Post on 04-Feb-2016
description
PEMBINApersatuan belia islam nasional | edisi muharam 1432h | isu 5/2010
buletin
39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja
1 Muharam 1432 Hijrah. Sudah 1432 tahun berlalu
peristiwa besar dalam sejarah agung umat Islam,
hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah
ke Madinah. Hijrah umat Islam demi menjaga
akidah dan syariat telah menjadi titik tolak kepada
perkembangan dan penyebaran Islam secara meluas
keserata dunia. Pengorbanan dan keikhlasan mereka ini telah
membuktikan lafaz syahadah mereka, Allah adalah Ilah (Tuhan)
dan Rasulullah adalah
pesuruh Allah. Tanpa
iman yang kuat bertapak
di hati, sudah tentu
mereka tidak mampu
menjalankan perintah
Allah dan Rasulullah. Hasil didikan dan ajaran Nabi Muhammad
SAW ini telah melahirkan satuumatmanusia yang berpegang
teguh kepada Islam dan akhirnya menguasai hampir dua
pertiga dunia.
“Hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana
orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.”
Lantas sahabat bertanya, “Apakah ia disebabkan bilangan kita
yang sedikit?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan bilangan kamu
pada ketika itu ramai, tetapi umpama buih-buih di lautan. Allah
telah mencabut dalam hati musuh-musuh kamu perasaan
gerun terhadap kamudian meletakkan perasaan al-wahn
ke dalam hati kamu” Sahabat bertanya lagi, “Apa al-wahn
itu wahai Rasulullah?” Jawab Baginda, “Cintakan dunia dan
bencikan mati.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Realiti umat Islam zaman sekarang adalah yang digambarkan
Nabi Muhammad sebagaimana dalam hadis di atas. Populasi
umat Islam di seluruh dunia adalah hampir 1.7 bilion orang
mengikut statistik pada tahun 2009. Apa yang menyedihkan
adalah bilangan umat Islam yang sebesar ini tidak mampu
memberi impak yang positif kepada dunia, apatah lagi mahu
menjadikan Islam sebagai peneraju dunia.
Perkara yang sama juga berlaku jika kita melihat dalam konteks
belia Islam di negara Malaysia yang kita cintai ini. Rata-rata
belia beragama Islam yang majoritinya berbangsa Melayu,
bersikap seperti hadis di atas. Belia Melayu kita larut dalam
dunia mereka yang tersendiri. Mereka sudah tidak ada jati
diri dan halatuju kehidupan yang lurus dan murni. Budaya
gila hiburan yang melampau menjadi fokus utama belia kita
buat masa ini termasuklah aktiviti-aktiviti maksiat yang tidak
perlu kita bicarakan di sini. Buktinya
adalah berita penangkapan pasangan-
pasangan belia Melayu Islam kita yang
berkhalwat di hotel-hotel murah pada
hari cuti sempena Maal Hijrah ini. Hari
yang sepatutnya digunakan untuk
menghayati peristiwa besar dalam kalendar umat Islam telah
dicemari dengan maksiat yang sedemikian rupa.
Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan para belia
sekalian untuk menghayati sepenuhnya erti disebalik peristiwa
Maal Hijrah ini. Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya merujuk
kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik
sahaja tetapi lebih daripada itu lagi. Hijrah Rasulullah dan umat
Islam dari Mekah ke Madinah tidak akan berjaya tanpa ada
pendidikan Islam yang fokus dan tersusun sebelum itu. Bagi
saya, tarbiah dan didikan seperti inilah yang menjadi intipati
utama dalam kita menghayati Maal Hijrah ini. Tanpanya, sudah
tentu umat Islam tidak mampu berhijrah, mengembang dan
menyebarkan Islam keseluruh pelosok dunia sehingga mampu
mentadbir dunia dengan keadilan dan keagungan Islam.
Akhir kata, marilah sama-sama kita mengikut sunnah yang
telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam mencapai kejayaan
di dunia di akhirat iaitu melalui proses tarbiah dan pendidikan
Islam yang sebenar!Hijrah yang dimaksudkan bukan hanya
merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang
baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi
"Hijrah bukan hanya merujuk kepada hijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik sahaja tetapi lebih daripada itu lagi
Salam Maal Hijrah 1432H
VisiMenjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam
Misi1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.
"
Hari Asyura (10 Muharam)
Dalam bulan Muharam terdapat satu fadhilat yang masyhur dengan nama hari‘Asyura. ‘Asyura bererti
hari kesepuluh daripada bulan Muharram, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a.
Barangsiapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah
SWT di akhirat kelak. Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan
ayat Kursi dan doa-doa lain kepada Allah SWT terutamanya agar diampunkan dosa-dosa yang lalu, serta kejayaan
cita-cita dan azamnya yang akan datang.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Puasa yang paling
utama selepas puasa Ramadhan adalah puasa di bulan Allah Muharram (merujuk kepadahari ‘Asyura).” [Hadith
Riwayat Muslim]
Ulama-ulama salafus soleh mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengulang-ulang kalimah istighfar sehingga
tujuh puluh kali padahari ‘Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barangsiapa
membanyakkan bacaan ayat Kursi hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.
Ibnu Abbas menceritakan, ketikaNabi SAW mula-mula tiba ke Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi
berpuasa pada hari ‘Asyura, lantas baginda bertanya tentang amalan mereka itu. Mereka menjelaskan bahawa hari
tersebut merupakan hari yang mulia di mana Allah SWT telah menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari Fir’aun.
LantasNabi Musa berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran. Baginda menjawab, “Kami lebih berhak
untuk mengikuti Musa.” Baginda berpuasa dan memerintahkan umat Islam juga berpuasa.
Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura,
Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa
membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah
mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Hari ‘Asyura juga merupakan hari Allah menciptakan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang
di langit, Luh dan Qalam, bapa manusia Adam AS dan isterinya Hawa serta memasukkan keduanya di syurga. Nabi
Ibrahim AS juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. TaubatNabi
Adam AS diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud AS, kerajaan Nabi Sulaiman
dikembalikan, tenggelamnya Firaun serta peristiwa bahtera Nabi Noh AS didaratkan di atas Bukit Judiy.
Kembali kepada fitrah
“Awak, temankan saya ke tandas boleh?”
“Emak, adik takut tidur dalam gelap!”
“Rumah besar di atas bukit itu berhantu, jangan pergi ke
sana.”
Begitulah antara bait-bait yang mungkin saja kita atau sesiapa
sahaja pernah menyebutnya. Pemikiran dan ideologi masyarakat
kini yang telah diacu oleh acuan-acuan caca-marbakhususnya
melalui media massa yang ghairah mengaut keuntungan dengan
menayangkan kisah-kisahhantu tahyul berunsur khurafat. Judul-
judul siri rancangan atau filem seperti Mayangsari, Jangan Pandang
Belakang Congkak, Momok, Mantera dan pelbagai lagi rancak
menjadi hiburan santapan masyarakat Islam terutamanya yang
berbangsa Melayu kini. Unsur-unsur Islam hanya diguna pakai
dalam beberapa babak sahaja seperti hadirnya seorang alim
yang cuba menyelamatkan keadaan dengan membaca ayat-ayat
Al-Quran yang mana babak tersebut hanya mengambil masa
beberapa minit sahaja berbanding berpuluh-puluh minit tayangan
unsur-unsur khurafat.
Allah di dalam jiwa masyarakat
Kecintaan, ketakutan dan pergantungan kepada Allah yang
sebenar sepatutnya diletakkan di tempat tertinggi dalam sudut
hati tetapi telah digantikan dengan kepada hantu dan jembalang.
Masyarakat semakin takut kepada hantu tetapi hilang rasa malu
bahkan tidak takut untuk melakukan maksiat dan dosa dengan
sesuka hati.
Seluruh dunia, tidak terkecuali Malaysia kini semakin lama semakin
parah diasak dan diancam oleh semua jenis krisis sosial yang kronik.
Tidak keterlaluan andai saya simpulkan bahawa di antara faktor
yang mempengaruhi adalah apabilajauhnya hubungan manusia
dengan Tuhannya dan doa-doa yang merupakan benteng diri
seharusnya senantiasa membasahi lidah dan memenuhi jiwa telah
bergantikan hiburan-hiburan hangat, sensasi dan terkini sentiasa
mengisi ruang minda masyarakat tetapi telah mengosongkan jiwa
mereka.
Seawal sebelum manusia dilahirkan ke dunia, ketika di alam roh
kesemuanya telah mengaku mempersaksikan keesaan Allah
sebagai Tuhan, tunduk, patuh dan takutkanNya,tetapi cinta yang
telahlama wujud jauh di lubuk hakiki itu telah kering dari perasaan
mengeesakan
Allah kerana tidak
disuburkan. Ibarat
seperti benih yang baik, jika tidak dibaja dan disirami air pasti layu,
kurus dan kering. Lebih teruk lagi, tunas dari benih tadi kita sirami
dengan racun yang disediakan syaitan. Lantas bagaimana lagi
mampu benih itu tumbuh melainkan mati dengan sia-sia sahaja.
Begitu juga dengan jiwa manusia, jika kecintaan di dalam diri itu
tidak disemai dan dibaja kearah yang betul maka cinta itu akan
terarah kepada cinta yang membawa keburukan.
Apabila benih-benih cinta itu dibajai dengan sempurna dan
disirami dengan didikan dan penjagaan yang bernama tarbiyah
secara berterusan, pastinya bunga-bunga dan buah-buah
keimanan akan tumbuh mekar. Cinta itu hadir daripada perasaan,
dan perasaan itu terletak di hati. Jika hati yang dimiliki itu bersih
dan suci maka segala perbuatan dan tindak-tanduk kelakuan kita
juga akan berpaksikan kepada syariat Islam yang nyata kerana Islam
itu adalah cara hidup.
Doa, senjata ampuh mukmin
Tiada siapa dapat menyangkal kebenaran pesanan-pesanan
Baginda SAW. Manusia wajib, bahkan menjadi kemestian kepada
dirinya untuk tunduk dan menyerah diri kepada hakikat bahawa
tidak ada kuasa yang lebih besar yang dapat menandingi Allah
SWT. Segala yang ada di alam kejadian inihadir dari kebesaran Ilahi.
Jika di zaman moden ini, manusia mengatakan langit sudah
terbuka tanda pengaksesan internet dari satelit di angkasa ke
perut bumi, sebenarnya sejak dahulu lagi langit itu telah terbuka
semenjak turunnya wahyu secara beransur-ansur kepada nabi saw
melalui malaikat Jibril. Manusia yang masih menutup hatinya tidak
mahu menerima hakikat yang langit telah lama terbuka dengan
nur Islam. Namun, kita semakin jelas ditambah lagi dengan ideologi
yang dibawa oleh ramai saintis menyampaikan logik akal mereka
terhadap perkara-perkara khurafat ini seharusnya tidak wujud
masih tidak mampu menyakinkan umat manusia. Apakah hati kita
ini sudah terlalu kebal sehinggakan semua perkara tidak mampu
diterima dan ditapis sebaik mungkin?
Dr. Dossey, doktor falsafah lulusan Universiti Texas, menjelaskan
setelah beliau mengumpulkan beberapa penelitian tentang terapi
doa, belia mendapati bahawa doa dapat mengendalikan sel-sel
kanser, sel-sel darah merah, enzim, bakteria dan sebagainya.
Doa Senjata Ampuh Mukmin "
Doktor falsafah Universiti Texas mendapati terapi doa mampu mengendalikan sel-sel dalam badan
William G. Braud, pengarah penyelidikan di Institute of
Transpersonal Psychology di Palo Alto, melaporkan bahawa
manusia mampu mempengaruhi secara mental dari jarak jauh
pelbagai sasaran biologi, misalnya bakteria, koloni ragi, alga motil
(semacam tumbuhan), tanaman, protozoa, larva, bubuk kayu,
semut, anak ayam, tikus, kucing, anjing, juga pelbgai sel (sel darah,
neuron, sel kanser) dan kegiatan enzim. Dr. Erwin Kusuma, seorang
pakar psikologi di Klinik Prorevital, menyatakan bahawa air yang
dibacakan doa akan berubah struktur molekulnya dan dapat
digunakn sebagai ubat. Hasil laporan yang dilakukan bukan oleh
seorang muslim meyakini terhadap apa yang seharusnya dijadikan
pegangan kita menyatakan kebenaran tentang kalimah-kalimah
cinta Allah yang terakam di dalam kitabNya. Dan seandainya kita
masih ragu-ragu, mulalah berdoa dan berasa risau kerana mungkin
sahaja hati kita ketika itu sudah terlalu keras akibat dosa dan
maksiat, atau mintalah sahaja hati yang baru daripada Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kenangilah Allah
sewaktu kamu berada di dalam kesenangan, nescaya Allah akan
mengenang kamu sewaktu kamu berada di dalam kesusahan.”
Allah juga telah menegaskan di dalam kitabNya, bahawa
amal soleh itu akan memberi manfaat di waktu kesulitan dan
akan menyelamatkan pelakunya. Seterusnya doa seseorang
yang ditimpa kemalangan akan membantu ketika mengalami
kesusahan. Ini jelas terbukti dari firman Allah SWT yang
menggambarkan tentang kisah Nabi Yunus AS yang bermaksud,
“Maka kalau sekiranya dia (Yunus) tidak termasuk orang-orang
yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di
perut ikan itu sampai hari kiamat.” (Surah Al-Saffaat:143-144).
Dapatlah kita fahami bahawa seseorang hamba itu tidak wajar
sama sekali untuk menggantungkan harapan melainkan kepada
Allah SWT. Hendaklah dia bergantung dan bertawakal kepadaNya
di dalam semua urursan kehidupan.Hendaklah ia menjadikan
sejarah semalam sebagai panduan dan sempadan di dalam hidup
kerana mereka yang melupai sejarah akan mengulangi sejarah
tersebut.
Fikir-fikirkanlah, doa itulah senjata kebal kurniaan Allah kepada
kita dan sebagai seorang muslim.Perasaan cinta yang hakiki ini
harus disemai dengan carasentiasa berdoa secara berterusan,
kerana setiap hari kita pastinya melalui proses-proses kehidupan
yang berulang-ulang untuk jasad kita seperti makan, minum,
tidur, bersenam dan pelbagai lagi aktiviti. Begitu jugalah dengan
unusr rohani dan kejiwaan yang perlukan kepada makanan dan
pengisian agar hati dan jiwa kita ini mampu menjadi sihat dan kuat.
Tiada guna jika badan sihat tetapi jiwa penuh sengsara dan huru-
hara.
Suatu ketika dahulu, penulis pernah mendapat pengakuan
daripada seorang sahabat berbangsa Cina beragama Buddha.
Beliau menyatakan ramai orang yang kaya-raya selalu
mendermakan duit mereka untuk kebajikan kerana selepas
mereka melakukannya, hati dan jiwa mereka berasa lebih tenang
walaupun tidak sepenuhnya. Hal ini membuatkan penulis terfikir
sejenak betapa kita umat Islam sangat beruntung kerana setiap
hari bukan sahaja kita bersolat, kita juga berzikir dan berdoa
selepas solat da waktu-waktu lain yang merupakan santapan
rohani yang lengkap-melengkapi. Ibarat setiap detik dan ketika
kita memberi pelbagai khasiat dan vitamin kepada susuk jiwa
dan rohani. Hakikatnya, manusia itu semuanya miliki fitrah yang
sama kerana dijadikan dari asal yang sama. Sebarang kebaikan
malah ucapan yang dilontarkan berbentuk pujian dan semangat
sahaja sudah mampu memberi impak yang sangat besar kepada
seseorang individu.
Nah, sekarang kita haru yakin bahawa jiwa, akal, hati dan fikiran
segalanya adalah milik Allah. Jika Dia tidak mengizinkan salah
satu unsur tadi untuk kita, pastinya kita yang sedang membaca
artikel ini tiada kewujudan seperti hari ini atau mungkin sahaja
nasihat ini juga tidak akan wujud seandainya Allah sendiri tidak
mengilhamkan ilmu, buah fikiran dan gerak hati kepada penulis.
Berubatlah dengan al-Quran dan ‘berdukunlah’ dengan
kalimahNya. Amat benarlah Allah di dalam satu ayat al-Quran
berfirman, “Dan kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang
menjadi penawar.” (Surah al-Isra’:82). Nabi SAW telah besabda,
“Apabila seseorang hamba itu mengalami kerunsingan atau
berasa dukacita maka hendaklah ia membaca doa ini, “Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah hambaMu, dan anak kepada hamba
lelakiMu serta anak hamba perempuanMu. Ubun-ubunku
terletak di dalam genggamanMu.Telah berlakulah kepadaku
ketentuanMu, keputusanMu keatas ku cukup adil. Aku memohon
dengan tiap-tiap nama yang Kau miliki, Engkau telah menamakan
diriMu atau Engkau telah turunkan di dalam kitabMu, atau Kau
telah ajarkan kepada seorang daripada makhlukMu, atau Engkau
telah menyimpannya tersembunyi di sisiMu, bahawa Engkau
jadikan al-Quran yang mulia itu sebagai bunga hatiku, cahaya
dadaku, penghilang kesedihanku dan penghapus kerunsinganku.”
Nescaya Allah Taala akan menghilangkan segala kerunsingan
dan dukacitanya serta memberinya satu jalan keluar yang
menyenangkan, berkat doa dan tawakkal yang indah kepadaNya.
Rujukan: 1. Terapi Ruqyah Pendinding Gangguan Sihir, Jin, Dan Syaitan Dengan Al-Quran Dan Hadis (Rohidzir Rais)2. Berubat Dengan Al-Quran (Ustaz Muhammad Ibrahim Salim daripada terjemahan buku al-Tadawi bil-Quran)3. Majalah SOLUSI (Edisi 23)4. Al-Quran Terjemahan
Hidup ini merupakan pinjaman Allah swt semata-mata
yang mana tempat persinggahan ini merupakan
ladang tanaman amalan, hasilnya akan kita bawa
ke akhirat. Usia, rezeki, jodoh dan ketentuan takdir
semuanya telah pun tercatat di luh mahfuz dan kita sebagai hamba
tugasnya harus menerima dan terusan redha tanpa mengeluh
sedikit pun kerana nikmat yang diberi berbanding ujian yang sering
diterima lebih besar ibarat kuman dan seisi dunia, sangat kecil dan
paling besar sudah jelas jauh perbezaannya.
“Mengapa aku diuji?”, acapkali kita sendiri mahupun sahabat-
sahabat kita mengeluh tatkala ujian dan dugaan menghampiri
hidup ini. Saat itu betapa kita telah lupa dan lalai dalam menafsir
metafora kehidupan yang sudah pun dijanjikan dengan ujian dan
kebahagiaan.
Kita juga
mungkin
semakin
lupa dengan
segala nikmat
yang pernah
diterima dan berkeluh kesah saat ujian yang setitik merubah
kehidupan. Sedarilah tika itu mungkin saja hati kita telah
pun berprasangka buruk kepada al-Malik sedangkan Dialah
yang memberi kita rasa bahagia dan pelbagai nikmat namun
pengakhirannya apabila hakNYA diambil kembali kita seolah-olah
tidak redha dengan apa yang berlaku.
Teknologi, arus kemodenan dan zaman milenium tidak dapat
menjana pemikiran manusia di tahap kecanggihan yang kita miliki
sekarang. Bukti? Pastinya pelbagai bukti kita dapat lihat sekarang
seperti gejala-gejala sosial yang turut tidak kurang hebatnya
dengan pembangunan kemajuan negara. Statisitik kemajuan
yang dialami mungkin sahaja selaras mahupun lebih pantas
meningkat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia. Malah lebih
menyedihkan pabila ramai pihak tampil bersuara namun tiada
tindakan yang dilakukan seperti tin kosong yang kuat berbunyi
namun isinya tiada. Terbaru paling mengejutkan apabila pihak
jabatan agama sendiri harus membawa bersama anggota polis
ketika ingin menangkap remaja-remaja yang berkhalwat dan jika
tidak mereka mungkin saja bisa didakwa malah disaman. Bukan
niat saya ingin menegur sistem undang-undang Negara namun
segala kebejatan masalah sosial yang melanda ini pokok pangkalnya
kepada bagaimana kita menyelesaikannya, jika di kaca televisyen
dan majalah begitu banyak sekali pendedahan terhadap hiburan
yang melampau, contoh-contoh berpakaian seperti tidak memakai
baju layaknya, pergaulan tanpa sempadan seperti internet yang
tiada sempadan dan pemikiran yang dicorak akhirnya melahirkan
penyakit al-wahn (cintakan dunia dan takut mati).
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu; sepotong lirik daripada salah satu
lagu nasyid kumpulan UNIC membuat saya terpana seketikan akan
maksud tersiratnya betapa hati dan niat itu Allah yang mencipta
dan hanya Dia yang mampu membacanya. Manusia tetap manusia
walaupun betapa kejam dan banyaknya dia melakukan maksiat,
mereka tetap manusia yang miliki hati dan perasaan seperti
manusia yang lain. Mungkin kita pernah terbaca di dada akhbar
berkenaan jawapan-jawapan yang diberikan oleh remaja yang
terlibat dengan kehidupan yang berlandaskan nafsu terhadap apa
dikerjakan selama ini. Jawab mereka:
"Bukan kami tak nak jadi baik, kami nak.. Kami nak masuk syurga..
Tapi kami jahat.. Alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk
neraka"
"Keluarga pun dah tak nak terima kami. Masyarakat mula
menyisihkan kami. Kami hina di mata mereka, kami tak layak untuk
berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman
dengan pak lebai"
"Ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu
atas perbuatan saya. Kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak
yang saya kandungkan, mak tak nak mengaku saya ni anak dia. Saya
dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."
Inilah antara jawapan-jawapan “mereka”. Acapkali kita melihat
dan menonton berita-berita di kaca televisyen berkaitan masalah-
masalah pemuda pemudi negara namun saya semakin pelik
apabila rakyat kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Keegoan dan sikap keakuan telah membantut dan
mencantas nilai harmoni dalam diri manusia yang ingin berhijrah
ke arah yang lebih baik. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini
yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan,
bukannya ikutan akan tetapi, yang menghairankan saya semakin
banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat maka,
masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar,
memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih
bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang
sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak
mengikut jejak langkah "mereka" itu namun sebaliknya pula yang
Kembara Hijrah
"Keegoan dan sikap keakuan telah
mencantas nilai harmoni dalam
diri manusia yang ingin berhijrah
ke arah yang lebih baik
terjadi.
Semakin diselusuri semakin pincang masyarakat kita kerana
daripada kes-kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah yang
membawa kepada tali gantung semuanya dipandang sepi dan bisu
oleh masyarakat kita khususnya melayu. Malah, mereka seakan
berlumba-lumba untuk mencari publisiti murahan, memenuhi
dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca
televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya
menjadi bualan di sana- sini kerana terbabit dengan kes rasuah,
bunuh, rogol, dan tidak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh
raya, merempit sana sini tidak tentu hala, kononnya hendak mati di
"jalan yang lurus". Belum termasuk lagi kes-kes haruan makan anak,
pelajar sekolah agama buang anak, di tambah lagi dengan masalah
politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi yang kini
sedang menular di kalangan masyarakat
kita, di mana kelajuan penularannya
mengalahkan penularan virus H1N1.
Masya Allah, pernahkah kalian
mendengarkan kisah tentang seseorang
yang kehilangan untanya di padang pasir?
Seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir,
kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya,
sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan
minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan
bekalannya, lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon
dan berbaring kerana dia benar-benar berputus asa untuk
menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.
Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu
dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. Dia berjalan
lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali
ketiga, namun usahanya itu masih gagal. Apabila dia kembali ke
tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa
diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul
kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia
segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada
di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir
berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba
unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita
tidak gembira, gembira yang bukan kepalang. Namun sahabatku,
sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan
taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui
untanya di padang pasir itu tadi.
Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari
untuk menerima taubat hamba-hambaNya dan membukakan
pintu rahmat pada malam hari untuk menerima taubat hamba-
hambaNya pada malam hari tetapi, melihat keadaan kita pada hari
ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada
diri cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa
sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan
kita jauh dari syurgaNya jauh dari rahmatNya. Amatlah rugi bagi
mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah
dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya
adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa
lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan
taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya
diampunkan, dan seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk
meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu.
“Hidup ini adalah satu perjalanan sama ada dalam kebahagiaan dan
kesengsaraan. Hari semalam adalah sejarah, hari esok adalah masa
depan, dalam menempuh perjalanan
yang penuh dengan pengharapan, kita
teroka perasaan suka dan duka serta
gembira. Mungkin sebagai hamba
kepada yang Esa, kita sering kali tertanya-
tanya apakah hikmah disebalik semua
ini? Yang pasti setiap perkara yang
kita tempuhi membuatkan diri kita lebih matang dan mengerti
hakikat kehidupan sebelum semua terlambat, sebelum matahari
terbit sebelah barat, bertaubat sebelum terlambat, hargai dan
bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat, hargailah mereka
yang berada di merata tempat kerana yang pergi tetap akan pergi
yang ada teruskan keidupan dan ingatlah, perjalanan ini hanya
tempat persinggahan menuju ke alam yang abadi.”
Rujukan : artikel “Manisnya Taubat” dari http://iluvislam.com
"Hari semalam adalah sejarah, hari esok adalah masa depan
1 Yang memerah
2 Yang minta diperahkan untuknya
3 Yang meminum
4 Yang membawa
5 Yang minta dihantarkan kepadanya
6 Yang menuangkan
7 Yang menjual
8 Yang memakan hasil jualan
9 Yang membeli
10 Yang minta dibelikan
- Riwayat al-Tirmizi, #1295 dan IbnMajah #3381
'Uthman bin 'Affan
‘Uthman bin ‘Affan adalah khalifah Islam ketiga selepas Umar bin Al-Khattab. Nama sebenar beliau ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abil ‘As bin Umayyah bin ‘Abdul Syams bin ‘Abdul Manaf bin Qusai bin
Kilab bin Murrah.
‘Uthman juga terkenal dengan gelaran "ZunNurayn" kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Beliau juga adalah seorang daripada sepuluh sahabat yang
diberitakan akan memasuki syurga dan merupakan salah seorang daripada enam orang anggota majlis syura.
‘Uthman seorang yang mempunyai rupa yang elok, lemah lembut, mempunyai janggut yang lebat, berperwatakan sederhana, mempunyai tulang persendian yang besar, berbahu lebar, berambut lebat,
mempunyai bentuk mulut yang bagus yang berwarna sawo matang.
Sudut FiqhRasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan iaitu: