Post on 14-Jan-2017
TINTA KETUA JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK
INFO UNIT HAEMOSTASIS KHUSUS JPMD
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Dalam kesibukan tugas harian, tanpa disedari
buletin Diagnostik telah memasuki tahun ke-2.
Diharapkan dengan penerbitan diagnostik, ia
sedikit sebanyak dapat memberi menafaat
kepada semua warga Pusat Perubatan UKM
sama ada dari segi perkhidmatan yang
ditawarkan serta perkembangan semasa
jabatan.
Jika di tahun pertama buletin Diagnostik
dicetak dan diedarkan melalui Ketua-ketua
Jabatan/ Ketua-ketua Unit, tahun ini kami
mengambil pendekatan melestarikan alam
semulajadi dengan kaedah elektronik dan
dicetak apabila perlu sahaja. Mulai edisi kali ini,
sebaran buletin adalah melalui laman sesawang
JPMD http://www.ppukm.ukm.my/jpmd/ dan
diedarkan melalui email kakitangan.
Diharapkan dengan kaedah ini, maklumat serta
perkembangan JPMD dapat disebarkan terus
kepada semua warga PPUKM.
Sekiranya terdapat sebarang maklumbalas,
komen atau info untuk dimasukkan dalam terbitan
akan datang, saya memohon jasa baik semua untuk
terus emailkan kepada zarinaz@ppukm.ukm.edu.my.
Sekian, salam hormat daripada saya,
Dr. Hanita Othman
Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
Pusat Perubatan UKM.
PENASIHAT DR. HANITA OTHMAN
DR. TZAR MOHD NIZAM KHAITHIR
KETUA PENGARANG PN. NOR ZARINA ZAINAL ABIDIN
PENGARANG PN. AINI ARDENA MOHD MUSTAPHA
PENYUNTING PN. NURUL ANISYAH CHE MOHD
NURODDIN
WARTAWAN PN. NOOR AZLIN MUHAMMAD HANAPI
PN. HAMIDAH YUSOFF
PN. SITI HAWA ABU AMIS
PN. ROSLIZAWATI MD ROSLE
CIK NOR AZURA ROSIDI
GRAFIK EN. MOHD NAZRUL ANUAR ALI
EN. MOHD IZWAN MOHD SHAMSUDIN
BULETIN JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK
SIDANG EDITORIAL
BIL 3 : JANUARI-JUN 2012
KANDUNGAN
UJIAN PENJENISAN TISU HLA 2
BENGKEL LEAN SIX SIGMA 3
GALERI MAJLIS
PENGHARGAAN KAKITANGAN
JPMD
4-5
BENGKEL MS ISO
15189:2007
BENGKEL PENYEDIAAN
MEDIA & LAWATAN
6
PROGRAM SANGGAR KERJA
JPMD 2012 7
RENUNGAN 8
● Menjalankan pengujian khusus koagulasi untuk diagnosis gangguan pendarahan dan ujian
penyaringan thrombofilia.
● Perkhidmatan diketuai oleh seorang pakar perubatan yang bertindak sebagai Ketua Unit, seorang
Pegawai Sains serta dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan.
● Lokasi makmal terletak di tingkat 2, berhadapan dengan Unit Tabung Darah.
● Pengujian rutin yang ditawarkan merangkumi:
i) Factor VIII ii) Factor IX iii) Lupus Anticoagulant Panel
iv) Thrombofilia Panel v) Platelet Function Test vi) Von Willebrand Assay
vii) Inhibitor viii) Anti XA Assay
● Perkhidmatan pengujian ditawarkan dalam waktu pejabat sahaja iaitu pada hari Isnin hingga
Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tidak termasuk hari cuti umum dan kelepasan am.
● Antara peralatan yang digunakan untuk pengujian adalah STA Compact, Agregometer, ST-Art 4 dan
Microplate Reader.
● Jenis tiub serta kuantiti spesimen yang diperlukan untuk pengujian:
Pengujian “Platelet Function Test” - temujanji diperlukan dari Unit Haemostasis Khusus JPMD.
Penerangan berkenaan keperluan spesimen diberikan bersama temujanji.
Antara peralatan yang digunakan di Unit Hemostasis Khusus
Bil Ujian Jenis Tiub Kuantiti Spesimen
1. Lupus Panel Sodium Citrate 2 tiub (4ml darah periferi setiap tiub)
2. Thrombophilia Panel Sodium Citrate (4ml darah periferi setiap tiub)
Pada 1 Januari 2012, JPMD telah
menawarkan satu lagi perkhidmatan
pengujian diagnostik yang boleh memberi
manfaat kepada seluruh pelanggan PPUKM
khususnya iaitu pengujian Penjenisan Tisu
HLA (Human Leukocyte Antigen) yang
dijalankan di Unit Hematologi, JPMD di aras
‘basement’.
Sebelum JPMD menawarkan ujian ini,
permintaan untuk pengujian penjenisan tisu
HLA dipenuhi dengan menghantar spesimen
yang diperlukan ke Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR) dengan kos diantara
RM550 hingga RM820 tidak termasuk kos
penghantaran yang mengambil masa
diantara 10 hingga 20 hari. Dengan
penawaran pengujian ini di JPMD, PPUKM
bukan sahaja berjaya mengurangkan kos
pengujian serta tempoh masa pengujian,
malah mengurangkan risiko kerosakan
spesimen semasa proses penghantaran
atau akibat kontaminasi.
Ujian ini sangat diperlukan sebelum
pemindahan tisu dapat dijalankan
terutamanya, untuk pemindahan organ, sel
stem dan sum-sum tulang. Melalui ujian ini,
kesepadanan HLA antara penderma dan
penerima (pesakit) dapat dipastikan
sebelum proses transplantasi dijalankan.
Keserasian diantara penderma dan
penerima (pesakit) amat penting untuk
memastikan kejayaan sesuatu transplantasi
serta mengurangkan kes „rejection‟ semasa
transplantasi.
Ujian HLA Typing adalah khusus untuk
kes pre-transplan (sel stem, sum-sum atau
organ) sahaja. Oleh itu, permintaan ujian ini
memerlukan sampel daripada pesakit dan
penderma untuk dianalisa. Pengujian ini
mengambil masa selama 15 hari bermula
pada hari spesimen diterima di makmal
sehingga laporan dikeluarkan.
Nota:
1. Ujian HLA Typing adalah khusus hanya untuk kes pre-transplan (sel stem, sum-sum atau
organ) sahaja. Oleh itu, permintaan ujian ini memerlukan sampel daripada pesakit dan
sampel daripada penderma untuk analisis.
2. Pengujian hanya dilakukan pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 4.30 petang) dengan
temujanji. Sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk menetapkan tarikh
temujanji penghantaran sampel (Puan Azrena Anee di talian 03-9145 5748/ 5823).
3. Semua permohonan ujian hendaklah menggunakan Borang Permintaan Ujian
Hematologi (No. borang: PPUKM/RP 36/97). Borang permohonan ujian hendaklah
lengkap berserta cop, nama dan tandatangan MO yang memohon ujian.
4. Setiap sampel untuk ujian HLA sama ada pesakit atau penderma perlu menggunakan
borang yang berasingan (satu sampel satu borang).
5. Pada borang permintaan ujian hendaklah dicatatkan sama ada sampel tersebut adalah
sampel pesakit atau sampel penderma.
UJIAN PENJENISAN TISU HLA (HLA TYPING) UNIT HEMATOLOGI, JPMD
DIAGNOSTIK|02
Keperluan Pengujian (kuantiti dan tiub spesimen):
Bil Perkhidmatan Masa Operasi Metodologi Kaedah Pre Analisis
1. PCR Class 1 8.00pg-4.30ptg PCR 6 mls of whole blood in EDTA tube
(15 mls of whole blood in EDTA tube IF
TWBC less than 1.5x103 /ml)
2. PCR Class ll 8.00pg-4.30ptg PCR 6 mls of whole blood in EDTA tube
(15 mls of whole blood in EDTA tube IF
TWBC less than 1.5x103 /ml)
‘Borang Permintaan Ujian
Hematologi
(No. Borang: PPUKM/RP
36/97)’
‘Ujian HLA Typing adalah
k h u s u s u n t u k k e s
pre-transplan (sel stem,
sum-sum atau organ) sahaja.’
BENGKEL LEAN SIX SIGMA
DIAGNOSTIK|03
Bengkel selama 3 hari ini telah berlangsung pada 13
hingga 15 Disember 2011 bertempat di Hotel Residence
Uniten Bangi. Bengkel ini merupakan anjuran
Jawatankuasa Latihan JPMD dengan kerjasama Roche
Diagnostik. Seramai 34 orang peserta telah menyertai
bengkel ini yang terdiri daripada pegawai sains,
juruteknologi makmal perubatan dan pembantu makmal.
Secara asasnya Lean Six Sigma merupakan suatu
konsep gabungan Kaedah Lean & Pendekatan Six Sigma.
Kaedah Lean lebih menumpukan kepada pengurangan kos
secara efektif melalui pengoptimuman sesuatu proses,
manakala pendekatan Six Sigma pula bertujuan
mengutamakan keperluan pelanggan dengan peningkatan
kualiti perkhidmatan ke arah piawaian antarabangsa (‟world
class standard‟). Secara ringkasnya, matlamat utama Lean
Six Sigma tidak hanya mengurangkan kos
semata-mata tetapi peningkatan produktiviti secara lebih
efektif disamping menitikberatkan kualiti perkhidmatan
yang diberikan.
Di dalam bengkel ini para peserta didedahkan secara
teori dan dilatih secara simulasi untuk mengenalpasti nilai
dan pembaziran di dalam sesuatu proses. Pembaziran yang
dikelaskan sebagai Kecacatan, Lebihan Hasil,
Pengangkutan, Masa Menunggu, Inventori , Gerakan, dan
Lebihan Proses perlu dihapuskan ataupun diminimakan.
DMAIC (Define, Measure, Analyse,Improve and Control)
adalah asas kepada konsep Lean Six Sigma bertujuan
mengurangkan variasi dalam proses yang sedia ada.
Melalui bengkel ini, peserta didedahkan kepada
kaedah “Value Stream Map” untuk lebih memahami proses
aliran kerja yang dilakukan dan mengenalpasti
ketidakcekapan yang berlaku dalam proses berkenaan.
Setiap aliran proses kerja akan dipecahkan dan dikelaskan
mengikut “Bisness value added, Customer value added &
Non value added” (pembaziran). Melalui pengkelasan
berkenaan, semua ahli kumpulan perlu merangka
penambahbaikan seperti penstrukturan semula proses
kerja atau ruang kerja, menggunakan teknologi baru serta
kemudahan teknologi maklumat sedia ada mengikut
kesesuaian tugas tanpa menjejaskan produktiviti semasa.
Setelah itu, peserta juga perlu menjalankan pemantauan
selepas rangka penambahbaikan dilaksanakan bagi
peningkatan keberkesanan proses kerja untuk tempoh
jangka panjang.
Melalui bengkel ini juga, peserta turut didedahkan
konsep “Lean Cell” seperti Kanban yang berasal dari
perkataan jepun yang bermaksud papantanda. Ianya
berkaitan konsep pengurusan dan pengeluaran “Just in
time”, dimana setiap produk yang dihasilkan perlulah dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa
menjejaskan mutu dan kualiti produk berkenaan. Konsep
ini penting untuk mengelakan berlakunya pemprosesan dan
penghasilan produk secara berlebihan.
Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak
menfaat kepada semua peserta melalui kepelbagaian
kaedah untuk menganalisa prestasi perkhidmatan serta
kaedah untuk mengatasi kelemahan sedia ada.
Keterlibatan peserta secara terus melalui aktiviti simulasi
memberi peluang kepada semua kakitangan untuk
menganalisa sendiri kelemahan dalam perkhidmatan yang
diberikan dan berusaha memberikan perkhidamtan terbaik
selaras dengan matlamat serta objektif jabatan.
Pada 21 dan 22 Mac 2012 yang lalu,
Jawatankuasa Dokumentasi MS ISO 15189
JPMD dengan kerjasama Jawatankuasa
Latihan JPMD telah mengadakan Bengkel
Pemurnian dan Semakan Tahunan
Dokumentasi MS ISO 15189 : 2007, JPMD,
PPUKM bertempat di Palace of Golden
Horses, Mines, Seri Kembangan, Selangor.
Bengkel ini telah disertai oleh 55 orang
peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan,
Ketua – ketua Unit, Pegawai Dokumen,
Pegawai Teknikal dan Pegawai Latihan
daripada setiap unit perkhidmatan di
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
iaitu Dr. Hanita Othman.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk
memastikan semua peserta sedia maklum
dokumen yang sedang digunapakai di JPMD
serta menyemak dokumen baru yang
dibangunkan agar selaras dengan polisi
Pusat Perubatan UKM dan memenuhi
keperluan MS ISO 15189. Bengkel selama 2
hari ini telah diisi dengan sesi
p e m b e n t a n g a n , s e m a k a n s e r t a
mengemaskini semua Prosedur Kualiti
Gunasama JPMD, Arahan Kerja dan Manual
Prosedur Teknikal Unit – unit Perkhidmatan
JPMD yang baru dibangunkan agar selaras
dengan keperluan MS ISO 15189.
Pada akhir bengkel ini, dapat
disimpulkan bahawa semua Dokumen
Kualiti ISO 15189 yang digunapakai di JPMD
telah selesai disemak, dikemaskini dan
dimaklumkan kepada wakil unit-unit
perkhidmatan JPMD untuk disebarkan
kepada semua kakitangan seliaan
sebagaimana keperluan akreditasi MS ISO
15189.
Pada tanggal 24 April 2012. Unit
Penyediaan Media Jabatan Perkhidmatan
Makmal Diagnostik (JPMD) telah
mengadakan Bengkel Penyediaan Media
Mikrobiologi di Kilang Thermo Scientific
Microbiology Sdn Bhd yang bertempat di
Cheng Melaka.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk
mempertingkatkan kualiti penyediaan media
yang digunakan untuk pengujian makmal.
Bengkel anjuran bersama Unit Penyediaan
Media JPMD dan syarikat Thermo Fisher
Scientific Biomedia Laboratories Sdn Bhd
melibatkan 10 orang kakitangan yang terdiri
daripada seorang Pegawai Sains, enam
orang Juruteknologi Makmal Perubatan
(JTMP) dan tiga orang Atendan Kesihatan.
Di dalam bengkel ini, peserta
difokuskan terhadap aspek -aspek
keselematan makmal, penyediaan media
mikrobiologi, kawalan kualiti media, kawalan
kualiti kultur organism ATCC rujukan dan
aspek pembungkusan serta penyimpanan
media.
Bengkel ini telah diadakan dalam dua
sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada
sesi pagi, kuliah teori prinsip penyediaan
dan penerangan teknikal telah disampaikan
oleh Pakar Produk (Product Specialist) yang
didatangkan khas dari Singapura dan
pengurus kilang sendiri.
Pada sesi petang pula, peserta telah
dibawa melawat ke makmal penyediaan
media diiringi oleh Juruteknologi Makmal
Perubatan Kanan (Senior JTMP) kilang yang
berperanan sebagai Perancang Produksi
untuk menerangkan aktiviti yang sedang
dijalankan di kilang berkenaan. Selain
penerangan lanjut berkaitan makmal,
semua peserta telah diberikan peluang
untuk melakukan sendiri proses di bahagian
penyediaan automasi mesin, penyediaan
manual dan kaedah kawalan kualiti serta
stok kultur di kilang berkenaan.
Melalui bengkel sehari ini, dapat
disimpulkan bahawa, pendedahan peserta
terhadap industri penyediaan media secara
komersial oleh pihak swasta telah
mendatangkan banyak manfaat dan telah
berjaya mempertingkatkan pengetahuan
peserta terutama dari segi penjagaan dan
kawalan kualiti penyediaan media.
BENGKEL PEMURNIAAN DAN SEMAKAN TAHUNAN DOKUMENTASI
MS ISO 15189 : 2007
BENGKEL PENYEDIAAN MEDIA & LAWATAN KE KILANG THERMO SCIENTIFIC
MICROBIOLOGY SDN. BHD. DI CHENG, MELAKA
DIAGNOSTIK|06
Peserta sedang mendengar
kulah pada sesi pagi.
Peserta bergambar kenangan bersama kakitangan kilang
Thermo Scientific Microbiology
Sdn. Bhd.
DIAGNOSTIK|07
Pada 23 hingga 25 Mac 2012 yang lalu, Unit Patologi
Kimia dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan Jabatan
Perkhidmatan Makmal Diagnostik julung-julung kalinya
telah berjaya menganjurkan Program Sanggar Kerja JPMD
2012 kali ke-7.
Program yang telah diadakan di A‟Famosa Resort
Melaka dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua JPMD
iaitu Dr. Hanita Othman selaku Penaung dan Perasmi
program ini serta penglibatan seramai 93 orang kakitangan
sebagai peserta yang selama ini menjadi tunjang
perkhidmatan di JPMD.
Objektif utama program ini adalah untuk
memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan di JPMD, melalui
percambahan idea daripada semua lapisan jawatan bagi
setiap permasalahan yang sering berlaku di JPMD dalam
suasana santai dan tidak formal. Program yang
mengandungi sesi taklimat pengurusan yang interaktif
mendedahkan peserta kepada strategi perkhidmatan JPMD
serta peranan masing-masing untuk menjayakan strategi
yang telah dirancang. Melalui sesi ini, peserta dapat
mengetahui bagaimana penglibatan mereka secara tidak
langsung dalam aktiviti kualiti yang dianjurkan oleh pihak
JPMD. Selain itu, aktiviti berkumpulan yang diadakan juga
menduga kebolehan peserta untuk mengenalpasti
kelemahan masing-masing semasa memberikan
perkhidmatan kepada pelanggan serta cadangan
mengatasi setiap masalah melalui kaedah ‘brainstorming’.
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan, mengukuhkan perancangan , memantapkan
pengurusan dan melahirkan kakitangan yang berkebolehan
tinggi bagi memenuhi piawaian antarabangsa sejajar
dengan misi, visi serta halatuju JPMD.
Program 3 hari 2 malam ini turut merangkumi pelbagai
aktiviti yang menggalakkan peserta supaya dapat berfikir
secara lebih kreatif dan di luar kotak pemikiran biasa
dengan melibatkan mencipta idea, mencerna, menjelaskan
dan menilai idea, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah secara kritis dan bernas.
Kepelbagaian aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan
lagi rasa tanggungjawab dan dedikasi dalam menjalankan
tugas mengikut etika yang telah digariskan. Melalui aktiviti
seperti treasure hunt dan sukaneka pula ia bukan sahaja
mewujudkan semangat kerja berpasukan malah
mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kakitangan
ke arah mewujudkan suasana yang harmonis dalam
perkhidmatan.
PROGRAM SANGGAR KERJA JPMD 2012
Sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah kita
menginginkan penghargaan dari mereka yang berada di
sekeliling. Seseorang yang melakukan pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh kemudian diberi penghargaan akan
mendorong dia melakukan yang lagi baik pada masa
hadapan.
Seseorang insan itu akan rasa berguna apabila dirinya
dihargai. Sebaliknya jika tidak dihargai diri akan merasa
hampa, tertekan serta tidak bersemangat untuk
meneruskan kegiatan harian. Mengapa terjadinya perkara
sedemikian?
Perasaan tidak dihargai ini sebenarnya boleh berlaku
kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur sama ada
remaja mahupun orang dewasa. Warga tua juga tidak
terkecuali dalam hal ini. Terdapat satu kisah tentang
seorang ibu tua tatkala bergaduh dengan suaminya
menangis teresak-esak meluahkan isi hatinya merasa diri
tidak dihargai sang suami.
Disebut satu persatu pengorbanan yang telah dilakukan
sepanjang tempoh perkahwinan mengharungi susah senang
dalam membesarkan anak-anak. Sungguh terharu melihat
keadaan ibu tua itu kerana dia benar-benar mengharapkan
penghargaan dari seorang insan yang bergelar suami
namun hampa belaka.
Lagi satu kisah pula berkisar tentang perbualan sesama
rakan yang bertanyakan anak masing-masing mengambil
bidang apa di universiti samada perubatan, undang-undang
mahupun kejuruteraan? Jika kebetulan anaknya mengambil
bidang-bidang yang disebutkan, maka dia akan dipandang
hebat.
Sebaliknya jika anaknya mengambil bidang bahasa
contohnya, maka akan berdetik perasaan rendah diri dalam
hati kerana jurusannya tidak sehebat mana. Persoalannya
mengapa harus rasa rendah diri? Jurusan apapun masih
boleh menyumbang kepada agama dan negara. Dalam
keadaan ini tidak perlu berpura-pura hanya untuk mendapat
penghargaan orang lain.
Adakah penghargaan manusia atau penghargaan Allah
itu lagi penting? Harus ada sikap positif dalam diri; tidak
perlu sedih dan risau andai kita tidak mendapat
penghargaan dari manusia. Akibatnya akan memakan diri
sendiri seperti kisah ibu tua tadi yang merana dan sakit jiwa
dibuatnya.
Hakikatnya bukan semua manusia akan diberi
penghargaan. Namun ini bukan alasan untuk kita
membiarkan har i -har i ber la lu beg itu saja ,
bermalas-malasan, tidak produktif malah seolah-olah tidak
berminat lagi untuk melakukan sebarang aktiviti. Hidup ini
terlalu singkat untuk dibazirkan begitu saja.
Memang manusia tidak pandai berterima kasih dan
menghargai orang di sekeliling. Apa yang lebih penting
sebenarnya adalah penghargaan dari Allah. Apabila kita
ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT
maka kita akan mendapat penghargaan yang lebih besar.
Lakukan segala sesuatu dengan niat kerana Allah, kita
akan merasa lebih tenang dengan diri sendiri. Ini kerana
orang yang melakukan sesuatu kerana Allah akan
memperoleh keberkatan dan dapat mendidik hati manusia
agar lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang
semata-mata.
Untuk menghilangkan rasa tidak dihargai adalah dengan
menyayangi diri kita sendiri. Diri kita adalah lebih penting;
tidak perlu penghargaan orang lain asalkan pandai
menghargai diri sendiri. Jika kita pandai menghargai diri
sendiri, orang lain akan menghargai kita.
Harus diingati bahawa hidup ini penuh ujian dan
cabaran. Kita perlu berfikiran positif dan redha dengan ujian
di samping berusaha mengatasi kelemahan yang ada. Jika
rasa diri tidak dihargai, cuba muhasabah diri; adakah
mungkin kerana kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
Perkara ini juga mampu mendekatkan diri kita dengan
Allah SWT. Mungkin dahulu kita kurang menghidupkan
sepertiga malam dengan berqiamulail, kini kita rajin bangun
solat bertahajjud dan sebagainya. Ingatkan juga segala
nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita;
panjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaanNya.
Jangan kita menjadi golongan yang sanggup
berpura-pura dan berlakon semata-mata untuk mendapat
penghargaan manusia. Hidup ini akan menjadi lebih tenang
apabila kita bebas dari penghargaan manusia.
Walau bagaimana pun penerimaan orang, bersihkan
hati dan berlapang dada sentiasa. Yang dipohon adalah
keredhaan Allah Yang Maha Kuasa. Akhirnya, janganlah
terlalu ternanti-nanti untuk dihargai sehingga kita pula
terlupa untuk menghargai orang di sekeliling kita. Belajarlah
untuk menghargai orang di sekeliling walaupun dengan
hanya sebuah senyuman dan ucapan ringkas terima kasih.
Penulis asal: Mastura binti Mohd Zain
(Pegawai Penyelidik - 12/04/2012)
Last Updated 16/05/2012 15:34:15
Petikan daripada:
© 1992 - 2012 INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM)
RENUNGAN : SEJAUH MANA MANUSIA PERLU KEPADA PENGHARGAAN
DIAGNOSTIK|08