Post on 30-Nov-2015
1.0 PENDAHULUAN
Membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap insan
di dunia ini. Walaupun, tidak berpelajaran tinggi, namun begitu, apabila seseorang
individu itu dapat membaca dan menulis, mereka ini akan dapat meneruskan kehidupan
dengan lebih baik. Oleh itu, kelas pemulihan merupakan satu kelas yang amat penting
bagi murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. Guru
pemulihan akan berusaha untuk membantu murid yang tidak tahu membaca dan menulis
untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dan bahasa Melayu bermula dari mengenal
huruf sehinggalah membaca ayat-ayat mudah.
1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Pada minggu kedua Bulan Januari 2012, saya telah menerima tiga orang murid di
Sekolah Kebangsaan Losong yang telah dikenal pasti murid pemulihan. Saya
telah melakukan ujian diagnostik terhadap mereka untuk mengesan daerah
kelemahan mereka dalam pelajaran bahasa Melayu.
Hasil analisa yang dilakukan terhadap kertas ujian diagnostik murid-murid
pemulihan tersebut, saya telah mendapati mereka telah mengenal semua huruf
konsonan dan huruf vokal, mereka juga dapat menulis suku kata KV . Namun
begitu, mereka tidak dapat menulis dan mengeja suku kata KVK. Mereka hanya
mengeja setakat KV sahaja dan tertinggal huruf konsonan dihujung.
Seterusnya, saya telah melakukan sesi pengajaran bermula mengulangkaji
terlebih dahulu dengan kemahiran yang paling asas iaitu mengenal abjad. Saya
telah menggunakan kaedah abjad sewaktu pengajaran. Seterusnya, saya telah ke
1
kemahiran berikutnya iaitu kemahiran suku kata KV. Murid dapat mengeja dan
menulis suku kata KV dengan baik. Jadi, saya meneruskan lagi untuk kemahiran
suku KVK. Pada awalnya, setelah diajar untuk mengeja suku kata KVK, murid
dapat mengeja. Namun begitu, apabila saya meminta mereka untuk menulis
semula suku kata KVK yang telah dieja tanpa sebarang bantuan, mereka tidak
menulisnya. Mereka tetap menulis setakat dua huruf awal sahaja iaitu KV dan
meninggalkan huruf konsonan dihujungnya. Jika mereka menulis pun huruf
konsonan hujung itu tidak berkaitan dengan suku kata yang dieja. Contohnya,
“pat” ditulis “pal”.
Murid-murid menjadi kurang bersemangat dan tidak bermotivasi apabila
tidak dapat menulis suku kata KVK. Mereka mengadu kepada saya, susah untuk
mengeja suku kata KVK serta menulisnya semula. Setiap kali, saya meminta
mereka untuk mengeja dan menulis perkataan yang mengandungi suku KVK
tanpa rujukan, mereka akan menunjukkan muka tidak suka serta muram. Hal ini,
membuatkan saya berasa sedih. Murid-murid ini tidak dapat memasukkan atau
membayangkan huruf yang ketiga dalam suku kata KVK sewaktu mengeja dan
menulis suku kata KVK. Mereka hanya dapat mengeja dan menulis suku kata KV.
Oleh itu,sebagai seorang guru pemulihan, hal ini telah menjadi
tanggungjawab saya untuk diatasi. Sehubungan itu, saya telah mengambil
keputusan untuk menjadikan masalah mereka ini sebagai fokus kajian tindakan
saya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, dikhuatiri akan mengganggu
pembelajaran mereka ke peringkat kemahiran yang seterusnya.
2
Sehubungan itu, saya harus menginovasi satu kaedah bagi membantu
murid-murid saya. Kaedah tersebut ialah kaedah “SOUND N’ GO”. Kaedah ini
menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT untuk membantu penguasaan
murid dalam kemahiran suku kata KVK.
1.2 Refleksi Literatur
Bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan pemulihan di negara ini, setiap guru
harus lebih kreatif dan berani melakukan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran masing – masing selaras yang diperkatakan oleh Hj.Mohd Ali
(1994), seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran
mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.
Pengajaran yang berinovasi dan kreatif juga akan memudahkan guru untuk
meningkatkan lagi minat murid terhadap pembelajaran guru. Hal ini selari dengan
pernyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang kreatif akan
bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar”.
Motivasi dan dorongan amat diperlukan bagi murid pemulihan untuk mendorong
murid lebih bersemangat untuk belajar. Bertepatan dengan kenyataan Chua &
Koh iaitu murid lambat sentiasa memerlukan berbagai – bagai dorongan dan
galakan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Sehubungan itu, guru-guru di sekolah mesti mengkaji dengan lebih
mendalam mengenai amalan-amalan mereka sendiri dan mengkaji kaedah-kaedah
baru bagi memotivasikan para murid,mengaplikasikan gaya-gaya pembelajaran
dan pengajaran, mengajar cara berfikir,dan dalam proses ini mengenali semula
keberahian dan tujuan moral yangmenjadikan pengajaran suatu profesion yang
3
meransangkan dan efektif.Oleh itu, setelah pengkaji mengkaji lebih mendalam,
pengkaji ingin menggabungkan kaedah fonetik dan kaedah VAKT sebagai satu
kaedah baru untuk pengajaran pengkaji di kelas kelak.
Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf
dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia membaca
dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf.
Oleh kerana sebutan perkataan bahasa Melayu memang terbit secara langsung
daripada gabungan bunyi-bunyi huruf, mengajar membaca menggunakan kaedah
fonetik adalah antara yang terbaik.
Perkara ini juga selari seperti yang disebut dalam Buku Panduan
Pemulihan (1991) iaitu mengikut kaedah fonetik ini murid-murid diperkenalkan
dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf. Malahan kaedah fonetik ini juga
sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang fonemik. Tahukah anda ? huruf
ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan
dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).
Selaras dengan teori Chomsky yang telah membezakan antara
“Kebolehan bahas” dengan “pengetahuan bahasa”. Menurutnya kebolehan bahasa
bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa
bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat,
sistem amkna dan sistem bunyi yang didengar dalam abhasa yang digunakannya.
4
Jika selama ini murid hanya memandang dan menyebut sahaja apa yang
dipandang menyebabkan murid kurang memahami apa yang diajar oleh guru .
Namun begitu, apabila sesuatu pengajaran digabungkan dengan deria
pendengaran , penglihatan , pergerakan dan taktil atau singkatannya VAKT,
murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati setiap apa yang diajar.
Hal ini selaras kenyataan yang dinyatakan dalam Dr. Anuar (2009) dalam blog
tulisannya iaitu kaedah VAKT ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam
pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria
yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.
Kaedah SOUND N’ GO ini berselari dengan kaedah Gilingham yang
menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan
pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar
huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya (Dr. Anuar,2009).
5
2.0 FOKUS KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan masalah atau isu yang dihadapi oleh pengkaji dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengkaji juga
perlu menyenaraikan masalah atau isu yang memerlukan tindakan intervensi untuk
meningkatakan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Tinjauan Masalah
Setelah melakukan ujian diagnostik dan pengajaran dijalankan terhadap murid-
murid pemulihan ini, saya telah mendapati murid-murid pemulihhan masih tidak
menguasai kemahiran menulis kemahiran suku kata KVK . Antara kesilapan yang
saya perhatikan sepanjang ujian dan pengajaran dalam kelas ialah :
a) Meninggalkan huruf terakhir dalam suku kata KVK
b) Tidak menulis huruf akhir seperti yang dieja atau dibaca
c) Tidak dapat menulis suku kata KVK
Kesalahan-kesalahan ini,, saya telah dapati bermula dari ujian diagnostic lagi.
Kemudian berulang lagi sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kemahiran yang melibatkan penggunaan suku kata KVK seperti perkataan KV +
KVK, KVK + KVK , KV + KV + KVK dan KVK + KV + KVK. Kesalahan
kanak-kanak ini tidak dapat dilihat sewaktu mereka membaca. Hal ini kerana
mereka dapat membaca dengan baik perkataan yang mengandungi suku kata KV
dan KVK. Namun begitu, apabila untuk menulis semula perkataan yang mereka
baca tanpa sebarang bantuan, kelemahan mereka akan terserlah. Mereka tidak
dapat menulis seperti yang dibaca.
6
Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan kanak-kanak ini
menghadapi masalah dalam pengajaran penulisan dan membina ayat. Faktor yang
menyebabkan perkara ini terjadi kerana murid tidak dapat mengaitkan bunyi huruf
dengan bentuk huruf yang ingin ditulis.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Masalah yang telah dikesan jika tidak diambil sebarang tindakan akan
menyebabkan masalah tersebut itu makin bertambah besar. Sehubungan itu,
pengkaji seharusnya mempunyai satu kaedah atau cara yang sesuai bagi
mengatasi masalah yang timbul. Oleh itu, setelah meneliti beberapa jenis kaedah,
pengkaji telah memilih untuk menggunakan “kaedah SOUND N’ DO” bagi
mengatasi masalah murid untuk mengeja dan menulis suku kata KVK .
Kaedah “SOUND N’ DO” merupakan satu kaedah yang pengkaji rasa
sangat sesuai bagi murid untuk mengeja dan membaca. Kaedah ini sesuai
dilakukan untuk kanak-kanak yang masih mengalami masalah dalam mengeja dan
membaca. Kaedah ini merupakan gabungan kaedah fonik dan kaedah VAKT.
Melalui pengalaman pengkaji selama mengajar murid pemulihan sewaktu
praktikum, pengkaji mendapati murid akan lebih mengingati dan dapat menulis
dengan baik apabila setiap semua deria rasa yang berada di tubuh mereka diguna
dengan baik.
7
Selain itu, murid-murid juga tidak akan berasa bosan apabila mereka
menggerakan tubuh badan sewaktu belajar. Murid – murid akan diajar untuk
membunyikan abjad-abjad mengunakan kaedah fonik. Kemudian mereka akan
melakukan gaya bunyi huruf yang disebut. Contohnya bunyi bagi abjad a iaitu
“aaa”, murid akan melakukan perbuatan seperti dalam kesakitan. Kemudian,
murid akan menekap huruf “a” sambil membunyikan dan akhir sekali menulis
huruf tersebut.
Pengkaji yakin murid akan dapat mengingati bunyi huruf dan juga dapat
menggabungkan bunyi huruf serta dapat menulis semula suku kata KVK yang
telah dibaca tanpa bantuan sesiapa. Selain itu, melalui kaedah VAKT juga,
pengkaji dapat meningkatkan lagi penggunaan psikomotor halus murid yang
sangat penting untuk menulis.
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah “SOUND N’ DO” akan
dapat meningkatkan minat, pemahaman, penguasaan murid-murid Kelas
Pemulihan Sekolah Kebangsaan Losong dalam kemhiran suku kata KVK.
3.2 Objektif Khusus
i. Mengenalpasti minat murid dalam kemahiran suku kata KVK
kesan daripada penggunaan kaedah “SOUND N’ DO”.
ii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam kemahiran suku
kata KVK kesan daripada penggunaan kaedah “SOUND N’ DO”.
iii. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran suku
kata KVK kesan daripada penggunaan kaedah “SOUND N’ DO”
8
3.3 Soalan Kajian
i. Adakah penggunaan kaedah “SOUND N’ DO” dapat menarik
minat murid dalam kemahiran suku kata KVK.
ii. Sejauh manakah penggunaan kaedah “SOUND N’ DO” dapat
meningkatkan tahap pemahaman murid dalam kemahiran suku
kata KVK.
iii. Sejauh manakah penggunaan kaedah “SOUND N’ DO” dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran suku kata
KVK
3.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini mengupas mengenai penggunaan kaedah “SOUND N’ DO” dapat
menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
suku kata KVK. antara kaedah “SOUND N’ DO” yang berkesan adalah
penggunaan seluruh deria murid untuk mengingati setiap apa yang dipelajari perlu
digunakan dengan baik. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah
“SOUND N’ DO” semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat
murid terhadap mempelajari kemahiran suku kata KVK. selain itu, murid dapat
memahami dengan mudah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penguasaan murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas mereka menggunakan
seluruh deria.
9
3.5 Definisi Operasional
Berikut adalah merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.
3.5.1 Kaedah
Menurut Abd. Aziz (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam
sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang
disusun dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang
berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa.
3.5.2 Fonetik:
Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf
dan bunyi-bunyinya. Selari dengan yang diperkatakan oleh Abd. Aziz
(2000) kaedah fonik pernah juga dikenali sebagai kaedah bunyi.
3.5.3 VAKT
Kaedah membaca pelbagai deria, VAKT bermaksud V = Visual
(penglihatan) , A = Audio (pendengaran) , K = Kinestetik (pergerakan) , T
= Tektil (sentuhan).
Menurut Kamus Dewan (2005), visual bermaksud dapat dilihat.
Visual menggunakan deria penglihatan iaitu mata untuk melihat apa yang
ditunjukkan oleh guru.
10
Menurut Kamus Dewan (2005) audio adalah berkaitan dengan
bunyi atau pendengaran. Audio melibatkan penggunaan deria
pendengaran iaitu telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Kinestatik pula
melibat pergerakan tubuh badan. Taktil pula sentuhan ke atas sesuatu
benda. Menggunakan deria sentuhan untuk mengingati sesuatu perkara.
3.6 Batasan Kajian
Kajian ini adalah berdasarkan dengan menyelesaikan masalah dalam bidang
menulis kemahiran suku kata KVK. antara batasan – batasan dalam kajian ini
adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Losong. Kajian ini juga
hanya dibuat terhadap tiga orang murid Pemulihan SK Losong. Bidang yang ingin
dikaji ialah menggambar dan menumpu kepada masalah murid untuk menulis
suku kata KVK. masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat,
pemahaman dan penguasaan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam kemahiran suku
kata KVK dengan menggunakan kaedah “ SOUND N’ DO” bagi murid-murid
pemulihan Sekolah Kebangsaan Losong ini adalah seramai 3 orang. Ketiga-tiganya
adalah murid lelaki. Mereka ini dari kelas 2 Amanah yang telah dicalon untuk pemulihan.
Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang tidak menguasai kemahiran suku kata
KVK . Mereka ini kurang meminati, faham dan menguasai kemahiran suku kata KVK.
11
5.0 CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan Tindakan
12
RefleksiMembuat refleksi kendiri untuk melihat kekuatan dan
kelemahan P&P sendiri.
PerancanganMerancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan
Tindakan melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman
dan penguasaan
PemerhatianMengumpul dan menganalisis data bagi
menilai keberkesanan tindakan
Rajah 5.1 : Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model penyelidikan Stephen Kemmis (1983)
Merujuk Rajah 5.1 , langkah pertama yang diambil oleh pengkaji ialah membuat
refleksi terlebih dahulu. Refleksi dilakukan dengan mengimbas kembali sesi
pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung serta hasil ujian diagnostik
yang telah dijalankan. Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang
terdapat pada setiap sesi pengajaran yang dijalankan. Antara isu yang pengkaji
perhatikan ialah samada murid menguasai kemahiran asas dalam bahasa melayu.
Selain itu, pengkaji juga perhatikan adakah murid memahami dan berminat dalam
pengajaran pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengesan
kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran suku kata KVK. pengkaji juga
telah mengenalpasti murid yang telah mengalami masalah ini melalui maklumat
yang diperolehi dari ujian diagnostik dan maklumat dari guru-guru.
Langkah kedua ialah perancangan kaedah tindakan yang paling sesuai
dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Pengkaji
telah melakukan inovasi dengan mencetuskan satu kaedah yang diberi nama
kaedah “SOUND N’ DO”. Kaedah ini merupakan gabungjalin kaedah fonetik
dan kaedah VAKT. Kaedah “SOUND N’ DO” akan digunakan untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran suku kata KVK.
Langkah ketiga ialah pelaksanaan tindakan bagi mengatasi masalah yang
telah menjadi fokus kajian. Tindakan yang diambil oleh pengkaji ialah
menjalankan kaedah “SOUND N’ DO”. Pengkaji akan menjalankan kaedah ini
selama 6-8 minggu kepada murid-murid pemulihan yang mempunyai masalah
penguasaan kemahiran suku kata KVK. Berikut merupakan tindakan-tindakan
yang bakal diambil oleh pengkaji :
Tindakan – tindakan tersebut ialah :
13
i. Guru tunjuk huruf pada kad imbasan.
ii. Guru sebut perkataan bunyi huruf. Contoh huruf “a” dan
bunyinya “aaa”
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan membunyikan
huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama
huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf,
menulis sambil menyebutnya(menterjemah bunyi yang
didengar kepada tulisan.).
vi. Murid membaca apa yang ditulisnya.
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat
merasakan bentuk huruf.
viii. Setelah murid buasa dengan nama, bunyi dan bentuk huruf
, guru boleh teruskan dengan murid melihat semula kad
imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat.
ix. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.
x. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis
(proses mengeja).
Langkah keempat ialah pemerhatian. Pengkaji akan mengumpul dan
menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji berminat
memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu
berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang
dijalankan akan direkodkan untuk dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan.
5.2 Prosedur Cara Pengumpulan Data
14
Terdapat pelbagai jenis alat kajian yang biasa digunakan untuk mendapatkan data
iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Selain itu,
pengkaji juga boleh menggunakan alat kajian lain seperti senarai semak, rakaman
video/kaset, foto, portfolio dan jurnal.
Alat kajian pertama yang digunakan ialah senarai semak. Senarai semak
boleh digunakan ketika melakukan pemerhatian dan penelitian dokumen. Dalam
senarai semak itu, pengkaji menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran
atau tingkah laku yang diperhatikan.
Alat kajian kedua yang digunakan ialah pemerhatian. Pemerhatian akan
dijalankan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti
dijalankan dan selepas aktiviti dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji dapat melihat bagaimana kaedah “SOUND N’ GO” dapat
menarik minat sampel. Pemahaman sampel pula akan dilihat semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Seterusnya, penguasaan sampel dalam kemahiran
suku kata KVK akan diliperolehi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
Seterusnya, pengkaji akan menggunakan alat kajian iaitu penelitian
dokumen untuk mendapatkan data daripada dokumen – dokumen yang berkaitan.
Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada ( Rosinah Edinin ,
2011).
15
Pengkaji juga akan menggunakan ujian sebagai alat kajian untuk
mengumpul maklumat. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos.
ujian pra akan dilakukan sebelum kaedah “SOUND N’ DO ” diaplikasikan
kepada sampel. Ujian pra yang akan digunakan ialah ujian diagnostik. Menurut
Buku Panduan Pemulihan (1999) mengatakan ujian diagnostik ialah ujian yang
terpenting dalam program Pendidikan Pemulihan Khas. Manakala ujian Pos
dijalankan setelah kaedah “SOUND N’ DO” diaplikasikan kepada sampel. Ujian-
ujian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana penguasaan sampel kesan daripada
penggunaan kaedah “SOUND N’ DO”.
Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temu bual sebagai alat kajian.
Pengkaji akan menemubual individu-individu yang mempunyai perhubungan
dengan sampel seperti ibu bapa, guru kelas, guru besar dan rakan sekelas
responden. Hal ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang lebih tepat
mengenai tingkah laku yang ditunjukkan sewaktu bersam-sama dengan individu
tersebut.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Terdapat tiga cara menganalisis data iaitu melalui cara kualitatif sahaja, cara
kuantitatif sahaja atau menggunakan kedua-dua cara iatu kualitatif dan kuantitatif.
Pengkaji akan menggunakan cara kualitatif untuk menganalisis data yang
dikumpulkan melalui alat kajian.
Cara yang pengkaji akan gunakan ialah cara kualitatif. Cara kualitatif ini
digunakan untuk menganalisis alat kajian temu bual, senarai semak dan
pemerhatian. Data temu bual akan dianalisis dengan mengkategorikan mengikut
16
keperluan supaya maklumat yang diperolehi dapat menjawab persoalan kajian.
Analisis senarai semak pula berdasarkan item-item yang telah disenaraikan dalam
senarai semak. Analisis dokumen pula berdasarkan pencapaian murid dalam
Ujian Diagnostik, lembaran kerja dan buku latihan. Analisis pemerhatian pula
akan dianalisis dengan melihat tahap pencapaian yang dapat dicapai melalui
senarai semak yang telah dibuat.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Perancangan tindakan menggunakan Carta Gannt.
Jadual 5.4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Tindakan
BULAN
AKTIVITI
JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
Penyerahan kertas
tugasan
Draf refleksi
pengajaran dan
pembelajaran lalu
Pencarian
maklumat untuk
refleksi sorotan
literatur
17
Perbincangan
dengan penyelia
Hantar kertas
cadangan
penyelidikan
tindakan semester
7, 2012
Mengumpul
maklumat tentang
penyelidikan
tindakan
Menganalisis data-
data yang
diperolehi
Menyiapkan kertas
penyelidikan
Pembentangan data
Hantar tesis
penyelidikan
tindakan semester
8, 2012
18
6.0 SENARAI RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu; Prinsip, Kaedah dan teknik
.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd
Buku Panduan Kepada Guru-Guru Pendidikan Pemulihan 1991. Terengganu : Jabatan
Pendidikan Terengganu
Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (1999) . Kuala Lumpur : J abatan
Pendidikan Khas
Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam
Pendidikan.Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah
Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan .Kuala Lumpur :
Freemind Horizons Sdn. Bhd
Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan
Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Tadika Intan Gemilang (2009). Diperoleh daripada
http://intangemilang.blogspot.com/2009/02/kaedah-fonetik.html
Dr. Mohd Anuar (2009). Masalah bacaan . Diperoleh daripada
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html
19
Nik Siti Amanah Zuhri (2011). Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar
aktiviti Kolaj dengan Menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup Bagi
Murid Prasekolah Bestari, Sk Pulau Rusa. Kajian Tindakan Tidak Diterbitkan ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail., Kuala Terengganu.
Terengganu
Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam
Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’. Kajian Tindakan
Tidak Diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Kuala
Terengganu. Terengganu
20
7.0 LAMPIRAN
21