dalam 3 Ujian 32
4 Contoh Nota Murid Sebelum Kajian Dijalankan 39
5 Contoh Nota Murid Selepas Kajian Dijalankan 40
x
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka Surat
1 Soalan Subjektif Sebelum dan Selepas intervensi 64
2 Soalan Objektif Ujian Selepas intervensi 65
3 Borang Soal Selidik 66
4 Catatan Pemerhatian Kajian Tindakan 67
5 Rekod pencapaian murid 68
6 Surat akuan persetujuan peserta menyertai Kajian
Tindakan
69
xi
1.0 PENDAHALUAN
1.1. Pengenlan
Peta minda merupakan salah satu teknik yang digunakan bagi meningkatkan
daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau ‘subconscious mind’.
Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea
penting diletakkan di tengah-tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, warna dan sebagainya. Teknik ini merupakan kaedah yang berkesan untuk
mendapatkan semula maklumat daripada ingatan bagi ditukarkan kepada bentuk
yang boleh dilihat.
Teknik peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan (1974) dan
diperkenalkan dalam bukunya yang bertajuk ‘Use Your Head’. Idea ini terhasil
semasa beliau masih belajar di universiti di mana prestasi pembelajarannyabeliau
agak rendah walaupun beliau telah membuat banyak nota belajar.Bagi
menyelesaikan masalah tersebut, beliau mula mengkaji fungsi otak manusia dan
mendapati.nota-nota yang bercelaru dan tidak menarik dengan tiada warna dan
bentuk telah menyebabkan pembelajarannya tidak efektif. Beliau kemudiannya telah
mereka satu bentuk nota dengan ringkasan dan memadatkan nota-nota ke dalam kata
kunci utama serta konsep yang pada masa sekarang dikenali sebagai “Peta
Minda”.Buzan juga menyatakan bahawa teknik pembelajaran secara linear atau satu
hala adalah satu teknik yang salah kerana otak manusia terikat dan tidak dapat
dikembangkan.Teknik pembelajaran Peta Minda membolehkan kita melihat imej dan
jalinan-jalinan pengetahuan secara serentak.Dengan ini ia sekaligus memudahkan
pembaca mengingati sejumlah maklumat dalam masa yang singkat dan dapat
mengembangkan idea-idea dengan lebih kreatif dan inovatif.
1
Teknik peta minda ini adalah sangat efektif kerana otak manusia
memerlukan imej, warna dan perkara-perkara yang menarik untuk meningkatkan
daya ingatan dan imaginasi seseorang .Satu statistik ringkas mendedahkan manusia
melupakan 80 peratus daripada maklumat terperinci bahan yang dipelajari dalam
tempoh 24 jam.Manusia dikatakan makhluk yang ‘image and visually oriented’ dan
mereka banyak belajar melalui penglihatan. (Pulley 1952). Walaupun mereka
mendengar dan membaca, namun apa yang didengar dan dibaca biasanya akan
divisualkan dalam pemikiran bagi mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas.
Teknik peta minda ini boleh dijadikan peransang untuk mengembangkan keupayaan
otak supaya sesuatu perkara dapat difahami dan dikuasai dalam masa yang singkat.
Perkara yang paling penting dalam pendidikan atau dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah kefahaman murid tentang isi pengajaran dan pembelajaran
yang diajar dan dibentangkan oleh guru. Oleh itu, kajian tindakan ini cuba untuk
merungkaikan segala permasalahan teknik pengajaran dan pembelajaran kepada
dunia pendidikan supaya satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif
dapat dijalankan.
Teknik peta minda ini sangat sesuai diaplikasikan dalam sistem pendidikan
kita di mana murid-murid memerlukan kaedah atau cara yang sesuai untuk mereka
menghafal dan mengingati isi-isi pembelajaran mereka seterusnya mengembangkan
idea-idea menerusi daya imaginasi mereka. Melalui peta minda, mereka boleh
melakar nota dan isi pelajaran dalam satu imej bagi membolehkan mereka
mengembangkan maklumat-maklumat mereka tanpa had dan tidak terikat kepada
sesuatu perkara sahaja seperti pemikiran linear.
2
Oleh yang demikian, teknik peta minda ini seharusnya diaplikasikan kepada
murid dalam semua mata pelajaran kerana teknik ini sangat sesuai dan memudahkan
pelajar mengingat dan menguasai sesuatu konsep yang dipelajarinya di samping
membolehkan mereka melakukan percambahan idea melalui lakaran peta minda
yang menarik.
1.2. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang sangat menarik.
Walau bagaimanapun kebanyakkan murid menganggap matapelajaran ini amat susah
dan membosankan. Situasi ini berlaku disebabkan oleh kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan efektif. Muridakan
menganggap sesuatu itu susah apabila mereka tidak memahami apa yang mereka
pelajari, ataupun tidak dapat mengingati perkara, teori dan fakta yang sepatutnya
mereka ingat dengan sebaiknya. Masalah-masalah sebegini sememangnya akan
melemahkan semangat murid-murid untuk belajar mata pelajaran ini.
Berdasarkan pengalaman saya mengajar selama 11 tahun dalam mata
pelajaran Sains, Saya dapati kebanyakan murid tidak memberikan sepenuh perhatian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan inilah mendorong kepada
keputusan yang agak lemah dan mengecewakan.
3
Berdasarkan pemerhatian saya, ke atas murid Tahun Empat di Sek.Keb. Kpg.
Penibong Daro, murid ini tidak dapat memberikan sepenuh perhatian mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran kerana sudah timbul perasaan tidak minat
terhadap mata pelajaran ini. Apabila berada di tahap dua iaitu bermula di Tahun
Empat, mereka merasakan mata pelajaran Sains sangat sukar untukdifahami dan
dikuasai.
Selain itu, didapati kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sains juga tidak memberi ruang kepada mereka untuk
mengembangkan idea dengan lebih luas. Mereka hanya menyalin nota daripada guru
dan menjawab soalan-soalan yang diberikan kepada mereka.Aktiviti seperti ini
sebenarnya sebenarnya tidak cukup untuk mengembangkan idea mereka malah
memberi tekanan kepada mereka. Apabila murid tertekan untuk belajar, mereka tidak
akan dapat memberi kerjasama dan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas.
Di samping itu, saya juga dapat mengesan beberapa konsep dan idea yang
salah yang telah difahami oleh murid.Hal ini menunjukkan ketidakprihatinan guru
untuk menyedari dan mengesan bahawa terdapat dikalangan murid memahami atau
berpegang pada konsep dan idea yang salah.Perkara sebegini seharusnya tidak
berlaku dan guru bertanggung jawab untuk memastikan semua muridnya memahami
sesuatu konsep dan idea itu dengan betul.
4
Kesemua perkara negatif ini menggambarkan punca berlakunya masalah ini
terjadi dan menjawab persoalan mengapa prestasi murid Tahun Empat di
Sek.Keb.Kpg. Penibong Daro begitu mengecewakan.Faktor-faktor ini haruslah
dibendung dan satu mekanisme untuk meningkatkan prestasi murid harus
dilaksanakan kerana mereka sangat berpotensi untuk berjaya jika minda mereka
dapat dibuka dan dikembangkan dengan lebih luas.
Oleh yang demikian, saya telahcuba mengubah konsep atau teknik proses
pengajaran dan pembelajaran ini supaya dapat membantu murid meningkatkan
prestasi mereka dalam mata pelajaran Sains.
1.3. Refleksi Nilai Pendidikan
Sistem pendidikan di Malaysia adalah lebih berpusatkan kepada peperiksaan
di mana prestasi dan keupayaan murid dalam pelajaran diukur melalui peperiksaan
yang selaras di seluruh negara. Dasar ini memerlukan murid memahami dan
menguasai perkara-perkara yang mereka pelajari dengan baik supaya mereka
mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.
Pelbagai altenatif dan teknik telah dilaksanakan dalam bidang pendidikan di
sekolah untuk memastikan setiap murid menguasai isi pelajaran yang diajar
seterusnya cemerlang dalam peperiksaan. Antara teknik yang berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah teknik penggunaan peta minda. Secara
umumnya, peta minda adalah teknik atau cara membuat nota ringkas namun padat.
Teknik ini sebenarnya sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman dalam
sesuatu tajuk secara menyeluruh.Hal ini kerana, satu peta minda yang dibina boleh
merangkumi keseluruhan sesuatu topik yang mereka pelajari.
5
Teknik ini adalah sangat berkesan dan dapat menjimatkan masa murid untuk
menguasai sesuatu tajuk dalam pelajaran mereka. Mereka juga akan dapat
mengulang kaji tajuk tersebut dengan lebih mudah dan memberi keyakinan kepada
mereka untuk menghadapi soalan-soalan peperiksaan.
Teknik penggunaan Peta minda juga membolehkan murid mengembangkan
daya pemikiran mereka dengan lebih luas. Teknik ini akan melatih murid supaya
berfikir secara kreatif dan kritis untuk melahirkan idea-idea baru melalui imaginasi
mereka. Ini kerana, dalam aktiviti melakar peta minda mereka mempunyai ruang
untuk menzahirkan idea-idea mereka yang berkaitan dengan tajuk yang mereka
pelajari. Percambahan idea ini juga akan membantu meningkatkan pemahaman
murid.
Perkara yang paling penting dalam sistem pendidikan yang berpusatkan
peperiksaan ialah daya ingatan. Peta minda adalah satu cara yang sangat efektif
untuk memudahkan murid menghafal dalam masa yang singkat. Teknik ini sangat
berguna kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan yang sememangnya akan
menguji daya ingatan mereka.
Justeru itu, peta minda merupakan salah satu teknik yang boleh diaplikasikan
secara menyeluruh dalam bidang pendidikan kerana keberkesanannya akan
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran seterusnya memartabatkan
sistem pendidikan negara kita.
6
2.0. FOKUS KAJIAN
2.1. Isu Kajian
Peranan utama seorang guru adalah untuk memastikan murid-muridnya
menguasai keseluruhan perkara yang mereka pelajari dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Seorang guru yang baik seharusnya mempunyai pelbagai
teknik untuk memastikan objektif pelajaran mereka tercapai.Selain itu, teknik
pengajaran dan pembelajaran yang menarik pasti akan mendapat perhatian murid.
Disamping itu, guru haruslah mengembangkan pemikiran murid supaya dapat
memberikan idea-idea yang bernas bagi memastikan percambahan pemikiran
sentiasa berlaku di dalam kelas.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mengajar semasa berada di kelas
Tahun Empat di Sek.Keb. Kpg. Penibong Daro, saya dapat melihat pelbagai reaksi
murid semasa mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Semasa mengajar tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan” tajuk
pertama dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Tahun Empat,
saya mendapati terdapat beberapa orang murid tidak begitu berminat untuk belajar
dan langsung tidak memberikan perhatian kepada apa yang saya ingin sampaikan di
depan kelas. Mereka hanya membuat kerja mereka sendiri dan ada murid yang
berbual dan bertindak menganggu murid lain yang ingin belajar. Hal ini merupakan
satu masalah besar kepada saya kerana kumpulan murid ini bukan sahaja tidak
memberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran, malah mereka turut
mengganggu murid lain.
7
Selain itu, saya juga telah menguji tahap kefahaman mereka dengan
bertanyakan beberapa soalan berkenaan tajuk yang mereka sedang pelajari iaitu
‘Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan’.Tahap kefahaman mereka adalah
sangat rendah kerana mereka memberikan reaksi yang negatif semasa saya
bertanyakan soalan kepada mereka. Situasi ini menunjukkan bahawa mereka tidak
memahami dengan sepenuhnya apa yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Saya juga beranggapan murid ini mempunyai masalah dalam mengingati dan
menghafal maklumat penting yang terdapat dalam tajuk ini. Tidak dinafikan tajuk
“Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan” ini sangat memerlukan daya
ingatan yang kuat kerana terdapat perkara dan maklumat yang perlu mereka ingat
bagi menguasai tajuk ini. Sebagai contoh, murid perlu mengingati semua proses
hidup yang dihadapi oleh manusia, haiwan dan tumbuhan yang mana proses hidup
tiga hidupan ini ada yang mempunyai persamaan dan ada juga yang berbeza.
Didapati kebanyakan murid ini mempunyai masalah untuk mengingat dan
memahami sepenuhnya apa yang dipelajari.
Saya juga telah membuat pemerhatian terhadap buku-buku nota murid dan
mendapati kaedah penghasilan nota mereka hanyalah menyalin daripada ringkasan
yang ditulis oleh guru di papan tulis dan ringkasan yang terdapat di dalam buku
teks.Saya beranggapan bahawa nota-nota tersebut langsung tidak digunakan oleh
murid bagi mengulang kaji pelajaran mereka kerana kaedah penghasilan nota seperti
itu adalah kurang menarik dan sangat tidak efektif.
8
Berdasarkan pemerhatian atau tinjauan secara kasar ini saya telah
menyenaraikan beberapa masalah yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dan menjadikannya tidak menarik dan efektif. Masalah-masalah
tersebut ialah:
Murid tidak memberi perhatian yang sepenuhnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tahap pemahaman murid dalam tajuk “Proses Hidup Manusia,
Haiwan Dan Tumbuhan” adalah pada tahap yang rendah.
Murid tidak dapat mengingat maklumat yang penting dengan baik.
Penghasilan dan pengolahan nota murid sangat tidak menarik.
2.2. Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian
Setelah mengenal pasti beberapa permasalahan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan dan Tumbuhan ini, saya
ingin menganalisis permasalahan-permasalahan tersebut di dalam kajian tindakan ini
bagi merungkai dan menyelesaikan masalah-masalah ini supaya prestasi dan
pencapaian murid Tahun Empat Di Sek. Keb.Kpg. Penibong Daro meningkat.
9
Salah satu kaedah yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
mengenai permasalahan yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ini adalah dengan membuat permerhatian. Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 1 jam.Satu senarai
semak tingkah laku murid juga telah disediakan untuk memudahkan pemerhatian
dijalankan.Segala tingkah laku murid dan reaksi murid semasa mereka berada di
dalam kelas telah direkodkan dan dianalisis di dalam satu jadual. Berdasarkan
pemerhatian yang dijalankan, beberapa orang murid kelihatan tidak berminat untuk
belajar dan tidak memberikan perhatian terhadap apa yang guru sampaikan.
Mereka hanya membuat kerja mereka sendiri dan ada murid yang berbual dan
bertindak menganggu murid lain yang ingin belajar. Hal ini merupakan satu masalah
besar kepada guru kerana kumpulan murid ini bukan sahaja tidak memberi perhatian
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan menganggu murid yang ingin belajar
bahkan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya terganggu.
Pemerhatian juga telah dijalankan terhadap buku nota murid.Buku-buku nota
murid telah dikumpulkan dan dibuat pemerhatian bagu tujuan melihat kaedah
penghasilan nota pelajaran mereka.Berdasarkan semakan dan pemerhatian yang telah
dijalankan, kebanyakan nota-nota tesebut hanyalah disalin daripada ayat di dalam
buku teks dan apa yang telah ditulis oleh guru di papan tulis. Nota-nota tersebut
didapati tidak menarik dan kurang efektif bagi tujuan untuk mengulang kaji
pelajaran.Didapati murid hanya menyediakan nota kerana mematuhi arahan daripada
guru.Mereka tidak menggunakan nota mereka itu sebagai bahan ulang kaji mereka.
10
Selain itu, kaedah soal selidik juga turut digunakan untuk mendapatkan
maklumat mengenai minat murid terhadap mata pelajaran Sains.Beberapa item
soalan telah diedarkan kepada murid yang berkenaan bagi mendengar pandangan
mereka terhadap mata pelajaran Sains dan pendapat mereka terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran Sains di dalam kelas.Berdasarkan pendapat murid melalui soalan-
soalan kaji selidik, didapati sebilangan besar murid tidak meminati mata pelajaran
Sains dan mereka beranggapan mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang
sukar untuk difahami dan dikuasai.Pemikiran yang negatif ini telah menyebabkan
mereka langsung tidak mahu berusaha untuk belajar dan memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru.Perkara ini merupakan faktor utama kepada tingkah laku
negatif yang menjadi tabiat beberapa orang murid ini di dalam kelas.
Kaedah ujian juga turut dilaksanakan bagi tujuan menganalisis masalah
mereka.Selain ujian secara lisan, murid juga telah diberikan ujian secara bertulis bagi
menguji pemahaman mereka terhadap tajuk yang mereka pelajari.Ujian secara lisan
dilakukan melalui sesi perbincangan di mana guru bertanyakan beberapa soalan
kepada murid.Berdasarkan kaedah ini, kebanyakkan murid tidak dapat memberikan
jawapan atau idea yang betul mengenai tajuk yang dipelajari.Melalui ujian bertulis
pula, murid telah diberikan beberapa item soalan berkaitan topik yang dipelajari dan
markah untuk ujian ini telah direkodkan.Berdasarkan, reaksi dan pencapaian murid
dalam ujian yang dijalankan, masalah utama yang dapat dikesan ialah mereka masih
lagi gagal untuk memahami dan menguasai dengan sepenuhnya isi pelajaran di
dalam tajuk berkenaan.
11
Selain itu juga, masalah yang dapat dikesan ialah murid tidak dapat
mengingat kata kunci yang perlu mereka hafal.Masalah ini berlaku kerana mereka
masih lagi tidak menemui dan mengaplikasikan satu mekanisme yang dapat
meningkatkan kefahaman mereka dan membantu mereka mengingat maklumat
penting dengan lebih efisyen.
Kesimpulanya,semuapermasalahan yang telah dianalisis ini adalah menjadi
faktor kepada prestasi dan pencapaian murid yang lemah dalam mata pelajaran Sains.
Perkara yang menjadi punca masalah ini merupakan fokus utama kajian supaya
ianya dapat diatasi seterusnya dapat meningkatkan pemahaman murid dan
pencapaian mereka dalam matapelajaran sains.
12
3.0. OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian yang saya jalankan ini mempunyai beberapa objektif yang perlu
dicapai untuk memastikan keberkesanan teknik peta minda ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara objektif kajian ini ialah :
3.1.1. Objektif umum
Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk “Proses Hidup Manusia, haiwan
Dan Tumbuhan”.
3.1.2 Objektif khusus
Menarik perhatian murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan”.
Memperkenalkan satu kaedah belajar yang efektif dengan
menghasilkan nota ringkas bagi tajuk ini melalui teknik peta minda.
Merangsang murid mengembangkan idea mereka melalui aktiviti
perbincangan untuk menghasilkan pembinaan peta minda yang
ringkas dan menyeluruh.
Memudahkan murid mengingat dan memahami maklumat penting
dalam tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan” dengan
memggunakan kaedah peta minda yang menarik dan lebih efektif.
13
3.2 Soalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai dan diselesaikan dalam
kajian tindakan ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah :
Adakah kaedah peta minda dapat menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tajuk”Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan”.
Adakah aktiviti pembinaan peta minda akan menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih efektif.
Adakah teknik peta minda dapat mengembangkan idea-idea mereka untuk lebih
mengetahui dan memahami tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan dan Tumbuhan”.
Adakah kaedah peta minda dapat membantu murid menghafal item-item dalam tajuk
“Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan”.
14
4.0. KUMPULAN SASARAN
Bagi menjalankan kajian ini, saya telah memilih 10 orang murid sebagai
peserta untuk kajian ini.Murid tersebut adalah daripada 18 orang murid Tahun 4
Sek.Keb.Kpg. Penibong Daro. 10 orang murid tersebut terdiri daripada lima orang
murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Pemilihan murid adalah berdasarkan
pemerhatian di dalam kelas dan pencapaian semasa mereka dalam mata pelajaran
Sains.
Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah mendapatkan sedikit maklumat
mengenai murid ini.
Jadual 1: Analisis Pencapaian Semasa Murid Dalam Mata Pelajaran Sains
GREDBILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)
LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
A 0 0 0 0 0
B 0 0 0 0 0
C 3 2 16.67 11.11 27.78
D 2 3 11.11 16.67 27.78
Jadual menunjukkan pencapaian semasa murid dalam mata pelajaran Sains.
Pencapaian mereka ini adalah kurang memuaskan kerana tidak ada seorang pun di
kalangan murid yang mendapat A dan B. Peratus bilangan murid untuk gred A dan B
adalah 0%. Kebanyakkan murid hanya memperolehi gred C iaitu sebanyak 27.78%
peratus.Ini bermakna sebahagian besar murid di dalam kelas Tahun Empat di
Sek.Keb. Kpg. Penibong Daro tidak menguasai apa yang telah mereka pelajari.
15
Selain pencapaian semasa murid, satu lagi faktor yang diambil kira dan
diperhatikan ialah karaktor murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sains
berlangsung.
Jadual 2 : Analisis Ciri-Ciri Murid Di Dalam Kelas
KARAKTOR
BILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)
LELAKI
PEREMPUAN
LELAKI
PEREMPUAN
AKTIF 2 2 20 20 40
PASIF 3 3 30 30 60
Berdasarkan jadual di atas, terdapat 2 karaktor yang ditunjukan oleh murid
ketika berada di dalam kelas. Kebanyakkan murid adalah murid yang pasif iaitu
60% daripada merekayang terdiri daripada 30% murid lelaki dan 30% murid
perempuan adalah murid yang pasif. Hanya 40 peratus daripada mereka adalah murid
aktif yang terdiri daripada 20% murid lelaki dan 20% murid perempuan.
Selain itu, latar belakang murid juga telah dikaji berdasarkan fail-fail peribadi
murid di sekolah.Jadual di bawah menunjukkan pekerjaan ibu atau bapa murid yang
mengambarkan latar belakang keluarga murid.
16
Jadual 3: Latar Belakang Keluarga Murid
PEKERJAAN IBU/BAPA
BILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)
LELAKI
PEREMPUAN
LELAKI
PEREMPUAN
KAKITANGAN AWAM
2 0 20 0 20
PETANI/NELAYAN
2 4 20 40 60
LAIN-LAIN 1 1 10 10 20
Jadual menunjukkan analisis pekerjaan bapa murid yang mengambarkan latar
belakang mereka. Hanya terdapat tiga jenis pekerjaan yang menjadi sumber
pendapatan keluarga murid iaitu .Lebih daripada separuh murid adalah daripada
keluarga petani atau nelayan iaitu sebanyak 60%. Manakala 20% daripada murid
adalah anak kepada kakitangan awam yang bekerja sebagai Pembantu Pengurusan
Murid (PPM) dan penyelia asrama dan dan 20% pula merupakan anak kepada bapa
yang bekerja sebagai kelasi kapal dan peniaga kecil-kecilan. Latar belakang keluarga
mempengaruhi perkembangan dan prestasi murid dalam pelajaran.Peranan ibubapa
adalah sangat besar untuk memastikan anak-anak mereka sentiasa berusaha untuk
maju dalam pelajaran.Berdasarkan jadual, kebanyakkaan ibubapa murid-murid ini
adalah petani atau nelayan yang sememangnya mempunyai tahap pendidikan yang
agak rendah. Para ibubapa ini tidak terlalu menekan anak-anak mereka untuk belajar
dan mengulangkaji pelajaran semasa berada di rumah
17
5.0. TINDAKAN
5.1. Prosedur Tindakan
18
Tinjauan dan menguji tahap pengetahuan murid berkenaan tajuk ‘Proses Hidup Manusia,
Haiwan Dan Tumbuhan” secara soal jawab lisan di dalam kelas.
Menjalankan sesi perbincangan berkenaan tajuk ‘Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan’ semasa sesi pengajaran. Kaedah ‘brain storming’ digunakan dan idea-idea
dirajahkan ke dalam peta minda.
Aktiviti menyediakan nota peta minda paling menarik diadakan.
Mengedarkan peta minda kosong dengan tajuk “Proses Hidup Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan” dan merangkumi keseluruhan tajuk ini.
Mengedarkan beberapa peta minda kosong dengan tajuk utama peta minda telah ditetapkan iaitu subtopik yang terdapat dalam tajuk “Proses Hidup”.
5.2 Langkah Perlaksanaan
Saya memulakan kajian tindakan ini dengan mengadakan sedikit
perbincangan dengan beberapa orang guru mengajar kelas tersebut.Kebanyakan
mereka bersetuju dengan cadangan saya untuk memilih tajuk “Proses Hidup
Manusia, Haiwan Dan tumbuhan memandangkansaya yang lebih arif tentang mata
pelajaran sains di sekolah tersebut dan mereka telah meneliti dan mendengar
cadangan saya satu persatu. Kebanyakan guru lain juga bersetuju memandangkan
sub topic tajuk ini mempunyai pecahan kepada tiga sub topic iaitu tentang proses
hidup manusia, proses hidup haiwan dan proses hidup tumbuhan..
Pada peringkat permulaan, Saya membuat sedikit pemerhatian terhadap
murid semasa sesi pengajaran sains di dalam kelas. Saya juga cuba mengenali dan
mendekati mereka untuk mendapatkan gambaran awal mengenai mereka sebelum
menjalankan kajian ini. Satu ujian secara lisan juga telah dijalankan untuk menguji
tahap pengetahuan sedia ada murid berkenaan dengan tajukk ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian ini adalah untuk mendapatkan
gambaran kasar mengenai pemahaman murid terhadap tajuk ini. Pemerhatian ini
akan menunjukkan kumpulan murid yang lemah daripada kelas ini.
19
Selepas mendapat sedikit maklumat mengenai pemahaman murid, saya telah
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi sedikit penerangan
mengenai tajuk ini.Penerangan adalah berdasarkan DSKP dan buku teks yang telah
disediakan.Kaedah ‘brain storming’ juga telah dilaksanakan untuk menarik minat
murid memberikan idea mereka dan idea-idea tersebut dirajahkan ke dalam peta
minda yang dilukis di hadapan kelas.Aktiviti ini dapat menarik menarik minat murid
untuk memberi respon supaya idea-idea mereka tercatat di dalam peta minda yang
disediakan.Melalui aktiviti ini juga, murid dapat mencari kata kunci yang perlu
difahami dan diingati untuk menguasai tajuk ini.
Seterusmya, apabila murid telah dapat menunjukkan pemahaman mereka
dengan baik, beberapa peta minda kosong telah diedarkan dengan tajuk peta mnda itu
telah ditetapkan.Tajuk tersebut adalah subtopik dalam tajuk ‘Proses Hidup’.Contoh
peta minda kosong yang diedarkan adalah seperti di bawah.
Rajah 1 : Contoh Peta Minda Kosong Pertama Yang Diedarkan .
20
Proses Hidup Manusia
Murid dikehendaki melengkapkan peta minda tersebut dengan kata kunci
berdasarkan perbincangan yang telah dibuat.Selepas mereka berjaya melengkapkan
peta minda kosong tersebut, satu lagi peta minda kosong diedarkan dan peta minda
ini merupakan peta minda untuk keseluruhan tajuk.Tajuk peta minda kosong ini juga
telah ditetapkan dengan “Proses Hidup”.Contoh peta minda kosong yang diedarkan
adalah seperti di bawah.
Rajah 2 : Contoh Peta Minda Kosong Kedua Yang Diedarkan.
Selepas murid berjaya melengkapkan peta minda yang diedarkan ini, murid
dikehendaki menyediakan nota ringkas mereka sendiri untuk tajukk “Proses Hidup
Manusia, Haiwan Dan Tumbuhan” ini dengan menggunakan kaedah peta minda.Satu
aktiviti membina peta minda paling menarik dan ringkas telah diadakan untuk
meningkatkan pengetahuan, pemahaman, aktiviti pengukuhan motivasi murid.
21
PROSES HIDUP
Seterusnya penambahbaikan telah di lakukan di dalam sesi perbincangan di
dalam kelas di mana murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk
melakukan proses ‘brain storming’. Setiap kumpulan akan dianggotai tiga orang
murid kecuali satu kumpulan seramai empat orang dan mereka dikehendaki
menyediakan rajah peta minda kumpulan mereka berdasarkan subtopik yang
diberikan oleh guru. Setiap kumpulan juga perlu membentangkan hasil kerja mereka
kepada kelas.
22
6.0 CARA MENGUMPUL DATA
6.1 Pemerhatian
Semasa menjalankan kajian tindakan ini beberapa kaedah untuk mengumpul
data telah dijalankan yang meliputi kaedah pengumpulan data kualitatif dan
kuantitatif. Salah satu cara pengumpulan data kualitatif yang digunakan ialah
pemerhatian. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai
cara murid belajar dan reaksi mereka semasa di dalam kelas. Kaedah ini dijalankan
dengan melihat reaksi mereka semasa sesi perbincangan dan melakukan aktiviti
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sains berlangsung di dalam kelas.Satu
senarai semak telah disediakan supaya pemerhatian yang dijalankan lebih spesifik
dan berfokus.Segala keputusan pemerhatian telah direkodkan ke dalam sebuah
jadual.
Satu perkara yang diperhatikan juga dalam kajian ini adalah penghasilan nota
murid untuk mata pelajaran Sains.Pemerhatian dijalankan dengan mengambil gambar
nota murid sebelum kajian ini dijalankan dan selepas kajian ini dijalankan.Segala
perubahan kepada bentuk nota yang dihasilkan oleh murid juga direkodkan.
23
6.2 Soal Selidik
Dalam menjalankan kajian ini, kaedah soal selidik telah dijalankan sebanyak
dua kali untuk mengetahui reaksi murid terhadap apa yang telah mereka jalankan.
Kaedah ini dijalankan dengan mengedarkan kertas yang mengandungi 5 item
soalan.Soalan-soalan yang disediakan ialah adalah soalan jenis tertutup iaitu murid
hanya perlu menjawab ya atau tidak sahaja.
Soalan yang diajukan adalah untuk mengukur minat murid terhadap mata pelajaran
Sains, pendapat mereka mengenai keadaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dan kaedah belajar yang mereka gunakan. Segala jawapan murid ini telah direkodkan
dan dianalisis untuk mendapat gambaran sebenar apa yang murid hadapi di dalam
pembelajaran mereka.
6.3 Ujian
Kaedah ujian juga turut digunakan dalam kajian ini untuk mengukur tahap
kefahaman murid dalam tajuk ini.Tiga ujian telah dijalankan iaitu ujian pra, ujian pos
pertama dan ujian pos kedua.Ujian pra adalah untuk menguji tahap kefahaman murid
sebelum kaedah dalam kajian ini diaplikasikan kepada murid.ujian pos pertama pula
telah dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan teknik peta minda yang
dijalankan dalam kajian ini manakala ujian pos kedua pula adalah untuk mengukur
penambahbaikan yang dilakukan ke atas teknik tersebut. Ujian-ujian ini adalah untuk
membuktikan sama ada teknik peta minda yang dijalankan melalui kajian ini
berkesan ataupun sebaliknya.
24
7.0 ANALISIS DATA
7.1 Soal Selidik
Salah satu instrument yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soal
selidik.Kaedah ini telah digunakan sebanyak 2 kali iaitu sebelum dan selepas kaedah
peta minda digunakan.Terdapat 5 soalan yang diajukan kepada murid untuk
mendapatkan maklumat dan reaksi daripada murid.Soalan yang digunakan adalah
soalan jenis tertutup iaitu murid hanya perlu memilih jawapan ya atau tidak sahaja.
Instrumen ini adalah untuk menilai perubahan persepsi atau reaksi murid terhadap
kaedah peta minda yang diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Jadual analisis terhadap jawapan murid untuk soalan-soalan kaji selidik yang
disediakan adalah seperti berikut:
Jadual 4: Analisis Jawapan Murid Terhadap Soalan Kaji Selidik Sebelum Kajian Dijalankan
BIL ITEM SOALAN BILANGAN MURID BILANGAN MURIDYA PERATUS % TIDAK PERATUS %
1 Adakah anda meminati mata pelajaran Sains? 4 40 6 60
2 Adakah anda suka belajar sains di dalam kelas? 4 40 6 60
3 Adakah anda membuat nota sendiri untuk subjek
sains?0 0 10 100
4 Adakah anda memahami sepenuhnya pengajaran
guru sains anda di dalam kelas?
0 0 10 100
5 Adakah anda tahu mengenai peta minda? 0 0 10 100
25
Jadual 5: Analisis Jawapan Murid Terhadap Soalan Kaji Selidik Selepas Kajian Dijalankan
BIL ITEM SOALAN BILANGAN MURID BILANGAN MURIDYA PERATUS % TIDAK PERATUS %
1 Adakah anda meminati subjek sains? 8 80 2 20
2 Adakah anda suka belajar sains di dalam kelas? 6 60 4 40
3 Adakah anda membuat nota sendiri untuk subjek
sains?4 40 6 60
4 Adakah anda memahami sepenuhnya pengajaran
guru sains anda di dalam kelas?
4 40 6 60
5 Adakah anda tahu mengenai peta minda? 10 100 0 0
Item pertama:
Adakah anda meminati mata pelajaran Sains?
Item soalan ini adalah untuk mengkaji minat murid terhadap mata pelajaran
Sains.Sebelum kajian dijalankan, 60% murid telah menjawab tidak. Ini menunjukkan
60% ini tidak berminat dengan mata pelajaran Sains kerana mereka telah
menganggap subjek ini adalah susah dan kompleks. Hanya 40% murid sahaja yang
menjawab ya iaitu menunjukkan mereka berminat untuk belajar Sains.
26
Selepas kajian iaitu kaedah peta minda dijalankan, peratusan murid yang
meminati mata pelajaran Sains telah meningkat kepada 80%.Keadaan ini
menunjukkan kaedah peta minda ini telah berjaya menarik minat murid terhadap
mata pelajaran Sains.Walau bagaimanapun, masih terdapat 20% murid yang masih
lagi tidak berminat dengan mata pelajaran Sains. Situasi ini berlaku kerana dua orang
murid ini masih lagi tidak memahami cara menghasikan dan menggunakan kaedah
peta minda dalam pembelajaran Sains
Item kedua:
Adakah anda suka belajar Sains di dalam kelas?
Item soalan ini adalah untuk mengetahui keadaan dan pendapat murid tentang
keadaan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sains di jalankan.
Sebelum kaedah peta minda ini dijalankan 60% murid tidak menyukai sesi
pembelajaran Sains di dalam kelas dan hanya 40% murid yang menyatakan mereka
menyukai pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam kelas. Statistik ini
menunjukkan kebanyakkan murid tidak begitu selesa dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Sains di dalam kelas.
Selepas teknik peta minda ini diaplikasikan, data menunjukkan peratusan
bilangan murid yang menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran Sains ini semakin
meningkat. 60% murid telah memberi reaksi positif kepada sesi pembelajaran dan
pengajaran Sains dan 40% yang masih tidak berminat dengan proses pengajaran
sains di dalam kelas. Perubahan ini menunjukkan bahawa kaedah peta minda yang
diaplikasikan telah menarik minat murid untuk belajar dan memberi tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
27
Item ketiga:
Adakah anda membuat nota sendiri untuk matapelajaran sains?
Item soalan ini adalah untuk mengetahui kaedah murid belajar dan cara
mereka mengulang kaji pelajaran mereka. Soalan ini adalah berkenaan denga nota
murid dalam mata pelajaran Sains.Sebelum kajian ini dijalankan, tidak terdapat
murid yang mempunyai inisiatif untuk menyediakan nota mereka sendiri sebagai
bahan untuk mereka mengulang kaji pelajaran.Kesemua mereka hanya menggunakan
apa yang mereka dapat daripada guru untuk mengulang kaji mata pelajaran Sains. Ini
menunjukkan murid masih tidak tahu cara membuat nota mereka sendiri selain
menyalin apa yang guru berikan di dalam kelas.
Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid mula mengetahui cara membuat
nota ringkas mereka sendiri. Data menunjukkan berlakunya perubahan dan
peningkatan kepada jumlah murid yang membuat nota mereka sendiri. 40% murid
telah memahami dan mengaplikasikan kaedah peta minda ini untuk menyediakan
nota ringkas mereka sendiri manakala 60% murid masih lagi tidak dapat
mengaplikasikan kaedah ini sebagai cara membuat nota ringkas mereka sendiri
kerana mereka masih lagi terikut dengan gaya lama iaitu hanya menyalin daripada
buku teks dan menunggu arahan dari guru.
28
Item keempat:
Adakah anda memahami sepenuhnya pengajaran guru Sains di dalam kelas?
Item soalan ini adalah untuk mendapatkan reaksi murid terhadap
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka untuk mata pelajaran
Sains. Sebelum kaedah peta minda digunakan, tiada murid yang memberikan reaksi
positif yang menyatakan mereka memahami sepenuhnya isi pelajaran mata pelajaran
Sains di dalam kelas. Ini bermakna 100 peratus murid tidak memahami sepenuhnya
pengajaran guru Sains di dalam kelas.Hal ini menunjukkan kaedah dan aktiviti yang
dijalankan adalah tidak sesuai dan kurang efektif untuk tajuk ini.
Apabila kaedah peta minda digunakan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains, berlaku peningkatan terhadap kefahaman murid tentang isi
pengajaran yang mereka pelajari di dalam kelas. Data menunjukan peningkatan agak
mendadak iaitu daripada 0% kepada 40%.Perkara ini menunjukkan keberkesanan
teknik peta minda ini sebagai kaedah dan aktiviti yang digunakan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam kelas.
29
Item kelima:
Adakah anda tahu mengenai peta minda?
Item soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap
peta minda.Walaupun peta minda adalah satu teknik belajar yang telah lama
diperkenalkan tetapi masih ramai muri-murid yang tidak mendapat pendedahan
mengenai teknik ini. Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan sebelum kajian
dijalankan, tidak terdapat murid yang tahu apa itu peta minda dan pembinaan peta
minda.
Kajian ini sebenarnya telah mendedahkan kepada murid mengenai peta minda
dan cara mengaplikasikannya ke dalam pembelajaran mereka. Selepas kaedah ini
dijalankan semua murid telah mengenali dan memahami apakah peta minda dan
mereka dapat menggunakannya dalam aktiviti pembelajaran mereka. 100% murid
telah menyatakan bahawa mereka mengetahui mengenai peta minda dan cara
menggunakannya.
30
7.2 Ujian Pra Dan Pos
Dalam kajian ini, instrumen ujian juga telah digunakan untuk mendapatkan
data mengenai prestasi murid seterusnya menilai pemahaman mereka terhadap tajuk
yang mereka pelajari ini.Ujian ini juga telah dijalankan sebanyak 3 kali iaitu sebelum
kajian ini dijalankan iaitu ujian pra dan ujian selepas kajian dijalankan iaitu ujian pos
satu dan ujian pos dua selepas penambahbaikkan dijalankan.Soalan untuk kedua-dua
ujian ini adalah sama supaya tahap soalan ujian ini adalah sama supaya kesan kaedah
peta minda ini dapat dinilai melaui pencapaian murid ini dengan lebih telus dan
spesifik. Jadual analisis pencapaian murid untuk ujian pra dan pos adalah seperti
berikut.
Jadual 6: Keputusan Ujian Pra
GREDBILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)LELAKI PEREMPUA
NLELAKI PEREMPUAN
A 0 0 0 0 0
B 0 0 0 0 0
C 3 2 30 20 50
D 2 3 20 30 50
Jadual 7: Keputusan Ujian Pos
GREDBILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)LELAKI PEREMPUA
NLELAKI PEREMPUAN
A 0 0 0 0 0
B 1 1 10 10 20
C 3 3 30 30 60
D 1 1 10 10 20
31
Jadual 8: Keputusan Ujian Pos Kedua
GREDBILANGAN MURID PERATUS (%) PERATUS
KESELURUHAN (%)LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
A 0 0 0 0 0
B 2 2 20 20 40
C 3 3 30 30 60
D 0 0 0 0 0
GRED A GRED B GRED C GRED D0
10
20
30
40
50
60
PRAPOS 1POS 2
Rajah 3: Graf Pencapaian Murid Dalam 3 Ujian
Graf menunjukkan prestasi murid dalam 3 ujian yang telah dijalankan iaitu
ujian pra, pos satu dan pos dua.Ujian pra telah dijalankan sebelum kaedah kajian
iaitu teknik peta minda diaplikasikan kepada murid.berdasarkan graf, tidak ada
seorang pun murid yang mendapat A dalam ketiga-tiga ujian tersebut.
32
Walau bagaimanapun, dalam ujian pos satu, 20% murid telah berjaya
mendapat gred B yang mana sebelum ini tidak terdapat murid yang mendapat gred
tersebut. Peningkatan ini menunjukkan kaedah peta minda yang digunakan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mereka telah memberi kesan kepada
pemahaman murid terhadap tajuk ini. Pencapaian murid untuk ujian pos kedua
adalah semakin meningkat walau masih tidak terdapat murid yang mendapat gred A
iaitu gred B menunjukkan peningkatan kepada 40%. Bilanagan murid yang mendapat
gred D pula semakin berkurang dan hanya tinggal 20% sahaja dalam ujian pos
dua.Dengan ini setelah kaedah peta minda diperkenal dan diperbaiki peratusan murid
yang gagal semakin menurun dan pertambahan gred yang lebih baik telah berlaku
yang mana sebelum ini tidak terdapat murid yang mendapat gred B sebelum peta
minda diperkenalkan.
Data ini menunjukkan peningkatan yang ketara apabila kaedah peta minda ini
diperkemaskan untuk lingkaran kedua dengan kaedah membuat nota diperbaiki
dengan penggunaan warna untuk meningkatkan daya ingatan murid dan
menjadikannya lebih efektif.
33
7.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai
tingkah laku murid dan reaksi mereka semasa berada di dalam kelas.pemerhatian ini
telah dilakukan sebelum kajian ini dimulakan untuk mendapatkan maklumat awal
mengenai murid yang akan menjadi murid kajian ini. Tingkah laku murid ini telah
diperhati selama 1 jam iaitu 2 masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Sains di
dalam kelas. Segala maklumat yang diperolehi telah direkodkan di dalam jadual-
jadual berikut:
Jadual 9: Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Murid Semasa Sesi Pengajaran
Dan Pembelajaran Sains Di Dalam Kelas Sebelum Kaedah Kajian Dijalankan.
BILITEM TINGKAH
LAKU YANG DIPERHATIKAN
BILANGAN MURID BILANGAN MURID % KESELURUHANLELAKI PERATUS
%PEREMPUA
NPERATUS
%
1Bercakap perkara
lain atau luar daripada tajuk
pelajaran.
2 11.11 2 11.11 22.22
2 Berangan-angan 2 11.11 2 11.11 22.22.
3 Membuat kerja lain
2 11.11 2 11.11 22.22
4Mengganggu murid lain. 1 5.56 0 0 5.56
5
Cuba menarik perhatian dengan
berjalan-jalan semasa sesi pengajaran.
1 5.56 0 0 5.56
6
Belajar, menumpukan perhatian dan terlibat aktif dalam PdP.
2 11.11 2 11.11 22.22
34
Jadual menunjukkan data analisis tingkah laku murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Sains di dalam kelas.Berdasarkan data tersebut, hanya 22.22%
sahaja murid yang menumpukan perhatian dan terlibat aktif semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.Melebihi separu iaitu 77.78% murid tidak menumpukan
perhatian dan tidak terlibat aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru.
Daripada 77.78% ini, didapati peratus murid yang bercakap atau berbual kosong,
berangan dan membuat keja lain semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan
adalah sama iaitu22.22%. Manakala murid yang menganggu murid lain dan berjalan-
jalan semasa proses pengajaran berlangsung menunjukkan peratus yang sama iaitu
5.67%. Keadaan ini menunjukkan sebilangan besar murid tidak memberi tumpuan
yang sepenuhnya kepada guru yang mengajar di depan kelas. Perkara ini adalah
disebabkan oleh kedudukan tempat duduk yang berdekatan dengan rakan karib
mereka dan punca utama ialah kegagalan guru untuk menarik perhatian mereka
semasa sesi pengajaran berlangsung.
Secara keseluruhannya, daripada pemerhatian yang telah dijalankan, tingkah
laku murid ini telah menggambarkan ciri-ciri mereka yang telah dikategorikan
kepada dua iaitu pasif dan aktif.Jadual di bawah menunjukkan analisis keseluruhan
ciri-ciri murid berdasarkan tingkah laku mereka di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains.
35
Jadual 10: ciri-ciri murid selepas pemerhatian dijalankan
BILCIRI-CIRI
MURIDBILANGAN MURID BILANGAN MURID %
KESELURUHANLELAKI PERATUS %
PEREMPUAN PERATUS %
1AKTIF.
6 35 4 10 55.56
2 PASIF 4 15 4 40 44.44
Berdasarkan jadual, majoriti murid telah menunjukkan tingkah laku aktif
iaitu sebanyak 55.56%. Ini salah satu petanda yang baik.Namun keaktifan mereka
tidak digunakan sebaik mungkin kerana tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada
sesi pengajaran yang dijalankan.44.44% peratus murid telah didapati pasif secara
kesuluruhannya.Mereka tidak mengambil bahagian apabila guru mengadakan
perbincangan dan mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti yang disediakan
oleh guru.
Berdasarkan pemerhatian juga, hanya 22.22% sahaja murid yang aktif
menggunakan keaktifan mereka dengan baik iaitu terlibat secara aktif dalam kelas
dan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Namun murid yang aktif secara baik ini tidak didedahkan dengan
kaedah atau teknik belajar yang betul.
36
Selepas kaedah kajian iaitu kaedah peta minda dijalankan, satu lagi sesi
pemerhatian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang reaksi murid
terhadap kaedah yang diaplikasikan kepada mereka dan perubahan yang telah
berlaku kepada tingkah laku mereka. Segala maklumat yang diperolehi telah
direkodkan dan dianalisis di dalam jadual berikut:
Jadual 11: analisis pemerhatian tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sains di dalam kelas selepas kaedah kajian dijalankan.
BILITEM TINGKAH
LAKU YANG DIPERHATIKAN
BILANGAN MURID BILANGAN MURID % KESELURUHANLELAKI PERATUS
%PEREMPUAN PERATUS
%
1Bercakap perkara
lain atau luar daripada topik
pelajaran.
2 11.11 0 0 11.11
2 Berangan-angan 0 0 2 11.11 11.11
3 Membuat kerja lain
0 0 0 0 0
4Mengganggu murid lain. 0 0 0 0 0
5Cuba menarik
perhatian dengan berjalan-jalan
semasa sesi pengajaran.
1 5.56 0 0 5.56
6 Belajar, menumpukan perhatian dan terlibat aktif dalam PdP.
7 38.89 6 33.33 72.22
37
Berdasarkan jadual, perubahan ketara telah berlaku selepas kaedah peta
minda ini diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Berdasarkan jadual, didapati 13 orang murid atau 72.22% murid telah mula terlibat
aktif dan menumpukan perhatian apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Ini
merupakan peningkatan yang mendadak terhadap sikap dan minat murid untuk
belajar dan tertarik dengan kaedah peta minda.Sikap-sikap negatif yang diperhatikan
menunjukkan penurunan yang ketara. Murid yang bercakap perkara lain atau luar
daripada tajuk perbincangan berkurang kepada 11.11%,, berangan-angan turun
kepada 11.11% juga dancuba menarik perhatian dengan berjalan-jalan semasa sesi
pengajaran danpembelajaran berlangsung hanya 5.56%. Manakala membuat kerja
lain dan menganggu rakan sudah tidak ada lagi iaitu 0%. Didapati peratusan
keseluruhan murid yang menunjukkan sikap negatif ini sebanyak 27.78% atau lima
orang. Saya mengenalpasti bahawa lima orang murid ini adalah murid tiga daripada
mereka merupakan murid yang mengikuti kelas pemulihan dan dua orang murid lagi
merupakan murid yang boleh dikatakan agak nakal.
Oleh hal yang demikian,kaedah peta minda yang dijalankan telah menarik
minat murid untuk belajar dan cuba memahami apa yang telah dipelajari. Mereka
juga telah memberikan idea-idea mereka yang tersendiri dan bersikap lebih kreatif.
38
Selain membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid, kaedah ini juga
telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan bentuk nota
murid dan cara murid mengolah nota mereka. Sebelum kajian ini dijalankan, buku
nota murid telah dikumpul dan satu pemehatian telah dijalankan untuk menilai teknik
murid-murid membuat nota mereka bagi mata pelajaran Sains. Selepas kajian
dijalankan, nota murid sekali lagi dikumpul untuk untuk dinilai bentuk dan gaya
olahan murid dalam nota mereka berdasarkan topik yang mereka telah belajar.
Contoh nota murid sebelum dan selepas kajian dijalankan adalah seperti berikut:
Rajah 4: Contoh nota murid sebelum kajian dijalankan
39
Rajah 5: Contoh nota murid selepas kajian dijalankan
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap nota-nota murid,
satu perubahan yang sangat ketara telah berlaku di mana jika dilihat nota murid
sebelum kajian dijalankan, murid hanya menyalin apa yang telah guru mereka tulis di
papan hitam dan apa yang mereka baca di dalam buku teks. Mereka hanya
menggunakan pensel kerana mereka masih tidak dibenarkan menggunakan alat tulis
lain. Keadaan nota mereka yang sangat tidak menarik tidak akan mampu menarik
murid-murid ini membaca semula apa yang mereka tulis. Aktiviti menyalin juga
sebenarnya tidak efektif untuk meningkatkan kefahaman murid dan meningkatkan
daya ingatan mereka.
40
Selepas kajian teknik peta minda dijalankan, bentuk nota murid telah berubah
dengan sepenuhnya. Murid tidak lagi hanya menyalin apa yang ditulis oleh guru pada
papan hitam, tetapi mereka telah mula belajar untuk membuat nota mereka sendiri
dengan lebih menarik. Mereka telah menggunakan atau mengaplikasikan teknik peta
minda dalam pengolahan nota mereka dan nota dalam bentuk ini ternyata lebih
menarik dengan warna-warna dan rajah-rajah yang akan merangsang otak mereka
dan meningkatkan pemahaman dan yang paling penting ialah meningkatkan daya
ingatan mereka. Penggunaan warna-warna dan rajah yang mereka suka seharusnya
dapat menarik minat mereka untuk membaca semula hasil kerja mereka sendiri dan
secara tidak langsung mereka dapat mengulang kaji pelajaran mereka dengan lebih
berkesan.
41
8.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN
Berdasarkan beberapa analisis data yang diperolehi melalui kajian ini, hasil
kajian telah menunjukkan kaedah peta minda telah memberi kesan yang positif
kepada pemahaman murid-murid dalam mata pelajaran Sains. Hal ini telah
dibuktikan melalui beberapa perubahan yang berlaku kepada murid iaitu peningkatan
prestasi mereka di dalam ujian, perubahan sikap semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan cara mereka menghasilkan nota mereka sendiri.
Peta minda merupakan satu teknik pengolahan dan penghasilan nota. Walau
bagaimanapun, dalam kajian ini, teknik peta minda telah diserapkan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Pengaplikasian teknik peta minda
dalam sesi pengajaran guru telah membentuk satu aktiviti perbincangan atau ‘brain
storming’. Menurut Alex Faickney Osborn (1953), kaedah ‘brain storming’
merupakan satu teknik perbincangan dalam kumpulan mengenai satu topik yang
telah ditetapkan. Aktiviti perbincangan di dalam kelas telah menarik perhatian
murid-murid untuk melibatkan diri di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
seterusnya memberi lebih pemahaman kepada mereka. Selain itu, Sifat-sifat negatif
mereka seperti membuat kerja lain dan menganggu rakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung juga dapat dibendung.
Selain itu, dapatan kajian ini juga telah membuktikan perubahan dan
peningkatan juga telah berlaku terhadap kemahiran murid-murid mencatat dan
menghasilkan nota.Mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan nota yang
diberikan oleh guru kerana mereka telah tahu bagaimana untuk mencatat dan
mengolah nota mereka sendiri dengan lebih menarik.Dapatan ini sejajar dengan hasil
kajian yang dijalankan oleh Asma binti Ishak (2005).
42
Berdasarkan kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam mencatat nota.Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan
dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%.Hal ini menunjukkan
kaedah penghasilan nota menggunakan teknik peta minda adalah sangat efektif untuk
meningkatkan kefahaman murid-murid dan memudahkan mereka mungulang kaji
pelajaran.
Di samping itu, kajian ini juga telah memperkenalkan satu cara menghafal
yang sangat berkesan. Dapatan ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Altablig bt Ali (2006) tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep
Sains ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4. Hasil dapatan kajian tersebut
menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60%
manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja.Beliau merumuskan bahawa
penggunaan peta minda dapat membantu pelajar sederhana mengingat konsep sains
bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.Perkara ini juga
telah membuktikan bahawa teknik peta minda juga telah dapat meningkatkan daya
ingatan murid dalam pelajaran mereka.
Dapatan kajian ini juga telah menggambarkan minat murid dalam mata
pelajaran Sains telah meningkat. Mereka mula memahami apa yang diperkatakan
atau diajar oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana mereka telah
terlibat secara langsung dalam sesi perbincangan di dalam kelas.
Motivasi mereka terhadap mata pelajaran Sains juga semakin meningkat
apabila mereka boleh membina peta minda berdasarkan idea mereka sendiri. Mereka
tidak lagi menganggap mata pelajaran Sains sebagai satu mata pelajaran yang susah
untuk dipelajari dan difahami.
43
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa setiap murid
mempunyai potensi diri untuk maju dalam pelajaran mereka.Peranan guru adalah
mencari jalan untuk membantu murid-murid meningkatkan potensi diri mereka
supaya murid-murid ini dapat meningkatkan diri dan maju dalam pelajaran
mereka.Pelbagai pendekatan boleh digunakan oleh guru sebagai kaedah atau langkah
untuk membantu murid asalkan kaedah tersebut bersesuaian dengan keadaan murid
seterusnya memastikan objektif utama guru berjaya dicapai.
Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa teknik peta minda ini telah
memberikan kesan yang besar terhadap kefahaman murid-murid dan telah dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Sains.Justeru itu, objektif utama
kajian ini telah tercapai dengan jayanya.
44
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Walaupun secara umumnya objektif utama dan objektif khusus saya dalam
kajian ini telah tercapai dan barjaya, namun saya telah terfikir beberapa lagi idea atau
cadangan sebagai penambahbaikan bagi teknik peta minda yang akandan boleh
dilaksanakan dalam kajian seterusnya. Salah satu penambahbaikan yang akan
dilakukan ialah dengan memperkenalkan beberapa lagi jenis peta minda seperti carta
aliran, carta tulang ikan, dan carta blok. Bentuk-bentuk peta minda yang pelbagai
akan menarik minat murid untuk terus mendalami penggunaan peta minda dan
meningkatkan kemahiran mereka dalam pembinaan nota seterusnya meningkatkan
prestasi pembelajaran mereka.
Selain itu, penggunaan warna juga adalah satu cara yang paling efektif untuk
merangsang otak manusia. Otak manusia akan berkembang dengan lebih cepat
apabila dirangsang dengan sesuatu yang menarik seperti warna-warna yang terang
dan jelas. Dipetik daripada kajian Dr. HM. Tuah Iskandar Al Haj (2003). Cadangan
penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah dengan menetapkan warna pada
objek di dalam sebuah peta minda. Sebagai contoh, bagi tajuk utama yang berada di
tengah boleh ditetapkan dengan warna merah, manakala objek untuk isi nota yang
pertama pula ditetapkan dengan warna biru.Begitu juga dengan objek-objek
seterusnya. Oleh yang demikian, murid akan dapat mengingat isi nota mereka
berdasarkan warna-warna yang telah ditetapkan. Cara ini sememangnya lebih
berkesan untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap nota mereka.
45
Satu lagi cadangan yang akan dilaksanakan pada kajian akan datang ialah
tempoh pelaksanaan dan kumpulan sasaran perlu ditambah supaya penilaian secara
holistik dapat dijalankan. Tempoh pelaksanaan yang agak singkat untuk kajian ini
telah memberi kekangan kepada murid untuk menguasai penggunaan peta minda
ini.Kaedah ini juga perlu dilaksanakan secara lebih meluas dengan melaksanakannya
untuk semua murid tahap dua. Keberkesanan kaedah ini akan dapat dinilai secara
lebih menyeluruh apabila tempoh dan kumpulan murid yang menggunakan kaedah
ini ditingkatkan.
Kesimpulannya, kaedah ini semamangnya akan diaplikasikan dalam sesi
pengajaran saya di dalam kelas dan penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke
semasa supaya keberkesanannya semakin meningkat. Kajian tindakan sebegini
sememangnya sangat penting untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi
mereka dalam pelajaran.
46
10.0 RUJUKAN
Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran danpembelajaranberbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid tahun 5 Sek. Keb.Jabi dari aspek minat dan pencapaian.Kertas Projek KSPK Institut Perguruan Darulaman.
Aminuddin Mansor (10 Mac 2006).Daya ingatan penting Semasa Belajar.[atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [31 Mei 2007]
Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau faktasejarah- Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. hlm, 87 – 99.
Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid
tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. InstitutPerguruan Perlis : 133-145.
Ausubel, D.P. 1960. The use of advance organaizers in the learning and retention ofmeaningful verbal materials. Jurnal of educational psychology.
Azizi Yahaya et. al. 2007.Menguasai penyelidikan dalam pendidikan – teori, analisis &interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Bossert, S.T. (1988). Cooperative activities in the classroom.Review of EducationalResearch, 15, 225-250.
Bruffee, K.A. (1993). Collaborative learning: Higher education, interdependence, and the authority of knowledge. Baltimore, MD: The Johns Hopkins University Press.
Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain – Train Your Brain and Unleash The Genius Within.Singapore : Oxford University Press.
Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda.http://www.tutor.com.my [31 Mei 2007].
Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). ‘Belajar Berkesan dengan Peta Minda’.UtusanMalaysia.(Kuala Lumpur)
Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). ‘Peta Minda Pak Samad’. Kosmo. (Kuala Lumpur):Halaman 18-19.
47
Kam Foo Kong. 2006. Meningkatkan minat pelajar-pelajar tingkatan 1L kepadapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak. hlm,110 – 125.
Mohd Fadzli. 2001. A case study on the use and the effectiveness of cooperativelearning in form one ESL writing class. Latihan ilmiah.UKM.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untukKursusPerguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji PsikologiPendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalampengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. FakultiPendidikan UKM.
Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform YourLife.England : BBC Active.
Zahrah. 1996. Cooperative learning in Malaysia. Paper presented at RegionalSeminar of Education.Penang.
48