Post on 05-Apr-2018
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
1/30
2.0 PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur
saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya saya telah berjaya
menyiapkan buku log ini.
Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu puan
Arne Suzila yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan tugasan buku log ini.
Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama mengambil kursus
pengurusan kokurikulum ini yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya.
Buat keluarga yang tersayang, mak, abah terima kasih kerana tidak pernah putus dalam
memberikan semangat dan berdoa kepada saya walaupun kalian berada di kejauhan.
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Kalian semua tetap dihati.
Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
yang tidak dapat saya sebutkan di sini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.
Saya berharap agar dapat semua ilmu yang diperolehi melalui kursus ini dapat saya manfaatkan
pada masa akan datang.
Sekian , terima kasih.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
2/30
3.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM
3.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
3.1.1 Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan
rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan
untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat
untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini
telah diterbitkan dalam tahun 1979.
3.1.2 Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada
keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem
Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka
kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan.
Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu
sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal
satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamat sendiri.
3.1.3 Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
3/30
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini
dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan
berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan
dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan
dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan
secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu
dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
3.1.4 Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah
ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
4/30
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang
kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum
baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; (i) Memperluaskan
pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; (j)
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (m)
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan
mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-
sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula,
beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya
hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa PusatKurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat
Perkembangan Kurikulum.
3.1.5 Penutup
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
5/30
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara
buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara
perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-
keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan,
dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari
segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai
rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata
kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang
menekankan penyertaan swasta secara aktif.
3.2 OBJEKTIF KOKURIKULUM
1) Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
2) Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan
emosi murid-murid;
3) Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan
di antara sekolah;
4) Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
5) Membina dan meningkatkan disiplin murid;
6) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
7) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat;
8) Mewujudkan sekolah berwatak.
9) Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.
10) Mengukuhkan integrasi nasional.
3.3 Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi
pelaksanaannya:
1) Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
6/30
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
2) Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab
sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara
individu atau kumpulan;
3) Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
4) Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
5) Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa
Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
6) Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
7) Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
8) Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
9) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa
10) Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam
aktiviti kokurikulum.
11) Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang
Dikehendaki.
3.3.1 Panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform
(d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan
oleh Menteri
Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi
kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori
berikut:-
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997)
(b) hobi dan rekreasi;
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
7/30
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar
3.3.2 Status perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap
orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid
hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerak kerja
pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan
sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid
dalam kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan.
2 .Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan
gerak kerja kokurikulum di sekolah.
3 .Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian
dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong
memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan
perpaduan kaum, ketatanegaraan moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian
4 .Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
5.Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran
murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
6.Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan
dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.
3.3.3 Peruntukan Masa.
a) Sekolah Menengah.
Tingkatan Aliran Peruntukan Masa.
Peralihan,1,2,3,6 180 minit seminggu
Sastera.
SRT.
180 minit seminggu.
180 minit seminggu.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
8/30
4 &5 Perdagangan.
Sains.
Pertanian.
Teknik
180 minit seminggu.
180 minit seminggu.
140 minit seminggu.
100 minit seminggu.
b) Sekolah Rendah.
Tahun Peruntukan Masa
3&4 60 minit seminggu.5&6 120 minit seminggu.
3.3.4 Impak Kegiatan Kokurikulum
(a) mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi
di bilik darjah;
(b) mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi melalui pembelajaran formal di bilik darjah;
(c) mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan
dipelajari dalam bilik darjah;
(d) melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri
sendiri;
(e) berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar untuk
mengukuhi keinsafan tentang hakikat kewujudan dan
menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta menyedari
kebertanggungjawab diri sendiri ke atas kelestarian dan
kesejahteraan alam semula jadi;
(f) mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam
bidang-bidang yang diceburi
(g) mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan individu lain
mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan yangluhur;
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
9/30
(h) mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, kerjasama,
permuafakatan dan semangat sepasukan;
(i) menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan, ketabahan
dan kecekalan menghadapi masalah dan cabaran;
(j) memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang
baru untuk memajukan diri sendiri dan rakan-rakan;
(k) memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran baru
yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah;
(l) meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan dalam bidangbidang
yang diminati;
(m) memperluaskan persepsi dan pandangan hidup.
3.4 PENILAIAN AKTIVITI 10% KOKURIKULUM SEKOLAH.
Pendahuluan
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab
dan Persatuan serta Sukan dan Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan
aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana perananya
sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi
mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah
yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah
kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukkan ke institusi-
institusi pengajian tinggi tempatan.
Rasional
Penilaian kegiatan kokurikulum pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu
sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian
markah kepada pelajar. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur
ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
10/30
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam
kegiatan kokurikulum. Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi
markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Objektif
1. Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai
oleh semua sekolah.
2. Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-
pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.
3. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum.
Garis panduan semasa melaksanakan penilaian kokurikulum sekolah
Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:
a. Perancangan yang jelas
b. Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.
c. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum
d. Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum
e. Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.
1. Gambar pelajar dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian.
2. Semua pelajar mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan Buku
Rekod Penilaian Kokurikulum.
3. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan
data pencapaian pelajar.
4. Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat/pemimpin dan
guru tingkatan.
5. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.
6. Memastikan semua pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform,
Persatuan/Kelab, dan Sukan permainan.
7. Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
11/30
8. Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi
guru penasihat dalam bidang tersebut.
9. Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.
10. PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala
Penilaian aktiviti kokurikulum
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Kehadiran 50 markah
2. Jawatan disandang 10 markah
3. Penglibatan 20 markah
4. Pencapaian 20 markah
Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk
menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang
maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil
kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan
peruntukan masa 2 jam (mengikut kursus).
Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain
dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam
pengetahuan pihak sekolah.
Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan
setahun, Kelab / Persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan Kelab Sukan Permainan 12 kali
perjumpaan setahun.
Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran pelajar = a
Jumlah Perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit, wakil sekolah dll)
Markah kehadiran = a x 50
b c
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
12/30
3.5.1 PROSEDUR PENYEDIAAN KERTAS KERJA
Kertas Kerja
Penyediaan Laporan dan Kertas Kerja
1. Keberkesanan sesebuah organisasi bergantung kepada maklumat yang bergerak kepada
mereka yang terlibat dalam organisasi tersebut.
2. Perlaksanaan keputusan sesuatu urusan penting bergantung kepada maklumat yang
dimiliki oleh sebuah organisasi.
3. Laporan dan kertas kerja selalu digunakan untuk menyalurkan maklumat yang
diperlukan dan pegawai perlu mempunyai pengetahuan yang baik di dalam menulis
laporan dan kertas kerja.
4. Penyediaan laporan dan kertas kerja yang menepati kehendak boss bukanlah kerja
yang mudah.
5. Kajian menunjukkan penyediaan yang tepat, jelas, padat. concise dan meyakinkan
dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi.
Proses Penulisan Laporan dan Kertas Kerja
1. Keperluan kepada laporan dan kertas kerja.
2. Mengenalpasti tugasan penulisan.
3. Merancang penulisan.
4. Mengumpul data.
5. Menderaf laporan.
6. Menyunting deraf.
7. Mempersembahkan laporan dan kertas kerja.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
13/30
PERKARA KRITERIA
Format AmPenyediaan
Kertas Kerja
Kertas saiz A4 berwarna putih dan hanya sebelah muka surat sahaja digunakan
Page set up : Bentuk Potrait
Font ; jenis Arial, Tahoma atau Century Gothic
Saiz Font : 12
Spacing : 1.5
Margin :1
Align Justify
Meletakkan nombor halaman muka surat
Maksimumkan muka surat
Setiap tajuk di hitamkan bold dan mempunyai nombor.
Penggunaan perkataan Inggeris perlu Italic.
Kertas kerja hanya perlu di stapler sahaja tanpa di binding.
Format Kulit
Luar
Latarbelakang perlu berwarna putih
Logo UPSI di bahagian tengah (atas)
Kulit luar perlu mempunyai butiran seperti berikut :
Tajuk
Tarikh
Tempat dan
Anjuran
Kertas Kerja yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
Tujuan
Nyatakan tujuan anda menyediakan kertas kerja ini, contoh seperti berikut :
Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti/ program dan bantuan kewangan
daripada Y. Bhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Mendapatkan kelulusan mengutip derma luar dan penajaan daripada Jabatan
Pengurusan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sekiranya
berkaitan).
Memohon kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.
1.Pengenalan/ Pendahuluan
Latarbelakang aktiviti/ program
Jika program melibatkan kerjasama pihak luar, maklumkan kepentingan dan beri
justifikasi
2.Objektif
Sekurang-kurangnya empat (4) objektif yang mempunyai maksud yang jelas dan
huraian yang baik.
Perlu dihubungkaitkan dengan matlamat sesuatu program jika bekerjasama dengan
pihak luar.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
14/30
3.5.2 BUKU LOG MINGGUAN
Aktiviti : Pembahagian ahli kumpulan, mesyuarat agung pertama,
Tarikh : 31/12/2009
Tempat : Dewan Rahman Talib
Peranan : Pelajar.
Masa : 5.00-7.00 petang
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
15/30
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat.
Perincian aktiviti : Pn Arne Suzila memperkenalkan diri dan menerangkan serba sedikit
tentang kursus ini. Beliau juga membahagikan semua ahli kursus ini kepada lima kumpulan dan
mesyuarat agung kali pertama telah dijalankan.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 31/12/2009, saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang
pertama. Kuliah kami bermula pada jam 5.00 petang dan bertempat di dewan Rahman
Talib.
Semasa saya tiba semua pelajar sudah memenuhi dewan tersebut, namun terdapat juga
segelintir pelajar yang tiba melebihi pukul 5.00 petang. Selepas menunggu hampir 15
minit, pensyarah kursus ini memulakan kuliah dan memperkenalkan diri beliau sebagai
pn Arne Suzila.
Kemudian beliau memulakan kuliah dengan memberikan taklimat serba sedikit
mengenai kursus ini. Kursus ini dihadiri oleh lebih kurang 250 orang pelajar yang
kebanyakkannya terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2 ambilan 2009/2010. Selepas
itu Pn Arne membahagikan kami kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada
50 orang pelajar.
Selepas pembahagian kumpulan dilakukan, setiap kumpulan telah ditugaskan untuk
menjalankan satu aktiviti yang berkaitan dengan kokurikum yang telah ditetapkan oleh
Pn Arne Suzila iaitu seperti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan.
Kumpulan saya iaitu kumpulan ke-3 telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan
aktiviti kelab dan hobi. Pada mulanya saya tidak meminati tugas kelab dan hobi kerana
saya lebih meminati aktiviti badan berunifom namun demi tanggungjawab yang telah
diberikan, saya berusaha sebaik yang mungkin untuk memberikan kerjasama
berkumpulan seperti mana yang diharapkan melalui objektif utama yang ingin
diterapkan melalui kursus ini iaitu kerjasama berkumpulan.
Selepas pembahagian tugas dan ahli kumpulan, kami diminta untuk mengadakan,
mesyuarat agung kali pertama dan seorang wakil daripada ahli kumpulan kami dengan
sukarelanya telah mewakilkan diri untuk mengendalikan proses memilih calon
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
16/30
pengerusi,naib pengerusi,setiausaha,naib setiausaha,bendahari, naib bendahari dan ajk-
ajk lain.
Kemudian undian pun dijalankan untuk memilih calon-calon tersebut. Pemilihan ajk-ajk
tertinggi telah dijalankan dengan mengambil kira pandangan serta pendapat dari semua
pihak. Langkah ini sangat sesuai digunakan kerana dengan mengambil kira pandangan
pihak, proses pemilihan dapat dijalankan dengan adil dan telus.
Selepas semua ajk dipilih seterusnya kami membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan tema yang kami perolehi. Beberapa aktiviti telah dicadangkan oleh ahli
kumpulan kami. Masing-masing memberikan pendapat yang bijak dan menarik. Antara
cadangan yang diutarakan ialah pameran hobi, pertandingan fesyen, perlawanan boling
dan juga pertandingan rock climbing.
Namun selepas meminta pandangan semua pihak, satu kata putus telah dicapai, iaitu
kumpulan kami akan mengadakan aktiviti Malam Citrawarna 1 Malaysia. Pengisian
aktiviti bagi malm tersebut akan dibincangkan pada pertemuan yang seterusnya.
Mesyuarat kami tamat pada jam 7.00 petang. Kemudian kami bersuarai dan dibenarkan
pulang.
Aktiviti : Kuliah pengurusan kokurikulum daripada Pn Arne dan perjumpaan ahli
kumpulan.
Tarikh : 7/1/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib.
Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3
Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam)
Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan sedikit kuliah mengenai pengurusan dan
pengelolaan kokurikulum. Perjumpaan ahli kumpulan 3.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 7/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang
kedua. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang bertempat di dewan Rahman Talib.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
17/30
Sementara menunggu kehadiran pelajar, pn Arne Suzila mempersiapkan persediaan
untuk kuliah pada minggu tersebut.
Selepas 15 minit kemudian, pensyarah kami iaitu Pn Arne masuk dan memulakan
kuliah. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pengurusan dan pengelolaan
kokurikulum.
Melalui kuliah ini saya mengetahui maksud kokurikulum, sejarah aktiviti kokurikulum
dan konsep perlaksanaannya. sebelum ini, saya langsung tidak mengambil tahu tentang
sejarah kokurikulum kerana bagi saya ianya tidak penting untuk diketahui namun kursus
ini telah mengajar saya untuk menyelami akan sejarah kokurikulum yang sebelum ini
tidak saya ketahui.
Selain daripada itu kuliah ini turut membincangkan tentang matlamat-matlamat
diadakan aktiviti kokurikulum ini. Antaranya meningkatkan disiplin pelajar, menyemai
perasaan muhibbah, pengisian masa yang berfaedah, memupuk dan menanam aspek
kepimpinan dalam diri pelajar-pelajar dan sebagainya.
Dalam pada itu kuliah ini turut memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan
di sekolah-sekolah, antaranya kawad kaki, perkhemahan, gotong-royong, perbahasan
dan lain-lain. Selain itu kami turut didedahkan dengan jenis-jenis mesyuarat yang biasa
dijalankan antaranya mesyuarat jawatankuasa, mesyuarat agung, mesyuarat khas dan
sebagainya.
Peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat, senarai semak tatacara dan
pengendalian, minit mesyuarat dan bonus tindakan susulan. Pada akhir kuliah Pn Arne
memberi sedikit penerangan mengenai cara-cara untuk menyediakan buku log individu
bagi kursus pengurusan kokurikulum ini.
Selepas kuliah tamat pada pukul 6 petang, kami dibenarkan untuk berada dalam
kumpulan masing-masing untuk membincangkan perjalanan aktiviti yang telah
dipertanggungjawabkan kepada kumpulan kami.
Pada perjumpaan kali ini kami telah memilih ketua ajk keselamatan, protokol, publisiti,
makanan dan lain-lain. Tujuan bagi jawatan ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan
persiapan aktiviti Malam Citrawarna 1 Malaysia supaya ianya berjalan dengan lancar.
Selain itu kami turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada malam
tersebut. Kemudian setiausaha mencatat minit mesyuarat dan kata putus dari semua ahli
dicapai. Kedatangan turut diambil.
Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai dan dibenarkan pulang.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
18/30
Aktiviti :Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3
Tarikh : 14/1/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib.
Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3.
Masa : 5.00-7.00 petang.
Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Pn. Arne memberikan kuliah mengenai penubuhan Kelab dan
Persatuan serta perjumpaan ahli kumpulan 3.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 14/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bagi kali yang ketiga.
Kuliah tersebut bertempat di Dewan Rahman Talib.
Kuliah bermula pada jam 5.00 petang. Pn Arne tiba tepat jam 5.00 petang dan beliau
telah memulakan kuliah pada pukul 5.10 petang.
Kuliah pada minggu tersebut telah membincangkan tentang aktiviti penubuhan kelab
dan persatuan. Definisi kelab ialah perkumpulan yang berasaskan sesuatu aktiviti utama
yang tertentu dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran,
kerjaya atau latarbelakang yang sama. Persatuan pula bermaksud perkumpulan atau
gabungan individu yang mempunyai matlamat yang sama.
Selain itu kuliah ini turut membincangkan keanggotaan kelab dan persatuan, kategori
dan peraturan serta undang-undang dalam penubuhan kelab dan persatuan. Antara
peraturannya ialah pengetua meluluskan penubuhan tersebut, permohonan hendaklah
dimajukan dan sebagainya. Dalam pada itu didalam kuliah ini kami turut mempelajari
kaedah-kaedah penubuhan kelab dan persatuan. Antara kaedahnya ialah menubuhkan
jawatankuasa penaja, mengemukakan surat pemohonan, mengadakan mesyuarat agung
selepas mendapat kelulusan, memajukan surat pengesahan penubuhan, mendaftar ahli
dan sebagainya.
Kemudian kuliah tamat dan kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing.
Dalam perjumpaan kali ini pengerusi membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
19/30
Sebelum bersurai, perjumpaan minggu tersebut juga turut melantik ajk-ajk bawahan
bagi membantu ajk atasan menjalankan tugas. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas
masing-masing dan ditempat dibawah salah satu biro. Saya sendiri telah ditempatkan di
bawah ajk keselamatan. Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai
dan dibenarkan pulang.
Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan kumpulan 3
Tarikh : 21/1/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib
Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3.
Masa : 5.00-7.00 petang
Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan tiga berkenaan aktiviti Malam
Citrawarna 1 Malaysia.
.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 21/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum. Bermula pada jam
5.00 petang dan bertempat di dewan Rahman Talib. Tepat jam 5.15 petang Pn Arne
telah memberi kuliah mengenai perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Seperti selalunya,
Pn Arne nampak tenang dan ceria menyampaikan kuliah.
Di dalam kuliah ini membincangkan peraturan pendidikan kokurikulum kebangsaan
1977. Selain itu ciri-ciri penting kokurikulum seperti dirancang, lanjutan proses
pengajaran dan pembelajaran serta memberi peluang untuk memantap dan memperkaya
pengetahuan kemahiran dan nilai-nilai murni. Kuliah ini turut membincangkan tentang
sub-sub peraturan.
Pn Arne turut menyentuh tentang strategi perlaksanaan kokurikulum. Antaranya ialah
menetapkan matlamat dan objektif,menetapkan aktiviti yang jelas dan menarik,
menyediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi , sediakan prasarana dan
lokasi yang sesuai, menyediakan pegawai yang cekap dan mencukupi, mewujudkan
eleman penghargaan dan pengiktirafan, membina rangkaian kerjasama dan sebagainya.
Terdapat tiga peringkat dalam perlaksanaan kokurikulum iaitu praperlaksanaan,
perlaksanaan dan pascaperlaksanaan. Dalam praperlaksanaan terdapat kepegawaian,
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
20/30
kemudahan asas dan peralatan, pendokumentasian serta perlaksanaan. Di dalam
perlaksanaan terdapat pendaftaran pegawai dan peserta , taklimat dan
sebagainya.Pascaperlaksanaan pula terdapat penilaian, pengurusan, pendokumentasian
dan sebagainya.
Selepas kuliah tamat kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing. Dalam
perjumpaan kali ini kami membincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti kumpulan kami. Selain itu, setiap ahli kumpulan menjalankan
tugas masing-masing. Ajk atasan memberikan taklimat kepada ajk bawahan mengenai
bidang tugas masing-masing.
Pada jam 7.00 petang kami bersurai dan dibenarkan pulang.
Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3.
Tarikh :28/1/2010.
Tempat :Dewan Rahman Talib.
Peranan :Pelajar Dan ahli kumpulan 3.
Masa :5.00-7.00 petang
Gaya Latihan :Hormat-menghormati,mendengar dan memberi pendapat,bertolak
Ansur dan komunikasi.
Perincian Aktiviti :Pn.Arni memberi kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya
yang dipraktikan :
Pada 28/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulam. Bermula
jam 5 petang bertempat di dewan Rahman Talib . Seperti miggu-minggu yang
sebelumnya, tepat jam 5.10 petang Pn.Arni memulakan kuliah.
Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab
jawatankuasa pegurusan kokurikulum sekolah. Terdapat beberapa jawatankuasa dalam
pegurusan kokurikulum. Antaranya pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong
setiausaha, bendahari, penolong bendahari, dan ahli jawatankuasa lain.
Antara tugas pengerusi ialah mempengerusikan semua mesyuarat, meneliti catatan minit
mesyuarat dan tugas-tugas lain. Timbalan pengerusi berperanan membantu pengerusi
menjalankan tugas yang diberikan dan mengantikan pengerusi sekira ketiadaannya.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
21/30
Setiausaha pula bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat, mencatat minit
mesyuarat, mencatat kehadiran ahli dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan. Bagi penolong setiausaha beliau bertanggungjawab dalam segala tugas yang
di pertanggungjawabkan dan mengantikan setiausaha jika ketiadaannya.
Tugas bendahari pula berperanan dalam urusan kewangan persatuan, menbuat dan
menyimpan kira- kira, melaporkan kewangan terkini dan menyediakan loporan
kewangan untuk di audit dan di bentangkan. Penolong bendahari mengantikan
bendahari ketika ketiadaannya.
Tugas ahli jawatankuasa pula ialah membantu melaksanakan segala tugas dalam aktiviti
kokurikulum dan mengetuai sesuatu biro sekiranya di lantik. Semua jawatankuasa
menjalankan tugas-tugas lain dari guru penasihat dari semasa ke semasa.
Selepas kuliah tamat kami di benarkan berada dalam kumpulan masing-masing.
kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan pada
malam citrawarna 1 Malaysia. Setiausaha mencatat minit mesyuarat dan mengambil
kedatangan ahli. Ahli jawatankuasa bawahan diberitahu tugas masing- masing.
Pada jam 7 petang mesyuarat tamat dan kami dibenarkan bersurai.
Aktiviti : Kuliah .
Tarikh : 4/2/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib.
Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3.
Masa : 5.00-7.00 petang
Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat,
kerjasama.
Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan kuliah mengenai surat-menyurat dan fail.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya
yang dipraktikan :
Pada 4/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bertempat di
Dewan Rahman Talib. Bermula jam 5 petang kuliah pun bermula.
Kuliah bermula apabila Pn Arne membincangkan tentang peranan setiausaha sebagai
nadi penggerak kepada sesebuah organisasi. Melalui kuliah ini saya mengetahui bahawa
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
22/30
pengurusan pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat. Segala bentuk
urusan hendaklah mempunyai hitam dan putih.
Pn Arne turut menyentuh tentang pengurusan surat-menyurat. Antaranya penerimaan
surat iaitu melayani surat-surat yang diterima dan memeriksa surat-surat masuk.
Merekod surat-surat yang masuk, dan minit fail. Selain itu pensyarah kami turut
menjelaskan cara-cara menulis surat rasmi yang betul. Kami turut diajar cara-cara untuk
mengirim surat ke jabatan lain, orang ramai, dan sebagainya.Dalam pada itu terdapat
juga sistem fail iaitu sebahagian daripada pengurusan rekod yang melibatkan urusan
penyusunan dan menyimpan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan
diperolehi dengan cepat apabila dikehendaki. Sistem fail yang baik mempunyai
kepadatan,fleksibiliti, ekonomi, lokasi rujukan silang dan sebagainya. Kegunaan rekod
adalah sebagai bahan sejarah, bukti, rujukan dan penyelidikan. Kami turut diberitahu
tentang cara-cara untuk menguruskan rekod, memelihara rekod, serta menjaga dan
menyimpan rekod.
Selepas tamat kuliah Pn Arne memberi peluang kepada setiap ketua kumpulan untuk
membentang aktiviti yang akan mereka jalankan. Setiap ketua kumpulan tampil dan
memberikan penerangan mengenai aktiviti mereka.
Kuliah tamat pada jam 7 petang dan bersurai. Kemudian kami dibenarkan pulang.
Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3.
Tarikh : 25/2/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib.
Masa : 5-7 petang
Peranan : Pelajar ahli kumpulan 3
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian Aktiviti : Puan Arne memberikan sedikit kuliah yang berkaitan dengan
pengiraan 10 peratus markah murid dalam aktiviti kokurikulum.
Perjumpaan ahli-ahli kumpulan 3.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
23/30
Pada 25/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum yang ketujuh.
Perjumpaan tersebut telah diadakan di Dewan Rahman Talib.
Kuliah bermula apabila Pn.Arne selaku pensyarah kami masuk. Sekitar jam 5.15 petang
kuliah pun bermula. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pemarkahan 10peratus murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum merangkumi aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan,
serta sukan dan permainan. Semuan aktiviti kokurikulum dijalankan di luar bilik darjah.
Kepentingan aktiviti ini adalah setara dengan kepentingan di dalam bilik darjah kerana
peranannya sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pada itu melalui kuliah ini turut dijelaskan tentang rasional perlaksanaan
pemarkahan ini. Antaranya ialah merangsang murid-murid bergiat lebih aktif dalam
kegiatan kokurikulum, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi
markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara dan murid-murid yang bercita-cita
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, dengan penglibatan aktiviti
kokurikulum yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran
untuk mencapai cita-cita mereka. Di dalam kuliah ini Pn Arne turut menunujukkan cara
untuk mengira markah murid-murid. Beberapa pengiraan telah ditunjukkan dan diajar.
Selepas Pn Arne menamatkan kuliahnya beliau membenarkan kami berada di dalam
kumpulan masing-masing. Kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti yang akan
diadakan pada 6/3/2010.
Ketua setiap biro mengingatkan dan mengarahkan anak-anak buahnya menjalankan
tanggungjawab yang teLah diberikan. Selain itu kumpulan kami turut mengutip yuran.
Setiap seorang ahli kumpulan kami dikehendaki membayar sebanyak RM10. Wang ini
akan digunakan sepenuhnya dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti.
Pada jam 7 petang perjumpaan kumpulan kami pun berakhir. Kami dibenarkan pulang
dan bersurai.
Aktiviti : Sukaneka anjuran kumpulan 4.
Tarikh : 28/2/2010
Tempat : Padang, depan pusat pengurusan kokurikulum.
Peranan : Peserta.
Tempoh : 8.00pagi-12.00 tengah hari
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
24/30
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan aktiviti sukaneka selaku
Kelab sukan dan rekreasi.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 28/2/2010 saya telah menyertai aktiviti sukaneka yang dianjurkan oleh kumpulan 4
selaku kelab sukan dan rekreasi. Aktiviti tersebut telah dijalankan di padang hadapan
pusat kokurikulum. Aktiviti ini mensasarkan pelajar-pelajar kursus pengurusan
kokurikulum di bawah bimbingan Pn Arne. Seramai lebih kurang 100 lebih orang
pelajar menyertai aktiviti ini.Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi setelah semua urusan
penyediaan selesai.Saya serta rakan-rakan kumpulan 3 yang lain telah hadir seawal jam
8.00 pagi.
Aktiviti pada pagi sabtu tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa daripada salah
seorang wakil pelajar.
Selepas tamat kami dikehendaki membuat sedikit senaman aerobik bagi aktiviti
pemanasan badan.
Kemudian setelah selesai aktiviti pun bermula. Terdapat beberapa aktiviti sukaneka
yang dianjurkan antaranya tarik tali,rebut kerusi,berkorban apa sahaja, cari gula dalam
tepung,C4 boom,belon air dan bayak lagi. Saya telah menyertai aktiviti C4 boom
bersama rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini menghendaki kami mengambil sebiji bola
tanpa menggunakan tangan sebaliknya dengan menggunakan tali.
Setiap ahli kumpulan perlu memberikan kerjasama. Kami telah mendapat tempat ketiga
dalam aktiviti ini.
Aktiviti diteruskan dengan sukaneka yang lain. Para peserta kelihatan begitu
bersemangat dan memberikan komitmen ynag terbaik walaupun terpaksa berpanas.
Masing-masing bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sekitar
jam 12.00 tengah hari semua aktiviti telah tamat.
Kami dikehendaki berkumpul untuk acara penyerahan hadiah kepada peserta- peserta
yang menang. Pn Arne selaku pensyarah kami menyampaikan hadiah kepada semua
pemenang.
Kemuadian beliau merasmikan majlis penutup bagi aktiviti sukaneka ini. Pada jam
12.30 tengah hari aktiviti tamat dan kami semua dibenarkan pulang. Saya berasa sangat
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
25/30
seronok kerana dapat menyertai aktiviti sebegini. Harap pada masa akan datang aktiviti
ini dapat dijalankan lagi.
Aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia.
Tarikh : 6/3/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib
Peranan : AJK Keselamatan
Masa : 8.00pm-11.00pm(3 jam)
Gaya latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia mempamerkan pakaian-pakaian
pelbagai etnik di Malaysia. Turut menayangkan montaj yang
berkaitan dengan 1 Malaysia dan mengadakan pertandingan fesyen
antara kumpulan.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 6/3/2010 kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah menganjurkan satu aktiviti yang
berkaitan dengan kebudayaan. Aktiviti tersebut telah diberi nama Malam Citrawarna 1
Malaysia.
Bertempat di Dewan Rahman Talib hari sabtu, semua pelajar-pelajar kursus pengurusan
kokurikulum kumpulan F,para instruktor dan pensyarah dijemput hadir. Majlis tersebut
telah diadakan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.
Selaku kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini, seawal jam 2.00 petang ahli-ahli
kumpulaan kami telah berkumpulan di dewan Rahman Talib bagi membuat persediaan
untuk majlis yang akan dijalankan pada malam tersebut.
Selaku ajk keselamatan saya bertanggungjawab dalam memastikan setiap orang dan
peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat. Saya juga telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakn pameran baju-baju tradisional yang telah
dipinjam daripada pusat kokurikulum.
Beberapa orang ajk lain telah sama-sama memberikan kerjasama dalam menyiapkan
pameran tersebut. Ajk-ajk lain pula sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Ada di
antara mereka yang meyedikan persiapan tempat, pentas,teknikal dan sebagainya.
Semua ahli kumpulan kami memberikan kerjasama yang tidak terhingga.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
26/30
Setelah semua persiapan tempat selesai kami dibenarkan pulang untuk mempersiapkan
diri untuk malam ini. Pengerusi kumpulan kami bertanggungjawab dalam menjaga
segala persiapan yang telah dibuat.
Pada jam 8.00 malam, saya selaku ajk keselamatan telah dipertanggungjawabkan untukmengendalikn pendaftaran pada malam tersebut bersama beberapa ajk yang lain.
Pendaftaran telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tidak lama selepas itu dalam jam 8.20 malam, Pn Arne selaku pensyarah kumpulan
kami hadir bersama suami beliau dan diiringi oleh para instruktor. Kedatangan mereka
disambut dengan penuh hormat dan meriah oleh para hadirin.
Kemudian majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis. Selepas itu
bacaan doa oleh wakil pelajar. Setelah itu ucapan pengerusi program dan ucapan
daripada Pn Arne bagi merasmikan majlis pada malam tersebut.
Majlis bermula dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh oleh ahli kumpulan
kami.Setelah tayangan motaj tamat, persembahan yang dinanti-nantikan oleh setiap
hadirin dimulakan iaitu pertandingan fesyen antara kumpulan 1,2,4, dan 5. Pertunjukan
fesyen yang diadakan mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin.
Di dalam pertandingan ini setiap kumpulan dikehendaki menggayakan pakaian
tradisional yang telah dipilih. Setiap kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing.
Selepas selesai memperagakan pakaian masing-masing, Pn Arne telah diberi peluang
untuk memberikan komen berkenaan dengan persembahan yang telah diberikan oleh
setiap peserta. Di akhir juga, persembahan setiap kumpulan diajukan dengan beberapa
soalan yang berkaitan dengan 1 Malaysia.
Selepas dua kumpulan selesai membuat persembahan majlis diteruskan dengan
tayangan montaj yang kedua. Tayangan montaj tersebut ialah berkenaan dengan dasar 1
Malaysia yang telah dilancarkan oleh yang berhormat perdana menteri kita.
Majlis diteruskan dengan persembahan daripada kumpulan yang seterusnya. Setelah
tamat para hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian daripada ahli kumpulan
kami sendiri. Persembahan nyanyian itu sangat menarik dan bertenaga. Dalam pada itu
sementara menunggu persembahan tamat para juri sibuk mengira markah.
Kemudian persembahan pun tamat, acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada
para pemenang. Pn Arne telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selepas
itu para hadirin dijemput untuk menikmati sedikit kudapan daripada pihak penganjur.
Sekitar jam 11.00 majlis pun tamat. Para hadirin dibenarkan pulang. Kumpulan kami
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
27/30
dikehendaki tunggu sebentar untuk mengemas kembali dewan tersebut. Tidak sampai
setengah jam segalannya selesai. Kemudian kami bergambar beramai-ramai untuk
dijadikan kenangan.
Aktiviti : Eksplores.
Tarikh : 7/3/2010
Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Syah.
Peranan : Peserta
Tempoh : 3jam.
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum menjalankan aktiviti
eksplores di kampus.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 7/3/2010 salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum kami telah menganjurkan
aktiviti ekplorace. Aktiviti tersebut terbuka kepada semua pelajar kumpulan F kursus
pengurusan kokurikulum.
Aktiviti tersebut telah diadakan di kampus Sultan Abdul Jalil Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Bemula jam 8.00 pagi semua peserta diminta mendaftar ditempat yang
disediakan. Selepas pendaftaran selesai kami diberi sedikit sarapan pagi.
Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti bermula lebih kurang
jam 9.30 pagi selepas kami melakukan senamrobik
Semasa aktiviti kami dikehendaki bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Kami perlu melalui beberapa checkpoint yang telah ditetapkan berdasarkan klu yang
telah diberikan. Ahli kumpulan kami memberikan kerjasama dan bantu membantu
antara satu dengan yang lain.
Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Pada jam 11.00 pagi
aktiviti pun tamat. Semua peserta diminta berkumpul untuk acara penyampaian hadiah
dan acara penutup.
Pada jam 11.15 pagi, Pn Arne selaku pensyarah kami pun tiba. Beliau memberikan
sedikit ucapan,kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kumpulan
kami telah mendapat tempat ketiga dan kami berasa sangat gembira dan seronok.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
28/30
Saya berharap agar aktiviti sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akn datang.
Pada jam 12.00 tengah hari semuanya selesai dan kami dibenarkan pulang.
Aktiviti : Eksplorasi Alam.
Tarikh : 14/3/2010
Tempat : Proton City.
Peranan : Peserta.
Tempoh : 3 jam
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Kumpulan 2 menganjurkan pertandingan explorace di Proton City
melibatkan peserta-peserta daripada kumpulan 1,3,4, dan 5.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Pada 14/3/2010,saya telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh kumpulan 2
bagi kursus pengurusan kokurikulum. Kumpulan 2 telah menganjurkan program
explorasi alam.
Bertempat di Proton City, bermula jam 7.30 pagi saya dan semua peserta yang
menginap di Kolej Harunaminurrashid dikehendaki berkumpul di depan tempat
menunggu bas untuk bertolak ke proton city.
Selepas semua peserta mendaftarkan diri, dalam jam 8.00 pagi kami pun bertolak ke
sana. Setibanya kami di sana kami para peserta dikehendaki mendaftar sekali lagi.
Setelah semuanya siap kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi, tetapi sebelum pertandingan bermula kami
telah mengadakan senaman aerobik.
Selepas tamat, aktiviti pun bermula. Pertandingan ini memerlukan kerjasama
berpasukan yang tinggi. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 hingga 8 orang.
Pertandingan explores ini memerlukan setiap kumpulan melalui 5 checkpoint. Setiap
checkpoint terdapat halangan yang perlu ditempuh oleh setiap kumpulan. Antaranya
ialah memakan peria, menyanyi, menyapu tepung ke muka dan sebagainya.
Pertandingan mengambil masa lebih kurang selama satu jam.
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
29/30
Pada jam 11.00 pagi semua kumpulan telah berjaya menamatkan explorasi masing-
masing. Pada jam 11.10 pagi Pn Arne selaku pensyarah kursus pengurusan kokurikulum
kami pun tiba.
Kemudian acara perasmian pun bermula, Beliau merasmikan program tersebut. Selepasitu acara penyampaian hadiah pun bermula. Selepas itu kami pun menjamu selera
dengan makanan yang telah disediakan. Pada jam 12.30 tengah hari kami pun pulang.
Aktiviti :
Tarikh : 28/3/2010
Tempat : padang UPSI
Peranan : Peserta.
Tempoh : 6 jam
Gaya Latihan : hormat-menghormati, komunikasi, berani melontarkan pendapat, kerjasama.
Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan aktiviti berkumpulan melibatkan peserta-
peserta daripada kumpulan 1,3,4, dan 5.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Aktiviti sukaneka dijalankan oleh wakil dari kumpulan 4. Pelbagai aktiviti menarik
dijalankan, antaranya baling tepung, tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya.
Selain itu juga, ahli kumpulan 4 turut mengadakan pertandingan permainan tradisional
seperti pertandingan congkal, batu seremban dan sebgainya.
Peserta akan dibahagikan kepada beberapa orang mengikut permaiana yang mereka
terlibat. Setiap pelajar diberikan makanan percuma iaitu roti dan air.
Selepas selesai permainan, pemenang diumumkan. Kumpulan 3 telah memenangi
tempat yang ke-3 dan telah membawa pulang hamper.
Kami membahagikan hamper kepada setiap ahli kumpulan dan kami berasa sangat
gembira dan berpuas hati dengan kejayaan kumpulan 4 dalam menjayakan sesebuah
program.
Kami pulang pada jam 2.00 petang.
Aktiviti : Penghantaran buku log
7/31/2019 buku log pengurusan kokurikulum..
30/30
Tarikh : 1/4/2010
Tempat : Dewan Rahman Talib
Peranan : Peserta.
Tempoh : 2 jam
Gaya Latihan : amanah, bekerjasama
Perincian aktiviti : Pn Arne menilai dan menerima penghantaran buku log.
Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang
dipraktikan :
Puan Arne menilai tugasan individu melalui buku log individual tentang pengurusan
kokurikulum.
Semua pelajar hendaklah beratur mengikut kumpulan masing-masing untuk menghantar
tugasan tersebut.