Post on 22-Oct-2015
description
Keselamatan diri perlu diutamakan.
Oleh itu, amalan yang baik PERLU DIAMALKAN semasa menggunakan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan
Memakai topi keledar dan mengikatnya dengan kemas semasa membonceng motosikal. Ini dapat mengelakkan kecederaan di kepala jika terjatuh.
Beratur menaiki bas sekolah merupakan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Amalan ini boleh mengelakkan daripada terjatuh dan tercedera.
Berbasikal secara selamat di jalan raya. Lampu dan brek mestilah berfungsi dengan baik. Amalan ini boleh mengelakkan kita daripada kemalangan.