Post on 24-Jan-2020
PUSAT TEKSTIL DAN PAKAIAN MALAYSIA PUSAT TEKSTIL DAN PAKAIAN MALAYSIA PUSAT TEKSTIL DAN PAKAIAN MALAYSIA
MALAYSIA TEXTILE AND APPAREL CENTRE MALAYSIAN TEXTILE AND APPAREL CENTRE MALAYSIAN TEXTILE AND APPAREL CENTRE
JAMINAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN JAMINAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN JAMINAN PEKERJAAN SELEPAS LATIHAN
PSMB’s
Apprenticeship Scheme
“INDUSTRIAL SEWING
MACHINE TECHNICIAN” SKIM PERANTISAN
JURUTEKNIK MESIN JAHIT INDUSTRI
PELUANG PEKERJAAN TERJAMIN
Perantis yang berjaya menamatkan skim perantisan ini
akan bekerja dengan majikan yang menaja mereka.
Majikan-majikan ini terdiri daripada pengilang-pengilang
pembuat pakaian. Pendapatan yang boleh diperolehi oleh
Industrial Sewing Machine Technician dengan SKM tahap
2 boleh mencapai melebihi RM1000 sebulan.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON ?
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Senior
Middle 3 (United Examination Certificate) dan lulus dalam
mata pelajaran Matematik atau Sains serta Bahasa
Inggeris. Calon yang tidak lulus mata pelajaran Bahasa
Inggeris perlu lulus ujian bertulis Bahasa Inggeris yang
akan dikelolakan oleh MATAC untuk layak menyertai skim
ini.
Untuk pertanyaan dan borang permohonan,
sila hubungi:
Ms. Emeil Yee 016-3919069 atau
Ms. Regina 019-3013515 atau
Pejabat Urusan
C-9-4, Megan Avenue 1, 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2162 1454 • Fax: 03-2162 5148 www.matac.com.my
MATAC Batu Pahat Training Centre
34, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat Tel/Fax: 07-434 1363
PUSAT TEKSTIL DAN PAKAIAN MALAYSIA MALAYSIA TEXTILE AND APPAREL CENTRE
(Limited by Guarantee) Company No. 292098-P
PENGENALAN
Pusat Tekstil dan Pakaian Malaysia (MATAC), dengan
kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) serta tenaga pakar daripada industri, telah
membangunkan Skim Perantisan Juruteknik Mesin Jahit
Industri (ISMTAS) untuk memenuhi keperluan industri.
STRUKTUR SKIM
Skim ini memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat melanjutkan
pelajaran dalam bidang teknikal membaiki dan
menyelenggara mesin jahit industri. Tempoh latihan
adalah selama 11 bulan meliputi latihan “off-the-job” di
Pusat Latihan MATAC Batu Pahat, Johor dan latihan
“on-the-job” yang berstruktur di premis majikan yang
menaja.
YURAN DAN ELAUN
Yuran untuk skim perantisan ini dibiayai sepenuhnya
oleh kerajaan melalui Tabung Perantisan PSMB
sementara bakal majikan akan menaja elaun bulanan
berjumlah RM500 kepada perantis sepanjang tempoh
pembelajaran. Setiap perantis juga akan diberi
perlindungan insuran.
SIJIL DAN PENGIKTIRAFAN
Selepas berjaya menamatkan latihan selama11 bulan,
perantis yang berkelayakan akan dianugerahkan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1 & 2) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK), Kementerian Sumber Manusia.
http://www.facebook/matac.malaysia