Post on 11-Nov-2015
description
Laporan Panitia Bahasa Malaysia
AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYUSEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIHTAHUN 20111.0AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
1.1 Kosa Kata (Perbendaharaan Kata)
Pelaksanaan:Seminggu sekali
Aktiviti:Guru BM setiap kelas akan menulis satu perkataan beserta
dengan maksudnya di satu sudut papan tulis.
1.2 Program Pintar BahasaPelaksanaan:Setiap pagi (7.10 7.20) sebelum proses P&P dilakukan.
Aktiviti:Guru bertugas mingguan akan memantau dan memastikan
murid membaca 1 bahan ilmiah setiap pagi (kecuali Isnin).1.3 Bacaan Ilmiah MingguanPelaksanaan:Seminggu sekali (sewaktu perhimpunan mingguan)
Aktiviti:Murid-murid yang terpilih (lihat jadual) akan menyediakan
sendiri bahan bacaan dan merujuk kepada guru BM sendiri
untuk kepastian.
1.4 Ujian EjaanPelaksanaan:Sebulan sekali
Aktiviti:Guru BM hendaklah menjalankan 20 ujian ejaan untuk
memantapkan ejaan murid-murid. Mana-mana ejaan yang
masih lemah hendaklah diulang. Markah akan direkodkan di
dalam Buku Rekod Ejaan Ujian.
2.0SAMBUTAN BULAN BAHASA
Pelaksanaan:Oktober 2011 (selepas UPSR)
Aktiviti:Tahap I
i. Ujian Ejaan
ii.Membina 5 ayat
iii. Memilih ejaan yang betul (50 soalan)
Tahap II
i. Ujian Ejaan
ii. Pertandingan Bercerita
iii. Pertandingan Mengarang
3.0 KEM MOTIVASI MURID TAHAP IIKem Motivasi Bahasa Melayu akan diadakan untuk mengatasi kelemahan murid-murid Tahap II terutamanya di dalam menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu. Penceramah-penceramah kem ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan berkaliber sekolah ini iaitu Cikgu Rose ak Giman, Cikgu Law Kiew Ching, Cikgu Abdul Halim bin Basri dan Cikgu Peter ak Sapit. Perkara yang akan disentuh semasa kem ini nanti adalah seperti berikut:
Guru PenyelarasBahagian / TopikHuraian Tugas
Pn. Rose ak GimanBahagian AMembina 5 ayat
(Gambar aktiviti & gambar Suasana)
Pn. Law Kiew ChingBahagian BKarangan
(Format & ramalan)
En. Abdul HalimBahagian CMembina Ulasan
(Nilai murni dan pengajaran)
En. Peter ak SapitAktiviti PengukuhanUjian & Penilaian(Latihan pengukuhan)
Dalam pada itu, nota-nota dan soalan klon UPSR akan diedarkan kepada murid-murid agar merangsang semangat dan keyakinan murid yang akan menduduki UPSR kelak.
Fokus kem ini lebih menekankan kepada pendedahan teknik-teknik dan tip-tip menjawab soalan peperiksaan UPSR. Selain itu, ulangkaji intensif juga merupakan tumpuan kem ini agar mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid di samping menggerakkan dan memotivasikan murid supaya mencapai keputusan yang cemerlang.
4.0 Kelas Intensif Klinikal UPSR
Memandangkan murid tahun 6 akan menghadapi UPSR pada bulan September ini, kelas intensif akan diadakan untuk membestarikan, memantapkan dan membaikpulih murid-murid sekolah ini. Untuk murid-murid yang galus, mereka akan dikelompokkan dalam kelas pembaikpulihan supaya mereka dapat mencapai tahap lulus dalam UPSR. Murid-murid cemerlang pula mengikuti kelas pembestarian manakala murid yang near miss A mengikuti kelas pemantapan. Pada tahun ini, selain bimbingan penulisan, pemahaman iaitu kertas 1 BM juga diberi penekanan dalam kelas intesif ini.
Hari
:Selasa (setiap minggu persekolahan)
Masa
:2.00 petang 3.30 petang
Mata Pelajaran:Bahasa Melayu
Guru Bertugas
:Peter ak Sapit
5.0 PROTIM 5.1 Tahun 6
Setelah menjalankan praujian untuk memilih murid untuk mengikuti kelas PROTIM tahun 6 akan dilaksanakan dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dari Selasa hingga Jumaat di Pusat Sumber. Kelas ini bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober. 5.2 Pascaujian Protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6Pascaujian akan dilangsungkan pada bulan November oleh Guru Pemulihan. Analisis dan keputusan akan dihantar ke PPD.6.0 PLBS
Borang PLBS murid harus disimpan dalam fail PLBS murid masing-masing mengikut kelas mereka pada tahun depan. Analisis pencapaian setiap kelas dan tahun perlu dihantarkan kepada Ketua Panitia sebelum diserahkan kepada GPK1.7.0 KSSR
KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2011. Guru Bahasa Melayu (Pn. Rose ak Giman) bertanggungjawab untuk merekodkan markah terutamanya di dalam Portal Kementerian Pelajaran Malaysia beserta dengan bahan bukti (evidens).Disediakan oleh,
12 JULAI 2011(PETER AK SAPIT)
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
SK Tanah Putih, Sarikei.