Post on 12-Mar-2019
AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
(1058138-X) (KPK/LN7596) (PJH19-1439H)
Agen Pengembaraan
Perkhidmatan Visa Umrah
Korporat & Berkumpulan
Hotel Mekah & Madinah
Perlancongan Muslim
Perkhidmatan Haji & Umrah
AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD 17-1, JALAN PPS 1
PUSAT PERDAGANGAN SELASEH
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
03 – 6177 2525
www.albaladtravel.com.my
info@albalad.com.my
Albalad travel & tours
Contoh Aturcara Am Perjalanan Umrah
Pakej 12Hari 10Malam
HARI 01 : KUALA LUMPUR – MADINAH Jemaah diminta berkumpul di KLIA 4 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass serta i.d kad lanyard akan diserah kepada jemaah setelah selesai urusan daftar masuk bagasi dan taklimat. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. Bersama ini kami kemukakan contoh aturcara perjalanan umrah pakej Albalad Travel dari Kuala Lumpur ke Madinah dan balik melalui Jeddah ke Kuala Lumpur untuk 12Hari /10malam. HARI 02 : MADINAH (ZIARAH DALAM) Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
KLIA Airport Airport Madinah
Jemaah di perkarangan Masjid An Nabawi Bas Berhawa Dingin
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
HARI 03 : MADINAH (ZIARAH LUAR) Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Melalui Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Melawat Perkuburan Para Syuhada, Jabal Uhud, Kemudian Jemaah di bawa ke Ladang Kurma dan membeli belah di bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.
Jabal Uhud
Perkuburan Syuhada Jabal Uhud Masjid Quba’
Ladang & Pasar Kuma
HARI 04 : MADINAH – MAKKAH Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Perjalanan dari Madinah ke Mekah akan mengambil masa selama 6jam. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
Miqat – Masjid Bir Ali Ziarah Wida’
Tawaf : Ka’bah Sa’ie : Safa - Marwah Mira Ajyad Hotel
Perjalanan Jemaah Menuju ke Mekah
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
HARI 05 : MAKKAH Acara Bebas Ceramah/Tazkirah diadakan sama ada selepas Asar atau selepas waktu makan malam HARI 06 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Masjid Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.
Miqat – Masjid Ja’ranah
Mina Jamarat
Jabar Thur
Jabar Rahmah
HARI 07 : MAKKAH Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah - Melalui ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) di Masjid Hudaibiyah, Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke Muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah). kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
Miqat – Masjid Hudaibiyah Masjid Lama Hudaibiyah
Muzium Hudaibiyah Kilang Kiswah Ladang Unta
Kilang Kiswah
HARI 08 - 10 : MAKKAH Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “pada ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka’abah” HARI 11 : MAKKAH – JEDDAH
Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah. Perjalanan dari Mekah ke Jeddah akan mengambil masa selama 1jam. Pendaftaran masuk lapangan terbang antarabangsa Jeddah dan urusan bagasi di uruskan 6jam sebelum waktu berlepas ke Malaysia - KLIA. HARI 12 : JEDDAH – KUALA LUMPUR Jemaah dijangka tiba ke tanahair mengikut jadual yang ditetapkan.
ATURCARA PERJALANAN UMRAH 12 HARI 10 MALAM
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN & BAYARAN
Bayaran pendaftaran - RM500.00 seorang
Bayaran kedua 50% – 30 Hari sebelum berlepas
Baki bayaran – 14 hari sebelum berlepas
Akaun Bank
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Nama Akaun : AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. Akaun : 1 2 1 1 3 0 1 0 0 5 0 7 6 8
03 – 6177 2525
+6017 258 1252
Cik Ida - Operasi Umrah
+6012 239 6788
Hjh Azlina – Ticketing & Tours
+6013 645 5202
Cik Fiqa – Akaun Exec.
Sila hubungi pihak kami untuk tempahan dan mengetahui lebih terperinci mengenai pakej kami. Sekian Terima Kasih.
BARANG BARANG HADIAH PAKEJ UMRAH AL BALAD
Beg Bagasi Beg Telekung
Beg Kasut
Kain Ihram
Buku Panduan
Zamzam 5L
Telekung Wanita