Bab 4 graf, carta dan rajah

Post on 19-Jun-2015

10.320 views 3 download

Transcript of Bab 4 graf, carta dan rajah

BAB 4 GRAF, CARTA DAN RAJAH

MEMBINA JADUAL

Data dan maklumat yang dikumpulkan dapat dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Maklumat dalam bentuk catatan sukar dibaca dan ditafsir.

Bagi menghasilkan jadual yang sempurna, data disusun daripada bilangan yang besar kepada bilangan yang kecil.

Data yang disusun dalam bentuk jadual kerana:a) Mudah dibacab) Mudah difahamic) Mudah ditafsir

GRAF BAR MAJMUK

Graf bar majmuk mengandungi beberapa maklumat dalam satu bar.

Setiap bar dibahagikan kepada beberapa komponen yang berlainan.

Ketinggian bar menunjukkan jumlah komponen secara keseluruhan.

Graf bar majmuk menunjukkan perbezaan dan jumlah keseluruhan komponen.

Langkah-langkah Melukis Graf Bar Majmuk

Lukis paksi mendatar dan menegak. Kenal pasti nilai maksimum dan minimum untuk

menentukan skala yang sesuai. Pastikan nilai terbesar diletakkan di bahagian

bawah dan nilai terkecil di sebelah atas. Tandakan ketinggian setiap bar. Lukiskan bar. Gunakan warna atau lorekan untuk membezakan

bahagian dalam bar. Lengkapkan graf dengan tajuk, petunjuk dan

label.

LANGKAH-LANGKAH MENTAFSIR GRAF BAR MAJMUK DAN GRAF GABUNGAN

Perhatikan tajuk graf untuk mendapatkan maklumat ringkas tentang jenis data yang digambarkan oleh graf.

Perhatikan label bagi paksi menegak dan mendatar. Perhatikan nilai maksimum dan minimum bagi setiap

komponen dan bar. Nyatakan jumlah dan nilai perubahan mengikut

tahun. Huraikan aliran perubahan mengikut setiap

komponen dan bar./ setiap bar atau garisan. Buatkan perbandingan ringkas antara aliran garisan

dan bar. Buatkan rumusan secara keseluruhan.

GRAF GABUNGAN

Ia merupakan gabungan graf garisan dan bar dalam sebuah graf untuk menunjukkan 2 maklumat yang berlainan.

Data dan maklumat yang sesuai dipersembahkan dalam bentuk graf gabungan ialah:

a) Suhu dan hujanb) Harga jualan dan jumlah pengeluaran.

LANGKAH MEMBINA GRAF GABUNGAN

Kumpulkan maklumat Kenal pasti nilai maksimum dan minimum

kedua-dua jenis maklumat. Pilih skala yang sesuai. Lukis paksi mendatar dan menegak Tandakan skala bagi maklumat pada paksi

menegak dan mendatar. Tandakan dan lukiskan bar bagi bagi

maklumat tersebut. Lengkapkan dengan tajuk, label dan petunjuk.

CARTA PAI

Carta pai terdiri drp sebuah bulatan yang dibahagikan kepada beberapa pecahan untuk menunjukkan sesuatu jumlah.

Setiap pecahan menunjukkan maklumat tertentu.

Saiz setiap pecahan bergantung kepada kuantiti maklumat.

LANGKAH MEMBINA CARTA PAI Tukarkan nilai Nilai/Jumlah x 100 Tentukan sudut sektorNilai/ Jumlah x 360⁰ Lukis sebuah bulatan Lukiskan setiap bahagian berdasarkan sudut sektor yang

dikira mengikut pusingan jam dari utara. Susun drp sektor yang terbesar kepada yang kecil. Sektor lain-lain diletakkan di akhir sekali walaupun saiznya agak besar.

Lorekkan dan labelkan setiap sektor dan nyatakan peratusnya.

Lengkapkan dengan tajuk dan petunjuk.

Langkah-langkah Mentafsir Carta Pai

Perhatikan tajuk. Perhatikan petunjuk dan namakan

setiap sektor. Perhatikan nilai setiap sektor serta

perbezaan antara sektor. Rumus secara keseluruhan.

RAJAH ALIRAN

Ialah satu bentuk grafik yang memberikan gambaran dan makna tentang sesuatu proses tertentu.

Ia sesuai untuk menunjukkan aliran proses atau peringkat kejadian.

Ia disusun mengikut urutan proses dan ditunjuk dengan anak panah serta mempunyai penerangan ringkas.

Kebaikan rajah aliran ialah:a) Maklumat mudah difahamib) Maklumat dapat dipersembahkan dengan menarikc) Maklumat dapat diringkaskan dan lebih jelas.

LANGKAH MELUKIS RAJAH ALIRAN Rangkakan urutan proses berdasarkan

maklumat yang diberi. Pilih fakta yang penting Susun fakta mengikut peringkat Lukis kotak-kotak pada lokasi yang sesuai

dan masukkan fakta ke dalam kotak. Sambungkan kotak-kotak dengan anak

panah sehala mengikut urutan. Lengkapkan dengan tajuk yang sesuai.

LANGKAH MENTAFSIR RAJAH ALIRAN

Perhatikan tajuk. Kenal pasti label dan anak panah. Huraikan proses yang terlibat mengikut

urutan anak panah. Rumus secara keseluruhan.