Post on 22-Jan-2020
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME SERTA KESAN TERHADAP PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008_
Saya NOR HIDAYATUL AINI ISMAIL _______________
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No. 132 Lrg Lgk Kanan 6, DR. ZAINUDIN B ABU BAKAR Tanah Putih Baru, 25150 Kuantan, Pahang. (NAMA PENYELIA) Tarikh: 4 April 2008 Tarikh:
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia: DR. ZAINUDIN B ABU BAKAR
Tarikh :
i
PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME SERTA KESAN TERHADAP PENCAPAIAN DALAM
MATA PELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
NOR HIDAYATUL AINI ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penuh : NOR HIDAYATUL AINI ISMAIL
Tarikh : 4 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Untuk yang dikasihi dan disanjung tinggi, ibu dan ayah tercinta,
Ismail Bin Taib dan Hindun Binti Said.
Yang dikasihi ahli keluarga tersayang,
Nor Hanan, Nor Shamilah, Nor Zahariah,
Zul Rusdi, Zul Khairi, Zul Kifli,
Nor Azalinawati, Nor Hafizah dan Nurul Shuhada.
Tidak dilupakan semua pensyarah UTM,
Serta teman-teman seperjuangan.
“Ilmu, kerjasama, kesabaran dan kefahaman yang anda sekalian berikan sangat berharga
untuk diri ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya.”
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan keizinannya, maka saya telah dapat
menyempurnakan penulisan dalam penyelidikan ini dengan jayanya walaupun banyak
halangan dan rintangan yang dihadapi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus
ikhlas kepada penyelia tesis, Dr Zainudin Abu Bakar yang telah banyak membantu
serta memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga kepada ibubapa dan keluarga tercinta kerana sentiasa
memberikan pertolongan, galakan dan nasihat yang sangat berguna selama ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah UTM serta teman-
teman seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan dan juga kepada mana-mana
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini. Kerjasama dan sokongan kalian selama ini amat saya hargai.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar
terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran
Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap
konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan antara
persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Responden kajian terdiri
daripada 75 pelajar Fakulti Pendidikan daripada program 4 SPM dan 4 SPT di UTM,
Skudai. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data maklumat
yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical
Package For The Social Sciences” versi 13.0 dan penghuraian dibuat berdasarkan
peratus serta nilai korelasi bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Purata
taburan peratus menggunakan tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme
adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga
mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap pelajar terhadap
pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik (p=0.600 dan p=0.598).
Beberapa cadangan juga ada dilakukan.
vi
ABSTRACT
This research was designed to examine the student’s attitude and perception on
constructivism approach in Mathematics, and its’ effect towards their achievement in the
subject. A Total of 75 students from 4 SPM and 4 SPT in the Faculty of Education
UTM, Skudai were involved in this study. Questionaire was used as the instrument of
this study. The data gathered were processed and analysed by using Statistical Package
For The Social Sciences version 13.0 to obtain the frequency, percentage and correlation
value. The average value of the score was divided into three points level (high, medium,
low). The findings showed that the student’s perception on constructivism was high
while their attitude on constructivism was fair. There was no significant relationship
recorded between student’s perception and attitude on constructivism with their
achievement in Mathematics (p=0.600 and p=0.598). Several recommendations and
suggestions were also suggested and discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB PERKARA
HALAMAN
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 2
1.3 Penyataan Masalah. 7
1.4 Persoalan Kajian. 7
1.5 Objektif Kajian. 8
1.6 Skop Kajian. 8
1.7 Kepentingan Kajian. 9
1.8 Batasan Kajian. 9
1.9 Istilah dan Definisi 10
1.10 Penutup 12
viii
BAB PERKARA
HALAMAN
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan. 13
2.2 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendekatan
Konstruktivisme
2.2.1 Definisi Konstruktivisme
2.2.2 Ciri-ciri Pengajaran Konstruktivisme
2.2.3 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
2.2.4 Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
2.2.5 Peranan Guru dan Pelajar Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Konstruktivisme.
14
16
19
19
21
22
2.3 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pengaruh
Persepsi Terhadap Pencapaian Pelajar.
24
2.4 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pengaruh
Sikap Terhadap Pencapaian pelajar.
26
2.5 Penutup. 30
3 METODOLOGI KAJIAN. 32
3.1 Pengenalan. 32
3.2 Reka bentuk Kajian. 33
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Responden Kajian. 33
3.5 Instrumen Kajian.
3.5.1 Bahagian A (Demografi)
3.5.2 Bahagian B (Aspek Persepsi Pelajar)
3.5.3 Bahagian C (Aspek Sikap Pelajar)
34
35
36
36
3.6 Kajian Rintis. 37
3.7 Analisis Data. 38
3.8 Prosedur Kajian
3.8.1 Peringkat Pertama
3.8.2 Peringkat Kedua
42
42
43
ix
3.9 Penutup 43
4 DAPATAN ANALISIS KAJIAN 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Penganalisaan Latar belakang Responden
4.2.2 Dapatan Kajian Persoalan 1
4.2.3 Dapatan Kajian Persoalan 2
45
45
50
53
4.3 Dapatan Kajian Persoalan 3
4.3.1 Hubungan Antara Persepsi Pelajar
dengan Pencapaian Matematik.
4.3.2 Hubungan Antara Sikap Pelajar dengan
Pencapaian Matematik
55
56
57
4.4 Rumusan Dapatan Item Kajian 57
4.5 Penutup 58
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 59
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 3
60
60
63
65
5.3 Rumusan 68
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.6 Penutup 71
RUJUKAN
LAMPIRAN
72
A - E
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Peranan Guru dan Pelajar dalam
Pengajajaran dan Pembelajaran.
21
3.1 Pecahan responden yang dipilih berdasarkan
kursus yang diambil.
34
3.2 Kategori Pencapaian Matematik Pelajar 35
3.3 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan
Kajian dan Jenis Skala yang digunakan bagi
Persoalan 1 dan 2
36
3.4 Skala Likert Beserta dengan Markah Skor 37
3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 39
3.6 Skala Min 39
3.7 Skala Persepsi dan Sikap 40
3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 41
4.1 Taburan Jantina Responden 46
4.2 Taburan Bangsa Responden 46
4.3 Taburan Umur Responden 47
4.4 Taburan Kursus Responden 47
4.5 Taburan Pekerjaan Ibu dan Bapa Responden 48
4.6 Taburan Pencapaian Matematik Responden 49
4.7 Skor Peratus Bagi Persepsi Pelajar Terhadap
Pendekatan Konstruktivisme
51
4.8 Skor Peratus Bagi Setiap Item Sikap Pelajar
Terhadap Pendekatan Konstruktivisme
54
4.9 Analisis Peratus Keseluruhan Bagi Persepsi
dan Sikap Terhadap Konstruktivisme
55
4.10 Hubungan Persepsi dan Pencapaian
Matematik
56
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Permohonan Menjalani Projek Sarjana Muda.
B Soal Selidik Kajian.
C Surat Pengesahan Soal Selidik
D Nilai Alfa Bagi Kajian Rintis.
E Nilai Korelasi Bagi Persepsi dan Sikap Terhadap Pencapaian
Matematik.
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik membawa makna yang berbeza bagi setiap individu. Para pelajar
seringkali melihat matematik sebagai satu mata pelajaran yang telah ada dalam buku
teks dan merasakan ia tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Kajian awal mendapati peringkat pemerolehan kemahiran matematik adalah penting,
kerana ini akan mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran
matematik sepanjang hayat (Renga dan Dalla, 1992). Ini jelas menunjukkan bahawa
persepsi pelajar tidak hanya berdasarkan kepada persekitaran pembelajaran yang
sebenar semata-mata, tetapi juga bergantung kepada pengalaman pembelajaran
terdahulu dan terkini (Segers dan Dochy, 2001)
Menurut Obsorne dan Gilbert (1997), banyak kajian mendapati bahawa
konsep awal yang dibina oleh kebanyakan pelajar adalah tidak selaras dan kadang
kala bercanggah dengan konsep yang dipelajari secara formal di dalam bilik darjah.
Pembelajaran secara tradisional sebelum ini didapati kerap kali menghalang
pemerolehan pemahaman yang baik dan mendalam, tidak menggalakkan
perkembangan dan pembinaan konsep-konsep secara bermakna, malah mengabaikan
atau menghukum minda yang mahu berfikir secara kreatif. Maka emosi juga patut
diberi perhatian. Pendidik mestilah sentiasa sedar bahawa memberi syarahan bukan
cara yang terbaik untuk pembelajaran maksimum. Sebaliknya, penyertaan dan
penglibatan dalam persekitaran sebenar akan membolehkan pelajar mencuba perkara
baru dengan selesa dan penuh minat.
2
Pada hari ini, pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu idea yang
sangat baik mengenai bagaimana pelajar belajar dan ianya mempunyai impak yang
kuat ke atas pembelajaran mereka khususnya dalam mata pelajaran Matematik.
Konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana pelajar membina ilmu
pengetahuan tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan cepat
dilakukan dalam pembelajaran. Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses
pelajar membina ilmu pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu
pengetahuan dibina di dalam struktur kognitif mereka hasil pengalaman dengan alam.
Sememangnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Matematik perlu berbeza dengan mata pelajaran lain. Jika kaedah dan cara
pendekatan yang sesuai dapat digunakan, maka mata pelajaran tersebut akan lebih
mudah dikuasai dan kemahiran tertentu akan dapat dikembangkan. Satu langkah
yang penting bagi membina kecekapan dan kemahiran Matematik adalah dengan
menekankan kefahaman dan penguasaan konsep Matematik dalam diri pelajar.
Jika dilihat dari perspektif konstruktivis pula, pembelajaran bermakna adalah
dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam.
Pelajar bertindak dengan pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina
skema atau struktur kognitif di dalam minda yang mana akhirnya akan membentuk
makna dan kefahaman mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah Suasana pembelajaran Matematik dalam bilik darjah dikatakan terlalu formal
dan kurang aktiviti yang melibatkan para pelajar. Menurut Brooks dan Brooks
(1993), kesediaan pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran
bergantung kepada minat dan persepsi terhadap peringkat kemampuan kendirinya.
Oleh yang demikian, pendekatan konstruktivisme yang dilaksanakan dalam
pembelajaran matematik telah menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan para
pelajar.
3
Tinjauan oleh Mohd Johan Zakaria (2001) dalam kajiannya yang bertajuk
“Pengujian Instrumen Persekitaran Pembelajaran Konstruktivis Dalam Mata
Pelajaran Matematik di Sekolah Menengah,” telah mendapati bahawa persepsi
pelajar tingkatan empat terhadap amalan pendekatan konstruktivis dalam mata
pelajaran Matematik di sekolah agak sederhana terhadap amalan sebenar pendekatan
konstruktivis semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan pelajar.
Ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan empat beranggapan bahawa tahap
persekitaran bilik darjah dari perspektif pendekatan konstruktivis dalam mata
pelajaran Matematik tidaklah begitu menggalakkan. Perkara ini terjadi mungkin
berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik. Namun begitu,
kajian ini juga mendapati tahap persepsi terhadap amalan yang diharapkan juga
sederhana. Dapatan kajian ini hampir selaras dengan kajian Heui-Baik Kim et al.
(1999) di Korea yang mendapati bahawa tahap persepsi pelajar di sana juga adalah
pada tahap yang sederhana.
Di samping itu, kajian berhubung persepsi terhadap Matematik juga telah
dijalankan oleh Mohamad Nain Jusoh, Mohd Mahyudin Nordin, Anis Turmid dan
Mohd Salleh Ahmad (1998) dalam kajian mereka yang bertajuk “Pencapaian SPM
dan Persepsi Aras Kesukaran Topik Terhadap Pencapaian Matematik QM016 di
Kolej Matrikulasi Perlis.” Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang dilakukan
terhadap pelajar-pelajar Semester I, sesi 2004/2005 bagi mengetahui pencapaian
mereka dalam Matematik QM016 berbanding dengan pencapaian mereka dalam
Matematik tambahan, Matematik Moden dan Bahasa Inggeris semasa Sijil Pelajaran
Malaysia.
Kajian mereka sebenarnya cuba mendapatkan persepsi tahap kesukaran bagi
kesembilan topik dalam Matematik QM016 berdasarkan jenis jurusan dan jantina.
Seramai 240 pelajar telah dipilih sebagai sampel yang terdiri dari 146 pelajar jurusan
Perakaunan, 54 orang pelajar Sains Hayat dan 39 pelajar Sains Fizikal. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa Matematik Tambahan mempunyai hubungan positif
yang kuat berbanding dengan Matematik Moden dan bahasa Inggeris. Namun begitu
hubungan Matematik tidak konsisten dimana pelajar yang cemerlang dalam
4
Matematik Tambahan di peringkat SPM tidak menunjukkan pencapaian yang sama
dalam Matematik QM016 malah pencapaian tersebut menyumbang kepada
pencapaian yang sederhana.
Keputusan analisis persepsi pula menunjukkan terdapat lima topik dalam
Matematik QM016 yang menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian
dalam Matematik QM016 dan tiada perbezaan yang signifikan bagi kesemua pelajar
dari ketiga-tiga jurusan dan jantina terhadap aras kesukaran topik. Bagaimanapun
tahap pencapaian Matematik QM016 menunjukkan perbezaan yang signifikan
terhadap jenis jurusan dan jantina. Perbezaan ini wujud antara kumpulan pelajar
Perakaunan dengan Sains Hayat dan Sains Fizikal. Berdasarkan jantina, pelajar lelaki
didapati lebih menonjol berbanding dengan pelajar perempuan terhadap pencapaian
Matematik QM016.
Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme
pula terbahagi kepada tiga bahagian utama sama ada ia berbentuk positif, negatif atau
neutral. Berkemungkinan sikap yang positif dapat dilihat melalui pendekatan ini
kerana ia menyebabkan pelajar berasa seronok, yakin, puas dan sebagainya.
Song dan Ginsburg (1987), dalam kajian mereka mendapati kejayaan anak-
anak orang Korea telah mengatasi pencapaian anak-anak Amerika dalam pencapaian
matematik adalah kerana faktor persekitaran budaya seperti amalan bilik darjah,
sikap dan kemahiran guru, ekspektasi, nilai dan tekanan ibubapa. Di samping itu,
kajian mengenai sikap terhadap Matematik juga telah dilakukan oleh Lim Poh Moi
(1998) yang bertajuk ‘Masalah dan Sikap Murid-Murid Tahun Lima Terhadap
Penyelesaian Matematik KBSR: Satu Kajian di Sekolah Rendah St. Faith Kenyalang,
Kuching.’
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid-murid dan sikap mereka terhadap penyelesaian masalah dalam
Matematik KBSR. Hasil dapatan menunjukkan sikap negatif murid terhadap
Matematik adalah disebabkan murid-murid selalu tidak faham kehendak soalan
5
dalam penyelesaian masalah. Sikap malas murid-murid juga menyumbang kepada
kelemahan mereka dalam penyelesaian masalah harian matematik.
Pengetahuan pelajar terhadap pendekatan ini juga adalan berbeza-beza.
Segelintir pelajar mungkin mengatakan ia merupakan satu proses di mana pelajar
mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri. Pelajar juga
dapat memberikan respon yang baik untuk membentuk konsep yang diajar dalam
Matematik.
Di samping itu, pelbagai bentuk kemahiran dapat diterapkan kepada pelajar
melalui pendekatan konstruktivisme dalam Matematik. Antaranya ialah kemahiran
berkomunikasi iaitu melalui perbincangan dan interaksi yang dilakukan di kalangan
pelajar di dalam bilik darjah. Ia juga menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui
kajian yang dilakukan mereka dalam pembelajaran Matematik.
Kemahiran berfikir juga dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Melalui penglibatan secara aktif pula, penekanan dapat diberikan
kepada pemikiran konstruktif dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan
konsep Matematik atau kemahiran baru. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
secara berkumpulan pula akan mewujudkan pembelajaran secara koperatif.
Bagaimanapun, suasana pengajaran dan pembelajaran Matematik di peringkat
universiti juga dikatakan tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan peringkat
persekolahan. Pelajar-pelajar di Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada masa
kini juga menghadapi masalah yang sama dalam pembelajaran Matematik di mana
mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai sesuatu konsep atau
istilah Matematik yang diajar.
Ditambah pula dengan dasar pendidikan yang mewajibkan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam Matematik menyebabkan sebahagian daripada pelajar IPTA
yang lemah dalam Bahasa Inggeris khususnya terpaksa bertungkus lumus menguasai
kedua-dua bahasa dalam satu masa yang sama. Kadang-kadang pelajar akan salah
faham tentang sesuatu konsep Matematik yang diajar jika tidak dapat menguasai
6
sepenuhnya bahasa tersebut. Ini memberi kesan kepada pemahaman mereka dalam
membina idea Matematik
Kesulitan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik
ialah kesulitan bahasa Matematik. Bahasa Matematik berbeza dengan bahasa biasa
kerana ia mempunyai makna yang tersendiri dan digunakan dalam konteks
Matematik yang tertentu. Bahasa Matematik yang biasa digunakan ialah simbol
huruf, simbol angka, formula, tanda-tanda dan sebagainya. Kesulitan memahami
bahasa matematik memberi kesan terhadap penguasaan konsep Matematik yang
dihadapi oleh pelajar.
Pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar IPTA dalam
pembelajaran matematik. Tetapi secara umumnya kaedah yang digunakan adalah
hampir sama iaitu secara latih tubi dengan membuat latihan atau soalan tutorial yang
dibekalkan oleh pensyarah bagi mengukuhkan konsep Matematik mereka. Oleh yang
demikian, pelajar seolah-olah mempelajari Matematik sendiri tanpa bimbingan dan
pengetahuan yang kuat tentang sesuatu konsep Matematik. Kebanyakan pelajar
hanya cuba menghafal rumus yang diberi tanpa memahami keperluannya dalam
kehidupan seharian.
Di samping itu, kebanyakan pelajar di universiti hanya ingin menghabiskan
sesuatu bab dengan segera dan ingin terus melompat ke bab-bab yang lain. Hal ini
mungkin akan mengakibatkan mereka panik dan lantas lupa tentang isi dan perkara-
perkara penting yang telah dipelajari dahulunya. Kebiasaannya mereka hanya tekun
belajar Matematik sekadar untuk menjawab soalan-soalan kuiz, ujian atau
peperiksaan akhir. Ilmu Matematik yang dipelajari tidak akan dapat dikekalkan,
diingati atau difahami untuk jangka masa yang panjang jika sikap sedemikian
menjadi amalan bagi pelajar IPTA. Tanpa kefahaman yang jelas terhadap konsep
dan kemahiran asas yang telah dipelajari diperingkat awal ini mungkin akan
mengakibatkan proses pembelajaran yang seterusnya menjadi lebih sukar. Hal ini
berlaku kerana proses pembelajaran boleh dianggap berperingkat atau berhierarki
terutama bagi mata pelajaran Matematik .
7
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir pelajar IPTA yang benar-benar ingin
mendalami ilmu Matematik bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Golongan
pelajar ini akan cuba bertanya pensyarah dan cuba mendapatkan penerangan yang
mendalam berkaitan konsep-konsep atau idea-idea Matematik yang mereka pelajari.
Mereka gemar melakukan perbincangan dalam proses mendapatkan maklumat dan
memantapkan konsep Matematik yang diperolehi di dalam kuliah. Amalan belajar
secara berkumpulan juga dipraktikkan dalam pembelajaran Matematik oleh pelajar
universiti.
1.3 Penyataan Masalah Matematik seringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar
dan membosankan bagi segelintir pelajar khususnya yang tidak berminat terhadap
pembelajaran Matematik. Walau bagaimana pelbagai pendekatan telah digunakan
kini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh guru-guru demi
menarik minat dan perhatian serta mengubah tanggapan pelajar tehadap mata
pelajaran tersebut.
Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah pengaruh persepsi
dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran
matematik serta kesan terhadap pencapaian Matematik mereka.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Matematik melalui
pendekatan konstruktivisme?
2. Apakah sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik melalui pendekatan
konstruktivisme?
8
3. Adakah terdapat hubungan antara persepsi dan sikap pelajar terhadap
konstruktivisme dengan pencapaian Matematik mereka?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian yang akan dijalankan adalah :
1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Matematik melalui
pendekatan konstruktivisme.
2. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik melalui
pendekatan konstruktivisme.
3. Mengenalpasti hubungan dengan pencapaian Matematik pelajar kesan
daripada persepsi dan sikap mereka terhadap pembelajaran secara
konstruktivisme.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian ini
berfokuskan kepada “Persepsi dan Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan
konstruktivisme serta Kesan Terhadap Pencapaian dalam Matematik”. Dapatan
kajian ini adalah berdasarkan kepada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
pelajar tahun empat yang sedang mengikuti kursus Matematik iaitu 4 SPM dan 4 SPT
di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
9
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat agar dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak untuk
kepentingan bersama. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana
tahap persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran Matematik dengan
menggunakan pendekatan konstruktivisme mempengaruhi pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Matematik khususnya di kalangan pelajar jurusan Matematik yang
sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Hasil kajian yang akan dijalankan nanti diharapkan dapat menjadi satu panduan
kepada pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai berkaitan perkara-perkara atau
aspek tertentu yang perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka melalui proses
sebenar pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik kuliah.
Akhir sekali kajian ini dijangka akan dapat menunjukkan bahawa betapa
pentingnya persepsi, sikap dan pengetahuan sedia ada dalam diri seseorang pelajar
terhadap pendekatan konstruktivisme yang digunakan dalam mata pelajaran
Matematik.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini merangkumi dua batasan utama iaitu dari aspek pemilihan tempat
kajian dan penentuan sampel kajian. Kajian ini hanya akan dijalankan di UTM,
Skudai. Pemilihan tempat kajian ini dibuat kerana berhubungkait dengan faktor
individu iaitu dari segi masa, pengangkutan, kewangan dan keselesaan. Masalah dari
segi kesuntukan masa dapat dielakkan kerana pengkaji menjalankan kajian semasa
sesi perkuliahan berlangsung. Masalah dari segi pengangkutan dan kewangan juga
dapat dielakkan memandangkan pengkaji tidak diberi sebarang peruntukan dalam
menghasilkan projek ini dan pengkaji lebih mengenali kawasan persekitaran tempat
kajian.
10
1.9 Istilah Dan Definisi
Di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi atau istilah yang akan digunakan
bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih tepat selari dengan makna atau
maksud yang hendak diutarakan. Di antara definisi atau istilah yang digunakan
adalah seperti berikut :
1.9.1 Persepsi Persepsi membawa maksud tanggapan. Persepsi dilihat sebagai tanggapan
atau pandangan responden tentang amalan konstruktivisme dalam proses
pembelajaran Matematik.
1.9.2 Sikap Syarifah Alawiah (1983) mendefinisikan sikap sebagai keadaan di mana
seseorang individu itu mudah dipengaruhi secara positif atau negatif terhadap orang
lain, idea atau sesuatu kejadian. Sikap yang dimaksudkan ialah perasaan, tingkah
laku, pendapat atau penilaian terhadap mata pelajaran Matematik. Manakala
pengertian sikap bagi Katz (1966) pula terlalu luas dan berbagai-bagai. Menurut
beliau, sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu di dalam
memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak. Seterusnya
sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan, kepercayaan atau pemikiran
seseorang terhadap objek psikologi.
11
1.9.3 Konstruktivisme
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), konstruktivisme adalah
suatu fahaman atau konsep bahawa pelajar membina pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
1.9.4 Mempengaruhi
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), mempengaruhi
bermaksud pengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada atau menguasai. Daripada
kajian ini, mempengaruhi ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam Matematik.
1.9.5 Pencapaian
Menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), pencapaian ialah apa yang telah
dicapai, dihasilkan atau diperolehi. Dalam kajian ini, pencapaian yang dimaksudkan
ialah pencapaian dalam peperiksaan bagi mata pelajaran Matematik. Pencapaian
dalam kajian ini dinilai dengan gred A+, A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-,D+, D dan D-
ke bawah. Pencapaian gred A+, A, A- dianggap cemerlang, gred B+, B, B dianggap
baik, C+, C, C- adalah sederhana, D+, D pula dianggap lemah dan D- ke bawah
sangat lemah.
12
1.9.6 Pelajar
Menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), pelajar bermaksud orang yang
belajar atau orang yang mengaji. Daripada kajian ini, pelajar ialah pelajar 4 SPM dan
4 SPT di UTM, Skudai dari Fakulti Pendidikan yang sedang mengikuti kursus
Matematik.
2.0 Penutup Tahap persepsi, sikap dan pengetahuan pelajar berkaitan pendekatan
konstruktivisme merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar
dalam Matematik. Untuk meningkatkan pencapaian, maka setiap pelajar perlulah
melalui suatu proses pembelajaran yang bermakna. Oleh itu pelajar sebagai
pembelajar perlu belajar mengemudikan proses ini supaya mereka dapat
memperolehi pengetahuan yang kuat dalam bidang Matematik. Jadi, sikap seseorang
pelajar yang ingin berjaya dalam pelajarannya hendaklah membentuk sikap yang
positif terhadap apa yang dipelajarinya dalam kelas.
Pemikiran dan sikap positif pelajar akan mendorong minat belajar. Sikap
positif tehadap pelajaran yang dipelajarinya boleh dipupuk dengan mengambil iktibar
dan azam yang kuat terhadap bidang yang diceburinya. Seseorang pelajar juga perlu
bersedia menerima sebarang teguran dan tunjuk ajar dari gurunya untuk memperbaiki
kelemahan yang wujud. Sikap yang baik ini seterusnya akan membentuk insan yang
cemerlang.