BM P1, Bahasa melayu klasik

Post on 18-Jul-2015

266 views 8 download

Transcript of BM P1, Bahasa melayu klasik

Bahasa Melayu Kuno digantikandengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengankedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.

Definisi bahasa Melayu Klasik

- Bahasa Melayu Klasik bermula pada abadke-14 apabila pengaruh Islam / Arab datangkealam Melayu.

- Padaperingkat permulaan bahasa yang digunakan masih lagi dipengaruhi bahasaSanskrit dengan bercampur-aduk bahasa Arab. Tulisan yang digunakan masih lagi tulisankawi.

- Bahan bukti pertama bahasa Melayu klasikialah batu Bersurat Kuala Berang bertarikh702H (22 Feb1303)

Ciri-ciri Bahasa Melayu KlasikSistem Tulisan

-Pada peringkat permulaan sistem permulaantulisannya di pengaruhi oleh sistem tulisanIndia seperti yang terdapat dalam batubersurat Pagar Ruyung danMinye Tujuh.-Apabila Islam dan Arab datang,tulisan arabberbentuk kufi seperti dalam batu bersurat diPekan,Phanrang dan di Champa.-Bagi menyesuaikan dengan bunyi bahasaMelayu, huruf arab yang berjumlah 33 ditambah 6.

Tatabahasa

-Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakanbahasa istana, dan kata perdu.

-Bahasa Istana seperti bersiram, santap, beradu

Kosa kata klasik seperti berahi, ceritera,masygul

Perdu kata (pangkal ayat) seperti alkisah, sebermula, hatta

-Dari sudut ayat, bahasa Melayu klasik banyakmenggunakan ayat majmuk, ayat songsang danayat pasif.

Kosa kata

-Dengan adanya pengaruh Islam, kosa kataarab banyak diserap ke bahasa Melayu sejajardengan konsep Islam terutamanya apabilamembicarakan bab hukum

Contoh : sembahyang menjadi solat

Perkembangan Tulisan Jawi

-Tulisan Jawi merupakan aksara arab yang diadaptasike dalam bahasa Melayu

-Perkataan Jawi berasal dariperkataan al-jawah yang bermaksud pulau Sumatera. Pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari Jawa.Manakalapendapat lain mengatakan Jawi berasal dari perkataanperanakan iaitu campuran arab, parsi dan Melayu

-Bukti pertama penggunaan tulisan jawi terdapatpada batu bersurat Kuala Berang manakala manuskriptertua dalam tulisan jawi ialah Aqa’id al-Nasafi(1590M)

-Pada peringkat awalnya tulisan arabmenggunakan sistem baris, tetapi lama kelamaan dibuang barisnya menjadi tulisanarab gondol.

-Apabila menghadapi masalah, maka hurufsaksi (vokal) diletakkan pada suku kata keduadan ketiga

-Sistem ejaan jawi yang lengkap ialah PedomanEjaan Jawi terbitan 1956 dan disempurnakanpada tahun 1986 hingga sekarang

Surat-surat Awal Dalam Bahasa Melayu Klasik

-Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang rapatdengan raja asing dan pedagang eropah. Oleh itumereka menggunakan bahasa Melayu apabilamengadakan hubungan dengan mereka.

-Antara surat yang ditulis dengan menggunakan bahasaMelayu ialah:

a. Surat Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521M)

b. Surat Sultan Acheh kepada nakhoda Inggeris(1602M)

c. Surat Ala Al Din Shah kepada kapten Harry Middleton (1602M)

d. Surat Perisytiharan Lord Minto (1811M)

-Surat-surat di atas menjadi bukti bahawabahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca sekitar abad yang ke 19.

Karya sastera Dalam Melayu Klasik

-Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat ketikazaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511)

-Antara karaya sastera zaman kerajaan Melaka ialahSejarah Melayu,Hikayat Hang Tuah, Hukum kanunMelaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah

-Selepas kejatuhan Melaka perkembangan bahasaMelayu berpindah ke Acheh.

• Antara Penulis Karya yang Terkenal ialah :

Hamzah Fansuri (Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk)

Syamsuddin AlSumaterani (Mirat Al Mukminin, Miratul Iman)

Nurudin al Raniri (Siratul Mustakim, Al-Tibyan FiMa’rifah al-Adyan)

Abdul Rauf al-Singkel (Mirat alTulub)