Post on 10-Mar-2019
Aqiqah Saya ada mengambil anak angkat sejak kecil. Bolehkah saya
buat aqiqah untuknya?
Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang me-
nanggung nafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak
luar nikah, aqiqahnya dilakukan oleh ibu kerana ibunya yang
wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukan oleh orang lain,
hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka, aqiqah itu
tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulama termasuk
mazhab Syafiie. Ada juga ulama berpandangan, asalkan berlaku sembel-
ihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya
tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi
SAW; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih
(ternakan) untuknya pada hari ke 7, diberi nama dan dicukur kepalan-
ya” (Jami‟ at-Tirmizi; 1522, hasan soheh). Dalam hadis ini Nabi SAW
hanya menyebutkan „disembelih (ternakan) untuknya‟ tanpa Nabi
menentukan siapa sepatutnya melakukannya, maka dengan berlakunya
sembelihan dengan niat aqiqah, terhasillah aqiqah untuk si anak
sekalipun dilakukan orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulus
Salam; 2/542).
MUTIARA
HIKMAH
Berkata si bijaksana: Bukan hari raya itu dengan berpakaian baru, sebaliknya hari raya sebenar adalah takut akan hari akhirat.
Ayuh kita meriahkan program
kerohanian…
Setiap Selasa dan Rabu–
KELAS TAHSIN AL
QURAN
Setiap Selasa –KELAS
PENGAJIAN ASAS
FARDHU AIN
Setiap Rabu– KELAS
ASAS TAJWID MUSLIMAT
Khamis - PENGAJIAN
KITAB TURATH
Selasa (minggu kedua dan
keempat)- PENGAJIAN
FARDHU AIN
Ahad- Khamis BIMBINGAN
AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-
LAM DARUL SYIFA’
10-11 Oktober 2013 - KEM
AL MUQARRABIN
15 Oktober 2013 - SOLAT
SUNAT AIDIL ADHA, MAJ-
LIS IBADAH QURBAN
DAN KENDURI KESYUKU-
RAN
Hubungi talian...
049285867/64/60/08/18/
36
Dan layari…
www.pusatislam.uum.edu.my
Fb : Pusat Islam UUM
AGAMA
m/s 4
S
J
TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM
Imam Muslim lebih dikenal dengan nama Abu Al-Husain. Nama
lengkapnya ialah Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward. Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mere-
ka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.
Imam Muslim adalah ahli hadis yang kedua termasyhur selepas
Imam Bukhari. Imam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu kaji selidik hadis serta mengerti bahasa yang sulit. Beliau berpegang kepada
kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunnah-sunnah dan athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka
dikalangan pakar ilmu hadis. Beliau banyak berbincang dan mengkaji
dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini. Kitab be-
liau yang paling terkenal ialah Sahih Muslim. Imam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iai-
tu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an.
AZ
BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T
Mengenal Allah SWT
Tiap-tiap orang Islam yang sudah mukallaf wajib mengenal Allah SWT yang mencipta seluruh
alam. Cara mengenal Allah SWT itu tidaklah melalui dengan pancaindera yang ada kepada
kita seperti mata, telinga dan sebagainya. Mengenal Allah juga tidak dapat melalui kajian
dengan menggunakan akal fikiran semata-mata. Hal ini kerana Allah itu adalah suatu zat
yang tidak termasuk dari kalangan benda yang berjirim yang boleh dipegang seperti ma-
khluk-makhluk yang lain yang ada di alam ini.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Babaqarah ayat 55 yang bermaksud: “Dan ingatlah
ketika kamu berkata, wahai musa kami tidak akan beriman sehingga kami melihat Allah SWT
dengan nyata.lantaran itulah kamu disambar petir sedangkan kamu menyaksikannya.”
Manusia tidak ada kuasa hendak mendapatkan hakikat dan kenal zat Allah SWT,
tetapi mereka boleh megenal dan mempercayai Allah SWT dengan mengkaji kejadian-
kejadian dan kekuasaan Allah SWT yang ada didalam alam ini. Sabda Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud: “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah SWT dan jangan kamu berfikir
tentang zat Allah SWT kerana kamu tidak sekali-kali berkuasa mencapai akan darjat
ketuhanan”.
Ada dua cara untuk mengenal Allah SWT:
Menggunakan akal untuk memikirkan sesuatu dari ciptaan Allah SWT.
Mengetahui nama-nama yang elok (asmaulhusna) dan sifat-sifat yang agung.
Seluruh anggota dan akal fikiran manusia hendaklah digunakan untuk membuktikan
wujudnya pencipta yang maha agung. Firman Allah SWT ayat 101, surah Yunus yang ber-
maksud: “Katakanlah wahai Muhammad hendaklah kamu perhatikan apa-apa yang ada di
langit dan di bumi”.
Perkara yang paling dekat sekali hendaklah kita fikirkan diri kita sendiri yang dulunya
tiada kemudiannya ada. Dulunya kecil kemudiannya besar. Dulunya lemah kemudian kuat,
dulunya muda kemudian tua, ada pendengaran, penglihatan boleh berkata, ada perasaan
marah, suka, duka dan sebagainya. Ahli
hukama’ pernah berkata: “Barang siapa
mengenal dirinya pasti ia mengenal
Tuhannya”.
Wallahua’lam
Sidang Redaksi
Pengarang:
Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:
Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM
04-9285867/64/60/03/06
BIL 11/2013
Gema Jumaat
m/s 2
BERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEHBERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEHBERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEH
Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah
kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti
malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebe-
lah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebe-
lah petang dia mukmin dan sebelah pagi dia kafir, dia menjual agamanya
dengan kepentingan dunia yang sedikit”. (Riwayat Bukhari)
Huraian Hadith:
Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan aga-
ma (Islam) bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan se-
masa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang
akan berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.
Rasullullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah
dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.
Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan menjual agama.
TANDA BACAAN
TANDA
BACAAN CONTOH
Bacaan Pendek
Baris Fathah, kasrah dan dhommah
Satu harakat
كتب كتب كتب
Bacaan Panjang(mad)
Huruf sebelum alif berbaris atas.
Huruf sebelum wau berbaris hadapan
Huruf sebelum Ya‟ berbaris bawah
با بى بو
Dua harakat
ق ول ق يل ق ال ي
“
m/s 3
“PENGAJARAN AIDIL ADHA”“PENGAJARAN AIDIL ADHA”“PENGAJARAN AIDIL ADHA”
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memohon agar kita semua tidak mati
melainkan dalam Islam .
Aidil Adha adalah suatu bentuk ibadah yang murni yang dilakukan sebagai pengabdian diri
kepada Allah SWT Kerana itu Aidil Adha mestilah disambut selaras dengan kaifiat syarak, iaitu dengan
solat sunat Aidil Adha, bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan menyembelih binatang korban se-
bagai lambang pengabdian setulusnya kepada Allah. Korban jua adalah suatu pernyataan tanda kesyuku-
ran yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT.
Aidil Adha mengingatkan kita kepada ucapan Saidina Umar, "Sesungguhnya Al-Quran diturunk-
an pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-
Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah SAW menunaikan ibadah haji yang terakhir
( Haji Wada' ), maka ia disambut dengan Aidil Adha" .
Aidil Adha juga disebut sebagai Hari Raya Korban, ianya mengingatkan kita dengan sejarah
korban yang paling agung. Kisah penyerahan dan kepatuhan paling ikhlas kepada Allah SWT yang dil-
akukan oIeh nabi Ibrahim as bersama anaknya nabi Ismail as. Baginda berdua menjadi contoh keluarga
mithali yang tahan diuji, pejuang yang sanggup berkorban meninggalkan kampung halaman dan rela
kehilangan segala yang disayangi demi mematuhi perintah Allah SWT.
Sebagai umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan ingin menghayati pengajaran
korban nabi Ibrahim as bersama anaknya nabi Ismail as itu, maka Hari Raya korban kali ini, kita sama-
sama mengorbankan binatang korban. Namun demikian, adakah dalam masa yang sama kita sanggup
mengorbankan sifat „asobiyah, nafsu buruk, kejahatan yang ada dalam hati kita?. Sanggupkah kita
korbankan sifat hasad, memfitnah, menzalimi, menghalang orang membuat kebajikan, menjatuhkan an-
tara satu sama lain dan pelanggaran hukum Allah dengan membiarkannya berlaku di hadapan mata kita.
Tepuk dada, tanyalah iman.
Aidil Adha yang kita sambut dengan takbir yang membesarkan Allah SWT dan mengagungkan-
Nya; mengajar kita umat Islam supaya membesarkan apa sahaja yang ada dalam Islam, menuntut kita
supaya menjunjung syi'ar Islam, melarang kita dari berpecah-belah, menegah kita dari hidup berpuak-
puak, mengharamkan kita bermusuh-musuhan. Allah SWT membenci kita hidup saling berdendam,
sangat memurkai hamba-Nya yang suka fitnah-memfitnah, caci-mencaci dan apa jua sifat-sifat keji dan
buruk terutama kepada sesama hamba-Nya yang beriman.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Islam UUMKerja Pusat Islam UUMKerja Pusat Islam UUM