Post on 13-Jul-2015
Pihak sekolah juga berpandangan,
program ini merupakan usaha
untuk “memasyarakatkan
sekolah” - memberi peluang
kepada komuniti memainkan
peranan dalam membangunkan
pendidikan dan kecemerlangan
organisasi sekolah melalui
sumbangan mengikut keu-
payaan dan kepakaran
masing-masing. Melalui wa-
kaf ini sumbangan boleh
diberi dalam bentuk wang
atau barangan keperluan
surau dan sebarang pertan-
yaan boleh berhubung den-
gan penyelaras program, Ustaz
Mohd Shafei Ali di talian
0197789613 atau pihak sekolah
07-5999409.
Pihak sekolah melalui Majlis
Kegiatan Dakwah Sekolah
(MAKDIS) sedang melaksanakan
program “Wakaf Surau AlHi-
dayah” sepanjang tahun 2011.
Program ini diperkenalkan
untuk memberi peluang kepada
warga sekolah dan masyarakat
menyumbang ke arah pemban-
gunan surau sekolah dan seterus-
nya memberikan keselesaan
kepada murid serta menggalakkan
amalan wakaf .
Pahala amalan wakaf akan ber-
tahan selagi mana apa yang kita
wakafkan itu kekal digunakan
oleh orang ramai walaupun kita
telah meninggal dunia sebagai-
mana sabda Rasulullah SAW:
“apabila mati anak adam
(manusia) maka terputuslah
segala amalannya kecuali 3
perkara : sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan
dan anaknya yang soleh yang men-
doakan.” Para ahli fekah dan ulama
berpendapat wakaf adalah satu-
satunya ibadah yang berbentuk ama-
lan jariah yang menjanjikan ganjaran
pahala yang berkekalan dan mengalir
kepada pewakaf sehingga ke akhirat
selagi harta itu kekal dan dimanfaat-
kan.
Sinopsis :
Buku Amalan Profesionalisme Penguruan
membicarakan beberapa tajuk yang dapat
member kesedaran tentang kepentingan
profesionalisme di kalangan guru. Perbin-
cangan awal dimulakan dengan meneroka
maksud profesionalisme, ciri profesional-
isme dan cara meningkatkan profesional-
isme perguruan. Selanjutnya perbincangan
mencakupi sejarah perkembangan pendidi-
kan dan pendidikan guru secara am. Buku
ini turut membekal bakal guru dengan
sejarah perkembangan pendidikan sebelum
merdeka hingga masa kini serta faktor
yang memperngaruhi perkembangan
tersebut.
Selain itu, Etika Perguruan Malaysia dan
kepentingan etika kepada guru turut dibi-
carakan. Keperluan perkembangan profe-
sionalisme atau perkembangan staf juga
dibincangkan seiring dengan saranan
dalam etika pergurusan yang memerlukan
guru meningkatkan perngetahuan dan
kemahiran.
Buku ini juga turut mengetengah konsep
ilmu dan budaya ilmu. Sebagai guru,
amatlah penting menghayati budaya ilmu
dan memupuk budaya ilmu di kalangan
pelajar dan masyarakat. Bagi mengu-
kuhkan lagi penghayatan budaya ilmu
dikalangan guru, dibincangkan juga tajuk
mengenai kaedah pengajaran yang berke-
san dan kemahiran belajar. Peranan guru
bukan setakat mengajar sahaja, malah guru
juga perlu memainkan peranan sebagai
pengurus dan juga pemimpin yang berke-
san. Atas kepentingan ini, dibincangkan
konsep pengurusan dan kepimpinan dalam
konteks pendidikan dan juga konsep
kualiti, pengurusan kualiti menyeluruh
(Total Quality management) dan pensijilan
ISO 9000.
Nilai Pengetahuan/Pengajaran :
Sebagai guru kita haruslah sentiasa meningkat-
kan pengetahuan dan kemahiran professional dan
menghayati budaya ilmu.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P :
Dapat menjadi pemimpin/pengurus yang berke-
san kepada organisasi dan pelajar. Sebagai guru
yang tinggi ilmunya , dapat menjadi „role model‟
kepada pelajar supaya mereka juga mementing-
kan ilmu dan seterusnya membentuk keperibad-
ian yang tinggi dan unggul.
Surau Al-Hidayah SMK Bandar Putra
M E N A R I K
D I D A L A M
E-Journal
SMKBP
2
Pejuang PMR 2
Smart
Partnership
3
Pandai tidak
mesti genius
4
Indikator
pelajar
cemerlang
4
Memanfaat-
kan pusingan
5
Kurikulum
tersembunyi
5
Bacaan Buku Amalan Profesionalisme Perguruan
M I N D A P E N G E T U A
I D E A P E N C E T U S K E C E M E R L A N G A N E D I S I 3 / 2 0 1 1 7 M A C 2 0 1 1
6 TERAS NKRA
Mengurangkan
jenayah
Memerangi rasuah
Meluaskan akses
pendidikan bermutu
dan termampu
Meningkatkan taraf
hidup isi rumah ber-
pendapatan rendah
Memperkasa
prasarana luar Ban-
dar dan pedalaman
Menambahbaik pen-
gangkutan awam di
bandar
Amalan Profesionalisme
Perguruan
Penulis : Esah Sulaiman
Penerbit : Penerbit UTM (2003)
Halaman : 170
MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra,
H A L A M A N 2
“ Kecemerlangan
pelajar adalah hasil
daripada sikap ingin
melakukan sesuatu
yang terbaik dan
menjadi yang terbaik”
- Pengetua SMKBP-
Kem Kecemerlangan KAA
Komitmen Pejuang PMR 2011
E-Journal SMK Bandar Putra
- Satu lagi medium guru menulis
SMK Bandar Putra mengorak langkah
setapak lagi pada tahun 2011 dengan
mewujudkan jurnal online yang diken-
dalikan oleh Pengetua selaku adminis-
trator.
Jurnal yang dibangunkan mulai 6
Mac 2011 menerusi tapak blogspot
dengan alamat http://
ejurnalsmkbandarputra.blogspot.com
bertujuan untuk menggalakkan guru-
guru dan warga SMK Bandar Putra
untuk menghasilkan penulisan berben-
tuk ilmiah berkaitan dengan pendidi-
kan.
Semua guru digalakkan menghantar
penulisan ilmiah masing-masing
sama ada berupa artikel/
rencana, penulisan amalan
terbaik melibatkan SMK Ban-
dar Putra, ulasan buku dan
artikel penyelidikan/kajian.
Penulisan boleh ditulis dalam
bahasa Malaysia atau bahasa
Inggeris.
Pada peringkat awal ini
penulisan jurnal online ini
hanya dihadkan kepada guru-
guru SMK Bandar Putra sahaja.
Guru-guru yang berhasrat
mengembangkan bakat penuli-
san mereka bolehlah menghantar
hasil penulisan mereka kepada
pentadbir e-journal SMK Bandar
Putra melalui email jurnalpu-
tra@gmail.com.
Adalah diharapkan melalui
medium ini guru-guru dapat
memberikan sumbangan dari
segi kreativiti ilmiah untuk man-
faat bersama. Untuk perancan-
gan jangka panjang artikel yang
disiarkan dalam jurnal online ini
akan dikembangkan penerbi-
tannya secara cetakan dan
ebuku.
peserta telah didedahkan dengan
pelbagai aktiviti melibatkan cabaran
fizikal, kerohanian, kebudayaan dan
riadah.
Majlis penutupan rasmi elah
Seramai 200 orang calon PMR
2011 yang menghadiri Kem Moti-
vasi Kecemerlangan PMR Siri 1
2011 telah menyatakan komitmen
untuk merealisasikan sasaran seko-
lah untuk memperoleh GPS 1.15
dan sekurang-kurangnya 155 calon
memperoleh “perfect score”.
Kem yang diadakan pada 25
hingga 27 FEB 2011 bertempat di
Kem Dayang, Pontian bertujuan
untuk membugar persediaan calon
dari segi fizikal dan mental dalam
menghadapi PMR tahun ini. Semua
disempurnakan oleh En. Azman Adnan,
Pengetua SMK Bandar Putra. Turut hadir
PK HEM, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru
bimbingan dan kaunseling dan guru-guru
SMK Bandar Putra.
Dalam ucapannya, pen-
getua menegaskan ten-
tang tangungjawab besar
calon untuk menjadikan
2011 sebagai usaha
untuk mereasisasikan
tahap performing dalam
konteks matlamat
strategik sekolah 2009-
2011.
1 anjuran
Unit Bimbin-
gan dan Kaun-
seling pada 4-
6 Mac 2011
bertempat di
Kem Kaizen,
Johor
Sepanjang
program, para
peserta telah
didedahkan dengan teknik mengua-
sai bahasa Arab selain pelbagai
aktiviti motivasi, kebudayaan, kero-
hanian yang disediakan oleh pihak
kem.
Majlis penutupan rasmi telah disempurna-
kan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK
Bandar Putra. Turut hadir ialah Pn. Shurina
Abd Jalil, Pen Kanan HEM, guru-guru bimb-
ingan dan kaunseling dan guru-guru bahasa
Arab dan Pendidikan Islam SMK Bandar
Putra.
Seramai 130 murid Kelas Aliran
Agama (KAA) tingkatan 1, 2 dan 3,
SMK Bandar Putra telah mengikuti
Kem Motivasi Kecemerlangan Siri
M I N D A P E N G E T U A
“ Mana-mana bangsa yang boleh berfikir secara
inovatif dan kreatif akan menghasilkan kekayaan
yang berlipat kali ganda berbanding bangsa yang
hanya menggunakan teknologi…..Kerajaan sen-
tiasa memastikan rakyat Negara ini bergerak
mengikut perkembangan dunia agar dapat men-
jadi pengguna yang kreatif, selaras dengan tun-
tutan kemajuan”
- Dato‟ Sri Najib Tun Abdul Razak -
Perdana Menteri Malaysia
Smart Partnership - Perkongsian bersama untuk membangunkan pendidikan
H A L A M A N 3 E D I S I 3 / 2 0 1 1 7 M A C
Sekolah sebagai satu sistem
sosial yang tersendiri dan menjadi
agen perubahan masyarakat seha-
rusnya mengikut perubahan
masyarakat. Ini kerana masalah
masyarakat merupakan masalah
sekolah juga. Maka dalam hal ini,
tidak dapat tidak masyarakat perlu
bekerjasama dengan sekolah untuk
mencapai cita-cita sekolah dan
negara. Justeru satu bentuk
perkongsian antara masyarakat
dengan sekolah merupakan
pendekatan terbaik untuk mere-
alisasikannya. Inilah yang menarik
perhatian saya pada hari ini apabila
bertemu rakan lama yang bertugas
sebagai Pengurus di sebuah institusi
perbankan dan kebetulan anaknya
bersekolah di sekolah saya. Alang-
kah baiknya jika kekuatan komuniti
dan sekolah ini digemblingkan
untuk tujuan kecemerlangan pen-
didikan di sekolah.
Hubungan tiga dimensi iaitu
sekolah, rumah dan komuniti bagi
saya perlu diberi penekanan. Ketiga
-tiga entiti ini perlu ada hubungan
yang mantap dan akrab kerana ke-
jayaan sistem pendidikan negara
bergantung kepada sejauhmana
ketiga-tiga elemen ini dapat ber-
fungsi, saling melengkapi dan bantu
membantu antara satu sama lain.
Pihak pengurusan sekolah boleh
memainkan peranan utama dalam
merapatkan hubungan antara rumah
dan komuniti melalui pelbagai cara
selain daripada yang diketahui
umum iaitu melalui PIBG.
Sesebuah institusi pendidikan
tidak seharusnya boleh wujud
bersendirian. Hubungan tiga di-
mensi di atas merupakan per-
muafakatan dan perkongsian bijak
penting untuk membawa kejayaan
kepada sesebuah institusi pendidi-
kan pada masa kini. Selain itu
perkongsian pintar atau bijak adalah
satu gabungan strategik yang mem-
bawa faedah sinergi kepada semua
pihak yang terlibat. Dalam konteks
sektor awam, perkongsian pintar
berlaku apabila agensi-agensi
berkongsi kepakaran, mengguna
pakai pengalaman atau produk
dalam sesuatu bidang yang telah
terbukti berjaya dan sesuai.
Berkaitan dengan konsep “Smart
Partnerships” atau perkongsian
bijak atau pintar adalah konsep
“Smart community”. Konsep ini
merujuk kepada satu kumpulan
masyarakat di mana agensi kera-
jaan, perniagaan, pendidikan, kesi-
hatan dan institusi-institusi bukan
kerajaan bersama-sama dengan
orang awam dalam memahami dan
menghayati sesuatu potensi untuk
memperbaiki kerja dan cara hidup.
Firman Allah dalam surah Al-
Ma‟idah ayat dua pula bermaksud :
“Dan bertolong-tolonglah kamu
atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan
janganlah kamu bertolong-tolongan
dalam dosa atau permusuhan”.
Sebenarnya konsep perkongsian
dalam pendidikan merupakan kon-
sep lama yang telah diperbaharui
daripada amalan-amalan yang telah
biasa diamalkan dalam masyarakat
kita seperti gotong-royong, ker-
jasama dan tolong-menolong.
Malah masyarakat lain dalam dunia
ini seperti Cina, Jepun dan India
juga telah mengamalkan sikap
bekerjasama sehingga terhimpun
madah, ungkapan, bidalan atau
perumpamaan yang menggambar-
kan kebaikan dan kepentingan men-
gamalkan semangat bekerjasama.
Di kalangan masyarakat Melayu,
ungkapan yang biasa kita dengar
„seperti aur dengan tebing‟, „bukit
sama didaki, lurah sama dituruni‟.
Di kalangan masyarakat Cina
madah seperti „semua manusia
adalah saudaraku, semua makhluk
adalah sahabatku‟. Sementara di
kalangan masyarakat Jepun pula,
„persaudaraan adalah perlindun-
gan yang paling mahal‟. Oleh itu
perkongsian dalam institusi pendidikan termasuk di sekolah
merupakan usaha mengukuhkan semula segala kelakuan-
kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama
yang telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya
masyarakat kita. Ia merupakan usaha yang berterusan supaya
dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini.
Kalau tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan ber-
gerak bersendirian tanpa sokongan masyarakat.
Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep
perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya
masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka
di sekolah. Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menun-
jukkan keperihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan
mendidik generasi pada masa akan datang. Selain itu peranan
pihak sekolah memerlukan masyarakat untuk membantu menye-
lesaikan masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan,
akademik dan sebagainya. Diikuti pula suasana kehidupan ban-
dar yang semakin ketara dan kompleks sifatnya menyebabkan
sekolah sebagai institusi sosial memerlukan masyarakat ikut
serta. Melalui perkongsian juga, kita kita boleh membetulkan
srtuktur kekeluargaan yang semakin berubah seperti mengejar
kebendaan dan bersikap individualistik tanpa memperdulikan
masyarakat sekeliling mereka. Keadaan ini kalau tidak diubah
akan melemahkan lagi peranan pihak sekolah untuk menangani
pelbagai isu secara bersendirian.
Justeru elemen perkongsan ini merupakan konsep yang boleh
diaplikasikan untuk „memasyarakatkan sekolah‟ – masyarakat
mendekatkan diri kepada sekolah dan sekolah sentiasa bersama
dengan masyarakat. Banyak program yang boleh dilaksanakan
sekiranya kedua-dua entiti ini boleh saling berkerjasama untuk
kebaikan sekolah.
TAHUKAH ANDA?
Program-program yang mempunyai elemen “smart partnership” banyak
dilaksanakan di SMK Bandar Putra yang melibatkan perkongsian bersama
GO, NGO dan komuniti. Antaranya
program bersama PIBG & Badan Per-muafakatan Asrama SMKBP, Wakaf
Al-Quran, Wakaf Surau Al Hidayah,
Jom Puasa, Program Khidmat Masyarakat Murid bersama masyarakat
Felda, Pendidikan Air bersama SAJ,
Toyota Eco Youth, program Penganta-rabangsaan, Smart Partnership bersama
SM Sains Muar, program bersama
Panasonic dan lain-lain lagi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak
akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda
menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan
akan menjadi milik anda
~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
12. Sering berbincang dengan
rakan-rakan.
13. Menyiapkan tugasan yang
telah diberi oleh guru.
14. Mengadakan kumpulan per
bincangan (study group)
15. Menjadikan perpustakaan
sekolah sebagai gedung ilmu.
16. Membaca akhbar atau majalah
-majalah akademik.
Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan pa-
yung sebelum hujan." Madah Melayu ini
mempunyai nilai yang tersirat begitu men-
dalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu
perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang
yang sentiasa bersedia akan menghadapi se-
suatu kemungkinan yang datang dengan mu-
dah, kerana mereka sudah bersedia tapi sebali-
knya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka
akan gagal akhirnya.
Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
1. Bersikap optimistik.
2. Mempunyai kesedaran dan tanggung
jawab.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya.
4. Membuat persediaan awal.
5. Sentiasa bersiap sedia.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar.
7. Menepati waktu belajar .
8. Mendapatkan bantuan guru dan rakan.
9. Sentiasa menghormati guru.
10. Bersoal-jawab dengan guru.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat.
17. Menonton rancangan televi
syen yang sesuai.
18. Mengadakan ujian dan
peperiksaan kendiri (sendiri).
19. Menyediakan jadual waktu.
20. Mengikuti ceramah-ceramah
motivasi yang diadakan.
21. Mengikuti seminar-seminar
peperiksaan yang diadakan.
22. Membeli buku-buku rujukan
yang sesuai.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen.
24. Menyertai pelbagai aktiviti
sekolah.
25. Sanggup menghadapi cabaran
luaran yang hebat.
26. Menjaga keselamatan diri.
27. Menjaga kesihatan tubuh
badan.
28. Menjaga dan mengawal pe
makanan.
29. Menimba pengalaman orang
lain.
30. Bagi pelajar Islam, tunaikan
sembahyang lima waktu.
31. Sentiasa berdoa.
Indikator Pelajar Cemerlang
Kejayaan hanya dapat diraih
melalui usaha yang bersunguh-
sungguh.
Alkisah seorang raja di Bukhara ber-
nama Nuh bin Mansur telah menderita
satu penyakit. Dia memanggil tabib-
tabib terkenal di negerinya namun pen-
yakitnya tidak juga sembuh. Selepas
beberapa lama menderita datang seo-
rang pemuda berumur 17 tahun
menawarkan diri untuk mengubatinya.
Ditakdirkan Allah, pemuda itu ber-
jaya mengubati raja berkenaan. Raja
berasa cukup gembira kerana kembali
sihat dan ingin memberi ganjaran atas
khidmat pemuda berkenaan. Beliaupun
memanggil pemuda itu dan berkata,
"Beta cukup gembira kerana kembali
sihat. Sesungguhnya kamu wajar mene-
rima ganjaran. Apakah yang engkau
inginkan? Nyatakan sahaja beta akan
tunaikan," titah raja dengan penuh
ceria. Si Pemuda hanya diam. "Adakah kamu ingin berkahwin
dengan puteriku yang cantik itu? Raja
Nuh cuba meneka. Pemuda itu mengge-
lengkan kepalanya. "Kamu inginkan
kekayaan?" Raja meninggikan sedikit
suaranya.
"Patik cuma ingin meminta ke-
benaran Tuanku untuk mengizinkan
patik membaca kesemua buku yang
ada dalam Perpustakaan Negara,"
pinta pemuda itu.
Pembesar-pembesar lain tergamam
dan hairan dengan permintaan pe-
muda itu. Apakah hanya itu yang
diinginkan setelah berjaya menye-
lamatkan raja? Membaca buku di
perpustakaan? Macam tidak masuk
akal sedangkan kalau orang lain su-
dah pastinya mahukan kekayaan dan
kesenangan.
Ini bukan cerita dongeng tetapi
kisah benar yang berlaku kepada
seorang pemuda. Siapa pemuda ini
sebenarnya? sejak berabad lalu.
Pemuda inilah yang kemudiannya telah
memperkenalkan teori-teori perubatan dalam
bukunya, The Canon of Medicine. Siapakah
tokoh itu? Tidak lain dan tidak bukan, Ibnu
Sina atau di Eropah lebih dikenali sebagai
Avicenna. Sikap beliau yang mahu untuk bela-
jar akhirnya menjadikan dirinya dikenali seba-
gai bapa perubatan moden. Banyak buku tu-
lisannya telah menjadi rujukan utama dalam
bidang perubatan sejak berabad lalu.
- Petikan Ucapan Pengetua dalam perhimpunan
mingguan pada 28/2/2011 -
Moral : Untuk menjadi pandai tidak semestinya genius
tetapi yang penting mahu untuk terus belajar.
The Canon of Medicine Ibnu Sina
H A L A M A N 4
6. Cara-cara berkomunikasi dengan jelas
7. Cara-cara belajar
8. Cara-cara untuk kekal sihat
9. Cara-cara untuk menghargai diri sendiri
10.Cara-cara untuk hidup yang penuh
bermakna
Jika kita sebagai guru mengambil sedikit
waktu untuk menjelaskan beberapa man-
faat tersembunyi yang terdapat dalam
mata pelajaran masing-masing, para pelajar
mungkin lebih prihatin, teruja dan
berkeinginan untuk mempelajarinya. Se-
Sekiranya kita ke sekolah dengan anggapan bahawa pen-
didikan yang kita terima itu adalah semata-mata untuk
lulus dalam peperiksaan, maka anggapan itu sebenarnya
adalah salah. Terdapat banyak kurikulum tersembunyi
yang terdapat di sebalik semua mata pelajaran yang kita
pelajari sehari hari. Mungkin kerana terlalu asyik dengan
pencapaian yang bakal di perolehi dan terlalu memikirkan
tentang peperiksaan maka kita terlupa mengenai 'ilmu'
yang tersembunyi itu.
Apa yang telah kita pelajari itu secara tidak sedar itu
sebenarnya telah membantu kita dalam peperiksaan dan
lebih utama ia sebenarnya membantu kita menjalani hidup
kita. Misalnya, tindakan disiplin mengajar kita bahawa
setiap perlakuan kesalahan yang kita lakukan itu ada akibat
buruknya. Dari situ kita juga belajar bahawa apa sahaja
perlakuan yang kita lakukan pasti akan ada kesan dan
akibat sama ada baik mahupun buruk. Selain daripada itu,
ada banyak lagi perkara tersembunyi yang kita pelajari
ketika di sekolah sama ada secara langsung daripada guru
ataupun secara tidak langsung daripada sumber lain.
Antaranya ialah :
1. Cara-cara meramal kesan atau akibat
2. Cara-cara membaca
3. Cara-cara membezakan antara fakta dengan 'auta'
4. Cara-cara memberikan penekanan
5. Cara-cara menjadi kreatif
kiranya kurikulum tersembunyi ini terus
dibiarkan dalam keadaan tersembunyi, kita
mungkin akan berhadapan dengan para
pelajar yang hanya belajar untuk lulus
dalam peperiksaan semata-mata dan tidak
dapat memanfaatkan mata pelajaran itu
sepenuhnya.
Dalam pendidikan, kurikulum jenis ini
tidak dibuat atau dirancang secara formal,
tetapi berlaku tidak disedari oleh guru dan
pelajar-pelajar. Kurikulum ini dapat diha-
yati oleh murid-murid melalui peraturan
yang inginkan kebaikan bersama seperti
perbarisan sebelum memasuki bilik darjah,
perhimpunan mingguan, jadual harian
pembersihan bilik darjah, peraturan waktu
makan di kantin, disiplin semasa di bilik
darjah, peraturan di perpustakaan dan lain-
lain lagi. Pengalaman yang diterima itu
sebenarnya boleh memberi panduan
kepada masa hadapan murid-murid apabila
mereka tamat belajar secara formal.
Kurikulum Tersembunyi - peneguh kompetensi diri
Kurikulum tersembunyi tidak diran-
cang secara formal tetapi berlaku
tanpa disedari.
Badan manusia sebenarnya mempunyai
sistem yang tersendiri. Itulah sebabnya
pada waktu malam lazimnya kita men-
gantuk dan kurang bertenaga manakala
pada waktu siangnya kita cergas. Se-
muanya berlaku kerana dikawal oleh
hormon-hormon. Justeru, untuk men-
jadi manusia yang cemerlang kita harus
memahami bagaimana engin tubuh
yang dikenali sebagai pusingan biologi
(biological rytham) ini bekerja.
Pada waktu malam, tubuh manusia
melalui kelenjar pineal mengeluarkan
hormone bernama melatonin yang akan
mempengaruhi bahagian otak dikenali
hipotalamus. Ia menyebabkan kita
tidur. Apabila kita tidur jam 10 malam
dan bangun jam 6 pagi kadar melatonin
berada pada tahap optimum dalam da-
rah pada jam 1.30 hingga 2.00 pagi.
Selepas itu kadarnya menurun dan
berapa pada tahap rendah apabila ban-
gun tidur pada jam 6.00 pagi.
Pada waktu siang, semasa kita aktif
bekerja, hormon kortisol mempengaruhi
kita. Hormon ini berfungsi melajukan
jantung dan pernafasan pada awktu
siang. Hormon ini dikenali sebagai
hormon stress kerana ia berada pada
tahap tinggi apabila individu men-
galami tekanan. Hormon ini akan
keluar pada pukul 1 hingga 2 pagi
semasa kita nyenyak tidur sebagai
persediaan bagi menghadapi waktu
siang. Pengeluarannya memuncak
apabila bangun daripada tidur.
Dari sudut pusingan biologi,
waktu yang dianggap paling pro-
duktif adalah antara jam 8 pagi
hingga 1 tengahari. Gunakanlah
waktu ini bagi melakukan kerja-kerja
utama dalam hidup kita. Selepas oti
pada waktu tengahari dan awal
petang, badan kita akan menjadi lesu
dan lemah. Para saintis menamakan
fasa ini sebagai a midafternoon qui-
escent phase atau a secondary sleep
gate.
Sehubungan itu jika ada kesem-
patan kita digalakkan tidur seke-
jap pada waktu ini. Kajian menun-
jukkan mereka yang tidur selama 30
minit pada waktu tengahari mempun-
yai risiko menghidap sakit jantung 30
Peratus lebih rendah daripada mereka
yang lain. Malah daripada sudut sunnah,
tidur pada waktu tengahari dikenali seba-
gai qailulah dan ia sering dilakukan oleh
nabi.
Seterusnya kita akan memasuki fasa
produktif yang kedua antara jam 8.30
hingga 10.30 malam. Kita boleh meng-
gunakannya waktu ini untuk membaca dan
merancang sebelum berehat untuk tidur.
Peringatan : Kita perlu memahami mesin yang sedang
bekerja dalam diri kita. Kita boleh mengguna-
kan maklumat ini untuk merancang aktiviti
setiap hari. Bagaimanapun ada factor lain
yang akan mempengaruhi kecergasan kita
seperti status kesihatan, persekitaran, pe-
makanan dan sebagainya.
Diolah semula daripada sumber : Tip Cemerlang Daripada Quran
oleh Dr Danial Zainal Abidin.
H A L A M A N 5