Asas Pengurusan Penerbitan

Post on 22-Jan-2018

184 views 3 download

Transcript of Asas Pengurusan Penerbitan

1

ASAS PENGURUSAN PENERBITAN

PENGURUSAN PENERBITAN

2

PENGENALAN

3

Pengurusan Penerbitan (Publishing Management)

• Penerbitan adalah satu media penyebaran

maklumat yang penting kepada organisasi.

Kepentingan ini ditambah pula dengan

perkembangan teknologi ICT khususnya

penerbitan elektronik. Inovasi ini memberi impak

besar kepada kaedah pendokumentasian dan

penyebaran mesej.

4

• Penerbitan yang dimaksudkan di sini adalah

merujuk kepada skop penerbitan berbentuk

penulisan, sama ada berbentuk media cetak

mahupun media elektronik.

• Contoh-contoh hasil penerbitan adalah dalam

bentuk akhbar, majalah, buku, blog, laman web

dan pelbagai hasil rekaletak yang lain.

MATLAMAT PEMBELAJARAN

5

• Mengenal pasti proses pengurusanpenerbitan.

• Mempraktikkan teknik produksi penerbitan.

• Mengaplikasikan teknik komunikasipemasaran bersepadu dalam pengurusanpenerbitan.

• Menguruskan penerbitan organisasi secarain-house.

BAHAN RUJUKAN

6

Rujukan Utama

• Nor Hissam Sulaiman, Mot Madon & Syed Agil Al-Sagoff. (2010). Asas

Penerbitan Elektronik. UUM Press.

Rujukan Tambahan

• Lesley Crossingham (1991). The self publishing handbook: Self & in-house

publishing of newsletters, newspapers, magazines, brochures & books .

Melbourne: The Business Library.

• Luna, P. (2002). Understanding type for desktop publishing . London: Blueprint.

• Meeske, D.M. (2003). Copywriting for the electronic media : A practical guide .

Belmont : Thompson Learning.

• Micheal Gosney & Linnea Dayton (2000). The verbum book of electronic page

design. Redwood City, CA: Prentice Hall

KONSEP ASAS PENGURUSAN PENERBITAN

7

• Penerbitan adalah proses menghasilkan teksdan rekabentuk grafik dalam skala yang besar.

• Umumnya, penerbitan melibatkan penghasilansemula

• Teks: Dalam bentuk perkataan-perkataan, nombor, dan apa jua bentuk penulisan.

• Grafik: Ilustrasi atau gambar secara vectoratau raster.

8

• Proses penerbitan merangkumi tiga peringkat:

• Penghasilan (Creation)

• Rekaletak (Layout)

• Salinan (Reproduction)

• Bagi salinan, ia juga boleh berlaku secara

elektronik. Contohnya adalah portal berita online

di mana salinan dibuat setiap kali pengguna

mengakses laman web tersebut.

PENGHASILAN

9

• Pada peringkat ini, pelbagai perkara harus diberi

perhatian. Kumpulan sasaran, konsep bahan

terbitan, bahan-bahan penulisan dan grafik,

jumlah bahan dan sebagainya perlu ditentukan

dan dihasilkan.

• Penulisan mestilah bersesuaian dengan bahan

terbitan yang ingin dihasilkan. Sebagai contoh,

penulisan berita adalah tidak sama dengan

penulisan kopi bagi iklan cetak.

ARTIKEL BERITA

10

IKLAN KORPORAT

11

PENGURUSAN DALAM ORGANISASI

12

• Dalam sesebuah organisasi penerbitan, terdapat pelbagai

unit, bahagian atau jabatan dengan peranan mereka yang

tersendiri. Jika penerbitan secara in-house, maka jumlah

orang yang terlibat adalah lebih kecil.

• Setiap bahagian ini perlu berfungsi dengan baik untuk

memastikan penerbitan yang dihasilkan memenuhi keperluan

penerbitan tersebut.

• Walaupun tidak semua organisasi mempunyai struktur

organisasi yang sama, namun terdapat beberapa fungsi yang

serupa.

EDITORIAL

13

• Bahagian penulisan bagi penerbitan yang

dihasilkan.

• Bahagian ini kebiasaannya ditrajui oleh seorang

Ketua Editor (Chief Editor) atau Editor Eksekutif

(Executive Editor).

• Jawatan-jawatan lain dalam bahagian editorial

adalah Editor Kanan (Senior Editor), Editor

Pengurusan (Managing Editor), Pembantu Editor

(Assistant Editor) dan sebagainya.

DESIGN DAN REKALETAK

14

• Bahagian ini bertanggungjawab menyusun dan

melaksanakan atur letak ke atas bahan-bahan

teks dan grafik atau gambar yang telah

dihimpunkan.

• Ada kalanya, bahagian ini juga terlibat dalam

menghasilkan grafik-grafik iringan dalam bahan

penerbitan.

PRODUKSI

15

• Bahagian ini bertanggungjawab untuk

menghasilkan produk terbitan terakhir dan

membuat salinan-salinan yang diperlukan sama

ada dalam bentuk cetakan atau dalam bentuk

elektronik.

JUALAN DAN PEMASARAN

16

• Bahagian jualan dan pemasaran boleh berjalan

secara bersama mahupun berasingan.

• Jualan melibatkan jualan dan agihan bahan

terbitan itu tersendiri dan bahagian pemasaran

pula terlibat dalam mencari dan menentukan

pasaran-pasaran yang sesuai dari segi

demografi dan kesesuaian kumpulan sasaran.

BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN

17

• Terdapat juga bahagian-bahagian lain dalam

sesebuah organisasi penerbitan dan setiap

bahagian ini juga adalah penting mengikut skop

kerja bidang masing-masing. Antaranya:

• Kewangan

• Pengiklanan

• Undang-undang

• Sumber Manusia

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

18

• Dalam sesebuah organisasi penerbitan, adalah

penting bagi bahagian Sumber Manusia yang

memahami keperluan-keperluan dalam

penerbitan bagi mengelakkan masalah-masalah

yang mungkin timbul di kemudian hari.

• Bahagian ini perlu mengenalpasti prospek

individu yang boleh memberi nilai tambah buat

sesebuah organisasi penerbitan dari sudut

penghasilan bahan itu sendiri.

19

• Sebagai contoh, seorang pemohon jawatan

Wartawan Sukan di Sin Chew Daily mempunyai

kelayakan dalam bidang yang sukan untuk

dilantik sebagai wartawan sukan. Namun adalah

tidak wajar bagi seseorang yang lemah

berbahasa Mandarin atau tidak pandai menulis

untuk diserahkan jawatan dan tugas tersebut.

• Contoh lain adalah seperti melantik Kartunis

Zunar untuk melukis ilustrasi bagi Senyum

Kambing dalam Utusan Malaysia.