BUGIS

Post on 29-Jun-2015

3.101 views 10 download

Transcript of BUGIS

“BUGIS”

WAN NURUL NADIAH BINTI WAN SALLEHUDINAZIMAHANI BINTI JAMALUDDINRAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM

MOHD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL

Pengenalan

• Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah.

• Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

• Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara), mementingkan soal status individu dan persaudaraan sesama keluarga.

merupakan hubungan sosial yang amat tidak

disukai oleh suku kaum ini kerana ia

meruntuhkan hubungan

kekeluargaan dan bertentangan

dengan nilai-nilai agama.

suku kaum ini lebih suka menjalinkan

perkahwinan dengan keluarga

terdekat.

Perceraian

Perkahwinan

Bahasa

• Suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam.• Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis

menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai 'Bahasa Ugi‘.

• Mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil ‘aksara’ Bugis.

• Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di Kepulauan Indonesia.

Aksara Bugis

Peribahasa Bugis

• Suku kaum Bugis ini juga seperti masyarakat lain yang mempunyai adat, kepercayaan, tulisan dan bahasa yang tersendiri. Walaubagaimanapun, cara dan kebudayaan masyarakat Bugis tidak jauh bezanya dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

• Mappada manuk-manuk na lupai sarang na- Orang yang lupa daratan

• Lele bulu tallele abiasa’ang - Kalau bukan kita yang berubah sendiri kita tak kan berubah

• Tedong mate dituju bola na dek na etai,jarum tetdeng dituju bola na tau’e naulle mita’I- Kesalahan orang lain dia dapat lihat tetapi kesalah sendiri dia tidak nampak

• Gemmek pada-pada melotong,ati dek na mapada - rambut sama hitam hati lain-lain

Perkahwinan

• Adat kebudayaan khususnya perkahwinan masyarakat Bugis-Makasar, sama dengan budaya perkahwinan

masyarakat lain yang ada di Malaysia.

• Terdapat upacara-upacara dalam pelaksanaan adat yang membezakan antara adat perkahwinan masyarakat Bugis dengan masyarakat lain di Sabah.

• Masyarakat Bugis yang masih melaksanakan adat dalam majlis perkahwinan, mereka menggunakan ‘konsep siri’ yang mereka pegang dan patuhi.

Konsep Siri• Berkait rapat dengan kehormatan dan nilai diri yang begitu

disanjung tinggi. • ‘Siri’ telah sebati dalam diri seseorang Bugis dan ia

melambangkan keutuhan keperibadian yang mencakupi segala kewajipan sebagai seorang individu dalam masyarakat.

• Siri’ dijadikan landasan hidup masyarakat Bugis keseluruhannya,

supaya martabat mereka tetap dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.

• Siri’ juga dapat dimanifestasikan melalui syair atau ungkapan-ungkapan yang diucapkan dalam upacara adat atau dalam kehidupan sehari-hari.

Rentetan Perkahwinan dan Penggunaan Syair Masyarakat Bugis-Makasar

Urutan Perkahwinan Masyarakat Bugis-Makasar

Mapuce’-puce’ (Merisik)

Madduta Masuro (Meminang)

Mappaaenre’ Balanca (Hantaran)

Maduppa-Mappaisseng (Jemputan)

Menre’ alena Agaukeng

(Majlis Keramaian – pihak lelaki ke upacara nikah)

Mapparola(Berkunjung ke

rumah pihak suami)

Mapuce’-puce’ (Merisik)• merupakan kunjungan dari pihak lelaki kepada

keluarga gadis untuk mengetahui status gadis sama ada masih belum berpunya atau sudah dimiliki orang lain.

• Tanggunjawab untuk merisik disandangkan kepada orang-orang tua yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat seperti ‘Petta’ atau ‘Daeng’. Gelaran ini merupakan warisan turun temurun dan dihormati.

Madduta Massuro (Meminang)• Peringkat kedua untuk membincangkan hantaran,

penetapan tarikh hantaran dan masa majlis perkahwinan akan dilangsungkan.

• Kebiasannya balanca’ (belanja kahwin) dibebankan kepada pihak lelaki untuk membiayai sepenuhnya sesebuah majlis perkahwinan.

• Sompa’ atau sundreng’ (wang mahar/mas kahwin) akan diikuti menurut kebiasaan dan darjat keluarga gadis bersesuaian dengan kedudukan keluarga menurut susun lapis masyarakat.

• Sebagai tanda ketinggian budaya masyarakat BugisMakasar, syair yang penuh dengan penggunaan bahasa kiasan akan digunakan

Maddupa atau Mappaisseng (Jemputan)• Jemputan akan dilakukan jika tarikh dan waktu

perkahwinan telah ditetapkan. • Jemputan dibuat secara undangan mulut atau

menggunakan kad. Bagi keluarga terdekat, jemputan ini mempunyai erti yang simbolik kerana ia menggunakan dua orang wanita yang datang menjemput dengan membawa satu bungkusan yang mengandungi pinggan kecil dan rokok.

Mappaenre’ Balanca (Hantaran)• Pada peringkat ini, hantaran daripada pihak

lelaki kepada pihak gadis akan diiringi oleh rombongan yang terdiri daripada teruna dan dara.

• Kedatangan mereka bersama dengan wang belanja perkahwinan dan segala macam jenis buah-buahan, kuihmuih, dan kelengkapan diri untuk gadis yang dipinang.

• Pihak gadis akan menerima rombongan dengan menjamu mereka dengan makan palopo, iaitu pulut dengan air sirah (gula merah yang dicampur santan).

• Pihak gadis bagi masyarakat Bugis-Makasar sebenarnya tidak wajib membalas hantaran daripada pihak lelaki.

• pada ketika ini, pihak lelaki dan pihak perempuan berbalas syair untuk memeriahkan majlis.Ia dihadiri oleh orang yg arif bersyair menggunakan bahasa bugis.

Menre ‘alena (Pengantin Lelaki ke Upacara Nikah)• Pengantin lelaki akan diarak secara besar-besaran

dengan penuh adat ke rumah pengantin perempuan.

• Perarakan ini akan membawa bersama ‘sompa’ atau ‘sundreng’. Pembawa ‘sompa’ atau ‘sundreng’ hendaklah daripada kalangan orang-orang yang mempunyai kedudukan tanpa mengira usia.

• Upacara akad nikah akan dilangsungkan sebaik sahaja pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan.

• Sebelum bakal pengantin lelaki meninggalkan rumah, ibu bapa memberikan pesanan dalam bentuk syair yang mengandungi kata-kata nasihat sebagai bekalan untuk anak yang disayangi.

Agaukeng (Majlis Keramaian)• Upacara keramaian biasanya berlangsung di

rumah pihak perempuan. • Upacara keramaian boleh juga digabungkan

dalam satu majlis keramaian pada satu waktu dan tempat.

• Dalam upacara ini, hadirin yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai akan menyampaikan hadiah perkahwinan.

• Pelbagai rentetan acara akan disaksikan pada peringkat ini. Atur cara adalah seperti berikut:

i. Mappacci ( Berinai )ii. Mappanre Temme’ ( Khatam al-Quran )iii. Silukka ( Membatalka Wudhu )iv. Tudang Botting ( Bersanding )

• Hiburan untuk hadirin;

i. Maggambusu’ - mendengar orang main alat muzik gambus sambil menyanyi

lagu bugis.ii. Makkacapi - mendengar orang menyanyi sambil main kecapi.iii. Mamenca’ - bersilat.iv. Maddomeng - main domino.

Mapparola (Berkunjung ke Rumah Pengantin Lelaki)• Upacara Mapparola melengkapkan pelaksanaan

adat perkahwinan masyarakat BugisMakasar.

• Adat ini adalah kunjungan pengantin ke rumah ibu bapa pihak lelaki. Mereka akan menginap beberapa hari di rumah ibu bapa suami. Semasa kunjungan, pihak isteri akan membawa hadiah untuk semua anggota keluarga suaminya yang merupakan hadiah daripada pihak keluarga isteri.

• Hadiah ini berbentuk kain sarung atau pakaian.

• Setelah tinggal selama tiga hari menurut kebiasannya, pasangan suami isteri akan kembali ke rumah keluarga isteri. Sebelum meninggalkan rumah mertua, isteri akan dihadiahkan barang kemas atau warisan pusaka keluarga oleh pihak keluarga suami.

• Setelah semua selesai, pengantin akan memulakan hidup baru secara berdikari yang dikenali sebagai nalaoanni alena’.

• Suami isteri akan mencorak kehidupan mereka pada masa akan datang menurut acuan mereka berdasarkan ilmu pengetahuan yang telah dibekalkan oleh ibu bapa.

PANTANG LARANG KAUM BUGIS

jika ingin melangsungkan perkahwinan di

semenanjung, seluruh keluarga perlu berkumpul

bersama-sama

Bermalam bersama dan keesokan paginya bertolak pada masa

yang sama.

Jika ada yang bertolak awal, kena tukar pakaian sebelum menaiki kapal

terbang

Hari itu adalah hari Nahas Tahun

(permulaan tahun, hari yang sama pada hari

jatuhnya hari awal Muharram).

Kesedaran untuk melakukan sesuatu

iaitu berkumpul beramai-ramai satu keluarga sebelum

memulakan perjalanan jauh.

Dapat mencapai kesepakatan dan memupuk ikatan

kekeluargaan

KEBAIKAN

Kalau anak dara sedang datang haid, dilarang memegang atau mencabut

benda-benda hidup.

Contohnya sayur, bunga, pokok mangga

dsb. Dikhuatiri tumbuhan akan mati.

Malam jumaat dilarang mencuci piring atau menyapu rumah

Lepas makan mesti terus berdiri nanti tidak disukai oleh mertua

Kalau melawat orang meninggal mesti mandi terus dengan baju sekali, baru boleh naik rumah

KEPERCAYAAN • memiliki 2 jenis upacara dasar:1. Rambu Tuka 2. Rambu Solo.

Rambu Tuka

• Rambu tuka(Kenaikan matahari atau pendakian asap) sering diasosiasikan dengan utara dan timur, kesenangan dan kehidupan. Ritual ini berhubungan dengan kelahiran, perkawinan, kesehatan, rumah, masyarakat dan beras.

Rambu Solo.• Ritual Rambu Solo (tenggelamnya matahari atau turunnya

asap) diasosiasikan dengan selatan dan barat, kegelapan, malam dan kematian.

• Pada akhir upacara kematian, segera setelah jenazah dimasukkan ke dalam peti mati dan ditempatkan di gua yang terletak di tebing yang tinggi, dilakukan ritual pengorbanan kerbau. Mulut gua ini kemudian dijaga oleh patung-patung yang dibuat mirip dengan si mayat dan ditempatkan di serambi atas. Kerana kematian merupakan fasa yang penting dan dianggap sebagai pelepasan jiwa, maka upacara ini pun diikuti oleh pesta besar-besaran yang bisa berlangsung berhari-hari.

• Dalam hal ini batu nisan berperanan sebagai sebahagian dari pemakaman.