Post on 23-Feb-2016
description
BAB 3PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Dibahagikan kepada 3 peringkat:1. Zaman Awal – zaman Rasulullah s.a.w dan
Khulafa’ al-Rasyidin2. Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani
Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah
3. Zaman Kontemporari
Zaman Awal
Pendahuluan• Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan
kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah lahirnya tamadun baru yang merubah sejarah dunia
• Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun Islam adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam ajaran Islam itu sendiri
Zaman Rasulullah s.a.wSebelum penurunan Islam dan perutusan
Nabi Muhammad, kehidupan masyarakatnya bergelumang dengan pelbagai maksiat dan syirik
Rasulullah menyebarkan dakwah Islam melalui dua cara: secara sulit dan secara berterus terang
Perkembangan tamadun Islam di zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period: period Mekah dan period Madinah
Period Mekah• Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan
selama 13 tahun. Tumpuan baginda Rasulullah: Pembangunan akidah Membenteras maksiat dan kejahilan Membenteras perhambaan Pemulihan akhlak Pembelaan kaum wanita
Period MadinahRasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib
(Madinah) pada 622M.Sumbangan baginda terhadap pembinaan
tamadun Islam di Madinah:1. Aspek sosial
Mempersaudarakan gol. Ansar dan MuhajirinMewujudkan perjanjian antara masyarakat
berbilang kaumKedudukan wanita dibelaMembina masjid – pusat ibadah, tempat
bermesyuarat , pusat komuniti dsb.
2. Aspek PolitikRasulullah s.a.w menggubal dan membentuk
perlembagaan Madinah bersumberkan al-QuranPerlembagaan Madinah – 47 fasal:
23 fasal – hubungan sesama umat Islam 24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam
Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.
Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dr kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.
Rasulullah turut mengasaskan majlis syura berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.
3. Aspek EkonomiMemperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai
kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)
Menghapuskan amalan riba Penggunaan matawang dinar (emas) dan
dirham (perak)Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber
ekonomi seperti zakat,sedekah, jizyah, ghanimah dsb
Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam perniagaan, pertanian dan penternakan
4. Aspek DakwahRasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari
kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab bagi menyebarkan ajaran Islam
Aspek KetenteraanRasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan
mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.
Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda: Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi Mengenalpasti tempat strategi di medan perang Penyamaran Menggali parit
5. SenibinaBermula dengan membina masjidMasjid pertama masjid Quba’
6. PendidikanMasjid telah dijadikan sebagai institusi
pendidikanRasulullah menggalakkan setiap peringkat
masyarakat menimba ilmu pengetahuan Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa
daerah untuk mengajarBaginda pernah meletakkan syarat kepada
tawanan perang yang ingin membebaskan diri dengan mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga pandai menulis dan membaca
Zaman Khulafa’ al-RasyidinSelepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada
tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin:Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M)Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)Khalifah Uthman Affan (644-656M)Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)
Mereka meneruskan dakwah baginda Rasulullah dan meletakkan al-Quran dan al-sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran
Zaman Khalifah Abu Bakar al-SiddiqTertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad (yang enggan
membayar zakat) dan nabi palsu. 11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi golongan tersebut.
Menghantar tentera pimpinan usamah b Zaid ke Qudha’ah dan Abna ke Syria – tujuan : melindungi umat Islam drpd ancaman Rom dan Parsi
Mengumpulkan al-Quran hasil pandangan Saidina Umar akibat ramai penghafaz gugur syahid di medan perang. Dikumpulkaan dan disatukan dlam bentuk mashaf dan disimpan dirumah Saidina Abu Bakar
Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat dan negara.Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada beberapa
wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal. Dilantik seorang gabenor di setiap wilayah dan Madinah sebagai pusat pentadbiran.
Zaman Khalifah Umar al-KhattabDigelar zaman ‘The Golden Age’Pendidikan :
menubuhkan institusi pendidikan di kota2 spt. Basrah, Kufah, Fustat.
Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz, berenang,
menunggang kudaPolitik – perluasan wilayah – Afrika Utara, Asia Minor,
Khurasan. Membahagikan wilayah – 8 : Madinah, Mekah, Syria, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, Palestin. Setiap wilayah dilantik gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.
Pentadbiran - menubuhkan jabatan (dewan) – Jab. Tentera, Jab. Ganjaran dan Agihan, Jab. Pos, Jab. Cukai.
Sosial – menubuhkan pelbagai kemudahan. Menubuhkan baitulmal yang sistematik
Zaman Khalifah Uthman b Affan
Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan usaha khalifah sebelumnya.
Sumbangan besar – penulisan al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)
Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi, Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki.
Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk menawan Rom Timur
Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut Islam pertama dan pernah melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom.
Zaman Khalifah Saidina Ali Abi Talib
Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana sibuk mengatasi masalah pemberontakan
Sumbangan:Menubuh dan menyusun pasukan polis (al-
Syurtah)Melengkapkan lagi pasukan bersenjata
Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan