Amir dan Siti Berjumpa Doktor · cara-cara merawat penyakit asma. Rawatan perubatan akan...

Post on 17-Jul-2019

231 views 0 download

Transcript of Amir dan Siti Berjumpa Doktor · cara-cara merawat penyakit asma. Rawatan perubatan akan...

Amir dan Siti Berjumpa Doktor

Amir dan SitiBerjumpa Doktor

2016 Creative Commons International License

Translation: Mimi H. Hassim (1979-)Illustrations: Amelia DarmawanOriginal Text: Paul MasonPublisher: Enculture Press ISBN: 978-1-925082-21-0

Tiga sahabat baik, Liza, Amir dan Siti suka bermain bersama-sama.

Apabila mereka menunggang basikal, Amir cepat sesak nafas, manakala Siti pula selalu cepat keletihan. Kadang-kala mereka berdua batuk-batuk.

Liza berkata, “Saya sangat risau kerana rakan-rakan saya berasa

sukar untuk beriadah dan melakukan aktiviti.”

Amir kadang-kala batuk dan semput dan pada ketika tertentu, sakitnya boleh menjadi amat teruk.

Berat badan Siti juga menurun.

Siti juga mulai batuk. Siti batuk secaraberterusan sudah lebih dari sebulan. Pada waktu malam, Siti

berpeluh denganbanyaknya.

Siti tidak lagi dapat menunggangbasikal bersama-sama Amir dan Liza.

Doktor memeriksa paru-paru mereka untukmendengar cara mereka bernafas.

Amir dan Siti pergi berjumpa doktor.

Kadang-kala seorang doktor itu juga akanmenggunakan ujian-ujian lain seperti X-ray paru-paru, ujian darah atau analisis kahak.

Walau bagaimanapun tidak semestinyaseseorang doktor tersebut perlu sentiasa

menggunakan ujian-ujian ini.

Doktor memberitahu yang Amir menghidap asma.

Amir bertanyakan kepada doktorcara-cara merawat penyakit asma.

Rawatan perubatan akan membolehkanAmir kembali menunggang basikal

bersama-sama Siti dan Liza.

Sukan jenis apa yang kamu main?

"Saya sangat gembira keranaAmir masih boleh bermainsukan dengan saya," kata Liza.

Siti menghidap penyakit TB lalumenjalani proses rawatan.

Bapa Siti juga turut menjalanirawatan seperti Siti.

Dengan ketiadaan Siti dan bapanya sepanjang tempoh rawatan, kaum keluarga dan rakan-rakan membantu keluarga Siti.

“Saya berasa sedih kerana Siti sakit, namun saya gembira Sitiboleh mengambil ubat untuk kembali sembuh. Saya tidaksabar untuk menunggang basikal bersama-sama Siti lagi,” kata Liza.

“Siti tiada sekarang kerana menjalani proses rawatan. Sayatidak dapat berjumpa Siti buat masa ini. Saya bertanyakepada diri sendiri, apa yang saya boleh buat untuk Sitisepanjang ketiadaannya?”

Liza dan Amir menulisSMS kepada Siti.

Liza dan Amir menulisemail kepada Siti.

Liza dan Amir menelefon Siti.

Liza dan Amir menulissurat buat Siti.

Setelah beberapa ketika, Siti akhirnyamerasa lebih sihat. Siti tidak lagi batuk-

batuk. Namun Siti masih perlumelengkapkan proses rawatannya selama

beberapa bulan lagi. Menjalani proses rawatan yang lengkap amat penting bagi

memastikan penyakit Siti tidak datang lagi.

Ahli keluarga Siti yang lain turut menjalani pemeriksaan TB, namun mereka didapati bebas daripada penyakit TB.

Sikap dan disiplin diri dalam menjaga kebersihan amat membantu untuk menghalangpenyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit TB berlaku.

Akhirnya Siti selesai menjalani rawatan.

Bapa Siti juga turut selesai menjalani rawatan.

Liza berasa sungguh gembira.

Liza berkata, “Saya sangat lega dan gembira kerana Sititelah selesai melalui proses rawatannya. Jadi, dapatlahkami menunggang basikal bersama-sama lagi.”

Kemungkinan untuk penyakit TB merebak kepada penduduk-penduduk

kampung yang lain amatlah tipis sekiranya

1. Lebih ramai orang diperiksa untuk penyakit TB,

2. Penghidap penyakit TB mendapatkan rawatan dengan segera,

3. Penghidap penyakit TB menjalani proses rawatan yang lengkap.