Post on 24-May-2015
AYAT TUNGGAL MOHD. ALIF HAIQAL BIN TARMIZI
JENNY BAILIN
Definisi ayat tunggal
• Ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Binaan Ayat Tunggal
• Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri drpd dua bahagian, iaitu subjek iaitu bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat merupakan ayat yang menerangkan ayat.
Contohnya:
Subjek Predikat Ariathy guru. Mereka ke Kota Kinabalu
esok.
Binaan subjek
• Subjek ayat tunggal terdiri drpd frasa nama yang terbentuk drpd salah satu unsur yang berikut:
i. Kata namaii. Kata ganti namaiii. Kata kerja yang berfungsi sebagai kata namaiv. Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
Subjek Kata Nama• Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada
kata nama am, kata nama khas, atau kata nama terbitan, seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Subjek (Nama Am) Predikat 1. Kakaknya 2. Gaung itu
pramugari.sangat curam.
Subjek (Nama Khas) Predikat 1. Sheila 2. Lina
peragawati terkenal.telah melawat Cambodia.
Subjek (Nama terbitan) Predikat1. Kesilapan itu2. Pertunjukan itu
satu pengajaran. berakhir esok.
Subjek Kata Ganti Nama
• Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk, seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Subjek ( Kata Ganti Nama Orang) Predikat
1. Saya 2. Kami 3. Awak
jururawat.pelajar Tingkatan Dua.boleh tinggal di sini.
Subjek ( Kata Ganti Nama Orang) Predikat
1. Dia 2. Beliau
amat malas.ke Labuan minggu depan.
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Umum) Predikat1. Itu 2. Itu
pendapat yang bernas.tuduhan yang melampau.
Subjek (Kata Nama Tunjuk tempat) Predikat1. Sini 2. Situ 3. Sana
perhentian bas yang baharu.kedai buku sekolah kami.tempat orang beriadah.
Subjek Kata Kerja
• Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contohnya :
Subjek (Kata Kerja ) Predikat
1. Melastik 2. Bercakap 3. Menjadi guru
menjadi kegemarannya.memang mudah.memang cita-citanya.
Subjek Adjektif
• Ada juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, yakni kata adjektif yang mengambil tugas kata nama. Contohnya:
Subjek (Kata Adjektif) Predikat
1. Merah jambu
2.Lemah –lembut 3.Kecil 4.Kedekut
ialah warna kegemaran Sheila.sifat orang-orang Timur.tidak bererti lemah.suatu sifat yang buruk.
Binaan Predikat
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut:
i. Frasa Nama
ii. Frasa Kerja
iii. Frasa Adjektif
iv. Frasa Sendi Nama
Predikat Frasa Nama
• Binaan Frasa Nama yang menjadi predikat nama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat. Tegasnya, unsur ini boleh terbina daripada frasa nama am dan frasa nama khas seperti contoh yang berikut:
Subjek Predikat (Frasa Nama Am)
1.Ahmad2. Murid itu
polis.ketua darjah.
Subjek Predikat (Frasa Nama Am)
1. Binatang itu 2. Ceritanya 3. Tegurannya
rusa.alasan sahaja.suatu pengajaran.
Subjek Predikat (Frasa Nama Khas)
1. Beliau
2. Bangunan itu 3. Institusi itu
Pengarah Pendidikan Negara.Muzium Negara.Universiti Malaya.
Predikat Frasa Kerja
Frasa Kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut :
i. Kata kerja asal.
ii. Kata kerja terbitan.
iii. Kata bantu.
iv. Kata keterangan.
a) Kata kerja asal
• Terdiri daripada dua jenis iaitu:
1. Kata kerja tidak berimbuhan
- Kata kerja yang terdiri drpd satu kata dasar. Boleh terdiri drpd kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif. Contohnya:
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
1. Bapa Ariathy 2. Sarimah 3. Hafizul
tidur.mandi pulang
di sungai.pada waktu senja.
Subjek Predikat Kata Kerja Transitif Objek
1. Monyet 2. Kucing saya
ituminum
makan pisang.susu.
2. Kata kerja asal berimbuhan.
-kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Contohnya :
Subjek Predikat
1. Para pelancong 2. Orang tua 3. Keretanya 4. Mereka
sedang menari di majlis itu.Itu sedang berehat di bilik.terbalik di tepi jalan.bersenam setiap hari.
Subjek Predikat 1.Dia 2.Perompak itu 3.Sheila 4.Kakak
mengarang sebuah cerita jenaka.mengikat tangan kerani wang itu.menjahit pakaian ibunya.menggoreng ikan selar kering.
b) Kata Kerja Terbitan
• Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi dengan golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Untuk menjadi kata terbitan, kata nama atau kata adjektif perlu menerima imbuhan meN-…-kan, meN-..-I, atau memper-.. Contohnya menyekolahkan, menemani, memperindah.
Subjek Predikat 1. Encik Rahim
2.Puan Peyona 3. Bapa kami
menyekolahkan anak sulungnya.menemani ibu mertuanya.Memperindah serambi rumah.
c) Kata bantu
• Kata bantu menjadi unsur frasa kerja yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu:
a). Kata Bantu Aspekb). Kata Bantu Ragam
Kata bantu aspekKata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Contohnya akan, belum, pernah, sedang, masih, baru, sudah, telah, mula.
Kata bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh kata bantu jenis ini adalah seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, patut, mungkin, enggan.
4. Unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima unsur keterangan. Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :
i. Dia berjalan dengan cepat.
ii. Ramai wanita bekerja di kilang.
iii. Murid-murid itu datang dari kampung berdekatan.
iv. Dia berlagak macam orang kaya.
Predikat Frasa Adjektif
• Frasa adjektif ialah yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.
Contoh kata adjektif selapis yang berfungsi sebagai predikat :
Subjek Predikat
1. Kucing kesayangannya itu2. Masakannya 3. Buah pokok durian kami
gemuk.enak.Sungguh lebat.
• Kata adjektif boleh digandakan untuk membawa erti banyak dan berbagai-bagai rupa bentuk serta sifatnya.
Subjek Predikat
1. Rumah di bandar itu2. Pekerja kilang itu 3. Pelajar sekolah itu
besar-besar. rajin-rajin.pandai-pandai.
Predikat Frasa Sendi Nama
• Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Contohnya :
Subjek Predikat
1. Adik saya2. Mereka semua 3. Abang Ali4. Bungkusan itu5. Hadiah ini6. Begnya 7. Arahan itu
di rumah.dari kampung.ke sekolah.daripada Wana.untuk Haiqal.ada pada saya.kepada semua pekerja.
Susunan konstituen ayat tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu :
a) Susunan biasa
b) Susunan songsang
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Subjek Predikat
1) Haiqal 2) Beberapa buah bangunan 3) Mereka semua 4) Negeri-negeri Pantai Timur 5) Penyalahgunaan dadah
telah berjaya memenangi hadiah pertama.musnah dalam kebakaran itu.sudah lama menetap di Malaysia.masyhur dengan perusahaan kerajinan tangan.melemahkan tenaga pekerja kilang itu.
Contoh ayat biasa
Ayat songsang
• Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan
• Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek.
• Terdapat dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat.
1) Pendepanan seluruh subjek
• Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.
Contohnya :
i. Perangainya baik sungguh
ii. Baik sungguh perangainya.
iii. Rasa buah itu enak sekali.
iv. Enak sekali rasa buah itu.
2) Pendepanan sebahagian daripada predikat
Bahagian –bahagian daripada predikat ini boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan iaitu :
a) Pendepanan frasa kerja
b) Pendepanan frasa adjektif
c) Pendepanan frasa sendi nama
a) Pendepanan frasa kerja
Bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh mengalami prose pendepanan. contohnya.:
Pendepanan kata kerja
i) Mereka bekerja setiap hari.
ii) Bekerja mereka setiap hari.
Pendepanan kata kerja dengan objek
i) Pak Abu menanam jagung tahun ini.
ii) Menanam jagung Pak Abu tahun ini.
Pendepanan kata kerja dengan kata bantu
iii) Budak-budak itu masih bermain.
iv) Masih bermain budak-budak itu.
b) Pendepanan frasa adjektif.Kata adjektif atau kata adjektif dengan kata bantu akan dikedepankan dalam susunan ayat songsang.Contoh pedepanan kata adjektif sahaja :i) Dia sakit pada masa itu.ii) Sakit dia pada masa itu.Contoh pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.iii) Barang itu belum tentu baik.iv) Belum tentu baik barang itu.
c) Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan iaitu mendahului subjek.
Terbahagi dua iaitu :
1. Frasa sendi nama sebagai predikat
2. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
• Contoh frasa sendi nama sebagai predikat:
i) barang-barang itu untuk ibu.
ii) Untuk ibu barang-barang itu.
• Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
i) Saya berpegang pada janji
ii) Pada janji saya berpegang.
Sekian