Post on 02-May-2019
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
2
RINGKASAN EKSEKUTIF
1.1 RINGKASAN PROFIL AGENSI
Majlis Daerah Perak Tengah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang
bertanggungjawab mentadbir kawasan Daerah Perak Tengah yang secara
keseluruhannya seluas 9308 hektar. Kawasan operasi meliputi kawasan
seluas 3330 hektar manakala kawasan kawalan seluas 5978 hektar. Berikut
merupakan pecahan kawasan operasi yang dikawal selia oleh Majlis Daerah
Perak Tengah:
KAWASAN KELUASAN (HEKTAR)
Parit 512
Tanjung Belanja 84
Buluh Akar 32
Bota Kanan 250
Titi Gantong 688
Seri Iskandar 1,430
Kampung Gajah 334
Jumlah 3,330
Selaras dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk
terutamanya di Bandar Seri Iskandar serta Slogan Perdana Menteri Malaysia
yang ke-5, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Majlis Daerah
Perak Tengah telah mengorak langkah untuk memberikan perkhidmatan yang
lebih baik dengan fokus utamanya memberikan sistem penyampaian yang
lebih baik dan berkesan.
.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
4
BAHAGIAN 2
2. LATAR BELAKANG AGENSI
2.1 SEJARAH
Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan
tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1
Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November,
1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan
penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah PerakTengah ini maka terhapuslah
dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :
Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit
Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
2.2 LOKASI
Daerah Perak Tengah terletak di tengah-tengah Negeri Perak Darul
Ridzuan dan disempadani oleh Daerah Kuala Kangsar disebelah utara,
Daerah Kinta di sebelah timur, Daerah Hilir Perak dibahagian selatan
dan Daerah Manjung dibahagian barat.
PERAK TENGAH
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
5
2.3 STRUKTUR ORGANISASI
YANG DIPERTUA
SETIAUSAHAN48
Unit Undang-UndangN27/32
Unit Pusat SetempatJ41
Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Komuniti
N27/32
Jabatan KhidmatPengurusan & Sumber Manusia
(Ketua Jabatan)N27/32
Jabatan Kejuruteraan(Ketua Jabatan)
JA36
Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran
(Ketua Jabatan)U29/32
Jabatan Perbendaharaan(Ketua Jabatan)
N41/44
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta(Ketua Jabatan)
W27/32
Jabatan PerancanganPembangunan (Ketua Jabatan)
JA29/36
AHLI MAJLIS
Bhg. PerkhidmatanBandar
Bhg. Pelesenan &Kesihatan Am
Unit. Hasil
Unit. Akaun
Unit Penilaian & Kadaran
Unit Sewa
Unit. Landskap
Unit. Pentadbiran AmUnit Aset / Stor
Unit. Projek & Penyelenggaraan
Unit. Bangunan
Unit Bayaran
Unit PenguatkuasaanUnit PengurusanSumber Manusia
& Integriti
Unit Pentadbiran Am
Unit. TeknologiMaklumat
Unit. Perkhidmatan
Unit Urusetia Mesyuarat /PT SU
Unit. Pentadbiran Am
Unit. Pentadbiran Am
Pegawai Teknologi Maklumat
CARTA ORGANISASIMAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
Unit. Pentadbiran Am
Unit Audit Dalam
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
6
• Merancang dan melaksanakan projek pembangunan
untuk penghuni-penghuni di kawasan majlis.
• Memberi dan menyediakan perkhidmatan majlis
kepada semua pembayar cukai.
• Memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada
masyarakat dari segi sosial-ekonomi dan
persekitaran.
• Menguatkuasakan undang-undang kecil majlis bagi
kesejahteraan masyarakat.
2.4 Visi dan Misi
SERI ISKANDAR KE ARAH URBANISASI DAN
BANDAR PILIHAN MENJELANG TAHUN 2017
MISI MDPT
MEMBERI PERKHIDMATAN PERBANDARAN
DALAM MEMENUHI KEHENDAK, KEPERLUAN,
KESELESAAN DAN KEPUASAN PELANGGAN
OBJEKTIF
MDPT
VISI MDPT
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
7
2.5 FUNGSI
Fungsi utama Majlis Daerah Perak Tengah adalah seperti berikut :-
i) Perancangan dan kawalan pembangunan;
ii) Pengawalan dan Penguatkuasaan Undang-Undang;
iii) Pengurusan sisa pepejal dan kebersihan alam sekitar;
iv) Penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur serta
kemudahan awam;
v) Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran;
vi) Penilaian dan penguat kuasaan Cukai Taksiran;
vii) Kelestarian dan Kesejahteraan Bandar;
viii) Pengindahan Bandar;
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
8
2.6 PENCAPAIAN ORGANISASI
BIL PENCAPAIAN TAHUN DAN
PENGIKTIRAFAN
1. Pencapaian didalam Laporan Star Rating / PBT 2008
2. Pencapaian didalam Laporan Star Rating / PBT 2010
3. Pencapaian didalam Laporan Star Rating / PBT 2013
4. Pencapaian didalam Laporan Star Rating / PBT 2016
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
9
2.7 CIRI KEKUATAN DAN KECEMERLANGAN AGENSI
Majlis Daerah Perak Tengah telah mencapai beberapa kecemerlangan dalam
melaksanakan tugas. Antara kecemerlangan yang telah dicapai adalah seperti
berikut:
BIL PENCAPAIAN TAHUN DAN
PENGIKTIRAFAN
1. Pencapaian didalam Laporan Star Rating / PBT 2010 / 2 Bintang
2013/ 3 Bintang
2016/ 3 Bintang
2 Status penyelesaian OSC 2010/ 99%
3. Penarafan didalam pengurusan kewangan
berdasarkan indeks akauntabiliti
2010 / 3 Bintang
2012 / 3 Bintang
4 Anugerah Cemerlang dalam Malaysia Goverment
Portal and Websites Assesment
2010 / 5 Bintang
2011 / 5 Bintang
2012 / 5 Bintang
2013 / 5 Bintang
2014 / 5 Bintang
5 Pensijilan 5s oleh Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC)
2010
6 Pertandingan Papan Tanda Iklan Luar PBT
Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan &
Dewan Bahasa dan Pustaka
2012 / Naib Johan
7. Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2012
Tajuk: Kaunter Express
Penyertaan
8. Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2013
Tajuk: Smart Sticker
Penyertaan
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
10
BIL PENCAPAIAN TAHUN DAN
PENGIKTIRAFAN
9. Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2014
Tajuk: Smart Trolley
Tajuk: POLYKIS
Tersenarai ke peringkat Akhir
Penyertaan
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
12
BAHAGIAN 3
A. PENGURUSAN ORGANISASI
B. Prestasi Kutipan Hasil berdasarkan anggaran
Tahun 2014
OBJEK BUTIRAN KUTIPAN 2014 BAJET 2014 PERBEZAAN %
RM RM RM
600000 HASIL CUKAI
616010 Cukai Taksiran 3,091,738.02 3,035,207.83 56,530.19 101.86
617010 SMK Negeri 65,060.20 55,799.70 9,260.50 116.60
617020 SMK Persekutuan 434,062.96 201,246.70 232,816.26 215.69
617030 SMK Agensi Lain 1,524,133.87 2,044,009.85 (519,875.98) 74.57
JUMLAH HASIL CUKAI 5,114,995.05 5,336,264.08 (221,269.03) 95.85
700000 HASIL BUKAN CUKAI
710000 Lesen Terimaan Pendaftaran Permit 514,398.07 663,110.00 (148,711.93) 77.57
720000 Perkhidmatan Dan Terimaan Perkhidmatan 393,233.22 310,460.00 82,773.22 126.66
730000 Perolehan dari Jualan Barang-Barang 194,038.20 43,600.00 150,438.20 445.04
740000 Sewaan 696,169.00 968,610.00 (272,441.00) 71.87
750000 Faedah Perolehan dari Pelaburan 36,499.49 40,800.00 (4,300.51) 89.46
760000 Denda dan Hukuman 45,157.67 26,010.00 19,147.67 173.62
770000 Sumbangan & Bayaran Ganti dari Luar Negeri - - - 0
JUMLAH HASIL BUKAN CUKAI 1,879,495.65 2,052,590.00 (173,094.35) 91.57
800000 TERIMAAN BUKAN HASIL
810000 Pulang Balik Perbelanjaan 3,466.77 - 3,466.77 100.00
820000 Terimaan Daripada Agensi 1,631,913.12 1,641,535.00 (9,621.88) 99.41
JUMLAH TERIMAAN BUKAN HASIL 1,635,379.89 1,641,535.00 (6,155.11) 99.63
JUMLAH BESAR PENERIMAAN 8,629,870.59 9,030,389.08 (400,518.49) 95.56
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
13
A1. Pengurusan Kewangan (Hasil)
Prestasi Kutipan Hasil berdasarkan anggaran
Tahun 2015
OBJEK BUTIRAN BAJET 2015 KUTIPAN 2015 PERBEZAAN %
RM RM RM
600000 HASIL CUKAI
610000 Cukai Langsung 5,387,072.00 6197,197.00 (810,125.00)
(15)
JUMLAH HASIL CUKAI 5,387,072.00 6197,197.00 (810,125.00)
(15)
700000 HASIL BUKAN CUKAI
710000 Lesen Terimaan Pendaftaran Permit
957,560.00 501,901.00 455,659.00 48%
720000 Perkhidmatan Dan Terimaan Perkhidmatan
425,810.00 398,115.00 27,695.00 7%
730000 Perolehan dari Jualan Barang-Barang
21,000.00 20,148.00 852.00 4%
740000 Sewaan
860,390.00 692,875.00 167,515.00 19%
750000 Faedah Perolehan dari Pelaburan
46,800.00 50,865.00 (4,065.00) -9%
760000 Denda dan Hukuman
51,010.00 9,588.00 41,422.00 81%
JUMLAH HASIL BUKAN CUKAI
2,362,570.00 1,673,492.00 689,078.00
800000 TERIMAAN BUKAN HASIL
810000 Terimaan Lain
0 86,825.00 (86,825.00)
820000 Terimaan Daripada Agensi
1,741,535.00 1,721,496.00 20,039.00
Pindahan Dari Pemberian Kerajaan Dimodalkan
0 826,096.00 (826,096.00)
JUMLAH TERIMAAN BUKAN HASIL
1,741,535.00 2,634,417.00 (892,882.00)
JUMLAH BESAR PENERIMAAN
9,491,177.00 10,505,106.00 (1,013,929.00)
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
14
Prestasi Kutipan Hasil berdasarkan anggaran
Tahun 2016
OBJEK BUTIRAN BAJET 2016 KUTIPAN 2016 PERBEZAAN %
RM RM RM
600000 HASIL CUKAI
610000 Cukai Langsung
6,765,835.00 6,323,780.00 442,055.00 7%
JUMLAH HASIL CUKAI
6,765,835.00 6,323,780.00 442,055.00
700000 HASIL BUKAN CUKAI
710000 Lesen Terimaan Pendaftaran Permit
723,862.00 675,802.00 48,060.00 7%
720000 Perkhidmatan Dan Terimaan Perkhidmatan
477,035.00 441,836.00 35,199.00 7%
730000 Perolehan dari Jualan Barang-Barang
16,000.00 19,637.00 (3,637.00) -23%
740000 Sewaan
871,328.00 808,155.00 63,173.00 7%
750000 Faedah Perolehan dari Pelaburan
46,800.00 46,872.00 (72.00) 0%
760000 Denda dan Hukuman
86,010.00 163,657.00 (77,647.00) -90%
JUMLAH HASIL BUKAN CUKAI
2,221,035.00 2,155,959.00 65,076.00
800000 TERIMAAN BUKAN HASIL
810000 Pulang Balik Perbelanjaan/Cagaran
0 12,529.00 (12,529.00)
820000 Terimaan Daripada Agensi
1,741,535.00 1,782,762.00 (41,227.00)
JUMLAH TERIMAAN BUKAN HASIL
1,741,535.00 2,622,247.00 (880,712.00)
JUMLAH BESAR PENERIMAAN
10,728,405.00 11,101,986.00 (373,581.00)
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
15
Prestasi Kutipan Tunggakan hasil cukai
BIL TAHUN KUTIPAN
(RM)
PENYELESAIAAN
%
1. 2013 480,904.79 35%
2. 2014 532,941.02 36%
3. 2015 461,346.00 27%
4. 2016 1,104,587.00 43%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
16
Teguran Audit Negara Mengenai Kutipan Hasil (Tahun Sebelum)
Para Penemuan Audit Tindakan MDPT
1.4
i)
Penghutang Sewaan
Semakan audit mendapati terdapat penghutang sewa
gerai yang berbaki kredit seperti berikut:
RM RM Penghutang 2015 2014
Pasar Bota (516) (516) Restoran Titi Gantung (500) (500)
Untuk makluman, pihak
pentadbiran telah
membuat semakan status terkini penghutang sewaan
tersebut di mana penghutang tidak lagi
menyewa.
Oleh itu, pihak
pentadbiran akan melaraskan penghutang
sewa gerai yang berbaki
kredit kepada hasil Majlis dan ini telah diluluskan
dalam Mesyuarat J/K Pengurusan PREMIS
04/2016
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
17
Usaha-usaha Meningkatkan hasil Cukai
1. Melaksanakan „house call‟
Majlis Daerah Perak Tengah melalui Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta telah melaksakan program yang dipanggil
„house call‟. Program ini dilaksanakan dengan bertemu terus
pemilik premis yang mempunyai tunggakan dan mengadakan
sedikit pemakluman tentang kepentingan membayar cukai.
2. Menjalankan Operasi “Taskforce”
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
19
A1. Pengurusan Kewangan (Bajet dan Akaun)
Prestasi Perbelanjaan Mengurus berdasarkan Bajet yang
diluluskanTahun 2015
OBJEK BUTIRAN PERBELANJAAN
2015 BAJET
2015 PERBEZAAN %
RM RM RM
100000 EMOLUMEN
110000 Gaji Dan Upahan
2,354,905.00 2,539,781.00
184,876.00 7%
120000 Elaun Tetap
683,183.00 794,520.00
111,337.00 14%
130000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan
412,007.00 445,415.00
33,408.00 8%
140000 Elaun Lebih Masa
149,530.00 207,030.00
57,500.00 28%
150000 Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain
217,069.00 343,148.00
126,079.00 37%
JUMLAH EMOLUMEN
3,816,694.00 4,329,894.00
513,200.00
200000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
210000 Perbelanjaan Perjalanan Sara Hidup Kakitangan
111,406.00 232,820.00
121,414.00 52%
220000 Pengangkutan Barang-Barang Untuk Kakitangan
2,323.00 3,070.00
747.00 24%
230000 Perhubungan Dan Utiliti 965,956.00
-21%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
20
1,171,617.00 (205,661.00)
240000 Sewaan
36,542.00 38,830.00
2,288.00 6%
250000 Bahan Makanan Dan Minuman
- 30
30.00 100%
260000 Bekalan Bahan Mentah Untuk Penyelenggaraan
122,958.00 272,760.00
149,802.00 55%
270000 Bekalan dan Bahan Lain
159,581.00 172,362.00
12,781.00 7%
280000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil
192,593.00 411,560.00
218,967.00 53%
290000 Perkhidmatan Iktisas Dan Perkhidmatan Lain Yang
1,683,253.00
2,048,526.00
365,273.00 18%
Dibeli dan Hospitaliti
192,593.00 411,560.00
218,967.00 53%
JUMLAH PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
3,480,273.00 4,145,914.00
665,641.00
300000 ASET
310000 Tanah
7,761.00
30,010.00
22,249.00 74%
320000 Bangunan
0
360,010.00
360,010.00 100%
330000 Kemudahan
38,220.00
30,020.00
(8,200.00) -27%
340000 Kenderaan
0
100,030.00
100,030.00 100%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
21
350000 Harta-Harta Modal Yang Lain
95,910.00
169,710.00
73,800.00 43%
360000 Binatang Pokok Dan Benih
18,399.00
55,000.00
36,601.00 67%
370000 Pinjaman
0
10.00
10.00 100%
JUMLAH ASET
160,290.00 744,790.00
584,500.00
400000 PEMBERIAN & KENAAN BAYARAN TETAP
410000 Biasiswa,Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran
0
10.00
10.00 100%
420000 Pemberian Dalam Negeri
39,999.00
40,000.00
1.00 0%
440000 Tuntutan Insurans Dan pampasan
0
10.00
10.00 100%
450000 Faedah Dividen dan Kenaan Bayaran yang lain
227,671.00
602,378.00
374,707.00 62%
480000 Gantian Cuti Rehat
9,990.00
10,000.00
10.00 0%
JUMLAH PEMBERIAN & KENAAN BAYARAN TETAP
277,660.00 652,398.00
374,738.00
500000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN YANG LAIN
510000 Pulangbalik, Contra dan Hapuskira
309,041.00 3,080.00
(305,961.00) -9934%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
22
520000 Bayaran-Bayaran Lain
192,279.00 50,030.00
(142,249.00) -284%
JUMLAH PERBELANJAAN YANG LAIN
501,320.00 53,110.00
(448,210.00)
JUMLAH BESAR PEMBAYARAN
8,236,237.00 9,926,106.00
1,689,869.00
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
23
A1. Pengurusan Kewangan (Bajet dan Akaun)
Prestasi Perbelanjaan Mengurus berdasarkan Bajet yang
diluluskanTahun 2016
OBJEK BUTIRAN PERBELANJAAN
2016 BAJET 2016 PERBEZAAN %
RM RM RM
100000 EMOLUMEN
110000 Gaji Dan Upahan
2,441,612.00 2,579,976.00
138,364.00 5%
120000 Elaun Tetap
805,324.00 1,037,350.00
232,026.00 22%
130000 Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan
429,876.00 455,879.00
26,003.00 6%
140000 Elaun Lebih Masa
100,013.00 172,040.00
72,027.00 42%
150000 Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain
116,631.00 324,289.00
207,658.00 64%
JUMLAH EMOLUMEN
3,893,456.00 4,569,534.00
676,078.00
200000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
210000 Perbelanjaan Perjalanan Sara Hidup Kakitangan
126,498.00 256,510.00
130,012.00 51%
220000 Pengangkutan Barang-Barang Untuk Kakitangan
2,054.00 3,060.00
1,006.00 33%
230000 Perhubungan Dan Utiliti 1,158,920.00
-4%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
24
1,203,488.00 (44,568.00)
240000 Sewaan
126,398.00 77,020.00
(49,378.00) -64%
250000 Bahan Makanan Dan Minuman
- 30
30.00 100%
260000 Bekalan Bahan Mentah Untuk Penyelenggaraan
94,439.00 348,578.00
254,139.00 73%
270000 Bekalan dan Bahan Lain
121,744.00 188,430.00
66,686.00 35%
280000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil
240,994.00 405,540.00
164,546.00 41%
290000 Perkhidmatan Iktisas Dan Perkhidmatan Lain Yang
1,989,273.00 2,235,496.00
246,223.00 11%
Dibeli dan Hospitaliti
240,994.00 405,540.00
164,546.00 41%
JUMLAH PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
3,904,888.00 4,673,584.00
768,696.00
300000 ASET
310000 Tanah
5,953.00
30,020.00
24,067.00 80%
320000 Bangunan
262,902.00 120,030.00
(142,872.00) -119%
330000 Kemudahan
131,950.00
30,050.00
(101,900.00) -339%
340000 Kenderaan
0
40.00
40.00 100%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
25
350000 Harta-Harta Modal Yang Lain
72,654.00 130,230.00
57,576.00 44%
360000 Binatang Pokok Dan Benih
16,200.00
90,000.00
73,800.00 82%
370000 Pinjaman
0
10.00
10.00 100%
JUMLAH ASET
489,659.00 400,380.00
(89,279.00)
400000 PEMBERIAN & KENAAN BAYARAN TETAP
410000 Biasiswa,Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran
0
10.00
10.00 100%
420000 Pemberian Dalam Negeri
50,000.00
50,010.00
10.00 0%
440000 Tuntutan Insurans Dan pampasan
0
10.00
10.00 100%
450000 Faedah Dividen dan Kenaan Bayaran yang lain
602,348.00 602,378.00
30.00 0%
480000 Gantian Cuti Rehat
2,032.00
15,010.00
12,978.00 86%
JUMLAH PEMBERIAN & KENAAN BAYARAN TETAP
654,380.00 667,418.00
13,038.00
500000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN YANG LAIN
510000 Pulangbalik, Contra dan Hapuskira 3,080.00
-1209%
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
26
40,311.00 (37,231.00)
520000 Bayaran-Bayaran Lain
230,621.00 63,050.00
(167,571.00) -266%
JUMLAH PERBELANJAAN YANG LAIN
270,932.00 66,130.00
(204,802.00)
JUMLAH BESAR PEMBAYARAN
9,213,315.00 10,377,046.00
1,163,731.00
Teguran Audit Negara mengenai Perbelanjaan
Bil Butiran Penemuan Audit Tindakan Majlis
- T I A D A -
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
27
A2 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
Panel Pembangunan Sumber Manusia
- Panel Pembangunan Sumber Manusia Majlis Daerah Perak
Tengah telah bermesyuarat sebanyak 1 kali pada tahun 2016 iaitu
pada 29 Febuari 2016.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia
Majlis Daerah Perak Tengah telah mengadakan satu Jawatankuasa
Pengurusan Sumber Manusia bagi membincangkan dan menyelaras
perkara- perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia.
Bagi tahun 2016 ini, sebanyak 2 kali mesyuarat telah dilaksanakan
iaitu pada 15 April 2016 dan 22 November 2016.
Pengurusan Tataterib
Pada tahun 2016 Majlis Daerah Perak Tengah bilangan kes yang
telah dikenakan hukuman tatatertib adalah seperti berikut:
HUKUMAN BILANGAN
Amaran 4
Denda -
Lucut Hak
Emolumen
-
Buang Kerja -
Tangguh Pergerakan
gaji
1
Turun Gaji 2
Turun Pangkat -
Lain-lain -
Jumlah 7
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
28
A3 PENGURUSAN ICT ORGANISASI
a) Peratusan penggunaan ICT untuk meningkatkan perkhidmatan PBT (secara atas
talian) adalah 100%
Senarai aktiviti penggunaan ICT di Majlis Daerah Perak Tengah
BIL
AKTIVITI
STATUS
NAMA APLIKASI
1. Semakan Cukai Taksiran ADA E-Semakan ePBT Online
2. Aduan Awam ADA Feedback management System
(FMS),e Aduan ePBT Online
3. Penyerahan Pelan dan Kelulusan
Pelan Pemaju
ADA OCS Online
4. Pengurusan Aset ADA e-ASET
5. Pengurusan Stok ADA SPS
6. Pengurusan Akaun & Kewangan ADA ePBT
7. Pengurusan Taksiran ADA ePBT
8. Pengurusan Pelesenan & Pengurusan
harta
ADA ePBT
9. Pengurusan Pelanggan ADA QMS
10. Pengurusan Kewangan Kerajaan
Negeri
ADA SPEKS
11. Pengurusan Sumber Manusia ADA HRMIS
12. Pembayaran Pembekal ADA eBANKER
13. Khidmat Pesanan Ringkas ADA TM Infoblast
14. Pengurusan Kompaun ADA ePBT
eKompaun
15. Pembayaran Cukai Atas Talian ADA Online Banking
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
29
16. Pengurusan Kehadiran Kakitangan ADA eHadir
17. Pengurusan Saman Tempat Letak
Kereta
ADA Sistem HandHeld
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
37
BAHAGIAN 3
KOMPONEN B : INOVASI DALAM PERKHIDMATAN TERAS
B.1 HASIL INOVASI YANG INOVATIF
Perlaksanaan Inovasi
- Inovasi ini mula diperkenalkan pada tahun 2016. Pada peringkat
permulaannya idea untuk melaksanakan projek inovasi ini adalah
untuk memberi pembaharuan terhadap pembinaan mini dewan
serbaguna yang telah dilaksanakan sebelum ini serta menerapkan
ciri-ciri pelbagai tujuan terutama bagi penduduk kawasan taman
perumahan. Bagi pembinaan dewan ini telah diberi nama astaka
disebabkan dewan ini dibina menggunakan konsep terbuka.
- Bagi perlaksanakan inovasi astaka ini 2 lokasi telah dipilih iaitu
Taman Gemilang, Seri Iskandar dan Taman Changkat Lada Raya,
Kg. Gajah dan Taman Desa KPMP, Kg. Gajah.
- Pembinaan astaka ini dianggarkan dapat memuatkan seramai 250
hingga 300 orang untuk sekali penggunaan. Selain itu, terdapat
kemudahan lain seperti dataran parkir serbaguna disediakan bagi
menampung aktiviti-aktiviti penduduk taman.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
38
- Dengan konsep ini, ianya dapat digunakan untuk pelbagai tujuan
(Multi Function) untuk aktiviti kemasyarakatan setempat.
- Astaka ini dibina berdekatan dengan padang awam dan pembinaan
adalah bersesuaian dengan konsep terbuka serta kemudahan lain
seperti pentas dan tandas turut disediakan.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
39
NAMA KUMPULAN
NOR HAMIMI BINTI BAHARUDIN
En. Azrul Helmi bin
Abdullah
Puan Ras Mardiana Binti Samsudin
AHMAD TAJUARIPIN BIN OTHMAN
MOHD SAHAL BIN ARIFF
SETIAUSAHA
MOHD FADHLAN BIN TAJUDIN
NOR SUHAILA BINTI ABDUL HAMID
MOHD SHAHRUL EFENDY BIN ZIKRI
YUZAL BIN ZABIDI
ASTAKA
KETUA KUMPULAN
AHLI-AHLI KUMPULAN
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
40
i) INOVASI YANG BERSIFAT LEADING EDGE
Majlis Daerah Perak Tengah telah beroperasi di bangunan baru sepenuhnya
pada 1 November 2013. Ianya adalah antara salah satu tujuan untuk
meningkatkan dan penjenamaan semula imej MDPT bagi mengimbangi
pembangunan yang pesat terutamanya bandar Seri Iskandar.
Bandar Seri Iskandar merupakan bandar yang sedang membangun. Terdapat
pelbagai pembangunan dari segi projek perumahan. Selaras dengan
pembangunan tersebut Majlis Daerah Perak Tengah telah membina Astaka
ini bagi mengisi keperluan semasa untuk penduduk. Pembinaan Astaka ini
menelan belanja sebanyak RM330 ribu melalui peruntukkan Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pembinaan bermula pada 21 Mac 2016 dan ianya telah siap mengikut jadual
pada 18 Julai 2016.
Punca masalah
1. Dewan komuniti yang dibina secara tertutup memerlukan kos
selenggara yang tinggi dari segi kerosakkan seperti tingkap, pintu,
peralatan elektrik dan struktut dinding serta kegiatan “vandalisme”
yang berlaku.
2. Aktiviti dewan tertutup adalah terhad dan berkunci dan terdapat
kekangan bagi penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti.
3. Dewan komuniti tersebut perlu dicat semula dalam tempoh tertentu
serta siling dewan juga perlu diselenggara.
4. Dewan tersebut juga hanya boleh menempatkan seramai 100 orang
pada satu-satu masa dan apabila dibina tertutup aktiviti adalah terhad
di dalam dewan sahaja.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
41
Matlamat masalah
1. Astaka terbuka ini dapat menjimatkan kos selenggara dan kerosakkan
kecil seperti peralatan elektrik, kerosakan dinding dan siling.
2. Pembinaan astaka ini dapat mengubah tanggapan penduduk terhadap
dewan sedia ada sebelum ini sering berkunci dan terdapat kekangan
untuk digunakan penduduk setempat.
3. Aktiviti dan penggunaan dapat di pantau oleh Jawatankuasa penduduk
taman.
4. Pembinaan ini juga dapat menjimatkan kos penggunaan elektrik
apabila digunakan pada waktu siang.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
42
ii) MENYELURUH DAN SISTEMATIK
- Projek inovasi ini dihasilkan oleh Jabatan Kejuruteraan dan
Penyelenggaraan.
- Penerimaan daripada Jabatan dan Unit lain di dalam MDPT adalah positif
serta Jawatankuasa Penduduk Taman setelah pembinaan siap dan
diserahkan untuk kegunaan penduduk setempat.
- Inovasi yang dihasilkan mempunyai identiti tersendiri dan mudah untuk
diselenggara oleh Jawatankuasa Penduduk serta pihak Majlis.
- Penghasilan inovasi ini adalah penambahbaikan daripada dewan komuniti
sebelum ini.
iii) VALUE CREATION
“Value Creation‟ produk inovasi ini menghasilkan nilai-nilai yang berfaedah
kepada organisasi dan orang awam.
- Organisasi
Hasil inovasi ini merupakan identiti kepada MDPT yang mana ianya tidak
dilaksanakan oleh PBT lain di dalam Negeri Perak. Ianya dapat
memudahkan pembinaan dari segi kos , selenggara dan pemantauan.
- Orang Awam
Inovasi Astaka ini dapat memenuhi kehendak dan permintaan penduduk
yang mahukan perubahan reka bentuk berbanding mini dewan serbaguna
yang dihasilkan sebelum ini, ianya dilihat dapat memberi kesan positif
kepada penduduk sekitar dan tiada lagi kekangan untuk menjalankan
aktiviti.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
48
B.2 KEBERKESANAN HASIL INOVASI
i) KEBERKESANAN YANG NYATA
Bagi menjamin keberkesanan sesuatu inovasi yang dihasilkan ianya
mestilah mempunyai faedah-faedah yang nyata. Inovasi Astaka juga
mempunyai faedah-faedah yang nyata seperti berikut;
Faedah Berterusan
Pembinaan astaka ini dapat memberi menjadikan satu konsep amalan
“Go green” iaitu penjimatan sumber tenaga dalam penggunaan.
Faedah Perkhidmatan
- Pembinaan astaka ini juga sebagai salah satu transformasi yang
dilaksanakan oleh MDPT iaitu cuba mengubah tanggapan
penduduk terhadap dewan sedia ada sebelum ini sering berkunci
dan terdapat kekangan untuk digunakan oleh penduduk setempat.
- Berdasarkan konsep astaka ini pelbagai aktiviti penduduk boleh
dilaksanakan seperti mesyuarat, perbincangan, dialog dan pusat
rondaan keselamatan serta aktiviti riadah.
- Pembinaan astaka menjadi lebih mudah, cantik dan efisyen dengan
kos selenggaraan yang minima dan memudahkan pemantauan.
ii) KEBERKESANAN DARI SEGI HASIL YANG MAMPAN
Projek Inovasi ini dilihat dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
berkaitan tugas pemantuan dan selenggara oleh Jawatankuasa
Penduduk dan meningkatkan prestasi penyampaian dan impak
berkesan kepada orang awam.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
49
iii) KEPUASAN KUMPULAN SASAR
Hasil pemantauan yang dilakukan idea pelaksanaan Astaka didapati
aktiviti penduduk telah terlaksana dan tiada masalah senggara yang
banyak serta penduduk sekitar telah mendapat manfaat bersama.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
50
B3 HASIL INOVASI YANG SIGNIFIKAN
i) Keberhasilan yang penting
Orang Awam
- Hasil inovasi ini dapat memberikan kemudahan kepada penduduk taman
yang memerlukan tempat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang
merupakan satu keperluan semasa yang akan dapat memberi faedah
bersama.
- Melalui Astaka yang disediakan pelbagai program telah terlaksana di
peringkat orang awam dan organisasi lain.
Organisasi MDPT
- Pelaksanaan inovasi ini dapat memberi imej baru dalam reka bentuk dan
kaedah pembinaan yang mengikut peruntukkan yang disediakan.
Peringkat Tertinggi
- Inovasi Astaka ini telah dirasmikan oleh 2 EXCO Kerajaan Negeri Perak
dalam Program Permukiman YAB Menteri Besar Ke Daerah Perak
Tengah iaitu pada 8 Mac 2017 di Taman Gemilang, Seri Iskandar oleh
Y.B Dato‟ Mohammad Zahir Bin Dato‟ Khalid dan 9 Mac 2017 di Taman
Changkat Lada Raya, Kg. Gajah oleh Y.B Dato‟ Hjh Rusnah Binti Kassim.
- Perasmian tersebut turut mendapat pujian daripada kedua-dua EXCO
terbabit kerana reka bentuk dan faktor inovasi yang diterapkan.
- Konsep pembinaan Astaka ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada
pegawai di Peringkat KPKT kerana menerapkan konsep ”GO GREEN”
dalam reka bentuk Astaka tersebut.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
55
GOTONG ROYONG MEMASAK SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA DI
MASJID DAERAH SERI ISKANDAR
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
56
BBQ SANTAI WARGA TAMAN GEMILANG BERSAMA
YB DATO’ DRS MOHD NIZAR ZAKARIA
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
58
KEMPEN NAK SIHAT ANJURAN PEJABAT KESIHATAN
PERAK TENGAH
15 OKTOBER 2016
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
59
B4 HASIL INOVASI YANG RELEVEN
Inovasi yang dihasilkan relevan dengan arus perdana dan memenuhi
agenda nasional negara.
Projek inovasi ini sangat relevan dengan arus pada masa sekarang dan turut
memenuhi agenda nasional negara seperti Strategi Lautan Biru atau Blue
Ocean Strategy. Strategi Lautan Biru memperkenalkan kerangka kerja Empat
Tindakan yang bertujuan untuk menggubal strategi baru yang lebih berdaya
saing. Konsep ini menganjurkan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian
perkhidmatan. Ia juga menggalakkan untuk menjadi perintis dalam
menyediakan sesuatu perkhidmatan atau produk dimana organisasi perlu
keluar dari kepompong keselesaan dan bertindak melampaui ekspektasi (do
beyond the expectation). Dari segi individu, mereka tidak boleh lagi menjadi
pengikut (follower) tetapi perlu menjadi peneraju (tren setter) dalam
melakukan sesuatu kerja. Pendekatan ini dapat melonjak sesebuah
organisasi ke peringkat yang lebih cemerlang dan gemilang.
Strategi Lautan Biru sangat menekankan pentingnya organisasi menjalankan
analisis stakeholders / pelanggan secara terperinci untuk mengenal pasti
kumpulan-kumpulan sasaran yang akan menerima kesan dari strategi yang
dilaksanakan. Analisis stakeholders / pelanggan dalam konteks ini akan
menyelami kehendak, keperluan serta nilai kumpulan-kumpulan berkenaan
untuk memastikan strategi yang dirancang akan benar-benar memenuhi
kehendak mereka. Strategi ini akan mewujudkan inovasi nilai yang
memberikan penekanan setara kepada nilai dan inovasi, tanpa memfokuskan
kepada teknologi baru semata-mata. Inovasi nilai merupakan cara baru untuk
memikirkan dan melaksanakan strategi yang mencipta pembaharuan dengan
menggunakan elemen-elemen baru dan berkos rendah.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
60
Antara tindakan yang perlu diambil ialah :
1) Hapuskan (eliminate) – perkara-perkara yang tidak penting perlu
dihapuskan dari aktiviti yang sedia ada termasuk menghapuskan kaedah,
prosedur dan proses kerja yang lapok, tidak praktikal dan tidak ekonomik.
2) Kurangkan (reduce) – perkara-perkara yang dirasakan selama ini
berlebihan perlu dikurangkan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi.
Projek ini mampu mengurangkan tenaga kerja dan masa.
3) Tingkatkan (raise) – perkara-perkara yang penting perlu ditonjolkan dan
ditingkatkan termasuk meningkatkan penggunaan standard.
Organisasi perlu memikirkan satu kaedah yang lebih praktikal dan
ekonomik, sehubungan itu satu inovasi perlu untuk mempercepatkan
proses kerja.
4) Ciptakan (create) – perkara-perkara yang baru dan belum pernah terfikir
atau ditawarkan oleh pihak lain perlu diciptakan termasuk
memperkenalkan cara penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat,
cekap dan berkesan.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
61
Penciptaan sesuatu projek melalui proses kerja yang lebih efisien dan ekonomik.
Seterusnya dapat meningkatkan imej jabatan. Ciptaan ini juga dapat di kongsi
dengan agensi lain.
Inovasi ini berkait rapat atau selaras dengan arus perdana Perak Amanjaya 7 KRA
(Bidang Keberhasilan Utama) iaitu : Masyarakat Berkemahiran Berilmu dan
Beretika. Setiap individu mempunyai keupayaan dan kemahiran menepati keperluan
semasa dan dilengkapi dengan nilai murni yang membolehkan penglibatan secara
efektif dalam pembangunan masyarakat dan aktiviti ekonomi yang berpotensi tinggi.
Sub-KRA 2.3 Pembangunan sumber dana aset intelektual
secara intensif dan rancak yang menyumbangkan
kepada daya inovasi dan kemajuan Negeri Perak.
Sub-KRA 2.4 Masyarakat Perak mempunyai daya kreatif,
inovasi, kemahiran IT dan bersifat keusahawanan
disokong oleh ekosistem, K-ekonomi yang
terkehadapan.
Usaha inovasi yang ditunjukkan mengambil kira persekitaran semasa sama
ada dipertingkat tempatan ataupun global
Peranan Pihak Berkuasa Tempatam (PBT) ditekankan di dalam Bab ke-28 Agenda
21 di dalam melaksanakan pembangunan mapan di peringkat tempatan melalui
Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh itu, LA21 adalah Agenda yang dilancarkan
di peringkat tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang
melibatkan serta menekankan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta di
dalam menwujudkan kerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan
persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih
tinggi.
Program Local Agenda 21 adalah ditubuhkan untuk pihak kerajaan dan masyarakat
tempatan dalam bekerjasama ke arah pembangunan mapan, berkaitan itu Inovasi ini
merupakan inovasi seiring dengan Program Local Agenda yang dapat memberi
impak positif kearah kehidupan yang harmoni.
Pengukuhan nilai sumber
Pembangunan
masyarakat berinovasi
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
62
BAHAGIAN 3
KOMPONEN C : PENGURUSAN PERLAKSANAAN INOVASI
C1. PENGURUSAN PERLAKSANAAN INOVASI
JAWATANKUASA INOVASI
Jawatankuasa Inovasi ini melibatkan beberapa Jabatan dalaman Majlis Daerah
Perak Tengah sepertimana berikut :
YANG DIPERTUA DATO’ HAJI MAD DAN BIN HASSAN,
(PENASIHAT)
SETIAUSAHA HELMI BIN YUSOF
(PENGERUSI)
JABATAN KHIDMAT
PENGURUSAN
JABATAN
PERBENDAHARAAN
UNIT PERHUBUNGAN
AWAM DAN HAL EHWAL
KOMUNITI
JABATAN
PERKHIDMATAN BANDAR
DAN KESIHATAN
JABATAN
PERANCANGAN
PEMBANGUNAN
JABATAN PENILAIAN
DAN PENGURUSAN
HARTA
JABATAN
KEJURUTERAAN
JABATAN UNDANG-
UNDANG &
PENGUATKUASAAN
UNIT PUSAT
SETEMPAT
(OSC)
UNIT TEKNOLOGI
MAKLUMAT
FASILITATOR FASILITATOR FASILITATOR
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
63
KEKERAPAN MESYUARAT
Cadangan mesyuarat dicadangan mengikut keperluan bagi meninjau perkembangan
projek
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
TARIKH : 1 FEBRUARI 2016 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT DATO‟ MAHARAJA LELA
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA INOVASI BIL 1/2016 TARIKH : 12 APRIL 2016 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT DATO‟ MAHARAJA LELA MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA INOVASI BIL 2/2016 TARIKH : 18 November 2016 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT DATO‟ MAHARAJA LELA
PERLAKSANAAN HASIL MESYUARAT SEMUA PROGRAM BERJAYA DILAKSANAKAN MENGIKUT PERANCANGAN DENGAN WUJUDNYA 3 KUMPULAN BERSAING BAGI MEWAKILI MDPT DI PERINGKAT ANUGERAH INOVASI PBT NEGERI PERAK NAMA PROJEK
1. KUMPULAN SAMMA (TEKNIKAL 1) ( PETAK KHAS BERBAYAR) 2. KUMPULAN TOPIO ( TEKNIKAL 2) ( KAYU PENANDA ARAS) 3. KUMPULAN TM ( PENGURUSAN) ( LECTURE STAND 2.0) 4. KUMPULAN KEJURUTERAAN( PROJEK ASTAKA)
PEMANTAUAN PELAKSANAAN Pihak Pengurusan telah mengambil inisiatif untuk membuat penambaikan dengan mengadakan sesi perbincangan meja bulat kepada Unit dan Jabatan yang tidak mencapai tahap keberkesanan inovasi bersama Tuan Setiausaha di Bilik Setiausaha. Tindakan ini diambil bagi memastikan slogan “ 1 Jabatan 1 Inovasi” dapat dapat direalisasikan.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
64
SISTEM PENGIKTIRAFAN DALAMAN Pada 31 Mei 2016 telah diadakan Pertandingan Inovasi Peringkat Majlis Daerah Perak Tengah .Pertandingan ini melibatkan 4 Kumpulan iaitu Kumpulan SAMMA , Kumpulan Topio, Kumpulan TM dan Kumpulan Kejuruteraan masing-masing dengan projek yang telah siap dilaksanakan. Pertandingan ini adalah anjuran dari Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal komuniti selaku unit yang menjadi urus setia Inovasi Majlis Daerah Perak Tengah.Pertandingan ini telah diadili oleh 3 Panel yang dijemput khas dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Kumpulan Topio, diikuti Kumpulan Kejuruteraan, Kumpulan TTM dan Kumpulan Samma. Pemenang bagi pertandingan tersebut telah membawa pulang wang insentif sebanyak RM500 dan sijil penghargaan daripada Pihak Pengurusan Majlis Daerah Perak Tengah bagi meraikan pencapaian yang telah dikecapi oleh Kumpulan Topio dalam melaksanakan projek Inovasi.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
65
C2. PENANDA ARAS DARIPADA AGENSI LAIN
- Penanda aras merupakan satu proses mencari amalan yang terbaik yang
diamalkan di jabatan atau agensi luar bagi meningkatkan penyampaian
perkhidmatan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan penyampaian
perkhidmatan Majlis Daerah Perak Tengah pihak pengurusan atasan
telah mengamalkan amalan yang baik yang boleh dicontohi daripada
organisasi lain antaranya mengadakan Pertandingan Peringkat Majlis
yang telah diadili oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai
pengalaman memasuki pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan iaitu
Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
- Dengan adanya pertandingan tersebut, kakitangan dapat berkongsi
pengalaman dan pengetahuan bagi merealisasikan Inovasi Majlis Daerah
Perak Tengah.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
66
C3. MEKANISME UNTUK MENDAPATKAN IDEA-IDEA INOVASI
Dalam usaha untuk mendapatkan idea-idea inovasi, mesyuarat
Jawatankuasa Inovasi Majlis Daerah Perak Tengah menjadi medium utama
untuk membincangkan dan mendapatkan idea inovasi. Melalui mesyuarat
induk ini ianya dipantau secara berkala. Antara mekanisma untuk
mendapatkan idea adalah seperti berikut;
Slogan „1 Jabatan 1 Inovasi‟
Selain itu juga, Jawatankuasa Induk Inovasi ini telah mencadangkan
slogan „1 Jabatan 1 Inovasi‟ yang mana ianya menetapkan setiap
jabatan perlu menghasilkan satu inovasi yang bertujuan untuk
membudayakan inovasi ini dalam melaksanakan tugas harian. Melalui
slogan ini, ianya merupakan slogan pembakar semangat kepada
warga kerja Majlis Daerah Perak Tengah supaya budaya inovasi ini
dapat dijiwai oleh setiap warga kerja.
Sudut Inovasi
Sudut Inovasi diwujudkan bagi mempamerkan produk inovasi yang
telah dihasilkan oleh warga kerja Majlis Daerah Perak Tengah. Sudut
ini berperanan sebagai medium penghebahan kepada warga kerja
Majlis Daerah Perak Tengah khususnya dan juga memberikan
informasi kepada orang awam yang berurusan di Majlis Daerah Perak
Tengah.
Peti Cadangan
Peti cadangan ini diwujudkan sebagai pusat pengumpulan idea-idea
atau cadangan inovasi yang diilhamkan oleh seluruh warga kerja Majlis
Daerah Perak Tengah. Sebarang cadangan yang dimasukkan ke
dalam peti cadangan tersebut akan diteliti oleh urusetia sebelum
sesuatu idea itu diketengahkan sebagai projek inovasi.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
67
C4 PROMOSI HASIL INOVASI
Bagi tujuan menjayakan projek ini, pihak Majlis Daerah Perak Tengah telah
mempromosikan produk ini kepada pegawai dan kakitangan dalaman sahaja
pada peringkat permulaan. Antara medium promosi yang dilaksanakan
adalah seperti berikut :-
1. Banner
Perlaksanaan “ Astaka” telah dihebahkan kepada semua warga kerja Majlis
Daerah Perak Tengah melalui banner.
2. Portal Rasmi dan “Facebook Majlis Daerah Perak Tengah”
Perlaksanaan “Astaka” telah dimasukkan dalam portal rasmi dan
“Facebook” Majlis Daerah Perak Tengah. Melalui medium ini ianya secara
langsung dan tidak langsung dapat mempromosikan projek ini kepada
kakitangan Majlis dan juga orang awam.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
68
C6 PENGIKTIRAFAN TERHADAP INOVASI
SISTEM PENGIKTIRAFAN DALAMAN
Anugerah inovasi sektor awam merupakan anugerah peringkat kedua tertinggi
dalam perkhidmatan awam, maka pihak pengurusan Majlis juga akan memberi
pengiktirafan dan penghargaan kepada idea-idea yang kreatif dan inovatif yang telah
dihasilkan. Penghargaan ini juga bertujuan untuk menjadi pencetus dan pembakar
semangat kepada warga Majlis supaya terus berfikir secara kreatif dalam
menghasilkan idea baharu yang berimpak tinggi dan memberi pulangan yang besar
dari pelbagai sudut kepada jabatan amnya dan negara khususnya.
Bagi mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada kumpulan dan individu yang
terpilih mewakili Majlis Daerah Perak Tengah, pihak pengurusan telah bersetuju
memberikan hadiah merupakan wang tunai RM500.00 bagi kumpulan dan individu
yang berjaya.
Selain itu, kumpulan atau individu yang menyertai inovasi akan diberi keutamaan
dalam pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
69
KOMITMEN PIHAK ATASAN
Kejayaan sesuatu projek inovasi di setiap jabatan mestilah mendapat komitmen
yang tinggi daripada pihak atasan. Penglibatan daripada pihak pengurusan atasan
merupakan satu komitmen yang penting dalam menjayakan perlaksanaan projek
inovasi ini.
Bagi merealisasikan projek inovasi pihak pengurusan mengadakan pertandingan
peringkat dalaman di dalam Majlis Daerah Perak Tengah. Pemantauan secara
berterusan oleh pihak atasan sentiasa dilakukan bagi menjayakan projek ini.
Laporan perlaksanaan projek tersebut dipantau dalam Mesyuarat Pengurusan dan
pembentangan kumpulan dibuat. Ini dilakukan daripada peringkat awal dan sedikit
demi sedikit perubahan dilakukan untuk mencapai kesempurnaan perlaksanaan ini.
Selain daripada itu, pihak pengurusan majlis telah membantu kepada projek yang
telah menang di peringkat Pertandingan Inovasi dalaman untuk bergerak lebih jauh
melalui kewangan dengan membeli segala peralatan yang diperlukan dalam
merealisasikan projek inovasi tersebut.
Astaka MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
71
BAHAGIAN 4
RUMUSAN
KEWAJARAN AGENSI MENERIMA ANUGERAH
RUMUSAN
KEWAJARAN AGENSI MENERIMA ANUGERAH
Secara kesimpulannya, projek “ ASTAKA ” ini dapat dipertimbangkan untuk
memenangi Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2017. Ini kerana
perlaksanaannya akan memberikan banyak faedah dan kebaikan kepada Majlis
Daerah Perak Tengah seperti berikut :-
1. Penyelenggaraan yang minima.
Perlaksanaan projek inovasi ini dapat memberi kesan kepada kos
penyelenggaraan yang minima dan menjadikan Astaka mudah dipantau
secara keseluruhan tanpa kekangan masa dan kegunaannya.
2. Meningkatkan Imej Majlis Daerah Perak Tengah.
Pembinaan “ASTAKA” yang berkesan akan memberi kepuasan kepada
Majlis Daerah Perak Tengah dan penduduk. Pembinaan ini telah menonjolkan
transformasi kepada perubahan reka bentuk yang baru dan keperluan
semasa penduduk yang mahukan keselesaan dan kemudahan.Di samping
itu, MDPT dapat berpeluang bersama-sama penduduk setempat bagi
menjalankan aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.
3. Penggunaan ruang yang maksimum.
Melalui reka bentuk yang dibina pelbagai aktiviti daripada penggunaan ruang
yang tidak terhad. Jumlah pengguna juga tidak terhad di dalam kawasan
Astaka sahaja kerana turut disediakan ruang dataran parkir yang boleh
menempatkan khemah-khemah bagi kegunaan aktiviti lain.