Post on 23-Jun-2015
BAB 2PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK
Pemikiran Kritis
Kritikos merupakan perkataan Yunani yg membawa maksud menimbang atau judge.
Kamus dewan Edisi Ketiga perkataan kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’.
Pemikiran kritis adalah bersifat terbuka kerana pemikiran ini menerima sesuatu idea dan berupaya untuk mempertimbangkan idea tersebut.
Ciri-ciri Pemikiran kritis
tidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara
Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
Melibatkan tiga aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian
Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik.
Kelebihan Pemikiran kritis
Menjadi lebih matang Bersifat objektif dalam membuat
penilaian dan keputusan Sensitif dan prihatin Berjiwa besar, yakin dan berani Lebih berhemah dan
bertanggungjawab Ketahanan diri dan harga diri yang
tinggi.
Definisi Logik
Perkataan Yunani “logos” yang bermaksud pengucapan (utterence), pernyataan (statement), pemikiran (thought) dan pemikiran akal (reason) iaitu sebab.
Pemikiran secara logik ialah cara seseorang melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul mengikut logik.
Prinsip Asas Logik
Prinsip Identiti- satu pernyataan adalah benar, maka ia adalah benar.
Prinsip Pertengahan (excluded middle)- satu pernyataan adalah benar ataupun palsu.
Prinsip Kontradiksi/ Prinsip Percanggahan-satu pernyataan tidak boleh menjadi benar atau palsu serentak.
Penyelesaian Masalah
Clements dan Nerida F. Ellerton (1990) mendefinisikan masalah didefinisikan sebagai tugas yang dihadapi oelh seseorang yang perlu dicari jwpn atau penyelesaian.
Secara ringkasnya, menyelesaikan masalah merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mencari idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada untuk mencapai objektif yang dihasratkan.
Definisi Masalah
Menurut Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan yang sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
Robertson (2001) menyatakan masalah ialah apabila anda tidak tahu bagaimana untuk berbuat sesuatu bila anda diminta untuk bertindak.
Proses Menyelesaikan Masalah
Menyelesaikan masalah
Memahami masalah
Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian
Meninjau kesan akibat pilihan
Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian
Cara Penyelesaian Masalah
Tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati
Tidak bersifat defensif terhadap masalah itu
Yakin pada diri dan idea sendiri Biasakan diri dengan tabiat sengaja
mencari-cari pelbagai masalah yang ada disekeliling kita.
Gunakan peta minda