Bahagian b

Post on 13-Jul-2015

341 views 1 download

Transcript of Bahagian b

Latihan 1

Pada suatu hari, hanya anda dan ibu kamu sahaja tinggal di rumah. Tiba-tiba ibu kamu menjerit meminta tolong.Tuliskan sebuah karangan tentang perkara yang terjadi dan nyatakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Pendahuluan

1. Tinggal bersama ibu di rumah.

2. Ayah bekerja. Abang dan kakak ada aktiviti di sekolah.

3. Membantu ibu di dapur.

Isi 1

1. Cerek dipegang ibu terlepas – air panas – ibu menjerit – kaki ibu melecur

2. Bergegas mendapatkan ibu – membantu ibu bangun – duduk di kerusi

3. Menyapu ubat.

Isi 2

1. Menelefon ayah – memberitahu tentang kejadian.

2. Ayah membawa ibu ke klinik.

3. Ikut sama – memimpin ibu dengan berhati-hati.

Isi 3

1. Ibu dirawat oleh pembantu perubatan

2. Balik – menyuruh ibu berehat.

3. Menyambung kerja-kerja tadi.

Penutup

1. Bersyukur kecederaan ibu tidak teruk.

2. Ayah memuji

3. Gembira dapat membantu ibu.

Latihan 2

Unit Kokurikulum Daerah kamu telah mengjurkan perkhemahan unit beruniform seama tiga hari. Kamu telah mengikut perkhemahan tersebut sehingga tamat. Tulis pengalaman kamu sepanjang menyertai perkhemahan tersebut dalam bentuk catatan harian.

Hari pertama

1. Tiba di tapak perkhemahan

2. Mendirikan khemah - bekerjasama

3. Mengagihkan tugas – menjalankan tugas masing-masing

Hari Kedua

1. Kembara rimba – mengenali spesies flora dan fauna

2. Pertandingan memasak dan berkawat

3. Malam - persembahan

Hari Ketiga

1. Majlis penutupan – penyampaian hadiah

2. Berkemas - berangkat pulang

3. Letih – gembira – banyak pengalaman diperoleh

Latihan 3

Kawasan tempat tinggal kamu menglami gangguan bekalan air. Bekalan air terpaksa dicatu selama beberapa hari. Ceritakan keadaan pada masa itu.

Pendahuluan

1. Pembuluh paip pecah

2. Bekalan air terputus – 5 hari

3. Kebetulan cuti sekolah – musim kemarau

Isi 1

1. Lori tangki air datang – angkut air guna baldi

2. Tinggal tingkat dua – ahli keluarga bekerjasama

3. Berbaris panjang – menunggu giliran – cuaca panas

Isi 2

1. Catuan penggunaan air di rumah – untuk pekara penting sahaja

2. Ayah – membeli air mineral – air minuman

3. Membantu jiran yang memerlukan – uzur – tua

Isi 3

1. Pihak bekalan air – bertungkus lumus – membaiki kerosakan

2. Melihat kerja-kerja dijalankan

3. Hari kelima – petang – bekalan air pulih seperti biasa

Penutup

1. Pengalaman baru – amat meletihkan

2. Menghargai kepentingan – jimar cermat menggunakan air

3. Berharap tidak berulang lagi

Latihan 4

Kamu telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk sayarahan kamu ialah “Amalan Berjimat Harus Menjadi Budaya Hidup”.Tuliskan teks ucapan kamu itu selengkapnya.

Isi 1

1. Serba ringkas tentang tajuk

2. Peranan ibu bapa – mendidik anak-anak berjimat cermat

3. Kempen kesedaran berjimat-cermat – kerajaan – pihak swasta

Isi 2

1. Murid sekolah – menabung sebahagian wang belanja

2. Membeli barang keperluan sekolah

3. Tidak membebankan ibu bapa

Isi 3

1. Pergi kerja – menggunakan pengangkutan awam

2. Lebih menjimatkan – duit minyak – bayaran tempat letak kereta

3. Mengurangkan kesesakan lalu lintas – menjimatkan perbelanjaan

Isi 4

1. Buat perancangan sebelum ke kedai

2. Beli barang yang perlu

3. Tidak melebihi had perbelanjaan

Isi 5

1. Kesimpulan – jimat berbelanja - meningkatkan ekonomi keluarga

2. Mencegah inflasi

3. Mesti diamalkan setiap masa