Post on 15-Jan-2017
BORANG PENYERTAAN PERLAWANAN FUTSAL KELAB PERKHIDMATAN AWAM 2013
MAKLUMAT PASUKAN
NAMA PASUKAN: NAMA KETUA PASUKAN: NO AHLI KPA: NO KAD PENGENALAN: NO PERHUBUNGAN: EMAIL:
SENARAI PEMAIN (5 PEMAIN DAN 2 SIMPANAN) NAMA PENUH NO KAD PENGENALAN NO AHLI KPA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
PENGAKUAN PASUKAN Kami bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tanpa sebarang bantahan dari masa ke semasa dan mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Sekiranya pihak penganjur mendapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar, maka kami sedia disingkirkan dari pertandingan ini tidak kira sama ada sebelum atau semasa pertandingan dijalankan. Kami juga akan menjaga tatatertib sepanjang perlawanan. Kami juga sedia maklum bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kematian, kecurian dan sebagainya semasa menyertai pertandingan ini. Kami juga mengesahkan bahawa semua pemain-pemain kami adalah sihat untuk menyertai perlawanan ini.
………………………………………………..
Tandatangan Ketua Pasukan
Nama: No Kad Pengenalan:
…………………………………. Tarikh
BUTIR PEMBAYARAN
DITERIMA SEBANYAK: (Yuran Penyertaan) DARIPADA: No KPA:
Nama : NO RESIT: NAMA PENERIMA: T/Tangan Penerima: TARIKH PENERIMAAN: Cop KPA Perhatian: 1. Borang penyertaan ini hendaklah dihantar sebelum 12.00 tengahari tidak lewat pada hari Khamis, 30 April 2013 jam 2.00 petang.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN PERLAWANAN FUTSAL AHLI KELAB PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Yuran Penyertaan di tetapkan sebanyak $30.00 untuk setiap pasukan.
2. Pembayaran Yuran Penyertaan adalah secara tunai.
3. Terbuka kepada semua Ahli-Ahli Kelab Perkhidmatan Awam bersama dengan
keluarga ahli atau rakan dikalangan Ahli Kelab berumur tidak kurang dari 18 – 50
tahun.
4. Ketua Pasukan hendaklah terdiri dari Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang
berdaftar dan masih aktif.
5. Pemain (pasukan) hendaklah terdiri dari Ahli Kelab, ahli keluarga dan anak-anak
ahli atau kombinasi dari anak-anak ahli dari ahli kelab KPA yang lain (dalam
lingkungan Ahli Kelab).
6. Hanya pemain lelaki sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
7. Setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu pasukan sahaja.
8. Semua maklumat yang tertera pada borang penyertaan mesti diisikan dengan
lengkap, tepat dan benar.
9. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan 7 orang pemain.
10. Sebarang perubahan mesti dimaklumkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya
2 hari sebelum pertandingan.
11. Setiap pasukan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya 2 orang penjaga tepi
(tidak menyertai pasukan).
12. Pasukan bertanggungjawab menyediakan 2 pasang baju pasukan.
13. Pasukan bertanggungjawab menyediakan makan/minum pemain-pemain.
14. Setiap pasukan hendaklah memakai shin guard dan kasut khusus untuk sukan fustal
15. Pasukan yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dihalang
daripada menyertai perlawanan ini.
16. Yuran Penyertaan tidak akan dikembalikan jika pasukan menarik diri dari
perlawanan ini.
17. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2013.
18. Sebarang perubahan mana-mana syarat penyertaan adalah di bawah bidang kuasa
dan tanggungjawab penganjur.
PERATURAN PERLAWANAN
1. Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan sekurang-kurangnya 2 orang Ahli Kelab Perkhidmatan Awam untuk bermain pada setiap perlawanan.
2. Setiap pasukan dibolehkah membentuk pasukannya dari salah satu pilihan berikut: a. Penuh : Semua pemain terdiri dari lingkungan ahli kelab (ahli-ahli kelab dan anak-anak
ahli). b. Kombinasi : 3 orang terdiri dari lingkungan ahli kelab (ahli-ahli kelab dan anak-anak
ahli) dan 4 orang terdiri dari bukan lingkungan ahli kelab (keluarga ahli dan rakan). 3. Sistem perlawanan adalah Round Robin bagi peringkat awal perlawanan di mana 5 pasukan
akan bertanding dalam satu kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan akan mara kepusingan seterusnya. Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir adalah mengikut Sistem Knock Out (kalah-mati).
4. Setiap perlawanan akan berlangsung selama 5-5 minit. 5. Semua pasukan adalah dikehendaki mendaftarkan nama pemain dan dihantar kepada
urusetia 30 minit sebelum jadual perlawanan. 6. Setiap pemain hendaklah mengenakan No Jersi yang sama sepanjang permainan. 7. Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan
10 minit sebelum perlawanan di mulakan. 8. Tempoh masa menunggu adalah 2 minit daripada masa yang dipanggil dan mana-mana
pasukan yang lewat akan dikira kalah dengan kiraan jaringan 0 - 3. 9. 3 mata akan diberikan kepada pasukan yang menang, 1 mata kepada pasukan yang seri dan
0 mata kepada pasukan yang kalah. 10. Pada peringkat kumpulan sekiranya kedua-dua pasukan sama mata, perbezaan jaringan gol
akan digunapakai. 11. Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai jaringan gol yang lebih dianggap
pemenang. Sekiranya masih sama tendangan penalti akan di tentukan. 12. Pada peringkat kalah mati, sekiranya kedua-dua pasukan seri, 3 sepakan penalti akan
diberikan kepada setiap pasukan. 13. Sekiranya keputusan masih seri, tambahan 2 sepakan penalti akan diberikan. 14. Sekiranya masih juga seri, lambungan syiling akan dibuat dan satu sepakan penentu akan
dijalankan. 15. Seorang pemain hanya boleh mengambil satu sepakan penalti sahaja. 16. Semua KEPUTUSAN PENGADIL adalah MUKTAMAD. 17. Setiap bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada panel rayuan dengan wang
deposit $50.00, tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan. Panel Rayuan adalah pihak Penganjur.
18. Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya bantahan ditolak. 19. Pemain menerima Kad Kuning kali kedua akan digantung 1 perlawanan. 20. Pemain menerima Kad Merah akan digantung 2 perlawanan. 21. Pemain yang difikirkan bermain dengan bahaya dan diberikan Kad Merah akan digantung
disemua perlawanan. 22. Mana-mana pasukan yang mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas
perlawanan akan disingkirkan dari kejohanan ini dengan serta merta dan Yuran Penyertaan tidak akan dikembalikan.
23. Setiap pasukan adalah dinasihatkan untuk menghormati penganjur dan hendaklah menghabiskan semua perlawanan.
24. Semua peraturan perlawanan tertakluk kepada pihak penganjur.