Post on 21-Mar-2021
Bu k u in i k ep u n y a a n :
Nama: ……………………………………………………………………
Jawatan: …………………………………………………………………
Tandatangan: …………………………………………………………...
2
Perkara Muka Surat
TAKRIFAN………………………………………………………………………………………………3
GLOSARI…………………………………………………………………………………………………4
GARIS PANDUAN UMUM………………………………………………………………………….5
1. Cuti Rehat Tahunan …………………………………………………………………………….7
2. Cuti Sakit……………………………………………………………………………………………..9
3. Cuti Bersalin………………………………………………………………………………………..12
4. Cuti Haji……………………………………………………………………………………………….13
5. Cuti Sabatikal/ Berceramah…………………………………………………………………14
6. Cuti Tanpa Rekod…………………………………………………………………………………15
6.1. Cuti Bersalin Paterniti……………………………………………………………….15
6.2. Cuti Kematian Keluarga Terdekat…………………………………………….15
6.3. Cuti Peperiksaan/ Kursus………………………………………………………….16
6.4. Cuti Saksi Mahkamah…………………………………………………………………16
6.5. Cuti Mewakili Dalam Acara……………………………………………………….17
6.6. Cuti Kuarantin……………………………………………………………………………17
6.7. Cuti Gantian……………………………………………………………………………….18
7. Cuti Separuh Gaji…………………………………………………………………………………19
8. Cuti Tanpa Gaji…………………………………………………………………………………….20
3
A. TAKRIFAN
A.1. Personel merujuk kepada anggota atau kakitangan UIM yang masih
berkhidmat samada bertaraf Percubaan (“Probation”), Secara Tetap,
Kontrak, Sementara atau Sambilan. Perkhidmatan yang diberi kepada UIM
atas kapasiti Kontrak UIM dengan mana-mana syarikat atau Bekerja Bebas
(“Freelance”), atau sebagai Penuntut Praktikal (“Intern”) tidak ditakrif
sebagai Personel.
A.2. Cuti bermaksud sebarang tempoh seseorang personel yang masih
berkhidmat di UIM dibenarkan meninggalkan tugasnya tanpa dianggap
sebagai putus perkhidmatan atau berhenti kerja.
A.3. Kategori cuti yang digunapakai di UIM adalah seperti berikut:
1. Cuti Rehat Tahunan
2. Cuti Sakit
3. Cuti Bersalin
4. Cuti Haji
5. Cuti Sabatikal/ Berceramah
6. Cuti Tanpa Rekod
6.1. Cuti Peperiksaan/ Berkursus
6.2. Cuti Kematian Keluarga Terdekat
6.3. Cuti Paterniti
6.4. Cuti Saksi Mahkamah
6.5. Cuti Mewakili Dalam Acara
6.6. Cuti Kuarantin
6.7. Cuti Gantian
7. Cuti Separuh Gaji
8. Cuti Tanpa Gaji
4
B. GLOSARI
BSM Bahagian Sumber Manusia
CB Cuti Bersalin (Materniti)
CG Cuti Gantian
CH Cuti Menunaikan Ibadat Haji
CK Cuti Kecemasan (EL)
CRT Cuti Rehat Tahunan (AL)
CS Cuti Sakit (ML)
CBC Cuti Berceramah
CSG Cuti Separuh Gaji
CSK Cuti Sakit Kecederaan
CTG Cuti Tanpa Gaji
CTR-B Cuti Bersalin Kebapaan (Paterniti)
CTR-M Cuti Kematian Keluarga Terdekat
CTR-P Cuti Peperiksaan
CTR-S Cuti Saksi di Mahkamah
CTR-W Cuti Mewakili Dalam Acara
SS Sijil Sakit (MC)
THB Tidak Hadir Bekerja
Jadual 1 Glosari Singkatan
5
C. GARIS PANDUAN UMUM
C.1. Pekeliling ini merupakan garis panduan untuk digunapakai di UIM sehingga
kemaskinian seterusnya. Semua keputusan bersabit cuti personel secara
umum atau khusus, adalah budibicara dan hak mutlak pengurusan UIM.
C.2. Tiada istilah ”cuti separuh hari” di UIM. Mana-mana cuti yang kurang
daripada satu hari akan digenapkan kepada 1 hari.
C.3. Personel boleh memohon pelepasan keluar pejabat (“Time-off”) untuk
sebab-sebab tertentu dengan mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan/
Bahagian tanpa perlu memohon sebarang cuti, selagi tidak melebihi 3 jam.
C.4. Personel yang tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh berdasarkan rekod
dalam sistem kehadiran samada gagal memaklumkan kepada pegawai
atasannya atau tanpa sebab yang munasabah atau tanpa permohonan yang
lengkap, tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan lain-lain imbuhan bagi
tempoh tidak hadir bekerja (THB) itu serta boleh dikenakan tindakan
tatatertib. Perkiraan amaun pemotongan THB adalah:
[amaun Gaji Asas campur Imbuhan sebulan bahagi 30 hari dalam sebulan]
darab Bilangan Hari THB.
Bagaimanapun, personel yang mengemukakan sebab-sebab THB yang
manasabah akan dikecualikan daripada pemotongan THB.
C.5. Kelulusan Presiden UIM dengan Perakuan Pendaftar adalah mencukupi bagi
memotong gaji dan imbuhan secara pro-rata bagi tempoh THB seseorang
personel.
C.6. Personel bertaraf Kontrak dan Sambilan perlu memohon sebarang cuti
terus daripada Presiden.
6
C.7. Cuti yang diambil tanpa permohonan awal akan dikategorikan sebagai Cuti
Kecemasan (CK). Bilangan CK direkod dalam fail personel.
C.8. Ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma atau prosedur di bawah ini
boleh membatalkan permohonan cuti personel serta mengakibatkan
kemungkinan tindakan tatatertib.
C.9. Sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai cuti boleh dikemukakan
kepada Bahagian Sumber Manusia di alamat e-mail hr@uim.edu.my.
7
1. Cuti Rehat Tahunan (CRT)
1.1. Kelayakan cuti rehat tahunan (CRT) semua personel UIM adalah 25 hari.
1.2. Seseorang personel layak memperolehi CRT hanya apabila telah
berkhidmat di UIM selama sebulan atau lebih.
1.3. Bilangan CRT yang layak pada satu-satu masa dinisbahkan secara pro-rata
mengikut bilangan bulan perkhidmatan bergaji seseorang personel.
Perkiraannya:
Bilangan Hari CRT Yang Layak = [Bilangan Bulan Perkhidmatan Bergaji]
bahagi 12 darab 25.
1.4. Sekiranya masih berbaki, CRT untuk tahun semasa akan dibawa ke tahun
seterusnya secara otomatik. Bilangan CRT maksimum yang dibawa di awal
tahun semasa tidak boleh melebihi 2 kali Kelayakan CRT (tidak termasuk
kelayakan tahun semasa mengikut 1.3 di atas).
1.5. Amalan terbaik adalah merancang CRT untuk memudahkan semua pihak.
1.5.1. CRT yang berbentuk kecemasan (CK) akan direkodkan dalam
fail personel.
1.6. Personel perlu memaklumkan secara terus (melalui panggilan telefon,
sms, e-mail atau faks) dan seberapa segera dalam tempoh tidak melebihi
2 jam dari bermulanya waktu pejabat pada hari pertama CK kepada
pegawai atasannya.
8
1.7. Cuti rehat untuk ke luar negara perlu mendapat kelulusan Presiden UIM
dengan mengisi borang khas.
1.8. Permohonan CRT yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan
melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan pada borang dan dihantar
ke BSM tidak kurang 3 hari bekerja dari tarikh mula CRT.
9
2. Cuti Sakit (CS)
2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk
kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes
atas sebab-sebab kecederaan semasa tugasan rasmi (CSK), sila rujuk
2.10 di bawah.
2.2. CS diberi berdasarkan sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh Klinik Panel
UIM, klinik Bukan-Panel yang diiktiraf atau Klinik Kerajaan sahaja.
Pendaftar boleh menolak mana-mana MC yang dikeluarkan oleh pihak
yang tidak diiktiraf.
2.3. Cuti atas sebab kecemasan (CK) yang tidak disertai dengan MC personel
akan dikira sebagai CRT. Personel perlu mengemukakan borang
permohonan CRT kepada Ketua Jabatan/ Bahagian serta BSM sekembali
dari cuti.
2.4. Pengeluaran MC separuh hari akan dianggap sebagai MC 1 hari penuh.
2.5. Sekiranya seseorang personel itu masih disahkan tidak sihat setelah
menghabiskan CS sebanyak 20 hari:
2.5.1. Pendaftar UIM boleh memberinya lanjutan CS tidak melebihi
60 hari.
2.5.2. Sekiranya masih disahkan tidak sihat, Presiden UIM boleh
melanjutkan CS tidak melebihi 60 hari lagi.
2.5.3. Sekiranya masih disahkan tidak sihat, UIM boleh memberikan
personel tersebut apa-apa CRT yang masih berbaki.
2.5.4. Sekiranya CRT telah digunakan sepenuhnya, gaji personel
beserta imbuhan akan ditolak mengikut formula di perenggan
C(iii) di atas.
10
2.6. Personel yang sakit semasa Cuti Tanpa Gaji (CTG) tidak layak mendapat
CS.
2.7. Personel yang sakit semasa CRT layak mendapat CS selama masa
diperakui oleh Klinik Panel sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang
baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya
selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas
jika diperlukan oleh UIM.
2.8. Personel yang telah menghabiskan CS selama 140 hari dan juga telah
menghabiskan baki CRT, boleh diberi cuti sakit lanjutan dengan
perakuan Panel Perubatan seperti berikut:
2.8.1. Cuti separuh gaji (CSG) sehingga had maksimum 90 hari;
2.8.2. Diikuti dengan cuti tanpa gaji sehingga had maksimum selama
90 hari dan dalam tempoh ini, dengan atas budi bicara Presiden
UIM boleh memberi Elaun bersamaan separuh gaji pokok.
2.8.3. Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua, selepas
tempoh tersebut jika personel masih belum sembuh, personel
berkenaan boleh ditamatkan perkhidmatan.
2.9. Personel boleh mendapatkan CS tidak melebihi 3 hari setahun setiap
kategori untuk urusan sakit tenat/ kronik ahli keluarga terdekat iaitu:
o Kategori 1 - ibu bapa/ ibu bapa mertua
o Kategori 2 - suami atau isteri
o Kategori 3 - anak kandung/ anak tiri/ anak angkat di bawah umur 18
tahun.
MC yang menjelaskan keadaan tenat/ kronik ahli keluarga tersebut
mesti dikemukakan kepada pegawai atasan.
11
2.10. Personel yang tercedera ketika sedang menjalankan tugas rasmi
termasuk pergi dan balik ke pejabat mengikut laluan yang munasabah,
akan dibenarkan cuti sakit kecederaan (CSK) tidak melebihi 90 hari.
2.10.1. Sekiranya CSK telah habis, personel boleh diberi tambahan cuti
bergaji penuh tidak melebihi 90 hari dengan perakuan Panel
Perubatan untuk pulih semula.
2.10.2. Sekiranya masih belum pulih, personel hendaklah menggunakan
CRT yang berbaki.
2.10.3. Sekiranya selepas itu masih belum pulih semula atau tiada
harapan untuk pulih dengan perakuan Panel Perubatan,
personel akan diberi tambahan cuti bergaji penuh ke tarikh
penamatan perkhidmatan di UIM, oleh UIM, dengan kuasa
tertentu.
2.11. Personel perlu memaklumkan secara terus atau berwakil (melalui
panggilan telefon, sms, e-mail atau faks) kepada pegawai atasannya,
seberapa segera dalam tempoh tidak melebihi 2 jam dari bermulanya
waktu pejabat pada hari pertama CS atau CSK.
12
3. Cuti Bersalin (CB)
3.1. Seseorang personel wanita layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh
tidak melebihi 90 hari setiap kelahiran dan maksimum 300 hari di
sepanjang tempoh perkhidmatan.
3.2. Cuti bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Namun personel boleh
memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin
iaitu pada pada bila-bila masa dalam tempoh 14 Hari dari tarikh dijangka
bersalin.
3.3. Permohonan CB yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan melalui
saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari bekerja dari
tarikh mula CB.
3.4. Personel yang telah diluluskan CB harus melaksanakan prosedur serah-
tugasan kepada pegawai lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang
munasabah sebelum tarikh mula CB.
3.5. Personel atau wakil mesti memaklumkan tarikh kelahiran bayi kepada
Ketua Jabatan dan BSM.
13
4. Cuti Haji (CH)
4.1. Presiden UIM boleh meluluskan permohonan cuti Haji bergaji penuh
selama 45 Hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am
kepada personel yang beragama Islam, sekali dalam perkhidmatan.
4.2. CH hanya boleh diluluskan tertakluk kepada syarat bahawa personel itu
berjawatan Tetap dan telah disahkan jawatan. Presiden juga boleh
menimbang cuti haji kepada personel yang bukan berjawatan tetap.
4.3. Permohonan CH yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan
melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari
bekerja dari tarikh mula CH.
4.4. Personel yang telah diluluskan CH harus melaksanakan prosedur serah-
tugasan kepada pegawai lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang
munasabah sebelum tarikh mula CH.
4.5. Presiden boleh memberi personel terbabit apa-apa CRT yang masih
berbaki jika tempoh CH perlu ditambah. Jika CRT telah digunakan
sepenuhnya, gaji personel beserta imbuhan akan ditolak mengikut
perenggan C(iii) di atas.
14
5. Cuti Berceramah (CBC)
5.1. Personel yang dipilih atau diperakui oleh UIM untuk membentangkan
kertas kerja, berkursus, berceramah atau kajian, boleh diberi cuti (CBC)
bagi jangkamasa berikut:
5.1.1. Bagi tempoh yang diperakui sah oleh pegawai atasan untuk
berkursus/berceramah tersebut;
5.2. Permohonan CBC yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan
melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari
bekerja dari tarikh mula CBC.
5.3. Laporan kursus, pembentangan, kajian atau seumpamanya perlu
dikemukakan sekembalinya personel dari CBC.
15
6. Cuti Tanpa Rekod
Cuti Tanpa Rekod (CTR) boleh diluluskan kepada personel bagi urusan kematian
keluarga terdekat, cuti isteri bersalin, peperiksaan atau berkursus, menghadiri
mahkamah sebagai saksi, mewakili universiti atau negara dalam sesuatu acara,
cuti kuarantin dan cuti gantian.
6.1. Cuti Bersalin Paterniti (CTR-B)
6.1.1. Personel lelaki boleh diberi kemudahan cuti CTR-B selama 6 hari
mulai tarikh isteri mereka bersalin.
6.1.2. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-B ini hendaklah
mengemukakan salinan bukti atau sijil lahir anak kepada BSM
untuk tujuan pengesahan.
6.2. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat (CTR-K)
6.2.1. CTR-K diberi sebanyak 3 hari, bertujuan membolehkan personel
menguruskan urusan pengkebumian dan perasaan yang
dikaitkan dengan kematian ahli keluarga yang terdekat iaitu:
o ibu bapa/ ibu bapa mertua
o suami atau isteri
o anak kandung/ anak tiri/ anak angkat (dengan sijil)
o ibu angkat/ datuk nenek/ penjaga (sebelum umur 18 tahun).
6.2.2. CTR-K dianggap terlunas pada tarikh kematian ahli keluarga
terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan
meninggal dunia selepas waktu pejabat.
16
6.2.3. Personel yang melunaskan CTR-K ini hendaklah mengemukakan
salinan bukti kematian ahli keluarga terdekat kepada BSM untuk
tujuan pengesahan dalam tempoh 3 hari.
6.3. Cuti Peperiksaan/ Kursus (CTR-P)
6.3.1. Kemudahan CTR-P diberikan untuk membolehkan personel
memasuki sebarang peperiksaan atau menghadiri kursus yang
dianggap boleh memperbaiki prestasi personel tersebut.
6.3.2. CTR-P dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan
atau kursus itu sahaja.
6.3.3. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-P ini hendaklah
mengemukakan salinan bukti menduduki peperiksaan atau
kursus kepada pegawai atasan.
6.4. Cuti Menghadiri Mahkamah Sebagai Saksi (CTR-S)
6.4.1. Personel yang disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi
pihak kerajaan atau bukan kerajaan boleh diberi pelepasan
meninggalkan pejabat bagi tempoh diperlukan jika menghadiri
mahkamah.
6.4.2. Tambahan CTR-S sehari sebelum dan selepas bagi maksud
perjalanan boleh diluluskan jika personel menghadiri
mahkamah di luar kawasan.
6.4.3. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-S ini hendaklah
mengemukakan salinan bukti kehadiran sebagai saksi kepada
pegawai atasan untuk tujuan pengesahan.
17
6.5. Cuti Mewakili Di Dalam Acara/ Badan Profesional/ Olahraga/(CTR-W)
6.5.1. Personel yang diplih untuk mewakili UIM atau Malaysia atau
badan profesional dalam acara atau perjumpaan samada di
peringkat tempatan maupun antarabangsa, boleh diberi cuti
tanpa rekod.
6.5.2. CTR-W hanya diberi bagi hari yang betul-betul diperlukan
mengambil bahagian dalam acara tersebut sahaja tetapi tidak
melebihi 10 hari dan tidak melebihi 2 acara dalam setahun.
6.5.3. Personel perlu memaklumkan hasrat menggunakan kemudahan
CTR-W kepada Ketua Jabatan/Bahagian dan BSM.
6.6. Cuti Kuarantin (CQ)
6.6.1. Personel yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari
luarnegara atau di dalam negara atau berada di mana-mana
kawasan di dalam negara, yang ditahan di stesen kuarantin atau
rumah oleh pihak berkuasa kesihatan kerana berlaku wabak
penyakit, mesti mengambil Cuti Kuarantin (CQ).
6.6.2. Tempoh penahanan seseorang personel (di pusat
kuarantin/rumah) yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa
kesihatan, dikira sebagai CQ dengan gaji penuh.
6.6.3. CQ mesti disokong dengan surat pihak berkuasa kesihatan dan
tidak ditolak dari kelayakan CRT.
6.6.4. Personel perlu memaklumkan status CQ dari semasa ke semasa
kepada Ketua Jabatan/ Bahagian dan BSM.
18
6.7. Cuti Gantian (CG)
6.7.1. Personel yang diarahkan Ketua Jabatan/ Bahagian datang
bertugas selepas jam 6 petang hari bekerja, atau pada hari cuti
umum atau cuti hujung minggu, boleh diberikan cuti gantian
(CG).
6.7.2. Personel gred UP6 ke bawah mempunyai pilihan samada
mengambil CG atau upah kerja lebihmasa (OT).
6.7.3. Bagi setiap 8 jam tugasan lebih masa yang disahkan dengan
bukti rekod kehadiran, personel layak menuntut CG 1 hari.
6.7.4. CG boleh dilunaskan pada bila-bila masa dalam tahun semasa
sahaja.
6.7.5. Personel perlu memaklumkan hasrat melunaskan CG kepada
Ketua Jabatan/ Bahagian dan BSM.
19
7. Cuti Separuh Gaji (CSG)
7.1. Presiden UIM boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada personel atas
sebab kesihatan kronik ahli keluarga terdekat iaitu suami/ isteri, anak
kandung/ tiri/ angkat, ibubapa dan ibubapa mertua.
7.2. Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi
tiap-tiap tahun genap perkhidmatan tetapi tidak boleh melebihi 180
hari.
7.3. CSG tidak boleh diberi kepada personel wanita atas sebab-sebab bersalin
(sila rujuk maklumat di atas untuk kelayakan CB)
20
8. Cuti Tanpa Gaji (CTG)
8.1. Presiden UIM boleh meluluskan Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada personel
bertaraf Tetap atas sebab-sebab yang munasabah.
8.2. CTG di dalam atau di luar Malaysia boleh diluluskan bila personel itu
telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan telah
mengambil semua CRT yang ia berkelayakan.
8.3. Jumlah CTG yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap
genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.
8.4. Permohonan CTG yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan
melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari
bekerja dari tarikh mula CTG.
8.5. Personel yang telah diluluskan CTG harus melaksanakan prosedur serah-
tugasan kepada personel lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang
munasabah sebelum tarikh mula CTG.
8.6. CTG hendaklah digunakan atas sebab-sebab yang telah diluluskan
semasa memohon. Sekiranya disyaki atau didapati CTG disalahgunakan,
Presiden UIM berhak menamatkan kelayakan CTG dan tindakan
tatatertib boleh diambil.
Disediakan oleh: Pejabat Pendaftar
21
22