Post on 23-Jun-2015
CONTOH PENULISAN BAHAGIAN A
BINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR
SITUASI DI KAMPUNG
• Seorang budak lelaki membawa beg yang diambilnya dari kereta.
• Seorang datuk dan cucu sedang berpelukan sambil
tertawa gembira. • Seorang lelaki dewasa mengeluarkan barang-barang
dari kereta. • Seorang wanita memberi buah tangan berupa buah-
buahan kepada nenek. • Seorang kanak-kanak perempuan mendakap erat
seorang nenek sambil terseyum gembira.
SITUASI DI KAMPUNG
SITUASI DI DAPUR
SITUASI DI DAPUR
Seorang perempuan sedang memotong bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam.
Seorang budak perempuan mencuci sayur-
sayuran di sinki. Ibu menggoreng ikan di kuali dengan
menggunakan minyak yang banyak. Abang mengelap pinggan menggunakan
tuala sambil duduk di meja bersama ayah. Ayah menuangkan air ke dalam cawan
sambil duduk di meja bersama abang.
SITUASI DI PADANG PERMAINAN
SITUASI DI PADANG PERMAINAN• Seorang lelaki sedang menarik tali layang-layang supaya
layang-layangnya terbang tinggi.• • Seorang budak lelaki kelihatan gembira kerana mendapat
ikan ketika memancing di tepi kolam.•
• Beberapa orang lelaki sedang berjoging di taman mengikut laluan yang telah dikhaskan.
• • Dua orang budak lelaki bermain bola di padang.• • Seorang anak memimpin ayahnya yang bertongkat
sambil berjalan di taman.
SITUASI DI RUANG TAMU
SITUASI DI RUANG TAMU• Ayah duduk di sofa, di hadapan televisyen sambil
membaca surat khabar.• • Kakak duduk di sudut ruang tamu sambil berbual di
telefon.• • Abang membuat kerjanya menggunakan komputer riba di
meja sambil diperhatikan oleh adik.• • Dua orang budak lelaki sedang asyik menonton televisyen
di tengah-tengah ruang tamu• • Adik sedang mendengar cerita yang disampaikan oleh ibu
dengan penuh minat.
SITUASI GOTONG ROTONG DI SEKOLAH
SITUASI GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH
• Seorang murid lelaki sedang memasang papan tanda Pondok Arnab pada pondok itu.
• • Dua orang murid lelaki sedang mengelap meja bulat
menggunakan kain.• • Seorang murid menampal maklumat pada papan kenyataan
yang terletak dalam bangunan itu.• • Seorang murid sedang mengambil sampah di dalam kolam
ikan menggunakan jaring.• • Seorang murid memanjat tangga untuk memasang bendera
kecil pada dinding kelas.