Cerita kedua

Post on 12-Jun-2015

1.552 views 2 download

Transcript of Cerita kedua

Di dalam sebuah taman,tinggal seekor Sang Rama-rama yang sangat cantik.

Sang Rama-rama itu bukan sahaja cantik malah juga mempunyai warna badan yang berwarna-warni.

Sang Rama-rama ini tidak disukai oleh rama-rama yang lain,oleh kerana sikapnya yang agak sombong.

Sang Rama-rama ini, selalu meninggi diri dan mengatakan bahawa dirinya sangat cantik

daripada yang lain.

Pada suatu hari, Sang Rama-rama itu telah merancang untuk pergi keluar bersiar-siar jauh dari kawasan taman tersebut.

Sang Rama-rama itu telah keluar dari kawasan taman tersebut dan akhirnya Sang Rama-rama itu telah tersesat di dalam hutan.

Oleh kerana sikapnya yang sombong itu, Sang Rama-rama ini langsung tidak meminta bantuan dengan haiwan yang lain di dalam hutan tersebut.

Akhirnya,sehinggalah malam hari, Sang Rama-rama ini tidak boleh lagi pulang ke taman dan hidup sendiri di dalam hutan tersebut.

Moral daripada cerita ialah :

• Kita tidak boleh bersikap sombong dan meninggi diri terhadap orang lain.

• Rajin bertanya agar tidak sesat jalan.

PPK 431PENDEKATAN PENGAJARAN PELAJAR

DISLEKSIA

MASLIANI BINTI MULAWARMAN SHARMIZA IZANA BINTI ISA

(85795) (85878)