Post on 29-Oct-2015
description
BELAH PAKAIANBELAH PAKAIAN( OPENING )( OPENING )
OBJEKTIFOBJEKTIF OBJEKTIF AM :• Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :-• Mengetahui dan memahami definisi belah dengan
tepat.• Memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik
menjahit belah pada pakaian.
OBJEKTIF KHUSUS :Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :-• Menyenaraikan jenis-jenis belah. • Menyatakan dengan jelas faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan belah pada pakaian.• Menerangkan ciri-ciri belah dengan tepat.• Menyatakan dan menerangkan langkah-langkah
membuat belah dengan jelas.• Menjahit belah dengan elok dan kemas.
PENGENALANPENGENALAN• Belah memainkan peranan tersendiri pada pakaian.
Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk memakai sehelai pakaian yang ketat dan sendat tanpa belah pada pakaian? Di dalam bab ini kita akan belajar apakah belah dan bagaimana ia dibuat. Belah hendaklah teguh supaya tahan lasak. Keteguhan belah bergantung kepada panjangnya, jenis belahnya dan jahitan pada pangkalnya. Belah biasanya dibuat pada leher pakaian, pergelangan tangan, pinggang dan lain-lain.
CONTOH BELAH PAKAIAN CONTOH BELAH PAKAIAN ( OPENING )( OPENING )
Fungsi BelahFungsi BelahFungsi belah pada pakaian • Belah dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai
dan dilucutkan.• Belah diperlukan terutamanya untuk pakaian yang
ketat atau sama muat dengan badan si pemakai.• Sebagai stail pada pakaian seperti cheongsam, baju
Punjabi, blaus dan sebagainya.
JENIS-JENIS BELAHJENIS-JENIS BELAH Jenis belah yang boleh digunakan
pada pakaian adalah – belah kelepet sama lebar– belah berkun– belah lapik kain selari– belah berzip
Faktor-faktor yang mempengaruhi Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan belah pada pakaianpemilihan belah pada pakaian
• jenis pakaian yang dibuat sama ada kemeja, baju kurung, skirt, blaus, baju melayu dan sebagainya
• jenis fabrik yang digunakan seperti nipis dan jarang, tebal dan berat dan fabrik sederhana
• stail pakaian seperti longgar, ketat, kembang, ‘A line’• kedudukan belah sama ada di GTH, GTB, rusuk, hujung
lengan dan lain-lain
CIRI-CIRI BELAHCIRI-CIRI BELAH – belah mestilah rata dan kukuh– belah mestilah cukup panjang supaya senang
memakai dan melucutkan pakaian– tepi kedua-dua belah mesti sama panjang– lapik untuk sesuatu belah mesti cukup lebar supaya
tidak renggang– pangkal belah atau hujung yang tertutup mestilah
kukuh untuk mengelakkannya dari mudah koyak– jika belah dibuat pada kelim, ia mesti dipotong
mengikut ira fabrik
LANGKAH MEMBUAT BELAHLANGKAH MEMBUAT BELAH A. Belah Kelepet Sama Lebar
Belah kelepet sama lebar ialah sejenis belah di manafabrik di ambil daripada pakaian itu sendiri. Ia adalahbelah yang teguh dan ringkas. Bagi pakaian wanita, belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagiankiri. Manakala bagi pakaian lelaki pula,bahagian kirimenindih bahagian kanan. Antara ciri-ciri belah kelepet sama lebar ialah :• ia sesuai untuk kebanyakan pakaian.• kancing yang sesuai pada belah ini ialah butang dan lubang butang
atau butang katup.• lapik pada belah dipotong sekali dengan bahagian hadapan atau
bahagian belakang pakaian.• lapik ini kemudian dilipat ke sebelah dalam pakaian mengikut garis
lipatan pakaian sebelah kanan dan kiri.
LANGKAH MEMBUAT BELAH KELEPET SAMA LEBARLANGKAH MEMBUAT BELAH KELEPET SAMA LEBAR
Langkah 1• Jelujur garis tengah hadapan dan garis lipatan pada
badan.• Kemaskan tepi lapik.• Lipatkan lapik mengikut garis lipatan dengan sebelah
luar lapik berhadapan dengan sebelah luar bahagian badan.
• Jelujur lipatan.
Belah Kelepet Sama Lebar
Langkah 2Langkah 2
Jika tidak menggunakan kolar atau lapik• Jelujur dan mesin di sepanjang leher.• Gunting tepi basi sehingga 6 mm dan snip.
Belah Kelepet Sama Lebar
Langkah 3• Sembat tepi bahu bahagian lapik kepada kelim bahu
yang telah dijahit di sebelah dalam.• Ulang langkah 1-3 untuk bahagian sebelah kiri
pakaian.
Jelujur dan mesin di sepanjang garis leher
B. BELAH BERKUNB. BELAH BERKUN
– Belah ini sesuai untuk fabrik yang nipis. – Jika belah dibuat di leher, kun biasanya
mengelilingi tepi leher.– Ia dikancing dengan butang dan gelung
atau pita rulo.
Belah berkun
LANGKAHLANGKAH MEMBUAT BELAH BERKUNMEMBUAT BELAH BERKUNLangkah 1• Tandakan belah di pakaian dan gunting lurus hingga
ke pangkal.
Langkah 2• Sediakan jalur serong tepat ( 2 kali panjang belah + 2
lipatan + 13 mm) dan (4 kali lebar yang siap).• Lipat dua jalur serong tepat itu dan tekan dengan
seterika, kemudian lipat empat ke sebelah dalam.
Langkah 3Langkah 3
• Letakkan sebelah luar jalur ke sebelah luar belah. Bahagian tepi disamakan.
• Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di pangkal belah (X). Lipatan pada jalur mestilah sama di sepanjang belah itu.3 mm
• Cabutkan jelujur.
3 mm
Langkah 4Langkah 4
Lipatkan kelepet jalur itu ke sebelah dalam.• Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin.• Semat, jelujur dan sembat dengan menyusup di
bawah tiap-tiap mata jahitan mesin.
atau • Jalur dilipat ke S.D. dan menutupi bahagian jahitan
mesin, belah ini boleh dimesin di S.L. mengikut tepi sepanjang jalur.
• Cabut benang dan tekan.
Belah Berkun
C. BELAH LAPIK KAIN SELARIC. BELAH LAPIK KAIN SELARI
• Belah lapik kain selari boleh dibuat sama ada di bahagian slit atau di bahagian kelim. Slit untuk belah itu hendaklah digunting dahulu atau kelimnya disiapkan terlebih dahulu. Belah lapik kain selari ini digunakan pada fabrik yang nipis kerana fabrik yang lebih tebal akan menjadikan belah ini terlalu tebal. Belah jenis ini boleh di dapati pada seluar pendek, skirt, kain dalam, seluar dalam, belah dipergelangan lengan bagi lengan pakaian yang panjang, leher blaus, gaun kanak-kanak dan lain-lain lagi.
LANGKAH MEMBUAT BELAH LAPIK KAIN SELARILANGKAH MEMBUAT BELAH LAPIK KAIN SELARI
• Langkah 1– Sediakan lapik mengikut ira fabrik
(panjang 2 kali panjang belah + 25 mm).
Lapik
Lapik Kain Selari
Langkah 2– Tandakan garis tengah dengan jelujur– Buat satu lipatan 3 mm ke sebelah dalam
Langkah 3• Letakkan sebelah luar lapik ke sebelah luar belah.
Bahagian tepi disamakan.• Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan
jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di pangkal belah (X). Lipatan pada lapik mestilah sama di sepanjang belah itu.
• Cabutkan jelujur.
Lapik Kain Selari
Langkah 4Langkah 4-Lipatkan lapik itu ke sebelah dalam.-Lipatkan lapik itu ke sebelah dalam. Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin-Semat, jelujur dan jahit.-Semat, jelujur dan jahit.-Cabut benang dan tekan.-Cabut benang dan tekan.
Lapik Kain Selari
AtauAtauLipat lebih di atas jahitan mesin, jelujur dan Lipat lebih di atas jahitan mesin, jelujur dan
mesin di tepi S.L. lapik. mesin di tepi S.L. lapik.
Jahit ulat-ulat
D. BELAH BERZIPD. BELAH BERZIP• Di gunakan pada pakaian seperti seluar, skirt,
pakaian
kanak-kanak, beg dan artikel rumahtangga.• Belah ini menggunakan zip sebagai kancing.• Zip dibuat dengan berlainan berat, lebar, panjang dan
warna untuk disesuaikan dengan fabrik pakaian.
Langkah membuat belah berzip Langkah membuat belah berzip (Cara Welt Tunggal)(Cara Welt Tunggal)
Langkah 1• Susup jahitan mesin di pangkal belah. • Buka dan tekan kelim sama rata.
Belah Berzip (cara welt tunggal)
Langkah 2• Semat dan jelujurkan zip rapat pada tepi lipatan
bahagian belakang belah sampai ke hujungnya.• Atas zip diletak di garisan pemadan (G.P).
Belah Berzip (cara welt tunggal)
Langkah 3• Temu, semat dan jelujur tepi belah bahagian
hadapan.• Pastikan ia bertindih sedikit pada tepi bahagian
belakang.
Jelujur 1 cm ke bawah zip
Langkah 4• Mesin kan zip rapat di tepi belah belakang,
melintang di bawah dan terus mesin 1 cm lebarnya ke atas dengan penekan zip.
• Cabut jelujur• Jahit ulat-ulat pada pangkal zip dengan jahit
silang pangkah pada pita zip di sebelah dalam. Tekan.
Jahit mesin 0.1 cm
Jahit mesin 1 cm
Jahitan ulat-ulat pada pangkal zip
Langkah membuat belah berzip (Invisible Langkah membuat belah berzip (Invisible Zip)Zip)
Langkah 1• Jelujur di garisan pemadan• Mesin di garisan pemadan hingga 10 cm
sebelum panjang belah.• Terbalikkan ke sebelah dalam dan kemaskan tepi
kelim.
Langkah 2• Letakkan zip yang terbuka, S.L. zip bertemu S.L.
pakaian dengan gigi zip di garisan pemadan.• Semat dan jelujur.• Dengan menggunakan tapak zip ’invisible’,
acu tapak di atas gigi zip dan jahit mesin.
- Belah Berzip
Langkah 3• Buat seperti langkah 2 di sebelah lagi.• Pastikan pita zip adalah di atas basi kelim.
Belah Berzip
Langkah 4•Tutupkan zip. Dengan menggunakan tapak zip biasa, dan letakkan di sebelah kiri jarum mesin.•Semat dan jelujur kelim di sepanjang garisan pemadanyang belum dijahit.•Masukkan jarum ke hujung jahitan dan jahit hingga bertemu dengan jahitan yang terakhir. Kukuhkan benang.
Tapak zip biasa
Basi kelim
TUGASAN 2TUGASAN 2
Penghasilan contoh-contoh belah• Pelajar diminta mengaplikasi apa yang telah diajar bagi
menghasilkan contoh-contoh belah pada fabrik berdasarkan langkah-langkah yang telah diajar sebelum ini. Contoh belah tersebut adalah
• i. belah kelepet sama lebar• ii. belah berkun• iii. belah lapik kain selari • iv. belah berzip (cara welt tunggal)• v. belah berzip menggunakan invisible zip
PERHATIAN : Sila dapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya ada keraguan
atau kemusykilan.
PERHATIAN : Sila dapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya ada keraguan
atau kemusykilan.