Post on 26-Jan-2017
2
Persoalan tentang kegigihan menuntut ilmu.
CONTOH
Walaupun Dahlia perlu menguruskan rumah tangga dan ,
namun dia tetap gigih meneruskan persekolahannya. Dahlia berusaha
meminjam nota dan bertanyakan hal pelajaran kepada Kavita dan Siti
Wangi.
PERWATAKAN
Dahlia (watak Utama) - gigih
NILAI
Kegigihan
PENGAJARAN
Kita hendaklah gigh berusaha demi mengejar kemajuan dalam pelajaran.
Persoalan tentang keberanian menghadapi bahaya.
CONTOH
Embong berjaya melepaskan dirinya daripada belitan ukar sawa sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
PERWATAKAN
Embong (watak sampingan)-berani
NILAI
Keberanian
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menghadapi situasi yang bahaya demi menyelamatkan nyawa.
Persoalan tentang amalan bantu-membantu dalam usaha
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
orang lain.
CONTOH
Kavita meminjamkan nota-notanya kepada Dahlia untuk membantu Dahlia
mengulang kaji pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Semasa
Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal
Dahlia dan keluarganya, Najib turut memberikan bantuan kewangan.
PERWATAKAN
Kavita (watak sampingan)-prihatin
Najib (watak sampingan)-prihatin/simpati
NILAI
Keprihatinan, Bantu-membantu, Kerjasama
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersifat prihatin/simpati/ membantu kepada orang yang
memerlukan bantuan.
Persoalan tentang kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas.
CONTOH
Sebagai Ketua Kampung, Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka.
PERWATAKAN
Haji Sulaiman (watak Sampingan)-bertanggungjawab
NILAI
Tanggungjawab
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya.
Persoalan tentang kasih sayang antara ahli keluarga
CONTOH
Dahlia sangat menyayangi adik-adiknya, Melati, Anggerik, Mawar dan Abu Bakar. Dahlia sanggup keluar dari asrama dan berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana mahu menguruskan keperluan
adik-adiknya.
PERWATAKAN
Dahlia (Watak Utama)-penyayang
NILAI
Kasih sayang
PENGAJARAN
Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik demi keharmonian hidup berkeluarga.
Selain itu, conton yang diberikan di atas boleh digunakan untuk semua aspek yang dijelaskan. Contoh lain yang terdapat dalam teks boleh diambil jika menepati aspek yang dinyatakan.
Nota: penggunaan kata yang tepat untuk menyatakan aspek persoalan, perwatakan, nilai dan pengajaran perlulah tepat.