Post on 29-Nov-2014
description
1
BAB 2 : STRUKTUR ATOM
1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim
dan memenuhi ruang. Tiga keadaan jirim – pepejal,
cecair dan gas. (State of matter are solid, liquid
and gas)
2. Dari teori kinetik jirim, semua jirim ini berbeza dari
segi susunan, gerakan, daya tarikan dan
kandungan tenaga. (This state different from their
particles arrangement, movement, forces of
attraction and energy content)
3. Unsur (element) ialah bahan kimia yang paling
ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan
yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri
daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya
mungkin ialah atom atau molekul. Contoh zarah
untuk unsur iaitu atom Cu, C dan Mg; molekul 02
atau H2.
4. Sebatian (compound) ialah bahan yang terdiri
daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu
secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau
ion. Contoh zarah untuk sebatian iaitu molekul CO2,
H2O dan CH3COOH; ion MgCl2, H+ atau Cl-.
* jenis zarah – atom, molekul dan ion.
(Type of particles - atom, molecules or ions)
2
5. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi
sesuatu unsur yang mengambil bahagian dalam
sesuatu tindak balas kimia.
6. Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada
dua atau lebih atom sama ada daripada unsur yang
sama atau unsur yang berlainan yang berpadu
secara kimia. (gabungan unsur bukan logam dan
bukan logam)(between non metal and non metal)
7. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri
daripada satu / beberapa atom yang bercas. (boleh
juga terjadi dari gabungan unsur logam dan unsur
bukan logam)(between metal and non metal)
8. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri
daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit iaitu
zarah yang sangat kecil dan wujud secara
berasingan (discrete).
9. Teori kinetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri
daripada zarah-zarah yang diskrit dan sentiasa
bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran
antara satu sama lain.
10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang
ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat dilihat
3
apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang
tidak dapat dilihat.
11. Resapan (diffusion) gas ialah pergerakan zarah-
zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara.
Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.
12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses
perubahan (keadaan jirim) kepada (keadaan jirim)
pada suhu dan tekanan tertentu.
13. Takat lebur (melting point) ialah suhu tetap di
mana pepejal berubah menjadi cecair (solid turns
to liquid) pada tekanan tetap.
14. Takat didih (boiling point) ialah suhu tetap di
mana cecair berubah menjadi gas (liquid turns to
gas) pada tekanan tertentu.
15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi
tetap kerana tenaga haba yang dibekalkan/diserap
digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan
antara zarah-zarah.
16. Semasa pembekuan dan kondensasi, suhu
menjadi tetap kerana tenaga telah dibebaskan
apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk
menggantikan tenaga yang hilang ke sekeliling.
4
17. Perkembangan struktur atom;
Dalton --- Dalton → menemui atom
Tarik --- Thompson → menemui elektron
Rambut --- Rutherford → menemui proton
Bohr --- Bohr → menemui petala
Chadwick --- Chadwick → menemui neutron
* jenis zarah subatom – elektron, proton dan
neutron
(Subatomic particles - e, p and n)
18. Nombor atom / nombor proton (Proton Number)
ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus
sesuatu atom.
19. Nombor jisim / nombor nucleon (Nucleon number)
ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan
nukleus sesuatu atom.
20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu
unsur yang sama yang mempunyai nombor proton
yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza
(isotope - same number of proton but different
Nucleon number/number of neutron).
21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi
sifat fizik yang berlainan kerana mempunyai
bilangan elektron valens yang sama. (same
5
chemical properties because have same valence
electron)
22. Kegunaan isotop :
•Karbon-14 --- mengukur usia fosil atau artifak
lama
•Kobalt-60 --- membunuh sel-sel kanser
•Iodin-131 --- merawat penyakit tiroid
•Fosforus-32 --- mengesan penyerapan fosforus
oleh tumbuhan
• Natrium-24 ---mengesan kebocoran paip bawah
tanah dan mengesan pengaliran darah dalam
badan.
23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada
petala terluar sesuatu atom unsur itu. (valence
electron - electron at outermost occupied shell)
24. Kala (period) mewakili petala yang terisi dengan
elektron manakala bilangan elektron valens
mewakili kedudukan kumpulan (group).