Post on 26-Jan-2021
1
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya MAZNAH BINTI CHE DON (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN BATU 4, JLN. HUTAN KAMPONG, NAMA PENYELIA 05350 ALOR SETAR, KEDAH. Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda( PSM)
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : 2 MEI 2008
i
PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR
TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAZNAH BTE CHE DON
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
30 APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : MAZNAH BINTI CHE DON
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas Untuk
Ibu yang disayangi Hajjah Teh Binti Mustaffa
Arwah Ayahku yang sentiasa dalam ingatan
Allahyarham Haji Che Don Bin Ahmad
Al-Fatihah
serta
keluarga tersayang.
Segala pegorbanan yang dicurahkan menjadi azimat bagiku
untuk meneruskan perjuangan.
Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian semua.
Tidak lupa juga untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
pembinaan modul ini. Terima kasih di atas segala sumbangan dan keperihatinan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. dengan izinNya
Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Salawat dan salam untuk junjungan
Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan
setinggi-setinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Tuan Haji Hassan Bin Hushin
yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh
menjalankan Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah
dihargai.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tuan Haji Zainudin Bin Hassan
selaku pembimbing dalam pembinaan modul, pensyarah-pensyarah serta semua pihak
yang terlibat memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam
memberikan maklumat, tunjukajar, cadangan serta komen untuk menghasilkan Modul
Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia ini.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya. Semoga Allah
memberkati kalian semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan
Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk
panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada dua kajian
yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan
Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti
Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program
Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia:
Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut
Model Barr and Cuyjet (1991) yang memberi penekanan kepada enam langkah
pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang
dibina berdasarkan piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam
peringkat cadangan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain agensi pelaksana menjalankan program
dengan lebih lancar supaya pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana
pembelajaran di universiti serta dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
pencapaian dalam bidang akademik melalui proram yang dihadiri.
vi
ABSTRACT
The aim of this project was to develop a module about Students Academic
Development Program for First Year students in the Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia. This module will be the guide for First Year Experience (FYE)
Committee, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia to perform the
program for First Year Students. This module was develop based on the suggestion from
two research entitled “The Survey Of Problem Category With Demography Among First
Year Students, Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia Based On Mooney
Problem Check List (MPCL)” conducted by Noriasah Binti Othman Teng (2006) and
the second entitled “The Selection and Student Development Program Activity By First
Year Students Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia” conducted by
Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). The module of the program was developed using
Barr and Cuyjet (1991) model that propose a six-step approach to program planning and
had been included into the program framework based on the Malaysian Teacher’s
Standard proposed by Teacher’s Education Department, Ministry of Education. This
module will help FYE Committee, Faculty of Education UTM and other agencies to
implement this program to the First Year Students to make them understand the situation
and learning methodology in university. Thus, they can upgrade their knowledge, skill
and achievement in the academic through the program they attend.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Pembinaan Modul 7
1.5 Kepentingan Pembinaan Modul 7
1.6 Faedah Pembinaan Modul 8
1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1 Program 9
1.7.2 Pembangunan 9
1.7.3 Akademik 9
viii
1.7.4 Pelajar 10
1.8 Kesimpulan 10
2 SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-Kajian Lepas 11
2.1.1 Kajian Luar Negara 11
2.1.2 Kajian Di Malaysia 12
2.2 Teori Pembangunan Pelajar 18
2.2.1 Teori Penglibatan Pelajar Astin (Astin Student
Involvement Theory) 19
2.2.2 Teori Pengstrukturan Kognitif 20
2.2.3 Teori Pembentukan Identiti - Athur Chickering 21
2.3 Program Pembangunan Akademik Pelajar 26
2.3.1 Elemen-Elemen Dalam Program Pembangunan
Pelajar 28
2.3.1.1 Konteks 29
2.3.1.2 Matlamat 30
2.3.1.3 Perancangan 31
2.3.2 Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu
(First YearExperience – FYE) 31
2.3.3 Perkembangan FYE 33
2.3.4 FYE di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 34
2.4 Kesimpulan 36
3 REKABENTUK MODUL 37
3.1 Pengenalan 37
3.2 Skop Modul 38
3.2.1 Matlamat Modul 38
3.2.2 Objektif Modul 39
3.2.3 Kumpulan Sasaran 39
3.2.4 Kandungan Modul 39
ix
3.2.5 Jangkamasa Program 40
3.3 Proses Pembinaan Modul Program Pembangunan
Akademik Pelajar 40
3.4 Faktor Pelaksanaan Model Barr and Cuyjet (1991)
Dalam Modul Program Pembangunan Akademik
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan UTM 42
3.5 Proses Perlaksanaan 43
3.5.1 Langkah 1: Membuat Pentaksiran 43
3.5.2 Langkah 2: Penetapan Matlamat 45
3.5.3 Langkah 3: Perancangan 46
3.5.4 Langkah 4: Perlaksanaan 47
3.5.5 Langkah 5: Maklumbalas 48
3.5.6 Langkah 6: Membuat Keputusan 49
3.6 Kesimpulan 49
4 KERANGKA PROGRAM 50
4.1 Pengenalan 50
4.2 Rasional 50
4.3 Matlamat Program 51
4.4 Objektif Program 51
4.5 Pembentukan Kerangka Program 52
4.5.1 Komponen 55
4.5.2 Elemen 55
4.5.3 Kaedah Pelaksanaan 56
4.5.4 Sasaran 57
4.5.5 Jadual Pelaksanaan 57
4.5.6 Agensi Pelaksana 58
4.5.7 Tentatif Program 58
4.6 Keperluan Peralatan 62
4.7 Keperluan Bahan 62
4.8 Penilaian 62
x
4.9 Kesimpulan 62
5 HASILAN MODUL 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Kandungan Modul 65
5.3 Komponen Modul 67
5.4 Elemen Modul 67
5.4.1 Unit 1: Menjana Kecemerlangan Akademik 68
5.4.2 Unit 2: Pengurusan Pembelajaran Secara
Efisyen- Ke arah Peningkatan Pencapaian
Akademik 69
5.4.3 Unit 3: Pengenalan Kepada Asas Penulisan
Ilmiah 70
5.5 Aktiviti Pelajar 71
5.5.1 Aktiviti Pelajar Unit 1 71
5.5.2 Aktiviti Pelajar Unit 2 72
5.5.3 Aktiviti Pelajar Unit 3 72
5.6 Peraturan Menggunakan Modul 72
5.7 Pengesahan Modul 73
5.8 Kesimpulan 73
6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 74
6.1 Pengenalan 74
6.2 Perbincangan 74
6.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa
Pembinaan Modul 75
6.3.1 Bahan Rujukan 75
6.3.2 Kekangan Masa 76
6.4 Cadangan 76
6.5 Cadangan Pembinaan Modul Lanjutan 77
6.6 Kesimpulan 77
xi
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 83
Lampiran A 83
Lampiran B 84
Lampiran C 85
Lampiran D 86
Lampiran E 87
Lampiran F 88
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Data Bilangan Pelajar Tahun Satu Fakulti
Pendidikan Mengikut Program Bagi Seisi
2007/2008 5
4.1 Kerangka Program Pembangunan Akademik
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan UTM 53
4.2 Jadual Perlaksanaan Program Pembangunan
Akademik PelajarTahun Satu Fakulti Pendidikan
UTM 57
4.3 Tentatif Program Wellcome Week Pelajar Tahun
Satu Fakulti Pendidikan UTM (Program X) 59
4.4 Tentatif Program Seminar Pembangunan Akademik
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan UTM
(Program Y) 60
4.5 Tentatif Bengkel Pengenalan Kepada Asas Penulisan
Ilmiah 61
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Elemen Program Pembangunan Pelajar 29
xiv
SENARAI SINGKATAN
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
FYE - First Year Experience
HEP - Hal Ehwal Pelajar
JK FYE - Jawatankuasa First Year Experience
JKM - Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
PKK - Pusat Kaunseling Dan Kerjaya
SGM - Standard Guru Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Penilaian Program 83
B Model Kiub Hurst and Jacobson (1985) 84
C Modul Program Pembangunan Akademik
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia 85
D Surat Akuan Pengesahan Modul
Tuan Haji Zainudin Bin Hassan 86
E Surat Akuan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia 87
F Sijil Kehadiran Kursus 88
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap tahun pihak institusi pengajian tinggi akan menerima pelajar baru iaitu
pelajar tahun satu untuk mengikuti pelbagai kursus di peringkat diploma atau sarjana
muda. Apabila mula menjejakkan kaki ke institusi ini kumpulan pelajar ini akan merasai
satu suasana baru atau kejutan budaya akibat daripada perubahan suasana kehidupan dan
pembelajaran berbanding dengan keadaan sebelum ini.
Program Pembangunan Pelajar yang diadakan di universiti adalah merupakan
satu program yang di jalankan bagi membolehkan pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri
dengan kehidupan baru di kampus. Program ini sangat penting bagi pembangunan diri
pelajar untuk menjadikannya seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik,
bersahsiah tinggi, mempunyai daya kepimpinan, pandai menyesuaikan diri dengan
masyarakat, sentiasa cergas dan sihat serta berjaya di dalam bidang kerjaya yang
diceburi.
Di antara tujuan utama program ini diadakan ialah bagi membantu pelajar Tahun
Satu di universiti supaya dapat menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai keadaan dan
suasana baru dari segi kehidupan , sistem dan peraturan akademik, kemahiran serta gaya
pembelajaran di kampus. Adalah menjadi kebiasaan bagi para pelajar ini akan merasai
2
keadaan ketidakselesaan pada peringkat awal kehadirannya di sini, oleh itu diharapkan
program ini akan sedikit sebanyak dapat membantu menghadapi situasi ini.
Pelajar merupakan aset yang amat penting bagi membangun dan menghasilkan
kecemerlangan negara pada masa sekarang dan seterusnya mengekalkannya hingga ke
masa hadapan. Segala keupayaan yang dimiliki oleh mereka secara sempurna seperti
yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya masyarakat akan memberi
gambaran yang baik serta menjadi lambang kejayaan bagi masyarakat dan juga negara.
Program Pembangunan Pelajar dalam bidang akademik diadakan bagi memberi
penekanan khusus bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Kecemerlangan pelajar dalam akademik menjadi agenda penting kepada pihak kerajaan
dan telah mendapat perhatian secara khusus serta paling utama berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara yang bermatlamat menjadikan pendidikan sebagai asas
pembangunan negara dari segi intelektualisme individu, emosi, rohani dan juga jasmani.
Wan Azmi Ramli (1990) menyatakan bahawa ilmu pengetahuan hendaklah
disertai dengan tahap kemahiran yang tinggi untuk mencapai sesuatu kerja yang bermutu
tinggi. Menurut Som Hj. Nor dan Mohd. Dahalan Mohd. Ramli, (1998), kajian
mengenai keperluan pekerjaan menunjukkan bahawa tenaga kerja masa hadapan
memerlukan pemikiran yang tajam iaitu kreatif, inovatif, imaginatif dan kritis
berbanding masa-masa lalu.
Pihak universiti perlu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pelajar yang
dapat menguasai bidang ilmu akademik yang cemerlang serta memiliki sahsiah diri yang
tinggi supaya penguasaan ilmu dalam pelbagai disiplin seiring dengan pembangunan
nilai intelek, pegangan agama dan jati diri. Senario kehidupan masyarakat dunia pada
hari ini secara umumnya dapat dilihat telah berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu
tetapi gagal menggunakannya sebagai landasan untuk kebaikan dan faedah kepada
3
manusia sekaligus menyebabkan kewujudan masalah seperti penipuan, keruntuhan
moral, rasuah dan jenayah. (Tuanku Syed Sirajuddin, 2007).
1.2 Latarbelakang Masalah
Pada masa ini pihak universiti ada menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan
pelajar tetapi dilaksanakan secara berasingan mengikut program masing-masing melalui
pelbagai pihak seperti bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jawantankuasa Mahasiswa
Kolej Kediaman (JKM), Pusat Kaunseling dan Kerjaya (PKK) dan sebagainya. Aktiviti
Pembangunan Pelajar dilaksanakan mengikut cara yang tersendiri dan biasanya tidak
melibatkan pelajar secara keseluruhannya. Jika ada penglibatan pelajar secara
menyeluruh contohnya dalam Minggu Haluan Siswa masa yang diperuntukkan terlalu
singkat iaitu satu minggu didapati tidak mencukupi bagi mendedahkan pelajar kepada
suasana kehidupan dan pembelajaran yang sebenar di kampus.
Dengan adanya modul ini diharap semua pelajar Tahun Satu akan dapat
melibatkan diri dalam setiap program melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan pada masa
dan tempat yang sama jika melibatkan pihak HEP dan PKK atau di tempat yang
berlainan jika melibatkan pihak kolej kediaman. Dengan ini segala pengetahuan yang
ingin disalurkan kepada pelajar ini secara bersepadu akan dapat dilakukan dan semua
pelajar Tahun Satu akan mendapat segala maklumat yang sama melalui perlaksanaan
kursus mengikut satu modul yang sama oleh pihak universiti.
Di dalam sesebuah universiti terdapat pelbagai fakulti dan di bawah setiap fakulti
mempunyai pelbagai jabatan. Setiap jabatan memerlukan pelajar-pelajar yang
mempunyai ilmu pengetahuan serta kemahiran teknologi yang secukupnya bagi
membolehkan mereka mendapat pencapaian yang cemerlang di bidang akademik serta
4
dapat menguasai pelbagai kemahiran sepenuhnya. Di Fakulti Pendidikan UTM terdapat
lima jabatan yang menjalankan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan khusus untuk
melatih pelajar menjadi seorang guru yang mahir dengan pelbagai bidang ilmu serta
mempunyai sahsiah yang tinggi dan diharap mampu mendidik anak bangsa menjadi
manusia berguna kepada masyarakat. Lima jabatan itu ialah:
- Jabatan Asas Pendidikan
- Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik
- Jabatan Multimedia Pendidikan
- Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
- Jabatan Pendidikan Sosial
Pada tahun 2007 ini, lima Jabatan Pendidikan ini menawarkan 10 program
peringkat Sarjana Muda iaitu:
- SPE – Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)
- SPJ – Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal)
- SPH – Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
- SPS – Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
- SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
- SPI – Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
- SPK – Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
- SPC – Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
- SPM 1 – Sarjanan Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik/Matematik)
- SPM 2 – Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)
Bilangan pelajar Tahun 1 dalam program ini adalah seperti berikut:
5
Jadual 1.1: Data Bilangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Mengikut Program
Bagi Seisi 2007/2008
PROGRAM BILANGAN
PELAJAR
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) 20
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal) 20
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 42
SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) 40
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) 31
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) 108
SPK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan 12
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) 11
SPM 1 - Sarjanan Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik/Matematik) 7
SPM 2 - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik) 17
Menurut Poon (2002) dalam Ahmad Nawawi (2007), perubahan teknologi dapat
memberi perubahan terhadap cara sesuatu kerja dilakukan atau jenis kemahiran yang
diperlukan untuk melakukan kerja. Program Pembangunan Pelajar di bidang akademik
dilihat sebagai satu kaedah yang boleh dijalankan bagi mendedahkan pelajar kepada
pelbagai kaedah pembelajaran bagi peningkatan pencapaian akademik mereka.
Hassan Langgulung (1990) menyatakan, pakar-pakar di dalam bidang
pembangunan beranggapan bahawa pembangunan bukanlah proses yang melibatkan
wang sahaja malah merupakan satu proses universal (syumuli) yang meliputi komponen
sosial, budaya dan pemikiran. Oleh itu pembangunan haruslah seimbang dalam segala
bidang dan perancangannya haruslah menyeluruh dan bersepadu (Coombs,1970).
Bagi pelajar yang mengambil kursus pendidikan, Program Pembangunan
Akademik Pelajar dilihat dapat membantu mereka dalam persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berdedikasi. Guru merupakan golongan yang penting kepada
6
pembentukan generasi pada masa hadapan. Oleh itu guru perlu mempunyai pengetahuan
akademik yang luas serta dapat menguasai setiap bidang ilmu yang dipelajarinya secara
mahir untuk disampaikan kepada para pelajarnya di samping mempunyai personaliti dan
gaya kepimpinan yang baik.
Yusuf Al Qardawi (1985) dalam Ahmad Nawawi (2007), menyatakan jika
masyarakat hendak melihat generasi yang bakal terbentuk pada masa hadapan, lihatlah
generasi pada masa sekarang. Berdasarkan kepada kenyataan ini para guru mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan bagi mendidik dan menyampaikan ilmu
dengan baik para guru perlu menunjukkan sahsiah yang terpuji, berketrampilan, ikhlas
dan dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab supaya dapat melahirkan generasi
pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang baik dilengkapi dengan nilai diri
dan akhlak terpuji sebagai pewaris di masa hadapan.
1.3 Pernyataan Masalah
Program Pembangunan Akademik yang dijalankan di UTM pada masa sekarang
dijalankan oleh pelbagai pihak secara bersendirian mengikut cara atau kaedah tersendiri
dari segi penyampaian isi kandungan program, kumpulan sasaran, masa serta tempat
sepertimana yang telah ditetapkan. Kadangkala program seperti ini hanya melibatkan
sebahagian kecil pelajar sahaja iaitu apabila iklan-iklan penyiaran tentang program ini
tidak diketahui dan tidak dibaca oleh para pelajar kerana diletakkan ditempat-tempat
tertentu sahaja. Ada di antara program-program ini amat berfaedah untuk dihadiri oleh
pelajar Tahun Satu, bagaimanapun mereka kadangkala tidak dapat menghadirinya
disebabkan oleh beberapa masalah dan kekangan yang wujud seperti masa, penglibatan
di dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum di kolej atau di fakulti.
Berdasarkan latarbelakang masalah di atas, jelas masih belum ada lagi satu
modul khusus untuk Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti
7
Pendidikan UTM yang sistematik. Oleh itu modul ini akan direkabentuk bagi memenuhi
keperluan pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan UTM. Di antara elemen yang
dikenalpasti menjadi faktor ke arah peningkatan akademik yang akan dimasukkan
dalam modul ini ialah:
i. Menjana Kecemerlangan Akademik
ii. Pengurusan Pembelajaran Secara Berkesan
iii. Pengenalan kepada Asas Penulisan Ilmiah
Isi kandungan modul ini akan disampaikan melalui ceramah dan aktiviti dalam
program berbentuk bengkel, seminar dan juga perkemahan.
1.4 Objektif Pembinaan Modul
Objektif utama pembangunan modul ini ialah:
(i) Membantu pihak pengurusan dalam mengendalikan program yang
dijalankan secara sistematik dan bersepadu melibatkan pelajar-pelajar Tahun
Satu Fakulti Pendidikan UTM.
(ii) Membantu pelajar Tahun Satu menyesuaikan diri dengan suasana dan
gaya pembelajaran di universiti.
(iii) Membimbing pelajar ke arah peningkatan pencapaian akademik melalui
program yang dihadiri menggunakankan modul yang telah dibina.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS (