Post on 22-Oct-2015
description
Nama :______________________ Ting : ___________________
Tarikh :_________________
Subtopik: 16.1.1 Pusat Graviti dan Kestabilan
B4D18 Mengkaji kestabilan sesuatu objek
B4D18E1 Menentukan titik keseimbangan bagi bentuk sekata dan tidak sekata serta menunjukkan
bagaimana pusat graviti mempengaruhi kestabilan objek melalui aktiviti.
Tujuan: Menentukan titik keseimbangan objek yang berbentuk sekata dan tidak sekata.
Bahan / Radas: Pembaris plastik, kadbod tebal ( berbentuk tidak sekata), benang, pemberat dan kaki retort.
Langkah:
1. Seimbangkan pembaris plastik dengan jari telunjuk anda seperti yang ditunjukkan dalam rajah (a).
2. Tentukan titik keseimbangan pembaris itu.
3. Gantungkan sekeping kadbod yang berbentuk tidak sekata supaya ia dapat bergerak bebas.
4. Gantungkan satu pemberat dengan benang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah (b). Satu garis
tegak dilukis pada kadbod itu dari titik P mengikut benang.
5. Ulang langkah (4) dengan menggantungkan kadbod itu di titik Q.
6. Tentukan titik pertemuan kedua-dua garis itu.
Pemerhatian:
1. Titik keseimbangan pembaris terletak di titik ______ cm pembaris.
2. Titik pertemuan kedua-dua garis merupakan ____________________ kadbod itu.
Analisis:
1. Apakah hubungan antara titik keseimbangan dengan pusat graviti objek?
__________________________________________________________________________________
2. Pada titik yang manakah suatu objek dapat diseimbangkan?
__________________________________________________________________________________
Kesimpulan: Suatu objek dapat diseimbangkan pada ________________________________.
Topik: 16.1.2 Kestabilan
B3D21 Memerihal pusat gravity dengan kestabilan objek
B3D21E1 Menyatakan hubungan antara pusat gravity dengan kestabilan objek.
Rajah di bawah menunjukkan dua objek yang berlainan ketinggian.
1. Isi tempat kosong dengan perkataan sesuai tentang kestabilan objek.
a) Nyatakan objek yang lebih stabil, P atau Q? ________________
b) Objek ________________ lebih stabil kerana ____________________________________.
c) Semakin _______________ kedudukan pusat graviti, semakin _________________________objek itu
Topik: 16.2.1 Kestabilan
B6D5 Mengumpul maklumat mengenai konsep kestabilan
B6D5E1 Membuat projek atau permainan yang mengaplikasikan konsep kestabilan.
Arahan: Anda dikehendaki mereka bentuk satu model daripada bahan kitar semula dengan
mengaplikasikan konsep kestabilan. Anda juga dikehendaki membuat pembentangan tentang
model tersebut.
Model anda akan dinilai berdasarkan kriteria seperti:
- Kestabilan
- Kekukuhan
- Kretiviti
- Kekemasan
Tugasan hendaklah disiapkan dalam tempoh seminggu.
*Kegunaan Guru.
Bil Kriteria Skala Pemarkahan
1. Persediaan Pelajar 1 2 3 4 5
2. Persembahan Pelajar 1 2 3 4 5
3. Isi Kandungan 1 2 3 4 5
4. Kestabilan,Kreativiti, kekukuhan dan kekemasan model 1 2 3 4 5
*Skala 1-2 (Pelajar gagal menguasai)
*Skala 3-5 (Pelajar dapat menguasai)
Jawapan Bab 16:
B4D18E1
Pemerhatian: 1) 7.5cm 2) titik keseimbangan
Analisis: 1) Titik kseimbangan ialah pusat graviti objek.
2) Pada titik keseimbangan / pusat gravitinya.
Kesimpulan: titik keseimbangan / pusat graviti
B3D21E1
1a) P
b) P. kerana pusat gravitinya lebih rendah
c) rendah, stabil