Post on 30-Jul-2015
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AGAMA BALING, 09100 BALING, KEDAH
BAB 2 :STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL
2.2 ORGANISASI
SEL
ORGANISMA
UNISEL MULTISEL
Proses hidup dalam Organisma sel
UNISEL
Makan
Respirasi
Berkumuh
Bergerak &
bergerak balas
Membesar
Membiak
Bagi organisma unisel, kemandiriannya
bergantung pada komponen sel dan
organel-organel kerana tidak mempunyai sebarang organ atau sistem.
Setiap organisma unisel adalah
organisma lengkap yang serupa seperti tumbuhan dan haiwan.
AMOEBA SP.
Ciri – ciri Amoeba sp.
Hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembap
Dilingkungi oleh membran plasma
Sitoplasmanya terbahagi kepada dua lapisan:
Lapisan luar – ektoplasma Lapisan dalam – endoplasma
Bergerak balas terhadap rangsangan• Rangsangan yang kuat seperti
larutan berasid dan cahaya terang menyebabkan Amoeba sp. berundur.
Bergerak• Mengunjurkan pseudopodium atau
‘kaki palsu’ ke suatu arah dan meletak hujung pseudopodium pada tanah.
• Diikuti dengan pengaliran sitoplasma ke bahagian pseudopodium yang diunjurkan.
Membesar• Sesetengah Amoeba sp. boleh
membesar sehingga 5mm. • Boleh mencapai saiz ini kerana
mengandungi bilangan nukleus yang banyak dalam satu sel tunggal.
Respirasi• Pertukaran oksigen dan karbon
dioksida berlaku melalui membran plasma secara resapan.
Makan• Pseudopodium juga memerangkap
mikroorganisma seperti bakteria secara fagositosis.
Perkumuhan• Pertukaran gas, nutrien dan bahan buangan
berlaku melalui membran sel secara resapan.
• Air meresap ke dalam sel secara osmosis dan memenuhi vakuol mengecut.
• Apabila vakuol itu penuh, air berlebihan dikeluarkan daripada sel mengecut itu.
Pembiakan• Membiak secara aseks melalui belahan
dedua.• Dalam keadaan yang tidak sesuai, Amoeba
sp. membentuk spora.
PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA
MULTISELOrganisma multisel ialah organisma yang mempunyai
lebih daripada satu sel. Sebagai contoh,
manusia memulakan hayat hidup bermula daripada
satu sel tunggal yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk hasil persenyawaan antara gamet jantan (
sprema ) dan gamet betina ( ovum ).
Zigot Dua sel Empat sel Lapan sel
Satu bebola sel ( Morula )
Zigot membahagi membentuk dua sel yang seiras dan terus membahagi membentuk lapan sel.Morula yang terdiri daripada beratus-ratus sel terbentuk. Morula berkembang menjadi embrio.Sel ini mengalami pertumbuhan, perubahan bentuk, dan pembezaan bagi menjalankan fungsi khusus.Sel dalam organisma multisel membeza dan menjalani pengkhususan agar dapat menjalankan fungsi dengan lebih cekap.
ORGANISASI SEL DALAM
ORGANISMA MULTISEL
SEL
TIS
U
OR
GA
N
SIS
TEM
OR
GA
NIS
MA
Sel• Unit asas
bagi semua benda hidup.
Tisu• Sel-sel yang
mempunyai struktur yang sama.
• Menjalankan fungsi yang sama.
Organ• Sekumpulan
tisu yang berlainan bergabung bersama membentuk organ untuk menjalankan suatu fungsi khusus.
SISTEM ORGANISMA
• Beberapa organ dijumpai dalam satu sistem.
• Semua sistem bekerja secara bersepadu untuk membentuk organisma.
ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL
ORGANISASI SEL DALAM HAIWAN
TISU
Tisu epiteliu
m
Tisu otot
Tisu penguhubu
ng
Tisu saraf
TISU EPITELIUMTerdiri daripada satu atau lebih lapisan sel.
Sel-sel epitelium tersusun rapat di antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar kulit dan ruang mulut dan permukaan berongga dalam badan ( rongga salur pencernaan dan peparu ).
Sesetengah tisu epitelium mengalami penyuasaian struktur untuk membentuk kelenjar ( kelenjar endokrin dan kelenjar eksokrit ).
Struktur tisu epitelium disesuaikan untuk fungsinya : Tisu epitelium pada kulit : Membentuk halangan daripada
berupaya pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.
Tisu epitelium pada usus : Membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.
Tisu epitelium pada trakea : Mempunyai sel panjang dengan ujuran seperti rambut yang dikenal sebagai silium.
TISU OTOTTisu otot merupakan tisu yang paling banyak yang terdapat dalam badan.
Terdiri daripada sel yang disebut gentian otot.
Tiga jenis tisu otot : Otot licin : Terdapat pada usus, salur darah, salur kencing,
salur pembiakan. Otot rangka : Berpaut pada tulang rangka badan. Otat kardium : Membina dinding jantung.
Pengecutan dan pengenduran otot licin – aktiviti luar kawal badan seperti tindakan peristalsis di sepanjang salur pencernaan. Otot licin mengecut lebih perlahan berbanding dengan otot rangka tetapi kekal mengecut untuk jangka masa yang lama.Otot rangka terlibat dalam pergerakan kawalan. – pengenduran dan pengecutan untuk menghasilkan pergerakan tulang.Otot kardium mengecut dan mengepam darah ke seluruh badan. – pengecutan luar kawalan.
TISU SARAFTerdiri daripada neuron atau sel saraf.
Setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.
Neuron – untuk mengesan rangsangan mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioelektrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
Tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.
Tisu penghu-
bung
Tisu penghubung
longgar
Tisu penghubung
gentian
Rawan
Tisu adipos
Tisu tulan
g
Tisu darah
Tisu penghubung longgar
• Tisu penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.
• Fungsi : Memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.
Tisu penghubung bergentian• Mengandungi banyak gentian kolagen
yang disusun rapat.• Dijumpai dalam tendon yang
menyambungkan tulang kepada ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.
Rawan• Tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.• Memberi sokongan kepada hidung, telinga,
dan menutup hujung tulang pada sendi.• Ceper yang didapati antara vertebrata dan
bertindak sebagai kusyen – menyerap tekanan juga diperbuat daripada rawan.
Tulang• Terdiri daripada sel-sel yang terbenam dalam
satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral ( kalsium fosfat ).
• Kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.
• Fungsi : Melindungi organ dan menyokong badan.
Tisu darah• Seperti sel darah merah dihasilkan dalam
sumsum tulang – terletak di hujung tulang panjang.
• Pengawalaturan, pengangkutan dan perlindungan.Tisu adipos
• Terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak.
• Boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan di sekeliling semua organ utama.
• Fungsi : Memberi tenaga simpanan, membekalkan penebatan dan perlindungan.