Post on 28-Nov-2014
description
PROGRAM GOTONG-ROYONG
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
KERTAS KERJA
PROGRAM “GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH”
ANJURAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
2 MAC 2013
NAMA PROGRAM : PROGRAM “ TOWARDS 1st CLASS “
1. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siong bagi menjalankan Program “ Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah” anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah.
2. LATAR BELAKANG
Program ini dirancang untuk diadakan bagi membersihkan kawasan sekolah agar lebih kemas dan ceria memandangkan sekolah kekurangan tenaga Pekerja Rendah Am yang dapat membantu mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah yang agak luas ini. Di samping itu, ia diharapkan dapat mengurangkan kemalangan di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Siong akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak begitu tersusun dan membahayakan.
3. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :
3.1 Memupuk kerjasama hubungan mesra dan silaturrahim yang lebih kukuh di antara para guru dan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Siong.
3.2 Membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah agar murid-murid sekolah ini dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa.
3.3 Para waris berpeluang memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran untuk memajukan sekolah.
3.4 Dapat membantu meringankan beban Pekerja Rendah Am yang hanya terdiri daripada seorang pekerja sahaja.
3.5 Memupuk perasaan cintakan sekolah di kalangan guru dan waris pelajar SK Siong.
4. BUTIRAN PROGRAM:
4.1 Bilangan PesertaPeserta terdiri daripada lebih kurang 100 orang waris dan 50 orang guru Sekolah Kebangsaan Siong.
4.2 Tarikh Cadangan 2 Mac 2013 (Sabtu)
4.3 Aturcara Program
2 Mac 2013 (Sabtu)
8.00 a.m. - 8.15 a.m. : Pendaftaran peserta
8.15 a.m. - 8.30 a.m. : Taklimat program dan pembahagian kawasan
8.30 a.m. - 12.00 p.m. : Aktiviti gotong-royong
12.00 p.m. - 1.00 p.m. : Jamuan makan tengah hari dan bersurai
4.4 Tempat Program
Kawasan Sekolah Kebangsaan Siong.
4.5 Ahli Jawatankuasa Program
Penasihat : En Mahali bin Mahat Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Siong
Penyelaras : Encik Mohd Puad bin Ghazali Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Siong
Setiausaha : Mohd Sanusi bin Sidik
Ahli Jawatan kuasa : Ahli Jawatan kuasa PIBG SK Siong
5. KEWANGAN
5.1 Sumber Kewangan
Dana PIBG.
Anggaran Perbelanjaan
1. Peralatan membersih RM 50.00 RM 50.00
2. Perbelanjaan jamuan
peserta
RM 4.00 x 150 orang
RM 600.00
JUMLAH RM 650.00
6. IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.
Sekiranya program gotong-royong ini tidak dijalankan dikhuatiri keadaan persekitaran sekolah akan menjadi lebih tidak terurus memandangkan terdapat hanya seorang Pekerja Rendah Am sahaja dan beliau tidak mampu untuk memastikan keseluruhan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun. Adalah dikhuatiri juga keadaan ini akan mengundang bahaya kepada murid-murid dan kakitangan sekolah. Keadan yang tidak terurus ini juga adalah tidak bagus untuk perkembangan minda pelajar dan sudah pasti akan mengganggu konsentrasi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
7. PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon agar tuan dapat mempertimbang dan meluluskan usul Program “Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah” anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Siong ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
...................................... .................................................(MOHD SANUSI B SIDIK) (MAHALI B MAHAT)Setiausaha Guru Besar,Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Siong.Sekolah Kebangsaan Siong.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG.
Tarikh : 24 Februari 2013
Hari : Ahad
Masa : 1.15 p.m.
Tempat :Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Mohd Sanusi bin Sidik
Kehadiran guru : Semua hadir
Turut hadir : En. Mahali bin Mahat (Guru Besar)
1. Ucapan pengerusi Majlis (En. Mohd Puad bin Ghazali, YDP PIBG)
1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa program kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat
pelaksanaan program tersebut.
1.2 Beliau berharap agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara bagi
menjamin kelicinan perjalanan program.
1.3 Beliau juga menjamin bahawa akan sentiasa memberi sokongan dan
sumbangan yang termampu kepada pihak sekolah.
2. Ucapan En. Mahali bin Mahat (Guru Besar)
2.1 En. Mahali mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat
hadir ke mesyuarat pada hari ini.
2.2 Beliau mengulas secara ringkas mengenai keadaan semasa Sekolah
Kebangsaan Siong yang tidak mendapat tambahan Pekerja Rendah Am
walaupun permohonan sudah dibuat berkali-kali.
2.3 Beliau juga berterima kasih kepada YDP dan AJK PIBG SK Siong yang telah
merancang untuk mengadakan program ini bagi membantu menceriakan
kawasan sekolah dan menyerahkan agenda seterusnya kepada En. Mohd
Puad selaku penyelaras program.
3. Taklimat ringkas dari penyelaras program
3.1 Tempat : Kawasan persekitaran Sekolah Kebangsaan Siong
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
3.2 Aturcara majlis adalah mengikut deraf tentatif program yang diedarkan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian sekiranya ada.
3.3 Pembahagian tugas di buat dengan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG selaku
ketua dibantu oleh peserta lain seperti yang dicatatkan di dalam senarai
nama yang diedarkan.
4. Hal hal lain
4.1 En. Mohd Puad meminta agar jawatankuasa memastikan segala perbelanjaan disertakan resit pembayaran untuk memudahkan urusan audit.
4.2 En. Mahali meminta agar peserta dimaklumkan untuk membawa peralatan tambahan seperti baldi, kain buruk, sabit atau mesin pemotong rumput dan sebagainya kerana peralatan sekolah agak terhad.
5. Perkara berbangkit
Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
_____________________________ _____________________________
(MOHD SANUSI B SIDIK) (EN. MAHALI B MAHAT)
Setiausaha, Guru Besar,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Siong.
Sekolah Kebangsaan Siong.
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG,09100 BALING,
KEDAH DARUL AMANTEL/FAX: 044721258
Tarikh : 21 Feb 2013
Tuan/Puan/Encik/Cik
……………………………………..
Tuan ,
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
Merujuk perkara di atas , mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 24 Februari 2013Masa : 1.15 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Siong
2. Sehubungan dangan itu, tuan selaku ahli jawatankuasa pelaksana program adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara-perkara berikut;
Agenda 1 : Pembahagian tugasAgenda 2 : Tentatif program
3. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“BERHKIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang Menurut Perintah………………………………………………(MOHD SANUSI B SIDIK)Setiausaha,Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK. Siong, Baling, kedah.
SENARAI PEMBAHAGIAN KERJA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
Penasihat : En. Mahali b Mahat (Guru Besar)Pengerusi : En. Rosli b Shaari (GPK 1)N. Pengerusi 1 : En. Mohd Fuad b Abdullah (GPK HEM)N. Pengerusi 2 : Pn. Azmah bt Che Him (GPK KK)Penyelaras : En. Mohd Puad b Ghazali (YDP PIBG)Setiausaha : En. Mohd Sanusi b Sidik Bendahari : Pn. Rohaiza bt Razak
AKTIVITI MEMOTONG RUMPUT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN BANGUNAN
BIDANG TUGAS
BLOK ABLOK B BLOK C
KH
EN. BAZLI B HJ AZIZANEN. ZAINI B RAZAK
PN. HJH. CHE SOM BT LATEHPN. NORDIANA BT ZULKIFLI
PN. NAIMAH BT MOHD SHAHABUDIN
PN. ZURAIDA BT MOHAMADPN. BASHIRAH BT MOHD. BASHARI
1. Bertindak sebagai pemudah cara kepada para waris.
BLOK DBLOK E
EN. MOHD FAUZI B ABDULLAHPN. NOORLIZA BT AHMAD
CIK NAILILHUDA BT AHMADPN. FARIDAH BT HASSAN
2. Memotong rumputbahagian hadapan dan belakang bangunan.
3. Membersihkan sisa-sisa pokok yang dicantas.
4. Mengumpulkan rumput sekiranya perlu untuk dibuang.
5. Membersihkan longkang sekitar kawasan bangunan.
BLOK GBLOK H
CIK ROHIMAH BT MOHD DAHLANPN. ROHAIZA BT RAZAK
PN. QAMARINA BT HJ YAACOB
BLOK J
PN. HJH. KAMARANI BT ABD. GHANI
PN. NOREHA BT AHMAD NAWAWIPN. ZUMAIDA BT SHARIFUDDIN
PN. NORAZILA BT MOHD KHOTIB
PRA PN. NORAZIMAH BT SANIPN. NORITA BT ABDUL RAHIM
PEMBANTU PRA
BELAKANG BILIK KH
TAPAK PERKHEMAHAN
EN. MOHD NAHAR B ISHAKEN. ZULKURNAIN B CHE HARUNEN. MOHD FARIZOL B HASHIM
EN. HILMI B MUSTAFAEN. MOHD SAUFI B YASSIN
MOHD SANUSI B SIDIKEN. SAFAWI B HJ. ABD WAHAB
EN. MOHSIN B ABD RAZAK
BILIK KO-KURIKULUM
PN. IRMA SURJANI BT MD. NAWAWIPN. SUHAILA BT KHALID
AKTIVITI MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN BIDANG TUGAS
TEMBOK DEPAN DAN PAGAR
SEKOLAH
EN. MOHD FADHLI SYAM B ZAKARIAEN. MUHAMMAD B YAHAYAPN. MOLIYATI BT MOKHTAR
PN. KABETIAH BT HJ. AHMADPN. FADHILAHTON BT SEROJI
1. Bertindak sebagai pemudahcara.
2. Membersihkan kawasan sekitar.
3. Memastikan peralatan untuk aktiviti mengecat mencukupi; berus, cat, scrapper, bekas cat dll untuk kegunaan waris.
DATARAN PERHIMPUNAN
EN. MOHD KHOTIB B HJ. MAJIDEN. MUHAMMAD ZAKI B HJ. LATIF
PN. AFIFAH BT. YAHYAPN. HJH. SYARIFAH BT OTHMAN
PN. HAMIZA BT ABD. RAHMAN
PASU DAN TEMBOK ANTARA BLOK A
DAN BLOK B
KOLAM
WAKAF BELAKANG BLOK D
EN. NOR JOHAN AKMAL B IBRAHIMEN. MOHD HAFIZ B ZAKARIA
EN. RASLI B ISMAILEN. MOHD AZHAR B ASUAK
PN. HARTINI BT JOSNIPN. SITI SARAH BT JEMAN
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG, BALING, KEDAH.
Program gotong-royong ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai
objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk membantu membersih dan menceriakan
kawasan sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada murid-murid untuk
belajar serta memastikan keselamatan murid dan kaki tangan sekolah sewaktu
berada di sekolah. Di samping itu, ia juga diharapkan akan menjadi platform
kepada pemupukan hubungan yang lebih erat antara warga sekolah dan
komuniti setempat agar dapat menjalinkan kerjasama yang lebih bermakna pada
masa akan datang.
Kekuatan
Beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti hasil daripada perlaksanaan program
ini adalah seperti berikut;
i. Ia berjaya memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong di
kalangan sesama waris serta waris dan guru.
ii. Memberi peluang kepada para waris untuk mencurahkan bakti dari
segi tenaga, masa dan buah fikiran kepada sekolah demi
kepentingan bersama.
iii. Menjadikan kawasan sekolah lebih terurus bagi menjamin
keselesaan warga sekolah.
iv. Merapatkan silaturrahim di antara warga Sekolah Kebangsaan
Siong dan masyarakat setempat.
v. Memperlihatkan PIBG sebagai suatu organisasi yang penting serta
memberi sumbangan ke arah pembangunan modal insan.
Kelemahan
Di samping kekuatan yang dikenalpasti sepanjang sebelum, semasa dan selepas
perlaksanaan program ini, terdapat juga beberapa kelemahan seperti berikut;
i. Sambutan ibu bapa yang kurang menggalakkan kerana
kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh getah dan tidak dapat
menghadirkan diri pada waktu tersebut.
ii. Peruntukan waktu program yang terlalu terhad menyebabkan
kebanyakan tugas membersihkan kawasan terbengkalai dan tidak
berjaya disiapkan sepenuhnya seperti yang telah dirancangkan.
Cadangan Penambahbaikan
Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang diperolehi daripada
perlaksanaan program ini beberapa perkara didapati perlu diberi perhatian
khusus. Terdapat beberapa cara yang didapati sesuai untuk memberikan
penambahbaikan serta penyelesaian kepada permasalahan yang timbul agar
program yang seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa
akan datang. Di antaranya adalah seperti berikut;
i. Memilih masa yang lebih sesuai agar lebih ramai waris dapat hadir
sama, contohnya dijalankan pada waktu petang di mana ia tidak
mengganggu waktu kerja kebanyakkan mereka.
ii. Memanjangkan lagi tempoh masa program agar tugasan dapat
dilaksanakan dengan sempurna, misalnya dilanjutkan beberapa hari
atau dibuat pada ketika yang berlainan dengan mengecilkan
kawasan target untuk dibersihkan pada suatu masa.
Penutup
Walaupun tidak berjaya disiapkan sepenuhnya, program ini telah memberi
makna yang amat besar kepada pihak sekolah kerana keadaan menjadi lebih
baik dari sebelumnya. Ia banyak membantu guru dalam menjalankan aktiviti
terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah serta kegiatan ko-kurikulum. Di samping itu adalah dipercayai bahawa ia
juga memberikan suatu kepuasan kepada ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan
Siong kerana dapat bersama-sama menggembeling tenaga untuk memberi
keselesaan belajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Adalah diharapkan
agar program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan bukan
sahaja oleh PIBG, malahan oleh organisasi lain bagi mewujudkan kerjasama erat
serta menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar sekolah ini.
REFLEKSI KENDIRI PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG, BALING, KEDAH.
Secara jujurnya, selaku pendidik yang telah berkhidmat menjangkau sepuluh
tahun serentak dengan amanah selaku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Siong sejak tahun 2009, ini bukanlah kali pertama
saya menggerakkan program gotong-royong seperti ini. Ia telah menjadi agenda
wajib bagi PIBG sekolah ini untuk menganjurkan program gotong-royong bagi
membantu membersihkan kawasan sekolah memandangkan hanya terdapat
seorang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk memstikan kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah yang agak luas dan mempunyai banyak bangunan
ini. Tugasan yang telah saya laksanakan ini bukanlah sekadar untuk memenuhi
tuntutan kerja kursus kerana menyambung pelajaran di bawah Program
Pensiswazahan Guru di IPGKSAH sahaja tetapi ia telah menjadi kebiasaan bagi
diri saya dan program ini dilaksanakan lebih dari sekali dalam setiap tahun di
Sekolah Kebangsaan Siong.
Walau bagaimanapun, terdapat kelainan yang saya rasakan dalam
menggerakkan program ini pada kali ini di mana prosedur yang saya lakukan
adalah lebih teliti dan persediaan saya lebih terperinci. Saya lebih menghargai
amanah yang saya sempurnakan pada kali kali ini kerana saya pasti saya telah
melakukannya dengan cara ya g lebih baik berbanding sebelum ini dan sudah
pastilah saya akan terus mengamalkan cara yang lebih efektif ini pada setiap kali
saya diamanahkan untuk melaksanakan tugasan seumpama ini demi
kecemerlangan anak-anak didik saya.
Justeru, saya amat berterima kasih kepada para pensyarah pembimbing kursus
Bina Insan Guru, terutamanya Encik Mohd Kholid bin Salleh kerana telah
memberikan suatu tugasan yang amat berfaedah kepada saya bagi
membolehkan saya mendapat pengalaman yang berguna ini. Selain itu, segala
bimbingan dan buah fikiran yang telah diberikan sepanjang perlaksanaan
tugasan ini amat bermakna kepada saya.
Saya juga amat menghargai segala kerjasama yang saya perolehi dari rakan-
rakan sejawat di SK Siong dan rakan-rakan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Siong.
Kami telah bersama-sama berusaha bagi menjayakan program ini. Ia telah
menjadikan kami semua lebih memahami dan saling menghargai antara satu
sama lain. Semangat bekerjasama dan saling membantu ini akan terus
diamalkan di kalangan warga sekolah dan penduduk setempat di kawasan ini.
Selain itu, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk
mempelajari cara-cara komunikasi yang berkesan dengan pihak-pihak tertentu
terutamanya dengan pihak pentadbir sekolah dalam urusan-urusan rasmi.
Sesungguhnya, komunikasi yang berkesan adalah amat penting dalam
memastikan kejayaan sesuatu program yang ingin dilaksanakan.
Harapan saya adalah agar saya dapat berkongsi pengalaman menggerakkan
program seperti ini dengan rakan-rakan guru yang memerlukannya serta
menurunkan ilmu yang saya perolehi ini kepada anak-anak didik saya pada masa
hadapan agar mereka menjadi generasi yang serba boleh.
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan rakan-rakan dalam
menjayakan program ini.
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG,
09100 BALING,KEDAH DARUL AMANTEL/FAX: 044721258
Tarikh : 26 Februari 2013
Tuan/Puan/Encik/Cik
………………………………………………………….
JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
Merujuk perkara di atas , Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Siong akan menganjurkankan Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi Tempat berkumpul : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Siong
2. Sehubungan dangan itu, tuan/puan/Encik/Cik berbesar hati menjemput tuan hadir selaku peserta dalam program tersebut.
3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi respon segera kepada pihak kami dengan menyatakan sama ada bersetuju untuk hadir ataupun tidak di dalam borang yang dilampirkan di sini dan memulangkannya kepada pihak kami agar kami dapat menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“BERHKIDMAT UNTUK NEGARA”“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya yang Menurut Perintah………………………………………………(MOHD SANUSI BIN SIDIK)Setiausaha,Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SK. Siong, Baling, kedah.
Saya ,………………………………………………………………. waris kepada
…………...........……………………………………………………. .pelajar tahun
……………dengan ini ***bersetuju / tidak bersetuju untuk hadir sebagai peserta
di dalam Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah
Kebangsaan Siong.
Yang benar,
............................................................................
( )
*** sila potong bahagian yang tidak berkenaan.
BORANG PENDAFTARAN PESERTA
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN SIONG
(WARIS)
BIL NAMA PESERTA TANDA TANGAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4218621/4218622/4218648. FAX : 04-4218582
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(DENGAN KEPUJIAN)
NAMA : MOHD SANUSI BIN SIDIK
NO. KAD PENGENALAN : 740428 – 02 – 5123
NO.TELEFON : 019 - 5660074
KUMPULAN : 4M
KOD / KURSUS : WAJ 3114 / BINA INSAN GURU
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD KHOLID B SALLEH
TARIKH SERAHAN : 5 OKTOBER 2013
KERTAS KERJA
SURAT-
MENYURAT
LAPORAN
DAN
REFLEKSI
LAMPIRAN
MINIT
MESYUARAT