Post on 14-Dec-2015
description
Biodata
Nama : XXXXXXX
No.Kad Pengenalan: 881104-52-5411
Major Dan Ambilan : BC / PJ Ambilan Jan 09 ( Sem 2)
Tarikh PBS : 17/8/09 hingga 21/8/09
Guru Pembimbing : Pn. Lee Yoke Lan
Sekolah yang dipilih: SJK (C) Kg Seri Sikamat,
70400 Seremban, Negeri
Sembilan.
Pernyataan Profesional /
Kontrak Aktiviti
Penyataan sebelum PBS
KONSEP
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen
amalan profesional (profesional practice) bagi program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan kolaborasi Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Open
University Malaysia (OUM) dan Queensland University of Technologies,
Australia (QUT). Pengalaman ini memberi pendedahan konteks sebenar alam
persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi
kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan
peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi
pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran
murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi
dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah.
OBJEKTIF
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat
membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis
dan analitis. Pelajar juga dapat memahami budaya sekolah serta mendapat
pendedahan awal pembelajaran murid. Di Samping itu , Pelajar dapat
memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang
belajar di Maktab , dapat dipraktikan dalam sekolah. Bakal guru juga boleh
menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekolah dan di bilik darjah.
Kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa
adalah sangat penting untuk masa depan.Pada masa yang sama , Bakal guru
boleh membina sikap positif terhadap profesion perguruan , dan dapat
mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan
selanjutnya.
Strategi Pelaksanaan
Tempoh PBS bagi pelajar PISMP-OUM adalah 1 minggu. Manakala
pelajar PISMP-QUT adalah 2 minggu.
Penempatan
Pelajar yang akan menjalani PBS ditempatkan di sekolah tertentu dan
diuruskan oleh Unit Praktikum dengan kerjasama penyelaras PISMP-OUM /
PISMP-QUT Institut Pendidikan Guru (IPG) masing-masing.
Prosedur Pelaksanaan
BPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selain
itu ,IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan
pelajar.
IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk
pelajar dan menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan
pelajar.
Tugasan akan diberikan kepada pelajar untuk disempurnakan
sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincangkan dengan pensyarah
masing-masing semasa sesi interaksi.
Bidang Tugasan PBS
Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang
ditetapkan oleh universiti yang berkaitan.
Peranan dan Tanggungjawab Pelajar (Guru Pelatih)
Pada mula-mulanya, pelajar perlulah menghadiri taklimat
PBS ,diwajibkan memahami objektif PBS dan melaksanakan tugasan
PBS.Pelajar diwajibkan hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan
sepanjang tempoh PBS.Pelajar perlulah mematuhi dan mengamalkan etika
perguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah.Pemerhatian terhadap iklim
pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah akan
didapati semasa dalam PBS.
Memerhati dan berbincang dengan guru tentang tugas yang
dilaksanakan di sekolah. Pelatih akan memerhati dan mengumpul maklumat
tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi.
Akhirnya pelatih perlulah mendokumentasikan segala hasil tugasan untuk
digunakan secara berterusan.Selepas itu , bolehlah mengadakan sesi
perbincangan dengan rakan sebaya tentang pengalaman yang diperolehi
semasa menjalani PBS. Setelah semua disiapkan, menyerahkan hasil
tugasan PBS kepada pensyarah masing-masing pada masa yang ditetapkan
untuk perbincangan dan bimbingan.
Penyataan Profesional / Kontrak Tugas
1. Penyataan sebelum PBS
a) Kenal pasti fokus utama tugasan
i. Kepimpinan
ii. Budaya sekolah
iii. Kokururikulum
iv. Guru
v. Disiplin pelajar
b) Tujuan tugasan
i. memahami budaya sekolah;
ii. menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;
iii. mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
iv. memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;
v. membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan
kakitangan sekolah;
vi. membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan
sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
vii. membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir
secara kritis dan analitikal
viii. membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
ix. membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
x. mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan
semasa sesi refleksi.
c) Instrumen penilaian
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak
iii. Temu bual
iv. Soal selidik
2. Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan
a) Melaksanakan aktiviti / strategi yang dirancang
i. Memerhatikan persekitaran kawasan sekolah.
ii. Memerhatikan keadaan guru dan pelajar semasa di sekolah.
iii. Memerhatikan keadaan disiplin guru dan pelajar di sekolah.
iv. Memerhatikan aktiviti yang telah dijalankan oleh guru dan pelajar.
v. Menjalankan seksi temu bual dengan pengurusan sekolah,
mentor, guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah.
vi. Memberi soal selidik kepada para pelajar.
b) Mengumpul data
i. Mendapatkan maklumat daripada pengurusan sekolah, mentor,
guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah.
ii. Mengumpulkan data berdasarkan permerhatian dan interaksi.
iii. Mengumpulkan data berdasarkan senarai semak.
c) Merekod
i. Merekod segala pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
3. penilaian dan laporan
a) Menganalisis data
i. Menganalisis segala data daripada pemerhatian, senarai semak,
temu bual dan soal selidik.
b) Menilai
i. Memastikan kekuatan dan kelemahan isu-isu yang difokuskan
dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah.
c) Melapor
Melaporkan segala aktiviti yang dijalankan untuk laporan akhir.
1.0 Pengurusan dan
Organisasi Sekolah
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Tugasan Pengajian Profesional
1.1 Carta organisasi sekolah
1.2 Peranan pihak pengurusan dan guru
Guru Besar
Di peringkat sekolah , pengetua / guru besar perlu memainkan peranan
utama dalam pengurusan dan pelaksanaan KBSR/KBSM . Pegetua/ Guru
GURU BESAR
En. Chin Thien Choy
GPK 1
Pn. Kong Siew Fong
GPK HEM
Pn. Marina Ng
GPKKK
Pn. Chong Yok Hing
KETUA PANITIA MUZIK
Pn. Koh Bee Yoong
KETUA PANITIA P.J
Pn. Lim Chooi Leng
KETUA PANITIA B.I
Pn. Looi Sook Yoon
KETUA PANITIA MATEMATIK
Pn. Toh Lay Mui
KETUA PANITIA B.C
Pn. Yee Chon Moi
KETUA PANITIA B.M
Pn. Marhaini Bt Manan
besar adalah ketua dan pemimpin kurikulum dan ikhtisas sekolah ,
bertanggungkawab mengawal dan memastikan pengurusan kurikulum
mencapai matlamat dan objektif KBSR/KBSM . Peranan Pegetua/ Guru besar
ialah mengurus dan memimpin guru dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran.
Guru besar merupakan individu yang penting dalam memberi arahan .
Pegetua/ Guru besar juga berperanan mengurus dan memberi khusus
dalaman untuk guru. Selain itu , Pegetua/ Guru besar mesti mengambil
tindakan susulan berdasarkan Jemaah Nazir Sekolah Institusi Pendidikan ,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah . Kerja seperti
mengurus penilaian di peringkat sekolah merupakan sebahagian kerja
seorang Pegetua/ Guru besar. Penilaian tersebut perlulah disiapkan secara
terancang bagi semua mata pelajaran. Peruntukan-peruntukan kurikulum
perlulah diuruskan dengan baik oleh guru besar.
Peranan guru penolong kanan
Guru penolong kanan bertanggungjawab pada pengetua/guru besar
bagi melicinkan dan mempertingkatkan pengajaran guru dan pembelajaran
murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya dalam pengurusan
kurikulum. Peranan seorang guru penolong kanan adalah penting dalam
sesebuah sekolah. Guru penolong kanan membantu pengetua / guru besar
untuk mengelola, menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Guru penolong kanan juga selalu memastikan Panitia matapelajaran
berfungsi sepenuhnya. Di samping itu , guru penolong kanan pula membantu
dalam pengurusan dan penggunaan bahan sumber serta penentuan buku
rujukan dan bacaan tambahan. Kerja mengkaji laporan berkaitan
pelaksanaan kurikulum serta mengambil tindakan susulan merupakan salah
satu kerja seorang guru penolong kanan.
Guru penolong kanan perlulah membantu dalam merancang dan
menyelaras ujian , penilaian dan peperiksaan . Pada masa yang sama , guru
penolong kanan juga mengkaji dan menganalisis keputusan penilaian
berasaskan sekolah dan keputusan UPSR/PMR/SPM/STPM serta mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Peranan guru
Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara
terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan
pengajaran yang berkesan.Di antara tugas seorang guru ialah menyampaikan
ilmu pengetahuan, menyampaikan maklumat, menyampai dan memberi
kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah
disebutkan di atas.
Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik,
pembaharu, contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan
kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan
perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati,
rakan dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi
petunjuk orang yang berwibawa dan sebagainya.
Peranan masyarakat
Kejayaan KBSR dan KBSM bergantung juga kepada sokongan dan
kerjasama ibu bapa serta masyarakat. Ibu bapa perlu peka tentang keperluan
anak-anak mereka dan menyediakannya untuk membolehkan anak
berkenaan mencapai perkembangan diri yang menyeluruh dengan lebih
berkesan. Oleh itu , pihak kementerian Pendidikan , Negeri , Pejabat
Pendidikan Daerah dan Sekolah perlu mengadakan program yang sesuai
untuk menerangkan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang KBSR/KBSM .
Masyarakat pada amnya bertanggungjawab tentang perkembangan
sekolah secara menyeluruh dari segi peningkatan prestasi dan tingkah laku
serta akhlak murid dan menyemai sikap budaya penyayang . Mereka
seharusnya berganding bahu dengan pihak sekolah menyelesaikan masalah
murid seperti masalah disiplin , penyalahgunaan dadah , ponteng dan tidak
mematuhi undang-undang sekolah. Mereka juga memainkan peranan untuk
menyalurkan idea dalam menjayakan program sekolah serta memberi
sumbangan melalui persatuan ibubapa dan guru.
2.0 Prasarana
sekolah
2.1 Kemudahan sekolah:
2.1.1 Sudut pembelajaran
Sudut pembelajaran berada di tempat ruang belakang kelas. Sudut
pembelajaran mempunyai buku-buku cerita, majalah, suratkhabar kanak-
kanak yang sesuai untuk para pelajar. Alat-alat bantu mengajar yang cantik
juga disediakan di sana.
2.1.2 Dewan
Dewan yang ada di SJK(C) KG. SERI SIKAMAT amat cantik. Saiz
dewannya adalah sederhana. Lantai , dinding dan pentas berada dalam
keadaan yang bersih dan sempurna. Papan notis di dewan juga dilekat
dengan pelbagai poster moral dan peraturan-peraturan sekolah. Dewan
mempunyai banyak kipas dan lampu pendaflour .
2.1.3 Kantin
Harga semua makanan dan minuman adalah murah . Meja dan kerusi
adalah sangat bersih . Bilangan meja dan kerusi di kantin amat mencukupi.
Tiada lalat dan sampah-sarap di sekeliling kantin. Sinki air di kantin adalah di
paras rendah , mudah untuk murid-murid yang rendah mencuci tangan
semasa makan. Pekerja-pekerja kantin juga memakai baju yang bersih dan
sarung tangan semasa menjual makanan.Dinding kantin juga dilekat penuh
dengan kata-kata nasihat dan pengajaran.
2.1.4 Tandas
Tandas di sekolah ini adalah dalam keadaan yang sangat bersih. Tiada
bau busuk semasa berada di dalam tandas . Pencuci tandas mencuci tandas
setiap hari. Tisu kertas yang cukup juga disediakan dalam tandas .
2.1.5 Padang
Padang SJK(C) KG. SERI SIKAMAT memang luas. Padang sekolah
biasa digunakan oleh para murid semasa waktu pendidikan jasmani. Padang
sekolah sesuai melakukan sebarang aktiviti dan juga sesuai dijadikan tempat
perhimpunan sekolah.
2.1.6 Pusat sumber
Pusat sumber SJK(C) KG. SERI SIKAMAT adalah berhawa dingin .
Terdapat bilik audio dan video khas untuk menonton video-video . Dalam
pusat sumber mempunyai kerusi dan meja yang cukup. Juga mempunyai
poster-poster , alat-alat bantu belajar yang senang difahami oleh murid-murid.
2.1.7 Makmal sains
Makmal sains sekolah ini adalah berkelengkapan sempurna dan
mempunyai pelbagai infrastruktur seperti tabung uji , penunu Bunsen , dan
sebagainya. Model-model organ manusia dan tulang manusia juga
dipamerkan dalam rak kaca. Setiap organ dan tulang telah dilabelkan dengan
tag-tag kertas yang kecil.
2.1.8 Makmal computer
Makmal computer adalah berhawa dingin. Terdapat lebih kurang dua
puluh lima komputer baru dalam makmal. Setiap komputer mempunyai
headset sendiri.Ini membolehkan murid-murid belajar dengan lebih berkesan.
2.1.9 Bilik stor pendidikan jasmani
Bilik stor tersebut adalah bersih dan sentiasa dikemasi oleh murid-murid
tahun enam. Terdapat pelbagai jenis bola seperti bola sepak , ragbi , bola
tampar dan sebagainya. Pihak sekolah juga menyediakan peti kecemasan
untuk murid-murid jika cedera semasa waktu pendidikan jasmani.
2.2 Mural Sekolah
Mural sekolah menyampaikan mesej yang berguna dan bermoral
kepada murid-murid . Contohnya makan makanan berzat , badan menjadi
sihat , saya benci dadah dan sebagainya. Sekolah ini mempunyai guru-guru
yang mahir dalam melukis mural. Mural yang dihasilkan amat cantik dan
senang untuk difahami dan kreatif.
2.3 Nilai-nilai murni
Saya telah membuat interaksi dengan seorang pengawas sekolah yang
berdarjah lima, iaitu Toh mei mei. Dia merupakan seorang murid yang
berdisiplin dan bersopan santun. Di sini , saya mendapati bahawa dia terkutip
satu dompet dan menyerahkannya kepada guru besar. Dia juga sentiasa
menolong guru-guru seperti menghantar buku latihan, mengambil barang dan
sebagainya.
2.4 Rukun Negara
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat
Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :
Rukun Negara Malaysia
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
2.5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.
2.6 Bilik Darjah
2.6.1 Ruang pembelajaran
Ruang pembelajaran adalah berada di belakang kelas. Ruang tersebut
adalah untuk murid-murid belajar dan mengulangkaji pelajaran. Ruang
pembelajaran juga terdapat informasi-informasi terbaru dan keratan surat
khabar yang menarik.
2.6.2 Paparan
Jadual waktu dipaparkan dalam setiap kelas . Nama guru , waktu dan
masa adalah dicatat dengan teliti. Di samping itu , jadual tugas disediakan
oleh guru kelas . Semua murid mempunyai kerja sendiri dan kerjanya diagih
dengan tidak berat sebelah. Kerja-kerja seperti menyapu lantai, mengelap
tingkap, membersihkan papan hitam, membuang sampah dan menyusun
meja dan kerusi akan dijalankan oleh murid-murid setiap pagi.
2.7 Keselamatan
2.7.1 Pengawai Keselamatan
Pengawai keselamatan dalam sekolah adalah berdisiplin. Beliau akan
memeriksa setiap orang yang datang ke sekolah , biarpun menghantar
sarapan pagi atau hal umum. Rondaan akan dijalankan setiap hari. Tugasnya
dilaksanakan dengan tanggungjawab.
2.7.2 Prosedur keluar/masuk sekolah
Sesiapa yang ingin masuk ke kawasan sekolah , perlulah mencatatkan
butiran kendiri dalam buku , seperti tarikh, nama pelawat, nombor k.p. , tujuan
, masa dan sebagainya. Selepas itu, mereka dikehendaki meninggalkan kad
pengenalan di Pondok keselamatan jika ingin memasuki kawasan sekolah.
2.7.3 Infrastruktur- bangunan, elektrik , alat pemadam api
Sistem elekrik adalah dalam keadaan yang baik. Kotak suis elektrik
dalam sekolah adalah ditutup dan diservis dari masa ke semasa. Setiap blok
bangunan sekolah mempunyai pemadam api untuk kesediaan kecemasan.
3.0 Pelaksanaan
kurikulum dan
kokurikulum
3.1 Sukatan Pelajaran
SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU
Pendahuluan
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam
Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa
Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai
pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan
mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Kurikulum Bahasa Melayu
digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat
menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat.
Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada
mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran
bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam
kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai
gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa
murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang
kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat,
objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi
Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian
Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai
Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun,
iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
Matlamat
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan
urusan harian.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah, murid dapat:
- mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
- bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
pelbagai situasi;
- berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
Organisasi kandungan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan
memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran
Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.
Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa
dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
3.2 Bahan Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar(BBM) berdefinisi segala segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran.
Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:
Bahan bantu mengajar dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri
daripada pelbagai jenis iaitu:
- Bahan bantu mengajar bukan elektronik
- Bahan bantu mengajar elektronik
- Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
Bahan bantu mengajar bukan elektronik:
1. Papan hitam atau papan tulis
2. Buku teks
3. Papan pemer atau papan buletin
- Sumber pengajaran yang produktif
- Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman,
memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan,
menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah
pengekalan pembelajaran seseorang pelajar
4. Fail tegak dan bahan bacaan
- Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster,
sampul hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas
kerja dan nota .
Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik:
1. Overhead Projektor (OHP)
- Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu
sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya
membalikkan cahaya tersebut ke skrin
- Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas
skrin
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid)
4. Radio
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)
6. Alat rakaman
7. Filem tayang atau filem jalur
8. Komputer
3.3 Kokurikulum
Konsep kokurikulum
Suatu program pendidikan yang berasaskan kepada kegiatan-kegiatan
seperti sukan, permainan, persatuan / kelab dan pasukan-pasukan seragam.
Ia boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Sebahagian yang penting
daripada keseluruhan kurikulum. Bidang ini lebih mengutamakan
perkembangan minat, perkembangan watak dan sahsiah dalam proses
sosialisasi.Pada masa yang sama , kokurikulum memberi peluang kepada
murid-murid mengamalkan sendiri apa-apa yang dipelajari di bilik darjah. Di
samping itu , ia boleh mengimbangkan perkembangan akademik dan
perkembangan fizikal, rohani dan jasmani.
Matlamat kokurikulum
Kokurikulum dapat menyemaikan kesedaran murid terhadap agama
dan kepercayaan kepada tuhan.Keseimbangan di antara perkembangan
mental dan perkembangan rohani,jasmani dan emosi dapat ditingkatkan.
Pengukuhan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid sekolah
atau di antara sekolah-sekolah dapat dilaksanakan.Minat dan bakat murid-
murid sekolah boleh dibina danditngkatkan dalam kerja-kerja yang diceburi.
Kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan masyarakat dapat
dibina dan ditingkatkan.
Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
Dalam pengurusan kurikulum , aspek penyeliaan adalah penting.
Penyeliaan pada dasarnya bermaksud mengawas dan memberi bimbingan
untuk memastikan sesuatu kurikulum itu dilakukan seperti yang dihasratkan .
Penyeliaan perlu dilakukan terhadap perlaksanaan kurikulum seberapa kerap
yang boleh untuk mengesan kemajuannya. Bagi memastikan kejayaan
kurikulum , penyelia perlulah prihatin terhadap input , proses dan output. Input
meliputi proses pengajaran dan pembelajaran , penilaian , pengurusan dan
budaya sekolah. Output meliputi penguasaan kemahiran dan pemerolehan
pengetahuan murid serta sikap dan amalan nilai murni oleh seluruh anggota
sekolah.
Fungsi Jawatankuasa perancangan semula
Jawatan tersebut adalah untuk memutuskan dan menggubal dasar yang
tertinggi di Kementerian Pendidikan.Projek juga dapat dipertingkatkan
kualitinya secara berkesan. Biasanya ahlinya melibatkan YB Menteri
Pendidikan(Pengerusi), YB Timbalan Menteri Pendidikan , Ketua Setiausaha
kementerian pendidikan , Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia , Timbalan
Ketua Setiausaha dan lain-lain.
Senarai Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di Sekolah
1. Persatuan/Kelab
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Matematik dan Sains
Pencegah Jenayah
Persatuan Koir
Komputer
Kaligrafi
Agama
2. Permainan
Badminton
Bola tampar
Bola keranjang
Ping pong
Olahraga
Tarian
3. Pasukan beruniform
Pengakap
St. John
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Instrumen Pengumpulan Data
Berhubung Tugasan
Permerhatian 1
Tarikh : 17.08.2009
Isu yang difokuskan : Budaya sekolah
Pemerhatian :
a) Guru besar berjalan berkeliling sekolah untuk mengawasi keadaan pelajar
semasa P&P dijalankan.
b) Guru-guru di sekolah ini berada dalam keadaan yang ceria.
c) Guru-guru berkerja bersama-sama dalam keadaan yang harmoni dan
gembira.
d) Perbualan antara guru dari pagi sampai tengah hari tidak berhenti-henti.
e) Guru lama akan memperkenalkan diri mereka kepada guru yang baru.
f) Guru lama juga menolong guru baru sekiranya guru baru menghadapi
masalah.
g) Guru-guru sibuk untuk menyemak buku latihan pelajar dan bersedia untuk
mengajar sebelum memasuki kelas.
h) Guru-guru juga akan menyediakan minuman tea atau kopi untuk guru
lain.
i) Pelajar sangat ceria dan berbudi bahasa semasa di sekolah.
j) Pelajar memberi salam kepada guru-guru dan pekerja-pekerja lain di
sekolah.
k) Pelajar bertanggungjawab untuk mengendalikan perhimpunan.
l) Pelajar bersemangat untuk menyanyikan lagu-lagu semasa perhimpunan
sekolah dijalankan.
m) Soalan kuiz diadakan selepas perhimpunan.
n) Pelajar sering hilang barang keperibadian.
o) Hubungan baik wujud antara pejaga sekolah dengan pelajar.
p) Pejaga sekolah suka berbual dengan pelajar dan pekerja-pekerja kantin.
q) Pejaga sanggup membantu pelajar di sekolah.
r) Komunikasi antara pekerja pejabat dengan pelajar adalah kurang.
Permerhatian 2
Tarikh : 18.08.2009
Isu yang difokuskan : Kepimpinan
Pemerhatian :
a) Guru merupakan pemimpin di sekolah yang memimpin pelajar untuk
menjalankan aktiviti.
b) Kepimpinan di sekolah adalah secara domokratik.
c) Ketua kelas adalah dipilih oleh pelajar dalam kelas.
d) Pengawas sekolah adalah dilantik oleh guru disiplin.
e) Dalam setiap persatuan atau kelab terdapat seorang pengerusi yang
memimpin ahli-ahlinya.
f) Pemimpin di sekolah adalah dibantu oleh guru penasihat untuk
memimpin.
g) Pelajar masih kecil, sifat kepimpinan masih tidak menonjol.
h) Aktiviti dijalankan oleh guru di samping memberi peluang kepada pelajar
menunjukkan sifat kepimpinan mereka seperti permainan atau aktiviti
dalam kumpulan.
Pemerhatian 3
Tarikh : 19.08.2009
Isu yang difokuskan : Guru
Pemerhatian :
a) Guru berketrampilan baik, berpakaian kemas semasa menghadir ke
sekolah.
b) Guru di sekolah ini juga sentiasa berada dalam keadaan yang ceria.
c) Guru datang awal ke sekolah dan membuat persediaan yang mencukupi
sebelum kelas dimulakan.
d) Guru di sini sangat berilmu pengetahun, walaupun hanya 2 orang
mendapat kelayakan siswazah, tetapi mereka banyak berpengalaman.
Selain itu, masih terdapat beberapa guru yang sedang mempelajari
kursus ijazah.
e) Guru di sekolah beramah mesra dan rela menolong guru baru.
f) Perbincang guru adalah tentang masalah pelajar, masalah semasa P&P
dijalankan, hal peribadi, isu politik dan lain-lain.
g) Guru sibuk untuk memasuki kelas, kadang-kala tidak ada masa untuk
rehat.
h) Guru sanggup mengadakan kelas tambahan untuk pelajar.
i) Guru sabar untuk menerangkan soalan pelajar.
j) Hubungan baik wujud antara pelajar dengan guru.
k) Guru mahir dalam akademik mereka tetapi kurang mahir dalam aktiviti
kokurikulum.
l) Kekurangan guru menyebabkan guru di sekolah sangat sibuk dan banyak
mata pelajar perlu diajar oleh mereka walaupun mata pelajaran tersebut
bukan subjek yang mereka mempelajari semasa dalam kursus latihan
guru.
Pemerhatian 4
Tarikh : 20.08.2009
Isu yang difokuskan : Pelajar
Pemerhatian :
a) Pelajar di sekolah ini sangat aktif, apabila waktu rehat atau sebelum kelas
dimulakan, pelajar akan bermain antara satu sama lain. Biasanya mereka
akan berkejar kawan mereka dan berlari sesuka hati di kawasan sekolah.
b) Pelajar di sini juga menghormati guru dan bersopan santun. Apabila
mereka berjumpa dengan guru mereka sentiasa memberi salam guru
kepada guru. Semasa memasuki bilik guru, mereka akan mengetok pintu
pintu dan mengucap selamat pagi.
c) Pelajar sentiasa membantu guru mengambil buku ke kelas. Semasa
menghantar buku latihan kepada guru, pelajar akan rela untuk membantu
guru mengangkat buku tersebut ke bilik guru. Selepas guru habis
menanda buku-buku tersebut, pelajar juga akan menghantar buku
tersebut balik ke kelas.
d) Pelajar sentiasa dalam keadaan keceriaan. Semasa pelajar di sekolah,
suasana yang ceria sentiasa dibina oleh pelejar. Perbualan dan suara
ketawa mereka menjadikan sekolah sangat riuh rendah.
e) Pelajar di sini berdisiplin. Mereka sentiasa beratur semasa keadaan
berikut : semasa membeli makanan di kantin; semasa meminjam buku di
perpustakaan; sebelum memasuki makmal sains, computer dan
kemahiran hidup; sebelum memasuki kelas; semasa perhimpunan dan
semasa pulang ke rumah.
f) Ada segelintir pelajar malas untuk membuat kerja rumah.
g) Pelajar berkerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, pelajar baik dan kurang baik
akan berkerjasama dalam satu kumpulan. Pelajar baik akan membantu
pelajar yang kurang baik tersebut.
Pemerhatian 5
Tarikh : 21.08.2009
Isu yang difokuskan : Kokurikulum
Pemerhatian :
a) Aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu, pukul 3.20 hingga
4.20 petang dan hari Jumaat, pukul 2.15 hingga 3.15 petang.
b) Pelbagai persatuan, kelab dan unit beruniform telah menjalankan aktiviti
kokurikulum. Di antaranya ialah Pengakap, PBSM, kadet remaja, St John,
Persatuan kaligrafi, kelab bola keranjang, kelab badminton, kelab
pingpong, Persatuan pencegah jenayah, Kelab muzik, Kelab tarian dan
lain-lain lagi.
c) Guru memimpin pelajar menjalankan aktiviti kokurikulum.
d) Penglibatan pelajar sangat aktif. Mereka sangat gembira dan
bersemangat semasa menjalankan aktiviti kokirikulum. Semesa aktiviti
kokurikulum dijalankan, suasana yang riuh rendah telah wujud kerana
penglibatan aktif para pelajar.
e) Nilai murni seperti kerjasama dan tolong menolong telah diamalkan oleh
para pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
f) Pelajar berusaha untuk belajar ilmu pengetahuan tambahan selain
daripada ilmu yang terkandung dalam buku teks sahaja.
g) Disiplin pelajar juga bertambah baik semasa mereka menyertai
kokurikulum unit-beruniform. Semasa pelajar berkawad, mereka perlu
lebih berdisiplin supaya barisan tidak hiruk-piruk.
h) Sifat kepimpinan pelajar juga dapat ditunjukkan melalui aktiviti
kokurikulum. Semasa aktiviti dijalankan, satu pemimpin akan wujud dalam
kalangan pelajar untuk mengawal keadaan pelajar.
SENARAI SEMAK
Bil Tajuk Item Tandakan
1Pengurusan dan
Organisasi sekolah
1.1 Pelan fizikal sekolah
1.2 Carta organisasi sekolah
2 Prasarana sekolah
2.1 Kemudahan sekolah:
dewan
kantin
padang permainan
pusat sumber
makmal sains
bilik komputer
stor permainan
makmal kemahiran hidup
bilik ABM
2.2 Mural sekolah
2.3 Kata-kata hikmah
2.4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.5 Bilik Darjah:
Sudut pembelajaran
Paparan maklumat
- Jadual waktu
- Jadual tugas
- Peraturan
- Papan penyataan
3 Kurikulum3.1 Sukatan pelajaran
3.3 Kokurikulum
Temu bual dengan Guru Besar En Chin Thien Choy
1. Apakah pandangan anda terhadap sistem pengurusan di sekolah
ini?
Ya, sistem pengurusan di sekolah ini sangat baik.
2. Apakah pandangan anda terhadap keadaan di sekolah ini?
Saya berasa guru dan pelajar di sekolah sentiasa berada dalam keadaan
yang ceria. Hubungan yang baik telah dijalinkan antara mereka.
3. Apakah pandangan anda terhadap kualiti guru lama dan guru baru?
Kualiti guru lama dan kualiti guru baru di sekolah ini adalah baik, hanya
guru lama di sini lebih berpengalaman untuk menyelesaikan masalah
yang timbul.
4. Apakah pandangan anda terhadap disiplin dan penampilan guru di
sekolah ini?
Disiplin guru di sekolah ini sangat. Mereka tidak melanggar peraturan
yang ditetapkan oleh sekolah. Penampilan mereka juga baik. Mereka
sentiasa berpakaian kemas untuk memasuki kelas.
5. Di sekolah ini, masih terdapat beberapa guru sementara. Apakah
tindakan anda untuk membantu mereka?
Ya, sekolah ini ada tiga guru sementara. Mereka juga sangat berminat
untuk menjadi guru. Mereka bersemangat untuk mengajar kanak-kanak di
sekolah. Jadi, saya akan mencuba sedaya untuk mendapatkan peluang
kepada mereka supaya mereka dapat menyertai kursus untuk menjadi
guru formal.
6. Pada pandangan anda, bagaimanakah seseorang guru itu
melengkapkan dirinya untuk menghadapi cabaran profesion guru?
Untuk melengkapkan diri sendiri, saya berpendapat guru perlulah banyak
membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Apakah masalah yang terdapat di sekolah ini perlu ditambah baik?
Masalah utama di sekolah ini adalah pelajar di sekolah ini sangat malas
untuk menyelesaikan kerja rumah yang diberi oleh guru. Mereka sentiasa
dihukum untuk berdiri di luar bilik darjah atas sebab tidak menyiapkan
kerja yang diberi oleh guru. Saya berharap para pelajar akan berubah
sikap mereka supaya masalah ini dapat dikurang.
Temu bual dengan Pn Chong Yok Hing (GPK KK)
1. Bilakah aktiviti kokurikulum dijalankan? Apakah aktiviti kokurikulum
biasa dijalankan di sekolah?
Setiap Rabu dan Jumaat, pada 2.15pm hingga 4.20pm aktiviti kokurikulum
seperti persatuan, sukan dan permainan serta unit berunitform akan
dijalankan. Tetapi hanya pelajar Tahun 3 hingga tahun 6 perlu
menjalankan aktiviti kokurikulum. Tahun 3 hanya menjalankan 1 jam
aktiviti persatuan manakala Tahun 4 hingga Tahun 6 menjalankan aktiviti
untuk persatuan, sukan dan permainan serta unit berunitform, setiap
aktiviti selama 1 jam.
2. Adakah pelajar sentiasa menghadiri aktiviti kokurikulum?
Penglibatan mereka aktif atau tidak?
Ya, kehadiran pelajar adalah hampir 100%, mereka sentiasa hadir untuk
aktiviti kokurikulum. Tetapi ada juga pelajar yang bermasalah kurang akan
tidak hadir. Penglibatan mereka juga sangat aktif. Kami dapat mendengar
suara ketawa dan perbualan mereka tidak berhenti-henti.
3. Adakah dalam kalangan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan?
Bagaimanakah mereka menunjukkan sifat kepimpinan mereka?
Ya, pelajar di sini mempunyai sifat kepimpinan. Dalam setiap aktivti,
seperti kawad kaki, mestilah ada pelajar yang memberi arahan. Jadi orang
yang memberi arahan ini akan dipilih oleh para pelajar dan pemimpin ini
akan menjalankan tugas mereka dengan memberi arahan kepada pelajar.
4. Adakah pelajar berdisiplin semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
di sekolah?
Ya, mereka sangat bagus, tidak pergaduhan berlaku antara mereka, tetapi
kadang-kadang ada sedikit perselisihan faham.
5. Apakah tugas puan dan guru-guru dalam menjalankan aktiviti
kokurikulum?
Guru-guru merupakan penasihat utuk memimpin pelajar menjalankan
aktiviti kokurikulum manakala saya sebagai Guru Penolong Kanan
kokurikulum dan saya merupakan penyelaras untuk aktiviti tersebut.
6. Apakah kelemahan kokurikulum yang perlu diperbaiki? Apakah
tindakan yang perlu dibuat?
Pertama, iaitu kesuntukan masa. Dalam kalangan pelajar, terdapat pelajar
Tahun 6 perlu menduduki peperiksaan UPSR. Jadi mereka terdapat kelas
yang lebih banyak untuk menghabiskan kelas mereka dan membuat
ulangkaji. Saya telah menyusun jadual waktu untuk aktiviti yang paling
sesuai untuk pelajar Tahun 6.
Kedua, iaitu dalam sesuatu persatuan terdapat bilangan pelajar yang lebih
banya. Oleh sebab pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk
memilih kokurikulum mereka. Jadi, pelajar akan mengajak kawan baik
mereka untuk menyertai kokurikulum yang sama. Hal ini menyebab akan
terdapat persatuan yang disertai banyak pelajar manakala terdapat
persatuan yang kurang disertai pelajar.
Oleh hal demikian, saya telah mengehadkan bilangan pelajar dalam
sesuatu persatuan dan guru akan memberitahu pelajar terhadap had ini.
Ketiga masalah ialah kekurangan guru yang mahir dalam persatuan
tertentu. Sebagai contoh, sekolah kami tidak mempunyai guru muzik.
Tetapi guru di sini perlu membawa kumpulan koir di sekolah.
Saya akan memohon dari kementerian supaya menghantar sekurang-
kurang 1 guru yang mempunyai kemahiran muzik.
2. Apakah kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar di sini?
Biasanya pelajar di sini suka berlari di kawasan sekolah dan malas untuk
membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Kedua-dua perkara ini
sentiasa berlaku di sekolah dan mereka akan diberi hukuman.
3. Adakah pergaduhan selalu berlaku?
Tidak ada pergaduhan berlaku. Hanya perselisihan faham berlaku antara
mereka.
4. Apakah tindakan yang diberikan sekiranya pelajar melakukan
kesalahan?
Guru akan memberi bimbingan untuk pelajar yang malas untuk
menyiapkan kerja rumah mereka. Manakala guru juga akan memberi
amaran dan nasihat kepada pelajar supaya mereka tidak berlari di
kawasan sekolah lagi. Selain itu, bimbingan kauseling juga diberi untuk
pelajar yang melakukan kesalahan lain.
5. Adakah guru bersetuju dengan hukuman rotan? Apakah hukuman
yang lebih baik daripada hukuman rotan yang memberi kesan yang
lebih efektif?
Hanya sesetengah guru bersetuju dengan hukuman rotan. Lebih kurang
50% guru di sekolah kami bersetuju untuk bertindak sedemikian. Di
samping itu, saya bercadang untuk memberi hukuman psikologi.
6. Adakah ibubapa atau penjaga pelajar akan mengadu sekiranya guru
menghukumkan pelajar?
Ya, perkara ini kadang-kala akan berlaku di sekolah kami. Mereka ingin
tahu apa kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka dan sebab guru
menghukumkan anak mereka.
7. Sekiranya kes ini berlaku, bagaimanakah pihak sekolah bertindak
untuk menyelesaikan masalah pengaduan tersebut?
Sekiranya kes ini berlaku, pihak sekolah menggunakan dialog dua hala
untuk menyelesaikan masalah ini. Perbincangan akan dijalankan antara
pihak sekolah dan ibu bapa.
Temu bual dengan mentor Cik Yee Chon Moi (Guru Darjah 5K)
1. Bagaimanakah pelajar menjalankan perlantikan ketua kelas?
Perlantikan ketua kelas dijalankan secara demokratik. Saya memberi
nama beberapa orang pelajar yang berkualiti untuk menjadi ketua kelas,
semua pelajar berkuasa untuk memilih pelajar yang mereka mempercayai
untuk menjadi ketua.
2. Bagaimanakah perlantikan pengawas dijalankan? Adakah
perlantikan tersebut dijalankan oleh guru?
Ya, guru disiplin berkuasa untuk melantik pegawas sekolah. Guru disiplin
akan berbincang dengan guru darjah tentang pelajar yang berupaya
untuk menjadi pengawas sekolah. Selepas menerima cadangan daripada
guru darjah, guru disiplin akan memasuki kelas untuk memilih pengawas.
3. Bolehkah cikgu menerangkan sedikit keadaan pelajar semasa P&P
dijalankan?
Boleh, seperti yang anda lihat dalam kelas saya, semasa memberi tugas
kepada mereka, mereka akan senyap untuk menyalin. Bukan itu sahaja,
apabila mereka terdapat soalan, mereka akan angkat tangan dan
bertanya dengan saya. Selain itu, semasa saya menyuruh mereka
membuat sesuatu, mereka juga akan mengikut arahan saya.
4. Adakah pelajar memberi respon kepada guru semasa P&P
dijalankan? Bagaimanakah penglibatan pelajar semasa P&P
dijalankan?
Ya, mereka ada memberi respon kepada saya. Penglibatan mereka juga
adalah sangat aktif.
5. Apakah masalah yang telah dihadapi semasa cikgu menjalankan
P&P?
Tidak apa-apa masalah yang timbul. Kadang-kala pelajar akan membuat
bising untuk menarik perhatian daripada guru dan rakan-rakan lain. Jadi,
bila perkara ini berlaku, saya akan tidak mempedulikan pelajar tersebut
atau memarahi pelajar pelajar tersebut.
6. Adakah pelajar dibahagikan kepada kumpulan? Bagaimanakah
mereka dibahagikan dalam kumpulan?
Ada, pembahagian pelajar ke kumpulan adalah berbeza mengikut jenis
aktiviti dan mata pelajaran yang berlainan. Seperti mata pelajaran PJK,
semasa guru mengadakan pertandinga kecil, guru akan membahagikan
mereka dengan setiap kumpulan mesti ada lelaki kerana. Kadang-kala
juga memberi peluang kepada pelajar untuk memilih kawan sendiri dalam
satu kumpulan.
7. Apakah masalah yang dihadapi dalam komunikasi antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar?
Tidak ada apa-apa masalah yang timbul dalam komunikasi antara guru
dengan pelajar ataupun dalam kalangan pelajar. Pelajar di sini suka
berbual, mereka sangat aktif. Jadi tidak ada masalah dalam komunikasi.
Temu bual dengan Kakitangan Sekolah En Lee Ah Chee
(Penjaga sekolah)
1. Apakah tanggungjawab anda? Adakah anda melaksanakan tugas
anda dengan sempurna?
Ya, tanggungjawab saya adalah untuk menjaga keselamatan dalam
sekolah. Saya mulakan kerja saya pada pukul 6.30am hingga 6.30pm.
Jadi, saya biasa saya akan membuka dan menutup pintu, memberi
kebenaran kepada orang luar, merekod kemasukan orang luar dalam
buku, menjaga pelajar semasa mereka menunggu ibubapa mereka dan
membawa mereka naik dan turun bas dengan selamat. Selain itu, saya
juga akan membuka dan menutup pintu bilik darjah. Kadang-kala terdapat
pelajar masih belum balik, saya akan memberitahu guru sebelum saya
balik ke rumah.
2. Adakah guru dan pelajar memberi salam kepada anda semasa
mereka berjumpa dengan anda?
Ya, mereka sangat baik, semasa jumpa saya mesti memberi salam
kepada saya dan saya pun membalas salam mereka. Hubungan saya
dengan mereka sangat baik.
3. Adakah guru dan pelajar memberi pertolongan kepada anda semasa
mereka berjumpa anda berada dalam kesusahan?
Ya, saya sangat bersyukur kepada mereka kerana guru-guru dan pelajar
di sekolah telah memberi bantuan kepada saya. Pada tahun 2005, saya
telah menjalankan suatu pembedahan. Pada masa itu, saya telah banyak
menggunakkan wang dalam pembedahan tersebut dan keluarga saya
telah menghadapi masalah kekurangan wang. Jadi, semua orang di
sekolah telah memberi sumbangan mereka dalam bentuk wang kepada
saya untuk membantu saya menyelesaikan masalah kekurangan wang.
4. Adakah guru dan pelajar bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan kawasan persekitaran sekolah?
Sebenarnya kawasan sekolah kami agak bersih. Tetapi kadang-kala pun
ada sedikit sampah. Semasa pelajar terjumpa sampah segelintir pelajar
tidak mengutip sampah tersebut dan ada juga pelajar yang akan mengutip
sampah. Semasa saya jumpa mereka tidak mengutip sampah, saya akan
menyuruh mereka untuk mengutip sampah.
5. Guru dan pelajar di sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan yang
ceria, setujukah anda?
Ya, saya setuju. mereka sentiasa berada dalam keadaan yang ceria.
6. Pernahkah anda berjumpa pergaduhan berlaku di sekolah tidak kira
dalam kalangan pelajar.
Tidak, tetapi ada pelajar jahat dalam sekolah. Pelajar tersebut merokok
dan membuli pelajar lain. Semasa saya terjumpa hal ini berlaku, saya
akan menasihati pelajar tersebut supaya dia mengubah tinkah lakunya.
7. Adakah guru besar dan guru di sekolah ini beramah mesra?
Ya, para guru dan guru besar adalah beramah mesra. Semasa berjumpa
dengan mereka, kami akan berbual sedikit tentang hal peribadi dan hal
pelajar.
Temu bual dengan Lau Kin Pin (Pelajar)
1. Adakah anda memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas?
Ya, saya memahami maklumat yang disampai oleh guru.
2. Apakah mata pelajaran yang anda suka?
Saya suka mata pelajaran Bahasa Cina.
3. Semasa anda berjumpa dengan guru dan pekerja sekokah, apakah
tindakan anda?
Saya akan memberi salam kepada guru dan pekerja sekolah.
4. Apabila guru sedang mengangkat banyak buku, apakah tindakan
anda?
Saya akan membantu guru untuk mengambil buku.
5. Adakah anda belajar untuk menduduki peperiksaan?
Tidak, saya belajar untuk menimba ilmu.
6. Apakah sukan dan permainan yang anda minati?
Saya suka memainkan badminton.
Analisis Soal Selidik
0
4
8
12
16
20
24
28
32
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Ya Bukan
Analisis Soal Selidik untuk Pelajar Darjah 5K
1. Saya sentiasa memberi salam terhadap guru.
30 orang pelajar sentiasa memberi salam kepada guru, manakala 1 orang
tidak.
2. Saya hadir ke sekolah pada masa yang tepat.
30 orang pelajar menepati masa dan 1 orang tidak.
3. Saya pernah bergaduh di sekolah.
3 orang pelajar pernah bergaduh di sekolah dan 28 pelajar tidak pernah.
4. Saya berpakaian kemas semasa hadir ke sekolah.
Semua pelajar dalam kelas ini berpakaian kemas ke sekolah.
5. Saya ada menjaga kebersihan kawasan sekolah.
28 orang pelajar bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan
sekolah manakala 3 orang tidak membuat demikian.
6. Saya berasa bosan semasa waktu pembelajaran.
12 orang pelajar berasa bosan semasa di dalam kelas dan 19 orang pelajar
tidak berasa bosan.
7. Saya akan berjumpa dengan guru semasa menghadapi masalah.
24 orang pelajar akan bertanya dengan guru sekiranya menghadapi masalah
dan 7 orang tidak bertanya.
8. Guru masuk kelas pada masa yang tepat.
15 orang berpendapat bahawa guru lambat memasuki kelas dan 16
mengatakan guru menepati masa.
9. Guru di sekolah berpakaian kemas.
Semua orang bersetuju dengan guru sentiasa berpakaian kemas.
10. Saya menyertai aktiviti Ko-kurikulum dengan aktif.
Semua pelajar aktif dalam aktiviti kokurikulum.
11. Saya pernah menyertai pertandingan yang diadakan di sekolah.
Terdapat 20 orang pelajar pernah menyertai pertandingan yang diadakan di
sekolah.
12. Saya belajar adalah untuk menduduki peperiksaan.
Hanya 6 orang berpendapat mereka belajar adalah untuk menduduki
peperiksaan.
13. Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk belajar.
Semua pelajar berpendapat bahawa sekolah merupakan tempat yang sesuai
untuk belajar.
14. Sekolah ada mengadakan pertandingan keceriaan kelas.
Semua pelajar bersetuju bahawa sekolah ada mengadakan pertandingan
keceriaan kelas.
Jantina : Lelaki / Perempuan Darjah / 班级 : _________性别:男 / 女Sila tandakan pada petak kosong yang berkenaan mengikut pilihan anda.根据你的选择,在有关的空格内打上勾。
Bil.
Perkara Ya是
Bukan否
1. Saya sentiasa memberi salam terhadap guru.我时常向老师问好。
2. Saya hadir ke sekolah pada masa yang tepat.我准时到校上课。
3. Saya pernah bergaduh di sekolah.我曾和同学在学校打架。
4. Saya berpakaian kemas semasa hadir ke sekolah.我穿着整齐的制服去上课。
5. Saya ada menjaga kebersihan kawasan sekolah.我有照顾学校环境的清洁。
6. Saya berasa bosan semasa waktu pembelajaran.当上课时,我感到无聊和烦闷。
7. Saya akan berjumpa dengan guru semasa menghadapi masalah.当遇到问题时,我会请教老师。
8. Guru masuk kelas pada masa yang tepat.老师准时进班上课。
9. Guru di sekolah berpakaian kemas.学校老师的穿着整齐。
10.
Saya menyertai aktiviti Ko-kurikulum dengan aktif.我活跃于参加课外活动。
11.
Saya pernah menyertai pertandingan yang diadakan di sekolah.我曾参加学校里所举办的比赛。
12.
Saya belajar adalah untuk menduduki peperiksaan.我上学是为了考试。
13.
Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk belajar.学校是一个学习的良好环境。
14.
Sekolah ada mengadakan pertandingan keceriaan kelas.学校有举办科室整洁比赛。
Kolaborasi
Ilmu/Pengetahuan
Baru
Ilmu / Pengetahuan baru melalui :
1. Pemerhatian
a) Pemerhatian 1
i. Saya mengetahui aktiviti seharian yang dijalankan oleh guru
besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar di sekolah.
ii. Saya mengetahui keadaan semua orang semasa berada di
sekolah.
iii. Saya mengetahui budaya yang perlu diamalkan oleh pihak di
sekolah di sekolah.
b) Pemerhatian 2
i. Saya mengetahui bagaimana kepimpinan sesuatu sekolah.
ii. Cara melantik ketua kelas dan pengawas sekolah.
iii. Tanggungjawab guru dalam memupuk sifat kepimpinan pelajar.
c) Pemerhatian 3
i. Saya mengetahui bagaimana penampilan dan disiplin guru yang
patut saya contohi.
ii. Saya mempelajari kerjaya seorang guru itu bukannya senang.
iii. Saya mempelajari kepentingan seseorang guru perlu sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan.
d) Pemerhatian 4
i. Saya sedar bahawa tanggungjawab seorang guru untuk
membentuk keperibadian pelajar.
ii. Saya mengetahui masalah pelajar yang biasa akan berlaku di
sekolah.
e) Pemerhatian 5
i. Saya mengetahui akativiti yang boleh dijalankan untuk
kokurikulum.
ii. Saya sedar tentang keperluan seorang guru perlu menguasai ilmu
pengetahuan tentang kokurikulum.
2. Senarai semak
a) Pengurusan dan organisasi sekolah
i. Saya mengetahui pengurusan dan organisasi dalam sesebuah
sekolah.
b) Prasarana sekolah
i. Saya memahami kemudahan sekolah adalah penting dalam
sesebuah sekolah.
ii. Saya mengetahui kata-kata hikmah yang dipaparkan akan lebih
mudah dipelajari oleh pelajar.
iii. Saya mengetahui kegunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk memudahkan pelajar dalam pembelajaran.
c) Kurikulum
i. Saya mempelajari cara menulis buku rekod pengajaran guru.
ii. Saya mengetahui bagaimana aktiviti kokurikulum sekolah
dijalankan.
3. Temu Bual
a) Temua bual dengan guru besar
i. Saya mengetahui bagaimana penampilan dan disiplin guru yang
patut saya contohi.
ii. Saya mempelajari bagaimana seseorang guru perlu dapat
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
iii. Saya mengetahui masalah yang timbul di sekolah ini.
b) Temua bual dengan GPK KK
i. Saya mengetahui penglibatan pelajar aktiviti kokurikulum.
ii. Saya mengetahui tanggungjawab guru untuk menjalankan aktiviti
kokurikulum dan membantu pelajar menunjukkan sifat kepimpinan
mereka.
iii. Saya mengetahui kelemahan yang timbul dalam kokurikulum
sekolah ini.
c) Temua bual dengan guru disiplin
i. Saya mempelajari cara baru untuk menghukum pelajar yang
bersalah.
ii. Saya mempelajari cara penyelesaian untuk menyelesaikan
pengaduan ibubapa.
d) Temua bual dengan mentor
i. Saya mengetahui sistem perlantikan ketua kelas dan perlantikan
pengawas di sekolah.
ii. Saya mengetahui keadaan pelajar dan penglibatan pelajar
semasa P&P dijalankan.
iii. Saya mempelajari cara untuk megurus masalah yang akan
dihadapi semasa P&P dijalankan.
e) Temua bual dengan penjaga sekolah
i. Saya mengetahui tanggungjawab seseorang penjaga di sekolah.
ii. Saya mengetahui hubungan yang baik dapat diwujudkan antara
semua lapisan masyarakat.
f) Temua bual dengan pelajar
i. Saya mengetahui pengajaran guru telah difahami oleh pelajar.
4. Soal Selidik
a) Saya mengetahui bagaimana disiplin di sekolah dan memikirkan cara
untuk mengawal disiplin pelajar.
b) Saya dapat mengetahui sama ada pengajaran guru dapat disampai
dengan berkesan atau tidak.
c) Saya memgetahui penampilan dan disiplin guru.
d) Saya mengetahui penglibatan pelajar dalam kokurikulum dan
pertandingan di sekolah.
Pengalaman Di
Bilik Darjah
Soalan B Lampiran 6
1. Pelan bilik darjah
Papan Kenyataan
Almari Papan Hitam
Jadual Waktu Jadual TugasMeja Guru
Tempat letak Bahan Bacaan, Buku Rujukan dan Kamus
Tempat letak Tong Sampah dan Penyapu
Pin
tu De
pan P
intu Be
lakang
Tin
gkap
1. Tempat letak bahan bacaan, buku rujukkan dan kamus
Bahan bacaan yang terletak dalam bilik darjah dapat memberi peluang
kepada para pelajar untuk membaca dan menambah ilmu tambahan
selain daripada ilmu yang terkandung dalam buku teks.
Pelajar boleh menggunakan buku rujuk sebagai bahan rujukan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul semasa membuat kerja rumah.
Apabila pelajar tidak mengenali sesuatu perkataan, mereka boleh
menggunakan kamus untuk membantu mereka mecari maksud dan
penggunaan perkataan itu.
2. Papan kenyataan
Di papan kenyataan, pelajar telah mempamerkan bahan-bahan
ransangan. Terdapat pelbagai nota untuk semua mata pelajaran telah
diringkas dalam bentuk grafik dan dipaparkan oleh pelajar di papan
kenyataan. Melalui papan kenyataan, pelajar dapat membuat ulang kaji
terhadap setiap mata pelajaran. Pelajar akan lebih senang untuk
memahami isi kandungan dalam buku sesuatu subjek.
3. Bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan
oleh murid.
Kad perkataan
Kad perkataan sangat mudah digunakan oleh pelajar. Bentuk kad
tersebut adalah segi empat dan boleh menggunakan kad manila untuk
membuat kad tersebut. Suatu perkataan dituliskan pada hadapan kad. Di
hadapan kad tersebut juga terdapat cara untuk membaca perkataan
tersebut. Manakala di belakang kad tersebut, maksud dan contoh ayat
telah dituliskan. Jadi, melalui kad tersebut, pelajar lebih mudah untuk
mempelajari perkataan tersebut.
CD yang terdapat dalam buku teks
CD tersebut juga boleh digunakan oleh guru untuk mengajar pelajar. CD
ini mudah digunakan oleh pelajar kerana tayangan yang ditayang dari CD
tersebut akan menarik minat para pelajar. Terdapat muzik juga dalam CD
tersebut menyebabkan pengajaran tersebut sangat aktif. Latihan-latihan
yang terkandung dalam CD tersebut akan banyak membantu pelajar
untuk membuat ulang kaji.
4. Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, pelajar digalakkan untuk melibat
diri secara aktif. Semasa guru menerangkan suatu perkataan, pelajar
akan memberikan penerangan mereka sendiri tentang perkataan tersebut
kepada guru. Mereka akan menyampaikan pandangan mereka kepada
guru. Semasa guru menanya sesuatu soalan, pelajar akan berebut untuk
menjawab soalan tersebut. Mereka mengangkat tangan dengan segera
sesaat guru habis menanya soalan. Semasa pelajar mempunyai soalan
tentang pembelajaran, mereka akan mengangkat tangan dan bertanya
dengan guru. Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh guru,
pelajar juga akan bertanya guru untuk mengenal pasti kesalahan
tersebut.
5. Pelajar di sekolah ini ada dibahagikan kepada kumpulan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Terdapat beberapa cara untuk membahagi pelajar kepada kumpulan:
a) pembahagian pelajar mengikut prestasi
b) pembahagian pelajar mengikut barisan tempat duduk dalam kelas.
c) pembahagian pelajar mengikut jantina.
d) pembahagian pelajar mengikut pilihan pelajar (pelajar memilih kawan
mereka sendiri).
Refleksi
Laporan Akhir
Laporan Pelaksanaan aktiviti yang difokus
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang
memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan
dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru
pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan
guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi
dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui program PBS guru
pelatih akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid
belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.
Semua guru pelatih PISMP sem 2 telah dikumpulkan dan diberi taklimat
tentang PBS. Oleh sebab kesuntukan masa, penerangan daripada
pensyarah-pensyarah adalah kurang jelas. Selepas itu, satu kertas bantuan
PBS diagihkan, tetapi kertas bantuan tersebut telah menambah kekeliruan
saya. Saya tidak mengetahui bagaimana untuk melaksanakan kerja kursus
tersebut. Jadi, saya pun bertanya kepada rakan saya yang menjalankan PBS
pada tahun lepas.
Selepas penerangan daripada rakan saya, saya pun semakin tahu cara
untuk menjalankan kerja kursus tersebut. Jadi, saya mula membuat
persediaan untuk melaksanakan kerja tersebut. Saya telah menyediakan
beberapa soalan untuk menjalankan aktiviti temu bual dengan guru-guru di
sekolah. Selain itu, saya juga menyediakan soal selidik yang sesuai untuk
pelajar. Saya telah mencatatkan aspek-aspek yang perlu saya perhatikan.
Saya memikirkan maklumat yang perlu dikumpulkan. Selepas persediaan
tersebut selesai, barulah saya berasa yakin untuk hadir ke sekolah.
Selepas enam tahun saya menghabiskan pelajaran saya pada peringkat
sekolah rendah, kali kedua saya menjejak kaki ke sekolah rendah. Tetapi kali
ini, saya telah berubah identiti saya dari pelajar menjadi guru pelatih untuk
datang ke sekolah. Pada hari Isnin, saya datang awal ke sekolah untuk
melapor diri kepada guru besar di S.J.K.(C) Kampung Seri Sikamat. Guru
besar di sekolah ini sangat beramah mesra, beliau bertanya saya tentang
tujuan saya datang ke sekolah dan beliau berharap guru-guru dapat
membantu saya. Beliau memperkenalkan seorang guru kepada saya sabagai
mentor iaitu Cik Yee Chon Moi. Cik Yee merupakan guru darjah 5K, beliau
sangat ceria dan rela untuk membantu saya.
Aktiviti pertama yang saya jalankan di sekolah ini ialah perhimpunan
mingguan. Perhimpunan diadakan di gelanggang bola keranjang. Para guru
dan pelajar menghadiri perhimpunan tersebut. Pelajar beratur mengikut
barisan masing-masing, guru-guru pun duduk di belakang barisan. Semasa
nyanian lagu-lagu, saya perhatikan bahawa ramai guru tidak mengeluarkan
suara mereka semasa menyanyikan lagu. Di samping itu, pelajar pula
menyanyi dengan penuh semangat dan kuat. Pelajar bertugas
mengendalikan perhimpunan dan perhimpunan dijalankan dalam dwibahasa.
Segala maklumat yang disampaikan akan diulang sekali lagi dalam bahasa
melayu.
Selepas perhimpunan tamat, saya pun mencari peluang untuk membuat
temu bual dengan pengurus sekolah tetapi mereka dalam keadaan sibuk.
Jadi, saya pun mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan
sekolah daripada Cik Yee dan kerani sekolah. Sebelum kami mulakan
pengajaran, saya membahagikan kertas soal selidik kepada para pelajar
supaya mereka dapat membantu saya membuat soal selidik tersebut. setelah
itu, barulah kami memulakan pengajaran pada hari ini. Pengajaran Cik Yee
pada hari ini adalah untuk mengajar perkataan baru.
Dalam pengajaran tersebut, saya membantu Cik Yee untuk
menunjukkan kad perkataan kepada pelajar. Saya telah menerangkan
maksud perkataan tersebut dan mengajar mereka membina ayat dengan
perkataan tersebut. Penglibatan pelajar dalam kelas adalah sangat aktif.
Mereka berebut-rebut mengangkat tangan untuk memberi pandangan atau
jawapan mereka. Pelajar adalah dalam keadaan berdisiplin. Dari pengajaran
pertama, saya dapat mempelajari cara penyampaian yang berkesan dan
menarik perhatian pelajar.
Pada hari kemudian, saya pun menjalankan aktiviti lain untuk membantu
saya mengumpul maklumat. Saya telah mencari 6 orang untuk menjalankan
temu bual dengan mereka, iaitu guru besar, GPK KK, guru disiplin, mentor,
penjaga sekolah dan seorang pelajar. Semasa saya bertemu bual dengan
mereka, saya mendapat pelbagai maklumat daripada mereka. Mereka juga
berkongsi pengalaman mereka semasa di sekolah. Maklumat yang diberi oleh
mereka amat berguna dan tidak dapat cari dari segala buku rujukan. Selain
itu, saya juga berinteraksi dengan seorang pelajar. Pelajar tersebut kelihatan
berasa takut semasa berbual dengan saya. Walau bagaimanapun, interaksi
tersebut juga dapat diselesaikan.
Aktiviti pemerhatian telah saya jalankan di sekeliling sekolah. Saya
berjalan sambil mengambil gambar di sekeliling kawasan sekolah. Saya
melalui pelbagai kelas yang sedang menjalankan P&P. Penglibatan pelajar
dalam kelas adalah berbeza mengikut kelas. Terdapat yang sangat aktif, ada
pelajar membuat bising dalam kelas ataupun semua pelajar dalam keadaan
senyap sahaja. Teknik guru untuk mengajar dan mengawal kelas juga
berlainan. Selain itu, saya juga memerhatikan keadaan di kantin, bilik
komputer, makmal sains dan kemudahan yang ada di sekolah ini. Saya dapat
perhatikan bahawa pelajar di sini sangat berdisiplin. Mereka sentiasa beratur
semasa mereka berada di kantin, di bilik komputer dan di makmal sains.
Perpustakaan juga sentiasa penuh dengan pelajar pada waktu rehat.
Pada waktu petang, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan telah
dijalankan oleh pelajar bersama dengan guru-guru. Pelajar sudi membuat
kelas tambahan pada waktu petang. Kehadiran mereka adalah hampir
seratus peratus. Walau bagaimanapun, pelajar kelihatan letih selepas
menghabiskan kelas sepanjang satu hari. Aktiviti kokurikulum pula, persatuan
dan kelab telah menjalankan aktiviti di dalam bilik darjah. Sukan dan
permainan serta pasukan unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah. Pada
waktu ini, pelajar kelihatan lebih bersemangat kerana mereka boleh
memainkan bola dan berkawad. Nilai-nilai murni seperti kerjasama dan
tolong-menolong telah diamalkan oleh para pelajar semasa menjalankan
aktiviti kokurikulum.
Selepas lima hari menjalankan PBS di sekolah, saya juga berasa
profesion guru ini bukannya mudah. Kerja guru tidak dapat dihabiskan dalam
suatu hari. Selain mendidik para pelajar, guru juga perlu membuat banyak
tugasan dan “paper work”. Walau bagaimanapun, guru-guru juga masih
berbual dengan gembira antara satu sama lain. Selain itu, guru juga sentiasa
mengejar masa untuk menjalankan P&P. Jadual waktu mereka adalah hampir
penuh sepanjang hari. Mereka perlu pandai dalam mengawal masa supaya
tidak mengganggu kelas yang akan dijalankan kemudian.
Kesimpulannya, PBS merupakan suatu program yang baik untuk guru
pelatih. Ini adalah kerana saya tidak berpengalaman untuk mengajar di
sekolah. Jadi, dengan menjalankan program ini, saya dapat bercuba untuk
mengajar dan menyesuaikan diri dalam sesebuah sekolah. Sekolah rendah
merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk
sahsiah seseorang kanak-kanak. Jadi, guru memainkan peranan penting
untuk memberi bimbingan kepada para pelajar. Sebagai bakal guru, saya
perlu berusaha lagi supaya berupaya untuk memikul tanggungjawab
seseorang yang begitu berat itu.
Disediakan oleh:
xxxxxxx
BC/PJ ambilan Jan 09
Guru Pelatih IPRM
Lampiran