Post on 08-Jan-2020
1
CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT DISEMBER 2016
SIARAN LANGSUNG FORUM PERDANA EHWAL ISLAM JKDM Kelana Jaya, 24 November 2016:
Majlis Forum Perdana Ehwal Islam telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Komplek Perumahan Kastam, Kelana Jaya pada bulan November yang lepas.
Program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Badan Keba j ikan Is lam Kastam (BAKISKA) Malaysia, Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia, Bank Muamalat dan pihak RTM telah berlangsung dengan jayanya dengan menampilkan barisan panel-panel seperti Ustazah Norhafizah Bt. Musa, Ustaz Mohd Zarifi Bin Hj. Mohd Daud, Ustaz Syed Mohd. Norhisham dan juga moderator Ustaz Mohd Hariri Bin Hj. Mohd Daud.
2
Di dalam forum ini, dua tajuk telah dibincangkan oleh para moderator dan ahli panel iaitu dengan tajuk forum yang pertama ‘ Ingin ke sy-urga?’ (siaran langsung) dan tajuk forum kedua ‘Keluargaku Bahagia’ (rakaman).
Majlis yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad dan CEO Bank Muamalat, Dato' Hj. Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid .
Dalam pada masa yang sama satu sesi pemberian sumbangan beras kepada anak yatim telah diadakan setelah t a m a t n y a s e s i f o r u m . Penyampaian sumbangan beras telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia kepada wakil-wakil rumah anak yatim di sekitar negeri Selangor dan WPKL.
3
MAJLIS SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH
CAWANGAN INTEGRITI IBU PEJABAT Putrajaya, 7 November 2016:
Berkuatkuasa 1 November 2016, Bekas Timbalan Pengarah Cawangan
Integriti Ibu Pejabat , Tn. Razim Bin
Mohd Noor telah kembali bertugas
semula ke Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau
merupakan Ketua Unit bagi
Cawangan Integriti Ibu Pejabat
sejak ianya ditubuhkan secara
rasmi pada tahun 2013 di Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Beliau juga merupakan pegawai SPRM
yang pertama yang ditempatkan di JKDM untuk mengetuai cawangan
Integriti.
Satu majlis perpisahan untuk meraikan beliau telah diadakan di
Putra Lounge Ibu Pejabat
bersempena dengan perpindahan
beliau ke SPRM dan ianya telah
dihadiri oleh Ketua Pengarah
Kastam Malaysia, Timbalan-
Timbalan Ketua Pengarah Kastam,
Pengarah-Pengarah Kastam
Bahagian dan Timbalan-Timbalan
Pengarah Kastam Bahagian Ibu Pejabat.
4
Satu sesi penyerahan tugas
kepada Timbalan Pengarah
Cawangan Integriti yang baharu
iaitu Tn. Tuan Ruslan Bin Tuan
Mat telah diadakan bersempena
dengan majlis perpisahan
tersebut dan telah disaksikan
sendiri oleh pengurusan tertinggi
Jabatan.
Tn. Razim Bin Mohd Noor
telah bertugas di JKDM bermula
daripada Julai 2013 sehingga
November 2016 dan sepanjang
beliau melaksanakan tugas di
JKDM, beliau telah banyak
melakukan program-program
khas yang telah dirancang dan
dijalankan untuk meningkatkan
tahap integriti warga Jabatan dan
seterusnya menjadikan JKDM
sebagai salah sebuah agensi
penguatkuasaan yang sentiasa
dipandang tinggi oleh warga dan
masyarakat.
Tn. Razim Bin Mohd Noor menghadiri majlis perpisahan
beliau dan telah disertai oleh Ketua pengarah Kastam
Malaysia, Dato’ Sri Khazali B. Hj. Ahmad.
5
PROGRAM MESRA INTEGRITI JKDM JOHOR
Johor Bahru, 20 Oktober 2016:
Program Mesra Integriti merupakan satu program yang berjadual yang dijalankan
oleh Unit Pemeriksaan & Pematuhan Cawangan Integriti Ibu Pejabat. Tujuan
program ini di jalankan adalah untuk menjalankan pemeriksaan dan pematuhan
sistem kerja pegawai di dalam melaksanakan tugas. Selain daripada itu juga
program kesedaran melalui ceramah dan taklimat turut dilakukan bagi meningkat-
kan tahap integriti warga Jabatan.
Satu Program Mesra Integriti telah
diadakan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) Johor. Salah satu program yang
dijalankan adalah naziran ke beberapa
tempat di sekitar Johor Bahru terutamanya
di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor
Bahru, Zon Bebas Pelabuhan Tanjung
Pelepas dan Kompleks Sultan Abu Bakar
(KSAB) Gelang Patah. Antara yang dibuat pemeriksan adalah semakan wang saku
pegawai-pegawai yang bertugas di pintu-pintu masuk Negara, penggunaan kad
minyak dan touch n go kenderaan Jabatan dan juga beberapa semakan berkenaan
keluar masuk pegawai ke pejabat.
6
Selain itu juga taklimat
mengenai Akta Perlindungan
Pemberi Malumat 2010 (Akta 711)
telah diperkenalkan oleh Cawangan
Integriti bagi memberi pendedahan
awal kepada warga Jabatan
terutamanya kepada penyelia-
penyelia berkenaan akta ini. Selain
taklimat Akta 711, taklimat
mengenai Integriti juga telah
disampaikan oleh PKPK I, Tn. Hj.
Shahili Bin Ahmed.
Program yang di jalankan
selama 4 hari di sekitar Johor Bahru
ini berakhir dengan mesyuarat Exit
Conference yang dipengerusikan
oleh Timbalan Pengarah Kastam
Negeri Johor, Tn. Mohammad
Hamidan B. Maryani di Menara
Kastam Johor Bahru. Unit Pemeriksaan & Pematuhan selaku pasukan yang
menjalankan naziran telah memberi maklumbalas yang dijumpai semasa sesi
pemeriksaan dijalankan semasa Exit Conference tersebut.
7
PERJUMPAAN DIANTARA TKPK PENGURUSAN BAHARU BERSAMA CAWANGAN INTEGRITI
IBU PEJABAT Putrajaya, 5 Oktober 2016:
Satu perjumpaan diantara Timbalan Ketua
Pengarah Kastam Pengurusan (TKPK(P)
yang baharu, Dato’ Hasnol Zam-Zam Bin
Ahmad bersama dengan Cawangan
Integriti Ibu Pejabat telah diadakan di Bilik
Mesyuarat TKPK(P). Perjumpaan ini telah
dihadiri oleh bekas Timbalan Pengarah
Cawangan Integriti Ibu Pejabat, Tn. Razim
B. Mohd Noor dan juga kesemua ketua-
ketua unit di dalam Cawangan Integriti.
Perjumpaan ini adalah bertujuan
untuk menerangkan kepada beliau tentang
Cawangan Integriti yang telah ditubuhkan
di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
dan fungsi-fungsi setiap unit yang terdapat
di dalam cawangan ini.
Dato’ Hasnol Zam-Zam Bin Ahmad
telah menyatakan harapan beliau untuk
memperkasakan Cawangan Integriti
dengan lebih mendalam bagi meningkat-
kan tahap integriti warga Jabatan. Beliau
juga menyatakan beberapa penam-
bahbaikan boleh dilakukan dari segi
program-program yang akan dirancang dan
dijalankan oleh Cawangan Integriti.
8
Diketuai oleh PKPK I, Tn. Abdul Jalil Bin Rejab (Tengah) dibantu oleh 2 orang PKPK II iaitu Tn. Mohd Hashim Bin
Alias (kiri) dan Tn. Mohammad Nizam Bin Othman (kanan). Kedua -dua pegawai ini juga dibantu oleh (dari kiri)
PPK, Tn. Ar Maszizi Bin Abd. Aziz, Pegawai Siasatan (SPRM), Tn. Haryazi Bin Baharom, PaK, Tn. Mohd Firdaus Bin
Mohd Yaacob dan PPK, Tn. Muhammad Farhan Bin Izhar.
Mengesan, melalui sumber-sumber dalaman atau luaran,
salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan
etika organisasi dan melaporkan serta mengambil
tindakan susulan yang berkaitan.
Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk
mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta
mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi tindakan
susulan.
Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes
salah laku tatatertib
Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang
bertanggungjawab.
9
STATISTIK ADUAN
AWAM 2016
SEHINGGA NOVEMBER 2016
SALURAN BILANGAN
SISTEM E-ADUAN 1763
EMEL 319
HADIR 0
SURAT/MEMO 66
TELEFON 1
SAMPUL KECIL 13
BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0
JUMLAH 2162
KATEGORI BILANGAN
ADUAN AWAM 1781
PERTANYAAN 39
MAKLUMAT 342
JUMLAH 2162
2162BAHAGIAN BILANGAN
UNIT ADUAN HQ 279
UNIT ADUAN NEGERI 477
GST 1335
PENGUATKUASAAN 71
JUMLAH 2162
BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG
DITERIMA
BILANGAN MENGIKUT KATEGORI
BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN
STATISTIK
TATATERTIB
SEHINGGA DISEMBER 2016
KESALAHAN / HUKUMAN BIL.
Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 43
Rasuah / Salahguna kuasa 22
Penyalahgunaan Dadah 5
Kegiatan politik 0
Tidak Mengikut Prosedur Kastam 10
Tatakelakuan 18
Jumlah kes 86
Keputusan Lembaga Tatatertib:
Bersalah 67
Bebas 31
Tahan Kerja / Gantung Kerja 0
Tangguh / Pinda Pertuduhan
(DNAA) 0
Hukuman:
Amaran 15
Denda 6
Lucut Hak Emolumen 2
Tangguh Pergerakan Gaji 8
Turun Gaji 12
Turun Pangkat 1
Buang Kerja 32
Kes Kehilangan :
Surcaj 1